my best friend forever

iklan nuff

banner

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sila godek

Memuatkan ...

Puding Karamel Tanpa Telur

Salam Sejahtera....

Puasa2 ni (puasa Rejab) tekak ku nak makan yang manis2. Dah lama tak buat sejak menetap di Sabah, rasanya baru dua atau tiga kali aku buat. Cari resepi yang tak guna telur, jumpa pula kat blog teman baru aku ni....Azita Zain (lupa la nama blog dia....terima kasih ye, walaupun resepi tu ambil dari sumber lain)

Tanpa buang masa........bosan menceceh banyak sangat, kita kongsi resepi ni....

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan A

2 sudu besar gula (utk gula hangus)

Bahan B

1 bungkus serbuk agar2 (7 / 8 gm) (aku guna agar2 peket je sebab takde agar2 serbuk)
4 cawan air
2 1/2 sudu besar gula (yang ni aku lebihkan sikit, manis baru la sedap kan? nama pun karamel)

Bahan C

1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu vanila

Mula2 tu hanguskan gula dulu dan tuang dalam loyang atau bekas ikut suka kita.
Didihkan bahan B dalam periuk.
Kecilkan api dan masukkan bahan C.
Kacau rata adunan hingga likat dan pekat.
Matikan api dan tuang adunan dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Simpan dalam peti sejuk baru sedap di makan!


SERIMUKA (NanaSham)

Salam Sejahtera....

Banyak2 resepi serimuka, resepi yang ni aku selalu cuba, cuma lebihkan sikit gula sebab kuih ni kalau tawar tak sedap. Tapi kalau taknak menanggung kencing manis, baik jangan lebihkan gula. Tawar pun tawar la.......

Terima kasih kat tuan punya resepi ni walau aku selalu guna resepi dia, aku belum kenal lagi tuannya. Tak kisah la........dia pun dah dapat pahala sebab share resepi kat sini....

KUIH SERIMUKA

Bahgian bawah:-

500 gm beras pulut
400 ml santan cair
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak

Bahgian atas:-

120 gm tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung (tak letak pun takpe)
140 gm gula pasir (nak manis kena lebihkan)
3 biji telur
480 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
300 ml air + 10 helai daun pandan untuk air pandan (biasa aku tak guna daun pandan, susah nak cari......guna paste pandan dan pewarna hijau je)

Untuk bahgian bawah (pulut) rendam pulut 10-20 minit dan toskan. Tapi biasanya aku rendam lama, kalau nak buat pagi esok, aku rendam belah malamnya.
Satukan semua bahan bahgian bawah kedalam loyang dan kacau rata.
Kukus selama 20-30 minit sehingga pulut masak dan keluarkan dari kukusan. Sejukkan.

Untuk bahgian atasnya, pukul gula dengan telur.
Masukkan santan, garam, air pandan dan kacau. Lebih senang semuanya masuk dalam blender. Masukkan juga tepung kemudian di tapis.
Lepas tu aku masak atas api yang kecil, setengah masak je.

Pulut yang telah sejuk tadi, ditekan2 hingga mampat. Panaskan dulu air dalam kukusan dan letakkan loyang tadi untuk seketika. Kemudian baru tuang adunan atas (hijau) ke pulut tadi. Kukus dengan api sederhana. Masa ni air penutup kukus kerap menitik ke atas kuih dan aku kerap buka utk buang airnya.

Setelah sejuk, baru di potong dan apa lagi? makan lerr....

gambar kali ni memang tak menarik sebab orang yang snap tu memang tak ada senifoto.......

Kamus idaman...

Salam Sejahtera....

Kalau aku diberi pilihan samada nak guna kamus buku atau kamus elektronik, pasti aku pilih kamus elektronik. Untung budak2 sekarang. Berbagai2 kemudahan disediakan, di cipta untuk menyenangkan mereka.

Sabtu lepas, kami melihat-lihat (jamu mata je, bila nak beli....tunggu dulu) kamus besta ni di One B. Canggih pula nampaknya. Mudah nak guna, tak payah selak buku nak cari makna sesuatu perkataan. Cuma taip je, tak sampai 5 saat, dah terjawab apa yang kita kehendaki. Ada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris.

Hajat hati macam teringin memilikinya. Senang untuk anak belajar guna kamus. Sekarang ni dia guna kamus biasa tu, terkial2 cari makna perkataan. Dah la tulisan kecil, susah nak baca. Nantilah, ada rezeki ayah dia, dapat juga nanti tu. Bagusnya kamus ni boleh bersuara lagi, nak dengar lagu pun boleh.

Sekarang ni kamus Besta sedang promosi produk dia. Walaupun offer, masih beratus lagi harganya. Tapi aku pasti berbaloi kalau memilikinya kerana kamus ni boleh digunakan sehingga anak2 masuk universiti. Tak rugi......

Notti dan Kiki...

Salam Sejahtera....

Seminggu ni aku tak berapa sihat, asyik selsema dan badan sengal2. Masak pun cincai je.....agaknya keletihan masa cuti dulu, agaknya la.

Bagaimanapun aku nak tayang juga gambar2 yang aku snap hari tu. Bukan gambar apa, gambar kucing2 kat rumah kakak dan rumah mertua. Comel2 mereka ni, kalau dekat dan boleh naik kapalterbang, sah2 aku bawa balik. Tapi susah pulak bila aku cuti balik kampung, sape nak jaga? Aku pun nanti terindu2 kat binatang ni, macam Dato K tu.....asyik kena tinggal je....sian dia.

 Cute si Notti ni......lari sana lari sini, bukan main ligat lagi dia. Tengok la rupa dia tu, nak menggigit je.

Umur macam ni la yang buat orang geram nak main. Adik beradik ada empat ekor tapi dah kena jadi anak angkat sekor, tinggal tiga. Bila aku balik nanti ntah ada ke tidak, tak tau la.

Aktiviti hari2 dia cari bakul dan tidur dalam tu, tak kira bakul kecik ke besar......hehe...comelnya...

Si hitam ni pulak? rupa tak cantik tapi.........ada pulak si jantan yang berkenan. Tau tak? dah ada anak empat tu........tengok rupa ceding je kan? Kalau anak2 dia nak menyusu (anak dah besar, macam Notti tu) sampai tersorong ke dinding si Kiki kerana terlampau kurus. Kakak ku kata dia stress lepas beranak.....hemm..macam kita juga kan......stress nak susukan anak.
Tengok tu.........kalau duduk melepak mesti gitu gayanya. Selesa kot? Bulu tah mana2 gugur.......sian aku nengoknya. Agaknya kena tukar nama kot? Kiki......tukar pada Kikis.....haha.....
Aduss......tak sanggup aku tengok si Kiki ni, makan kuat tapi maintain kurus kering gitu. Baring atas simen pun dah nampak sama je......



nota: mood mengupdate blog skrg terbantut!

aktiviti di Penang

Salam Sejahtera....

Di Penang, tak banyak tempat yang kami lawati kerana kesuntukan masa. Hari minggu nak ke Kulim (rumah pak saudara belah suami dan majlis kahwin kawan adik ipar) Rancang nak ke pantai Batu Feringgi pun tak tercapai. Semuanya kerana seharian selepas tiba sana, che abe nak pergi tengok perlawanan kriket di Penang High School.

Kami pergi bertiga saja, kalau yang lain ikut, pasti bosan menunggu. Macam aku ni sebenarnya aku boleh tak ikut tapi nasib baik aku ada. Keluar dari kondo aunty dia je, ntah mana2 kita orang menyesat. Target dalam 15 minit boleh sampai ketempat tuju tapi jadi setengah jam. Tempat tak biasa macam tu le.......malam apatah lagi...sesat juga setelah berpecah balik dari panggung wayang.

Aktiviti kami disana biasa2 je. Makan2 dan sembang pasal bola. Tak ketinggalan borak tentang masakan dengan aunty. Suasana rumah mereka memang selesa, berdepan dengan pemandangan laut. Cuma bila menetap kawasan kondo ni, susah sikit saudara mara nak keluar masuk. Kena guna pas visitor dan parking kereta tak boleh sembarangan. Bab keselamatan memang terjamin tapi ada juga yang sekali sekala tak memuaskan hati. Macam hari tu, bila kita nak masuk, security kata pas dah habis diguna. Bila orang lain nak masuk, dia bagi pula. Tapi semua masalah selesai bila uncle hubby datang.

Gambar2 aku malas nak upload kat sini. Badan rasa tak sihat sejak balik hari tu. Resdung pulak menyerang, masa kat Semenanjung takde kena, balik sini je terus bersin. Kat sana aku kurang makan seafood berbanding di sini. Ye la.....kan murah....

Oh ye.....nak bagitau ni, sesiapa yang tersinggah kat blog aku ni, tolong la tinggalkan jejak. Jangan malu2.....blog aku ni pun bukan glamor sangat!!

entry tertunda.....Penang nan indah..

Salam Sejahtera....

Kami ke Penang seramai 5 orang tempohari. Suami nak tengok Kriket (ada la sorang dua bekas anak murid dia yg main tu..) Adik ipar pula nak kemajlis kahwin kawan dia di Kulim. Aku pula, sebenarnya malas nak ikut memandangkan letih perjalanan dari JB ke Kelantan tak habis lagi. Tapi....che abe sibuk suruh ikut juga, terpaksalah aku ikut bersama anak.

Aku tak pernah ke Penang dari pantai timur. Dulu2 direct dari Perak ke Penang. Lama dah aku tak jejak kaki ke sana. Kalau tak silap sejak jambatan Penang di bina, aku belum pernah lalu lagi. Teruja juga nak pergi......

Sepanjang jalan cuaca ok je. Tapi aku rasa sakit badan sikit sebab jalanraya bergelombang, berombak2, di tambah pula berliku2, sakit pinggang ni. Kami singgah sebentar di Tasik Banding (tepi jalan je) untuk bergambar. Teringat kakak ku cerita dia pergi hari tu dengan rombongan.....cerita lucu dia dengan pacat. Ni yang aku takut nak pergi.....tapi hajat di hati satu hari nanti aku akan singgah lebih lama di sini. InsyaAllah...

Tasik Banding yang kelihatan tenang dari jauh (ada apa agaknya dalam tasik ni? nampak macam misteri je..)

kat celah2 pokok tu ada beberapa famili tengah makan2, seronok aku tengok tapi kami tak bawa apa2..

Pertama kali melalui jambatan Pulau Pinang, aku tanya, boleh tak kita berhenti ambil gambar kat sini? Mungkin boleh kalau sekejap tapi memikirkan bahaya, lebih baik tak usah. Kalau kereta tak banyak, takpe. Aku dengar selalu jem kat sini waktu puncak hari kerja.
Kami terus ke tempat yang nak di tuju, rumah pak saudara belah suami. Melilau jugak la cari Queens Bay, nasib baik ada papan tanda (terima kasih kat papan tanda ni....hehe)
Berdepan dengan Queens Bay, Pulau Jerjak.......ramai yang santai petang hari di sini termasuk kami. Berpusing2 cari rumah saudara, kami lepak dulu makan rojak buah berapi dan legakan tekak dengan air batu. Aziz dah jumpa makanan favourite dia, sate ikan. Orang Kelantan pula yang jual.

akan di sambung kemudian.............

Selamat Hari Bapa

Salam Sejahtera....

Selamat Hari BAPA kepada semua bapa-bapa di seluruh Malaysia......

Tiada hadiah istimewa dari ku terhadap suami tercinta, hanya doa dan harapan moga 'ayah' akan menjadi contoh terbaik kepada anaknya. Bukan saja contoh, malah IDOLA anak kita hingga dia menjadi seorang manusia yang berguna DUNIA dan AKHIRAT. Amin.

nota: setiap hari adalah istimewa bagi ku dan dia...

kEK coklat kukus

Salam Sejahtera....

Kek coklat kukus ni aku buat sebelum balik Semenanjung hari tu. Dah lupa kat mana aku ambil sebab nak cepat. Rupanya lebih kurang sama Kek Coklat yang biasa buat, cuma kali ni di kukus. Aku ni tak pernah kukus2 lagi kek begini tapi aku rasa (walaupun tak merasa) lebih sedap yang kukus dari bakar.

Aku share resepi kat sini tapi cara2nya aku tak salin pun. Harap maklum ye......

KEK COKLAT KUKUS

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
3 biji telor

Cara membuatnya seperti biasa.
Serbok koko, tepung, soda dan baking di ayak sama.
Putar gula dengan telor hingga kembang/hancur.
Masukkan susu pekat dan minyak. Tapis dulu sebelum masuk ke loyang yang sudah di gris dgn margerin dan lapik dengan kertas minyak.
Seeloknya gunakan loyang yang berukuran sedang sebab kek yang aku buat ni tak besar sangat.
Panaskan api kukusan sebelum letak kek. Cover penutup kukus dengan aluminium foil.
Masa ni aku kerap buka penutup tu sebab first time mengukus kek.
Berapa jam aku tak pasti. Buat macam biasa la kan....nak tau masak ke tak!

hampir STANDBY...

Salam Sejahtera....

6 ptg kami sekeluarga selamat sampai kerumah. Letih seharian dalam perjalanan ditambah pula tangan kiri ku yang sengal mungkin kerana salah tidor. Lega......masalah di airport dapat diselesaikan. Tak sangka begini jadinya. Selepas ni kami akan lebih berhati2 menguruskan tiket penerbangan.

Tadinya aku hampir tak dapat pulang ke Sabah bersama dengan suami. Ketika di airport KB, nama ku tiada dalam list. Hanya dua nama yang confirm. Kesilapan bermula tempohari ketika aku dan suami berpisah di KLIA, dia ke Kelantan dan aku pulang rumah mak. Masa nak ke KB, suami ku kata aku tak naik sama, jadi nama ku terus terpadam.

Nasib baik boleh ke KLIA, tiba di sana minta bantuan pekerja counter 18 pula. Aku kena standby kat situ, bila ada kosong, dia akan panggil. Suami buat keputusan, dia standby dan aku serta anak pulang berdua dulu. Dia risau nak tinggalkan aku sorang.

Pukul 3 ptg flight ke Sabah. Aku takde mood nak makan atau minum2 dulu, terus masuk bilik menunggu. 2.45 ptg, tetiba suami ku muncul di belakang. Wah....seronoknya dia dapat balik sama dengan kami. Cuma berlainan seat saja. Tak kisah la, asalkan dapat bersama.

Keadaan kapal sedikit goyah ketika diruang udara Sabah kerana cuaca tak elok. Sepatutnya 5.45 ptg tu dah mendarat. Bagaimana pun kami selamat juga akhirnya, alhamdulillah. Berkat doa emak agaknya. Kalau la aku kena standby sehari suntuk kat airport, tak tau la macamana nak buat. Baju dah le sehelai sepinggang, semua dah masuk bagasi.

nota aku: kami belajar dari kesilapan
bagus juga sesekali mengalami kes mcm ni!

The A-Team

Salam Sejahtera....

Aku tengok filem The A-Team ni masa kat Penang hari tu. Tengok ramai2 dengan uncle n auntie, adik2 ipar sekali. Mula tu macam malas nak menonton sebab rancang nak ke Batu Feringgi tapi dek kesuntukan masa (dah petang) ikut juga la. Lagi pun orang belanja sekali sekala, apa salahnya kan?


 Masa sekolah dulu, selalu follow siri tv yang popular ni. Suka dengan watak negro tu....dulu la....
Filem ni tak jemu tengok, kebetulan pulak kami nonton betul2 barisan kedua dari depan. Apa lagi? mendongak le semuanya. Nak buat macamana, itu je yang ada. Aku tak pernah duduk depan, ada sikit la sakit tengkok....hihi....lama tak tengok wayang sejak menetap di Sabah, bukan apa......ada cerita yang kita suka, anak taknak tengok. Baik semua2 jangan tengok, baru adil.

The A-Team mempunyai para pelakon yang mantap, jalan cerita yang tak membosankan. Di bintangi oleh Jessica Biel, Bradley Cooper, Liam Neeson, Sharlto Copley dan Quinton 'Rampage' Jackson. Ada lucu, sedih dan keseriusannya.

Siapa yang belum tengok tu, pergilah tonton filem ni. Tak rugi beb!!

REHAT seketika!!

Salam Sejahtera....

Hampir 3 minggu aku di Semenanjung dan banyak sangat kisah yang ingin ku kongsikan tapi aku kekurangan masa menulis. Untuk sementara ni aku rasa nak rihat dulu sehingga pulang ke Sabah, aku akan update blog ni.

Bagi teman2 yang rajin berkunjung ke blog ku ini, terima kasih banyak2. Walaupun kalian tidak meninggalkan komen di bawah, aku tak kecil hati sebab aku pun kekadang tak berkesempatan nak melawat korang.

Semoga hari Jumaat ni, perjalanan ku ke Sabah berjalan dengan lancar, tiada halangan. Tak banyak buah tangan yang ku bawa balik selain drp keropok.

Sekian.

Dari selatan ke pantai timur.....

Salam Sejahtera....

5.00 am kami dah bertolak pulang ke pantai timur. Pagi kan? macam tu la cik abe aku, kemana2 mesti nak awal pagi..........ye la...dia bawa kereta. Aku cuma bawa sekejap kalau dia ngantok, itu pun anak aku dah bising. Cepat la tukar dengan ayah.....(risau kot ibu dia bawa 80kmj/90kmj...atau tak konfiden dengan kecekapan ibu dia?)

Kami singgah sarapan pagi di area Jemaluang (betul ke? ni first time aku ke Kelantan dari JB, tak pernah lalu kawasan2 ni) Ada juga aku snap gambar tiga empat keping.

First time aku singgah sini, cari apa yg patut dan teruskan perjalanan.
fuhh....sedap betul laichekang ni....aku tak jumpa lagi kat Sabah. Kira lepas dendam balik sini, semua nak makan.

Nasi paprik ayam.......sedap ni, sampai lupa diri kejap la. Konon nak kurangkan nasi tapi termakan jugak. Dah rezeki depan mata, tunggu apa lagi? bedal aje ler....

Kami makan kat kedai sebelum sampai rumah. Alhamdulillah, selamat tiba di Kelantan. Lega.....rasanya taknak lagi ke mana2 lepas ni. Tak larat nak duduk dalam kereta, kalau boleh tidur takpe. Aku tak berani nak tidur kalau cik abe tu drive.......macam pelesit!
Salam Sejahtera....

Pagi.....aku sekeluarga dengan mak mertua bertolak ke JB. Hajat nak jumpa nenek belah suami dan keluarga sebelah arwah bapa ku yang dah lama tak jumpa (sejak aku kecil hingga dah tua ni, baru sekali jumpa)
Selepas bungkus segala lauk pauk dan bunga telor untuk saudara2, kami berangkat lewat juga lebih kurang pukul 10.45 pagi.

Di pertengahan jalan, tetiba aku teringat nak ke Pontian, tempat aku di besarkan. Dah takde sesiapa di sana sebab arwah tok dan adik dia dah meninggal. Cuma ada tok saudara (hubungan jauh) yang sakit tua. Jadi kami ambil keputusan ikut tol Simpang Renggam dan terus ke Pontian. Nasib la.....kalau ada orang kat rumah, kalau tak, terpaksa teruskan ke tempat lain.

Nasib baik ada orang kat rumah dia. Tok teh ku dah uzur sangat. Masa aku sekolah rendah dan menengah, aku selalu ikut arwah tok ku lepak kat rumah dia. Dia ada anak 9 kalau tak silap aku. Sorang perempuan, selebihnya lelaki.......jadi....aku selalu nampak dia berkain batik separas lutut, basah kuyup basuh baju berbesen2. Dulu2 tak mampu nak beli mesin, anak ramai. Sekarang ni aku tengok kaki dia yang bermasaalah. Terpaksa guna wheelchair.
Terharu ketika nak meninggalkan dia dalam keadaan begitu. Bila aku minta izin nak balik dan entah dapat jumpa lagi atau tidak, berjuraian air mata kami. Dia masih ingat aku ni siapa bila ku sebut nama arwah tok ku sebab mereka dulu begitu rapat. Ingatan dia masih kuat dan mata pun tak rabun. Aku doakan moga dia tabah menghadapi dugaan. Inilah lumrah hidup.........

Selepas di Pontian, kami terus ke Ulu Tiram, cari pak sedara aku yang tak jumpa sejak kecil. Dia pun ada buat majlis untuk anak dia. Sebenarnya aku dan keluarga dah lama terputus hubungan dengan keluarga sebelah bapa ku semenjak mak kahwin lain. Iyelah.....mak nak cari macamana kalau takde orang bawa? Sekarang masing2 dah besar, boleh cari sendiri keluarga yang terpisah.

Rasanya, inilah gambar pertama aku dengan famili arwah bapa ku. Entah bila dapat jumpa lagi. Kalau ada masa dan panjang umur, aku nak tidor pula kat sini, dapat borak2 pasal arwah bapa ku. Katanya, wajah ku mirip arwah bapa. Huhu.....mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? Ada juga kenangan dari arwah.....sedihnya aku.....

Malam......kami bermalam di rumah nenek 'abe' selepas sesat setengah jam dalam bandar JB mencari rumah dia. Biasa la bawa kereta kat JB ni, tak sah kalau tak sesat. Pada hal dah pergi berkali2. Mungkin 'abe' kita keletihan drive seharian.

nota aku: tak dpt sembang lama dgn nenek sb letih sgt
harap nenek n atok tak kecil hati...

Sanding

Salam Sejahtera....

Malam tadi kami tidor hotel......haha....best gila. Bukan apa, rumah kakak kan sarat dengan barang jadi kebetulan abang ipar sediakan hotel untuk saudara mara dari jauh nak tidor, tak diguna.......kamilah yang guna. Kita pun jauh juga, Sabah lagi. Ikutkan malas nak angkut barang2 tapi untuk keselesaan, baik tidor hotel. Bukan jauh pun, 5 minit dari rumah kakak dah sampai.

Sebelum pengantin sanding atas pelamin, aku rasmikan dulu. Pelamin tu pun buat sendiri, kakak, mak sedare dan abang ipar. Siap beli kerusi untuk pengantin. Majoriti semua buat sendiri daripada masak lauk pauk, nasi beriani, bunga telor pahar dan kek lapis. Ada juga benda2 yang tak mampu buat sendiri, kakak tempah dengan kawan.


hehe....Mak Itam jangan la marah kita snap gambar ni.......saje buat kenangan, bukan senang nak jumpa......nanti balik Montreal, mak Itam boleh tunjuk pada orang sana, apa yang mak Itam buat.


wah....kacau rendang pun ada gaya eh? anak saudara paling tinggi, kau la Ariep....

Aci datang dari Perak semata2 nak tengok anak angkat dia kawin.......hehe...aci memang baik dan rajin, semua dia cuci jugak!! kira One Malaysia.....cuma sorang lagi kawan baik kakak (chinese) tak dapat datang tapi ada call. Kalau tak, dapat juga aku jumpa jiran2 lama kakak.
Ini pun kawan kakak yang paling sempoi, gila2 dan sporting (baju hijau lumut), datang dengan anak2. Masa kakak bercinta2 dulu, mungkin dialah tempat kakak cerita segala suka duka. Masa tu aku form 3 kalau tak silap dan aku juga banyak kisah lucu ketika mengenali kak Endon ni. Ingat lagi masa kami nak berhari raya rumah kawan. Tunggu bas tepi jalan ramai2 dengan baju baru, kasut baru........kebetulan ada lopak air tepi jalan. Tak di sangka tetiba tayar bas memercikkan air lopak ke baju dan muka kami. Geli hati dan marah bercampur aduk. Terpaksa cari air sekitar parit untuk cuci semua kotoran tu sambil gelak tak abis2. Banyak lagi kisah lucu ketika kami bersama kak Endon dulu. Layan cerita Tamil, usah kata la.......hari2....kak Endon jadi translatornya sebab dia pandai berbahasa tamil. Siap geleng2 kepala kalau tengok filem tamil kat tv......sambil korek telinga.....tu la habit dia.....

 kek kahwin yang di sponsor oleh kawan kakak.....
Hubby ku yang montel ni sempat gak lepas gian nyanyi lagu Teratai. Lucunya bila dia request kat Sham Visa nyanyikan satu lagu.....tapi....dia yang dipanggil kepentas untuk menyanyi. Ustad rock......gelaran dari bapa mertua sebab setiap kali ada majlis mana2 dia kerap sumbangkan suara. Nasib baik tak pecah. Masa majlis perkahwinan kami dulu pun dia nyanyi dengan baju pengantin lagi....hehe.....
tu dia.....Rosli Muhalim yang masih berbisa dengan gitarnya.....ternganga bebudak tengok dia main gitar..
Sham Visa pun ada, sporting je dia bila diminta nyanyi satu lagu.......

Sebenarnya banyak nak cerita tapi.....faham2 je la kalau bersiaran dari rumah mertua....kang asyik ngadap komputer, lain pula sangkaan dia. Boleh tengok kat facebook kalau rajin, ada gambar kat sana..

Kisah ZUL Huzaimy.... buat ku gelak guling2!!

Aku dengan kakak memang rapat, begitu juga dengan adik perempuan ku. Kalau jumpa....termasuk dengan mak ku, memang riuh rendah rumah dek gelak tawa kami. Saat2 beginilah yang selalu aku rindukan.

Sebenarnya aku nak cerita kisah ku dengan kakak pada malam sebelum majlis bersanding tempohari. Begini kisahnya......

Siang tu aku mengadap tv, tunggu drama Sebiru Warna Laut, lakonan Zul Huzaimy. Aku memang minat dia selepas jemu dengan Rosyam Nor (bukanlah jemu apa, sekali sekala nak juga tukar selera kan?)

Sebelum tu aku ada cerita dengan kakak pasal drama Zul ni. Mak dan adik ku pun biasa sebut Zul saja sebab dia ada datang kedai mak beli asam pedas bila balik dari sembahyang Jumaat. Mak kata memang handsome orangnya......wah....jelous aku ni, mak selalu sembang dengan dia tapi aku belum ada peluang.

Aku ingatkan kakak ku tau la orang yang ku sebut tu Zul Huzaimy, si pelakon. Masa aku tengok drama tu, dia tanya.......
Zul berlakon sebagai apa?
Aku jawab dia cuma pegang watak pembantu je.
Ooh.....terror jugak dia berlakon ek.....kata kakak ku.
Aku kata, memang dia berlakon best sangat!!
Dia tanya lagi, ni shooting kat Sabah ke?
Taklah.......ni shooting kat semenanjung ni........

Malamnya, aku ngadap lagi tv sambil buat kotak untuk isi kek dan gula2. Kakak ku dan anak bongsunya siapkan bunga pahar. Tiba2 ada promo di tv2 cerita Kau Laksana Bulan, Zul dengan Ayu Raudhah berlakon.

Aku cakap dengan kakak, tu ada lagi cerita Zul hari Isnin nanti.
Iye ke, kata kakak.
Dia cakap kat anak dia, abg Zul tu berlakon kat tv.
Haah? abg zul berlakon? abg zul mana?
abg zul yang sedare kita di Sabah tu.....kakak ku bersungguh2 mengiyakan katanya.

Aisyah (anak kakak) macam tak percaya sebab aku tengok airmuka dia berkerut. Kakak ku kata, tanya makngah tu (aku le).....

betul kan, abg zul Sabah yang berlakon tu? tanya kakak.
apa??? zul Sabah?orang cakap Zul Huzaimy la........bukan zul sedare kita tu!!!
kah..kah..kah!!!!! aku gelak terguling2 sampai sakit2 perut.....

aku rasa kelucuan kisah di atas sama dgn gambar zul yang terlampau ni....hihi....

ini ler abg zul Sabah yang kakak ku maksudkan.......hahaha......aku gelak tak abis sampai kat rumah mertua masih ada sisa2 gelihati tu!




nota aku: aku tak tau la kalau dua2 Zul baca kisah ni,
bagaimana reaksi mereka? adoiiii....kakak ku yg blurr!

Projek bakul telor.....kucing...

Salam Sejahtera....

Lepas settle telor pindang, sambung pula buat bekas untuk isi kek lapis yang nak diberi pada ahli keluarga pihak perempuan. Aku cuma sambung kerja2 kakak yang tak sempat habis. Kemudian bila telor pindang dah di keluarkan dari periok, projek untuk isi dalam bekas telor pula.

Masa ni 'abe' kita dah sampai dari Kelantan. Bolehlah dia join sama.....hehe....buat kerja orang perempuan pulak.....Mak saudara dari Johor dan Terengganu pun tiba, jadi kerja ku ringan sikit, boleh tolong kat dapur. Tapi petang tu, sempat juga 'abe' bawak lari aku ke shopping komplek, cari mana yang patut. Iyelah....aku rasa tak sempat nak ke mana2 sebab hari Ahad nak ke Johor pula.



hehe....mak saudara aku tu tak pakai tudung, tu yang ambik gambar kaki dia....

Dalam sibuk2 kehulu kehilir tu, sempat juga aku snap gambar kucing2 kakak yang lebih ramai dari tuan rumah. Kesian.......masa kenduri hari tu, semuanya kena hantar sementara kat pet shop. Nakal mereka2 ni, suka sangat tengok orang buat kerja. Berkeliling kat kaki kita, kalau boleh tolong takpe jugak!!
Si Notti ni pun teringin makan telor pindang........kongsi dgn Kiki, Doly dan sape tah aku lupa, ramai sgt!!

Projek telor pindang

Salam Sejahtera....

Rindunya nak menulis kat blog aku ni.......rasanya hampir seminggu tak update. Aku sibuk di rumah kakak hari tu, sekarang dah balik rumah mertua. Boleh la aku ceritakan sepanjang minggu di sana.

Pertama, aku sampai di KLIA dengan 'abe' dan anak dijemput oleh kakak dan abg ipar. Flight 'abe' ke Kelantan lewat pukul 6 ptg jadi mereka berdua ikut abang dan kakak ku ke Nilai. Sempat lagi makan nasi beriani berlaukkan kambing, air teh 3 layer (sedap air ni, konpem lepas ni aku ketagih nak minum). Aku order tandori ayam dan roti nan. Memang lepas gian nak makan benda2 yang macam ni.......terima kasih kat abang Ramli ku tu.....

Update kali ni aku nak tayang gambar telor pindang yang kami buat tempohari. Orang Johor memang popular dengan telor pindang. Susah nak buat, lebih2 lagi kalau beratus telornya.

Memula kena cari daun2 yang di perlukan seperti daun sendudok, daun salam, daun jambu batu, serai, kulit bawang, lengkuas di titik, daun pandan, ketumbar dan jintan yang di mesin. Masukkan semua dalam periuk dan jerang selama 2 hari.
tu dia telor pindang yang dah masak.......cuma tak rata warna coklat tu....
Kakak ku kata, ada orang tak letak bawang tapi dia suka letak bawang kecil yang di tumbuk kasar2.