my best friend forever

iklan nuff

banner

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sila godek

Memuatkan ...

Bola vs Mari Menari

Salam Sejahtera....

Tahniah Kelantan kerana memenangi piala pada tahun ni. Tak sia-sia penyokong yang datang dari jauh untuk menyaksikan pertandingan sengit dengan Negeri Sembilan.

Akak tak tengok malam tadi walaupun di gesa anak supaya menyokong Kelantan. Bukan tak minat tapi akak lebih suka menonton Mari Menari, walaupun ramai yang kata rancangan tu tak menarik, membosankan, rancangan paling teruk la........tak kesah....bukan apa, saje nak seronok2. Tengok orang menari ni kekadang kelakar pun ada. Paling penting akak nak tengok Zulhuzaimi yang handsome tu.....hehe.....kalau takde dia, besar kemungkinan akak tinggalkan MM tu....

Cerita pasal bola, lelaki dua orang dalam rumah ni, siap pakai baju merah juga untuk merasakan kehangatan yang sama seperti dalam stadium. Walaupun jauh beribu batu dari stadium, mereka tetap bersemangat menontonnya. Anak beranak baju merah, siap selongkar almari cari baju. Lucunya bila anak akak suruh beli tiket balik KL hari tu jugak. Aduhai, dia ingat murah agaknya.....budak2....mana la dia tau, nak seronok je!!

Paling best masa dalam kereta petang sebelum perlawanan kami bertiga meneka berapa gol akan dijaringkan. Akak kata 2-1, anak kata 4-1 dan suami kalau tak silap 3-1. Tapi akak tak kata pasukan mana yang akan menang, cuma menjangkakan kemenangan 2 berbalas 1. Akhirnya tekaan akak tepat. Maka riuh rendah la malam tadi dalam rumah akak walaupun hanya tiga umat. Nasib baik takde orang kena belanja akak, kalau tak dah kena tuntut hari ni......

Tahniah Kelantan!!

Kek Lobak Merah Nenas

Salam semua......
Kek lagi? apa nak buat? dah takde keroje, otak ni mikir nak makan je. Akak memang suka kek lobak dan saje je buat nak bagi anak makan sayur. Kalau nak suruh dia makan sayur macam tu aje, jangan haraplah.......sampai bila2 pun tak makan. Kenapa eh bebudak sekarang susah nak makan sayur? Pada hal dari kecil lagi dah cuba bagi makan sayur campur dalam bubur nasi. Jangankan sayur, bubur tu pun dia tak makan, muntah ada ler.......

Kek ni akak buat tak ikut macam dalam buku resepi. Asal resepi dari buku Alex Goh, American Carrot Cake tapi akak ubahsuai dengan sebab bahan yang diperlukan tak ada. Tekak nak makan, mana boleh tunggu, ye tak?

Resepi asal guna kacang walnut tapi akak ganti dengan nenas, kulit kayu manis akak tak guna.

Bahan2:-
A
3 biji telur
150 gm susu
300 gm gula
1/2 sudu teh garam
B
180 gm minyak sayuran
1 sudu teh esen vanila
C
280 gm tepung biasa
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk soda bikabonat
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis (kalau nak guna)
D
200 gm lobak merah dihiris (akak tak hiris, parut je....takut anak nampak dia tak makan)
120 gm kacang walnut di cincang (akak ganti dgn nenas)

Cara membuatnya:-

Pukul bahan A hingga pekat.
Tambah B dan pukul lagi hingga sebati.
Ayakkan C dan gaulkan kedalam adunan hingga rata.
Masukkan D dan sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 9x9 (dlm buku 30 x 23 cm) yang di gris dan alas kertas.
Bakar pada suhu 180C selama 30-45 minit.

Untuk topping akak tak ikut macam dalam buku. Ikut suka hati sendiri je.........putar krim yang di campur dengan blueberry, balance dulu punya ada sikit dalam bekas.

Note: akak rasa sedap lagi takde kekacang dalam kek ni, tekak akak la!!


Kuih Keria Labu

Assalammualaikum para pembaca blog akak.......(tukar la pulak gantinama 'aku') Sebenarnya entry ni dah tulis dari semalam tapi bila nak upload gambar, tetiba gambar kat dalam laptop pulak. Jadi, terpaksalah ubah sikit entry semalam.

Akak paling suka hari Isnin hingga Khamis sebab ada cerita di tv yang akak follow. Boring kan hidup surirumah yang macam ni? Macam takde matlamat je.......tapi itu kata orang yang tak suka jadi surirumah sepenuh masa. Kadang kala akak pun boring juga. Nak cari sesuatu yang boleh mengisi masa lapang macam kawan2 di alam maya ni, dah ada business sendiri seperti buat kek dan lain2.

Che abe ada juga suruh kursus buat kek dengan kawan tapi masa tak mengizinkan pula. Selain drp tu, suruh akak tulis skrip, ada ke patut akak jadi penulis? Layak ke? Kata dia, kalau suka sangat berblog, tulis itu ini, cuba2lah buat skrip drama ke.......hehe....tak yakin akak. Kalau tulis resepi....haaa..memang rajin. Ni nak tulis resepi kuih keria, buat beberapa hari lepas.

Labu yang di buang kulit, rebus dan lecek
Tepung gandum (kali ni tak campur dgn tpg beras, biasanya kalau keria keledek, campur tpg beras sikit)
Gula untuk menyira
Dah campur semua bahan, uli bentuk macam tayar tu. Orang kata letak sikit minyak kat jari, baru senang nak membentuk kuih. Masa akak buat hari tu, memang leceh la.......melekit2....tapi sebab nak makan punya pasal, tak kesah la!


setengah biji labu tak habis buat kuih keria, akak buat cekodok pulak, rasanya lebih sedap dari cekodok pisang...

Laksam

Salam Sejahtera....

 Jom kita makan LAKSAM!!

Aku suka sangat laksam. Masa aku kerja dulu, kerap beli laksam untuk bekalan. Kalau di kantin ada laksam, tak lepas peluang, aku mesti nak juga.

Sebelum ni kalau buat laksam, aku guna laksa beras sebab aku tak pandai buat laksam yang macam kueteau tu. Pernah sekali aku buat......tapi......segan nak cerita....ada ke patut aku bakar atas kuali leper laksam tu. Aku memang mati2 ingat macam goreng lempeng. Patut la keras kejong, sekali tu je aku buat.

Bila selalu melepak kat myresipi, tertengok la resepi laksam kat sana. Rupanya laksam ni di kukus......haha....bodohnya aku. Tak terfikir langsung masa mula2 buat dulu benda ni patut di kukus atau di goreng.

Sekarang aku dah boleh buat laksam tapi masih belum memuaskan hati lagi. Tapi bila adunan hampir habis, aku tambah air, cuba tengok macamana rupa bila lepas kukus. Barulah cantik laksam ku. Aku ni kalau buat apa2 kuih atau masak lauk tiru dari resepi orang, memang aku tiru bulat2 dan tak ubah sukatan. Kalau kali pertama buat tak jadi atau tak puas hati, kali kedua buat barulah aku ubah sedikit.

Resepi ku ambil dari yani, terima kasih ye!!

3 cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4 cwn air suam

untuk kuah laksam
Ikan di rebus dan buang tulang (aku rebus dgn asam keping, airnya boleh guna utk kuah)
Sedikit halia
sedikit bwg putih
sedikit bwg merah
sedikit lada hitam/serbuk lada hitam
santan
Asam keping
garam
sedikit gula merah

untuk ulaman
timun, kcg panjang, taugeh, daun kesum

untuk sambal
cili merah
belacan
garam
limau

Cara2 membuatnya:
Untuk laksam, gaulkan semua bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak untuk elakkan dari melekat. Ambil sedikit adunan dan letakkan atas tudung periuk. Kukus hingga masak (sekejap je dah masak)
Bila dah masak, keluarkan dari kukusan. Biar sekejap sebelum di gulung, supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Ulang sampai habis.
Untuk kuah:
Kisar ikan bersama halia, bwg putih, bwg merahl, lada hitam.
Masuk dalam periuk bersama santan, asam keping, garam dan gula.
Masak hingga pekat.

Tumbuk cili merah, belacan, garam dan perah limau untuk sambal laksam.
Ulam-ulaman semua di potong halus2. Tabur atas laksam ketika hendak di makan.

LONTONG GORENG

Salam Sejahtera....






 sekarang ni kamera ku ada masalah sikit, ni guna kamera hp, kalau takde hp.......mati kutu aku....

Lontong goreng ni aku ambil resepi dari myresipi dan kredit to kak fida. Aku tokok tambah sikit drp asal...

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • sepinggan lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah didadu kasar2
  • 1 senduk cili kisar(lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 1 hiris halia kisar
  • 200 g daging/ayam cincang
  • 200 g udang hidup - kupas kulit
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb kicap manis
  • daun sop,daun bawang - hiris
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 2-4 biji telur
  • minyak masak utk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging /ayam cincang dan udang dan gaul rata dan masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap.Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
  2. Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
  3. Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dgn daun sop,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.

note: aku tambah tahu kering (apa nama tahu yg selalu letak dlm mi kari tu?) , cili padi dihiris2 dan tabur, ayam pula aku rebus dulu, kemudian dicurah kicap dan goreng sekejap. potong sama besar dgn lontong dan gaul sama.

Bahana rabun dekat!!

Salam Sejahtera....

Korang kalau kat rumah pakai spec tak kalau buat kerja? Maksudnya kerja2 seperti menyapu, sidai kain, membasuh dan lain2 lagi. Membaca, memang wajib la pakai spec kan, kalau tak sampai ke esok pagi tak habis2 satu muka suratkhabar.

Aku ni kalau makan, tak suka pakai spec. Walaupun kekadang mata ku kabur tengok tulang ikan. Rasa rimas dan lemas pakai spec ni, melekap je kat muka. Mungkin sebab aku mula pakai spec selepas berkahwin, bukan dari bujang dulu2. Jadi lebih banyak tak selesanya.

Mataku ni tak rabun sangat kalau benda jauh. Aku cuma rabun dekat je....hehe...rabun orang tua la katakan! Maka terjadilah kisah ni ketika aku didapur menyediakan hidangan untuk makan malam kami sekeluarga.

Aku kedapur, kalau tak silap nak masak lemak ikan ke hape, dah lupa, santan dah keluarkan awal. Senang nak masak kalau santan dah lembut (santan beli dah siap). Sementara benda tu terbiar kat dapur, aku sambil buat kerja lain.
Bila nak masak, aku nampak ada sampah dalam santan, warna hitam kelabu, macam daun dah layu gitu. Aku selamba je ambik keluarkan dari santan. Alah....kalau setakat daun kering macam tu, apa salahnya aku guna santan tu. Aku buang dalam singki dan tuang santan dalam periuk (belum masak lagi ni)

Bila aku kembali ke singki dan buka air, 'benda' tadi tu tak boleh lepas dari tapis singki. Jadi aku korek dengan tangan dan tengok dekat, apa kebenda ni? Ya Allah!!
 ???????
??????
?????
????
???
?


Binatang ni yang aku pegang tadi rupanya?? Selama ni punyalah gigil nak pegang cicak, tiba2 tadi selamba je aku pegang dan letak dalam singki. Geli geleman aku dibuatnya. Inilah bahana tak pakai spec........cepat2 aku buang santan tadi. Nasib baik tak 'terlanjur' memasak, kalau tak.......kami makan masak lemak bersantankan cicak......uwekkk!!

Jadi, sesiapa yang sedar diri dia rabun tu, tolonglah pakai spec senantiasa......

TERATAI nan indah....


TERATAI BUNGA INDAH!!!

Setiap kali pergi jogging area pantai Tanjung Aru (bukan le jogging sangat, jalan2 dating dengan che abe je...) aku berdua selalu berhenti di sekitar kolam situ. Menatap bunga2 teratai yang kembang, putih melepak di tengah2 kolam. Cantiknya......tak jemu mata memandang. Nak di ambil tak tercapai tangan.......untungnya hidupan yang ada sekeliling teratai tu.

Bila sebut teratai, aku mesti teringat che abe aku tu. Suka sangat lagu Teratai nyanyian Pakcik Ramli Sarip, suara jantan yang serak2 basah. Dulu2 tak seserak sekarang suara dia. Tapi, serak2 pun pengikut dia dari budak2 sampai ke orang tua kan?


Dua minggu lepas kami tiga beranak sempat berkaraoke (seumur hidup aku, baru ni la aku gi masuk bilik karaoke pastu nyanyi pulak tu....) di sebuah shopping complex. Setengah jam RM10, mahal ye? Tempatnya selesa juga, boleh baring2 lagi. Dalam fikiran ku, agaknya macam ni la keadaan mereka2 yang kerja sebagai GRO atau kata lain yang lebih sopan 'teman tapi mesra'. Sambil nyanyi, ada minum2 dan buat 'kerja' lain sikit2. Jadi, kalau sesiapa yang nak benarkan suami masing2 pergi seronok2 berkaraoke dengan kawan2 sepejabat, aku rasa baik pastikan tempat tu sesuai untuk kita. Elok isteri ikut sama atau bawa anak-anak sekali.

Bukanlah aku kata tempat berkaraoke ni tak bagus. Bagus untuk famili dan kawan2 sekali sekala lepas tension kat pejabat atau surirumah yang penat melayan anak dan suami. Cuma dengan keadaannya yang berbilik, dikunci dari dalam, tutup lampu (pasti gelap kan?) Tapi kalau nak buat benda tak elok, tak semestinya masa berkaraoke je......cuma bayangkan kalau pasangan kekasih? tak ke haru jadinya....pasangan suami isteri ok la.....tapi kena pastikan bawa sijil nikah anda. Nanti tak pasal2 kena dakwa berkhalwat, dah pernah terjadi kes ni.

pilih lagu nak nyanyi, semua lagu rancak......walaupun ustaz, layan rock kapak che abe aku ni....

hehe....nak jugak tu nyanyi walaupun tak terikut wording kat skrin sebab lagu rock Spider....
bininya mana eh....hehe...kat belakang tabir je, nyanyi pun sekadar backup singer!

Salam Satu Malaysia!

Salam Satu Malaysia! wah.....tak pernah2 aku guna ayat ni, tetiba pulak keluar satu Malaysia. Ada orang dalam rumah aku ni paling tak suka 'ayat' tuh! Aku? aku peduli hape kalau media elektronik nak guna 'ayat' tu sebab bagi aku macam takde maknanya. Kalau orang bagi salam, 'assalammualaikum', kita boleh jawab.....'waalaikummussalam'.....tapi kalau macam ayat kat atas tu?

Alamak, kang ada pulak orang marah kalau aku komen lebih2. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang di utamakan katanya, kita ada hak 'bersuara' dengan apa cara sekali pun. Samada dengan menulis, berhujah depan orang, gunakan rakaman atau apa saja. Asalkan tidak menyinggung hati mana2 pihak.

Aku pun kurang setuju penggunaan 'ayat' tu sejak mula lagi. Rasa macam pelik je......kalau 'Salam Sejahtera' digunakan, aku memang setuju sangat la....ada juga maknanya. Masa mula2 aku dengar dulu, telinga aku ni rasa janggal je.....che abe kat sebelah jangan cakap la.....membebel tak puas hati. Bagi para pengacara tv, dj radio dan seumpamanya terpaksa ikut saja apa yang di saran oleh pihak atasan. Tak ikut, dikata membantah pula, betul tak?

Apa aku membebel ni? Benda dah basi baru nak tulis, nak buat macam mana, baru teringat!

Semakin tua...

Salam Sejahtera....

Syukur ke hadrat ilahi kerana melanjutkan usia ku sehingga kini aku bernafas, mampu menyedut udara nyaman di bumi Allah ini. Aku masih boleh menghidangkan juadah untuk mereka2 yang ku kasihi. Aku masih mampu melakukan apa yang aku sukai. Paling penting, aku masih boleh membebel kat anak dan suami ku tentang cawan bersepah atas meja lepas minum, kain baju berlonggok sana sini dan bla...bla..bla....hehe...

Alhamdulillah aku masih boleh menadah tangan memohon ampun kepada Dia yang Satu. Takkan ku lepaskan peluang ini untuk meminta segala yang terbaik untuk keluarga ku dan seluruh umat Islam amnya. Terlalu banyak yang aku minta, kadang kala terasa malu pula kerana sedikit sangat ibadat ku terhadapNya. Tapi....aku tahu, Dia maha pengasih lagi penyayang, maha pengampun dan maha mengetahui.

Ada yang ku minta, belum pernah tertunai. Mungkin ada hikmah disebaliknya dan aku sedar......tidak semua didunia ini akan kita perolehi. Dia lebih mengetahui segalanya. Aku redha dan pasrah....sering bermain di fikiran ku, inilah takdir namanya. Mungkin tiada yang memahami perasaan ku tapi.......hanya Dia yang tahu....Dia yang menentukan, mahu atau tidak, suka atau duka, hidup atau mati, sayang atau benci.....aku hanya mampu menadah tangan, memohon lindungi aku dari segala godaan syaitan......tabahkan hati menempuh dugaan hidup yang hanya pinjaman ini.

Berseloka pulak ye? Hari lahir aku ni, biasa2 je sambutannya, keluar makan malam dan lepak2 kat rumah. Dah semakin tua ni, malas nak seronok2 sangat cuma gembira kerana dipanjangkan usia dalam keadaan yang lebih baik dari mereka yang kurang bernasib baik di luar sana. Kemudian hari nanti, tak tau pula nasib ku bagaimana. Bila fikir hari tua, macam2 terbayang di fikiran. Ada tak orang sayang pada ku lagi? Ada tak anak yang akan pimpin ku jika keluar makan di restoran? Siapa yang akan membela ku ketika aku sakit? Entah la.......tak tercapai akal ku!!

Untuk kawan2 yang telah mengucapkan selamat hari lahir, terima kasih banyak2. Aku rasa tahun ni paling ramai wish kat aku di facebook. Kamulah teman2 ku ketika kesunyian dan aku sayang kamu semua!!!

BROWNIES CHEESE KUKUS

Salam Sejahtera....

Brownies Cheese Kukus ni aku buat sehari sebelum birthday ku. Resepi dari member di fb (Nurul Anis Suraya) sumber dari mana tak pasti pula. Akak copy paste dari fb Anis ye.....

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 4 oz coklat masakan
  • 4 tbsp / 2 oz butter
  • 1 tbsp corn syrup (sy gune golden syrup.lgsg tanak gune pun xper)
  • 2 tsp vanilla
  • 1/4 cawan susu segar (panaskan skejap)
  • 2 biji telur grade A
** Adunan mestilah dibuat 2 adunan (doublekan sukatan kat atas tu), kalau tak nanti lapisan coklatnya sikit sgt..tak puas nak melayer brownies dan nanti tak cantik lak

ADUNAN INTI CHEESE


  • 250g cream cheese

  • 60g gula castor

  • 1 biji telur gred A

  • 25ml air


  • CARA MEMBUATNYA

    untuk adunan coklatnya

  • Cairkan coklat masakan dan butter secara double boiler

  • Pukul gula dan telur sampai agak kembang

  • Masukkan pula vanilla, corn syrup, coklat,butter cair dan susu.

  • last skali, masukkan tepung, bikarbonat dan baking powder.gaul sebati


  • untuk inti cheese nyer

  • campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang

  • kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek)


  • Cara Masaknya/melapis

  • masukkan separuh adunan coklat dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit

  • masukkan pula inti cheese tu..dan kukus selama 15 minit lg

  • masukkan baki adunan coklat dan kukus selama 20 minit..

  • edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil,pastu kukus dgn api besar 




  • Terima kasih Anis kerana resepi yang sedap ni!!!

    Apam Balik Coklat Chip

    Salam Sejahtera....

    Terlebih dulu aku nak ucap takziah pada keluarga mereka yang terkorban di lebuhraya baru2 ni. Aku tumpang sedih walau hanya membaca di suratkhabar dan melihat video2 di internet. Malang tak berbau jadi sebelum melangkah kemana2, seeloknya kita baca apa yang sepatutnya. Selepas itu apa terjadi, kita serah padaNya.


    Balik pada tajuk di atas, aku selalu buat apam balik guna resepi dari myresepi dan aku lupa siapa punya aku salin. Tak kisah la, mudah2an dapat pahala kongsi dengan kawan2.






    Resepi apam balik ni sama je, cuma aku tambah coklat chip sebabnya.........masa bancuh tepung hari tu, aku tengok ada jagung tin dalam peti ais. Bila nak guna, basi la pulak!! fikir punya fikir.....ada coklat chip lebih buat biskut hari tu, aku tabur atas apam balik.


    Sedap juga sesekali ubah suai resepi........

    jogging tanpa rela!!

    Salam Sejahtera....

    Ni entry masa hari jumaat lepas, bangun pagi je, anak aku ni terus ajak jogging. Angin apa tah.....tetiba nak pergi jogging. Agaknya sebab minggu ni minggu sukan sekolah dia, tu yang bersemangat tu.

    Tempat jogging bukannya dekat rumah, ada la berkilo2 meter jauhnya. Nakkan tempat best, selesa dan ramai orang kononnya. Kat area rumah kami tak best, rumput panjang, pemandangan pun boring. Sekali sekala boleh la jogging tempat yang jauh sikit. Sebabnya, lepas jogging tu kita nak melantak la pulak dan kedai makan tu dekat je dengan tempat jogging. Bagus tak? dah keluar peluh, melepak pulak sambil makan mee goreng mamak, roti canai dan lain2.


    Lepas jalan2 (tak larat nak lari macam anak dgn bapak tu) aku pijak batu kat situ. Dah lama tak pijak benda ni, kat rumah cuma ada mesin urut. Rasanya macam puas kalau dapat pijak batu.

    Sambil jalan2, sempat aku snap gambar bunga2 ni, cantik2 pada pandangan mata ku sebab aku jarang tengok bunga raya warna pink.







    Roti Jala dgn Daging Gulai Kawah

    Salam Sejahtera....

    Jemu makan nasi? Kali ni aku nak makan simple je........kami memang tak makan tengahari kalau hari sekolah sebab sebelah pagi dah makan makanan yang berat. Jadi, masa memasak ku dalam pukul 4 ptg (sebelum tu melepak depan tv, ngadap cerita Filiphine), macam tu la aktiviti ku setiap hari. Tapi bukan duduk sesaje, tangan kena juga buat kerja. Lipat kain ke.....kopek bawang ke.....salin resepi ke...hehe...

    Aku nak tayang roti jala spesis hijau kali ni. Biasa aku buat kaler kuning. Takde la pandai sangat 'menjala' roti ni, letih tau.......dah la dapur rumah ni tinggi kedudukannya. Aku buat untuk 3 orang makan je.....

    ROTI JALA (myresipi...oleh herdawaty-abuothman)

    3 cawan tepung gandum
    2 1/2 camca besar minyak masak
    pewarna kuning/hijau
    1 biji telur
    2 1/2 cawan santan/air/susu segar (aku guna susu cair, lagi lembut)

    Cara2nya macam biasalah, campurkan semua bahan2 di atas tu. Nak senang masuk blender je!
    Lepas tu kirai atas kuali leper. Kena cari acuan kalau takde, tak mahal, dlm RM2 saje.



    DAGING GULAI KAWAH

    Daging lembu (ikut suka banyak mana nak masak)
    Rempah gulai kawah (yang ni aku beli kat Kelantan)
    Bawang besar (kisar)
    Sedikit halia
    Sedikit lengkuas
    Air rebusan daging
    2 biji kentang
    Asam keping
    Santan

    Cara memasak seperti masak kari biasa, lebih elok masak dengan cara mereneh atas api kecil.





    Kuih Som Som

    Salam Sejahtera....


    Sebenarnya aku save gambar kuih som som ni tapi aku lupa nak tulis resepinya. Bagi teman2 yang datang tadi, sorry la ye......akak terlepas pandang pulak.


    2 cawan tepung beras
    4 cawan santan
    gula melaka untuk sirap
    pewarna hijau pandan

    Gaul tepung beras dengan santan atas api yang sederhana hingga likat atau pekat.
    Masukkan dalam bekas kecil supaya senang nak simpan dalam peti ais atau bila nak makan, tinggal ambil je.
    Aku masukkan kuah bila kuih dah sejuk.


    Ayam Gulai Padang

    Salam Sejahtera....

    Angin rajin memasak sudah datang.......resepi aku ambil dari majalah Keluarga Sri Dewi. Tapi aku ubahsuai sedikit ikut selera ku.

    Ayam Gulai Padang

    Ayam dipotong 6 ketul (keluarga kecil cukup la 6 ketul)
    1 labu bawang besar
    3/4 biji bawang merah
    2 sudu makan cili kering yg di kisar
    2 ulas bawang putih
    3 biji buah keras
    1 batang serai (ikut resepi asal serai di kisar tapi aku titik je)
    sedikit halia
    sedikit lengkuas
    Santan kelapa (aku guna susu cair, walaupun orang kata santan lebih sedap)
    Asam jawa
    Garam

    Cara memasak:

    Ayam di potong kecil.
    Tumis semua bahan kisar hingga halus.
    Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan ayam.
    Kemudian masukkan santan atau susu cair.
    Bila ayam dah masak, masukkan asam jawa dan garam.

    Salad Jagong

    Salam Sejahtera....

    Resepi ni aku buat masa sedang menonton tv, tak ingat rancangan apa.....tv1 rasanya....simple dan sesuai untuk orang nak diet. Tapi diet ke kalau dah ada mayonis bagai? Tak kisah la, bukan selalu nak melantak benda ni kan?



    Senang je......
    1 tin jagung (jgn guna krim style pulak)
    Mayonis
    Sedikit gula
    Garam
    Bawang besar potong dadu (bawang kuning)
    Timun potong dadu

    Gaulkan semua bahan2 ni dan boleh makan begitu saja (kalau suka) atau hidangkan bersama roti keping atau bulat sebagai sarapan pagi.

    Si Comel tak bernama!

    Salam Sejahtera....

    Kalau jumpa kucing memang aku tak lepaskan peluang ambil gambar. Siaplah dia jadi mangsa ku. Tambah pula kalau yang masih kecil, tengah cute. Berlari sana, berlari sini, panjat sana, panjat sini......aku suka sangat tengok keletah kucing2 ni.

    Balik rumah kakak (masa cuti sekolah awal tahun), sempat snap gambar kucing adik ku yang nak di beri pada kakak. Umur dalam 2 bulan gitu, masih menyusu mak dia. Tapi, bila aku balik baru2 ni, dah dihantar balik kerumah adik. Katanya nampak macam layu  tak bermaya, mungkin dia nak mak dia kot.

    Saje je buka mata sebelah, dia tau kita ambik gambar dia......manja dan mengada2 pulak tu.


    Dengan mata yang ceme sebelah tu, still cute lagi! Misai panjang berjuntai, mata biru (klon dr mana tah). Kalau la orang bujang, dah ramai tergila2 ni.....hehe...


    Entah macamana rupa dia sekarang. Nama pun aku tak tau sebab masa jumpa dulu, belum bernama lagi. Kiranya belum daftar kat JPN la ni.........


    nota aku: hajatt hati nak bela kucing
                   apakan daya tidak tercapai
                   kata hubby itu tak penting
                   balik kampung, takde sape nak belai.....huhu...

    Simpang Mengayau kali ke 2

    Salam Sejahtera....

    Ini adalah entry ku yang tertunggak ketika kami bercuti di Kudat, sambil melawat atau berhariraya dengan teman abe. Masa tu budak tahun 1 cuti sempena upsr, jadi kami ambil kesempatan bermalam di Marina Resort Hotel. Ikut rate kerajaan tak mahal sangat, dalam seratus ke atas. Ok la....selesa untuk kami tiga beranak.

    Cuaca masa tu panas terik. Kawan en. abe pulak tak cuti, laki bini kerja. Jadi kami pun round pekan Kudat (tak turun pun) Check in hotel dalam pukul 1 tengahari. Masa masih panjang nak tunggu ke petang. Lepaskan lelah dengan tidor je.....huhu....jauh2 datang, melepak kat hotel la pulak!

    Petang.......takde aktiviti lain, kami pergi sendiri ke Simpang Mengayau. Ini kali ke dua kami ke sana. Sebelum ni follow orang, kali ni kami main redah sendiri. Berpandu pada signboard, sampai jugak. Walaupun sebelum tu macam salah jalan je......nasib baik siang!

    Sebenarnya kalau nak datang Simpang Mengayau ni, baik datang belah petang, matahari nak terbenam. Lebih cantik dan tak panas sangat. Kali ni aku tengok airnya macam cetek je, boleh nampak dasar.


     Bergaya sakan budak ni.......saje bawa beg merah tu, konon2nya pelancong....

    Ibu dia nak jugak enterprem kan......walaupun dah kertu dan ada pulak tak sayang mulut kata aku ni gemok? Gemok sangat ke? haha....memang la pun, aku pun naik rimas tapi nak buat macamana? dah nasib aku dapat laki yang suka ajak keluar makan. So....redha je la......alhamdulillah yang penting aku sihat.

    Cantik kan pemandangan kat sini, dah macam kat luar negeri.....hehe...tak dapat keluar negeri, gambar dalam negeri pun menarik juga. Cuma orang dalam gambar je yang mengganggu pemandangan tu. Tak kisah la kalau korang sakit mata, bukan selalu aku tayang muka kat sini!
    Keletihan naik bukit, turun bukit!!
    Hari nak hampir senja.....pemandangan disini tambah menarik walaupun terik matahari masih lagi terasa panas!








    Laksa JOHOR

    Salam Sejahtera....

    Asal ngadap komputer je, mata mulalah layu nak tidor. Kalau tidak, terjegil mata ni tengok tv sampai pukul 1 atau 2 pagi. Kekadang membazir terbiar macam tu..........ntah la...dah beberapa hari ni asyik tergendala je aku nak update blog.

    Ingat nak update kisah aku dan famili ke Kudat masa cuti upsr hari tu. Tapi, biarlah dulu. Aku nak update Laksa Johor yang aku buat baru2 ni. Sebenarnya aku selalu buat tapi aku malas nak tulis dalam blog. Bukan kedekut nak bagi resepi. Alah...apa la sangat resepi aku tu....ramai lagi orang lain masak lebih sedap dari aku. Bagaimanapun aku tulis di sini untuk Seri....mummyalyssa.blogspot.com/  sukatannya, agak2 la sendiri ye!!


    5/6 ekor ikan kembong yang besar (ikan yg selalu buat laksa penang tu pun boleh)
    Asam keping 3/4 keping
    4/5 batang serai
    Sedikit lengkuas
    Udang kering dlm segenggam
    Bawang merah besar
    Cili kering (mesin lebih kurang 4/5 sudu, ikut suka nak pedas ke tak)
    Rempah kari ikan (biasa guna Adabi)
    Kerisek (dlm 2/3 sudu)
    Santan dalam 1/2 kilo (kalau tak cukup, tambah la ye)

    Ikan di rebus dengan asam keping. Airnya jangan di buang, boleh campur dalam kuah atau ketika nak blend isi ikan. Kemudian asingkan tulang dan isi ikan.


    Mesinkan serai, bawang, udang kering, cili, lengkuas dan tumis bersama rempah kari. Kecilkan api, biar tumisan lama sedikit hingga betul2 masak. Baru masukkan ikan yang dah di mesin tadi bersama air rebusan.
    Kemudian masukkan santan, kerisek, garam dan gula.


    Biasanya kalau masak kuah laksa ni, aku reneh atas dapur lama sedikit. Orang lain aku tak tau la.....


    Bahan untuk ulam2an tu, macam biasa.
    Timun (potong bulat2, kalau orang Johor....tak sah kalau tak bulat, buang isi dalamnya)
    Daun kesom di hiris halus.
    Bunga kantan di hiris.
    Taugeh (biar mentah.....elok buang ekor, kang tak selera pulak)
    Bawang besar hiris halus2.
    Limau kasturi untuk perah bila nak makan (aku tak suka perah limau, makan apa pun)
    Sambal belacan (yang ni wajib ada, penambat selera......takyah ajar la....mesti tau punya)

     Spagetti jangan lupa pulak......


    hehe....gambar tak cun....tapi rasa memang sodap!! cuba belek kat gambar aku kali ni, ada apa ek?
    Puan Zana sekarang dah ada watermark selepas berbulan mengorder dari Jiya. Terima kasih ye Jiya.....akak suka watermark tu.....kalau boring, nanti akak tempah lain....hehe..