my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Tumpang santai di Karambunai....hihi....

Salam Sejahtera....

Kesuntukan masa betul aku ni nak update blog, tambah pula beberapa minggu yang lepas ada saje hal untuk diuruskan dahulu berbanding update blog. Bagaimanapun facebook tetap ku jengah sekejap........sekadar tengok apa yang patut.....kalau nak main game ke......jangan harap ada masa!

Tempohari aku sibuk dengan famili adik ipar ku dari KL. Hari pertama sampai, mereka menginap di rumah ku. Seronok juga melayan mereka ni, maklum le.........ada anak kecil yang baru petah bercakap......lebih2 lagi Aziz. Hari2 dia tanya, bila pakcik dia nak datang. Style dia........memang suka orang datang rumah. Aku pun suka bila sekali sekala dapat layan saudara dari jauh. Orang kata, kalau ramai tetamu datang rumah kita, tandanya murah rezeki. Kalau betul, alhamdulillah...........

Masa mereka datang hari tu, hujan lebat sepanjang hari. Kebetulan ada gerhana pula. Hajat mereka nak ambil gambar berlatarbelakangkan gunung kinabalu tak kesampaian. Terkilan juga aku rasa. Singgah di Poring Hot Spring pun tak dapat mandi. Nak mandi dengan ikan di Kg Luanti pun tak boleh sebab air terlampau deras. Dapat tengok video je......

Bagaimanapun hari Ahad (17hb Jan.) mereka bermalam di Nexus Hotel Karambunai, memang puas hati dan menyeronokan. Aku pun tumpang sekaki, walaupun tak tidur sana. Alah.......rumah dekat.....lagi pun hari Sabtu tu aku dah rancang nak buat nasi lemak (piknik ler kononnya) makan2 di bilik mereka. Aku kesian tengok mak mertua adik ipar ku tu..........dah la masa sampai dia tak sihat, tak lalu nak makan. Bila buat sambal udang tu, baru la aku nampak dia berselera sikit.......hehe....aku masak sedap kot?


air kat Poring Hot Spring yang keruh dan deras, cari nahas kalau mandi kt sini



ombak kat pantai Karambunai pun boleh tahan gak.......takut aku!! main air sipi2 jek...







Ini sebahagian je yang sempat aku upload, kat facebook ada lagi.

Akhir kisah, famili adik ipar ku pulang dengan hati yang gembira (harap2 la takde yang menyinggong perasaan mereka) Hajat nak kepulau tak kesampaian, takde rezeki nak ke sana sebab suntuk sangat.

Aku pun sebenarnya seronok masa mereka di sini, terasa macam mak aku pula yang datang. Mak sendiri belum ada peluang sampai sini, entah bila agaknya. Mertua pun belum sampai juga. Kalau boleh dalam tahun ni aku harap mereka boleh bercuti di sini, tak perlu la kami balik kampung nanti.

Maaf aku lambat update sebab internet kekadang mengong!

Carrot cake

Salam Sejahtera....

Sejak cuti sekolah hujung tahun lepas, aku tak berpeluang buat kek, maklum lah........dok rumah orang, tak sama dengan rumah sendiri. Perkakas pun tak cukup jadi semalam aku lepas gian buat kek. Kali ni kek carrot campur dengan buah chery dan sedikit kacang gajus. Di sebabkan masalah gula berlarutan di KK ni....(time aku pergi Giant dan Servey, takde pulak) aku terpaksa mengurangkan atau mencari resipi yang tak banyak guna gula.

Kek Carrot

4 biji telor (asing kuning dan putih)
1 setengah cawan minyak mazola
150 gm gula halus
150 gm gula perang
1 setengah cwn carrot parut
1 cawan kekacang (apa saja......aku guna kacang gajus sb yg tu je ada)

250 gm tepung gandum di ayak
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara:-

Pukul kuning telor, masukan minyak, gula, parutan carrot dan kacang.
Setelah sebati, masukan putih telor berselang seli dengan tepung.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 50 minit.
Jika nak kukus dalam 55 minit, tapi saya bakar.

Sebenarnya masa aku salin resipi ni, ada sekali dengan icing dia tapi aku tak buat. Bagaimanapun aku sertakan di sini sekali.......

Untuk icing.....
250 gm cream cheese jenama philadelphia
120 gm butter
120 gm gula icing

Pukul semua bahan di atas dan sapu atas kek.......itu saje....kalau tak jadi, sorry ye sebab aku tak buat topping tu....





Resipi ni aku dah tokok tambah sikit dengan cherry dan kacang gajus. Rasanya memang melatop baa.....sape lagi nak puji kan kalau bukan aku? Tapi aku lupa nak catit dari mana dapat resipi ni. Ke...aku dah buat sebelum ni dan dah ada entrynya di sini......alah....mak lupa la pulak!!

nota: terima kasih pada tuan punya resipi, sila komen jika terbaca blog aku ni...

cuti2 Pulau Mabul

Salam Sejahtera....

Sambungan cuti tempohari.......30hb Dis...
7.30 pagi kami dah terpacak depan jeti, malah lebih awal dari tu. Matahari dah terik tapi orang yang nak bawa kami tak sampai lagi. Sedang jengok sana, jengok sini kat tepi jeti tu........tiba2 mata ku terpandang seorang yang biasa ku tengok di tv dan wayang.....handsome betul.....tinggi pulak tu! Mungkin mereka berdua baru pulang dari bercuti. Hans Isaac dan Afdlin Shauki depan mata ku!! Tunggu apa lagi? Terus member anak saudara ku tolong snapkan gambar. Serious aku fikir Afdlin tu rendah orangnya, rupanya tidak. Kat sini aku nak ucap terima kasih kat mereka berdua ni, nampak begitu merendah diri dan tak sombong. Maaf la kalau percutian anda berdua terganggu dengan keterujaan kami.


terpejam la pulak mata aku tu.....



gambar atas ni nampak aku berisi sebab pakai baju dua lapis (baju mandi sarong sekali, senang) tapi yang sebenarnya, sejak balik dari semenanjung, makan dan makan saje......gitu la jadinya....

Lepas je salam2 dgn artis, aku tengok suami ku keseberang jalan. Dah jumpa geng pulak kat sini. Haji Sham dengan anaknya Daniel. Mereka ni makan angin satu Borneo, round the world kisahnya. Dia ni orang kuat kriket, kata suami ku. Mereka kenal ketika suami ku bawa anak Hj Sham ni main kriket. Seronok dapat berkenalan dengan mereka berdua. Lawak pun ye........banyak pengalaman dia yang menarik bila keluar negara. Paling buat kita orang gelak nak pecah perut bila dia cerita tentang 37 orang gaji dia yang pelik2 perangai masing2.

Nasib baik kami bertiga ada kawan, kalau tak mesti boring sebab selain drp kami adalah pelancong asing yang datang untuk scuba diving.




Sampai di pelantar Singamata Ref, ada sarapan pagi tapi aku dah makan awal2 kat hotel. Minum air je untuk basahkan tekak.



Kat pelantar ni ada satu kolam ikan (besar2 ikannya......aku pun takut nak dekat), ada berbagai jenis ikan jinak. Ketika kami masuk kawasan tu hari dah hampir petang, ombak kuat dan air pasang. Entah kenapa kali ni aku tak berapa nak mandi2 seperti zaman bujang dulu. Agaknya perasaan takut semakin bermaharajalela.......dengan batu karang pun takut, macamana tu?





Perjalanan ke Pulau Mabul menaiki speed boat memakan masa lebih kurang setengah jam. Nasib baik speed boat, kalau bot biasa tu......confirm aku terhoyong hayang mabuk laut. Tiba di pulau, air begitu cetek dan bot berhenti jauh dari pantai. Mereka yang scuba diving diturunkan di sini. Aktiviti snorkling pun di sini juga. Kalau pandai berenang, boleh la turun guna kaki itik dan gogle yang telah diberi ketika di pelantar tadi. Aku dengan Aziz cuma turun tepi2 bot je dan jadi pemerhati serta tukang snap gambar. Selepas 45 minit menanti mereka yang menyelam naik ke bot dan kami terus ke daratan Pulau Mabul.



menghampiri daratan, kelihatan rumah2 penduduk (mungkin bajau laut, lupa pula nak tanya dgn pemandu bot)



di kelilingi oleh batu karang yang unik dan pelbagai jenis spesis ikan



Naik je jeti pulau kami berlima pun ronda kawasan kampung kat situ. Nampak tak dua orang belakang aku tu? Cari kutu...... Itu la aktiviti yang aku nampak bila lalu di setiap rumah (kalau boleh dikatakan rumah sebab aku tengok macam pondok tunggu durian, lebih kurang gitu le) Ada juga rumah yang besar tapi kebanyakannya kecil dan daif. Aku cakap kat Aziz, kita kena bersyukur kalau di bandingkan dengan mereka. Segalanya lengkap walaupun tidak semewah mana. Insaf sekejap aku jadinya.....




Kanak2 di sini sering menghulur tangan meminta wang pada pelancong. Kami hulur 50 sen je untuk sorang, dua tiga orang lagi datang nak duit juga. Tak boleh jadi ni........bukan kedekut....tapi takut dia panggil satu pulau pulak.....naya je....budak lelaki kecik ni, cute sangat......hulur tangan nak salam dengan ku...




Best sangat ketika di sini, orang tak ramai. Aku naik ke darat dengan jeket2 sekali. Member suami ku kata, takut lemas kat daratan ke? hehe.....nak cover body yang cute ni!!


Si Daniel (anak rakan) kata.......bendalah ni...rambutan, ye ke? aku pun tak tau nama sebenarnya, dah bebudak tu panggil rambutan, banyak terdapat di sini. Begitu juga tapak sulaiman....



Ketika menanti para penyelam menjalankan aktiviti mereka sekali lagi, kami yang berada dalam bot terpandangkan seekor penyu seolah sesat di lautan. Keadaannya seperti dalam kesakitan. Kesian......



Balik ke pelantar, kami makan2 dulu. Kemudian snorkling dalam kolam besar tu........yang berpelampung bagai tu.....aku le....letih dia orang nak handle aku. Badan makin berat, ombak plak kuat.........huhu...nasib la dia orang sabar.



Ingatkan boleh turun disini sebab nampak macam tak dalam, pasir putih kelihatan jelas dari atas. Rupanya tidak.......tak jejak kaki kepasir.....kat situ je la kami mampu memberanikan diri. Air makin naik......



Pukul 3.00 ptg aku siap2 tukar baju. Bot datang pukul 4.30 ptg. Lepak kat sini pun seronok. Mat2 saleh yang lain kat dalam bilik dan sebahgiannya sambung snorkling. Lasak jugak dia orang tu......
Aku suka suasana kat sini, aman damai........tambah pula Hj Sham yang kelakar orangnya. Sementara tunggu bot, kami keringkan baju mandi, takde la berat nak pikul balik.



Waktu balik dari pulau, kesian aku tengok kambing tu.......terpinga2 dikelilingi mereka yang bukan sekaum dia. Mana nak pergi tu?


Lepas sembahyang di resort teman suami tu, kami nak isi perut dulu sebelum bertolak pulang ke Lahad Datu. Jam dah pun 5.30 ptg. Hj Sham nak cuba makan di satu tempat yang di panggil Kg Tampi Tampi. Jadi, kami berlima pun tanya orang mana tempat tu. Dekat je dgn pekan Semporna. Masa kami sampai, ada aktiviti sukan air di situ. Ada resort juga di sini. Mungkin kalau sebelah malam orang ramai.

Hj Sham belanja kami makan ikan putih masak sweet sour, sayur kailan goreng dan sotong goreng salut tepung. Lebih kurang RM90 keatas......burpp....kenyang....terima kasih daun keladi ye....

Lepas hantar dua beranak tu balik ke bilik, kami pun bertolak pulang rumah kakak. Ngantuk tak boleh nak cakap. Dah la lampu jalan takde. Takut aku kalau2 ada keluar binatang liar tengah jalan.....alhamdulillah, kami sampai dlm pukul 9.15. Kakak ku pun dah tidur, anak dia yang buka pintu.

nota: letih campur seronok, tidur pun nyenyak...
lepas ni nak ke Pulau Mataking plak!

cuti hujung tahun 2

Salam Sejahtera....

Selepas bermalam di rumah kakak, kami bertolak ke Semporna dalam pukul 8.00 pagi. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam kesana. Jalan kesana elok dan rata. Lega aku........pukul 10.00 am kami sampai dan terus cari Maybank (jumpa kawan anak saudara). Gaffar ni la yang perkenalkan pakej di Singamata, temankan kami cari hotel dan tunjukan tempat2 yang sepatutnya kami lawati. Tapi pekan Semporna ni kecil je. Bagi aku tiada yang menarik selain daripada resort2 di tepi laut yang selesa dan berpatutan harganya. Sayang, kami tak menginap di situ kerana dah terbooking hotel lain. Lain kali kami nak tidur di situ pulak, Dragon Inn.


Masjid di pekan Semporna.



best juga lepak kat sini, orang tak ramai sangat......



Walau aku fobia berumah atas air tapi setakat satu malam kat sini, boleh kot......ini la rupa resort2 kat Dragon Inn. Sempat juga aku ambil air sembahyang dibilik air resort ni (airnya direct turun ke laut) tapi biliknya di sewa oleh teman suami ku dan anak bujang dia.




Pukul 7.00 mlm kedai2 dah tutup. Bagaimanapun kami sempat mencari apa2 yang patut seperti seluar pendek dll. Supermarket Giant pun baru di buka di sini. Barang tak banyak.......aku beli mana patut je seperti makanan ringan dan air minuman.

Malam........lepak tengok tv kat hotel. Suami ku keluar dengan Gaffar, pergi minum la tu.

sambung....

Cuti-cuti hujung tahun!

Salam Sejahtera....

Belum terlewat rasanya aku nak ucapkan Happy New Year pada teman2 semua. Mudah-mudahan apa yang teman2 idamkan untuk tahun 2010 ini menjadi kenyataan dan kita semua hidup dalam ketenangan, insyaAllah......Begitu juga dengan keluarga besar ku di Semenanjung. Aku harap mereka tabah menempuh dugaan dan cabaran sepanjang tahun ni.

Sebelum menjejak tarikh 1hb Januari 2010, kami rancang untuk bercuti di Kudat tapi sayangnya, teman baik suami yang tinggal di sana tak dapat di hubungi. Katanya 27 hb Dis. (tarikh kami pulang) dia bertolak ke Semenanjung, ada urusan di sana. Maka kami bertukar arah nak bercuti di pulau........konon2 nak ke Sipadan......bila dah tiba di Lahad Datu, bertukar fikiran nak ke Pulau Mabul pula.

Sebelum kemana2, kami minta pendapat anak saudara ku. Untuk ke Sipadan, kena booking awal2 kerana mereka yang nak ke sana, terhad. Kami di perkenalkan dengan kawan anak saudara ku, Gaffar, yang berkerja di Maybak.

Kami bertolak ke Lahad Datu 29hb Dis. pukul 10.30 pagi, dah lewat tu..........seeloknya kalau sesiapa yang nak rancang bercuti kena keluar awal pagi. Baru la perjalanan lancar dan selesa. Tak macam kami yang terpaksa membontot lori2 sepanjang jalan.

Kami singgah di Kg Luanti sebentar. Aku tak turun, cuma jadi pemerhati dan tukang snap gambar. Takde mood nak main ikan sebab cuaca dah panas. Air pun keroh je.......


di sebabkan gambar2 di Kg Luanti telah di siarkan dulu, aku upload satu dua keping je.....




Di Lahad Datu, seperti biasa kami bermalam di rumah kakak ku. Nasib baik tak lewat malam kami sampai, takut juga mengganggu tuan rumah. Lega dapat luruskan badan atas tilam empok dengan aircond tersedia.......uhh...sepanjang jalan berbengkang bengkok tu betul2 buat aku sakit belakang. Jalan pula kurang elok.....lubang sana sini......mungkin sebab hujan setiap hari.

Tidur ku lena dek keletihan............langsung tak fikir perkara yang lepas......
cuti2 hujung tahun bersambung nanti ye....


sibuk teramat sangat!!

Salam Sejahtera....

Terima kasih pada teman2 blogger yang rajin berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni. Buat masa ni tak dapat nak update........ada tetamu.....kami pula baru pulang dari Pulau Mabul.

akan bersambung....................