my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Coretan pedih..

Salam Sejahtera....

Beberapa hari lagi saje kami akan berangkat pulang ke negeri di bawah bayu. Tak sabar rasanya nak jumpa arnab kesayangan ku dan paling penting tak sabar nak jengah peti ais, dapur, bilik tidur dan semuanya. Rindu yang teramat sangat........

Bukan aku tak seronok tinggal dengan mertua dan mak sendiri tapi........ntah kenapa aku lebih selesa di rumah sendiri walaupun rumah tu bukan rumah kami. Aku rindukan privacy, maklum saje kalau dah ramai2 satu rumah, macam2 hal terjadi. Orang kata 'jauh bau wangi, dekat bau?'. Macamana pun aku takkan simpan dalam hati apa saje yang berlaku samada di sengajakan atau tidak. Begitu juga dengan aku dan keluarga kami yang kecil ni, mungkin ada menyinggung perasaan orang di kampung, maaf kami pinta. Bukan niat untuk menyusahkan sesiapa, lebih2 lagi adik2 ipar ku yang mungkin tidak selesa dengan kehadiran kami yang agak lama dikampung.

Kadangkala aku terasa hati juga, bila aku ada di rumah, ada yang duduk dalam bilik mengurung diri. Bertembung muka pun buat bodoh je.......apa yang boleh aku buat, sabar je la.....aku kena jaga hati suami dan mertua. Biar pun pedih, ku tolak ketepi perasaan itu demi menjaga hubungan baik mereka anak beranak. Pernah juga mengalir air mata ku ketika didapur bersendirian bila memikirkan hal2 sekecil begini. Aku taknak benda kecil jadi besar lalu ku biarkan bagai angin lalu. Moga bila kami jauh di rantau, mereka yang 'kurang suka' dengan ku akan rasa lega dan mungkin bila aku tiada di mukabumi ini barulah mereka akan sebut dan terkenang apa yang aku pernah beri dan buat untuk mereka.

Aku tak minta balasan!! Apa yang ku harapkan, sekadar menganggap aku ni sebagai kakak sulong mereka. Walau aku tak berpelajaran tinggi tidak semestinya aku akan begini selamanya. InsyaAllah, tuah manusia siapa yang tahu?

Aku tau, orang memandang rendah pada ku. Tak kisah la.......mungkin itu anggapan salah ku. Kalau turutkan hati, aku rasa nak curah semua rasa hatiku dalam blog ni tapi........apakan daya, apa yang tersirat di hati tak sama dengan apa yang kita coretkan. Susah untuk di luahkan, hanya Allah yang tahu.

Biarlah berlalu segalanya bila kami pulang ke Sabah. Untuk seseorang yang cuba lari dari ku, fikir2 la.......jika satu hari nanti kamu berada di tempat kak zana, kamu akan rasa bagaimana sakitnya. Sekarang ni kamu masih muda remaja dan mungkin tidak memahami tapi jangan fikir yang semua orang akan ada di samping kamu selamanya.

Mungkin satu hari nanti kamu akan mencari kak zana. Siapa tahu?

kembali semula

Salam Sejahtera....

Tika ini aku sekeluarga bersama kedua orang tua suami berada di KL lagi. Ada hal keluarga yang perlu di turuti. Letih tak terkata dek menempuh perjalanan yang panjang, tambah pula sesak dengan kenderaan yang masuk ke ibu kota. Bagaimanapun kami selamat sampai semalam petang.

Aku pula di serang batuk yang agak memedihkan tekak. Ini semua penangan makan buah manggis dan durian agaknya. Sedap punya pasal, sakit tolak tepi.......lengan kanan ku pula, ntah kenapa sakit seperti terseliuh. Hari tu dah urut dengan Makngah Jarah kat kampung sana. Rasa nak keluar air mata ni masa dia urut satu badan ku. Maklum la......aku tak pernah berurut sebelum ni, biasa urut kaki je.....

Sepanjang masa cuti sekolah ni, aku belum betul-betul dapat bercuti dengan sebenar2nya. Mungkin selepas pulang ke Sabah nanti, baru dapat plan kemana nak bersantai. Mungkin nak ke Kudat? Harap-harap tiada halangan!!


Pantai berombak!!

Salam Sejahtera....

Sejak bermula cuti sekolah aku dan suami belum ada peluang nak bawa anak mandi manda di pantai atau taman tema. Musim hujan tempohari tak berkesempatan kemana-mana.

Beberapa hari ni cuaca elok je. Aku tiga beranak dan dua orang adik ipar cadang mandi di Melawi. Tapi hampa kerana ombak besar. Tak berani nak benarkan Aziz mandi di situ.


Ombak besar petang tadi, jadi kami hanya datang beberapa minit je, kemudian tukar plan ke Pantai Irama pula.



Rupanya sama je di Pantai Irama, ombak besar juga. Akhirnya terpaksa kami melepaskan Aziz mandi sendirian. Baju yang aku bawa sia-sia saja kerana orang terlampau ramai di situ, tak seronok pula nak mandi. Tak apa la, sekadar nak lepaskan keinginan anak mandi laut. Sambil makan keropok tepi pantai, mata ku tak lepas memandang Aziz, takut hanyut di bawa ombak. Minta di jauhkan......




Akhir sekali, ini saje yang kami mampu lakukan, lepak-lepak dan makan-makan. Hemm.....tak pergi pun takpe rasanya.

Aktiviti di kampung

Salam Sejahtera....

Rasanya dah lama tak update blog ni, sampaikan diri sendiri pun naik bosan bila tengok macam tu je......takde cerita baru. Mood nak berblog jadi beku pulak, tambah pula sekarang ni musim hujan kat kampung. Lagi pula, suasana tak sama seperti di rumah sendiri. Dengan ipar duai yang ramai dan banyak aktiviti yang membuatkan aku jadi malas menulis. Perasaan pun gundah gulana. Memikirkan samada 'berjaya' atau tidak kami melepasi 'banjir' dek hujan yang lebat kebelakangan ini. Kereta pula takde, kena pinjam adik suami. Malu nak guna lama2, ye la......hak orang!




Walaupun hujan lebat gila hari ni dan semalam, kami tetap keluar membeli apa yang patut. Cari keropok, dodol, kacang gajus dan lain2 barang untuk di bawa ke KL esok. Dalam perjalanan tu, sempat aku snap gambar suasana sekitar kawasan yang di landa banjir. Kesian aku tengok sorang mamat naik motor dalam hujan lebat, mati enjin pula tengah jalan.




Mesti ada yang tertanya2, apa kehe si Putih ni terbaring macam tak larat je ni? (sebenarnya dah takde kerja lain aku ni..........si Putih jadi mangsa kamera ku)



Biasa la tu........buatan si jantan mana tah......sekarang ni dah pun beranak tapi aku belum berpeluang melihat anak2nya. Dia bersalin kat atas bumbung daa.......aku boleh dengar suara anak dia je.....




Aktiviti seterusnya..............tengok adik ipar menjolok buah kegemaran ku...

hitam2 si tampok manggis...
sungguh pun hitam, ku pandang manis!




Buah manggis belum betul2 masak semuanya. Tak kisah la......yang penting aku dah tak sabar tunggu buah tu betul2 ranum.

Setakat ni dulu aku menulis. Mungkin lepas ni lambat sikit kot nak update lagi.