my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kali kedua terkandas!!

Kami bertolak pulang ke Kelantan pukul 8 pagi. Cuaca elok dari rumah. Tomy ku masukkan dalam beg dia. Belum jauh kami bergerak, dia dah buat hal..........nasib baik aku alas tebal2 dgn kertas surat kabar. Terpaksa berhenti di bahu jalan, uruskan dia. Baru masuk KL, melabur pulak!! Kena berhenti lagi, buang dulu pasir yg dah dicemari tu. Kalau tak, alamat muntah la orang dlm kereta.
Sepanjang perjalanan, cuaca mendung bila memasuki lebuhraya. Kami langsung tidak terfikir tentang banjir tambahan pula siaran radio kurang jelas. Aziz pula menonton cerita dia sepanjang perjalanan.
Singgah di R&R Gua Musang, kami sembahyang dan isi perut yang kosong. Nasi ayam, kue teow goreng dan sup daging serta ikan kerisi goreng. Hujan masih turun.........ketika menaiki kereta meninggalkan tempat tu, telinga ku terdengar sorang perempuan talipon maknya di kampung, bertanyakan banjir atau tidak.
Masuk je dlm kereta terus ku on radio dan terdengar pengumuman jalan di Kuala Krai ditutup. Ah, sudah!! terperangkap la kita ni...........Aziz...bila dengar air naik, tak boleh lalu, berjurai la air mata.........takut campur sedih...
Suami cuba hubungi abah dia utk bertanya jalan mana lagi yg boleh di lalui. Bincang punya bincang, abah cadangkan ikut jalan Jeli/Dabong. Kami berpatah balik.Runsing memikirkan banjir yg akan kami tempuhi. Minyak kereta pula hampir habis. Sepanjang jalan ke Jeli, tak jumpa shell atau petronas. Kata suami, insyaAllah sempat isi minyak di Jeli, malangnya jalan kesana juga di tutup. Dlm pada tu sempat juga ku snap gambar air terjun, lupa pula air terjun apa........
Untuk berpatah balik pun tiada harapan sebab sewaktu kami melalui Dabong, air banjir hampir naik kejalan. Kiranya kami berada ditengah2, dihujung sana banjir, dihujung sini pun banjir. Aku tak risaukan tentang lain, cuma Tomy........kesian dia seharian terperap dlm beg. Mesti dia letih, lapar dan dahaga.
Ramai orang turun dari kereta untuk melihat sedalam mana air banjir. Kalau nak jalan kaki, boleh la mengharung air separas lutut. Abah cadang nak suruh adik ipar datang menjemput ku dan Aziz tapi suami tak benarkan, takut apa2 berlaku kat dia pula nanti.
Sudahnya kami terpaksa cari tempat berlindung sementara. Takkan nak duduk dlm kereta sepanjang malam. Rasa nak terkucil pun ada, tandas awam confirm takde. Akhirnya kami bermalam di masjid.
Nasib baik ada bawa selimut dan sleeping bag. Makan pun simple je, biskut oreo, pau kacang dan air seven up lebih tengahari tadi. Aku ni bukan cerewet sangat, cuma dlm soal tandas yg jadi masaalah besar. Maklum, kebanyakan masjid tak jaga kebersihan tandas. Dengan takde air, mangkuk yg rosak, pintu tak berkunci........adoi....dugaan besar betul ni..
Tapi selepas pukul 2 pagi, ada askar datang beritahu jalan dah boleh dilalui. Kami semua yg ada dalam masjid bergegas bangun. Tak boleh tunggu lama, takut air naik balik kalau hujan turun lagi. Sepanjang melalui jalan ke Jeli, banyak station minyak yg tak beroperasi. Di Tanah Merah baru boleh isi. Lega.........suami kata lepas ni dah boleh pecut!!
Pukul 5 pagi kami tiba di kampung. Alhamdulillah.......ini semua dugaan. Sebelum ni pernah juga mengalami ketika baru kahwin dulu. Lebih teruk dari ni............









Kek buah tanpa telur utk mak...

Nak buat kek apa ye utk mak mertua nanti? Kalau kek hitam manis yg biasa ku buat tu, dah biasa sangat. Bosan pulak!!
Dalam pada mengklik sana mengklik sini, si Tomy ni pulak tak pernah2 duduk kat meja komputer, tetiba hari ni dia taknak beralih dr situ. Aku nak angkat, dia marah! Agaknya dia macam terasa, hari ni hari terakhir dia duduk di rumah ni. Lalu ku biarkan saja...........

kek buah tanpa telur (1st time buat, risau, takut tak jadi)


Akhirnya aku jumpa apa yg ingin ku cuba, kek buah tanpa telur. Sementara dlm peti ais ada kismis dan bahan2 yg diperlukan, baik ku cuba. Berhasil juga...........rasa pun boleh tahan sedap. Terima kasih pada teman2 di myresepi........

Anggur, Tomy dan Aziz


Balik dari Alamanda, ada la beli anggur. Lama tak makan anggur, favourite aku ni. Lepas rendam dgn air garam, aku pun dok bersila depan tv.
Si Tomy yg lena tidur bungkas bangun bila terbau buah anggur. Pelik sikit Tomy ni, dia suka buah yg manis2, air manis, kunyit dan cili kering.
Pernah sekali mangkuk kunyit kat dapur terbalik dan muka dia habis kekuningan, ditonyohnya dlm kunyit. Cili kering pun tak boleh letak kat luar kabinet.
Kasut......huh..lagi dia suka. Nak nak selipar jepun, memang makanan ringan dia lah!! Kasut Aziz ntah berapa kali kena gigit. Beg tangan aku pun jadi mangsa.
Cuma yg bagus Tomy ni, kalau aku balik dari pasar dia tak kejar ikan, ayam dan seumpamanya tapi dia akan cari sayur2an spt sayur kangkung, sawi dll.
Bagus punya kucing!!

tengok la tu........bersila panggong atas mainan si Aziz, haa....jgn harap boleh dapat kalau dia dah pegang..........
"Paging kpd kedua ibubapa adik yg bernama Aziz Iskandar, memakai baju belang oren dan biru, sila datang ke kaunter".
Hah!! aku dah agak dah........tadi dia kata nak main kat play ground sebelah, macam mana boleh hilang pulak? Rupanya tempat tu di tutup jadi bila dia patah balik cari aku dan suami, dia dah pening. Aku pulak kat celah baju2, memang dia tak nampak.

Peristiwa begini dah selalu kami alami. Nasib baik orang tak ramai masa tu........

Membeli belah di Sogo

suka la tu, ibu n ayah dah nak balik dr jogging!! dia bukan jogging pun, main kereta dia........aku pun tak la lari jauh mana, keliling tempat dia bermain je. Risau pula tinggalkan dia, sekarang banyak kes culik budak2. Minta di jauhkan................

Selepas jogging dua tiga round kat taman tasik, perut menggelodak ni, minta di isi.
Kena pulak kedai yg biasa kami singgah tu, berdekatan dengan taman. Nasi dagang........kesukaan ku.........hai, yg di bakar tadi belum pun hancur dah masuk yg berlemak pulak. Nak buat macam mana kan? Nafsu susah nak kawal..........tapi bukan hari2, hehe.......sekali sekala je.........nanti dah ke Sabah, rindu pulak nak merasa masakan pantai timur ni.

Kat sini memang sedap masakan dia. Orang lain aku tak tau, tapi aku memang suka masakan pantai timur ni. Kalau pandai masak memang aku tak makan kat luar. InsyaAllah, satu hari nanti nak cuba juga.

Lepas makan, rancang ke Sogo pula. Ada lagi barang keperluan yang tak lengkap. Tiba di sana, tengok ramai orang berkumpul depan Sogo. Parking pun tak boleh masuk. Aku agak mesti ada kes ni, ntah2 ada orang pasang bom ke (lawak la pulak terfikir ke situ). Takpun ada orang terjun bangunan........ish..jangan la.......
Terpaksa parking kereta dibangunan sebelah. Macamana pun aku nak tau juga apa sebab yg orang berkumpul kat Sogo. Tanya2 orang kat tepi jalan, katanya ada kebakaran, tapi aku tengok orang2 keliling biasa je. Memang ada bomba datang, kalau terbakar mesti ada asap berkepul2. Dalam pada tertanya-tanya tu, datang sorang kakak tu beritau, sebenarnya pihak Sogo sedang buat latihan kebakaran. Laaa........latihan rupanya.

Kami tak kuasa nak shopping tempat lain, tunggu juga kat situ dalam setengah jam. Selesai tugas bomba tu, menderu orang ramai serbu masuk Sogo, termasuklah aku sekeluarga.



Letih mencari baju, seluar dan jaket Aziz, kami singgah makan dulu di food court. Aku dan suami taknak makan berat jadi pilihan kami popia. Teringat pula kat Nadia Af. Cukuplah makan tengahari ni..........tadi pagi dah makan yg berat.....




Pilihan Aziz dah tentu nasi ayam madu. Lapar sangat la tu, habis sepinggan nasi, lauk tak makan sangat.




Shopping di Jusco

hujan lebat dlm perjalanan ke Jusco (risau gak ni, takut banjir kilat....)sibuk nk brgambar kat pokok krismas, org lalu gelak je tgk dia.....
Semalam, letih sgt nak update blog..........apa taknya.....shopping sakan kat jusco. Cuaca seharian mendong. Anak takde la excited nak beli barang, tapi ayah dia yg over. Maklum la........org nak berhijrah tempat baru, serba serbi nak baru la tu.........





Kata hikmah yg menusuk kalbu


Sudah lama penanda buku ini berada didalam beg plastik tempohari tapi belum ku baca. Hari ini, selepas maghrib, penanda yg ku selitkan semalam dicelah alquran, ku baca baitnya satu persatu.
Sayu rasa hati.........kemudian ku lepaskan pula pada anak ku disebelah yg baru selesai mengaji. Begitu khusyuk dia membaca, sedangkan aku meneruskan membaca alquran.
Selesai membaca keseluruhan penanda buku itu, kedengaran dia teresak-esak menangis.
Ayahnya yg sedang mengaji juga terhenti, langsung bertanya mengapa tiba2 saja dia sedih. "Aziz teringat kat ustazah, Aziz rasa sedih sangat......." dengan juraian air mata di pipi.
Kesedihan ku bertambah melihat air matanya..............anak yg masih kecil memahami apa erti perpisahan, kesedihan.
Di sini ku catatkan, apa yg membuatkan anak ku terharu................
Kenangan untuk anak didik ku.....
Bersama bayu pagi,
angin membawa kenangan,
masa yang lalu
2008 hampir berlalu, terlalu memilukan,
yang pergi akan berganti.
Anak-anak!!
Setahun bersamamu, meniti 2008
Kini hampir hari itu....
Yang meragut kemesraan,
yang telah berputik,
bersama mu anak-anak....
Anak-anak.....
Jika kembali kali ini
Bersama perpisahan yang memilukan
Mencengkam rasa hati yang sayu
Jangan di lupa kenangan yang lalu....
Anak-anak......
Di dada penuh harapan,
Agar berjaya menuju wawasan....
Salam Kemaafan,
salam terakhir,
salam kerinduan.....
ini pula kata-kata disebelah belakang penanda buku.......
Anak-anak didik ku!
Di daerah subur ini,
ku tanam mimpi berakar realiti,
semoga suatu hari nanti,
ku petik buahnya di sini....
Anak-anak didik ku!!
Di atas hamparan bumi ini,
Marilah kita sujud kepada Ilahi,
Sebelum maut mengajak pergi......
Anak-anak didik ku!
Remajalah kamu dalam manisnya keimanan
Dewasalah kamu dalam lazatnya ketaqwaan dan,
Bersyukurlah kamu menjadi hamba Tuhan.
Anak-anak didik ku!
Taatlah kamu pada Tuhan mu!
Ingatlah kamu pada ibubapa mu
Hormatilah kamu pada guru mu!
Pesan Luqman Hakim kpd anaknya:
Wahai anak ku! apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran, hikmah kebijaksanaan.
Semua anggota badan mu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadapi Allah) dan manfaat berzikir (ingat kpd Allah)
Wahai anak ku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.........
Mudah-mudahan nasihat guru-guru ini tersemat erat di hati anak ku...........

Kuasa Allah....




Seharian dirumah, tiada apa yg aku lakukan melainkan masak, makan, membaca dan melayari intenet. Dalam banyak2 gambar pelik yg ku lihat, tersentuh melihat bayi ini. Adakah dia masih hidup atau............



Banyak kejadian pelik di mukabumi ini yg tak tercapai akal kita tapi itulah kuasa yg Maha Esa.
sumber dr Isuhangat......

Asam pedas dan Pancake

pancake yg dlmnya ada hirisan pisang
ikan patin masak asam pedas daun kesum (gmbr tak clear pulak)

Selepas bertarung dengan nyamuk di VI, aku singgah di Tesco pula. Cari lauk dan apa yang patut. Cadang nak masak asam pedas ikan patin dgn daun kesum. Suami memang suka ikan patin.
Aku ni, dulu-dulu sebelum kahwin dgn dia, memang tak sentuh ikan sungai spt keli, talapia dll. Sekarang pun tak berapa sangat nak makan tapi tak mencuba tak best pula. Macam mana kita nak cerita kat orang lain kesedapan lauk kalau kita sendiri tak pernah rasa dan masak.


Petang pula, ku hidangkan pancake, resepi dari sumber myresipi.com. Kurang menjadi pula walaupun lembut dan gebu. Masa dalam kuali, pancake melekat sedikit tapi tak susah nak di balikkan. Takpe, lain kali boleh cuba lagi.

Nyamuk berkeliaran!!

1st time masuk VI
sempat posing

Pagi tadi selepas sarapan di restoran, suami mengajak ku ke sekolah dia. Mulanya aku malas nak pergi sebab itu urusan budak-budak kriket dia. Tapi dah terlajak dok dalam kereta, aku teruskan saja. Aziz merungut sebab aku kenakan dia dgn seluar pendek. Ingatkan nak pergi dekat je, rupanya sampai ke KL.


Mencari Victoria Institute, melilau mata kami kesana kemari. Dari jauh dah nampak tapi lorong nak masuk tu yang buat keliru. Ntah berapa orang suami ku dah tanya. Akhirnya setelah dua kali pusing, baru jumpa.
Sebenarnya suami takde kena mengena lagi pasal kriket sekolah dia cuma sebab dia minat dan nak tolong anak murid dia. Tambahan cikgu-cikgu yang sama join kriket dengan dia tak tahu lagi pasal perpindahan dia ke Sabah.
Sambil menunggu 2 buah lagi kereta yg membawa anak murid dia, kami lepak di padang sekolah yang rumputnya tak bermesin. Nyamuk..........huhu....jangan cakap la.......kalah kat kampung ni.
Naik bintat badan Aziz di buatnya!! Aku pun pelik, macam mana sekolah kat tengah bandar boleh bela nyamuk begitu biak sekali? Minta maaf la ye, kalau bekas student VI ada terbaca pasal komen 'kak zana' ni. Ini kenyataan yg dialami sendiri.

Solok Lada


Dah hampir seminggu lada hijau ni ku beli tapi tak tau nak buat apa. Akhirnya, terfikir pulak, lama tak buat solok lada.


Sebenarnya tak sedap guna cili hijau ni. Di Kelantan je yang selalu aku jumpa cili hijau muda (apa tah namanya). Kalau cili hijau macam ni, liat sikit. Takpe la, janji boleh makan..........hantam saja la labu............

Nak cuba.......


Selepas 'pekena' roti canai kat kedai, aku ke kedai Yummies, mencari nozel, spatula dan syrup chocolate. Cadang nak buat cream puff dan pancake. Itu pun kalau rajin dan tak kemana-mana.


Selalu tengok kat blog kawan-kawan, semua pandai masak. Mana boleh jadi? Aku pun nak cuba jugak................jadi ke tak, tu pekara ke dua. InsyaAllah!!

Selamat Tinggal Tomy

si Kembang (adik beradik Tomy) yg dibela kakak
wajah yg selalu ku tatap sebelum berpisah

Berat rasa hati nak tinggalkan Tomy nanti. Tadi pun kami dah bincang, kat mana nak hantar dia sebelum bertolak ke Sabah. Sayu hati memandangkan tiada siapa yg akan jaga makan minum dan kesihatan dia.
Apa yg merunsingkan ku, Tomy tak boleh di sentuh oleh orang lain melainkan tuan dia. Pernah dulu aku tinggalkan dia di rumah kakak ketika pulang ke Kelantan. Tinggal dalam sangkar selama 3 hari taknak makan. Anak saudara ku nak letak makanan pun tak boleh, dia cakar dan gigit. Semua orang takut dengan dia.

Selepas ni aku tak tau la macam mana nasib dia. Kalau boleh naik kapalterbang, memang aku bawa sekali. Walaupun dia garang dan bengis, aku sekeluarga tetap sayang dan kasihkan dia.


Apa taknya..........dari kecil aku bela, rasanya hampir 4 tahun dia bersama kami. Pasti air mata ku akan berderai saat berpisah dengan Tomy. Dulu, kalau dia keluar depan rumah, aku akan basuhkan kaki dia, mandikan dia, lap dan keringkan. Aku akan rindukan saat-saat bersama Tomy bila di Sabah nanti.


Mungkin si Kembang, Tiger, Siti, Manja, Doly yg ada kat rumah kakak jadi pelepas rindu pada Tomy bila aku sekeluarga pulang kesini setahun sekali nanti.
Sedihnya!!!

KETAYAP DAN APAM MARMAR

apam yg dah tinggal suku je sb bg jiran

sarapan pagi

Dah lama tak buat sarapan pagi. Biasanya aku sekeluarga lebih suka bersarapan di luar. Kalau tak roti telur, nasi lemak (pilihan suami), mesti pekena mihun soto.

Jadi, pagi tadi angin rajin sudah 'mari', terhidanglah kuih ketayap atas meja makan bersama seteko teh o. Tiba2 teringat nak balas pemberian jiran, semalam dia hantar buah rambutan seplastik. Terus ku godeh bahan utk buat apam marmar (resepi mat gebu). Dapat satu loyang besar.

Dah siap, Aziz jadi dispatch hantar kuih rumah jiran.

Udara pagi

burung terbang tika dihampiri
biasanya air cetek tp hujan setiap hari, nmpk deras airnya


hening waktu pagi
20hb nov....
Suasana pagi yg indah, titis2 hujan masih ada, aku bertiga menuju ke taman tasik. Dah lama tak jogging, badan dah naik lemak. Berlipat sana, berlipat sini...........baju pun naik sendat. Sebelum ni jogging kat kawasan rumah tapi boring dengan suasana disitu tambah pula tiada pemandangan yang menarik.

Mula-mula rasa nak jogging, bila tiba disana, rasa malas pula nak pakai kasut. Ni la masaalah aku, semangat berkobar-kobar tapi selalu terbantut dek rasa malas tu.............hemm...macamana ye? Kena beli treadmill kot, jogging dalam rumah.

Nyamannya udara pagi.......indah sungguh ciptaan Tuhan, dengan sang bangau (betul ke tidak bangau, ntah le.....) terpacak dalam sungai mencari mangsa. Sempat juga ku curi gambar guna handphone murah ku...........

Kalau la rumah ku dekat dengan taman ni, confirm, hari-hari aku turun jogging.
Kalau rajin.......

Pasar malam

mana-mana pergi, mesti bawa kereta mainan dia

Dulu, setiap malam selasa, aku jarang dapat peluang ke pasar malam sebab suami ada tusyen. Sekarang nak pergi hari-hari pun boleh. Sebenarnya takde apa yg istimewa sgt kat pasar malam tu tapi yg istimewanya ialah makanan itu. Kalau kita dah suka, susah nak lupa.



Kalau pasar malam kat rumah mak, wajib beli apam balik, nasi kerabu, nasi dagang, jagung rebus dan tau fu fa. Tempat lain, selera ku memilih sikit.



Di Putra Jaya pula, aku suka sangat mee rebus dan rojak buah. Walau perut dah kenyang, tak dapat nak tolak dua makanan ni. Macamana la agaknya kalau aku tinggal di luar negara? Mesti rindu gila.............
aah....lupa pula nak snap gambar rojak buah, lain kali lah....

Baru dia perasan?


Selama ni aku selalu ikuti dan baca blog budiey (sensasi selebriti), rupanya suami ku tak perihatin apa yg ku baca. Rasanya dah bertahun-tahun aku tau pasal budiey ni cuma tak pernah hantar apa-apa komen kat blog dia. Siapa la kita ni kan? Sedangkan dia sering bergaul dgn artis-artis popular.

Tempohari, suami ku terpandang si budiey ni kat tv, sedang di temuramah wartawan. "Eh, macam kenal la dia tu", kata suami ku. Kata ku......"memang la dia tu dikenali sebab muka terpampang kat internet! kenapa?".

"Eh....dia tu kawan saya masa sekolah menengah tu!". Laa.....baru dia perasan yg si budiey tu dah popular sekarang? Untuk kepastian betul atau tidak si budiey tu kawan sekolah dia, aku pun carikan data peribadi budiey. Bila dah jumpa.........sah!! memang kawan satu sekolah dan sekapal dengan suami. Apa yg suami cerita tentang tempat lahir, adik beradik dan sebagainya, memang sama.

Suami ku kata dari dulu lagi budiey memang suka tengok wayang, cerita pasal artis semua dalam tangan dia. Tak sangka sekarang ni dah glamor pula. Tapi bagaimana glamor sekali pun dia, kalau suami ku ingin berjumpa, dia pasti datang sebab banyak kenangan masa sekolah dan dia adalah salah seorang teman suami yg paling rapat.

hemm......kecil je dunia ni.........

Peringatan

Resdung ku menyerang sebelum subuh sehinggakan mengganggu lena ku. Aku telan 2 biji pil untuk melegakan selsema. Tapi mata ku tidak dapat menyambung tidur semula.

Laptop ku buka, dah lama tak jengah ke email ku. Rupanya ada berpuluh-puluh email yg belum ku baca. Tertarik dengan satu email tentang mandi hadas dan aku paste kesini sebagai bahan bacaan sesiapa yg menjengah ke blog ku ini.

Mandi wajib yg betul.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.

Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.

Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.
3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.
Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!

" Wassalam. "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


Kadang kala kita terlepas pandang perkara sebegini dan ini sekadar peringatan kepada saya dan pembaca di luar terutama kaum perempuan.

Majlis konvokesyen Aziz

menerima sijil
salam terakhir

bersama kawan-kawan


terima award pelajar contoh



Pagi2 lagi ku siapkan Aziz dgn baju melayu bersampin dan songkok. Suami pula kelam kabut sikit menyiapkan ucapan bagi pihak ibubapa. Kali ni suami kena rasmikan majlis. Tahun lepas kami jadi pendengar dan duduk jauh di belakang.


Tapi kali terakhir ini, kami menjadi tetamu pula. Rasa malu dan rendah diri menguasai diri. Nasib baik pengetua tadika peramah orangnya. Aku pun dah biasa berbual dan berkongsi masaalah anak dengan dia.


Setelah suami merasmikan majlis, dimulakan persembahan dengan keletah anak-anak yg comel dan kelakar pula. Aziz ambil bahgian berzikir munajat, membaca alQuran dan lakonan.


Selesai persembahan lebih kurang pukul 11 pagi dan bermula majlis pemberian sijil bagi murid 6 tahun. Kasihan pula melihat ustazah dan cikgu-cikgu masa ni. Faham-faham aje la perangai budak-budak.

Tegur yg sana, sini buat hal. Bukan anak-anak 6 tahun saje, 4 dan 5 tahun pun boleh tahan nakal. Tapi, ini la cabaran seorang guru. Mendidik murid2 seperti mendidik anak sendiri. Kena ibubapa yg memahami takpe juga.............kena yg tak boleh diusik atau sentuh, tu yg pening kepala.


Pembahagian sijil selesai, kami bergambar kenangan. Menitis juga air mata ku kerana 3 tahun Aziz di tadika, macam2 kenangan kami tinggalkan. Tahun satu nanti pula, Aziz takde disini, di Sabah pula. Ku lihat bergenang air mata cikgu dia ketika kami berpelukan.


Terima kasih ku ucapkan pd mereka kerana telah mendidik Aziz sebaik mungkin hingga menjadikan dia 'Pelajar Contoh' dan terbaik keseluruhan di tadika.





Hadiah pembakar semangat



Sabtu lepas............




2 hari Celcom 3G bermasaalah, rasa macam nak
biol kepala otak aku ni bila tak dapat berintenet. Idea nak tulis blog pun hampir-hampir pudar......hehe.....maklum le....dah senja!!




Tempohari, aku dan suami mencari hadiah untuk Aziz. Mintanya bukan main lagi, monopoli.........awak tu baru je pandai sikit, dah minta mainan utk budak yg berumur 8 tahun ke atas.
Fikir punya fikir, cari punya cari...........aku rasa mainan monopoli belum sesuai dgn tahap umur dia. Harga pulak, boleh tahan mahal. Jadi aku dan suami cadangkan dia beli kereta kontrol saja. Kebetulan kawan baik dia kat rumah tu baru beli kereta kontrol, dah tentu la dia pun nak sama.




Gembira bukan main bila dah dapat. Tersenyum sepanjang hari. Makan pun lalu je..........hai, anak.......anak......bukan dia tau kita ni ada duit ke tak, ada masaalah ke tak........yang dia tau nak seronok je.

Zaman aku dulu, jangan harap nak dapat mainan macam bebudak sekarang. Aku pula jenis yg tak reti nak minta itu ini. Dapat nombor satu pun takde hadiah........huhu......nak main anak patong, ambik daun betik atau daun ubi yg dah layu tu.

Tapi aku tak kisah malah lebih seronok masa tu kerana aku tak pernah cemburu kat kawan2 lain yg ada anak patong sebab bila rosak, aku boleh ambik yg lain sebagai ganti!!!!

Sebelum pulang kerumah, kami singgah di kedai buku. Mata ku ternampak satu buku yg cute dan dah tentu isi dalamnya pun cute. Beli je.........nak buat? ntah la........bagi ku kalau beli buku, sampai bila pun masih berguna.

Kes bunuh diri!!

Tertarik dengan Mastika bulan dis. ini, kisah masyarakat kita yg semakin buruk dengan masaalah sosial anak muda. Aku ulangi baca berkali-kali.......mengapa begini tindakan manusia zaman sekarang. Tambahan pula beragama Islam. Tidak adakah jalan penyelesaian selain drp 'membunuh diri'

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.

"Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya di dalam neraka Jahannam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka tersebut untuk selama-lamanya.
Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam neraka Jahannam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka tersebut untuk selama-lamanya.
Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam neraka Jahannam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam neraka tersebut untuk selama-lamanya."
Bagi mereka yg masih muda diluar sana, punya masaalah kecil atau besar, berfikirlah sewarasnya sebelum mengambil tindakan yg merugikan diri sendiri.
Bagi para ibu dan bapa, jangan letak segala kesilapan pd anak walaupun anda telah memberi sepenuh perhatian dan ilmu pengetahuan. Apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya.

Mee hun sup (mkn mlm)


Takde idea hari ni nak masak apa. Bosan betul...................

Semalam dah masak gulai kawah daging, hari tu ayam masak kari. Tempohari ikan kerisi masak lemak nenas.............ya Allah...pening kepala mikir nak masak ni!!


Akhirnya pilihan ku.......mee hun sup. Letak ayam, udang, bebola daging, sayur sawi, tomato..........dah pun siap.


Kan seronok kalau ada pembantu rumah.................tak payah fikir nak masak apa untuk pagi, tengahari dan malam. Biar dia je yg fikirkan!!

Bubur kacang


Dah lama aku tak buat bubur kacang. Kebetulan ada kacang hijau. Santan pun ada, elok la tu......

Buka peti ais, ternampak labu manis......hemm.....baik aku campurkan dgn kacang hijau. Mana tau, kot-kot sedap? Tapi sedap ke tak sedap, bukan ada orang lain nak makan, cuma aku berdua je.............


Dah siap masak.....haaa.......tukang masak la kena rasa dulu!! boleh tahan la...........

Jemputan majlis konvo


Balik dr sekolah tadi, ceria je muka Aziz. Dengan membawa sekeping kertas jemputan dr sekolah pd hari ahad ini. Gembira dia memberitahu ku......."dpt no 1 lagi....". Sebenarnya tidak 'surprise' lagi pada ku sebab ustazah dia dah beritahu awal-awal yg dia menjadi pelajar contoh di tadika utk tahun ini. Tapi aku buat-buat gembira dan kononnya baru tau dr mulut dia. Kegembiraan kami sebelum ini saja dirahsiakan. Taknak dia kecoh2 cerita kat kawan yg dia jadi pelajar terbaik.


"Tahniah anak ku dan ibu bangga sangat atas pencapaian ini. Kalau tak sampai ketahap ini pun, ibu tetap bangga kerana selama 3 tahun di sekolah, Aziz dah boleh membaca, mengira, mengaji, berdikari serta berani berdepan dgn org ramai".


Moga apa yg kami usahakan selama ini akan membuahkan hasil. Setakat ini aku dan suami jenuh mengajar dan berbuih mulut berleter kalau dia malas belajar. Mungkin masa ni dia tak faham kenapa dimarah, kenapa kena belajar, kenapa kena pergi sekolah? InsyaAllah dia akan mengerti satu hari nanti.............

Kek Lapis Sarawak


kek lapis buatan kakak

Kakak ku yg sorang ni memang cekap bab2 kek. Apa yg ku tau, kek lapis dia tak rasa hanyir telur. Lembut dan tidak berlengas sangat.

Kalau ada sesiapa yg teringin nak rasa, cubalah order..............rasa sekali mungkin nak lagi. Harga? tu kena tanya tuan punya kek.......sama standard dgn kek lapis yg lain agaknya. Iya la.......kalau beli kat Sarawak pun, bukan dapat murah, betul tak?

Sandwich dan hamper


Pagi lagi aku dah siapkan 100 keping sandwich telor dan sardin untuk sekolah suami. Rupanya mereka ada family day di Desa Water Park. Tapi suami ku tak hadir sama, banyak kerja nak selesaikan.

Selepas hantar sandwich, singgah dirumah emak. Bertanya khabar dan berbincang soal perpindahan kami ke Sabah hujung tahun ini.


Kami survey pula dikedai pemborong barang makanan yg dekat dgn rumah mak. Suami kena sediakan hamper untuk pihak sekolah, mungkin majlis anugerah anak murid dia. Sempat juga aku beli beberapa bungkus gula-gula utk diberi kpd kawan-kawan Aziz nanti, jumaat ini.
Selepas dikedai borong, ke Tesco pula. Ada lagi yg tak cukup...........hamper diperlukan sebanyak lapan bungkus. Beli air botol besar, wafer dan biskut dalam tin. Keluar dr Tesco, singgah pula dikedai 2 ringgit. Cari bakul dan pembalut hamper........fuhh....aku pulak yg letihnya.....
Kemudian terus kerumah kakak sebab dia dah janji nak tolong balutkan. Kebetulan pula dia ada buat mee jawa, apa lagi...........langkah kanan la kita org............tak payah masak sehari tu...

Blurr kena TAG...


Aduhai si yanie ni..........ada ke patut aku yg di tag? Dah la tak pernah di tag, tetiba je kena. Serba salah dibuatnya. Dua hari ni pula sibuk sangat aku di 'office'.........tapi utk memuaskan hati yanie, kak fibie 'terpaksakan' diri dan inilah hasilnya.


Aku tak makeup pun, err......lipstik sikit je.....bedak pun guna anak punya. Dengan t-shirt kat rumah dan berkain batik. Tanpa specs, ok tak? Si Tomy jadi peneman, takpe ke?

Law & Order!
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this
Yanie!!! Akak taknak tag sape2.......boleh tak? Akak takde ramai kawan lagi la.......lain kali boleh?

Roti hemlet utk Hari Kanak-kanak


Semalam petang, aku sempat menghias kek carrot yg ku buat tu. Hentam keromo je aku ni, bukan pandai sgt pun.............ni la rupanya, ada tokoh jadi chef tak? Huhu........tak mungkin..


Pagi tadi, sebelum subuh aku dah kerumah kakak, ada tempahan drp sekolah suami sempena Hari Kanak-kanak. Roti hemlet, kentang goreng, ayam goreng, air mineral dan makanan ringan. Sebanyak dua ribu lebih roti nak dibungkus dan masuk dalam kotak. Naik pening kepala tengok roti yg menimbun, pembantu tak ramai. Harap adik beradik sendiri dan anak-anak saudara yang dah besar. Nasib baik la dia orang tu cekap dan rajin.
Akhirnya selesai juga dalam pukul 12 tengahari. Mana yg sengal kaki, kebas lutut, sakit kepala dan leher, dapatlah rehat meregangkan urat-urat yg tersimpul. Kaki ku pun naik kematu kerana berdiri setempat menyapu planta dan mayonis kat roti. Dari pagi hingga tengahari, mau tak krem? Selesai semua, terbaring keletihan dibawah kipas. Biasanya aku ni bukan jenis yg tidur waktu siang. Tapi hari ni aku tewas.............





Akhirnya.........

Penantian kami berakhir pada hari ini. Hampir setahun suami mengharap agar apa yang kami impikan ini termakbul. Setiap hari, setiap masa kami sering menyebut perkara yg sama.

Ramai juga kawan-kawan suami tak yakin yg dia akan mendapat apa yg diinginkannya. Tambahan pula, suami ku seorang yg aktif di sekolah. Dah jadi macam orang penting pula.

Kadang kala aku merungut juga kerana dia tak berkira dari segi tenaga dan masa kerja. Kasihan melihatkan keadaan dirinya yg sentiasa sibuk dari siang hingga kemalam. Balik dari mengajar pd waktu petang, lepas mandi dan sembahyang maghrib, terus bergegas ke kelas tusyen. Dalam seminggu, empat malam tusyen. Kadang kala sabtu dan ahad pun ada tugasan. Kalau ada perlawanan kriket antara sekolah, lagi sibuk. Dengan aku sekali terbabit. Apa taknya, aku jadi tukang bancuh air dia orang.........

Jadi, keputusan yg suami ku terima tadi siang, cukup melegakan hidup kami. Namun dalam gembira, tetap rasa sedih. Sayu rasa hati nak tinggalkan adik beradik, lebih-lebih lagi emak yg semakin tua. Kawan-kawan........memang aku tak punya ramai kawan. Dulu, semasa aku berkerja, memang ramai. Tapi sekarang tidak lagi..........bukan sengaja nak memutuskan silaturrahim. Keadaan yang tak mengizinkan aku dan kawan-kawan bertemu seperti dahulu.

Selepas cuti sekolah bermula nanti, aku dan suami akan mula sibuk mengemas segala yg patut untuk dibawa kesana. Barang-barang yg penting saja yg akan dibawa. Sayang pula rasanya.........nak bawa semua, tak mungkin terbawa.

Bagaimanalah nanti keadaan kami disana. Sering aku bertanya pada diriku sendiri. Adakah aku akan selesa bergaul dengan masyarakat di sana? Siapa agaknya jiran sebelah rumah ku nanti? Persekolahan Aziz ditahun satu, bermula di negeri bawah bayu............Sabah!!

Hati tersentuh..

Tersentuh juga hati ini bila membaca blog adik ku 'melurr'. Rasanya aku seorang yg panggil dia dgn nama itu.......mungkin.....tentang lagu 'Bangkit Asal' drp Halim Yazid. Sebenarnya, aku tak pernah dengar lagu ini, apatah lagi lagu dialek Kelantan. Memang aku kurang faham malah kalau tiada terjemahan, pening kepala aku nak memahamkannya.

Aku tanya pd suami, pernah tak dengar lagu ini? "Oh, saya tau lagu tu" kata suami. Mestilah dia tau, dah memang orang Kelantan jati. Dia juga tau kisah disebalik lagu itu.

Apa yg buat ku tersentuh ialah tentang kesusahan dan kemiskinan empunya lagu itu. Dapat ku bayangkan betapa peritnya dia menempuh segala kepayahan demi mencari ilmu. Bersyukur kerana mempunyai ibubapa yg perihatin, sanggup berkorban demi anak-anak tercinta. Tetapi yg buat ku sedih, ada segelintir kaum ibubapa yg tak peduli tentang keperluan, kebajikan, didikan agama dan sebagainya utk anak mereka sendiri. Mereka lebih pentingkan mencari rezeki, keuntungan, harta dunia, keseronokan dan meminggirkan soal-soal agama.

Ada pula, ibubapa yg sanggup bergolok gadai demi anak-anak, nak tengok hidup mereka senang, suruh belajar hingga menara gading. Tapi, bila senang sikit, mula lupa diri, lupa asal usul. Orang tua kat kampung pun tak jengah. Nak hantar duit kedekut tapi kalau nak belanja bini atau kekasih, sanggup berkorban apa saja.

Aku ni........bab begini, memang sensitif. Bagaimana pula nasib aku bila tua nanti? Ada ke anak akan menjaga kebajikan ku bila dah tak larat nak bangun ketandas atau kemana-mana. Selalu dalam doaku agar dia menjadi anak yg soleh, taat pd kedua orang tua, berpelajaran tinggi dan tak lupa diri.

Berbalik pada kisah tadi, isteri kepada teman adik ku melurr, seorang guru. Sama seperti yg dilalui oleh suami ku. Selalu dia mengadu tentang anak-anak muridnya yg tak mampu bayar yuran disebabkan hidup susah. Tak sanggup dia nak ambil duit mereka. Apa yg boleh dia lakukan hanya mencurahkan ilmu yg dia ada dgn ikhlas hati. Mudah-mudahan mereka akan menjadi orang yg berguna dan dihormati satu hari nanti.

Resepi Carrot Cake


Resepi ni kiriman drp teman yg belum pernah ku jumpa, hanya gambar sebagai pengenalan. Selalu sembang di forum. Macam mana la agaknya kalau jumpa, kan..........mesti riuh rendah. Maklumlah orang perempuan kalau dah bertemu, banyak cerita yg keluar. Terutama soal masak memasak dan anak-anak.


Sebenarnya, aku pun tak rasa lagi kek ni...........sayang pulak nak potong. Bagaimanapun aku anggap dah berjaya percubaan ku ini. Terima kasih Faiz kerana sudi berkongsi ilmu.
  • Carrot Cake

    Bahan-bahan :
  • (A)
  • 114 gm gula kastor
  • 70 gm kuning telur (4 biji)
  • 5 gm garam
  • 160 gm minyak jagung/minyak masak
  • (B)
  • 190 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk soda
  • (C)
  • 270 gm lobak merah, diparut
  • 120 gm nenas kiub(tin)
  • 75 gm jus nenas
  • 40 gm kelapa kering
  • 60 gm walnut, bakar dan cincang
  • (D)
  • 114 gm gula kastor
  • 90 gm putih telur (3 1/2 biji)

  • Cara Membuatnya :
    1. Satukan bahan A kecuali minyak. Pukul hingga kembang dan putih. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dipukul. Adunan menjadi pes bewarna kuning yang kental dan likat.
    2. Masukkan bahan B yang telah diayak. Pukul hingga menjadi pes yang lembut.
    3. Pindahkan pes ke dalam sebuah mangkuk adunan yang lebih besar. Masukkan semua bahan C dan gaul dengan senduk atau tangan hingga adunan merata.
    4. Satukan bahan D dan pukul kelajuan sederhana untuk menjadi meringue yang kental (stiff peak).
    5. Masukkan adunan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul dengan senduk atau tangan hingga sebati.
    6. Sediakan tin pembakar bulat atau empatsegi berukuran 9 inci x 9 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
    7. Tuangkan adunan ke dalamnya. Ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.
    8. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.
    9. Keluarkan kek dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Yee mee......


Setiap kali keluar kemana-mana, mesti dia order yee mee..............kekadang aku dan suami bosan juga dgn menu Aziz ni...............

Kalau tak yee mee, kfc, mcdonald............hemm.....badan macam tu juga, kurus lampai. Air, mesti teh o ais.........
Selepas mengisi perut, kami kekedai elektrik. Suami nak beli microphone untuk sekolah dia. Aku pula, jengah-jengah kat bahgian oven. Lama disitu, hati teringin sangat memilikinya. Tapi.....tunggulah......guna dulu mana yg ada kat rumah tu. Ada rezeki, tahun depan insyaAllah boleh dapat.

Angin malam.........






Seharian semalam Celcom 3G buat hal. Dari pagi hingga malam aku tak dapat berforum dgn kawan-kawan, surat khabar pun tak baca. Bagaimana pun berita tentang harga minyak yg turun cukup melegakan.


Duduk dirumah kepanasan dek cuaca yg menyengat. Kipas sentiasa berputar dari pagi hingga malam. Baju yg ku basuh tengahari sempat kering. Tak seperti masa musim hujan dulu. Dua hari baru kering..............


Pagi tu, kerumah kakak sekejap, bincang pasal tempahan dari sekolah suami untuk hari kanak-kanak nanti. Menu roti hemlet, ayam goreng, air mineral dan sedikit makanan ringan. Kalau jadi, nampak gaya aku akan sibuk 2 hari tu sebab esoknya ada tempahan kuih dari cikgu sekolah yang akan ke Mekah menunaikan haji. Alhamdulillah........walaupun letih, tak dapat aku nak tolak rezeki yang datang.

Malam tadi, disebabkan bosan tak dapat mengadap komputer, cuaca pula menyengat, aku bertiga keluar ke Putrajaya bersiar-siar sambil menikmati aiskrim. Hemm......sedapnya.....tapi kalau selalu macam ni, boleh jadi niat ku nak kuruskan badan terkandas. Eh....ada ke orang 'kesah'?