my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

25hb Mac

Ulang tahun perkahwinan kami yang lepas, kami celebrate biasa2 je.......sebenarnya lupa pun ye jugak........jadi aku cuma buat cupcake (saje2 hiburkan hati sendiri). Nak keluar makan2, suami kerja. Malam pula, tak kuasa nak turun. Kami lebih suka menonton tv di rumah.

Cupcake yang aku buat ni dari Nor Aini Adnan. Kita share resepi ni, kalau ada yang nak cuba, boleh la ambil. Senang je........

KEK COKLAT CIPS

Bahan-bahan:-

250 gm tepung berserbuk penaik

250 gm mentega

200 gm gula kastor

50 gm coklat chips

60 ml susu coklat

5 biji telur

1 sudu kecil pes coklat

Esen vanila

Coklat chips

Cara membuat:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur berselang seli dengan susu dan tepung.
3. Tuang esen vanila dan pes coklat. Pukul lagi.
4. Masukkan coklat chips dan kacau rata.
5. Tuang dalam bekas mini beralas kertas. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau kekuningan.


nota: kalau nak makan untuk 2 atau 3 orang, buat separuh adunan je.....

Mudah2an rumahtangga kami kekal selamanya, di murahkan rezeki.......amin.....

Poring Hot Spring yg tertunda

16hb March (cuti sekolah tempohari)

Awal pagi........tetiba suami cadangkan kami ke Ranau, Porin Hot Spring. Konon nak bermalam satu malam di sana. Aku, mula2 keberatan tapi........ikutkan je la.....orang dah ajak, takkan nak tolak, ye tak?

Cuaca elok je pagi tu........suami kata kena siap dlm setengah jam, 8.30 pagi kita bertolak. Aku pun sumbat dua tiga helai baju setiap seorang dalam satu beg, yang penting swiming suit kena ada. Ok......siap!!

Pukul 11 pagi kami sampai di pekan Ranau. Habis satu pekan kami round, cari bilik. Ingat nak bermalam di Orkid Hotel (kalau tak silap) tapi penyambut tetamu cadangkan kami bermalam di Lohan Rest House kalau nak mandi manda di Poring.
Setibanya di Lohan Rest House, kelihatan sepi je........gambar dlm brower menarik hati kami. Tapi.........jauh jugak kalau nak keluar makan di pekan, dalam 15 minit perjalanan. Fikir punya fikir, kami tak jadi menyewa di situ. Kami terus ke Poring Hot Spring dulu, kemudian baru fikir samada nak balik atau tidur di Ranau.


Depan pintu masuk Poring ada gerai cenderamata tapi aku tak beli pun, tengok2 je.......rasanya murah lagi di KK. Lagi pun rumah ku belum ada almari untuk letak segala barang2 hiasan, yg dah ada pun masih dlm kotak lagi........





Malas nak berposing sebenarnya tapi dah 'orang tu' sibuk suruh, aku paksakan diri jugak. Bukan apa.........dah macam 'mak dugong' aku ni sejak dua menjak ni......makin sihat walaupun sebenarnya selalu 'tak sihat'.......


Tak banyak gerai2 cenderamata di sebelah dalam kawasan mandi manda ni. Aku pun bukan nak beli apa, saje action sebab nak bergambar.....






Di pintu masuk Hot Spring, kena bayar seorang RM3 (kanak2 dan dewasa sama je)






Melalui jambatan gantung yang dibawahnya kelihatan air terjun yang deras. Tak sabar rasa nak membenamkan badan dalam air tu, cuaca pula panas terik.






Rock Pool ni aku tak masuk pun, mungkin sesuai untuk remaja saje.......







Poring Hot Spring (sambungan)


Di kolam yang sejuk ni, masuk kena bayar lagi, RM3 seorang. Hanya sejam dibenarkan berendam di sini. Aziz suka sangat, ibu dia pun suka jugak.......kalau kat kondo rumah sewa tu, jangan harap aku nak turun mandi di kolam. Ini pun sebab cuaca panas sangat. Ikutkan aku malas nak tukar menukar baju mandi ni........err....gambar aku dgn swimming suit tak dapat ku siarkan ye......bukan 'seksi'........tapi 'seksa'......
Selepas mandi manda, kaki aku dah naik krem sebelah kiri, perut pun dah berkeroncong. Aku dah malas nak singgah mana2. Tapi Aziz nak ke taman rama2 pulak.............aku suruh ayah dia je temankan. Tak koser aku! dah la terhencut2......aku tunggu je dia orang bawah pokok. Masuk taman tu katanya kena bayar lagi..........



Sempat suami ku snap gambar rama2 ni sebelum dia menerbangkan dirinya.......cantik kan?



hemm.......teringat pulak drama kat tv rtm......cinta si rama-rama.........





Jam dah pun 2.oo ptg. Suami ku kata, balik aje la.......takde mood nak tidur sini.....aku tak kisah, mana2 pun boleh. Mungkin suami tak selesa kerana brek kereta buat hal pulak. Dah macam bunyi kapal terbang je..........




Dalam perjalanan pulang, sebelum sampai pekan Ranau, kami singgah di ladang teh sabah. Aku bayangkan, tempat yang tinggi, sejuk, ada bau daun teh, pemandangan yang indah. Mesti macam Cameron Highland.........
Ada tiga orang budak jaga di pintu masuk ladang teh. Dengan senyum lebar mempersilakan kami naik keatas bukit, dengan jalan yg berbatu kerikil, kereta kami terhenjut2. Mula rasa tak seronok ni..............






Tiada yang menarik sangat di sini. Nak minum dan bersantai2 pun tak banyak pilihan. Kami hanya beli sebungkus teh sabah dan buku map sebagai souvenir, jangan tak beli orang kata.....







Dalam pada tak best tu, sempat jugak la menyelit kat celah2 pokok teh untuk berposing. Tak sampai setengah jam kami di sini..........3.30 ptg bergegas nak balik sebab nak tengok Spa Q. Aku cuma kesian kat suami, drive sepanjang hari tapi dia lebih selesa balik rumah. Lagipun kenderaan di jalan tak sibuk sangat.








Dalam perjalanan pulang, hujan panas pula. Maka kelihatan la pelangi di kaki langit. Gambar tu, Aziz yang snap.
Tepat 6.30 ptg kami sampai rumah. Kesimpulannya, takde la seronok sangat Poring Hot Spring ni (bagi aku le.....) tapi orang muda2 mungkin best.....








mengong!!

ARRHHH.........TENSIONNNNN...........


Dah seminggu tak boleh upload gambar kat blog.......

apa dah jadi ni?

BOSANNNNNN.......

Puding kelapa

Hari ni bermulalah cuti sekolah penggal pertama. Tiada tujuan kemana2 cuti ni sebab kami tidak merancang dari awal. Cuma.......mungkin akan ke Kudat pada hujung minggu depan, itu pun kalau jadi.........bosan aku, awal pagi selepas mengadap tv (kebetulan channel hbo tayang cerita best pulak...), sarapan nasi goreng kampung, aku ngadap intenet pulak........

Lepas zohor, aku ajak suami keluar ke Tg Lipat, sebelum hujan lebat petang nanti. Akhir2 ni sering hujan lebat sebelah petang. Suami balik dengan basah kuyup, sampai ke kasut basah........kesian pulak aku tengok......

Disana, kelihatan beberapa kumpulan remaja berkhemah.......seronoknya mereka.....bina istana pasir.......teringat zaman remaja ku dulu. Rasa nak balik muda je.........tapi...mati hidup balik pun takkan dapat saat2 begitu lagi. Lega kepala otak ni dapat hirup udara segar walaupun tak sampai satu jam di sana.


Ketika aku snap gambar ni, adik ipar kata, nak ambik gambar jugak ke? hehe.....aku kan gila kamera.........nasib la sape yg dekat dgn aku.......jadi mangsa.....

Lepas tu suami nak lepaskan hajat ku makan puding kelapa sekitar pasar philipine. Aku dapat tau dr seseorang, katanya puding kelapa di sini sedap banget..........walaupun kami selalu lalu lalang di situ tapi aku tak pernah lagi jalan2 sekitar bandar yg ada menjual kraftangan ni. Ingat nak tengok2 jugak sebelum cuti panjang nanti, beli souvenir untuk famili.


Harga segelas puding kelapa ni RM2.50 dan segelas air kelapa RM1.00. Boleh la tahan rasanya, tak manis sangat. Rupanya di belakang gerai2 ni, ada pasar malam bermula pukul 5.00 ptg hingga 11.00 mlm menurut kata si penjual air kelapa. Aku belum pernah ke pasar malam selama di sini. Mungkin cuti ni ada peluang kot.......tapi, aku dan suami jarang keluar malam. Macam mana nak keluar kalau pukul 8.30 mlm dah mengantuk..........


Menjawap tag lagi


1. Snap the picture of both inner and outer of your purse.

2. Introduce your purse brand, price & where you buy.

3. Take out whatever its inside your purse.

4. Tagged other 7 person.

5. Comment on your friend’s (who tagged you) purse.


Kena tag lagi dr si lavender pulak.........kali ni pasal purse, seronok ye dapat tengok purse orang? Purse aku murah je, jenama 'timber' kalau tak silap, masa tu offer dalam RM20 (lupa plak...lebih kurang mcm tu la). Beli kat Kajang........memula tu nak beli warna hitam tapi ntah kenapa aku pilih merah pulak last minute. Saje nak tukar selera.........


Dalam purse ni banyak jugak ruang utk simpan kad dan sebagainya tapi aku rimas kalau tebal2. Kena pulak kalau duit syiling tengah lebat.........tak bawak, nak guna pulak........

Apa ada dlm purse aku? tu dia.........my kad, kad nikah, kad touch n go (suami malas nak simpan sb kat sabah ni tak guna kad ni, tu yg dia tolak kat aku..) kad yg putih tu, kad perpustakaan masa di semenanjung. Aku ni suka membaca, buat la kad, konon2 bila free boleh pinjam buku tapi baru 2 kali aku pinjam rasanya.......huhu...masa tak mengizinkan aku selalu ke sana....jadi simpan je la kad sebagai kenangan.
Kad merah tu tak perlu sebenarnya. Tapi ntah kenapa aku sayang nak buang. Itu kad klinik kucing ku si Tomy dulu. Simpan je la......bukan berdosa pun......



Paling penting ada dlm purse ku, gambar waktu aku kecil, satu2nya gambar yg aku ada. Ketika ni aku berusia 2 tahun setengah. Amacam? cute tak? Mak kata kasut ku tu warna merah dan perut ku boroi masa ni......haha.....masa kecik aku memang montel dan montoks!!





Jangan tak percaya! ada RM2 saje dlm purse ku masa ni.......maklum la, purse aku yg sebenarnya kat 'org sebelah' tu. Bab2 duit ni, aku tak kisah sangat. Kalau duit 'dia' dah kering, baru la aku tolong ulur (itu pun duit dia jugak...) Satu lagi, aku suka pakai campak je duit dlm handbag, berterabur gitu.....
Ok....tugasan dah siap.....takde nak tag sape2....
komen pasal member yg 'mengetag':-
apa yg aku tau, dia sekapal dengan ku (org Kajang jugak), nak komen lebih, tak kenal rapat. mcmna pun aku suka tulisan2 dia, ye la org terpelajar kan......



TAG pasal 'peti ais'

Adoi....malu sebenarnya nak tunjuk peti ais rumah ku ni. Maklum le, bukan peti ais ku pun.......tuan rumah ni yg punya. Bagaimanapun aku snap jugak gmbr......peti ais ni berjenama LG, satu pintu dan kecik je.....tapi nasib baik ada, kalau tak.........

Atas peti ais tu aku letak vitamin, pil herba untuk ku 'ehem-ehem', kotak tisu (kena letak kt sini sb aku kerap bersin..) dan blender tu kekadang kat situ, kekadang tempat lain.


Jangan kutuk tengok peti ais ku ni......memang berselerak sebab aku dah tak tau nak susun macam mana lagi. Apa yg wajib ada dalam ni, air kotak strawbery Aziz, susu cair, susu pekat, cili kering yg di mesin, sayur2an dan air minuman spt ribena.
Ala....lupa pulak nak snap dlm tempat beku tu....ada fish burger, nugget, daging kisar dan kelapa parut. Ikan, ayam, daging, aiskrim dan ais ketul aku tak letak kat sini. Ada satu freezer yg di bawa dari semenanjung, kat situ la segala2 lauk pauk untuk seminggu aku simpan.


Dah selesai tugas ku.........sape yg aku nak tag? Kak Ina kl.......takyah tag sape2 la ye....... ini pun sebab dah di beri 'tugasan' (dah macam dlm af pulak) maka aku lakasanakan dgn jayanya. Moga orang yang 'mengetag' ku, berpuas hati ye...........


Potong kek dan doa selamat

Happy dapat hadiah dari Mizan dan kak Liana dia...

Hidangan simple........soto nasi impit, karipap kentang dan sadin, cucur badak dan mihun goreng. Nak buat banyak pun bukan ramai yg di jemput, takut membazir pulak. Lagipun periuk dirumah ni kecik je..........

Nampak tak sabar nak potong kek. Mulanya dia nak tiup lilin tapi ayah dia tak berapa suka, jadi kami baca doa selamat je. Lepas potong kek.........bebudak ni bukan nak makan, tapi pergi main ps2 kat bilik pulak. Padahal sebelum orang datang, dia yang beriya2 nak makan.

Kek Ben 10 pilihan dia kali ni.




Selamat panjang umur Aziz!!!

Hari ni genap 7 tahun umur Aziz. Aku takde beli hadiah untuk dia, hanya 2 bji kek mini, itu sementara je sebab hari isnin nanti baru nak celebrate. Kek 'Ben 10' dah tempah........saje nak sambut hari isnin sempena Maulidul Rasul dan kebetulan anak makcik yg jadi best friend dia tu balik KL sekarang ni. Ahad petang baru ada di sini.

Balik sekolah tadi dia terus mengadap kek tu. Kesian pulak aku tengok.........sorang je.....tapi Aziz ni jenis tak kisah......tapi ada juga plan nak bagi 'sesuatu', mungkin bukan sekarang......

Memandangkan takde potong kek harijadi, aku masak nasi ayam kesukaan dia. Walaupun kesukaan dia, makan takde la banyak mana........ala kadar je buat nasi ayam tu. Tapi sejak di Sabah ni, aku tak jumpa lagi di restoran nasi ayam style aku buat ni (mcm kat semenanjung ada sambal lada...).

Masa makan ni, teringat kat keluarga di sana. Kalau la mereka ada, kan best...........baru ni ada talipon mak, tak sihat rupanya dia. Ada juga pelawa dia datang Sabah. Kalau dia setuju tinggal lama sikit di sini, seronok juga, aku ada kawan. Tapi........orang tua ni liat sikit nak tinggalkan rumah......bukan mak aku je, aku rasa ramai warga emas yg begitu sikapnya. Harap2 dlm tahun ni dia boleh datang............insyaAllah....

Aktiviti aku...boringnya....

Ni lah aktiviti surirumah........celik je mata dah ingat dalam peti ada lauk ke tak.........aku pulak tak suka masak tengahari lewat2.....tak suka dok dapur lama2......

Pagi ni aku ke pasar dgn suami selepas hantar anak ke sekolah. Dah tentu pasar KK.......segar2 ikan disini.....ikan merah tu sekilo RM12....kalo kat semenanjung kami jarang beli....mahal tu..lagipun ikan ni je yg Aziz suka makan...(tekak dia pandai pulak nk yg mahal...huhu...)

Minggu lepas ikan merah ni takde yg kecil, jadi kami beli kepala je....RM10. Masa kami beli hari tu ada sorang chinese beli seekor untuk di bawa pulang ke KL, harganya RM39. Kalau di semenanjung ntah berapa agaknya........

Haa.....tu udang laut masin...kata org yg jual tu. Kalau yg belang2 dan warna gelap sikit, katanya udang bela. Tengah musim sekarang ni, sekilo RM10 je. Aku rasa kali ni aku nak makan la.......sebab dah beberapa minggu aku berpantang udang. Mungkin udang laut ok kot, harap2 tak alergi. Kadang2 buntu pulak kalau beli udang, dah tak tau nak masak apa. Balik2 sambal tumis, sweet sour, lemak cili api. Tapi orang yg makan tak pernah pulak komplen boring ke hape...........aku je.....

Kenduri kahwin di Papar dan buku

Pagi minggu, kami bersarapan di restoran Sri Rahmat (nama pun dah tau, macam dari semenanjung je...) baru ni aku rasa selesa sikit makan dan minum. Aku order murtabak ayam dan anak order roti telur. Suami pula nasi lemak.......hemm...dah la tak exercise, bedal nasi lemak pulak.......sedap juga murtabak tu cuma lain sikit kandungannya, banyak sayur kobis.....ada juga daun kucai. Bagaimanapun......aku suka....rotinya lembut, tak macam kat kedai mamak tu....

Lepas makan, bersiar2 sekitar bandar.......suasana macam jalan masjid india pulak rasanya. Singgah di kedai buku tepi jalan tu, ingat nak beli paper, rupanya pukul 11.00 baru ada. Nampaknya cerita dah basi, baru kita orang dapat baca. Kalau paper Sabah memang berlambak tapi susah juga nak tukar selera membaca ni.....nak beli majalah pun mahal gila....kalau mereka jual mengikut harga di majalah tu, tak kisah la, boleh beli tapi pekedai letak harga dua kali ganda. Contohnya harga sabah sarawak tertulis RM6.50 tapi dijual dgn harga RM11.50. Aku cerita ni, jangan pula ada org Sabah tak puas hati ye.....kesudahannya, aku tak beli.....mungkin aku akan langgan terus majalah yg aku minat tu, senang cerita....

Balik dari bandar, suami rancang nak ke Papar, rumah kawan dia, ada majlis kenduri kahwin. Kami belum pernah kesana dan tiada siapa yg konvoi dengan kami. Jadi, redah aje le......berpandu pada kad, tiada alamat lengkap, hanya Kampung Laut, Papar. Rupanya majlis di sini bermula seawal pagi, dari pukul 9.30 hingga 1.30 pm.

Sepanjang perjalanan, kami berpandu pada map di kad saje. Disebabkan tak pernah ke sana, kami tak sengaja meredah jalan lama ke pekan Papar, sedangkan jalan yg baru lebih senang dan dekat. Tapi ok jugak, sepanjang jalan tu kami boleh mencuci mata, melihat keindahan kampung, pokok2 hijau, rumah kampung yg unik dll.

Akhirnya sampai juga ke rumah pengantin. Selepas mengadap hidangan ayam masak apa ye.....macam goreng halia gitu....daging dendeng (aku rasa la...), sayur campur goreng dan pacri nenas serta nasi putih, kami jumpa sekejap kakak pengantin dan ayahnya untuk beri sedikit sumbangan. Apa yg boleh aku katakan, majlis disini lebih kurang sama dengan di semenanjung. Ada live band lagi........


Menghala balik KK aku rasa sekejap je.....ye la...tadi kan salah jalan....oh ye, dah lama sebenarnya aku nak tepek gambar rumah2 kampung di Sabah ni. Kebanyakannya rumah mereka tinggi2 belaka, boleh parking kereta dibawah rumah. Teringat pula masa aku di Johor (masa kecik2 dulu) rumah datuk2 saudara ku macam tu la........kakak tiri ku kata itu rumah orang Bugis. Kalau mengikut cerita mak ku, org dulu memang suka rumah tinggi2 begitu sebab banyak binatang buas seperti harimau, babi hutan dll. Aku ni pun ada darah bugis campur jawa tapi sayang.......sepatah haram aku tak boleh berbahasa bugis dan jawa. Bukan aku je.....malah mak aku sendiri pun sama.......



Sabtu lepas selepas hantar Aziz kerumah makcik (aktiviti dia bermain dengan anak makcik...) aku dan suami ke Centre Point, cari beberapa buah buku latihan Aziz untuk di rumah. Maklum la......dia takde tusyen dimana2, jadi kami kena beri lebih latihan di rumah. Akhir2 ni rajin pulak dia...........