my best friend forever

iklan nuff

banner

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sila godek

Memuatkan ...

Kek oren

Malam tadi 'angin' rajin datang pulak. Terasa nak buat kek tapi yg simple2 je. Buka buku cupcake, nampak resipi ni..........

jom kita kongsi resipi kek oren ni.........

bahan :

250 gm tepung berserbuk penaik
(selalunya kalau takde tepung ni, saya campur tepung gandum dgn serbuk penaik, agak2 sendiri je...)
250 gm mentega
200 gm gula castor
50 ml susu segar (saya guna susu cair je)
5 biji telur (saya guna 4 biji, sebab besar)
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar pes oren (saya guna oren sunquick)

cara membuat:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.

2. Masukkan tepung dan pukul hingga sebati.

3. Pecahkan telur satu persatu.

4. Tuang susu dan esen vanila ke dalam adunan.

5. Masukkan pes oren dan pukul lagi.

6. Tuang ke dalam acuan mini dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15- 20 minit atau sehingga kekuningan.


dah siap pun........jom makan!!

sumber drp buku variasi cupcakes oleh Nor Aini Adnan.

kek oren




















hujan lebat, rupanya........Kundasang

Selepas sarapan pagi bersama anak saudara di restoran berdekatan, kami bertolak pulang ke KK dalam pukul 7.30 pagi. Masa tu cuaca elok je tapi di pertengahan jalan, hujan lebat hingga ke Ranau. Aku tak tau pulak hari tu ada gerhana matahari katanya. Memang 2 hari ni aku dan suami tidak membaca surat khabar atau mendengar berita. Dah sampai KK baru tau, itupun emak dari kampung talipon. Hemm.....rugi rasanya tak tengok.....
Ingatkan nak beli jambu susu di sini sebab lama betul tak makan jambu ni. Seingat aku masa kecil dulu mak sedara ada tanam depan rumah dia. Masa tulah aku selalu kutip mana yg gugur. Sekarang susah nak jumpa. Tapi suami tak jadi beli, kata dia masam. Memang la masam sikit tapi sedap bagi aku.........

Dalam pukul 12 tengahari kami sampai di Kundasang. Masa pergi hari tu tak singgah, sebab kami ingatkan macam Cameron Highland, sepanjang jalan ada jual sayur. Rupanya tak banyak gerai2 ni.
Kami beli sayur yg perlu aje seperti timun madu (tak pernah rasa sebelum ni), kacang buncis, cili merah, cendawan butang, kobis bulat dan kobis bunga. Nak beli banyak takut takde sape nak makan, kami berdua je.


Ada juga orang jual bunga, kektus, pokok pine dll tapi tak banyak pilihan. Berkenan nak beli pokok pine dlm pasu, masaalahnya rumah kami ni jenis kondo, tak sesuai rasanya. InsyaAllah kalau dapat menyewa rumah yang ada tanah, aku bercadang nak beli juga.




Ada beberapa jenis madu yg di jual disini dengan harga murah berbanding di semenanjung. Tapi tak tau pulak keasliannya. Biasanya aku beli di semenanjung kalau botol kecil dalam RM25. Disini, botol besar RM15, botol kecil RM9. Kami beli yg besar 2 botol dan kecil sebotol. Ada 3 warna, hitam, coklat dan kuning muda. Madu hitam tu rasanya seperti kita makan gula hangus tapi sedap............belikan makcik sebotol, buah tangan untuk dia.



Waktu pergi tempohari, aku ada minta suami berhenti disini untuk berfoto tapi suami kata balik nanti kita singgah. Masa tu gunung kinabalu jelas kelihatan dan aku nak bergambar berlatar belakangkan gunung sebagai bukti yg aku pernah kesana. Tapi hampa........cuaca berkabus, langsung tak nampak apa pun.......bagaimanapun kami snap juga sekeping dua gambar. Rasa macam masih pagi lagi, padahal dah tengahari......
1.30 tengahari kami sampai di Tamparuli, singgah sembahyang di petronas. Kali ni terasa cepat sampai berbanding pergi. Mungkin kereta tak banyak. Kalau la jalan rata, tidak bengkang bengkok, pasti lagi cepat kami sampai di KK. InsyaAllah, cuti sekolah panjang nanti kami bercadang nak pergi lagi. Atau mungkin ke pulau?





Ke Tawau pula....

Kebetulan kami sampai ke Lahad Datu (rumah kakak tiri) dia cuti 4 hari sempena chinese new year. Jadi dia bercadang membawa kami ke Tawau, rumah anaknya sebab dah lama dia tak kesana. Tambahan pula anak dia baru saje di sahkan mengandung, kiranya cucu pertama kakak ku.
Besar juga rumah di sini, harga pun tidak semahal di semenanjung atau KK. Teringin juga satu hari nanti kami tinggal di kawasan Tawau atau Lahad Datu sebab di sini ramai yg beragama Islam dan tak susah mencari kedai makan yg halal.

Dalam perjalanan ke pasar Tawau bersama anak saudara ku (bujang lagi!!), kami singgah di tepi laut. Kedudukannya berdekatan dengan bandar dan banyak kapal berlabuh. Anak saudaraku pun tak ingat nama tempat ni sebab dia jarang melepak di sini dan ada sign board tapi aku susah nak ingat papan tanda di Sabah ni kerana sebutan yg agak pelik.....

Seronok juga lepak di sini.............



Terdapat banyak ikan masin yg berbagai jenis ikan. Kami hanya beli ikan masin keropok. Sedap!! biasanya aku tak makan ikan masin, tapi ikan ni aku suka sebab dia tak masin. Ikan bilis pun murah dan elok2 semua. Kami beli dalam sekilo aje. Udang kering, amplang, keropok belinjo pedas dan tak pedas......banyak lagi la......lain kali kami akan datang lagi. Mungkin beli lebih untuk di bawa pulang ke semenanjung.


Suasana di pasar besar Tawau....




dari KK ke Telupid, Ranau, Kundasang....

Kononnya 7 pagi nak bertolak ke Lahad Datu tapi hampeh.......pukul 8 lebih baru bergerak. Biasa la kalau baju dan barang2 tak di siapkan dari malam, inilah jadinya........bagaimanapun kami tidak la lewat sangat. Tiada bekalan makanan seperti dulu masa nak balik kampung. Baju pun hanya dua tiga pasang.

Melepasi Tamparuli, sudah kelihatan puncak gunung kinabalu yang sangat2 ingin kami tatap dari dekat. Kamera ku tidak lepas dari tangan. Hinggakan suami menegur, sudah2 la ambil gambar tu tapi aku memang suka ambil gambar. Mungkin tidak menarik pada orang lain apa yang aku snap, aku peduli apa......yg penting aku nak simpan sebagai kenangan.

Cuaca elok sepanjang perjalanan kami ke sana. Panas terik sehingga jelas kelihatan batu2 gunung. Jalan pula bengkang bengkok sampaikan suami sakit bahu. Tapi tak dapat nak tolong drive sebab aku tak boleh memandu di kawasan yang aku tak biasa lalu.

Tu diaaa........gunung kinabalu hampir jelas kelihatan. Bila la agaknya kami dapat mendaki gunung? Aii..boleh ke? Mungkin boleh mungkin tidak.........tengok la nanti......stamina kena kuat, semangat mesti kental......



Ini saje yang dapat aku share gambar2 sepanjang perjalanan kami melalui Kundasang. Mungkin lain kali kalau kami pergi lebih lama, pasti akan ada gambar2 yg menarik.


Singgah di pekan Nabalu, beli baby lemon, emm.....manis dan masih segar lagi.




Ada juga beli keropok ubi untuk bahan kunyah kami dlm perjalanan.




Singgah di pekan Ranau, perut terasa lapar dan dahaga. Banyak restoran melayu di sini tapi kami batalkan utk makan tengahari sebab penuh sangat pelanggan dan tiada layanan pula. Bukan merajuk cuma tak berselera nak makan. Bukan juga kotor tapi mungkin tak biasa.
Lucunya masa mencari kedai makan, ketika suami melalui satu round aboard, tiada tanda di situ spt batu2 atau pasu bunga, hanya cat putih. Di situlah semua kereta mengelilingi tempat tu........

Ada juga kemalangan kecil yg tidak melibatkan nyawa. Mungkin sebab jalan yg tidak rata atau mengantuk.
bersambung.........






Rinduuu..........

Kala ni aku rindu nak berbual berjam2 dgn kakak ku. Kami kalau jumpa, tak kering gusi dgn gelak dan bermacam2 cerita timbul. Drp kisah keluarga, adik beradik, kucing (paling aku suka), anak2 dia dan selalu jadi rujukan ku bab memasak.
Adik ipar yg 'paling' rajin. Orang kuat mak mertua ku ni. Hemm.....manis orangnya tanpa makeup. Pemurah.......bila shopping utk hari raya, semua dia borong. Sampaikan baju utk adik yg bujang pun dia belikan. Untung la siapa yg dapat kahwin dengan dia..............

Aku jarang dapat bergambar dengan mak. Kalau di ajak, pasti menolak, malas la......tak mandi lagi la.......selekeh la......kali ni dpt beberapa keping, jadi la sebagai kenangan dan tatapan ku di rantau orang.


Teringat juga dengan si comel Irfan. Mesti dah pandai berdiri teguh sebab masa aku pergi dulu, dia baru merangkak. Seronok tengok dia ketawa sambil gerak2kan hidung. Bab makan dan susu dia tak boleh tunggu lama. Lambat sikit..........nangis.....sbnrnya teringat juga anak2 buah yang lain tp takde gambar mereka pada ku. Kalau ada yg terbaca blog 'makngah' ni, jangan kecil hati........makngah ingat semua, cuma anak sedara tu ingat ke tidak dekat makcik dia ni, tak tau la............


Paling ku rindu, wajah mak ni. Setiap waktu solat aku tak pernah lupa mendoakan yang terbaik untuknya. Mudah2an mak sihat, jaga diri, jangan selalu tension pasal cucu2 mak tu. Mereka dah besar, boleh urus diri masing2. Mak tak payah peningkan kepala memikirkan masaalah anak2 dan cucu. Sekarang masa untuk mak merehatkan minda. Kalau dulu masa anak kecil2, mak susah hati takpe la. Tapi kini tanggung jawab mak dah lepas. Bagaimanapun, sebagai ibu, begitulah nalurinya, tak pernah sesaat tidak memikirkan hal anak hingga ke akhir hayatnya.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa mu, ibu........




Kek hitam manis/coklat utk kakak

Pukul 9 malam tadi aku siapkan kek ni utk kakak tiri ku di Lahad Datu. Cuti chinese new year ni kami cadang nak kesana. Mungkin akan bertolak pagi sabtu menaiki kereta. Dengar kata anak saudara ku, 7 atau 8 jam perjalanan ke sana. Harap-harap tiada halangan sepanjang jalan nanti.

Jambatan Tamparuli dan Pantai Dalit

Tak sah kalau tak mandi di swimming pool, sampai naik legam kulit dia.


Tempohari tak sempat nak upload gambar2 di Pantai Dalit. Baru ni ada peluang. Sila la tatap....

Sejak di Sabah, Aziz dah pandai berenang.

Di sebelah sana swimming pool kelihatan pantai dalit yg cantik, bersih, sejuk mata memandang.


Rasa Ria Resort. Aziz pikul beg penuh dgn bajunya yg basah. Nak balik cepat, takut hujan. Susah jalan di tempat tak biasa ni...........





Pantai Dalit yg putih bersih tapi aku tak jejak lagi ke gigi air. Tak berkesempatan, mungkin satu hari nanti. Tapi sekarang ni aku dah kurang suka mandi pantai. Ntah la.......kenapa....kalau dulu, selagi matahari tak terbenam, selagi tu tak naik........



Gambar ni di snap oleh adik ipar ku. Jadi, aku upload je mana yg ada. Kalau aku yg ambik, confirm banyak sebab aku suka suasana begini. Sayangnya gambar aku takde di sini.





Dalam perjalanan pulang menghantar adik ipar, kami bercadang singgah di jambatan Tamparuli. Adik ipar ku kata, kalau hujan lebat, air pasti membanjiri jambatan ini. Risau juga ketika melalui jambatan sebab takde penghadang kiri dan kanannya. Kalau tergelincir?





Inilah jambatan gantung Tamparuli. Popular sungguh hingga ada lagu di ciptakan. Dengarnya jambatan ini hanya laluan untuk penduduk kampung seberang sana ke pekan di sebelah sini. Kecil je pekannya, berdekatan dengan masjid. Di situlah kedai, pasar dan masjid tempat adik ipar ku berbelanja dan sembahyang jumaat. Sabtu dan Ahad kami jemput dia ke KK, mungkin bosan di Tamparuli kerana susah nak dapat kelengkapan untuk mengajar.








Pantai Dalit

Hari minggu, kami ke pantai Dalit, ambil anak yg mengikut makcik suami kesana kerana ada seminar. 2 hari dia bermalam di hotel, asyik telephone aje, maklum la......tak pernah berjauhan dengan kami. Malam pertama menangis, minta di ambil. Tapi disebabkan tempat tu jauh dari KK, kami terpaksa memujuk di talian saje.

"Nanti ayah datang ambik hari minggu, ok, jangan nangis...." pesan suami di kejauhan pada anaknya.
"Ayah datang pepagi tau, pukul 8.00 pagi mesti sampai" Aziz pula merayu.

Sebenarnya rasa sayu juga bila anak tiada di sisi. Apa yang di lakukan, makan atau tidak, mandi, gosok gigi........biasanya aku yang atur. Bila dia takde, rasa macam nak pergi terbang bawa balik je.......agaknya itu la perasaan Aziz bila tak nampak kami depan mata dia. Lepas ni, aku tak benarkan dia jauh dari kami dua tiga hari.

Jauh juga perjalanan dari rumah ke Pantai Dalit. Rasa suasana seperti balik kampung pula dengan kiri kanan pokok bakau, perkampungan yang tak pernah kami lalui. Tiba juga di Rasa Ria Resort dengan petunjuk yg di beri oleh sepupu suami (masih belajar di UMS).

Ketika sampai, Aziz sedang seronok mandi di swimming pool. Rupanya dia dah pandai berenang. Jadi betul la selama ni dia bagitau ku yang dia dah pandai berenang. Ingatkan dia tipu........agaknya kerap pergi mandi manda di Sutera Harbour, tu yang dia pandai berenang.

Cantik juga pemandangan di pantai ni. Putih bersih pasirnya, tiada pencemaran lagi sebab terletak di kawasan yang sedikit terpencil. Bagaimana pun kami tidak lama di situ, hanya ambil beberapa keping gambar dan bergegas ke Tuaran. Kalau boleh taknak pulang lewat, takut hujan lebat di perjalanan sebab sekarang ni di KK kerap hujan.

Gambar akan datang.........

Mula sekolah...

12hb, isnin....
Aziz mula bersekolah. Terpampang kegembiraan di wajahnya mengenakan baju baru, seluar baru, kasut baru dan segalanya baru. Ada juga kelihatan bimbang dan takut, maklum.....nak jumpa kawan baru dalam suasana yang berbeza seperti di semenanjung. Di sana, dia ramai rakan yang sama tadika tapi di sini...........

Walaupun terlewat daftar sekolah, tiada masaalah rasanya. Aziz dah boleh membaca, menulis, jawi, rumi dan mengaji. Dalam pergaulan dengan kawan baru pun mungkin tak susah sebab dia mudah mesra. Cuma masaalah di sekolah ni, tiada pengangkutan dari rumah kami ke sekolah. Maka terpaksalah mencari alternatif sendiri. Kebetulan jiran kami di tingkat 2, orang johor (sekapal dgn ku), anak dia di tahun 2 bersekolah di tempat yg sama dgn Aziz. Dengan ramah mesranya aku dan suami meminta jasa baik dia supaya dapat mengambil Aziz ketika pulang dan kami menghantar anak dia di sebelah pagi.

Hari pertama sekolah, aku risau betul. Dia tak pernah jauh dari kami. Dalam hati ku mesti dia nangis kalau orang lain dah balik, tinggal dia sendirian. Aku tumpang jiran ku sama ke sekolah dia, takut nanti dia tak kenal Aziz sebab baru je berkenalan tak sampai seminggu.

Sah!! dia menenyeh mata yang merah. Kesian pula aku melihat dia, tentu dia runsing, takut takde orang datang ambil. Esoknya aku pesan supaya dia tunggu di bilik guru, senang......mungkin selepas ni dia akan bawa handphone, memudahkan aku menghubungi dia.

kesibukan melanda!!

Salam semua............

Dua tiga hari kebelakangan ni sibuk betul menguruskan rumah sewa dan masuk barang dalam rumah kami yang baru di sewa.Usahkan baca paper, dengar berita di tv pun tak sempat. Masak apa lagi? Barang2 dapur ku memang ada bawa dari semenanjung tapi............gas pula takde.....huhu.....nasib baik ada dapur letrik kesayangan ku, 'Frico'.

Dirumah baru yang di sewa ni, hampir lengkap barangan asasnya seperti katil, almari (takde la baru, tapi ok la drp kosong je....), kipas pun ada, aircond di sediakan, dapur gas sekali, peti ais, meja makan dll. Alhamdulillah......dalam pada kami terdesak mencari rumah, ada pula kenalan makcik yang tolong carikan rumah yang sesuai dan selesa. Paling best ada swimming pool, Aziz la yang seronok sakan, dapat mandi tiap2 minggu.

Kebetulan kami dapat rumah, barang dalam kontena pun di hantar ke rumah. Punggah memunggah pun terjadi la..............tadi, baru settle kat depan dan ruang makan. Dalam bilik masih berserabut lagi, tak larat aku nak buat sekali gus. Mau seminggu baru siap semua. Aku dah tak sabar nak mula masak dan melakukan aktiviti di dapur, dah rindu sangat ni....

Masaalah di sini, aku masih tak tau lagi tempat yang sesuai untuk berbelanja barang2 basah seperti ikan, ayam, sayur dll. Kalau di semenanjung, aku biasa di Tesco, tapi di sini popular dengan 'Giant'. Santan pekat pun takde. Nak beli ayam di pasar pun rasa 'was-was' (sbb orang sabah ni rupa mereka seperti org cina, tu yg konfius sikit). Kedai2 jual ikan dan ayam di sini susah juga nak jumpa. Gerai goreng pisang, nasi lemak, kuih muih tu, usah cari le, memang tak adanya........

Pasar malam? huhu.....aku rindu nak ke pasar malam, tapi sampai hujung tahun nanti mungkin baru dapat pergi. Itu pun kalau balik KL, kalau tak..........jangan harap nak jumpa pasar malam macam di tempat kita. Aku rindu dengan roti john, burger otai, apam balik, kue teow goreng dan banyak lagi makanan kegemaran ku yang terpaksa ku lupakan untuk sementara waktu.

Cabaran hari pertama suami

Dah lama rasanya aku bercuti menggosok baju, mengilat kasut, masak tengahari dan sarapan pagi. Pagi ni, suami kena melapor diri di sekolah baru dia. Selepas subuh (di Sabah, dari subuh hingga ke pukul 7.oo pagi terasa lama betul) aku terus menyelongkar barang2 dalam beg. Cari kemeja, stokin, sapu tangan, tai (rupanya dlm kontena lagi, terpaksa pinjam pakcik punya)

7.30 pagi, suami memandu ke jeti sendirian. Sebenarnya kami tak tau pukul berapa perjalanan bot ke pulau. 8.30 tadi, dia call, ada problem sikit katanya. Rupanya, bot pukul 7 pagi dah terlepas, kalau nak naik lagi kena tunggu pukul 11 pula. Takkan nak tercongok kat jeti sampai tengahari kan? Aku cadang dia telephone jpn, minta nombor telifon sekolah tu, tangguh hingga minggu depan baru pergi sekolah. Banyak lagi urusan tak selesai. Nak cari rumah sewa lagi, sekolah anak belum daftar. Hai......berserabut kepala otak....

Tak sangka ke Pulau Gaya pula....

jeti Pulau Gaya dr picasaweb google
pada 2006, ikan paus pernah di jumpai di pulau ini



Ketika kami di kedai barang2 keperluan dapur yang berjenama 'Frico', handphone suami berdering. Rupanya panggilan daripada JPN Sabah, En. Norbi (kawan kpd kawan baik suami). Suspen je bunyi suaranya meminta suami datang ke pejabat.



Pukul 3.30 ptg kami bergegas mencari pejabat pelajaran yang bersebelahan KWSP. Punyalah jem........dah la kami ni tak tau jalan area bandar ni.......berpusing2 cari tempat nak letak kereta, tak jumpa, hampir setengah jam lamanya. Bila pusing balik, salah masuk jalan lain pula........suami dah tension, jam dah 4 lebih, masih mencari parking.........



4.10 ptg baru dapat parking, itu pun masuk dalam kawasan pejabat (nasib baik jumpa pintu masuk....). Kemudian berlari anak mencari tingkat 5. Dah jumpa, nak cari bilik pejabat tu satu hal lagi. Kena pula dia orang tengah renovate bangunan, tanya sana sini, baru jumpa. Fuh..lega..(aku pulak yg kelam kabut)



En. Norbi ni peramah orangnya. Macam dah kenal lama je. "Kita mau mengajar di mana?", saje je dia nak bagi suami suspen. Suami ku cuma senyum simpul dengar soalan dia. Sebenarnya, kalau boleh dia nak mengajar di sekolah yang kedudukkannya pinggir bandar saja, bukan dalam bandar. Tapi.....jeng....jeng....jeng.....en. norbi keluar surat dari jabatan, ahh...sudah!! Pulau Gaya!!



Nak buat macam mana kan? Tadah je la........naik bot pun mencabar jugak.....
Sebelum ni, ada yang cadangkan mengajar di pulau ni tapi suami menolak, bersungguh2 dia menepis.....sudahnya....

hantam saja la labu!!!






Singgah di One Borneo, katanya pusat beli belah terbaru dan terbesar di Sabah.
Aziz dengan teman baru di Sabah, Hamizan (anak makcik). Dengan dialah Aziz rasa happy, merajuk, bertengkar, lepas tu baik semula. Bagaimanapun mereka berdua memang serasi.

Tanjung Aru kami jejaki di waktu orang bersesak-sesak di jalanraya untuk berkerja. Ada juga kami terpandang orang menjual durian.



Awal sampai ke Sabah, hati tertanya-tanya, di mana Tanjung Aru? Pagi (tak ingat hari apa) aku desak suami meronda ke pusat bandar. Lalu kami jumpa juga Tg Aru. Tapi tak secantik Karambunai. Kelihatan Pulau Manukan dari Tg Aru, kami akan sampai juga nanti kepulau tu.........insyaAllah....


Laut luas terbentang indah di depan mata, saujana mata memandang indahnya alam semesta. Ku rakam saat kami singgah sebentar merehatkan badan ketika badan letih asyik memerap di rumah.




Ramai pelancong bersantai menggelapkan kulit mereka agaknya. Lucunya, Aziz terpaksa tutup mata sepanjang jalan kepantai. Dia memang macam tu, kalau nampak orang pakai seksi, malu nak pandang. Haa.....jangan nanti dah besar, terbeliak pulak biji mata dia......







Tanjong Lipat dan jeti

Semalam, lepas makan dim sum di hotel hyatt, kami berpecah dgn makcik sekeluarga. Mereka shopping tapi kami makan angin ditepi jeti KK (tempat org naik bot menuju ke Pulau Gaya dan kepulau2 lainnya). Jam pukul 12.30 tengahari. Sempat berkenalan dengan abg Jaiman, pembawa bot ke pulau2 berdekatan. Kami tanyakan harga tambang bot untuk sehari atau sehala saja.
Disitu, yang tak bestnya........air dibawah jeti tu ada berbau sedikit......
Dalam panas terik tu, nak jugak berposing.......ibu...ibu..ambik gambar Aziz kat ikan todak tu!!

Selepas di jeti, kami singgah pula di Tanjung Lipat. Suasananya seperti di PD ku rasakan.......angin lautnya tidak berbahang sangat. Ramai juga yang berkelah dengan famili tapi dibonet kereta kami takde tikar pula, kalau tak......confirm aku dan suami bersila disitu. Cuma ku perhatikan terdapat banyak sampah di tepi pantai. Sayang betul, tempat cantik tapi dikotori oleh tangan2 yang tak bertanggung jawab. Siapa yang susah nanti?



Walau ramai yang mandi disitu, tapi aku tak berminat nak join sama. Air lautnya berkeladak, tak jernih.


Dari kamera ku.....Sutera Harbour

Suka sangat dapat mandi kat kolam renang.......tapi masih tak reti2 berenang, mcm ibu dia....
Hampir masuk waktu maghrib, sempat juga ku snap sekeping dua foto. Indah kan ciptaan Tuhan?




Pemandangan yang indah dan nyaman ni ku rakamkan di waktu petang, panas terik hingga ke senja hari. Walau terik memanah muka, posing tetap posing.......hehe.....bukan senang nak dapat masuk sini kalau tak pergi sama dengan makcik. Semalam dia ajak pergi lagi, ajak mandi sauna pulak, tapi aku tolak, lain kalilah..............