my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Aku di Selangor ni!!

Salam Sejahtera....

Ketika ini aku berada di rumah mak, kami berpisah di KLIA........'dia' pulang ke kampung dia dan aku balik rumah mak. Anak ikut dia sebab taknak ganggu kerja aku yang banyak di rumah kakak. Elok juga.....takde la nanti aku pening kepala bila anak bosan takde kawan sebab sepupu2 dia semua masih bersekolah minggu ni.

Bermula dari hari ni aku tak dapat mengadap komputer setiap hari sebab laptop pada 'abe' nun di sana. Aku pilih nak bawa kamera sebab aku lebih suka ambil foto setiap apa yang aku buat.

Aku minta maaf pada kawan2 yang singgah diblog ku ini sekiranya aku tak berkesempatan membalas pesanan di shoutbox tu. Almaklumlah.....aku ni kejap kat rumah mak, kejap rumah kakak.

Nanti bila semua perkara dah selesai, aku akan pergi rumah korang eh!! Jangan risau, aku janji....insyaAllah.

~~~~dalam DiLemA~~~~

Salam Sejahtera....

Macamana eh? 
Berpisah sementara?
Apa keputusan ku?


Alah!! pening kepala ni.......rasa macam nak....rasa macam tak sanggup!
Nantilah.......tengah fikir ni...

AISKRIM NANGKA

Salam Sejahtera....

Hari tu tengok program kat tv1 kalau tak silap, chef tu ajar buat aiskrim nangka. Alahai.....terlior la pulak......
Pergi pasar tamu, belilah nangka RM2.....huh....tak berapa manis.

Petang........dalam peti ais masih ada baki whipping cream. Apa lagi, masa untuk menggodeh la! Resepi aiskrim ni aku tak sempat salin banyak mana dia punya sukatan. Aku cuma ingat kat otak ingrediant dia lepas tu terus catit dalam buku.

Sape2 yang nak cuba, boleh le....

AISKRIM NANGKA

Nangka 4/5 biji (potong kecil)
Whipping cream yg non dairy (katanya jangan guna yg dairy sebab tak kembang)
Tepung kastad
Gula perang (lebih bagus dari gula putih)
Susu segar (disebabkan susu segar dah habis, aku bedal susu cair)
Kuning telor 3 biji (aku guna 2 je)
gelatin 

Masak gula perang, susu segar, kuning telor dan tepung kastad menggunakan api yang kecil. Buat separuh masak (sebab ada telor tu yang kena masak)
Putar whipping cream dalam mangkok dan masukkan nangka. Kemudian masukkan bahan yang di masak tadi. Putar hingga kembang.
Simpan dalam peti ais selama 45 minit. Kalau tak silap aku keluarkan dan putar lagi aiskrim tu, simpan semula. Tak jadi........jangan cari aku ye......aku pun main taram je nih!

Inilah hasilnya......walaupun main hentam je.....sodap!!


masa ni belum betul2 keras tapi dah boleh makan...

Cubalah buat, bukan lama pun........kat luar takde perisa nangka yang seketul2 macam ni.

Majlis anak saudara...tetiba ada AKIM....

Kali ni entry aku bukan pasal aku tapi berkisah tentang majlis perkahwinan anak saudara ku (anak kakak yang kedua). Kiranya langkah bendul la dia ni. Abang tak kahwin lagi, adik jalan dulu. Aku dapat gambar2 ni pun dari daddy dia orang yang kebetulan ada kerja di sini, singgah rumah mengejut je.

Hai......dalam diam2 dia ni, kahwin juga. Mudah2an berkekalan hendaknya. Makngah ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU pada korang berdua. Walaupun jauh, makngah tetap rasa kemeriahannya. Cemburu rasanya tak dapat join sama. Nak buat macamana kan? Ni la padahnya kalau tinggal jauh dari keluarga.

Malam tadi tengok gambar yang dah di save ke komputer. Aik?? macam mana gambar 'mamat' ni boleh ada sini haaa? Kat rumah kita pulak tu..........adoiaii.....apa kes dia datang haa?

ni mesti si Edy yang bawa balik ye? amboi Datuk Wan.....dgn kain pelikat lagi...hehe...
terlentok kena peluk dgn Abg Akim ye......Aziz mesti jeles tengok gambar korang ni....Salleh n Arisya

sebahagian barang hantaran masa nikah mereka
sempat mereka bergambar dengan anakanda Sultan Kelantan ketika dia singgah solat di masjid.....dapat hadiah lagi....
 malam berinai
huhu...sedondon je baju maklah dengan ciklon (kakak), aku berkenan dengan baju mak tu (berdiri paling kanan)
Keluarga besar ku, tu pun ada yang takde.......cucu sedara aku tak pernah tengok lagi ni, macamana la agaknya rupa mereka.
Shafiq......nape si pengiring lebih macho dari awak eh? kena makan banyak ni, kecik2 dulu soh makan nasi taknak, asyik roti je.....tengok....kan dah keding badan tu?
Shafiq.....ko kalau duduk kan, mesti terperosok mcm tu.......ish budak ni!
Zam........ko pesan apa kat si Lin tu? jangan bagi petua rumahtangga yang bukan2 pulak!

Senyum simpul daddy dengan mummy ye? dah selamat dah.....nampak ceria je....


Akhir sekali gambar famili pengantin. Tak larat aku nak upload lagi. Walau tak dapat join sama, aku tumpang gembira untuk mereka. 



nota aku: dah lama tak pergi majlis kahwin kat sini!

APPLE PIE

Salam Sejahtera....

 hemm.....abang aziz makan apa tu?

Hari tu dah buat Apple Pie tapi tak cantik pula jadinya. Nak ambil gambar pun tak selera. Kiranya ni kali kedua aku buat. Aku memang suka pie tapi pie apple macam kat McD tu aku tak suka.

Resepi ni dari member lama ku......Faiz....terima kasih ye. Sebenarnya aku ada buku resepi tentang pastry2 ni tapi malas nak cari. Lagi pun resepi Faiz ni simple je.

buruk kan rupanya? tapi rasa tetap lazat!
sememeh je aku potong....


Jom tengok resepinya......

APPLE PIE

500 gm tepung halus (aku guna tepung gandum je)
250 gm gula halus (ayak tepung dgn gula)
200 gm mentega
2 biji telur (pukul sedikit)

FILLING :  6 biji apple hijau
                   200 gm gula pasir (boleh kurangkan jika terasa banyak)
                   20 gm tepung jagung
                   1 sudu teh serbuk kayu manis (aku tak letak, takut anak tak makan)

Masak air gula dan masukkan apple yang telah di kupas dan potong dadu atau ikut suka.
Kacau hingga pekat dengan api kecil. Masukkan tepung jagung yang dah di bancuh dengan sedikit air.
Setelah pekat, sejukkan.

Bahgian doh pula, gaul semua tepung, gula dan mentega hingga sebati. Masukkan telur sedikit2 dan uli.
Bungkus doh dengan plastik dan perap dlm 30 minit.

Bahagi doh kepada 2 bahgian. Lebihkan bahgian bawah. Canai doh dan masukkan dalam acuan pie.
Cucuk2 doh dengan garpu dan bakar separuh masak.
Keluarkan dari oven, masukkan filling apple tadi.
Canai doh untuk ditutup bahgian atas (bab ni memang aku fail, tu yg pie aku berbonjol2 tu....)
Kemaskan tepi pie dengan garpu (yg ni aku lupa nak buat)
Cucuk2 lagi permukaan pie dan sapu bahgian atas tadi dengan kuning telur.
Bakar sehingga kekuningan.

Dah selesai......selamat mencuba!

Al-fatihah utk arwah Mak Ucu..

Salam Sejahtera....

Tak sampai juga hajat ku nak jumpa dengan arwah Mak Ucu. Kakak talipon tengahari tadi, katanya Mak Ucu baru je meninggal dunia. Sedih teramat sangat rasanya, terkilan tak sempat jumpa dia. Aku harap dia di tempatkan bersama2 orang beriman di SANA. Amin...

Kakak kata dia mengidap sakit kuning lama sangat hingga organ dalam dah tak berfungsi. Wajah bertukar gelap sebab kulit dia putih. Perut katanya membusong tinggi. Kalau betul la dia di buat orang, alangkah besar dosa orang tu. Tapi aku tak dengar lagi kisah yang sebenarnya. Tunggu cuti sekolah nanti, aku balik semenanjung baru tau cerita.
Ini la satu2nya gambar yang aku ada bersama Mak Ucu, masa sanding zaman dulu2.....
Kini tersimpan erat dalam lipatan kenangan........
Meninggalkan keluarga dan semua yang dikasihi....

DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.....

nota aku: sorry Shafiq, makngah tak wish masa nikah 

korang pun tak call, mana nak ingat?

Untuk CikGu

Salam Sejahtera....

Guru O Guru

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

sajak diambil dari blog http://penyair.wordpress.com/ (terima kasih ye)



16hb Mei.......para pelajar pasti menyambut Hari Guru seluruh Malaysia. Bagi teman2 ku disini yang bertugas sebagai guru, aku ucapkan Selamat Hari Guru. Semoga bakti kamu akan mendatangkan hasil untuk kebanggaan semua. Bertugaslah dengan jujur ikhlas, tanpa meminta balasan.

Begitu juga dengan suami tercinta. Harap 'ayah' bersabar menghadapi dugaan di sekolah sekarang dan tabah menjalankan tanggungjawab pada anak bangsa. Tiada hadiah istimewa dari ku, hanya doa......mudah2an tiada halangan apa yang dihajatkan selama ini dan dijauhi dari segala bencana alam (ayah gi sekolah naik bot, hari2 ibu risau)

Bila menyambut hari guru ni, dah tentu la anak2 sibuk nak beli hadiah untuk cikgu. Kalau di sini cik abe takde harapan nak dapat hadiah dari anak murid, maklum la.......mereka bukan orang senang. Tapi bukan itu tujuan sebenar menjadi cikgu, betul tak? Kalau dapat hadiah, itu dah kira bonus untuk cikgu. Masa di semenanjung, berbakul2 hadiah dia dapat. Sampaikan kita orang terpaksa simpan dalam kotak besar. Kita tak buang, simpan elok2 sebagai kenangan.

Sekarang ni anak aku pula sibuk nak beli hadiah untuk cikgu dia. Tapi aku beli dengan cik abe tak tanya dia. Ikut pilihan kita. Jadi, belek2 kat kedai buku.........berkenan dengan notebook. Harga pun tak mahal dan tak murah sangat. Atas dari RM5, ok la tu. Aku cadangkan bagi pada cikgu yang dia rasa rapat dengan dia. Kalau nak bagi semua, kopak poket ayah dia.



Jumaat malam aku sibuk buat kuih untuk anak bawa ke sekolah esoknya (kena sekolah ganti sabtu ni) Mula2 ingat nak buat donat tapi cik abe cadangkan buat kek hitam manis. Boleh potong banyak sebab dia orang kan ramai. Aku harap dia seronok di sana.

Kek ni aku dah selalu buat dan resepinya ada kat sini http://katahatiku-zana.blogspot.com/2009/05/kek-hitam-manis.html


Drama lagi......

Salam Sejahtera....


Apa dah jadi? Blog aku sekarang update pasal artis pulak......hemm...apa salahnya kan? Kita cerita apa yang kita suka, minat, lihat dan kisah di sekeliling kita. Tajuk blog aku pun.....catatan zana....dah kena la tu!


Hari Isnin, Selasa dan Rabu pukul 2.00 petang memang time aku tercongok depan tv tunggu cerita Filipina ni.....Two Of Us...lakonan Jake Cuenca sebagai Dave dan Gerald Anderson sebagai JR. Mula2 dulu lepas habis Disabell, aku malas nak follow mana2 cerita sebab tak banyak sikit mengganggu rutin harian. Tapi.....dah nama pun surirumah kan? Apa lagi nak buat? Bukannya aku kena pergi ambik anak balik sekolah ke, hantar sekolah agama ke.......aku cuma tunggu dia depan pintu je....hehe...senang banyak tu. Dulu, masa tadika memang kena hantar dan ambil. Sekarang dia naik van. Jadi, selain drp masak, mengemas, membasuh, melayari internet........memollow la cerita2 di tv yang sepatutnya, betul tak?



Two Of Us ni pun aku suka bukan sebab hero2 dia yang ala-ala mat saleh tu. Jalan cerita dia yang banyak konflik, berebutkan harta si ayah dan kasih sayang dua keluarga. Setiap hari akan ada babak yang menyakitkan hati, mendebarkan dan kita tertunggu2 apa akan jadi selepasnya.


Gerald Anderson ni gambar2 dia yang aku google seksi meksi semuanya. Masa kurus tak menarik langsung (mata aku ler). Bila berisi sikit, nampak tough. Bagaimana pun jangan salah anggap. Aku tengok drama ni bukan pasal dia je...........

Cuba tengok si Jake Cuenca ni......manis je....main watak sebagai abang tapi aku rasa dia tak sesuai jadi adik dengan wajah dia yang tak nampak sebagai abang jika dibanding dengan Gerald (JR). Kat bibir dia ada sikit parut macam bekas luka gitu. Itu yang mengurangkan sedikit saham kehenseman dia tu!

Aku suka juga lakonan heroin mereka si Audrey (Kim Chiu). Wajah kecinaan dan cute tu pasti ramai terpikat dengan lakonan dia.

Bila aku cakap tentang artis ni, sebenarnya tiada satu pun artis yang aku jadikan idola macam bebudak sekarang. Aku minat masa sesuatu cerita atau program tu ditayangkan je......bila habis episod....tak kuasa nak ingat2 balik. Iye la......cara kita yang dah berumur ni tak sama macam bebudak sekarang. Dulu2 pun aku macam dia orang jugak. Siap tampal gambar artis kesayangan kat almari, kat dinding, beli kaset, beli poster........tapi zaman tu dah berlalu. Sekarang ni zaman anak aku pula.......siapalah agaknya artis pujaan dia ye? Belum nampak lagi!


nota aku: marah betul aku, astro suka2 tukar siaran pukul 5.30 ptg pulak!
               menyusahkan aku la tu......



Roti dan Inti Kastad Oren

Salam Sejahtera....


Dah lama aku salin resepi Inti Kastad Oren dari blog Maklang, sampai naik lunyai buku masak tu, baru ni aku rajin nak buat. Itu pun sebab ada bahan kat rumah. Ingat nak isikan dalam roti tapi aku takut anak tak makan, jadi aku buat gitu je. Nak makan baru sapu. Takde la membazir. Teringat pula masa aku tinggal di Perak, ada India jual roti dengan motor. Mak selalu beli roti sapu kaya untuk kami adik beradik.

Tapi yang ni rasa masam2 sebab ada letak sunquick. Aku pulak terletak banyak, maklumlah.....first time buat, memang banyak tak kenanya. Bagaimanapun rasa dia masam manis. Nasib baik anak makan, kalau tak.....hemm...jenuh la mak bapak kena habiskan!

INTI KASTAD OREN

bahan:

3 oz jus oren (campur sunquick dengan air, ikut kemasaman yg di sukai)
6 oz susu segar
3 sudu besar gula (masa ni aku lebihkan gula sebab sunquick tu masam)
1 sudu kecil parutan kulit limau (aku tak letak sb takde)
1 sudu besar margerin
2 sudu besar tepung kastad.

Cara:
Campur tepung kastad sedikit2 dengan susu hingga sebati.
Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
Masak atas api yang kecil hingga pekat.

Sebenarnya resepi ni untuk inti Krim Puff, tapi aku guna untuk makan dengan roti. Ikut suka tekak aku la kan?

Inti kastad ni aku masak terlama la pulak.......pekat jadinya....tak kisah la, janji boleh makan..
Nama je Apple Bun tapi intinya tarak!! Apple ada sebiji je kat rumah, mana cukup?

Alkisahnya, aku jalan2 rumah mamafami yg glamer tu ler... ternampak la resepi Apple Bun ni. Aku memang suka semua2 yang kena mengena dengan apple. Takde apple pun aku salin resepi dan mula fikir nak buat roti kosong, lepas tu makan dengan kastad oren tu.

Maka terjadilah roti citarasa ku....harap2 tuan punya resepi tak 
.........naik angin.......

Basic doh :-
A
480 gm bread flour
120 gm plain flour
110 gm sugar
10 gm salt
20 gm milk powder
4 teaspoon instant yeast
B
1 egg
300 ml cold water
C
60 gm butter


Terus terang, aku malas betul nak menulis. Sape2 yang nak lebih detail, boleh la jalan2 rumah Mamafami ye.....http://mamafami.fotopages.com/

Inilah yang aku hidangkan....

hehe...tak sopannya, aku dah gigit baru ambik gambar!



kemarok SHE WOLF

Salam Sejahtera....

Aku miss cerita ni masa mula2 tayang dulu tapi takpe, aku minta tolong cik abe download dari kawan2 dia. Sebabnya, aku risau cuti 3 minggu nanti takut tak sempat nak tengok.

Kalau lelaki tengok dah tentu dia orang suka sesangat. Apa taknya? seksi habis si heroin tu, tapi biasalah pelakon Philipine. Ok sikit drp kisah duyong Disabel.....aku lupa la...pun seksa jugak. Tapi orang perempuan pun sama je, termasuk aku. Tak percaya, tengok la si Piolo Pascual ni......



Aku rasa dah lama aku tengok dia ni berlakon dalam drama2 Filipina. Cuma dulu2 berkarat sikit la berbanding sekarang ni. Body pun makin mantap dan lakonan tambah bagus.

Susah betol kalau follow cerita macam ni, tak boleh miss walau satu episod!
Korang pulak?




Kad untuk IBU!

Salam Sejahtera....dan SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu-ibu.

Samada ibu yang melahirkan zuriat tercinta atau ibu2 yang belum pernah atau belum ada rezeki menjadi ibu sebenar. Percayalah, walaupun kita tidak diberi peluang menjadi ibu didunia ini, kita pasti atau mungkin sudah menjadi ibu saudara kepada anak2 saudara sendiri. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberi olehNYA.

Bagi aku dan keluarga disini, tiada hari tertentu untuk meraikan hari ibu. Tiada kek atau juadah istimewa dari kami untuk ibu ku dan ibu mertua. Hanya kami titipkan doa setiap kali selepas solat lima waktu. Moga kedua ibu ku dikurniakan kesihatan yang baik, jauh dari bencana, panjang umur mereka dan tabahkan hati menempuh onak duri ranjau hidup ini dalam meniti usia emas.

Pagi ni......kad ucapan ku terima dari anak ku......sebenarnya 2 hari lepas dah bagi tapi aku minta, tunggulah sampai harinya. Tengok tulisan dia, tonggang terbalik.....tapi....aku terharu kerana ayat yang di susun lahir dari hatinya sendiri tanpa di ajar......

Kad ucapan yang tertera tu la jadikan aku bergenang air mata. Hanya pelukan terima kasih ku beri padanya. Moga satu hari nanti, blog ku ini akan jadi kenangan untuk dia sekiranya aku tiada.

Untuk ibu ku......Hajah Amnah Bte Hashim.....selamat Hari Ibu....walau jauh di mata namun mak tetap dihati. Tak kira bagaimana sekali pun sikap mak terhadap kami anak2nya, kasih sayang kami hingga akhir hayat.

Kebaikan Beras Herba Ponni

Salam Sejahtera....

Bulan lepas kami shopping barang2 dapur sekitar area rumah. Cari beras Basmathi, bolehkan tak ada semua tempat. Nak ambil beras biasa2 tu, sakit hati aku. Asal masak terlebih air sikit, dah lembik, benyek....kekadang takde banyak airnya, lembik juga. Beras kalau banyak kanji macam tu la.......tak boleh lama sikit dalam periuk, confirm basi.

Aku ni sebenarnya tak ambil kisah sangat pasal beras. Mana cik abe pilih, yang tu la aku angguk. Di sebabkan bila masak nasi selalu terbuang, kami ambil keputusan cuba beras Herba Ponni Taj Mahal. Dah namanya pun mahal, harga pun mahal la kan? Lupa pula berapa harganya, dalam RM35 kot.....

Jalan2 kat rumah Acik Google, jumpa la artikel pasal beras ni. Rupanya bagus juga ye! Aku copy paste kat sini sikit kebaikan beras herba ponni untuk pengetahuan kita semua.

BERAS Herbal Ponni Taj Mahal melalui pengkajian International Diabetes Institute of Australia XI, dinyatakan sebagai bahan makanan kesehatan yang dapat mensetabilkan gula darah dan mengontrol tekanan darah. Bahan pokok makanan ini, dapat merubah zat keton menjadi negatif. Sehingga dapat membuat badan selalu segar tidak lemas.

Zat keton, tambahnya, merupakan zat perubah lemak menjadi gula yang merusak saraf penting pada mata, ginjal, hati, dan akan menimbulkan stroke.
Menurut pengamat makanan kesehatan, Brand Miller, dalam beras tersebut kandungan index glycemic-nya rendah. Oleh sebab itu, bahan pokok makanan yang satu ini baik untuk dikonsumsi penderita diabetes. Beras ini, berkadar gula dan fat rendah tidak berkanji.

"Dan yang penting, gula dapat turun secara pelahan sampai tahap normal dan terkontrol," kata S Evi Julianti SE Ad CA yang selalu melakukan penelitian terhadap kelebihan beras tersebut, kepada Suara Merdeka, belum lama ini.
Itulah sebabnya PM Singapura Goh Chok Tong melalui Healthier Food Declaration, menyatakan Beras Herbal Ponni Taj Mahal sebagai salah satu produk makanan kesehatan.

Bahan pokok makanan yang satu ini, kaya mineral seperti kalsium, fiber soluble, protein, vitamin A, B1, B2, C2, dan rendah kalori, gula, serta sodium. Kandungan sodium yang kecil ini adalah nutrisi yang diperlukan tubuh setiap hari.

Dengan serat larut yang menyerap kelebihan kadar gula dalam darah, beras Herbal Ponni dapat membantu mengatasi masalah pencernaan, kabur penglihatan, linu tulang, dan masalah saluran air kencing.

 Agak2 rasa nak diet dan kurangkan kebuncitan perut kita, boleh la cuba beras ni. Aku pun dalam proses juga. Kita tengok, menjadi tak......huhu....berusaha gigih ni...maklum la...umur makin meningkat, kena jaga pemakanan kita. Semoga teman2 semua sihat walafiat.

info lanjut di Harian Umum Suara Merdeka....terima kasih ye..

Dorayaki

Salam Sejahtera....

Lama tak buat dorayaki, rasanya sebelum ni buat asyik tak menjadi je. Tak tau la kenapa. Agaknya masa masak tu tak ikhlas kot? Orang kata kalau nak masak biar betul2 ikhlas, baru la sedap. Betul agaknya........

Pagi ni aku buat untuk bawa kerumah kawan ku. Mak dia datang dari semenanjung sebab jaga dia dalam pantang. Ini je yang ada kat dapur, aku buat dalam 6 keping. Jadi la......asalkan bawa buah tangan, daripada takde langsung kan?

Dorayaki ni sesuai makan waktu santai petang hari atau sarapan pagi pun boleh......

DORAYAKI

100 gm tepung kek/tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60 gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen
Inti - 1 1/2 cwn kacang merah yang manis

Cara membuatnya:-

Dalam mangkuk besar, pukul gula dan telur hingga kembang.
Masukkan madu, minyak, esen dan kacau rata.
Masukkan tepung. Kacau adunan secara kaup balik dan tambah susu segar/cair sekiranya adunan terlalu pekat.
Panaskan kuali leper dengan api kecil. Masukkan 1/4 cawan adunan. Bakar sehingga kekuningan.
Setelah diangkat, boleh letakkan inti kacang.


Resepi ni sumbangan Skybue (myresepi). Aku tak guna kacang merah, kacang hitam yang ada. Sebenarnya lebih sedap kacang merah. Masa kat Tochigi dulu, balik kerja je aku akan cari kuih ni setiap kali ada pasar malam. Tapi dia orang buat lagi sedap, ada bentuk ikan dan lain2.




Takziah buat keluarga di Trengganu...Al-Fatihah

Salam Sejahtera....


dan salam takziah dari kami di Sabah untuk uncle dan seluruh keluarga di Trengganu kerana kehilangan ibu tercinta....Mak Tok.

Aku dapat panggilan dari kakak pagi ni, dia beritahu tentang pemergian arwah kerana sakit tua. Arwah dah 80 lebih umurnya. Tengok pada zahir memang dia sihat cuma sedikit gangguan seperti lupa atau nyanyuk. Mak tok baik orangnya, tak reti mengumpat, tak suka bertandang rumah jiran tak tentu pasal dan paling aku suka tengok senyuman dia yang manis. Susah nak tengok dia marah, sepanjang masa gelak je......mudah-mudahan dia ditempatkan disisi orang2 yang beriman.

Beberapa bulan ni aku sering dapat berita yang kurang menyenangkan. Kakak cerita pasal mak saudara ku di Johor sakit tenat sekarang. Katanya sakit kuning, kaki bengkak dan busong. Kesiannya.......paling sedih aku tak dapat melawat dia buat masa sekarang. Kalau tiada halangan cuti sekolah nanti aku dan suami bercadang nak ke Johor melawat saudara mara. Boleh singgah rumah nenek suami nanti.

Aku harap sempat jumpa makcik ku kerana doktor kata harapan dia tipis. Doktor jangkakan hayat dia cuma 3 minggu. Tapi ajal maut bukan ditangan kita. Teringat dulu masa aku kerja di JB. Aku tinggal dengan makcik2 ku serumah. Makcik ku ni masa tu dah yatim piatu. Dia belum kahwin lagi. Anak bongsu dari 5 beradik. Dia lincah, becok dan lucu orangnya. Suka menari dan menyanyi. Kalau tengok tv rancangan hiburan, mesti terhenjut2 badan dia ikut berjoget.

Tak sabar rasanya nak balik jumpa saudara mara. Aku kat sini bukannya ada ramai kawan, tu yang kekadang sedikit bosan. Hiburan aku, tv dan internet.

Limau bali

Salam Sejahtera....

Suka sangat dengan limau bali ni, kalau dulu2 mak beli rasanya aku sorang yang mengadap sebiji. Selalu banyak terdapat di Perak. Dulu2 masa aku sekolah menengah, famili aku menetap di sana dan selalu la makan limau ni. Sekarang susah nak jumpa, ada pun dah tentu mahal.

Baru2 ni aku beli kat Pasar Tamu sekilo yang warna putih RM7 sekilo dan warna merah (masam sikit) RM5. Warna putih lebih manis tapi kalau dah suka, masam ke manis aku tetap suka.

Sedikit info tentang limau ni kita kongsi kat sini drp....http://panduanpercuma.info/kesihatan/1663/khasiat-limau-bali/comment-page-1/#comment-200

Marble Vanila Muffin

Salam Sejahtera....dan selamat Hari Buruh pada semua teman2 yang berkerja. Moga cuti kamu semua dipenuhi dengan aktiviti yang menarik ye!

Aktiviti aku? apa lagi? kat dapur je, dah nama pun orang dapur kan.........cuti ke tak, sama je aku rasa. Kekadang tu hari bulan pun tak tau.

Jom kedapur, kita buat muffin tadi petang. Sebenarnya muffin ni drp MatGebu resepi, dah lama aku simpan. Tapi aku ada ubah sikit sebab ada bahan yang takde kat almari tu. Sikit je En. Mat! Jangan marah eh.......

Aku ubah letak chocolat chip atas muffin, coklat emulco aku ganti dengan perasa coklat. Jadi muffin aku ni takde la belang2 sangat. Bagaimanapun rasanya tetap 'umph' walau di ubah. Lembut sangat.........lepas keluar dari oven, terus aku ngap. Anak bawak lari seketul, ayah dia seketul. Satu adunan ni dapat dalam 14 biji kalau guna cup macam dalam gambar tu. Kira besar jugak la, aku tak isi penuh........muak pula nak mengabiskan nanti.


Ni gambar aku snap masa baru keluar dari oven, panas lagi. Sorry ye! gambar i tak cantik macam En Mat punya, siap dengan set pinggan dia yang antik. Apa yang penting, rasa muffin tu........

Kita kongsi juga la resepi kat sini walaupun kat rumah Matgebu dah ada.

MARBLE VANILA MUFFIN

180 gm mentega
140 gm gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar/susu cair
220 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanila
1 camca teh coklat emulco

Cara membuat:-

Sebenarnya aku tak salin cara membuat muffin ni sebab aku rasa ia sama macam kita buat cupcake.
Pertama aku mesin gula dan telur, mungkin silap cara aku tu. Kemudian masukkan mentega. Kacau hingga gebu dan masukkan tepung selang seli dengan susu cair. Ops...lupa esen vanila tu.
Bahagikan 2 bahgian adunan tadi. Kalau nak letak coklat emulco, boleh la letak. 
Masukkan dalam cawan kertas dan taburkan chocolate chip di atasnya. Dah siap.
Bakar dengan suhu 180 (ni oven aku) dalam 25 minit gitu.
 
nota aku: maaf ye En Mat kalau cara saya ni tak betul.
               kita tak kursus mana2 pun, ikut suka tangan kita je...