my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

signboard

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Maaf la teman2 semua, beberapa hari ni malas betul nak update blog. Macam takde cerita menarik nak di kongsi.
Tadi aku dan suami pergi Karamunsing sekejap, che abe nak beli printer. Tak silap aku, ni printer yang ke 4 atau 5. Bosan betul kalau printer buat hal. Semua kerja tergendala. Aku selalu print resepi je, kalau ok senang juga, tak payah nak menulis dalam buku masak aku yang dah 'kusam' tu. Apa taknya, kehulu kehilir aku bawa.

Sebenarnya takde apa yang menarik nak cerita hari ni. Cuma tadi, masa pusing2 cari parking kat sana, ternampak signboard ni........


OMG.....biasanya bermaksud 'oh my God'......yang ni lain pula maksudnya...Oh Menarik Gila!! boleh buat header blog tu!!

Satu lagi signboard yang kita orang jumpa masa pergi Munok dulu......tau tak apa maknanya?






Cheese Tart

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Apa khabar teman2 semua? Minggu lepas sibuk tak macam aku? Lima hari dirumah ku ada tetamu istimewa, mertua dan adik ipar ku dari KB datang bercuti di rumah ku. Sudah pasti aktiviti ku penuh kelima2 hari tu. Tapi entry kali ni aku update tentang masakan dulu. Bab jalan2 makan angin tu nanti kemudian aku story!!

Sebelum mereka datang, aku ada buat cheese tart seloyang, sebenarnya untuk sesaje makan tapi berlebihan pula. Resepi aku dapat dari diana.blogspot, kredit pada tuan punya blog kerana sedap sangat cheese tart ni. Sebelum ni, ada buat tapi aku lupa dah masuk blog ke belum dan sumber dari mana tak ingat dah!!

125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telor
1 biji telor merah
220 gm tepong gandum
1/2 sudu teh esen vanila
(bahan2 diatas adalah untuk pastri)
Uli semua bahan dan masukkan dalam plastik, simpan di peti ais selama satu jam.
Kemudian keluarkan dari peti dan bentukkan kedalam acuan tart. 
Bakar dengan suhu 175C.

Untuk filling
250 gm cream cheese
60 gm gula caster
20 gm butter
1 biji telor (B)
Blueberry filling

Guna mixer untuk membancuh cream cheese, gula, butter dan telor.
Setelah kulit tart separuh masak, sejukkan dulu.
Paipkan filling dalam tart (aku guna sudu je) dan hiaskan dengan blueberry jem atau strawberry jem.
Bakar sekali lagi tapi jangan lama (dlm 10 minit gitu), katanya tak boleh lama sebab filling akan merekah, tak cantik pula.


sebenarnya aku tak salin resepi ni bulat2 macam tuanpunya blog, aku ubah sendiri ikut fahaman ku.

Homemade Coklat (strawbery filling)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Salam ceria untuk semua, bagaimana cuaca tempat teman2 sekalian? Di Sabah sekarang ni dah macam musim tengkujuh (aku pun bukan selalu mengalami musim tengkujuh) hujan siang malam. Bagaimana pun syukur kerana tiada mengalami banjir atau apa2 bencana. Maklumlah, rumah dekat dengan laut ni.......susah hati juga kalau hujan tak henti.

Sejuk2 ni sedap kalau mengunyah coklat, kan? lepas satu, satu lagi!! Kali ni coklat aku buat sendiri, bahannya beli kat semenanjung dulu. Dah sebulan lebih balik rumah baru ni dapat buat. Mungkin ramai yang tak heran dengan coklat tapi bagi mereka yang berjaya mendeco sendiri coklat, pasti bangga. Macam aku!!

Lepas ni kalau ada bahan lagi, aku nak buat untuk birthday anak. Itu pun kalau rajin. Angin malas kalau dah datang, semua kerja tak menjadi!!
So, layan gambar je ye!! Kalau nak rasa, jom la datang rumah, insyaAllah boleh hidang, tapi terhad ler......hehe....sebab bila coklat bar habis, aku tak tau nak cari kat mana di Sabah ni. Setakat ni tak jumpa mana2 kedai.

dalamnya ada strawberi jem, sorry la tak dapat tunjuk, bayangkan je la ye!!


di sebabkan takde kotak nak isi (hari tu tak beli) aku balut dengan kertas warna warni (gambar guna hp)


tapi takpe, bila dah masuk botol, menarik juga........yang penting, rasanya sama macam coklat yang kita beli kat luar sana.............

Dadih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...




Seharian ni aku tak sempat berfacebook, berblog, baca surakhabar........sebabnya......aku asyik menggodeh kek span kat dapur. Hajat nak buat kek gulung, ntah kenapa asyik tak jadi. Aku rasa ni kali ketiga aku cuba guna sponge mix tu. Kalau guna resepi yang biasa tu, jadi pulak. Frust ni!! Sudahnya aku pecah2kan kek yang tak jadi tadi, aku buat tiramisu je. Kiranya bulan ni je dah dua kali aku buat tiramisu. Tapi anak aku memang suka sangat. Dalam peti ais kena senantiasa ada.

Tadi aku sempat buat dadih, perisa coklat. Dah itu je yang ada. Resepi dari myresipi oleh minami133. Terima kasih ye kerana che abe aku suka sangat dadih ni. Mula2 buat, terlembik sangat sampaikan mereka berdua tu tak guna sudu, main hirup terus dari mangkok. Tak senonoh betul!!

Bahan2:

1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 gm serbuk agar2
secubit garam
perisa (jagung, strawberi, milo atau lain2)

Cara membuatnya:

Masak air dan gula hingga gula hancur.
Masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam.
Panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil.
Kalau nak letak perisa, bahagikan dadih kpd beberapa bahagian.
Simpan dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

'Dear Diary'.......pembelajaran.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Anda semua biasa tulis diari? Aku dulu, bertahun2 menulis diari dari umur belasan tahun sehingga aku berkahwin, bayangkan berapa lama tu.....memang aku suka mencatit segala yang berlaku dalam hidup ku di atas kertas yang tersimpan rapi. Aku ni jenis yang suka memendam perasaan (dulu la....) segala kepedihan, kemarahan aku coret dalam diari ku. Setiap langkah kemana aku pergi, pasti aku coret. Bila ada masa terluang aku akan selak kembali perjalanan hidup ku.

Tapi kini, tiada lagi diari! Segalanya aku lepaskan begitu saja tanpa catatan. Hanya di blog yang aku ada, itu pun kalau tak kena delete. Diari ku yang lama2 semua dah ku bakar. Aku nak padam semua kenangan pahit yang lalu. Hanya tarikh penting yang akan ku simpan dalam hati dan sehingga akhir hayat.

Kini tugasan menulis diari turun pula pada anak ku. Bermula tahun 2011 ni dia menulis dalam bahasa inggeris. Mulanya ketika dia di tahun 1, cikgu BI suruh buat diari setiap hari untuk tugasan pada cuti sekolah seminggu. Akhirnya aku terfikir, kan baik kalau dia teruskan menulis diari dalam bahasa inggeris sebagai latihan memahirkan diri sendiri dalam menguasai bahasa itu. Walaupun bahasa agak tunggang langgang, aku bangga dengan usaha dia. Mana yang boleh aku tolong terjemahkan, aku tolong. Kalau tidak, kamus Dewan jadi mangsa. Pasti lama kelamaan dia akan tahu dimana salah dan silap menyusun ayat. Setiap hari aku akan ingatkan dia supaya jangan lupa menulis kerana budak2 ni kalau tinggal sehari, dia jadi malas, lupa pulak tu.

Kadang kala aku senyum sendiri, hemm.....dan dia pasti tersenyum satu hari nanti bila dewasa sekiranya membaca kembali diari dia. Tak apa la, sebagai permulaan dalam hidup dia.......


:::NGANGKUNG:::Astro First

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...




Ramai agaknya yang dah tengok filem ni, Ngangkung di panggung kan? Pasti gempak dengan gelak tawa dan jerit pekik kaum2 perempuan walaupun bagi aku tak seseram mana pun. Cuma kemeriahan di panggung tu lebih lagi dengan sound sistemnya yang bagai nak pecah gegendang telinga (kalau muzik kuat).

Aku baru layan hari Sabtu cerita ni, order dengan astro je, sms beberapa minit......dah dapat tengok. Tak payah nak beratur bagai, jem kat jalanraya, kena beli popcorn, air lagi.......untuk layan diri kat panggung. Kat rumah lagi best, boleh baring2 sambil urut kaki kat mesin urut. Kat panggung takde, kan........

Tak kisah la kena charge RM15 pun. Aku lebih selesa tengok kat rumah walau hanya 48 jam saje package tu. Kalau ada sedara mara yang ramai tu, lagi jimat. Cuma.......lambat sikit la dapat tengok. Bagi yang couple2 memang kena tengok kat panggung ler.........tapi cerita seram baik pergi tengok ramai2, kang terpelok pakwe kat sebelah.

Ok juga cerita ni, ada lawak, ada sedih, ada pengajaran. Kali ni watak Sam agak serius, mungkin taknak persamaan dengan Adnan Sempit. Apa2pun tahniah pada mereka, katanya dah juta2 kutipan. Bagus la......filem melayu ada perkembangan, mungkin ada yang tak berminat dengan filem melayu, mengagongkan filem dari luar tapi aku tetap sokong filem kita, wajah kita!! Tak kiralah dia pan-asia ke, Cina ke, India ke.....Melayu, bak kata Susan Lancaster (betul ke eja ni?)

'orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke.........kita orang Malaysia kan?'

Layan si comel ni....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kering idea ni........ntah apa nak tulis....nak cerita aktiviti aku, biasa je. Layan sinetron Indonesia, Bukan Diriku dari isnin hingga jumaat. Panahan Baim Wong la ni........sebelum ni cerita2 dia kat tv aku tak follow sangat. Style aku, kalau dari mula aku tak tengok, aku takkan tengok keseluruhannya. Aku cari kat youtube je mana yang teringin tengok. Katanya Baim datang Malaysia kan? Promosi drama la tu, tahun ni agaknya tahun dia membina nama kot. Sebagai peminat aku harap Baim tidak akan mencipta kontroversi yang 'panas' seperti temannya itu. Kalau ada, minta maaf dong.........

Di sebabkan takde kisah menarik, layan je la foto2 comel yang ada dalam simpanan ku......



yang ni, Smokey namanya, kalau tengok kita makan ikan, dia mesti nak sikit dan cara dia mintak tu yang buat aku gelak sakan. dia main ketok2 meja dengan tangan dia.......haha....cute sangat!!


'Serabai' ni paling nakal, maklum le......budak2 lagi. Kalau terlampau aktif, akan mengeluarkan 'angin' dia yang 'harum' tu.......benci tau!!


'Che Tom' yang nakal ni, susah betul nak ambik gambar dia, tak tau diam. Kesian, selalu jadi mangsa bully oleh Serabai sebab dia yang kecil. Hidung dia tu yang cute!
tengok tu!! samseng betol dia......


paling aku suka gambar bawah ni..........
aku jumpa dia kat satu perhentian R&R, tengah sedap tidor, sampaikan masa aku datang lepak kat dia pun, dia tak larat buka mata. letih sangat kot......


siannya.......tidor hingga pelok tiang? mungkin kelaparan atau kekenyangan........

Kek Span Coklat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Mula2 aku nak ucap terima kasih pada kawan2 yang sudi follow blog aku ni. Takde yang istimewa sangat macam blog orang lain, canggih, menarik tertarik orang baca. Aku ni kalau tak bab masakan, makanan, jalan2 makan angin, memang buntu nak tulis. Ada juga nak cerita hal2 keluarga tapi perkara sensitif mana boleh kan?

Nak taknak........suka ke tak, korang kena baca juga pasal apa yang aku masak, hal anak........hal laki tak boleh cerita beb! bahaya, dosa lagi!!

Ok, tadi petang aku sempat buat kek span ni. Buat dalam loyang kecik je, anak aku tu nak makan tiramisu. Kalau kat KL, kita beli je kek span ni tapi kat Sabah ni aku biasa buat sendiri. Resepi ni dari buku Chef Anuar.

4 biji telor
120gm gula castor
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
20 ml air
20 gm minyak atau butter atau margerin yang di cairkan
10 gm ovalette

1. Pecahkan telur kedalam mangkuk pembancuh.
2. Campur serbuk koko dgn tepung dan gaul rata. Masukkan dalm mangkuk berisi telur.
3. Masukkan gula, ovalette dan air. Putar adunan sehingga kembang 10 hingga 15 minit pada kelajuan tinggi.
4. Perlahankan putaran dan masukkan minyak. Kacau rata.
5. Masukkan adunan dalam acuan bulat bergaris pusat 18cm (7 inci) dan bakar lebih kurang 35 minit sehingga masak pd suhu 170C.

Rasanya aku dah tulis dulu tapi ntah la, tak ingat. Aku ni kalau malam, kepala otak ada sikit lemah......hehe...siang tak membuta, bangun pukul 5 pagi. Apa tak ngantoknya?
Sebenarnya aku ada tepung sponge mix tapi aku tak biasa guna, terperap je dalam almari tu.......
Dah ada yang mudah, tak pandai guna.........nasib nak kena lontar ke tong sampah le agaknya!

ROTI GORENG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Entry ni aku tulis waktu malam, sementara layan AJL, saje nak elakkan dari mengantok. Pagi tadi buat sarapan roti goreng ni, sedap tau. Orang bujang kalau malas nak masak, elok goreng roti macam ni.

Sumber resepi dari myresipi oleh Hasue. Terima kasih ye kerana roti ni rangup dan bukan anak je yang suka, ibu dia pun lebih la lagi!

Roti Goreng

  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. 

nota: credit to myresipi (copy/paste)


sebelum ni aku dah buat tapi tak guna kaya, tepek peanut butter dan coklat, sedap juga....

AJL

Salam Sejahtera....

Malam ni confirm aku ngadap tv, kan ada Anugerah Juara Lagu. Agak2 siapa yang dapat hadiah lumayan tu? Siapa vokal terbaik? Persembahan terbaik?

Aku agak2 la.......vokal terbaik mungkin Adira af atau Black mentor. Persembahan terbaik tak boleh nak agak, mungkin FT atau Tomok.......band2 indie mungkin bagus, sape tau. Ada yang kata, tahun 2010 ni tahun KRU jadi juara katanya si Shahir. Tapi bagi aku lagu dia tu biasa2 je...(fans Shahir jgn marah naa...)

Aku rasa lagu yang mencabar seperti lagu Berlari oleh Tomok, Faizal Tahir, Adira, Hafiz dan Black kesukaan ku.

Minta2 Black dapat juara lagu tahun ni, walau tak hensem, suara power!! Lagu sedap, tak sakit telinga....

Serimuka Labu

Salam Sejahtera....


Apa cerita tempat korang ye? Hujan ke? Aku dengar kat kampung che abe banjir, oghe klate kato.....boh! Nasib baik rumah mak dia tak kena, selamat, alhamdulillah. Kesian pulak kat bekas kakak ipar ku di Rantau sana, asyik mengangkut barang je bila hujung tahun. Masa aku singgah rumah dia dulu pun dah mula letak barang tempat tinggi.

Hari ni, hari rajin aku! Sebabnya.......pagi2 lepas tengok Two Of Us, ke pasar tamu, beli apa yang patut. Balik rumah basuh kasut dan baju sekolah (basuh tangan tu, punya la rajin.....selalu campak dlm mesin je) Lepas tu sambung basuh bilik air pulak. Aku memang pantang kalau bilik air kotor, seminggu mau dua kali aku kerjakan. Lepas masak tengahari, plan buat serimuka labu. Ni pun tertengok kat blog Yatie....sinar kehidupan ku...



Resepi boleh tengok kat blog dia siapa2 yang nak tu......

Aku tak kesah!!

Selamat pagi dan jom kita pergi jogging!!

Aku tak larat nak jogging macam orang lain. Setiap pagi aku cuma jalan pantas atau santai2 je, kena pulak tepi pantai......huhu...hirup udara pagi yang nyaman. Tengok matahari terbit, indahnya alam ini.

Korang jogging mesti pakai sport shoes kan......nike la, power la, adidas la......aku tak. Aku sauk ikut suka je, bukan takde rubber shoes tapi kekadang aku rasa leceh dan lambat. Nak sarung stokin, maklum la dah lama tinggalkan zaman remaja.

Kekadang che abe aku bising suruh beli kasut yang elok sikit untuk kebaikkan kaki ku. Biasalah aku ni kekadang berkira sikit untuk diri sendiri. Sayang pula nak belanja duit orang. Baik beli apa yang patut di dahulukan. Aku takde pun takpe.......aku guna je kasut yang murah ni.......




Tapi kasut ni tak boleh buat larian, tak sesuai langsung. Aku pun kekadang rasa macam tak pakai kasut je, ringan semacam, silap2 boleh terpelecok dibuatnya. Alah! barang murah........tapi selesa......

Kekadang jeles jugak tengok orang lain pakai kasut mahal tapi aku pejam mata je ler.......nak buat macam mana, kita ni hidup kena ikut kemampuan. Tak mampu jangan berlagak nak macam orang berada, betul tak? Hidup bagi ku asal sempurna dah cukup membahagiakan. Syukur dengan nikmat yang kita perolehi sekarang.



Ada orang, bior pape, ase bergayeeeee!! Kamu semua, macamana?

Kuih Gendang Kasturi

Salam Sejahtera....

Sebenarnya aku selalu buat kuih kasturi ni, cuma kekadang malas nak masuk dalam blog. Lagipun selalu buat takde sukatan. Ikut suka suki gerak hati tangan aku je!!

Kali ni aku buat satu tupperware di frozenkan, bila2 nak hidang tetamu datang, dah ada dalam peti. Teringat kat mertua aku, mereka berdua suka sangat kuih ni. Dulu2 masa tinggal di semenanjung, aku selalu bawa balik kampung.

Ok, terus pada resepi, ni takde sukatan yang sebenarnya ye.......

Setengah kilo kacang hijau (basuh dan rendam lebih kurang sejam, jadi tak perlu rebus terlalu lama, jimat skit gas kan?) Aku rasa setengah pun banyak la........ikut citarasa masing2 la ye!
Gula pasir dan gula melaka pun ikut suka kemanisan yang kita nak.
Santan pekat (1/2 kilo boleh kot)
Kelapa parut sedikit.
Tepung gandum.

Setelah kacang hijau empok, masukkan gula melaka dan gula pasir bersama santan pekat. Api biar kecil sebab kalau besar, mudah berkerak. Selalu kacau untuk elakkan berkerak kat periok tu. Masak hingga hampir kering, masukkan kelapa parut, angkat dan biarkan sejuk.
Kemudian masukkan tepung gandum (masa ni jangan jerang atas dapur dulu)
Setelah tepung digaul rata dengan kacang tadi, gunakan api kecil dan masak lagi.
Ketika ni tak boleh selalu tinggal, setiap masa kena kacau.
Agak2 dah masak, bolehlah di angkat.
Kepal adunan dan leperkan seperti cucurbadak.

Untuk salutannya, biasa aku guna tepung beras, air kapur dan sedikit tepung jagung. Sedikit garam.
Ada orang letak kunyit tapi aku tak letak jadi warna tidaklah nampak kekuningan.
Kakak ku kata, kalau letak kunyit nak goreng pisang atau apa2 kuih, adunan jadi keras. Kata dia la......

Ni la rupanya kuih gendang kasturi ku..........takde la cantik mana, tapi orang kata biar rupa tak menarik asalkan rasanya tiada tandingan.......haha...perasan ni...



Kerapu Stim dan air asam

cSalam Sejahtera....

Otak aku sekarang ni ligat je nak mencuba masakan baru. Tapi kekadang masa macam tak cukup je.......kejap dah malam......kejap pejam celik dah siang. Tugasan isteri ni tak habis2, daripada celik mata sampai nak tidur malam. Cuba fikir, orang lelaki boleh tak buat macam kita ni? Bangun pagi siapkan sarapan untuk anak dan suami, sidai baju yang dah masuk mesin dari malam lagi, gosok baju, masak tengahari dan malam dan macam2 lagi la.......tak larat nak sebut satu persatu. Itu yang kadang kala aku naik 'hangin' kalau setengah2 suami tak menghargai isteri yang surirumah sepenuh masa.

Ok la, taknak bebel banyak.........ni masakan yang biasa2 je, ikan kerapu masak stim dan air asam sebagai lawannya.

KERAPU STIM

Ikan kerapu dibersihkan (biasanya aku perahkan limau utk hilangkan bau dan basuh bersih)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Garam
Sos tiram
Serai (1/2 batang)
Bunga kantan

Semua bahan di hiris halus dan gaulkan bersama ikan. Kukus seperti biasa.

Kuah asam

Cili merah/hidup
Cili padi sedikit
Belacan bakar
Air asam
Limau kasturi
Gula
Tomato (potong dadu)
Bawang besar (potong dadu)
sedikit garam
Campurkan semua bahan mengikut sukatan sendiri.


nota: air asam tu kalau buat hari2 pun che abe aku suka, takyah lauk lain....

Aktiviti dgn famili....

Salam Sejahtera....

Bila ada masa terluang, apa agaknya aktiviti korang dengan famili? Aku ni bertiga je, bila sorang masuk bilik tengok intenet, sorang main kat luar, aku sorang tengok tv. Melainkan kalau ada drama yang kami follow sama2, barulah ngadap tv bertiga. Selain drp makan tengahari dan malam bersama, tidur dah pasti bersama. Itupun kekadang terpisah2, ikut mood.

Zaman sekarang dah ada macam2 game kat intenet. Anak2 lebih suka melayari game daripada bermain di luar, tak macam zaman mak bapak kita dulu. Cik abe aku ada cerita, zaman dia dulu takde duit nak beli barang permainan, mereka cipta sendiri. Kalau nak main congkak, kena gali lubang kat tanah. Buahnya guna biji getah. Kreatif kan orang yang takde kemampuan nak beli?

Kat rumah aku ni macam2 ada, chess, monopoly, badminton, kriket........tapi main sekejap je. Selebihnya terperap bawah katil.

Tapi sejak balik dari cuti hari tu, kami kemarok main bendalah ni..........bagus juga, boleh merapatkan hubungan kami sekeluarga walaupun setiap kali main, mesti ada yang merajuk sebab 'rumah terbakar', kalah!

Susah payah kami bawa balik congkak ni dari Melaka tempohari. Tak mahal, dalam RM30 saja. Kalau besar lagi seronok macam kat rumah adik aku. Sebenarnya aku tak pernah main congkak sejak kecil, ini kali pertama aku main dengan suami dan anak. Setakat ni, ini saja aktiviti yang aku mampu join. Selalu suami ajak pergi main bowling aku tolak, tak minat.

nota: kena cari game lagi untuk mesrakan keluarga yang besar!!

KUIH BAKAR (resepi dari kakak)

Salam Sejahtera....

Lama betul tak 'main masak2' kan? Kalau kat rumah orang, tak kira la rumah kakak ke, rumah mak ke, rumah mertua ke.......tak sama macam rumah sendiri. Betul tak?

Hari tu masa kat rumah kakak, aku ada ambil resepi kuih bakar dia. Aku tak tau la resepi tu dia dapat dari siapa tapi kalau tak silap dari kawan baik dia yang dah di anggap macam kakak. Nak kata dia belajar dari internet, tak mungkin sebab kakak ku ni buta IT (ciklon jgn marah ye...) Tapi, kelebihan dia, kalau buat apa2 makanan, gerenti sedap gila lah!! Aku selalu rindukan kuih bakar dia. Sedap, lembut dan berlemak krim.....hehe..

Dah dapat resepi, mestilah nak cuba, takkan nak buat hiasan, kan? Che abe aku tu pun sibuk suruh buat. Mula2 rasa berat hati nak buat sebab aku takde acuan kuih bakar. Ada acuan macam kuih cara tu, lengoh nak tunggu masak. Masuk dalam loyang yang ada lubang tengah tu, tak boleh jugak sebab adunan meleleh. Sudahnya aku guna loyang je.





Kita share resepi kat sini........
8 biji telor gred A
375 gm tepung gandum
1/2 kg gula pasir
1/2 kg santan pekat
1 liter air pandan
serbuk vanila

Cara membuatnya:-

Telur dan gula di pukul hingga sebati atau kembang.
Air pandan di campur dengan santan dan jerang atas api sebentar, bubuh sedikit garam.
Setelah bancuhan telur kembang, masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan tadi.
Gaul sehingga rata dan tapis adunan.
Masuk adunan kedalam acuan dan bakar sehingga masak. 
Sekiranya nak letak bijan, taburkan ketika kuih hampir masak.

nota aku: kalau famili tak ramai, buat separuh drp adunan di atas.

Tiada bezanya, 2011

Salam Sejahtera....

Dah masuk tahun baru dah, ramai yang update tentang azam tahun baru ni tapi bagi aku tahun berganti tahun tetap sama. Hidup kami sekeluarga seperti biasa. Cuma bersyukur kerana masih bernafas di bumi Allah ini. Dipanjangkan usia, kekal bersama sekeluarga. Bezanya pada anak ku.......makin membesar.......makin matang........kuat makan......banyak permintaan......

Entry kali ni sikit je, nak ucap selamat menyambut tahun baru pada semua blogger yang singgah ke rumah ku ini. Samada suka atau tidak, terima kasih la ye rajin datang walau tak tinggal komen kat blog aku  ni.

Mudahan2an silaturrahim kita tambah erat walau hanya dengan jari kita bertemu.