my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

~~sessi membebel~~

Salam Sejahtera....

"Aku ceraikan kau dengan talak satu!"
Jangan terkejut pula ye........bukan kisah aku ni cuma perkara ni selalu bermain di minda terutama kaum perempuan. Perkara halal tetapi paling di benci oleh Allah.

Ada setengah kes, perempuan yang asyik sebut 'ceraikan aku', mencabar kesabaran sang suami. Lelaki pula pantang di cabar, pantang di minta. Tambah pula yang dah 'pasang' lagi satu tanpa pengetahuan isteri. Pucuk di cita, ulam mendatang. Soal anak tolak tepi. Apa yang penting penuhi hasrat kelelakian dia untuk mendapatkan citarasa baru.

Kenapa mereka tak memikirkan perasaan anak2 dahulu? Masa depan mereka pasti menemui jalan buntu sekiranya terabai dari baru lahir lagi. Tempat mereka mengadu nasib telah pun runtuh. Tidak sefahaman dan sehaluan, masing2 buat hal sendiri. Makan pakai tak terjaga. Kalau ibubapa yang berfikiran jauh kehadapan, alhamdulillah. Terpisah pun........kebajikan anak2 tetap dijaga dengan baik.

Apa yang aku runsingkan ni, ibubapa yang hidup sederhana, yang mata pencariannya tak tetap. Seperti jual nasi lemak, jual ikan kat pasar dan sebagainya. Bukan la maksud aku mereka2 ni tak mampu tanggung anak. Kalau kerja bersungguh2, rajin siang malam cari duit, mereka ni lebih mewah dari kita yang mewah ni.

Sudah la hidup susah, ada laki......pemalas pula. Seminggu berniaga.......seminggu cuti, joli pulak tu. Anak berciak miak minta susu sebab masih kecil dan paling tua baru sekolah rendah. Nak kata cari duit untuk buat harta tu, jangan harap la. Nak cari duit untuk makan pun tak cukup, pergi pula main judi......perempuan lagi....Sembahyang lima waktu? Entah la........kalau dah puasa pun lebih baik anak daripada bapaknya? Macamana tu?

Adik beradik nak tolong? Kalau dia anak sulung, memang susah adik2 nak nasihatkan. Iye la.......dah tentu dituduh nak mengajar dia pulak. Sudahnya.......makan hati, bila tengok....sakit mata, dengar cerita rumahtangga dia orang......sakit telinga dibuatnya. Mana yang ada emak lagi la siksa orang tua tu. Nak menjaga cucu yang ditinggalkan pulak. Kalau dah bercerai, bekas bini kena la cari kerja untuk menampung hidup anak beranak. Laki yang dah ada perempuan lain, takkan nak tanggung anak dia sebab sah2 duit yang dia ada pergi ke perempuan tu.

Aku pun hairan kenapa setengah lelaki tak dapat bezakan mana yang baik, mana yang buruk. Kalau dulu sebelum kahwin, cinta sampai bawa kemati kononnya. Berkepit siang malam, senyum sampai ketelinga, indah segala2nya. Kentut pun wangi!

Bila dah dapat anak tiga, badan bini pun dah kembang semacam.........mula la kata bini tak cantik, malas, tak tau jaga anak, tak pandai masak......bla...bla....Paling aku tak suka bila mereka kata bini tak pandai jaga laki. Kalau diri sendiri pun tak betul, tak pandai mengemudi rumahtangga, macam mana isteri nak sempurna? Sebagai lelaki, mereka kena ajar isteri bab2 agama, hukum hakam, bagaimana mengatasi masalah dengan mertua dan sebagainya. Perkahwinan ni bagi aku, bukan sekadar mengukuhkan hubungan suami isteri sahaja tapi seluruh keluarga kedua2 pihak.

Ada tu, kalau balik kampung, buat macam duduk rumah tumpangan. Bangun pagi, masing2 uruskan anak sendiri je, bukan nak tengok2 dapur mertua tu. Buat la apa yang patut. Masak air ke, basuh pinggan ke, buat cucur kodok ke, nasi goreng ke.......buat la macam rumah sendiri. Sudah la dengan mertua susah nak berbual, dengan ipar2 pun seliseh bahu baru nak tegur. Aku pun heran, suami isteri tak nampak ke kekurangan masing2? Jika isteri tak puas hati sikap suami, kita boleh tegur dengan cara elok tanpa mengecilkan hati dia. Begitu juga sang suami berhak menegur isteri, agar tidak berterusan sehingga menjadi buah mulut saudara mara.

Kadang kala, orang tua kita ni sedar yang anak dia telah berubah sikap bila dah kahwin. Kalau dulu selalu talipon tanya khabar, bila dah beristeri..........sebulan sekali pun payah. Berkira sangat kalau nak buat panggilan untuk orang tua. Untuk isteri....sanggup berhabisan, sebabnya? Takut isteri merajuk atau kecil hati. Apa yang aku tekankan di sini ialah sikap lelaki yang takde pendirian, tak berani bersuara.

 Isteri pula, mestilah kena dengar cakap suami walaupun biasanya banyak yang isteri tak setuju dan sependapat apa yang suami utarakan atau cadangkan. Tetapi, kerana status dia sebagai isteri, tak puas hati ke.......terpaksa pendam saja. Pendam tu bukan la bermakna isteri kena simpan segala ketidak puasan tu tapi pendam semata2 untuk menjaga hati suami. Bila ada masa lapang tu, boleh la curahkan tapi kena tengok masa yang sesuai. Bukan la aku ni nak mengajar hidup berumah tangga. Aku rasa ada ramai lagi di luar sana yang lebih lama usia perkahwinan mereka. Ada lebih banyak tip dari aku ni, betul tak?

Apa yang aku tulis ni sekadar secebis kisah kehidupan dalam keluarga kita. Mungkin teman2 blogger juga menghadapi masalah yang sama cuma jalan cerita berbeza.

Bagaimana pun soal rumahtangga ni soal peribadi masing2. Orang lain tak boleh selesaikan melainkan diri kita sendiri. Terima seadanya diri kita dan pasangan kita. Kita boleh berubah asalkan kita ketepikan ego dalam diri kita.


nota aku:  maaf la kalau ada sesiapa yang terasa dengan tulisan aku ni......
dah lama nak luahkan tapi.........
ni bukan kisah aku ye!!


HITAM bukan sembarang hitam!

Salam Sejahtera....

Kisah anak beranak :-

Situasi :  tengahari, pulang dari sekolah.

Ibu      :  laa....kenapa nangis?

Anak   :  sakit hati!!

Ibu      :  nape pulak? mesti gaduh ni........(sebak juga tengok anak dgn mata yang bengkak menangis)

Anak   :  dah tak tahan dah, dia asyik kata Aziz ni 'hitam'........'mawas'.....'najis'....bla...bla..bla...

Ibu      :   nanti ibu call aunty (driver bas)

Bual di talipon dengan si pembuli :-

Ibu      :  apa cerita tadi? gaduh pasal apa?

Budak :  takde apa2 makcik.....kami gurau2 je.....

Ibu      :  kalau gurau je, takkan la dia nangis sampai bengkak2 mata.
              kamu kata dia hitam, najis la dan macam2 lagi, mesti la dia kecil hati.
              kamu tahun 6 kan? dia baru 7 tahun......

Budak :  iye...err...ya...ya...

Ibu      :  lain kali kamu jangan cakap begitu lagi tau!

Budak :  baik, makcik!

Ingatkan dah selesai.............rupanya selang beberapa hari, terjadi lagi. Alkisahnya budak tu tak puas hati kerana Aziz mengadu dengan ayahnya. Ayahnya pun bukan nak buat apa2 kat budak tu (cuma tanya mana satu budak yang usik dia tu)

Balik dari sekolah...........

Ibu     :  gaduh lagi la ni........ya Allah...tak habis2 korang ni....

Anak  :  macamana Aziz tak sakit hati? dia suruh panggil ayah datang jumpa dia atau pergi rumah dia.
             dia kata, tak takut pun..........

Ibu     :  jangan layan sangat budak macam tu, lagi pun Aziz tak sesuai dan sepadan nak berlawan cakap   
            dengan dia.

Anak  :  tapi paling Aziz sakit hati..........dia kata ayah.....busuk....hitam....jijik....

Ibu     :  biar la dia nak kata apa pun........tak jadi kudis pada kita....

Tindakan kami?
Ayah dia call budak tu, macam2 budak tu cakap. Katanya Aziz suka bising dalam bas, dia tak boleh belajar. Suka jual mainan kat orang, jual 50 sen, 20 sen. Ayah dia pun percaya seratus peratus. Kata putus di ambil, ayah dia nasihatkan budak tu, jaga bahasa kamu. Jangan sewenang2nya kata nista pada orang lain.

Ibu    :  betul ke apa yang budak tu cakap? Aziz jual mainan dan suka buat bising sampai orang lain tak boleh
            nak membaca.

Anak :  (dengan air mata berjuraian) dia bohong tu.......mana ada dia belajar dlm bas....orang lain pun bising,
            dia tak marah, kenapa marah Aziz sorang?

Ibu    :  habis, mainan tu? Aziz jual mainan?

Anak :  tu gurau2 je, bukan betul pun.........(maksudnya dia tak serius pun tapi budak tu cerita lain)

Ibu    :  ok la......macam ni.....itu maknanya dia tak suka Aziz. lepas ni tak perlu la terhegeh2 pergi cari dia.
            ayah dah buat keputusan, Aziz di asingkan dari budak2 lelaki yang duduk di belakang.
            tadi ayah dah bincang dengan aunty.

Walaupun dia kurang setuju tapi terpaksa kerana tiada pilihan. Cuti sekolah tak lama lagi. Kena tahan telinga untuk beberapa minggu ni.

Masalah 'kulit' ni dari dia tadika lagi. Selalu jadi bahan keji kawan2. Hinggakan dulu kami tak boleh langsung sebut 'hitam', mesti dia nangis. Padahal bukan ditujukan pada dia. Cuma semenjak dah sekolah ni, kurang sikit sensitif dia. Mungkin sebab kami selalu beri perangsang kat dia. Biar kulit hitam, rupa buruk.........asalkan kita di kasihi Allah, bijak dalam akademik, hormat orang tua, tak berlagak sombong. InsyaAllah, orang yang mengata tu akan sayang dan hormat pada kita.

Untuk menyedapkan hati kami dan juga dia...........
"walaupun Aziz hitam.....hensem tau, mesti ramai awek terpikat nanti"
hehe.....tersipu-sipu dia kerana malu!


nota:  jangan percaya sebelah pihak, kena siasat betul2.
         kekadang anak2 kita yg buat hal, kekadang anak org buat cerita
         kekadang anak kita yg pandai menipu, kena fikir berkali2 sebelum ambil tindakan
         jika tidak, anak2 yang jadi mangsa

Ayam Masala.......style aku!

Salam Sejahtera....

Semalam, rasa bosan memikirkan nak masak apa. Ni la masalah paling besar orang perempuan. Masak dan masak..........tak masak, apa hal pula kan?

Cari punya cari kat internet.........jumpa la resepi ni......ayam masala. Tengok pada bahan2, macam senang je nak masak. Tapi, ada pula bahan yang tak ada kat rumah. Ahh.....suka hati aku le nak buat, bukannya berdosa, betul tak?



AYAM MASALA

1 camca dadih asli
1 camca besar jus lemon
2 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk kayu manis
2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar halia tumbuk
garam

3 keping dada ayam, di potong
1 camca besar mentega
1 ulas bawang putih, di cincang halus
1 biji cili merah, di cincang
2 camca teh serbuk jintan putih
2 camca teh serbuk cili

8 oz tomato sos
1 cawan krim santan (1 biji kelapa)

Cara memasak:  Satukan dadih, jus lemon, 2 cam. teh jintan putih, kayu manis, serbuk lada hitam, halia dan garam. Bahan2 ni aku perap kat ayam.
Kemudian bakar atau panggang hingga setengah masak.

Cairkan mentega dan tumis cili serta bawang putih, 1 minit (ikut suka la berapa minit pun...)
Masukkan serbuk jintan, cili dan garam. Tuang sos tomato dan santan. Kacau dengan api perlahan.

Nota tukang masak: ada yang aku tak letak dan lupa letak.....hehe...(mcm tak ikhlas je masa memasak ni..)
kalau ada nampak macam daun2 tu......sebenarnya aku letak daun limau purut sebab santan kotak yang aku guna tu macam ada bau tak enak sikit (jarang guna santan kotak, tapi dek kerana 'malas')


sumber dari Puan Noraini Zakaria.






Buah terap.....buah bambangan.

Salam Sejahtera....

Terliur tengok Halen menggoreng buah terap tempohari kat blog dia, semalam aku pun goreng juga. Beli kat pasar tamu RM3 sebiji. Cukup la untuk 2 atau 3 orang makan.



sebelum di goreng




Selepas di goreng...........sedap....hinggakan bijinya boleh di makan sekali. Terasa manis kalau di goreng berbanding makan begitu saja. Sekali adap, dah habis.......terutama sambil menonton tv. Aku hidangkan pada adik ipar dan kawannya yang datang bertandang petang tu.


Ada satu lagi buah yang aku tak pernah tengok dan rasa sebelum ni di Sabah.




Ini buah bambangan, katanya sedap di buat jeruk. Ada kawan hubby beri buah ni masa datang rumah hari tu tapi aku tak tau nak buat macam mana hinggalah membusuk kat dapur.

Kalau tengok pada rupa dan baunya.........sebiji macam buah bacang dan aku cuba rasa sikit. Rasa gatal2 kat tekak ni.......masam ada, tawar pun ada. Ada yang kata, ambil biji dia buat jeruk tapi bila aku cuba potong, keras bebeno. Sudahnya ke tong sampah!! Bagaimanapun satu hari nanti aku nak beli buah ni dan cuba buat sambal atau kerabu. Mungkin sedap.

Aku lega sekarang!

Salam Sejahtera....

Sebenarnya nak buat entry ni dah berkali2 tertangguh. Punya la sibuk aku ni, macam berpuluh orang dalam rumah ni, pada hal tiga orang je......
Hari minggu ni, angin rajin sudah mari.......aku kemas kat dapur, suami kemas dalam bilik depan (bilik komputer). Kononnya nak kemas sama2, sudahnya aku kat belakang, dia sorang kemas bilik.

Sebenarnya aku nak kongsi cerita pasal Spirulina. Mungkin dah ramai yang amalkan Spirulina ni tapi aku tak tau apa kesannya pada orang lain. Kebaikannya dah ramai yang tau......cuma.....biasa la kita ni.....kekadang susah nak maintain sesuatu produk tu. Alasan.......tak cukup bajet nak beli (paling ramai guna alasan ni termasuk aku sekeluarga). Ada juga alasan, takde kesan apa2 pun? Berbotol dah beli (kekadang tu baru dua botol sebenarnya) tapi masih tiada apa2 yang berubah.



Aku pun macam tu juga. Belum la bertahun2 makan Spirulina ni, baru dalam dua botol je, itu pun kekadang termiss berbulan2. Apa yang aku nak kongsi di sini ialah sejak aku makan Spirulina ni, resdung aku dah hilang..........aku pun tak perasan mulanya. Masa baru makan dulu, memang teruk aku rasa, semuanya gatal serata muka. Lepas raya (makan sebelum raya) aku tak sangka hidung aku ni dah tak tersumbat setiap pagi. Tidur dengan aircond pun dah tak meleleh. Kalau tak, pukul 3 atau 4 pagi aku kena bangun cari tisu. Naik kereta, pasang aircond je, mesti tersumbat hidung ni. Bersin......jangan cakap la.......naik pedih dan merah dibuatnya.

Rasanya aku dah jumpa penawar resdung ku itu. Alhamdulillah, sekarang aku boleh makan sotong dan udang tapi tidak berlebihan.


Baru2 ni aku dan suami beli Lactose untuk cuci usus dan melancarkan mana yang susah nak keluar tu. Beli dua kotak, dapat free lotion tangan dan ada lagi free vitamin.


Oh ye......katanya Spirulina ni boleh juga untuk kuruskan badan. Di makan ketika perut masih kosong. Dulu aku silap, aku makan lepas makan........punya la berselera tekak ni...nak makan je. Rupanya kata pekerja Elken tu, kalau nak gemukan badan, kena makan lepas makan. Hehe....patut le......nak diet jadi lain pulak.


nota: kawan2 area Sabah, kalau nak cuba boleh la hubungi kak zana ye!

Selamat panjang umur utk AKU

Salam Sejahtera....

Selamat HARI LAHIR untuk aku.........moga rumahtangga ku aman damai, bahagia selamanya.

Tiada sambutan meriah seperti artis atau surprise birthday cake macam orang lain, tapi aku tak kisah.

Apa yang penting, orang yang ku SAYANG ada di sisi saat2 aku dalam kesusahan atau senang.



'orang sebelah' belanja makan McDonald pepagi tadi..........dating berdua je tanpa anak sebab dia sekolah pagi. Jadi la......daripada takde (bak kata Rashid Sibir)

Terlanjur dah ada entry pasal birthday ni, aku nak ucapkan Happy Birthday juga pada teman2 blogger yang berbintang Libra seperti CHERYNA (13hb lepas) dan juga pada famili yang sama bintang dengan ku seperti Mak mertua dan adik ipar ku.


Malam nanti kata hubby nak belanja makan lagi kat luar. Tengok la kalau aku ada mood. Aku ni jenis yang malas nak melepak malam2 kat luar. Bagaimanapun aku nak ucap terima kasih kat dia. Ini pun dah cukup sempurna. Alhamdulillah.

24 jari!!

Salam Sejahtera....



Tu dia.........si Putih tidur bersilang pangkah dengan anaknya. Gambar ni hubby ku ambil semasa di kampung tempohari. Anak Putih ni nakal sikit, maklum le.......baru nak membesar.....kalau makan kat dapur tu, suara dia je menderam. Tak boleh share dengan mak dia.


Masa ambil gambar ni, dia sedar tapi buka mata sebelah je.......lepas tu buat tak tau pulak. Dasar kuat tidur........sedap je menenggek atas mak dia.


Cuba tengok jari kucing ni, banyak kan? Itu la istimewanya............setiap kali balik kampung, dia ni la yang aku belai walaupun aku tak kenal tuan dia. Hari2 melepak kat rumah mertua aku, dah tak ingat rumah sendiri agaknya. Mak pula, selalu hidangkan ikan goreng gaul nasi. Pagi petang mak kasi makan.



Jari kaki dia semuanya ada 12, campur jari tangan jadi 24. Aku suka tengok kalau dia berjalan. Nampak pelik tapi comel........



Ni la tuan punya 24 jari. Kalau tidur atas kusyen rumah mak tu, tak sedarkan diri. Sampaikan di angkat turun ke lantai pun dia tak bangun. Selonggok gitu.........


Balik lagi sekali nanti, aku nak snap gambar anak dia yang nakal tu. Sedondon jari dia dengan mak dia.

Lagi dua hari!

Salam Sejahtera....

Lagi dua hari birthday ku.........apa agaknya nak buat ni? Kalau nak harap surprise dari suami, mungkin tiada. Ada kot?

PERGI tak kembali...

Salam Sejahtera....



Berita sedih aku terima petang tadi. Teman baik ku semasa sama2 berkerja dulu telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalanraya. Beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.

Dah bertahun kami bersahabat, dah macam adik beradik. Arwah ni seorang yang kelakar habis orangnya. Tak kering gusi kalau sembang dengan dia. Ada saje cerita lawak yang keluar dari mulut dia setiap hari. Tambah pula dia seorang yang kuat melatah.

Arwah kerap kali kemalangan masa bawa motor. Calar sana sini. Itu masa belum kahwin. Bila dah kahwin, aku masih dengar berita dia jatuh motor lagi. Cuma semenjak kami berhenti kerja dan bawa haluan masing2, aku dan dia tidak berhubung lagi. Kali terakhir kalau tak silap aku jumpa dia berkerja di Carefour Alamanda. Masa tu dia sebagai Supervisor dan bila aku shopping di sana, aku akan cari dia untuk bertanya khabar.



ketika beramai2 ke Pulau Tioman

Gambar di atas ni, dua orang teman ku yang telah kembali ke alam baqa. Bertenggong dari kiri, Zul (juga kawan baik kepada Romzie, disebelahnya) meninggal dalam kemalangan jalanraya tahun bila aku dah lupa. Perwatakan mereka berdua hampir sama. Kelakar dan kalau bawa motor, mesti jadi bahan gelak kawan2 kerana punggung dia yang kelihatan tonggek diatas motor.



berkumpul waktu malam di Cherating (mungkin, dah lama sangat, aku hampir lupa)

Semoga ROHnya di tempatkan bersama orang2 yang berIMAN.
AL FATIHAH

Sabtu kelmarin.........kakak talipon, katanya anak buah ku kemalangan juga. Dia di langgar oleh kereta berdekatan dengan rumah (balik dari sembahyang kat masjid katanya) Patah kaki dan baru lepas operation. Tersentuh hati ku kerana dia baru saje form 2. Tadi aku telephone kakak ipar ku bertanya khabar dan aku harap dia banyak2 bersabar.

Ini semua dugaan dari Nya.........

Si comel baru lahir...

Salam Sejahtera....

Aku memang suka sangat dengan kucing. Tak kira jumpa kat mana2 aku mesti nak cuit atau belai.
Walau aku ada resdong yang teruk, aku tak kisah (tapi baru2 ni resdung dah tak menyerang sejak aku makan spirulina Elken)

Balik raya baru2 ni, aku berkesempatan memegang kucing di rumah kakak. Si Manja kakak ku dah beranak empat rupanya. Cute sangat! Besar dan gemuk pulak tu.


Tengok tu! rasa macam nak gigit je........ni anak si Manja, gambar maknya aku tak snap pula. Ibunya memang cute......masa belum beranak dulu, nakal gila. Asyik kena marah dengan kakak ku.


baru pandai bertatih ni, terketar2 nak melangkah.....siannya dia.....



Bebudak 4 ekor ni takde nama lagi masa aku di sana. Dengarnya adik ipar ku nak ambil sekor. Kesian pula kalau di pisah dari ibu dia tapi nak buat macam mana kan.......tak larat kakak ku nak bela ramai2. Anak2 dah besar sepatutnya dah boleh goyang kaki, ni tak......asyik basuh kencing berak kucing je!

 Masalahnya kakak ku ini penyayang sangat dengan kucing. Sanggup berhabis duit beratus ringgit semata2 untuk kesihatan kucing2 dia.

Ada lagi aku nak cerita pasal kucing kat kampung pulak. Layan yang ni dulu yeaa......

Rumah ku di serbu!!

Salam Sejahtera....

Ahad lepas rumah ku di serbu oleh kawan2 suami (cikgu cikgi la tu...). Maka terjadi la open house yang tak disengajakan. Aku ingat empat atau lima keluarga je yang datang, rupanya lebih dari itu. Tak termasuk jiran kiri kanan rumah.

Masak apa? Dari malam sabtu lagi aku dah kehulu kehilir pergi pasar cari lauk dan bahan2 untuk di masak. Aku buat tiga jenis juadah. Nasi impit makan dengan kuah kacang dan rendang ayam (gambar tak sempat nak snap, sibuk sgt) Laksa penang dan laksa Johor (yang ni ramai yang suka......makanan favourite aku). Ada juga buat agar2 santan tapi tak menjadi pulak. Gara2 belajar buat dari kakak melalui talipon, gitu le jadinya.

Ni yang jadi..............


Kek Pisang Lembap

Itu pun kat tengah kek terlekok kedalam sikit tapi rasa memang sedap. Terima kasih pada En. MatGebu. Bagi sesiapa yang nak resepi ni boleh la lawati blog dia http://tiffinbiru.blogspot.com/..........
Aku ada kerja tak settle lagi ni.........

Maaf la pada teman2 blogger area KK, bukan taknak jemput tapi perkara ni terjadi tanpa di rancang. Lagipun aku tak larat nak layan tetamu kalau ramai sangat. Aku sorang nak buat kerja2 dapur, basuh pinggan (tak cukup, lepas guna kena basuh), nak sediakan itu ini, kang kalau makanan habis nak kena prepare yang lain pula. Satu hari nanti kalau tiada aral melintang, aku pasti ajak kawan2 datang menjamu selera di rumah ku........oopss....rumah sewa daa.....

Salam Sejahtera....

Masih beraya lagi ke teman2 semua? Ada yang buat open house ke? Mesti ada ni.........kawan2 suami ku pun sibuk tanya, tak buat open house ke? Bukan taknak buat tapi rumah kami sentiasa terbuka bagi mereka yang sudi nak datang.

Minggu ni kami dapat jemputan rumah terbuka sekitar KK. Ada juga teman blogger yang jemput ku ke rumah Ahad ni sempena sambutan hari jadi anak perempuan dia tapi nampaknya aku tak dapat join sama. Rugi rasanya tapi nak buat macam mana sebab ada saudara nak datang. Kalau dekat boleh tangguh minggu depan, ni jauh dari Kudat. Takpe kan Aina..........lain kali kita boleh jumpa lagi bila free.

Kali ni aku bukan nak cerita pasal hari raya. Aku nak tunjuk gambar anak kucing yang aku snap masa kat kampung tempohari. Cute sangat!! Paling aku suka.............dia dua beranak agak pelik sikit. Setiap seekor mempunyai 24 jari!!