my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

CHEESE FRUIT CAKE BEBOP

Salam Sejahtera....

Pagi ni, mata aku terjegil tak boleh tidur dari pukul 2.30 pagi. Aziz pula bangun tengok bola. Budak ni......hari ni sekolah pun dia nak tengok juga bola kat tv tu. Malam tadi memang aku tidor awal, tu yang bangun pun awal. Lepas gosok baju dan masak sardin untuk sahor, kejut che abe bangun makan. Selesai tugas aku.

Sekarang projek kek pulak. Aku ambil resepi ni dari alkiram.net. Asalnya resepi dari forum cari katanya.......nama Bebop tu nickname sorang forumer kat sana, kalau tak silap akulah. Minta izin kongsi resepi di sini ye cik Bebop!

CHEESE FRUIT CAKE BEBOP
170 gm buah campur
2 sudu besar jus oren
(gaul dan perap selama 2 jam, atau lebih)


70 gm mentega
70 gm krim keju
70 gm gula perang
2 biji telur
1 s.k pes lemon
80 gm tepung gandum 
1/2 s.k baking powder

Pukul mentega, gula, krim keju hingga kembang.
Masukkan telur dan pes lemon.
Masuk tepung gandum, baking powder, selang seli dengan buah campuran.
Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C-180C.
Boleh tabur kepingan badam.
Aku guna loyang empat segi sama berukuran 6 inci.

nota dr alkiram : perap buah 8 jam lebih baik
krim cheese kraft, kotak kelabu/tulisan biru (aku guna yg biasa je)
1 1/2 adunan, guna loyang ukuran 7 inci
tepung naik sendiri lagi gebu!


huahuahua......seronoknya, kek ku menjadi pagi ni......yesss!!

Kuih Koci Labu

Salam Sejahtera....

Ni first time aku buat kuih koci menggunakan labu. Tapi labu yang aku beli di pasar KK tak berapa cantik rasanya, banyak air. Ada satu jenis labu yang sedap, lupa namanya. Labu tu kecil dan comel je bentuknya. Takpe la, percubaan pertama tak menjadi sangat. Kena pulak tengah2 uli, tepung pulut tak cukup......ish...ni yang aku malas ni, rasa nak campak ke tong sampah je. Dah la labunya berair, tepung pulak habis. Terpaksalah cik abe yang tengah layan anak main game pergi kedai kejap.



Disebabkan koci aku tak berapa nak menjadi, aku pun malas nak salin resepi, main ingat kat otak je. Maaf la ye........aku lupa resepi dari siapa ni.....bagaimanapun terima kasih banyak2 kerana sudi kongsi.

Koci Labu

Labu yang di kupas dan rebus
Tepung pulut secukupnya
Daun pisang yang di salai

Inti koci
Kelapa parut
Gula Melaka dan gula putih
(masak gula dengan air, bila hampir kering, masukkan kelapa parut)

Sebenarnya aku tak ikut sangat seperti yang aku baca kat internet. Untuk salut kuih koci tu, aku masak santan pekat dengan 2 sudu tepung beras. Bila hampir pekat, tutup apinya. Setelah doh dibulatkan dan isi inti kelapa di dalamnya, aku tak rebus dengan air panas macam yang di ajar. Aku terus masuk dalam daun pisang, balut lebih kurang (bab2 membalut kuih dgn daun pisang memang aku tak pandai, tak cantik langsung, tu pasal masa ambil gambar aku buka kulitnya) Kemudian letakkan sesudu santan pekat tadi ke atas kuih tadi. Kukus sehingga masak.

Biskut Coklat Chip ala Famous Amos (2)

Salam Sejahtera....

Rasa tak sihat badan tak menghalang aku menjalani ibadah puasa dan kerja2 seharian. Dari pagi sampai ke petang aku selsema. Walau bagaimanapun biskut raya untuk ku bawa pulang, siap juga 2 botol. Kalau rajin aku buat lagi. Tapi cukup rasanya. Nanti berat sangat pula bagasi tu......tapi aku nak jimbit je nanti. Faham2 je la kalau naik Air Asia, semuanya duit.

Kali ni aku nak share resepi daripada www.resepiruziatuladibah.com/ terima kasih ye.....

BISKUT COKLAT CHIP ALA FAMOUS AMOS

125 gm butter
150 gm gula perang
180 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil soda bikabonat
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
120 gm coklat chip
60 gm badam berkulit panggang (racik) - aku tak guna badam tapi kacang walnut
3 sudu makan kelapa kering (tak guna kelapa tapi ganti dengan quaker oat)

Cara:-

Pukul butter dan gula perang.
Masukkan telur dan esen vanila.
Masuk tepung gandum yang di ayak sama dengan baking powder dan soda.
Masukkan coklat chip, quaker oat dan walnut.
Jika doh lembik, masukkan dalam peti ais supaya senang di bentuk.
Sudukan adunan dalam loyang pembakar.
Bakar pada suhu 150C selama 25 - 30 minit.

nota: suhu rendah dan masa yang lama untuk memastikan biskut rangup.

SIAKAP TIGARASA

Salam Sejahtera....

Dah 2 minggu kita berpuasa nampaknya, sekejap je masa berlalu. Tak lama lagi kami pula akan berangkat pulang ke kampung mertua dan mak aku. Barang2 seperti ikan bilis, sotong kering, ikan masin dah pun di beli. Tinggal masuk kotak je........sambil tu aku dah mula buat biskut sikit untuk di bawa pulang.

Buka apa ari ni? Aku masak ikan siakap tigarasa tapi takde nenas. Nenas hari tu aku masak asam dengan ikan kembong. Lebihnya kami makan gitu je sebab manis sangat. Nenas kat sini sekilo RM2.50.....hemm...kalau kat kampung mertua dapat free aje sebab pak mertua tanam keliling rumah.

Ok la, resepi aku ni simple je. Kalau beli ikan siakap aku masak tiga rasa atau steam je yang sedap.

Bawang besar (yg kuning tu apa namanya eh?) di potong melintang.
Halia di hiris.
Bawang putih 1 atau 2 ulas.
Serai sebatang
Buah tomato potong dadu
Tomato sos, cili sos dan sos tiram.

Cara memasak seperti biasa, tak payah la aku terangkan. Layan gambar aku yang tak berapa nak cantik ni, guna kamera handphone, nak cepat punya pasal!

Kerabu Mangga Muda

Salam Sejahtera....

Resepi ringkas untuk pembuka selera, kerabu mangga kesukaan ku. Suami juga suka, kekadang aku ubah suai campurkan dengan sotong.


Senang je buatnya, tak payah nak tulis dengan detail, rasa2nya semua orang tau.

Mangga di hiris atau potong memanjang dan kecil2.
Cili padi atau cili hidup (aku suka guna lada capsicum)
Udang kering yang di goreng tanpa minyak dan tumbuk.
Kelapa goreng.
Bawang besar di hiris2 halus.
Gula dan garam
Kalau suka letak kacang tanah boleh juga, tapi dah ada kelapa, rasanya tak perlu.
Gaulkan semua, seeloknya nak dihidangkan baru gaul. Kalau tak nanti lembik pula.

Kali pertama..

Salam Sejahtera....

Masak apa hari ni? hemm.....pening kepala fikir nak masak hari2 kan? Orang lelaki senang je, balik dari kerja tinggal buka tudung saji. Kalau bini masak, alhamdulillah.......rajinnya bini aku, kalau tak.......bazar ramadhan la jawabnya.

Setakat ni aku belum pergi lagi bazar ramadhan. Aku pun kurang gemar ke bazar yang sesak dan kekadang apa yang dia orang jual tu bukannya sedap sangat. Baru2 ni kami buka puasa di satu tempat yang popular juga di Sabah ni (aku taknak sebut nama tempat tu). Order tomyam, nasi paprik, kue teow goreng dan nasi goreng kampung........harga usah tanyalah, memang puluh2 ringgit. Kalau sedap, tak menyesal keluar duit....tapi...sedih aku rasa. Bersungguh nak makan dengan perut kosong, rasanya hampeh!! Tomyam macam kuah lemak je aku tengok, nak hirup pun takut. Aku cakap kat suami, lepas ni kalau nak buka kat luar, kita makan di fastfood tapi aku rasa tak mungkin lagi sebab biasanya kalau buka di luar, terkejar2 pula nak solat maghrib. Hari tu makan diluar pun sebab ikut kehendak anak yang nak makan Dunkin Donut, kata kawannya ada di Suria Sabah. Rupanya Big Apple.....hehe...kesian dia.

Sebenarnya, aku nak tanya teman2 blog disini, pernah makan ketam ni?


Tadi pagi aku dan suami ke pasar KK, ternampak ketam ni.......katanya ketam ni (org jual tu kata) hanya dapat dibawa naik setahun sekali je. Betul ke tidak, ntah la. Pertama kali lihat ketam ni, rasa teringin nak makan tapi harganya....mak aii...RM20 sekilo. Seekor pun dah berat. Katanya rasa macam lobster. Sempat juga aku tanya mana satu jantan betinanya. Ekor besar sikit, betina katanya. Selain aku, ada sorang mamat tu berkenan juga ambil gambar ketam tu.


Ikan belais ni pun belum pernah makan, ni kali pertama kami beli. Kata orang yang jual tu, ikan ni lebih sedap dari ikan putih. Ingat nak kukus dan cicah dengan air asam petang ni. Sekilo RM13, beli 2 ekor cukuplah.


nota aku: kekadang terfikir, mewahnya aku makan.....
orang lain yg hidup susah, tak pernah tengok benda2 macam ni, apatah lagi merasanya...
syukur atas pemberianNYA.

Aku jadi wartawan pulak!!

Salam Sejahtera....

Lepas sahor, sembahyang subuh dan mengaji sikit, aku selalu online di fb atau blog kawan2. Tapi bukan la hari2, kadang2 je......ikut mood dan jika ada masa terluang.
Pagi ni masa aku on fb, selalu aku nampak si Sharil ni online. Mungkin dia tengah update blog dia yang gempak tu, maklum le.....wartawan la katakan......
Dah lama juga aku jadi follower dia. Aku terpikat dengan tulisan dia yang sempoi, santai dan nampak kejujurannya. Walaupun tak semua tulisan dia yang aku berkesempatan membacanya, bila ada peluang dan masa aku sering juga tinggalkan komen di blog dia. Ye la.......nak harap dia komen kat blog aku ni yang banyak masakan, jangan haraplah!! hehe.....aku tak kisah sebenarnya.......yang penting berblog ni menjadikan aku gembira sebagai surirumah yang tiada aktiviti mencabar. Tambah pula aku seronok ada kawan di alam maya ni.

Rupanya si Shahril ni ada call aku semalam tapi aku tak angkat, pagi2 call mestilah aku mushkil. Che abe kata kalau tak kenal, jangan angkat dan kalau dia perlukan atau penting sangat, biar orang tu sms kita. Kesian Shahril, sorry la ye........akak ni ikut cakap laki.....hehe...

Jadi pagi sabtu tu, kebetulan dia pun online fb. Ada kisah sedih di blog dia tentang Syam Trg yang baru meninggal dunia kerana masalah buah pinggang dan stroke. Lepas baca, aku komen sebab nama Sham tu sama dengan nama arwah adik aku dan arwah juga meninggal kerana sakit buah pinggang yang kronik. Tulisan dia benar2 membuatkan aku teringat pada arwah yang pergi pada awal tahun ni.

Di sebabkan semalamnya aku tak angkat handphone ku, aku call dia semula setelah dia inform kat fb, dia call aku semalam. Dah lama berhubung di alam maya, kali ni barulah aku dengar suaranya. Nak tau tak Shahril suara awak macam siapa? Macam suara abang aku yang nombor 2.

Sembang punya sembang, aku yang banyak bertanya dari dia, sedangkan dia tu wartawan. Aku faham dia benar2 sedih kerana kehilangan seorang teman, abang dan peminat setia. Allah lebih menyayangi dia dan kita doakan moga dia tenang di sana.

Paling aku suka bila kami rancang akan jumpa selepas raya nanti di rumah kakak ku. Aku mana ada rumah kat semenanjung jadi kalau nak buat perjumpaan terpaksalah rumah saudara mara. Tak sabar nak kenalkan dia pada suami, mak dan saudara2 semua. Walaupun sebenarnya aku malu nak jumpa, orang popular Shahril tu!! Harap2 nanti jangan dia busy dengan open house, sudah!


Blog Shahril yang jadi favourite ku...
http://syahrilkadir.wordpress.com/

Roll Tuna Sandwich

Selamat berpuasa dan moga apa yang kita lakukan dibulan mulia ini mendapat rahmat dariNYA. Amin....

Macam takde mood je nak update blog. Nak tau kenapa? Sebab roti yang aku buat ni tak berapa nak menjadi. Entahlah.....sejak bulan puasa ni, apa2 jenis kuih yang aku buat semua tak memuaskan hati rasanya. Tak taulah tekak orang lain (org lain tu, mereka dua beranak je...hehe..) Tapi kalau masak lauk pauk, hubby ku kata, sedap pulak.......kata dia....baik awak puasa hari2, barulah masakan tak masin sangat. Biasanya dia komplen kalau hari2 biasa, aku masak 'masin'......hehe....kalau anak dara, orang kata nak kena kawin. Tapi kalau mak2 orang macam aku ni, kena pergi kursus memasak ni!!!

Tak kisah la......yang penting kita buat untuk keluarga tercinta, betul tak? Jadi atau tidak yang kita masak tu, masin ke tawar......yang penting kita dah mencuba yang terbaik. Esok2 kita perbaiki lagi kekurangan kita.

Oh ye, kali ni aku buat roll tuna sandwich tak berapa jadi. Mungkin terlama dalam oven agaknya jadi roti tu rasa kering sedikit. Terpaksalah mencicah dengan kuah kari atau air. Kalau tak, masa makan tu kena tolak dengan air minuman. Nanti nak cuba lagi, tak puas hati ni. Apa2pun aku kongsi juga resepi dari Matgebu...http://tiffinbiru.blogspot.com/...terima kasih ye Mat!!

ROLL TUNA SANDWICH

250gm tepung roti
50 gm gula halus
1/2 camca teh garam
10 gm susu tepung
1/4 c.teh bread improver
1/4 c.teh bread softner
30 gm telur (pecahkan sebiji dan timbang)
6 gm instant yis
20 gm mentega
125 gm air suam

Bahan tuna saya guna yang dalam tin je, sesiapa yang nak buat sendiri boleh la ke blog Matgebu ye!!

Untuk roll tuna :-

Satukan semua bahan kecuali mentega kemudian ketepikan. Mungkin biarkan doh kembang (aku silap buat, terus canai)
Keluarkan doh dan tumbuk2 buang angin.
Tabur tepung di meja kerja. Canai empat persegi.
Sapu permukaan doh dengan mentega cair rata2.
Tuang inti tuna dan ratakan.
Tinggalkan ruang di hujung doh dan gulung seperti swiss roll, ketatkan.
Kemaskan kiri dan kanan. Potong 10 bahgian.
Susun dalam paper cup jenin 4 inci.
Tekan biar rata. Perap 45 minit biar kembang.
Sapu baki telur atas roti.
Bakar dengan suhu 190C selama 25 minit.


tu dia......percubaan pertama, belajar dari kesilapan!!

Hal aku...

Salam Sejahtera....dan selamat berpuasa!

Beberapa hari ni masak, asyik lupa je nak snap gambar. Semalam aku masak lemak udang nenas, tiru resepi MatGebu. Kelam kabut punya pasal, sampai lupa nak ambil gambar. Takpe la lain kali aku buat lagi.

Kali ni entry aku bukan pasal masakan atau makanan tapi pasal bas dua tingkat. Semalam kami berusaha cari tiket untuk balik kampung dari KL ke pantai timur dan juga tiket balik semula ke KL. Dapatlah bas yang bertingkat.........aku tak pernah naik bas 2 tingkat ni. Jejak kaki kat tangga bas pun belum pernah. Rasa takut, ngeri, macam nak naik roller coster pulak. Aku bukan la cerewet, itu taknak, ini tak boleh tapi memang betul aku risau dan dah lama sangat tak naik bas diwaktu malam. Aku pun tak salahkan sesiapa yang belikan tiket tu.......janganlah salah sangka.

Aku ni ada masalah sikit bab2 jalan jauh. Pada orang lain mungkin kecil masalah tu tapi bagi ku 'besar'. Persoalannya, berapa kali bas tu berhenti untuk penumpang pergi tandas?  haaa......aku ni kalau pergi mana2, bilik termenung tu la yang aku akan cari dulu. Nampaknya aku kena kurangkan minum air untuk elakkan masalah ni. Harap2 nanti aku tabah, sabar dan bertenang......hehe....

Bagi mereka yang takde masalah macam aku ni memang senang la. Nasib korang baik tapi jangan la pertikaikan kenapa aku tak suka atau taknak atau komplen pasal naik bas untuk jalan jauh. Kita tak faham masalah orang, tanya dulu kenapa dan mengapa. Barulah bagi pendapat!!

IKAN PUTIH LEMAK CILI API

Salam Sejahtera....

Puasa2 ni tekak kering dek cuaca yang panas beberapa hari sejak lepas berminggu hujan melanda. Biasa la.........masuk je bulan puasa, cuaca kembali menyengat. Otak pun kering, idea menulis mesti tentang masakan je. Sorry la kaum lelaki yang singgah sini, buat korang terliur je......hehe...

Ni lauk berbuka hari ke2 puasa. Simple je, dengan terung di celur cicah sambal belacan. Ikan putih masak lemak cili api dan telur masin.

IKAN PUTIH LEMAK CILI API

Seekor ikan putih yg sederhana besarnya
Santan pekat (1 1/2 cawan atau ikut suka)
cili padi
bawang merah 4/5 ulas
sebatang serai
bunga kantan (dibelah2)
asam keping (sekeping dah cukup)
garam dan kunyit


Tumbuk cili padi dan bawang merah, titik serai dan masukkan dalam periuk berisi santan. Masukkan asam keping, kunyit dan garam. Kemudian masukkan ikan dan bunga kantan. Kacau jangan sampai santan pecah.
Senang kan? Orang bujang pun boleh masak lauk ni tapi tak boleh makan selalu lauk bersantan. Nanti tak pasal2 berat badan naik dibulan puasa ni, orang nak diet kena kurangkan lemak.

NASI AYAM & KEK KEJU STRAWBERRY & NESTUM

Salam Sejahtera....
 Hari pertama puasa dah fikir macam2 nak makan. Ikutkan selera semua nak tapi makan tak banyak mana pun! Fikir2 balik kekadang membazir je kalau tak habis.

Untuk hari pertama puasa, aku ikut selera anak. Dari semalam dia nak makan nasi ayam. Alah....budak2 ni makan bukan bersungguh2, saje je......anak aku pula style makan dia, lauk sikit, nasi lebih..

Jadi hari ni aku nak tayang nasi ayam aku masak. Walaupun sebelum ni dah berpuluh2 kali aku masak, baru ni aku upload gambar kat blog. Tapi nasi ayam ni lain sikit dari biasa yang aku masak. Aku tiru macam nasi ayam hainan......hehe....tak salah kan? ubah sikit je......

NASI AYAM

2 cawan beras (kalau famili aku, ni dah kira banyak, biasa segelas je...gelas plastik)
2 sudu mentega/planta
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
Ayam (sebelah je, perap dgn halia, bwg putih, bwg merah, garam dan lada sulah)
Stok ayam (seketul)
Sup bunjut (biasa guna adabi)
Kulit kayu manis, buah pelaga
daun bawang untuk sup
Timun dan tomato
Daun salad
Sos tiram dan kicap manis

SOS CILI

2/3 biji cili merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
limau nipis atau cuka (saya guna limau)
air rebusan ayam/sup
gula dan garam


Selepas ayam di perap, masukkan dalam periuk yang berisi air. Rebus bersama sup bunjut, stok ayam, kulit kayu manis. Aku selalu masukkan juga fishball beberapa ketul sebab anak memang suka ni. Letak garam dan ajinomoto. Setelah masak atau ayam lembut, angkat dan toskan. Perapkan dengan sos tiram dan kicap manis. Nak letak madu lagi sedap. Kemudian ayam ni di goreng atau panggang dlm oven, ikut selera masing2 la...seeloknya ayam jangan dipotong kecil sebelum merebusnya. Lepas panggang atau goreng, baru di potong.


Untuk sos cili, mesinkan cili merah, bawang putih, halia bersama gula dan air rebusan ayam. Kemudian perahkan limau atau cuka. Dah siap. Bolehlah letakkan bawang goreng dan daun sup kedalam sup kita tu. Hiasi dengan salad, timun dan tomato.


Memasak nasi pula, basuh dulu beras kita tu. Panaskan periuk, masukkan mentega dan tumis bwg merah dan bwg putih. Ambil air rebusan ayam atau sup tadi dan masukkan bersama dengan beras tadi. Jika kurang mentega/planta, boleh la tambah sebelum nasi kering.

lupa pulak nak ambil gambar dengan mangkok sup aku tu......




KEK KEJU STRAWBERRY DAN NESTUM


Resepi ni aku ambil dari majalah Sridewi Keluarga bulan julai. Sebenarnya aku tak puas hati lagi sebab nestum yang di bawah kek tu pecah berderai, dah macam makan pasir rupanya. Bagaimanapun aku share juga gambar dan resepi di sini. Mungkin silap aku kot, tak tekan betul2 nestum hingga padat. Takpe lain kali nak cuba lagi.......


Bahan2:-

500 gm krim keju
120 gm gula kastor
80 gm pes blueberi (aku guna strawberry)
20 gm serbuk gelatin (cairkan dgn air panas)
1 peket buah blueberry (yg ni takde, aku guna jem blackberry)
1/2 liter krim putar


Lapisan bawah kek:
200 gm serbuk nestum (dikisar halus)
40 gm mentega (di cairkan, mungkin kena tambah lagi)


Cara2 membuatnya:

a. Putarkan krim keju bersama gula secara perlahan.
b. Masukkan pes strawberry/blueberry, gelatin yang dicairkan dan putarkan hingga sebati.
c. Masukkan krim putar yang telah dipukul kembang. Biarkan adunan sebati.
d. Campurkan serbuk nestum yang telah dikisar dengan mentega cair, uli dan perapkan kedalam acuan kek.
    Tekan hingga betul2 padat, sejukkan.
e. Masukkan adunan kek tadi dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


walau tak cantik, aku tetap bangga!!

Salam Ramadhan...

Salam Sejahtera....

Ramadhan hampir menjelma. Dah siap ke persiapan raya tahun ni? Bagi aku sekeluarga, belum ada persiapan samada baju melayu, kurung atau kuih2 raya. Setiap tahun aku sambut dengan ala kadar je. Kalau ada lebih pun untuk anak. Maklumlah, budak2 yang lebih rasa kemeriahan hari raya. Macam kita yang dah berusia ni, dah puas merasainya.

Semalam sempat juga aku dan suami cari kedai jahit untuk tempah baju melayu mereka dua beranak. Nasib baik ada lagi kedai yang ambil tempahan, harga pun tak mahal sangat. Tahun lepas kami beli yang readymade je jadi tahun ni teringin ikut tema. Kononnya nak tema light purple. Ok la tu, dua orang dah dapat colour sama tapi masalah kat aku pula. Kain dah ada, tukang jahit yang takde.......nampaknya aku tema bersendirian. Baju kurung ku colour coklat dah lama tempah, tetiba mereka berdua nak colour purple. Hemm.....kejam betul!!

Sebenarnya dah dua tahun ni aku tak rasa seronok beraya. Bukan tak seronok balik kampung rumah mak sendiri atau mak mertua. Tapi.......teringin juga nak beraya dengan jiran2 dan kawan2 di Sabah. Tahun lepas suami ku jemput kawan2 dia, aku? mana ada kawan.......jiran pun kiri kanan dan depan belakang je. Kalau ada adik beradik datang rumah baru seronok, meriah dan macam2 cerita keluar. Macam ni la kalau duduk di perantauan. Kekadang rasa sunyi kerana bukan mudah nak dapat jiran atau kawan yang betul2 rapat macam saudara kita. Masa aku kerja dulu, memang seronok. Kawan keliling pinggang, baik lelaki atau perempuan. Tapi bila aku berhenti, semuanya terputus. Kena pula kawan2 ni kekadang kawan masa senang je. Masa susah, nak tengok batang hidung, sorry la.......

Apa aku membebel ni? dah bosan sangat ni........idea memasak pun tak datang lagi. Bila dah kedapur dan tengok bahan barulah tau nak masak apa.

Ok.....aku sambung lain kali sessi membebel aku.....oh ye....selamat menyambut bulan puasa yang mulia ini pada semua teman2 blogger yang datang singgah. Terima kasih banyak2 kerana sudi membaca blog aku yang tak seindah rupa orangnya. Terima kasih kerana sudi menceriakan hari2 ku selama ini. Moga apa yang kita lakukan dibulan mulia ini, di berkati olehNYA. Amin.

SIMPLE BROWNIES

Salam Sejahtera....


Nak tayang jugak ni, first time aku buat brownies dengan loyang baru beli. Macam terlebih bakar je, bukan macam lagi.........memang ye pun. Ngam2 bakar 25 minit, aku pi pusing lagi 5 minit, naik garing brownies aku tu.

Sejuk sekejap, aku terus ngap!! Rasa liat2, macam tak sedap je......tapi esok paginya aku ngap sekeping, eh.....sedap pulak, takde la liat. Mungkin mlam tadi aku gopoh sangat, tak sabar nak rasa, tu yang tak sedap. Pagi tu, lembut pula rasanya. Tambah pulak aku letak chocolate chip banyak.

Sumber resepi drp myresipi oleh kak fida.

SIMPLE BROWNIES

115 gm mentega (cairkan dan sejukkan)
1 cwn gula halus (195 gm)
1 sk esen vanila
2 biji telur
1/2 cwn tepung gandum (60 gm)
1/3 cwn serbuk koko (25 gm)
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam (optional)


Cara2:-
Campur mentega, gula halus, esen vanila dan telur. Gaul rata (aku tak guna mixer pun, manual je)
Masukkan tepung, b.powder dan koko. Gaul rata.
Tuang adunan dalam loyang yang di alas kertas dan griskan.
Bakar selama 160C selama 20 hingga 25 minit.
Loyang yang aku guna, 10x10 inci, mungkin tak sesuai sebab brownies ku nampak nipis je.

Patut ke aku gembira?

Salam Sejahtera....

"Ibu, cikgu Sxxxxxxxx tu selalu pukul kepala, cekak mulut dan cerewet dengan anak murid. Hari tu dia buat Aziz, sakit mulut Aziz ni. Aziz pun tak tau apa salah Aziz."
"Aziz ada buat salah kot? Memang patut cikgu marah. Agaknya asyik bercakap dalam kelas tak?"
"Tapi......hari tu dia baling bekalan kawan Aziz sampai bertabur makanan atas lantai."
"Eh? kenapa cikgu macam tu? tak baik buat makanan orang begitu walaupun dia bersalah."
"Entah la......itu salah, ini tak betul......dah la lama tak pergi padang, asyik dalam kelas je. Kekadang tu dia mengintip kat tingkap sampai satu masa, nak tengok budak2 buat apa"
"Macam tu sekali? Habis, dia pergi sekolah untuk apa? bukan mengajar ke? nak jadi pengintip pulak?"


Selang beberapa hari.......


"Ibu.....betul la ayah cakap hari tu, sekarang ni cikgu S jatuh motor, tangan dia berbalut bu!"
"Haa? iye ke?
"iye bu.....Aziz tanya dia, cikgu kenapa?"
"Dia kata apa?"
"Dia kata, kenapa kamu tanya?"
"hemm.....masih sombong lagi walaupun orang tanya dengan baik...."
"Biarkan la dia tu, balasan untuk orang yang suka menganiaya orang. Kan betul ayah suruh Aziz berdoa, biar Allah yang balas segala perbuatan dia. Mungkin doa anak2 lebih termakbul."


Selang dua hari selepas itu.......
"Ibu, tangan cikgu Sxxxxxxx berbalut lagi, yang sebelah pula!"
"Kenapa pulak?"
dengan tersengih2 dia menjawab.....
"Kena gigit lipan!!!"
"hik....hik....laaa..berbalut jugak ke?"
"A'ah la.......dia cakap kat murid2, kamu semua hati2 kalau main di luar, musim hujan ni banyak lipan"
"Ibu harap dia sedar kesilapan dia, sikit je Allah balas tu!"
"Tapi bu........walaupun tangan dia berbalut, dia masih lagi boleh gunakan mulut dia untuk mendenda murid2."
"Guna mulut denda takpe, asalkan dia tak guna tangan untuk menyakiti anak murid, biarlah."




Sebenarnya dah lama aku dan suami tak berpuas hati dengan sorang guru di sekolah dia. Kalau setakat mendenda kerana kesalahan yang di lakukan tu, tak kisah la. Apa yang aku dengar, kesalahan kecil pun sampai nak mengamok hempas bekal budak, apa kes? Masalah keluarga jangan la di bawa sampai ke sekolah. Kesian bebudak tu. Baru 8 tahun, bukannya belasan tahun. Kalau salah, kena beritahu apa kesalahan mereka. Jangan sampai dia tertanya2 apa dia dah buat sampai cikgu marah2.


Sebelum dia accident, aku dan suami nasihatkan Aziz, lepas sembahyang, doakan moga2 sesiapa yang menganiaya kita tu, minta Allah saja yang membalasnya. Aku dan suami tak akan ambil apa2 tindakan selagi tiada lebam atau bekas di badan anak. Kami pun faham keadaan guru, nak jaga murid beratus orang bukan senang nak kontrol. Tapi.......tak patut pukul tampar di badan depan kelas atau depan kawan2, dia pun ada maruah walau masih kecil. Ada perasaan malu lebih2 lagi kalau bukan salah dia.


Aku bukan nak memihak sebelah anak ku. Malah aku dah berpesan kat cikgu kelas dia. Kalau salah, rotan la dia, marah la dia sebab di rumah pun aku dan suami memang strict sikit. Biasanya bebudak ni kalau memang salah dia, tak kisah kena hukum. Tapi kalau tidak, tentulah dia membebel tak puas hati. Bagaimanapun apa yang anak ku adu, biasanya aku tak ambil kisah sangat. Aku pun tau perangai bebudak ni, degil, banyak cakap, banyak main, cuai dan sebagainya.


Tentang kes di atas tu, ada rasa kasihan.......tapi.....dalam hati ada juga kata, padan muka dia. Tak baik pula ada perasaan macam tu. Mana tau, satu hari nanti, dia tolong anak kita pula? Manusia kan mudah berubah? Cuma, aku harap dia cepat2 la berubah. Terkena anak orang yang tak berkira, ok la. Tapi dibuatnya bertemu buku dengan ruas, habis la dia.

Eksperimen tak menjadi...

Salam Sejahtera....

Nampaknya buah bambangan yang aku buat eksperimen tu tak menjadi. Entah apa silapnya? Abe ku kata, aku asyik buka tutup dia, kejap2 aku buka, pagi buka......petang buka lagi. Sudahnya bambangan ku tak menjadi. Tekak ni dah terliur dan teringin nak rasa. Apa nak buat? Bambangan tu aku tengok jadi berkulat. Seram pulak nak makan, ntah apa jadi nanti. Tak pasal2 aku berdua dok hospital, keracunan!!

Idea nak menulis selalu terbantut. Nantilah, aku nak tulis pasal Beauty Umaira.

Cucur Udang Makaroni

Dah masuk bulan Ogos ye.......cepatnya masa berlalu, pejam celik dah hampir 2 tahun aku di Sabah. Tak lama lagi bulan Ramadhan pula. Kena siap2 untuk raya pula. Tahun ni aku rasa nak buat biskut raya, tahun lepas tak buat langsung, semua 'biskut tunjuk' je.

Ok, tajuk entry kali ni simple je. Kat rumah aku ni sentiasa ada makaroni sebab si Aziz suka makan. Masa surf internet, aku cari resepi roti makaroni tapi terjumpa pula cucur udang ni kat fotopages Mamafami. Sedap.....selalunya cucur ikan bilis dan udang je, bosan kan?


Senang je nak buat, takyah pening2 nak bahan yang pelik2.

Udang kopek kulit (ikut suka ler banyak mana korang nak)
Makaroni yang telah di rebus dan toskan airnya.
Tepung gandum
Bawang potong dadu (ikut suka)
Sayur apa2 aje (Mamafami guna kucai kalau tak silap) aku tak guna sayur sebab takde. Lagipun anak aku susah nak makan sayur.

Cara2nya seperti biasa, gaulkan semua bahan dalam bekas. Letak garam dan air. Aku cadangkan tepung jangan banyak sebab yang aku buat tu, letak sikit je. Janji makaroni melekat. Lepas tu panaskan minyak dalam kuali dan goreng seperti biasa hingga warna keemasan baru angkat. Kalau nak lebih detail, boleh la melawat fotopages Mamafami.