my best friend forever

iklan nuff

banner

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sila godek

Memuatkan ...

jalan-jalan Munok!

Salam Sejahtera....

Selepas jalan2 di Pontian dan JB, kami balik semula ke KL. Seminggu selepas tu, kami ke JB semula kerana ada majlis perkahwinan adik hubby ku, kali ni pihak lelaki pula. Rasanya tak perlu aku ceritakan lebih detail sebab takde yang lain dari lain. Cuma ketika pulang dari majlis tu, kami ke Bandar Tenggara, rumah anak kepada kawan mak mertua ku. Mulanya rasa berat hati nak kesana tapi memandangkan dia beriya2 mengajak dan mertua pula kata pergi sekejap, ikutkan je la..........huhu......dua jam kami kepanasan dalam kereta. Bukan apa, kepanasan kerana 'memikirkan' nak balik semula ke JB, betapa jauhnya. Esok nak balik Kelantan pula. Bagaimanapun kerana kami konvoi tiga kereta, tak terasa bosan. Sempat bersms sesama kami.

Ok, ni perjalanan kami ketika ke Munok, pertama kali dalam hidup aku menyeberang sungai untuk kenegara sebelah......hehe....lucu pulak. Tak perlu passport, tak perlu tunjuk IC. Bayar RM1, dah sampai. Air sungai dia boleh tahan juga, nampak deras. Kalaulah ada buaya, huhu......

Pergi sana bukannya apa, saje nak tengok apa yang murah. Ada la jersey murah2, kasut dan lain2. Tapi aku tak reti nak beli, mungkin sebab suasana yang tak biasa. Dengan selut dan becak kerana hujan beberapa hari. Seluar memang kena lipat ler........kalau tak.....bawa balik lumpur.

 Teruk......kan? kami redah juga, alang2 dah sampai.
Bot yang kami naik (boleh panggil bot ke?), menggigil jugak lutut aku masa ni, risau kalau terbalik ke......dengan takde safety jacket......
Akhirnya, aku bawa balik lumpur je.........barang yang di beli tak seberapa, beli baju anak dan selipar jepun untuk che abe. Apa yang ku beli, cuma gula kabung/melaka......haha....datang jauh2 beli tu je.......apa nak buat? Otak ku buntu masa tu, kena pulak mereka2 ni nak kejarkan sembahyang jumaat. Mana sempat?

Jalan2 ke Rantau Panjang pula tak banyak ambil gambar, sebabnya.........hujan jugak! Nasib kami ler kali  ni.......sepanjang cuti mengalami musim hujan.

err....nak gi masak ni, nanti aku sambung lagi ye!

Pontian ke JB....

Salam Sejahtera....

sambungan perjalanan kami dari Pontian ke JB......

Selepas melawat muzium bugis, kami bertolak ke JB, cuaca cantik je.......kalau hujan, basahlah mak aku kat belakang tu. Bukan apa, kereta lama abah tu masuk air, getah pintu dah lama tak tukar. Tapi nasib baik sepanjang perjalanan, cuaca panas terik.

Kami terus menuju ke Ulu Tiram, rumah bapa saudara ku (satu2nya yang tinggal, adik arwah bapa ku). Ini kali kedua aku jumpa dia seumur hidup aku. Kalaulah aku tak cari dia, siapa lagi? Aku takut silaturrahim kami terputus sekiranya aku jarang melawat dia, dah la jarang telephone.

Tiba sana, kami makan tengahari. Sambil buka cerita lama satu persatu. Seronok aku dengar. Jauh beza dulu dan sekarang. Paling menyentuh hati ku bila pak andak kata, rupa ku sebiji macam adik dia yang meninggal ketika usia muda, belum kahwin lagi. Sayangnya aku tak dapat lihat wajahnya sebab tiada sekeping pun gambar dalam simpanan mereka. Kata pak andak ku, makcik ku itu pendiam orangnya, suka duduk di rumah menjahit dan tak suka bersosial. Aku rasa, ada sikit2 macam perangai aku.
Pak Andak ku yang sporting, penyayang dan sopan orangnya, begitu juga famili mereka.

hehe......belakang rumah pak andak ku memang cantik, boleh main kejar2 atau guling2 macam cerita hindustan, bersih je. Macam2 pokok ditanam, ciku, serai, terung, lada dan lain2. Walaupun rumah lama tapi aku tengok keliling rumah dia takde sampah sarap, sedap mata memandang.

Selepas kenyang isi perut dan sembang2, kami menuju ke Bandar Uda, rumah mak sepupu ku. Aku dan mak tidur di sana dan hubby serta anak ku tidur rumah nenek dia.
Oh ye, masa di Pontian kami menginap di Hotel Pontian, dekat dengan laut. Makan malam kami di Tanjung Piai dengan ikan bakar yang lain dari restoran biasa. Ada sambal dalam ikan. Tapi aku tak makan nasi sebab dah lewat 8.00 mlm, pantang aku tu.......kalau nak makan kena sebelum pukul 7.
Aku harap mak puas hati, seronok ketika bersama kami. Hanya itu yang mampu kami bawa mak, nak makan angin keluar negeri, ntah bila? InsyaAllah jika ada rezeki kami bawa mak lagi ye!

Nanti aku cerita ketika kami ke Rantau Panjang dan Munok pula.......

Melawat Muzium Bugis....sayangnya....



Salam Sejahtera....

Singgah di Pontian, kami melawat satu2nya tok saudara ku yang kurang sihat, sakit tua. Tahun ni dah dua kali aku melawat dia. Walaupun tak boleh bersuara, telinga dia masih boleh mendengar dan mata masih terang. Setiap kali kami datang, mesti dia menangis. Aku pun turut sedih kerana dulu2 masa aku kecil, rumah dialah tempat aku bertunggu tangga. Rumah tu pun dah tak macam dulu lagi. Dah renovate jadi moden pulak.

Gambar2 disini ketika kami membawa mak melawat Muzium Bugis di Pontian. Sebenarnya barang2 ini adalah pemberian percuma daripada mereka2 yang berketurunan bugis. Kononnya mak nak beri gambar arwah datoknya yang dulu Imam Besar Pontian tapi dia tertinggal pula di KL. Sayangnya muzium ini tak berjaga dengan elok. Katanya pernah di rompak oleh budak2 kawasan situ juga, ratus ribu rugi.
Setelah meninjau2 sekeliling muzium, akhirnya kami berjumpa juga dengan penjaganya. Rupanya muzium ini baru nak di pindahkan ke satu kawasan lain yang berdekatan. Lebih besar dan cantik agaknya. Jadi, barang2 yang kami tengok tadi hanya sebahagian saja. Banyak lagi di muzium yang baru sana tapi kami tak sempat pergi sebab nak terus ke JB. Lain kali la nampaknya.........bersambung.... 

Majlis berkhatan..

 ni kawan2 dia masa tadika dulu, sempat jumpa sekejap, akrab betul dia org ni....
Salam Sejahtera....

Selama balik kampung, masa memang terhad untuk menulis blog. Mana lagi anak nak bersunat. Haa....cakap pasal sunat ni, aku nak update tentang anak aku yang bersunat pada tarikh 28hb November lalu tanpa rela. Sebab apa tanpa rela? Dia memang belum mahu bersunat tapi memandangkan tubuh badan dia yang tinggi (orang kata dah macam tahun 4/5) kami tak kira dah perasaan dia tu. Bagaimanapun dia tak menangis. Selalu aku tekankan, lelaki jangan mudah menangis, jangan jadi macam anak perempuan.

Sebelum tiba masa 'keramat' tu, kami buat sedikit kenduri doa selamat kat rumah kakak ku. Bagi dia seronok2 makan dan minum sebab lepas tu dah kena berpantang pulak.
Mak ku masakkan pulut kuning dan nasi beriyani. Panggil saudara mara yang dekat je. Lepas kenduri, pukul 4 ptg terus bawa pergi klinik yang kami dah booking. Mahal juga bersunat ni, RMM150 kena bayar. Mungkin sebab cuti sekolah kot?

Masalah selesai dalam masa setengah jam. Terkengkang kengkang dia balik dengan kain pelikat. Terus duduk bawah meja yang kecil dan kain tu di tapekan atas meja. Sebenarnya tak perlu buat begitu sebab dia berkhatan cara clamp. Lepas seminggu doktor suruh datang balik untuk buka sarung tu. Masa nilah baru dia keluar air mata. Bendalah tu melekat kat kulit (ni bahana taknak dengar cakap doktor soh rendam dgn air suam tapi taknak buat) Terpaksa biarkan dulu sarung yang satu lagi. Kalau dalam masa dua hari tak tanggal, kena jumpa doktor.

Aku dan hubby serta mak aku dah plan nak ke JB. Tak kira dah dia kengkang ke tak, kena bawa jugak. Suruh tinggal dia taknak. Nanti aku sambung cerita ketika kami di hotel Pontian dan ke JB.....



hehe.....gambar bawah ni, ibu dan ayah pun nak enterframe jugak! sedondon tak?


AidilAdha kami di Sabah

Salam Sejahtera....

Ini entry ku yang tertunda ketika raya haji tempohari. Kami sekeluarga tak dapat pulang ke semenanjung pada hari raya itu jadi kami beraya di Sabah, rumah pakcik suami ku. Walaupun tak semeriah seperti biasa, kami tetap bersyukur kerana masih boleh menyambutnya dengan sempurna.

7.40 am kami bersembahyang sunat hari raya aidiladha di mesjid berdekatan dengan rumah pakcik. Tergesa2 juga ketika itu kerana tak sangka mesjid yang kami pergi tu, cepat pula waktu sembahyang raya. Dah la aku tak pernah masuk mesjid disitu, terkocoh2 aku dibuatnya.

Selesai sembahyang raya, kami pulang ke rumah pakcik dan mengisi perut dengan lontong, lemang, laksa penang dll. Aku buat kuah kacang je. Selebihnya makcik ku yang masak, yelah.......dia ada maid, senang sikit.

Dah kenyang, kami menuju ke tempat korban di mesjid berdekatan. Ada dua puluh ekor lebih lembu yang akan dikorbankan. Macam2 gaya aku tengok lembu yang diikat sebelum korban. Ada yang menggelupur lari sana sini, susah nak di ikat. Ada yang relax je........macam dah rela di korbankan. Ada yang tak henti2 makan sebelum sampai ajal. Paling aku suka tengok seekor lembu yang berdiri tegak, maintain je.........memerhatikan kawan2nya yang sudah di lapah. Agaknya dia memikirkan bila agaknya giliran dia?




Ini kali pertama aku menyaksikan penyembelihan beramai2 lembu korban. Biasa kat kampung tengok dua tiga ekor sembelih pun dah riuh rendah. Tapi kali ni mereka yang buat kerja macam professional je......budak2 pun join sama. Aku tengok dari jauh je, tak sanggup tengok darah dekat2. Lembu2 ni pun tak meraung macam kat kampung.
Selesai korban, kami bergegas pulang ke rumah kerana flight kami pada petang raya tu. Tiba di LCCT dah pukul 10 lebih. Malas nak minta sape2 datang ambil di airport sebab flight ke KB pagi esok. Kami melepak sekadar meregangkan badan yang letih di surau airport. Ini juga kali pertama aku mengalaminya. Abang ipar nak ambil tapi taknak menyusahkan dia, bukan dekat dari rumah dia tu, mau satu jam perjalanan. 

Tahun depan mungkin kami akan beraya haji lagi di Sabah dan kemungkinan besar juga akan menyambut hari raya puasa pula. Semuanya bergantung pada cuti sekolah. Walau bagaimanapun jauh kami berada, jika di izinkanNya, kami tetap akan pulang bertemu keluarga tercinta.

Catatan untuk Tina

Salam Sejahtera....

Apa khabar teman2 blog semua? Rindu nak menyelongkar dapur kawan2 tapi sejak balik kampung hari tu, masa dan kesihatan selalu tak mengizinkan. Sekarang ni baru ada masa sikit, itu pun selesema tak baik lagi. Musim hujan, biasalah........kena pula berjalan kesana kemari, kejap aircond kejap berpanas, apa lagi kepala pun naik pening.

Nak tau gambar siapa kat atas tu? Itulah saat paling gembira bagi aku bila dapat jumpa teman lama ketika kami bekerja dulu. Aku sekeluarga susah payah cari rumah dia yang terletak nun jauh di Sepang sana. Ada busines juga rupanya dia. Setelah hampir 6 tahun kami tak bertemu, sekali jumpa, macam2 nak cerita. Kena pulak kawan aku ni becok orangnya. Memang sesuai la dia buat 'homestay' kat rumah dia tu.

Aku tengok dia masih macam dulu, gempal dan tembam. Tapi sekarang saiz dia lebih kurang dengan aku je......pandai dia nyorok belakang aku masa ambil gambar hari tu, tersorok la segala lemak dia dan lelemak ku pula yang expose!!

Anak dia dah enam sekarang daripada yang ku tau dulu cuma dua orang. Hemm.....betapa tuanya kita sekarang ni ye Tina? Ingat tak dulu2 masa kat Tochigi? Korang terpaksa carry kak zana dengan basikal untuk kemana2 sebab kak zana tak pandai naik basikal. Dalam sepuluh orang perempuan, aku sorang je tak pandai bawa basikal. Pelik kan? Memang dari kecil aku tak biasa main lasak2. Main masak2 ada le........heheh...

Tina masih ingat Mr. Wang yang handsome tu? Dah jadi apa agaknya dia ye? Masa kita jumpa dulu, dia masih bujangan. Ingat tak masa dia bawa akak naik basikal? haha.....cikgu bahasa jepun pun carry akak tau....masa nak turun bukit tu, dia soh akak pelok dia.......ish...tak hingin akak walaupun dia dah berjasa pada akak. Agaknya dah bertongkat dia sekarang ni.....ataupun lebih nampak muda dari kita!!

Walaupun kita jauh, akak harap Tina tak lupa persahabatan kita. Sayang selalu dari kak zana.....

DIA dah pergi!!

Salam Sejahtera....

Akhirnya dia pergi jua.......
Tinggalkan kami dalam kesedihan
Sampainya hati 'makhluk' yang tidak berotak ini.....
Menamatkan riwayat makhluk yang tidak berdaya,
yang terkurung di dalam sangkar.....

Tak dapat ku bayangkan...
Betapa seksanya pemergian dia dengan sebegitu rupa..
Dalam kesakitan yang amat sangat
Menanggung pedih.......

Tuan yang bagaikan 'ibu'......tiada di sisi
Kalaulah 'ibu' ada....ibu akan pastikan ianya di lindungi...

Sedangkan aku berseronok dengan keluarga
Bernyanyi riang di lereng bukit
Ibarat drama hindustan....
Gambar sana, gambar sini.....

Dua tahun menyemai kasih
Kau ku anggap sebahagian dari keluarga ku
Kini kau aman 'disana'.......dan aku?
Hanya boleh memandang dari jendela
Kuburan mu bukan di laman ku
Tetapi di laman orang!

Sedihnya....