my best friend forever

iklan nuff

banner

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sila godek

Memuatkan ...

DONAT MAYO

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Lama tak main uli-uli tepung, rindu pula rasanya. Semalam petang layan 'Sejuta Cinta Marshanda' sambil buat donut. Resipi dari blog wanieyra http://ummiaffaf.blogspot.com/  dan sumber asal dari Ros. Terima kasih kerana resipi donut ni lembut, gebu.........macam dunkin donut pun ada.

Donut ku macam di pam-pam naiknya. Malas nak repair, biarlah dia tinggi rendah ke, kerepot ke........nak makan sendiri je.....

Dah separuh goreng, nak masuk dalam freezer. Esok boleh buat sarapan pagi anak ku.

hehe....sebiji je goreng sebab takde sape nak makan petang semalam, kenyang makan nasi.....

Donut Mayo
(copy/paste dari blog mereka berdua)

Bahan-bahanya

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball) (aku guna mayonis ladys choice)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.


1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Semut oh semut, sakitnya hati!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Terima kasih pada teman-teman yang sudi follow blog ku yang tak berapa menarik ni. Apa pun ianya ditulis lahir dari hati ku, jari ku dan idea ku. Kalau ada copy and paste tu, minta halal ye!!

Seharusnya aku follow balik siapa-siapa yang jadi follower aku tu tapi kalau tak ada link dalam profile, nak buat macam mana? Pastikan profile teman-teman lengkap ye. Senang nak follow balik dan kalau ada yang terlepas pandang, sila beritahu.

Nak membebel pasal apa ye? Akhir-akhir ni cuaca sering mendung kan? Tapi kalau jemur kain pepagi, matahari memancar terang, pasti kering. Petang biasanya hujan.......mana ada orang jemur kain petang, kan? Orang bujang aku tak tau la......ada kot.....

Sejak lepas balik dari KL tempohari, rumah ku sering dikunjungi 'sang semut'. Tak boleh tahan ni, letak ubat pun kejap je habis, dia datang lagi. Kalau semut yang besar2 tu senang sikit nak urus, ni semut halus......gatal pulak tu kalau menggigit. Geram betul aku!!



Gula dia kerumun, bekas air dia terjun.......dalam bekas cili taknak pulak dia berkampong!! Ada petua yang aku baca, katanya letak daun sireh tempat yang banyak semut, mana nak cekau sireh? Di spray dengan shieldtox......pun kejap je mati, makin ramai dia panggil kawan2, atok nenek pun datang.....

Katanya letak kulit kayu manis dalam bekas gula. Ni belum cuba lagi. Spray dengan Serai Wangi, tak pernah jumpa produk ni kat Sabah.

ke...ada jual...tapi aku yang malas nak round supermarket cari bendalah ni.....

nota aku: nasib baik la dia tak panjat katil aku tu, kalau tak......mau bintat2 bangun tidor!!

Kuih Lapis dan Cekodok

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kaki ku dihempap pintu almari baju anak ku sebelum sembahyang subuh tadi. Aduh!! Kena pulak dekat ibu jari kaki, bengkak jadinya!! Pintu tu memang dah tanggal, agaknya semalam hubby pasang balik. Tiba-tiba pagi ni nasib ku tak baik, buka je terus tanggal. Kebetulan kaki ku terletak dibawahnya. Biru la sekejap.......

Ok la.....sakit-sakit pun kena juga buat sarapan kan? Takkan sikit tak boleh buat kerja. Pagi ni sarapan cekodok udang je........jom kita buat cekodok.....
Adik-adik yang baru belajar masak boleh cuba, senang je....ambil tepung dalam 2 cawan, garam, 1 biji bawang besar potong dadu, 1 biji kentang potong dadu, udang besar di kupas dan potong kecil-kecil. Kalau ada daun sup lagi sedap, atau carrot dll. Bancuh dengan air semuanya, jangan pekat nanti keras kejong cekodok tu.....jangan letak kunyit tau, biar je macam tu.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng seperti biasa. Kalau aku suka garing-garing.




Dah siap pun.......boleh cicah dengan sos buat sendiri atau sos dalam botol. Biasanya aku buat sendiri. Tak reti buat sosnya?

Blend cili hidup dengan bawang putih. Tumis cili kering/cili boh, masukkan cili yang dah blend tadi. Letak sedikit garam, gula, cuka (kalau tak suka letak sos tomato) Guna gula melaka lagi sedap. Kurang manis boleh tambah gula pasir. Masak dengan api yang kecil hingga pekat. Boleh simpan dalam botol dan letak dalam peti ais. Macam tu la aku buat selalunya. Mungkin orang lain, caranya lain tapi tak banyak beza.

 Semalam juga aku sampaikan hajat anak ku nak makan kuih lapis. Masa kat rumah lama kami, aku selalu beli kuih ni kat kakak yang jual nasi lemak tepi jalan. Agaknya rindu sangat dia nak makan kot. "Ibu pandai tak buat kuih lapis? Aziz suka sangat kuih tu" Dia tak suruh aku buat, tektik dia kalau nak makan sesuatu, macam tu la.........

Akhirnya aku tunaikan juga walau tak pernah buat. Resipi aku ambil dari www.myresipi.com/ oleh tulip77.
Terima kasih ye kerana resipi yang sedap ni. Walau tak cantik buatan ku, rasanya sedap sangat. Dapat seloyang yang sedang dan sempat hulur kat jiran belakang dan depan rumah.

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak 

nota aku: tak guna santan peket tapi guna santan pekat biasa dalam secawan lebih.

Ikan ayam laut

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

RM45.00?? Biar betol laki aku ni? Ikan apa mahal sangat tu? Empat ekor je bawa balik dari sekolah. Katanya beli dengan nelayan kat sekolah dia. Menurut kata kawannya, ikan ni memang mahal harganya dan jarang ada di pasar besar. Biasanya ada di restoran-restoran mewah. Iye ke? Aku macam tak percaya.


Sudah la mahal, bawa balik tak bersiang pula tu! Naik lengoh tangan aku menyiang sirip-siripnya yang keras dan tajam. Alat untuk buang sisik memang ada kat rumah, takpelah, itu aku boleh buat. Tengoklah rupa ikan tu, menakutkan je. Ini first time aku makan ikan ayam laut.

Mula-mula dia bawa balik, bingong juga nak masak apa. Kata kawan hubby biasanya orang kukus je ikan tu. Aku pun kukus seperti biasa. Cicah dengan air asam campur buah tomato di cincang. Tinggal lagi tiga ekor. Hari minggu semalam, aku goreng pula. Masak tiga rasa ok juga, tak pedas sangat.

Memang sedap ikan ni, rasa macam ikan merah pun ada, eh...susah la nak jelaskan rasa tu. Kena makan sendiri baru tau!

Ada sesiapa yang boleh bagitau aku harga sebenar ikan ni? Ntah-ntah laki aku kena tipu tak??

Dari Anlene ke Hi Goat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...



Dua hari lepas che abe ku pulang dengan membawa sekotak Hi Goat. Sejak beberapa hari lepas aku asyik sebut nak minum bendalah ni...

. Dengan tersengih aku ucap terima kasih dan ayat power ku, "ayah tau tak, ibu baru baca kat satu blog kalau tak silap, suami yang memberi isteri dan anak-anaknya makan, akan diberi pahala yang amat besar!" dan dia tersenyum terima pujian ku.....hehe....

Dari apa yang ku baca, Hi Goat ini lebih bagus dari susu Anlene. Bukanlah aku nak menidakkan yang susu Anlene tu takde kualiti. Selama ni pun aku minum Anlene juga cuma sekarang ni aku nak beralih arah ke Hi Goat. Itupun sebab kawan suami ku yang isterinya seorang doktor mengatakan susu kambing lebih bagus dari susu lembu.

Sebenarnya bila minum Anlene tekak ku memang agak mual sedikit tetapi tidak dengan Hi Goat ni, rasa seperti kita minum susu segar je.

Lagi satu banyak kebaikkannya seperti mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, penyakit kuning, asma, susah tidur, penyakit kulit, hepatitis A, migrain dan buah pinggang.

Harga pun mampu beli. Pagi tadi masa aku lalu di pasar tamu, ada satu kedai makan jual Hi Goat ni dengan harga RM3.50 sepeket. Kalau beli sekotak tak sampai RM50, baik beli sekotak, ada 15 peket didalamnya.

Hanya ALLAH yang Sempurna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi tadi dalam kereta ketika hantar anak ke sekolah, telinga kami di hiburkan dendangan Black Mentor, 'aku sayang aku rindu'. Aku bersuara, 'ramai-ramai artis kat Malaysia ni, rasanya Black paling tak hensem' (peminat Black jangan kecil hati pula ye!) Ini pendapat ku aje, bukanlah nak memperkecilkan kejadian Allah.

"Tak hensem pun, suara sedap!" sampok anak ku.

"Itulah menunjukkan yang Allah itu maha adil" che abe pula bersuara, mula nak ceramah la tu.....
"Setiap kejadian yang di ciptaNya, pasti ada kelebihan masing-masing. Rupa cantik, body debom, bijaksana dan segala kelebihan tu, pasti ada kekurangannya. Tiada yang sempurna di mukabumi ini melainkan Dia sahaja" katanya lagi.

"Cuba tengok Black sebagai contoh, masa dalam Mentor dulu, pasti ada yang kutuk. Rupa tak hensem, hitam pulak tu.......nak jadi penyanyi? Jangan haraplah boleh naik" agaknya la orang luar berfikir macam tu masa dia baru-baru keluar tv.

"Sekarang ni orang dah tak nampak kekurangan Black tu. Apa yang orang sedar ialah kelunakan suara dia bila mengalunkan lagu dendangannya dengan baik." aku cuba berkias dengan anak ku. Maksud ku, agar anak ku tidak memikirkan sangat kekurangan dirinya yang berkulit gelap dan selalu kata dia tak menarik.

"Bila kebaikan mengatasi segalanya maka tertutuplah segala yang kurang itu. Kebijaksanaan kita, ketulusan hati kita, kesopanan kita dan segala yang elok akan menjadikan kita orang yang di sanjung." kata ku pula.

Cuba perhatikan 'mereka-mereka' yang hidup mewah, cantik bergaya, petik jari sekelip mata boleh dapat. Tapi kalau kita selidek dan kenali  dengan lebih rapat, pasti ada yang kurang dalam hidup mereka. Mungkin kurang kasih sayang, mungkin kurang didikan agama, mungkin ada kurap/kudis di badan, mungkin bahagia hanya pada zahirnya dan segalanya mungkin.

Jadi, sebaiknya kita berfikiran positif, tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah yang Maha Pencipta. Redha saja dengan pemberianNya dan bersyukur kerana masih agak sempurna berbanding dengan insan lain yang lebih menderita.

nota aku: selalu cakap kat che abe "kenapa omputih tu semuanya sempurna? cantik dan kaya raya, bebas buat apa saje"
jawab che abe, "ITULAH SYURGA MEREKA DI DUNIA" akhirat nanti?

Arwah Tok Teh yang di kasihi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi ni aku terima panggilan dari kakak, katanya Tok Teh dah meninggal kalau tak silap petang atau malam tadi. Al Fatehah untuk arwah. Kami sempat menziarah arwah ketika raya tahun lepas dan cuti hujung tahun baru-baru ni. Memang dah uzur benar dia tu.

Aku pernah upload gambar dalam blog ketika jumpa dia dulu tapi lupa label pula. Arwah walaupun dah 80an umurnya, masih boleh melihat dengan jelas dan pendengaran pun ok. Kalau kami bersembang ramai-ramai kekadang dia pun tumpang gelak. Cuma dia tak boleh keluar suara sangat, kena letak telinga kat bibir dia baru boleh faham.

Lepas ni kalau aku balik Johor rasanya keluarga sebelah ku ramai yang dah takde. Arwah tok, adik arwah tok dan arwah tok teh adalah kawan karib. Aku ingat lagi dulu-dulu mereka ni sering berkumpul kalau nak ke mana-mana samada nak beli barang di bandar atau nak kerumah jiran yang buat majlis kahwin. Kat rumah tok teh jugak la tempat aku melepak tunggu arwah tok ku bersembang. Aku memang takde kawan jadi rumah saudara la tempat aku bertandang. Itu pun kejap je....

Teringat kat depan rumah tok teh ada pokok jambu susu atau jambu botol. Ramai budak-budak yang balik dari sekolah atau dari masjid singgah kutip jambu. Rumah tok teh bersebelahan dengan masjid. Sebelah pokok jambu ada kolam besar. Bukan kolam renang tau!!

Arwah tok teh aku ni ramai anak lelaki, perempuan sorang je. Kalau aku datang dulu mesti dia tengah sidai kain atau dalam bilik air, menyental baju. Basah kuyup aku tengok baju dia. Jari tangan sampai kecut berut. Masa ni arwah suami dia dah meninggal.

Hari raya kat rumah tok teh wajib ada laksa Johor. Nak makan laksa kena pergi rumah dia. Sekarang semua tu dah tinggal kenangan. Bagaimana pun aku tetap akan kunjungi mereka sekalipun arwah dah tiada. Akan aku terapkan dalam jiwa anak ku, hubungan keluarga takkan putus kalau mereka yang lebih tua sering kunjung mengunjungi dan bawa anak-anak untuk dikenali. Sekali pun jauh, berbagai cara boleh kita gunakan untuk mengeratkan silaturrahim.

Al fatihah untuk arwah dan salam takziah dari kami yang jauh di perantauan.

Apam Gula Hangus

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Rasa dah lama sangat tak update tentang masakan, kan? Ingat nak update pepagi tadi, tapi che abe aku tu pulak terhanggok-hanggok tengok youtube, layan rock kapak kot....

Tadi, masa dia layan lagu, aku kat belakang rumah. Buat apa? Cuci longkang yang dah berlumut sangat. Hari-hari hujan, longkang mudah berlumut. Keluar kejap peluh, sambung basuh bilik air pula. Bilik air ni seminggu dua kali aku basuh. Mudah benar kotornya sedangkan yang guna tiga orang je....macamanalah kalau tinggal rumah berbulan-bulan? Aku ni, walaupun bukan rumah sendiri tapi aku sayang macam rumah aku juga.

Membebel pulak, asalnya nak kongsi resepi dari hazz_63, kredit to.. http://www.myresipi.com/

Apam Gula Hangus
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
  8. gambar memang tak cantik tapi rasanya lembut sangat, dah berapa ketol aku telan sebab aku memang suka apam ni

Alhamdulillah....sekian lama...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Alhamdulillah kami selamat sampai ke KK setelah mengharungi pelbagai rintangan dari rumah kakak hingga ke airport Tawau. Cuaca sepanjang penerbangan pun cantik je......bulan terang menyinari perjalanan kami dari Tawau ke KK.

Pagi ni rumah ku masih macam 'kapal pecah', saje malas nak kemas dulu.....hehe....ngadap komputer update blog, baru kemas rumah.
Kisah semalam, flight kami 3.25pm ke Tawau. Aku pula dari pagi dok bersembang dengan kakak, emak, adik dan abang ku, punyalah leka hinggakan 12.30 tengahari baru nak packing barang. Aku memang suka buat kerja macam ni, last minute baru terhegeh-hegeh nak mandi, nak simpan tu simpan ni, lipat baju.....blabla...adik2 blogger jangan ikut perangai akak korang ni ye!

1.30 pm sempat lagi mengadap laksa johor masakan kakak. 1.45 pm kami keluar rumah dan dihantar abang ipar ku. Cilok sana cilok sini.......laju juga dia bawa kereta sambil tengok jam di tangan. Kebetulan atas jalanraya banyak kereta, tak boleh salahkan mereka. Setiap traffic light kami lalui mesti kena lampu merah. Sehinggalah sampai pintu masuk lapangan terbang. Terkejar-kejar pula scan bagasi dan terus ke kounter ekspres. Ngam-ngam masuk ruang menunggu ada masa setengah jam untuk lepaskan lelah.

Dalam kelam kabut tu, passport kami rupanya termasuk dalam bagasi. Aku ingatkan hubby dah prepare awal-awal sebab bila aku tanya, dia kata ok, semua settle. Hampeh, tak boleh percaya punya olang!! Tiba di airport Tawau, kami terpaksa ambil dulu passport baru boleh melepasi imigration. Ada sebab kenapa kami tak lepas dan perkara ni memang kerap berlaku.

Flight ke KK pukul 9.30 pm tapi kami tiba 6.45pm. Kena lepak sana beberapa jam dulu. Sebelum tu aku dah sms teman baik ku, Sumiyanti, kerana katanya dia nak datang jumpa ku di airport. Selepas turun tangga, mata ku terus terpandang wajahnya di balik cermin. Memang tak banyak perubahan dia, masih cantik dan rugged seperti dulu.

Kami berbual panjang soal diri masing-masing. Rasanya tak cukup dua jam dan kami rancang akan jumpa lagi selepas ini. Kalau boleh satu famili berkumpul. Selepas di belanja ice blended dan jagung rebus, aku terpaksa berpisah juga. Mata ni dah terbayang dapur ku, bantal ku, tv dan segala-galanya yang ku rindui. Baru balik seminggu aku dah teringat-ingat.

Sempat berposing walaupun hanya duduk atas roller scan bagasi, lepas tu baru kami ketingkat atas. Aku minta tolong anak ku snap gambar, Sumi suka gambar yang close up, aku pula nak jauh-jauh....hehe..malu kononnya.

Air tangan Mak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Setibanya di rumah kakak, sarapan pagi dan mandi manda. Bergegas pula kerumah adik perempuan ku. Emak ada di sana sedang main masak2......hehe.....biasalah dia tu, kalau anak yang jauh balik, mesti makan masakan dia.

Update blog terpantas je ni.......nak cepat......

 Mak masak pecal ni memang best, paling aku suka walaupun aku ni pantang sikit dengan kekacang.......mak punya pasal, takde hal la......
Lauk dalca dengan ayam kurma..........sedap banget!! walau aku tau masak, tak sama dengan air tangan mak...
Ada daging masak kicap, tu yang cucu dia suka.......dua pinggan makan nasi.....alamak, gambar nasi beriani aku tak snap pulak!! tapi betul, aku tak tipu punya......ni semua makan dengan nasi beriani.

Lepas kenyang makan2 kami balik rumah kakak pula. Nanti aku sambung cerita, ada satu masakan yang dah puluh tahun aku tak merasanya, masakan kakak ku pula.....tunggu tau!!

Pengalaman naik keretapi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Siaran tertunda dah beberapa hari kerana perjalanan dari pantai timur ke bandaraya tergendala sehari. Petang khamis lalu kami menaik keretapi pukul 7.18 pm, sesuatu yang dah berpuluh tahun aku tak alami. Kali terakhir aku naik keretapi kalau tak silap tahun 1991, si hubby pula 9 tahun lepas dan anak ku kali pertama jejak kaki.

Rasa teruja nak naik melebihi perasaan naik kapalterbang. Orang ramai sepanjang station dengan barang berkotak-kotak, berbungkus-bungkus.........macam kami juga. Beg baju kami ada tiga, sekotak keropok dan barang makanan, beg laptop dan shopping bag untuk isi bekalan. Itu pun abah suruh bawa lagi buah salak........huhu.....kami tolak dengan baik sebab dah ada sebungkus besar buah mangga kiriman mak untuk besannya di KL. Apa yang aku runsingkan masa nak turun naik tangga dari stesyen keretapi tu........ada anak bujang pun bukan boleh harap sangat. Satu beg sandang dia, boleh la.......

Sewaktu keretapi sampai, berebut-rebut orang naik. Bab ni yang aku tak suka, padahal dah ada tempat duduk masing2. Dah la pintu tu sempit, aku dengan beg kiri kanan, nasib baik beg tangan aku selepang kat bahu. Bila dah sampai dalam, barulah aku nampak bagaimana keadaannya. Oooo....gitu rupanya dalam keretapi. Ada tempat simpan barang kat atas, boleh bawa banyak mana yang kita suka, tiada had. Selesai letak barang dan ambil tempat duduk masing-masing, perjalanan pun bermula.

Kelas yang aku ambil ni kelas ekonomi sebab dah takde pilihan, tiket sold out. Ini yang aku tak suka bila ada saja orang yang lalu lalang sepanjang masa samada yang mencari tempat duduk kosong, nak ke kantin atau ke tandas. Bagusnya keretapi ni, ada tandas.......tak macam kalau naik bas kena tahan nak buang air. Tandas pun lengkap ada air, sabun dan tisu. Cuma ada setengah tu tak berkunci. Jadi kalau nak guna kena la tahan dengan kaki kat pintu tu......haha......susah la pulak. Tapi ada dua tandas, satu tandas duduk, satu lagi yang jenis cangkung. Terhoyong hayang dok dalam tu, kalau budak2 guna mau kencing bersepah. Paling aku tak suka bila nak ke tandas, dilorong tepi pintu keluar tu ramai budak-budak melepak, samada hisap rokok atau takde tempat duduk.

Perjalanan yang panjang sepanjang malam takde apa yang boleh ku lihat. Selepas beberapa jam, aku dan semua penumpang tidur lena, tiba-tiba keadaan dalam keretapi jadi gelap gelita. Aikk? apakah naik keretapi memang macam ni, hati ku bertanya. Tiba di stesyen Gemas, rupanya dengar cerita takde letrik. Hampir satu jam kami semua menunggu dalam tu sementara keretapi sedang di baiki. Nampaknya perjalanan kami tertangguh satu jam. Nasib baik malam, kalau siang.........confirm berpoloh.....

Akhirnya sampai juga ketempat di tuju. Dengan berat hati menjinjing barang turun naik tangga, sampai merah2 tangan ku dan hubby. Kesian pula aku tengok pakcik makcik yang tua2 memikul barang masing2. Tapi dalam keletihan tu aku lihat terpancar kegembiraan diwajah masing-masing, macam aku juga. Alhamdulillah semua selamat. Takde la runsing sangat macam naik bas, takut gaung la......bas laju la.....berselisih dengan kereta atau lori ke......apa2pun sebelum naik kenderaan kita kena baca doanya. Selepas itu apa nak jadi, terpulang kepadaNYA.

hik...hik....ada orang gelak tengok kita orang snap gambar anak beranak, aku pedulik hape?
 

Perut memulas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Macam mana ni? Hari ni dah khamis, petang nanti dah nak ke KL, naik keretapi pula tu, perut memulas dari semalam lagi. Krak kruk krak kruk.......bunyi perut ku....ubat dah telan, masih sakit lagi. Angin dalam perut agaknya.

Cuti kali ni kat kampung tak berapa nak jalan kemana2. Agaknya aku pun terpengaruh dengan sms yang tersebar, katanya jangan keluar rumah, jangan terdedah dengan aktiviti luar, jangan kena hujan.........kes loji nuklear meletup tempohari.

sambung nanti le, nak sembahyang subuh dulu......

kesorangan!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sunyi sepi je kat kampung ni, bunyi unggas pun tah mana2 pergi. Dua beranak tu dah tenggelam di stadium Kota Baru, menyaksikan perlawanan bolasepak Kelantan dengan mana eh? Aduh.....bab2 bola ni memang aku tak ambik port la kata orang muda.

Dua hari lagi kami akan ke KL semula, kali ni naik keretapi. Lama betul aku tak naik keretapi sejak tahun 80an rasanya kali terakhir ke JB. Apakah ada perubahan? Katanya masih seperti dulu.

Alamak, idea ku hilang kejap la.......sambung nanti bila free la yek!! aku berdua je dengan mertua ni, cerita tv pun takde yang menarik, ahhh....tidor la...

Terima kasih dan Sunway

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Minta maaf pada teman2 yang jadi follower akak kerana sejak kes tsunami hari tu, line broadband slow sangat. Mungkin bukan itu penyebabnya, mungkin akak yang keletihan dan kekurangan masa mengadap laptop. Anak pula cuti sekolah, bosan takde kawan, dialah booking internet.

Akak nak ucap terima kasih kerana sudi follow blog akak yang tak seberapa ni. Dan kalau akak lupa nak follow balik, tolong ingatkan sebab biasanya siapa2 yang follow akak, akan akak follow dia pula. Adil la kan? Ada setengah orang tu marah kalau dia follow blog seseorang tu, then orang tu tak follow balik dia. Akak takde hal punya. Kekadang tu akak dah lama follow dia tapi selepas beberapa bulan baru dia perasan agaknya.

Bagi akak berteman di alam maya ni tak perlu kita paksa2. Biar secara ikhlas persahabatan tu. Tak jadi kudis pun kalau orang tak sudi dengan kita. Tapi kita seharusnya jangan mendesak, jangan perli dan perlu sabar. Kekadang teman kita tu terlalu sibuk, mana kita nampak keadaan dia, betul tak? Mungkin line dia bermasalah. Mungkin juga dia nak tengok sejauh mana kesetiaan kita sebagai sahabat di alam maya ni.

Pasal update blog ni, akak memang tak sempat nak cerita kisah2 kami di KL hari tu. Kisah menghantar anak mandi manda di Sunway Lagoon, kisah kami sesat barat dalam mall mencari tempat parking kereta.......huhu....sampai naik kejang lutut ni turun naik lif. Lepas ni aku cadang kat hubby, kita park je kereta kat mana2 lepas tu kita snap gambar. Sebab kalau main ingat je kekadang tak jalan. Apa nak ingat kalau dah memusing satu shopping mall berjam2, melainkan tempat tu kita dah biasa pergi. Ini tak........dah 3 tahun tak masuk......kampung sendiri pun boleh sesat, apa lagi tempat yang macam tu?

Jadi selingan kali ni gambar akak dengan hubby depan hotel anak kami menginap. Satu malam lima ratus lebih, takde la menarik sangat tapi akak tak stay situ. Pakcik dan makcik hubby menginap sana. Akak cuma hantar anak join mereka anak beranak je. Tak kuasa nak mandi manda bagai. Letih pun tak hilang dari Sabah hari tu.....

abaikan je baju akak tu kalau macam biasa nampak.....

gelak tengok patung2 binatang ni!!
hemmm....bergaya nampak?
sementara tunggu anak makan, berfoto di lobby hotel...

ruang tamu untuk tetamu tapi kami tak jejak pun......

Pengalaman ngeri dan tsunami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Syukur ke hadrat Allah, kami sekeluarga selamat sampai ketempat di tuju. Dapat berjumpa dengan emak, kakak dan yang lain2nya. Namun dalam penerbangan semalam, aku rasa nyawa ku hampir terbang melayang.......

Penerbangan kami dari Sandakan (kenapa Sandakan? sebab murah dari sana...) Kali pertama ke airport Sandakan, aku tengok seciput je bangunan tu. Pukul 8.00 am kami dah melepak disana, tunggu flight ke KL dalam pukul 10.25am. Tiba airport Sandakan, perot dah berkeroncong. Apa taknya? keluar rumah 5.30am, jiran sebelah tolong hantar. Aku sempat buat nasi goreng sebab ada nasi lebih semalamnya, sayang pula nak buang. Beras mahal nak buang2. Masuk dalam bekas taufu fa, masuk dalam beg shopping ku.

Rupanya masa tiba di airport Sandakan, takde apa yang boleh kami beli, takde kfc, mcd. Nasib baik masa di KK aku dah belikan anak ku biskut kegemaran dia, famous amos. Jadi, suka ke tak suka, perut dah berbunyi, kami makan je nasi goreng yang aku buat tadi. Beli air 3 botol, berkelah kat situ la pulak!!

10.30 am flight ke KL. Mataku benar2 mengantok, bangun awal pagi. Terus tidor tiga2 orang. Selepas sejam lebih perjalanan dalam cuaca yang kabur tak nampak apa, nak kata hujan, tak juga. Tiba2 kapalterbang kami seolah2 melanggar satu bumper (macam kita naik kereta laju tak berhenti langgar bumper) sampai terangkat kedudukan anak ku dari seat. Dia kurus, mudah terangkat. Pucat lesi muka kami yang dalam kapal tu. Siap pegang handle kerusi lagi. Mata ku yang mengantok pun jadi bulat terbuntang kerana terkejut. Anak ku yang sakit gigi sebentar tadi pun hilang sakitnya.

Ni la pengalaman paling buat aku takut nak naik kapalterbang. Bagaimanapun, aku serah segalanya pada Yang Esa. Mati, dimana2 pun boleh. Duduk diam2 kat rumah pun ada juga bencana, betul tak?

Baru2 ni kes gempa di Jepun, ketika tu aku dah selamat sampai. Tengok tv3 malam tadi, berita tsunami sepanjang malam. Ada juga keluar berita di belakang tempat kami tinggal tu, polis meronda sekeliling taman. Katanya penduduk di minta kosongkan kawasan rumah masing2. Hubby ku talipon jiran sebelah, katanya semua orang takde, tah mana2 pergi. Risaunya aku, Allah saja yang tahu. Setiap kali hujan ribut waktu malam, aku selalu bangun jengah ditingkap. Bunyi deruan air laut boleh dengar sampai kerumah ku sebab longkang besar tepi rumah menuju ke laut.

Setiap kali lepas solat aku berdoa, semoga kami dijauhi dari bencana alam dan sebagainya. Bukan saja untuk keluarga ku tapi seluruh umat didunia. Segala yang terjadi adalah atas kehendakNya. Sebagai hamba kita hanya mampu berserah dan berdoa minta perlindungan. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama.

Terbang Pulang..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Jika tiada aral melintang, esok pagi kami berlepas ke semenanjung......hehe....macam la nak keluar negeri. Beg baju, laptop, kotak berisi teh sabah, kopi tenom, keropok udang...semua sudah di bungkus rapi. Tinggal satu dua barang yang belum ku kemaskan. Sempat lagi mengadap komputer!

Kali ni pulang bercuti ku tiada tujuan ke mana sebab hubby kena bertugas di Seremban. Kami akan terpisah tiga atau empat hari, aku dan anak balik kampung suami. Dalam fikiran ku tiada apa yang nak ku beli atau cari. Mungkin sehelai dua seluar untuk anak. Aku nak cari baju tidor je.......tu pun kalau sempat.

Paling penting aku tak sabar nak sembang dengan adik dan kakak ku. Mak juga.......nak rasa masakan dia. Doakan kami selamat dalam perjalanan.

Puluh tahun berlalu, baru ku temu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Nasib baik aku tak delete akaun facebook ku. Baru2 ni terjumpa teman lama ku, best friend dari sekolah menengah.....Sumiyanti Dahlan....seronoknya!!Lama juga aku cuba cari dia, rupanya dia dekat dengan ku. Tak sangka dia masih menetap di Tawau.

Sejak lepas SPM, kami masih berhubung dengan surat (dulu mana ada handphone, internet lagi la...) Maksud ku bukan dulu2 takde kemudahan ni tapi masing2 sekolah lagi, kerja pun tah hape2......dah mewah sikit baru boleh beli hp sendiri. Sehingga dia kahwin dan ada anak, aku dan dia masih berhubung. Tapi rasanya aku yang kerap berpindah tempat tinggal maka terputuslah hubungan.

Sekolah menengah aku dulu ada asrama yang diduduki oleh murid2 Yayasan Sabah dan Serawak. Mereka2 ni dulu popular sikit sebab rupa dan loghat memang jauh beza dengan teman2 lain. Selalu jadi perhatian murid2 lelaki. Aku pula rapat dengan si Sumi ni, rapat bebenor. Kemana2 mesti dengan dia. Kekadang kalau teman lain kurang suka dengan dia, aku la yang jadi tempat dia mengadu hiba. Banyak kisah kami kongsi bersama ketika lepas zaman sekolah. Dulu, semua surat2 dia aku simpan kemas.

Minggu ni kami berhubung dengan fb dan handphone. Rasa macam tak cukup sehari nak sembang terutama hal anak2. Kemudian aku jumpa lagi teman sekolah yang lain. Makin meriah fb ku itu tapi mereka semua kerja, aku je yang goyang kaki kat rumah.

Aku tak sabar nak buat satu perjumpaan bila ada masa nanti. Pasti kecoh macam dulu2 sebab group aku ni terkenal dengan nakal dan kuat ketawa. Banyak peristiwa lucu zaman sekolah yang sukar nak ku lupa.

Pasti teman2 blogger pun begitu kan? Zaman sekolah adalah zaman paling menggembirakan.....


nota aku: Hati ku berbunga sekarang, macam orang sedang jatuh cinta!!

Kek Coklat Cheese n birthday

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni birthday anak ku, dari semalam lagi aku dah prepare buat kek coklat cheese untuk dia. Punyalah berselerak rumah padahal keknya sebiji je......hehe.....

Jadi malas nak update panjang2, korang pun bosan jugak nak baca. Resipi aku ambil drp cikmanggis tapi kek ku memang tak cantik gambarnya. Sedap memang sedap.......lebih2 lagi pada pencinta cheese macam anak ku. Bukan tak boleh beli untuk birthday dia, saje je nak menyusahkan diri sendiri. Itulah gunanya ada ibu yang surirumah sepenuh masa. Dengan bangga dia cakap kat kawan2 dia.......kek ni ibu aku buat sendiri tau! Ibu dia pun apa lagi, dalam hati ada sikit kembang daaa....

Cik Manggis, saya copy paste dari blog puan ye!

Bahan-bahannya:)

(A)
180 gm butter
20 gm serbuk koko
170 gm gula halus
4 biji telur
120 gm tepung naik sendiri (tepung ni takde, saya guna tpg gandum + 1 sk baking powder)
1 tsp baking powder

(B)
500 gm cream cheese
120 gm gula halus
1 tsp esen vanila
2 biji telur

Cara-caranya:)

(A)

  • Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder 2x-ketepikan
  • Pukul butter dan gula hingga gebu
  • Masukkan telur dan pukul lagi .
  • Kemudian masukkan tepung dan kacau sampai sebati-ketepikan
(B)


Pukul keju hingga kembang.Masukkan gula,pukul lagi hingga gula hancur.
Masukkan telur dan esen vanila dan pukul hingga adunan benar-benar sebati

  • Sapukan loyang dgn butter dan alas dgn kertas minyak.
  • Tuangkan separuh adunan (A) kedalam loyang.
  • Kemudian tuangkan (B) hingga habis.. keatas (A)
  • Akhirnya tuangkan adunan(A) yang separuh lagi ke atas(B)
  • Bakar hingga masak.
Agak lama aku rasa membakar kek ni, lebih dari 1 jam rasanya. Lepas siap bakar, sejukkan dan toppingnya aku ambil dari buku chef Anuar. Hias dengan coklat kaler merah (jangan tak percaya, aku buat tu) ikut dalam buku cara2nya. Sepatutnya coklat putih lebih sesuai, dah itu je yang ada kat rumah. Malas la nak membazir beli lain. Lagi pun minggu ni dah sibuk2 kemas nak balik semenanjung cuti sekolah nanti. Hati dah kat sana!!




Gambar tak berkualiti, kamera tak repair lagi (bukan rosak rasanya, tuan dia tak pandai nak setting bagai). Takpe, tunggu acik kayo.......beli Nikon yang ramai orang guna sekarang, jeles aku tengok gambar kat blog member2 semua cantik. Tapi kena sabar, dulukan mana yang lebih penting.

Kepada anak ku yang di kasihi, ibu tak kisah penat buat kek asalkan anak ibu gembira hari ini. Pagi tadi kita dah makan di pizza hut, seronok kan? Takde hadiah mahal2 tahun ni, apa yang penting kita bersyukur di beri peluang merasai kehidupan ini dengan keluarga tercinta. Di panjangkan usia, dapat menikmati kegembiraan bersama kawan2. Ibu dan ayah tidak mahu memberi kemewahan tanpa had pada mu kerana ibuayah mahu kamu belajar hidup sederhana. Cuba lihat orang lain yang tidak sempurna, tiada kasih sayang ibubapa, tiada pelajaran kerana desakan hidup tidak mengizinkan. Syukurlah, kita memiliki semua yang diingini.

Selamat Hari Lahir dari kami, ibu dan ayah doakan Aziz menjadi anak yang soleh. Amin.

Coklat dan coklat lagi!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Update blog kali ni takde resipi ye puan-puan sekalian. Nak tayang gambar coklat yang akak buat semalam. Mulanya percubaan buat coklat truffle, tapi agaknya silap resipi......hehe....main tiru kat youtube. Sudahnya dua hari coklat akak tu terperap dalam peti ais. Nak dibulatkan tak boleh (bukan tak boleh, dia lembik sikit) akhirnya lepas bulat2kan tu......terus ngap dalam mulut. Lain kali boleh cuba lagi, learn from mistake....omputih kata.....

Tayangan kali ni colour merah tau, akak baru beli kat bakery 2 hari lepas. Punyalah suka sebab tempat akak beli tu dah ada jual coklat compound. Cuma yang biasa akak beli di semenanjung tu tak ada. Takpe, janji halal.

Kali ni malas nak balut, biar je dalam tupperware..

Mesti korang kata, kenapa la merah kat bawah, atas sejemput je coklatnya kan? Sebenarnya akak dah terletak coklat dulu baru bancuh yang merah. Bagaimanapun akak rasa sedap lagi si coklat sebab yang merah takde rasa koko.

Ok la......jemput ambil sorang sebiji ye! Lepas tu boleh balik rumah masing2 dan kalau datang lagi lain kali mungkin tinggal mangkok je....hehe....

nota aku: akan cuba lagi coklat truffles sampai berjaya.....go zana go!!! u can do it!

Kek Pisang English Style

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam nak upload gambar kek tapi line internet punya la lembab, kejap putus, kejap ok, aku naik malas nak ngadap pc. Sampai ke malam macam tu juga. Dua hari ni cuaca gelap je.......syukur alhamdulillah, walaupun sekejap hujan sekejap panas, kita dapat merasainya dengan tiada bencana alam.

Kek pisang English style ni aku buat dua hari lepas. Ada lagi dalam peti ais, seloyang kecil pun susah nak habis. Rumah ni kalau kek pisang memang agak kurang suka. Tapi disebabkan ada pisang 4 ketul dalam peti, aku teringin mencuba kek ni yang ku ambil dari blog Teratak NurKasih.......terima kasih ye! Tapi gambar kek ku tak secantik Puan As punya. Resipi pun aku tokok tambah sikit, tambah chocolat chip je!

Copy paste dari blog Puan As......minta izin ye.


Kek Pisang English Style

Bahan-bahan;
180 gm tepung (yatt gunakan 90gm tepung gandum dan 90 gm tepung cake)
70 gm butter
2 biji pisang di lenyek ( besar satu jengkal jari, kalu pisang pendek tambah satu lg)
1 biji telur
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar gula perang
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla
sedikit pisang potong
serbuk kayu manis
sedikit gula pasir
 tambah 1/4 cawan fresh milk

Cara-caranya;
Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat.Akhir sekali masukkan fresh milk dan gaul rata.. Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.


kek ku memang tak cantik dan menarik tapi rasa dan tekstur tetap lembut.
aku guna loyang kecil dan bulat, tak letak kulit kayu manis.

RinDu terlerai dgn BlaCKy

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bagaimana cuaca ditempat teman2 blogger sekarang? Di rumah ku sekarang ni suasana gelap, langit KK diselaputi awan mendong dan hujan turun seawal pagi. Pasti yang tak bertugas hari ini akan sambung tidur lagi. Internet pula sekejap ada, sekejap putus.......aduhhh...

Sejuk2 begini teringat pula kat arnab belaan ku dulu, bila sejuk.....
.bulunya mengembang, kalau dipelok, suka sorokkan muka dia.
Aku rindu sangat nak bela binatang lagi tapi apakan daya, keadaan tak mengizinkan.

Hari tu singgah rumah kakak ku di Lahad Datu, aku dapat lepaskan rindu pelok 'Blacky', kucing mereka.


 Ibu Blacky jenis kucing yang hidung kemek tu, dia ni masih muda lagi tapi badan besar.
sedapnya pelok diaaaa....

Lucunya si Blacky ni diberi minum susu tepung yang biasa orang minum, habis berak2 dia. Sepatutnya diberi susu untuk kucing tapi anak kakak ku kata, takpe beri susu yang biasa kita minum. Manalah tak berak2, aku pesan kat kakak ku, kucing ni minum air biasa pun takpe.


nota aku: balik cuti nanti nak lepas rindu kat kucing kakak di BB.