my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

PAU KACANG

Salam Sejahtera....

Fuhhh....tak sangka, rupanya pau kacang yang first time aku buat, menjadi!! Ini la dalam sejarah hidup ku membuat pau. Terus terang selama ni aku takut nak buat kuih yang guna kukus, aku fobia......sebab selalu tak menjadi kenyataan.

Kali ni aku buat surprise kat suami ku......taraaa.....dia buka tudung saji je.....
Wah! macam yang jual kat kedai la......hehe....bangganya aku.....dan aku nak berterima kasih dengan orang yang mencipta resepi ni. Masalahnya aku tak tau siapa sebab resepi ni dah lama aku tulis dalam buku masak ku. Biasanya aku akan catit dari mana aku dapat sumber resepi. Minta maaf pada yang empunya resepi ye........kita share di sini...

PAU KACANG

300 gm tepung gandum
6 gm baking powder (2 sudu kecil)
2 gm garam (1/4 sudu kecil)
162 gm air suam
6 gm dry yeast
30 gm gula halus
18 gm lemak sayur


1. Masukkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk, gaul rata.
2.Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. Kacau gula hingga larut.
3. Masukkan campuran gula tadi kedalam adunan tepung.
4. Masukkan lemak sayuran dan uli hingga licin. Buat bentuk bulat
5. Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda.
6. Untuk menguji doh naik atau tidak, tabur tepung atas doh dan cuba tekan dengan jari. Jika tinggal lubang, bermakna doh dah naik.
7. Tekan2kan untuk keluar angin. Bahagi 8 bahagian, bulatkan ia. Rehat dalam 10 minit.
8. Ambil sebiji doh, canaikan dan letak inti. Tutup rapat.

Biarkan dulu dalam 5 minit. Bila nampak naik sikit, boleh la di kukus.
Kukus menggunakan api yang kuat selama 15 atau 20 minit.
JANGAN buka penutup kukusan semasa pau sedang dikukus.

nota: apa yg aku tulis tak sama dgn tuan punya resepi,
 biasa la aku salin cincai,
janji aku faham..

buat sendiri..

Salam Sejahtera....

Orang rumah aku ni suka sangat aiskrim, tambah pula sekarang ni musim panas. Tapi bukan aiskrim Magnolia, Walls atau jenama yang banyak kat kedai tu. Mereka suka aiskrim yang aku buat sendiri. Hinggakan aku kena ada stok plastik aiskrim dirumah. Bagus juga kan? Kalau beli dengan orang lain, belum tentu bersihnya. Jimat pun....boleh tahan juga...

Jadi, setiap minggu aku kena pastikan peti ais dirumah ku sentiasa ada benda ni. Kekadang malas nak mengisi air dalam kelongsong plastik tu.....leceh juga....

Hari minggu yang lepas2 aku ternampak satu kedai di One Borneo masa window shopping. Sementara bapak dengan anak main game kat tempat biasa, aku melepak kat kedai tu.....wah...macam2 ada ni! Semua bahan didatangkan khas dari Japan. Harga setiap barang RM5, tak kira kecil atau besar. Paling membuatkan aku teruja, orang Jepun ni kreatif. Leka aku membelek barang buatan mereka. Kalau barang dapur, semuanya ada. Alat potong bawang, parut carrot, penyukat beras dan macam2 la.......kena pula aku memang suka buatan Jepun. Tapi bukan la semua.......beli pun mana yang berkenan je.....barangan buatan negara kita pun apa kurangnya?

Lepak punya lepak......belek punya belek.....ni je yang aku beli, almaklum la masa tu gaji 'org sebelah' tak keluar lagi......


senang kerja aku sekarang!!

Air terjun Kiansom

Salam Sejahtera....

Sabtu lepas, ingat nak mandi manda jauh sikit dari rumah. Rancang punya rancang......fikir punya fikir.....malas la pulak! Cuaca panas2 ni rasa lebih selesa melepak di rumah je. Tapi kesian pula kat anak tu, cuti seminggu cuma pergi shopping komplek je. McDonald dan makan.....makan....

Kiansom air terjun ni kami cuma dengar nama dan baca di internet je. Tak jauh dari bandar, setengah jam dah sampai. 9.30 pagi kami keluar rumah, lebih kurang pukul 10 dah terpacak kat sana. Awalnya? Memang pun......orang baru empat lima orang kat situ. Aku gorengkan ayam, bawa buah limau, kuaci dan air kotak. Tikar sekeping untuk lepak2. Jadi la........tak payah susah2 nak cari kedai tepi jalan.

Air terjun disini takde la besar mana pun cuma batu2 besar dan agak merbahaya untuk budak2 dan kaum perempuan yang berat macam aku ni. Nak mendaki ke satu batu......fuhh...baru terasa 'keberatan' aku selama ni.....
Bagaimana pun aku rasa ok la tempat ni, walaupun kecil, setakat nak mandi dan seronok2 bawa anak melepaskan tension.

huhu....budak penakut ni, macam ibu dia juga....

tengok la tu!! bukan nak berendam dlm air lama2.......menggigil2 badan dia..

Kesudahannya, kami cuma lepak2 sambil berborak tiga beranak. Semakin lama semakin ramai budak2 sekolah datang, ada yang bayar (tiket 1.50 je) ada yang cilok kot mana hutan tah.....takde duit nak masuk agaknya tapi teringin nak seronok2 dengan kawan. Bila tukang jual tiket tu masuk, kelam kabut dia orang menyorok celah2 batu. Kesian pula aku tengok......


DONAT SURIA

Salam Sejahtera....

Aku suka sangat donat. Mula2 dulu nak buat rasa malas, tak yakin jadi. Tapi resepi yang aku dapat ni simple je.....tak menyusahkan aku pun....

Resepi aku ambil dari satu blog (lupa kat mana) dan yang pasti ada tertulis dari Puan Suria Insani (resepi.net)
Terima kasih pada orang yang war2kan resepi ni........mudah2an murah rezeki dia...amin...

DONAT SURIA

3 cwn tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar shortening
3 sudu besar gula caster
1/2 camca teh garam

200 ml air suam
2 sudu teh instant yeast
20 ml air tambahan

Aku tak salin cara2 membuatnya dan aku rasa ramai yang dah faham macamana nak adun donat ni. Jadi....apa lagi? tak reti2 nak mencuba??

aku gi beli acuan donat ni....alahai ...sekali ngap dah hilang dlm mulut, ingat nk beli lain nanti..

kenapa suka ikut2 orang?

Salam Sejahtera....



Pasti ramai yang tau, kotak apakah yang aku ambil fotonya tu. Aku beli ketika pulang seminggu kesemenanjung dulu. Ini semua kakak ku punya penangan.........aku selalu tengok dia pakai inai kat jari dia. Langsung aku tak terfikir ada inai segera macam ni.

Hari tu Aziz tanya, kenapa sejak balik dari KL, ibu suka sangat pakai inai? Apa nak jawap ye? Aku kata sebab ramai mak2 saudara kat KL pakai inai, ibu pun ikut la........
Huh!! buat apa pakai ikut2 orang? tanya Aziz. Ishh.....banyak cakap pula budak ni.....dalam hati ku berkata.

Entah kenapa aku suka berinai sekarang ni......sampai ke kuku kaki aku tenyeh. Cuma tak best inai segera ni, dia takde bau inai. Kalau daun inai yang original tu, selepas kita pakai di jari, baunya susah nak hilang berhari2. Kata orang, pakai inai di kuku ni supaya kuku tak rosak dan kuat, ye ke? 

OREO BUTTER CAKE

Salam Sejahtera....

Pertama aku nak ucap tahniah pada mereka2 yang baru2 ni dapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM. Mesti 3 atau 4 hari tak habis cerita pasal kejayaan masing2. Kemudian memikirkan pula rancangan untuk masa depan. Tapi......cemerlang setinggi mana pun, aku harap mereka2 ni tak lupa berpijak di bumi, jangan sombong dan bangga diri dengan keputusan kamu itu. Seharusnya ucapan tahniah ditujukan kepada pihak ibubapa dan guru2 sekolah. Kerana berjaya mendidik anak2 menjadi cemerlang, terbilang dan gemilang........adoihai....dah macam PM pulak dah!!

Sebenarnya aku nak update blog ni dengan masakan ku yang baru2 ni aku ambil dari blog Matgebu. Tapi aku ubah sikit, bukan apa, bahan takde. Jadi aku guna mana yang ada......En. Mat tak kisah kan?




OREO BUTTER CAKE

250 gm mentega
135 gm gula halus
5 biji telur gred A (asing kuning dan putih)
135 gm tepung halus atau tepung gandum
2 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanila
10 keping biskut Oreo yg di kisar (saya guna biskut coklat Munchys)

Cara membuat:

Putar mentega dengan setengah bahgian gula halus hingga putih.
Masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masuk esen vanila.
Perlahankan speed, masukan tepung sedikit2 dan ketepikan.
Dalam mangkuk lain, putar putih telur hingga berbuih.
Kemudian masuk baki gula tadi. Putar hingga kental tapi tidak keras.
Masuk putih telur dalam adunan mentega tadi. Kaup balik adunan dan bahagi 2 bahgian.
Satu adunan di campur dengan biskut yang telah di kisar.
Tuang berselang seli dalam acuan 8x9x3.
Suhu oven 175C dan bakar selama 35 minit hingga 45 minit.

nota: boleh lawati blog matgebu utk lebih detail
 sebab aku salin dlm buku ikut fahaman aku sendiri.....
selamat mencuba....

SOTONG GORENG TEPUNG

Salam Sejahtera....

Ok...kembali menulis masakan pula....biaq pi la yang lepas2 tu, malas nak tensionkan otak aku ni....

Sotong goreng tepung ni dah banyak kali aku buat. Tapi.....terus terang masa first aku buat, aku rasa salah cara aku tu. Resepi ni aku ambil dr blog kakInakl......tak baca abis cara2nya, aku main belasah je....

Mula2 aku buat, aku gaul sotong dlm tepung dulu baru masuk dalam bancuhan telur. Tengok2 bila dah goreng, lain pula rupa sotong goreng aku ni......fikir2 balik, macam salah je teknik aku tu. Akhirnya baru terfikir, gaul dulu sotong dengan telur, baru celup dalam bancuhan tepung, goreng......barulah cantik!!

Bahan-bahan:-
500gm sotong

1 cawan tepung gandunm

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil serbuk kari daging

sedikit serbuk lada hitam/lada sulah

sedikit garam

1 biji telur di pukul

minyak untuk menggoreng

1 biji limau kasturi-ambil jus

Cara-caranya:-

1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.

2. Bilas dan toskan.

3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.

4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.

5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan

gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.

6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.

7. Sedap di makan panas-panas.

Credit to kakInakl......kita suka resepi ni sebab anak tak makan pedas, jadi sesiapa yang tak suka pedas, sesuai sangat dengan masakan ni..