my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Salam Ramadhan untuk semua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

 kredit pada iLuvislam.com

Hanya ucapan ringkas dari pb pada semua umat Islam yang menjalankan ibadat puasa di bulan mulia ini. 
Sama-samalah kita meraih keberkatan dan nikmat sepanjang bulan, capai apa yang kita inginkan, berdoa, berjemaah, beribadat dan bersyukur kerana masih dapat menjalani ibadah ini.

Mohon ampun dan maaf sekiranya pb tidak dapat berkunjung ke blog teman-teman untuk mengucapkan salam Ramadhan.

InsyaAllah, ada kelapangan akan berkunjung jua.
Amin.

Seharian dengan tepung dan tepung...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Aduh letihnya........dari lepas subuh hingga kemalam asyik menguli, menggelek, menggoreng dan membungkus kuih hingga ketika mengemaskini blog waktu begini (10.30 mlm) pb baru selesai semuanya. Tinggalkan begitu je yang bersepah kat dapur.

Sambil menaip, sambil tuam tangan kiri pb yang masih sakit. Bagus juga ada benda ni untuk tuam kat perut, bahu dan tapak kaki. Senang je, panaskan air dalam periok dan rebus benda ni. Bila dah lembut boleh diangkat. Balut dengan kain/towel (skrg pb letakkan atas bahu, leganya...) Bila dah sejuk tak payah pergi kedapur nak panaskan, cuma tekan punat merah yang ada dalamnya tu, dah panas semula.


Dah lama ada dalam simpanan, cuma malas nak guna. Nak kempiskan perut pun boleh kot? hehe...tapi malas nak buat.

Sambung balik cerita kat atas tadi. Makcik pb yang order karipap kentang campur daging, karipap sardin dan kuih gendang kasturi. Dia kalau nak selalu mengejut. Tapi dah rezeki Allah nak bagi, pb terima dengan hati terbuka. Walau penat, tak apa sekejap je. Puasa nanti boleh rehat puas2, itupun kalau boleh.

Karipap frozen yang telah di peket. Tinggal masuk frezer. Naik lengoh tangan pb ni memintal karipap, bahu pun rasa perit. Bila sakit sangat, berhenti kejap, lepak kat kerusi urut. Nak suruh anak atau hubby, kesian la pulak. Dah la hari ni tak masak untuk mereka.

Kuih kasturi agak leceh membuatnya........disebabkan dah selalu buat, tak jadi halangan bagi pb.....
InsyaAllah, jika tiada halangan esok akan dihantar terus sampai depan pintu rumah orang yang order.

Ada yang berminat? Kalau sekitar KK takde masalah nak order dengan pb.........senang ada kuih frozen, nak buka puasa tak perlu pergi bazar ramadhan. Buka peti ais, keluarkan dan boleh digoreng, senang kan?

Murahnya.....dan sos cili nasi ayam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Waktu pagi biasa ke pasar besar KK. Kebetulan hari ni pb kena masak untuk potluck cikgu sekolah hubby. Masak nasi ayam untuk 24 orang cikgu. So pepagi kita orang dah dating tepi laut KK (pasar filipine). Ingatkan hari ni boleh le santai-santai, lepak-lepak sambil jahit pencil case. Rupanya ada keroje kena buat......

Pasar ni kan, kalau beli sikit, rugi. Kena beli lebih sebab harga murah sangat. Ada ke kat semenanjung harga cili merah RM4 sekilo? Carrot sekilo RM3. Buah tomato sekilo RM1.50 sen? Sayur toksah tanya, satu bundle baru RM3 dan banyak lagi yang murah.


ni pagi lagi.......6.30am, nampak tak lada benggala tu? murah sangat, pb selalu beli sebab suka lada ni..


rasanya ramai yang borong sayur disini dan jual dalam pasar besar KK, sebab kalau dah masuk dalam pasar, confirm jadi mahal.....


yang ni pb masak sos cili untuk nasi ayam, tadi beli banyak cili hidup.......

Cili hidup di mesin (ikut suka banyak mana nak buat)
Bawang putih 3/4 ulas
Sos tomato
Cili kering kisar (3-4 sudu)
Gula melaka
Garam
Gula pasir (gula melaka tak berapa manis, tambah la gula pasir kalau nak manis)

Caranya senang je, mesin cili hidup dan bawang putih. Tumiskan cili kering dan masukkan cili hidup yang dimesin tadi.
Masukkan sos tomato, gula melaka dan garam.
Kadang kala nak lagi pedas, pb tambah cili padi.
Boleh juga perahkan limau kasturi atau air asam jawa untuk gantikan sos tomato.

Di Sabah ni nasi ayam dia lain sikit. Jadi kalau nak makan nasi ayam cara semenanjung, kenalah rajinkan diri buat sosnya sebab di sini takde sos macam ni (kebanyakkan restoran takde)

waktu pagi sekitar pasar filiphine......tak pernah bergambar kat sini, ni pertama kali pb ambil...

Tempe Goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Haha....takde masakan lain ke nak update? Mesti korang senyum-senyum tengok tempe ni, lepas tu kata pb dah takde idea nak update blog.

Ni bukan goreng biasa dengan garam dan kunyit tau.

6 keping tempe
2 sudu besar rempah kari ikan
1/2 sudu besar cuka
1 sudu teh gula pasir
sedikit garam
sedikit minyak

Caranya: (ada gak caranya ye....)

Gaul rempah, cuka, gula, garam dan sedikit air.
Kemudian lumurkan rencah campuran tadi ke atas tempe.
Biar sebati dan kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panasnya.


Serius cakap ni, pb tak suka makan tempe lebih2 lagi kalau dalam lodeh atau goreng begitu saja. Tapi yang ni pb makan dua keping sebab rasanya lain dari biasa.

sumber resipi dari buku masakan CITARASA MALAYSIA.

Sotong Lemak Daun Kunyit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Tak dapat nak tulis panjang2, pb selsema dan banyak kerja tak settle lagi ni.....
Resipi ni ikut suka pb sendiri dan kalau ada teman yang nak tokok tambah, silakan la ye.

3 atau 4 ekor sotong yang agak besar (pb beli sotong isi tebal, ntah apa namanya)
1 1/2 cawan santan pekat
3 atau 4 ulas bawang merah kecil
5 hingga 6 batang cili padi yang tak pedas sangat (cili akar)
Sekeping asam keping
sehelai daun kunyit yang di ceraikan
Sebatang serai
sedikit kunyit dan garam

Sotong dipotong memanjang supaya senang nak makan (bukan potong bulat2 tu)
Tumbuk bawang merah, cili padi dan masukkan dalam santan pekat.
Masukkan juga asam keping, kunyit, serai dan daun kunyit.
Bila santan mendidih, masukkan sotong (biasanya pb rendam sotong dgn limau untuk hilangkan bau hanyir)
Pb tambah sedikit air sebab sotong dah banyak air bila dimasak.
Jangan masak terlalu lama, matikan api.


Sedap bau daun kunyit menambahkan selera......

Ayam Panggang Madu (style ku)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pagi tadi bumi kami di Sabah, merasa sedikit hujan, walau seketika........jadilah, syukur tanaman diluar sana dibasahi hujan.

Pb tak dapat membebel lama2 ni. Nak update Ayam Panggang Madu, resipi yang bercampur aduk, tak ikut dari resipi asalnya. Mulanya ingat nak panggang biasa je. Pb pun perap awal-awal dengan bawang putih, halia, sos tiram. Bila nak bakar, boleh ubah pulak ikut resipi yang pb jumpa.

Macam ni la, pb tak taulah kalau2 ada yang kata ini resipi dia. Minta maaf la ye, sebab pb buat ikut suka suki pb. Bila kita dah banyak mencuba resipi dari orang lain, jadi idea datang bercampur aduk.

Pb jalan2 blog NZ resepi world dan terserempak dengan gambar ayam yang menyelerakan .tengok sini. Disebabkan pb dah perap ayam tu awal2, pb teruskan campur dengan resipi ni.

AYAM PANGGANG MADU (style ku)

1/2 ekor ayam (bersihkan dan potong dua)
3 sudu besar sos tiram
3-4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar jus lemon
1 sudu mentega
3 sudu besar madu
(pb tak guna garam sebab sos tiram dah cukup masin)

Caranya:

Perap ayam bersama bawang putih, halia yang ditumbuk dan sos tiram.
Perap lama lagi bagus.
Panaskan mentega bersama madu dan sapukan pada ayam.
Lumurkan juga dengan jus lemon.
Panaskan oven dan gunakan jaring pembakar diatas dulang oven.
Letakkan air dalam satu cawan lebih pada dulang oven (katanya agar ayam tak terlalu kering)
Bakar ayam selama 1/2 jam atau hingga masak.


Kami buat makan malam bersama nasi. Boleh juga cicah dengan sos.

 Anak pb suka sangat, dua kali tambah nasi....


Makan panas2 lagi sedap, kadang kala lebih bagus bakar sendiri daripada kita beli kat luar. Di Sabah ni banyak jual kepak ayam bakar. Elok ke makan makanan yang dibakar direct dari api tu? Sekali sekala takpe...

aktiviti di urut...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam pb tak sempat update blog sebab ada tempahan makanan untuk kawan suami. Gambar pun lupa nak snap. Dalam pada sakit tangan, pb buat juga masak-masak tu, sayang pula nak cancel.

Cerita pasal sakit tangan ni, dah lama sebenarnya. Pb rasa dah lebih sebulan. Entah apa silapnya tak tau la.......mungkin masa tidur tu pb tertindeh ke.....sebab time tidur pb suka letak tangan (meneleku) bawah pipi. Setiap malam suruh anak urut sampaikan dia merungut. Biasalah budak2 ni, kerja lebih sikit minta dibalas. Pb marah juga dan pesan kat dia tak baik macam tu. Cuba tengok nenek (emak hubby) bila dia suruh anak2 dia picit kaki, ada tak anak2nya minta nenek buat sesuatu sebagai balasan? Dia tunduk dan geleng kepala. Harap-harap dia faham selepas ni.

Ok, hari ahad lepas pb pergi urut tangan dan kaki di sini......


Mula-mula urut tangan RM20 selama 20 minit. Hubby dan anak pergi bersiar-siar kat ground floor, agaknya tengok jualan murah. Lepas tu rasa macam nak urut kaki pulak, call hubby tak berangkat, berkali-kali call. Iyelah...nak minta izin urut kaki pulak. Kalau buat keputusan sendiri nanti dia bosan pula menunggu setengah jam kat situ.

Masa 'nyonya' ni urut tangan pb, katanya banyak angin dalam badan. Kalau dibiarkan akan mendatangkan sesak nafas. Setakat ni belum la lagi sesak nafas, harap2 tidak ler. Urut tangan kiri tu memang la sakit sangat tapi tangan kanan pun lebih sakit dari yang kiri. Macam mana tu? Lepas urut, dia sapu minyak panas dan dituam dengan biji2 halus seperti pasir agaknya. Dia pesan, lepas ni....sis (pb) rendam tangan dengan air suam campur garam. Lepas tu sapu dengan losyen atau minyak urut yang panas dan tutup dengan baju lengan panjang atau selimut. Jangan kena air lepas tu.

Urut kaki pula RM18 campur tax RM1. Bila dia urut sebelah tepi kaki kiri dan kanan, katanya pb mengalami sakit bahu. Betul la tu, banyak kerja rumah. Bahgian jari2 kaki juga sakit teramat sangat, macam di cucuk dengan kayu tajam bila dia urut. Katanya ada masalah mata. Agaknya power spec pb nak bertambah kot.....hemm...
Bahgian tumit juga sakit teramat sangat, dah tentu masalah peranakan tu. Pb kan ada endometriosis, dah lama tak check up kat Putrajaya. Lepas urut rasa lega badan ni. Mungkin nak urut satu badan pula sebab lebih murah, RM35.

Esoknya (semalam) lengan pb lebam dan nampak kemerahan. Barulah terasa sakit macam nak demam. Pb agak kurang suka berurut, alasannya.....sakit....

Jadi pagi semalam, pb sarapan diluar, order air jus carrot (cadangan hubby), sedapnya.....

walau agak terlambat mengamalkannya, tak apa la.......usaha dulu baru nampak hasilnya....


abaikan 'jari-jari gempal itu', hubby makan nasi lemak dan pb pula roti bakar, baked bean (takde la suka sangat tapi kurang selera nak makan berat pagi tu)


nota pb: terima kasih follower yang baru tapi takde blog kat profile, mcmna ek?


Seronok jumpa Kak Rose atau Kak Yon

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Kakrose atau kak yon (http://kakrose.blogspot.com/) dari blog Pangkin Nenek bersama puan blog yang kureng sihat tadi. Kami jumpa di Marina Court jam 8 pagi dengan membawa 2 kotak cheesetart dan blueberi crumble buatan pb.

Puan blog juga dapat buah tangan dari kak rose, cute dan sweet macam orang yang bagi tu.....hehe....kakrose jangan marah ye......kapalterbang tak landing lagi, zana dah update blog pasal kita.


Terima kasih kakrose atas pemberian ini. Maaf la, zana tak dapat nak buat sesuatu sebagai cenderamata sebab minggu ni zana agak sibuk. InsyaAllah kalau kakrose datang lagi, adalah bahagian untuk kakrose.

Pasti kakrose seronok bercuti ramai-ramai dengan anak dan cucu. Penat berjalan satu hal, penat mengurus anak-anak dan cucu yang macam2 kerenah, betul tak? Sabar la kak rose, bila dah besar nanti, masing-masing dah pandai urus diri, senang la nanti.

InsyaAllah, jika kena pada masa dan kebetulan kami sekeluarga ada di Semenanjung, kami akan cari rumah kakrose. Rumah yang dulu pun naik pening kepala mencarinya. Tak tau la yang baru ni.........
Maaf la tak dapat sembang lama-lama sebab si budak manja tu tinggal kat rumah sorang2, taknak ikut pulak dia. Kalau tak, maunya macam dulu kita menyembang dari tengahari sampai ke petang. Nasib baik mami (Lela) dan anak manja gebeng takde.....pasti riuh kalau jumpa mereka....

Zana doakan kakrose selamat sampai kerumah bersama keluarga tercinta. Nak datang lagi nanti bagitau zana awal-awal, boleh kita konvoi sama-sama.

Tat Bluberi Crumble

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dalam pada badan tak sihat (sikit je) pb sempat buat tart untuk Kak Rose/ kakyon yang datang bercuti di Sabah 3 hari ini. Bagaimanapun ketika ini pb belum sempat berjumpa dia kerana kakrose sekeluarga masih belum pulang dari kaki gunung Kinabalu. Seronok sakan kakrose dengan famili yang ramai tu.......

Tat Bluberi Crumble ni dari buku Kompilasi TAT dan BROWNIES oleh Salhah Bujang. Dah lama beli, tapi bila nak buat tart, selalu tak jumpa cari. Sekarang ni pb dah susun semua buku resipi kat satu tempat.

Pb tolong salinkan resipi kat sini ye. Cuma bahan pastrinya pb tak ikut dalam buku ni. Kalau ada sesiapa yang nak cuba, silakan. Seeloknya buat separuh adunan dulu.

Bahan-bahan:

  • 500 gm tepung gandu
  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  1.  Bahan topping:
  •  180 gm tepung gandum
  • 80 gm gula merah/perang
  • 80 gm mentega lembut
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Jem bluberi secukupnya

Cara membuat kulit tart:

  • Campur tepung dan gula aising. Gaul rata.
  • Masukkan mentega dan uli lembut sehingga menjadi serbuk yang kasar.
  • Tuangkan telur dan esen vanila. Uli hingga lembut.
  • Bentuk doh di dalam acuan tart.
  • Bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 180C.

Topping:

  • Campur gula merah, tepung gandum, serbuk kayu manis dan serbuk penaik. Digaul rata.
  • Masukkan mentega dan gaul sehingga menjadi serbuk yang kasar (crumb). Biarkan sekejap.
  • Masukkan 1/2 sudu makan jem bluberi kedalam kulit tart dan tabur crumb di atasnya. 
  • Bakar sekali lagi selama 20-25 minit pada suhu 180C.




Tart ni sesuai dengan mereka yang tak suka makanan manis. Sedang elok je......

Harap kak rose suka ^..^

Aduhai Encik Suami!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Dua tiga hari lepas pb sembang2 dengan hubby dalam kereta (biasa kalau naik kereta berdua lebih banyak idea nak sembang berbanding kat rumah, kenapa ek?)

Pb tanya,
"kenapa orang lelaki suka suruh orang perempuan jaga kesihatan, makan vitamin, makan makanan tambahan seperti spirulia, minum kacip fatimah, herba dan lain2 lagi?"
"kenapa orang lelaki taknak sama-sama jaga kesihatan walaupun 'sayangkan' isteri tu?"
"suami kakak saya pun macam tu jugak, suruh kakak dulu yang amalkan, dia taknak"
"dia kata, awak la (kakak pb) dulu minum/makan......awak kan tak sihat, kena jaga badan...bla..bla..."

Hubby pb jawab.......
"Awak kena faham.......kebanyakan lelaki memang begitu. Mereka utamakan isteri, anak2 dan keluarga dulu berbanding diri sendiri. Saya yang cari duit, jadi saya kena pastikan keperluan keluarga mencukupi."

Pb potong cakap dia......
"Kalau macam tu, kita sama2 la jaga kesihatan. Saya sihat, awak pun kena sihat. Kalau tak, macam mana awak nak bekerja?"
Dia jawab.....
"Saya tak apa2, awak tu yang penting...."

Pb kata.....
"habis tu, kalau awak takde, bagaimana saya dan anak?"

Dengan pantas dia jawab......
"PENCEN saya kan ada...."

Aduhai suami tercinta, bukan WANG yang ku perlukan tapi diri mu itu amat berharga buat kami sekeluarga. Harta kekayaan kita boleh cari di mana2 muka bumi ini tapi SUAMI yang baik, penyayang, beriman, soleh dan berhati mulia bukan senang aku nak cari.

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan kita demi diri ku, diri mu sendiri dan anak kita. Begitu juga demi keluarga2 yang kita kasihi. Sayangi diri kita sebelum kita menyayangi orang lain. Itu lebih penting.

Mihun 'bodoh'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kesian Mihun kan? tiba-tiba dapat gelaran 'bodoh'. Kalau tak silap kat blog MG hari tu ada jugak pb nampak dia update pasal Mee Bodoh........kelakar la pulak nyebutnya.

Tadi pb sibuk sangat, bukan tadi je.......dah seminggu ni agak kelam kabut 'rumahtangga' kami.....hehe...jangan salah sangka pula ye!
Bukan apa, sibuk dengan tempahan kuih dari makcik, tempahan kraf felt dari kawan anak dan urusan lain yang kena selesaikan dalam minggu ni.

Oh ye, sebelum tu pb nak ingatkan pada mereka2 yang parking kereta tak kiralah area rumah, pejabat, shopping complex dan pelbagai tempat awam. Tolong jangan tinggalkan barang-barang berharga anda dalam kereta sekali pun untuk sejam dua.
Baru2 ni adik angkat hubby yang baru kembali menetap di KK, kereta dia di pecahkan cermin kerana si perompak tu nampak beg laptop yang ditinggalkan kat seat belakang. Paling mengecewakan adik angkat tu,  dia lupa nak bawa keluar beg duit yang ada wang tunai RM800/, semua hilang samada IC dan kad-kad bank.
Sempat juga si perompak mmenggunakan kad bank dia dan mengeluarkan duit RM200. Entah macamana dia guna, pb pun tak tau.

Cakap pasal mihun bodoh ni, teringat kat anak sedara pb yang sulong tu. Kalau mummy dia masak mihun kosong, takde sayur taugeh, sawi, takde udang atau ayam, siap la kena 'sound' dengan dia.
Mummy masak mihun apa ni? bodoh je rupanya? hehe....mesti kakak pb senyum simpul kalau dia tegur.

Makan malam kami pun dengan mihun bodoh jugak. Dah malas nak fikir masak apa, mood pun tak berapa nak elok. Letih, sakit tangan dan kaki yang jadikan angin malas memasak. Tapi kena masak juga, kalau tak nanti ada orang bangun malam masak maggi!

Cendol simple ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Cuaca di Sabah sekarang ni betul2 hangat, kering dan begitu terik. Kalau pb keluar pagi pukul 7.30 pun dah terasa teriknya. Apa lagi bila matahari terpacak atas kepala. Masa ni la pb rasa kasihan pada mereka2 yang berkerja di tepi-tepi jalan (JKR), mereka yang bekerja sendiri disawah padi dan sebagainya.

Walaupun kita kepanasan, kita masih beruntung dapat berlindung dalam rumah, pejabat dan seumpamanya. Bersyukurlah dengan apa yang kita hadapi dan cuba atasinya tanpa merungut.

Ok, tadi dipasar pb sempat beli cendol. Lama betul tak minum cendol kat bawah pokok (mamak yang jual tu ada lagi ke?). Teringat bila dating dengan hubby dulu, bawah pokok pun tak kesah.

Ni cendol simple pb, tak guna santan. Kononnya santan tu menggemokkan padahal masak lauk dan kuih muih tetap guna santan.

Warna cendol pb tak begitu gelap sebab gula melaka yang pb guna tu kurang warnanya. Tapi sedap.......

Masak gula melaka hingga pekat, kalau kurang manis tambah gula pasir sedikit.
Tuang susu cair dan gula melaka bersama cendol. Letakkan ais ketul, simple dan cepat.
Bila musim panas begini, minuman nak berais je.......
Walaupun dah tahu tak sihat untuk badan, nak jugak!

Roti John simple saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sarapan apa pagi ni? Kita orang biasanya kalau berdua.......(hehe...anak dah pergi sekolah, tu yang tinggal berdua) sarapan simple je, yang penting kenyang. Kalau makan kat kedai pepagi ni, pb biasa minta soto ayam dan bergedil. Tapi buat sendiri lagi sedap sebenarnya, cuma malas la pulak kalau sorang je yang nak makannya.

Kadang-kadang pb buat roti john simple, macam ni.......

Pecahkan sebiji telor, bubuh garam. Potong kiub bawang besar, buah tomato dan kalau ada ayam cincang, boleh gak letak. Gaul rata....dan tebarkan atas kuali leper. Bila setengah masak, potongkan roti john dan lekapkan atas telor tu.....


Bila agak2 dah masak, bolehlah di angkat. Letakkan sayur seperti timun ke, kobis ke......sos dan mayonis. Dah siap, macam ni je pb buat sesimple dan secepat yang boleh. Maklum la.....kat sini agak sukar nak dapat makanan yang sesuai dengan selera pb. Jadi, kenalah buat sendiri kan?


nota pb: tak sempat juga nak bw hari ni.......kesian kawan2 ku....


Unik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Salam semua....pb agak sibuk dua tiga hari ni, tak dapat nak bertegur sapa dengan teman2 blogger.
Sekarang pb nak siapkan tempahan karipap dari makcik dan juga pencil case dari kain felt untuk kawan-kawan anak pb.

Gambar karipap tu bukan pb yang buat. Cuma snap untuk suka2 sebab pb belum pernah tengok bentuk karipap macam tu sebelum ni. Walaupun tak cantik, rasanya sedap, rangup. Harga agak mahal (mahal ke kalau 50 sen sebiji?) Bagi pb bentuknya agak unik......

Ok nanti pb cerita kemudian, ada tugasan pagi2 ni........see you!

Peria Masak Lemak Putih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Selamat berhari mingguuuu......seronok ke hari ni? Mana yang tak kerja tu, mesti masih golek-golek atas katil lagi macam hubby ku.....huhu....kita orang pompuan mana boleh, kan?

Malas nak cerita panjang sebab nak kena fikir sarapan apa pagi ni. Ingat nak goreng roti canai segera, inti telor, makan dengan kuah kari semalam. Suka tak suka, kena makan pagi. Tak elok tak makan pagi, nanti waktu makan tengahari 'terbanyak' pulak suapannya....hehe....


Dah lama pb masak sayur petola ni. Disebabkan gambarnya tak berapa elok, pb simpan je kat dekstop. Tadi agak rajin sikit, ubah2 gambar tu kat photoscape, macam ok la pulak (agaknya la kalau nak banding dgn gambar asal)




Kalau ada yang nak resipi simple ni, nanti la ye......tadi dah type, tah mana pulak hilangnya. Dah malas ni....

Nasi Tomato (style ku)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Bosan kan kalau makan nasi putih hari2? Hari ni pb masak nasi tomato style pb (maksudnya, tak cukup bahan la tu) tapi pb suka macam ni, tak merah sangat.

Mungkin ada teman kat sini yang dah biasa masak nasi tomato dan akan kata nasi tomato pb ni simple sangat. Memang pun.......

NASI TOMATO

2 cawan beras basmathi (makan untuk 4/5 orang) bersihkan dan tos
1/3 cawan susu cair
Minyak sapi (pb guna planta sebab takde minyak sapi)
Bawang besar sebiji (kisar)
Bawang putih 2/3 ulas (kisar)
Bawang merah 4/5 biji (dimayang halus)
Bawang putih 3 biji (dimayang halus)
Kulit kayu manis dan buah pelaga (agak2 la nak guna banyak mana)
Buah tomato (kalau kecil pb guna 4/5 biji, di mesin)
Air untuk memasak nasi mengikut sukatan beras (pb guna 2 setengah gelas/lebih)

Caranya:

  1. Panaskan minyak sapi/planta dalam periuk. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah dan bawang putih yang dihiris tadi.
  2. Kemudian masukkan juga bawang merah dan putih yang telah di kisar.
  3. Setelah kuning dan naik bau, masukkan air yang telah disukat.
  4. Biarkan mendidih, baru masuk beras.
  5. Bila nasi hampir kering, masukkan tomato yang dikisar bersama susu cair.
  6. Kacau rata nasi.
  7. Kalau sukakan nasi lebih merah, tambah dengan tomato puri. Pb tak berapa suka, lagipun takde stok kat rumah. Selalu beli asyik terbuang je.......


Kita orang suka makan nasi tomato dengan ayam masak kari. Lawannya sambal mangga dan ikan goreng panas-panas.


Masak kari kan.......lebih sedap perahkan limau daripada guna asam jawa. Pb selalu buat macam ni........ikut macam kakak tapi dia masak kari daging. Katanya kalau masak kari daging lebih sedap perahkan limau dan tak perlu letak asam.

Memang betul lebih sedap begitu......dan jangan takut mencuba.....

Hanya gambar...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam pb agak sibuk sikit (sibuk ikut laki kehulu kehilir je....sbg peneman). Lepas Aziz masuk kelas, kita lepak kedai mamak makan mi goreng mamak (padahal bukan mamak pun yg buat). Kemudian lepas pot pet dengan hubby dalam sejam, kami ke imigresen untuk settle passport anak. Dah rasa macam 'bangla' la pulak pada hal dalam Malaysia.

On the way kesana, pb sempat snap foto alam ciptaan Yang Esa ini, indah bagi pb.








Ni ambik masa dalam kereta, awal pagi dalam pukul 6.10 am. Kalau kat Semenanjung masih gelap lagi kan? Sini dah terang benderang, pukul 8 pagi dah macam 10 pagi.

Semalam juga pb pergi ke kedai Elken. Dah lama sangat tak beli spirulina atau lain2 barang kat Elken. Ini pun sebab dapat message hp dan diberi voucher RM100 untuk tebus barang. Jadi kami ambil pakej yang ada tiga barang. Spirulina 250 tablets, Ester C (vitamin C) 30 tablets dan Lactose 3 peket. Hanya tambah RM110 sahaja. Bagus juga Elken buat macam ni.......walaupun kita sebagai ahli kadang2 lupa atau bajet ciput nak beli barangan dia tapi dengan cara begini, agak menguntungkan kedua2 pihak.

Sekian untuk dua hari ini. Banyak kerja nak selesaikan. Ada tempahan pensil case dari kawan-kawan anak pb. Walaupun jual murah2, sekadar mengisi tabung anak dan mengajar dia supaya berjinak2 dalam dunia berniaga.

Manggis?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni takde resipi ye. Pagi tadi buat jemput2 ubi keledek. Macam tak sedap pulak, buat sepiring je......
Lepas hantar anak, biasalah kami dating kat tepi laut. Jalan-jalan sambil gurau senda....hehe....macam la kat rumah tak dapat bergurau. Pb suka jalan tepi pantai, udara segar dan nyaman waktu pagi. Tenang dan tak ramai orang.

Tiba-tiba pb terjumpa buah manggis yang bertaburan kat tanah. Comel dan menarik warnanya.......


Tanya kat hubby, betul ke ni manggis? Kenapa sebelum ni pb tak pernah jumpa pun? Tak puas hati, pb kekah buah tu dan tengok isi dalam. Iye la.......isinya macam manggis tapi warnanya agak kekuningan.
Pb suruh hubby rasa.....katanya rasa manggis tapi masam sangat. Berkerut-kerut muka dia. Itu pun cuma rasa kat lidah, bukan makan seulas. Serious, pb belum pernah jumpa manggis yang cute macam ni. Mungkin orang lain tak hairan. Pb ni kan asyik duduk rumah je, nak kemana-mana kena tunggu 'driver' free baru boleh.

Patut le takde orang nak makan manggis ni, masam rasanya. Dongak ke atas pokok, banyak lagi buahnya yang merah-merah. Pb rasa geram sangat sebab pb suka manggis. Kalau balik rumah hubby, pb mengharap sangat ada musim manggis. Sanggup jolok sendiri dengan galah panjang. Terhoyong hayang pb sebab galah lebih berat dari tuannya...........

Lepas tengok manggis, tekak pb teringin pulak 'raja' buah. Entah bila dapat makan. Mak hubby kata tengah musim kat rumah sana, harap2 sempat makan balik raya nanti. Oh durian.....tunggu la dulu, jangan gugur banyak sangat ye....tinggalkan sikit kami yang jauh ni!!

AWARD dan TAG dari MaDiHaA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...



Sebenarnya kan, seminggu dua ni pb benar-benar sibuk (kalahkan orang keje pejabat). Orang perempuan mana boleh duduk diam, kalau tak.......tak makan la satu rumah....tongkang pecah jadinya dalam rumah macam dilanggar ribut. Faham ke maksudnya?

Nak menjawab TAG dari http://mamawandiha.blogspot.com/ aka Ratna ni sebenarnya agak lewat juga. Tu kain baju menimbun tak lipat, belum yang gosok lagi. Belum jengok kat dapur, ikan belum keluar dari peti.
Kejap eh......gi tengok mesin basuh jap.....tang masuk air tu rosak la pulak, kena guna getah panjang.....adeh!

Ok......kena tulis 7 perkara tentang diri sendiri? Adoi, malu nak kenalkan diri kat orang lain sebab pb ni pemalu orangnya. Tak caye, tanya mak pb dan kawan-kawan lain. Dari kecik sampai ke tua, macam ni ler......

Mula menaip dari pukul 9.50 am tadi........

1. Pb anak ke 4 dari sepuluh orang adik beradik. Lima adik beradik sebapa dan lima lagi bapa baru (dah meninggal). Sejak kecil umur 2 tahun lebih pb dah takde ayah. Jadi boleh bayangkan sendiri la, bagaimana perwatakan pb terhadap lelaki. Agak susah nak berkomunikasi dengan kaum2 tu. Pb biasa dengan pak sedare yang ketika tu masih bujang dan sayang sangat dengan pb.

2. Pb dulu adalah anak manja dan dijaga oleh arwah tok dari kecil sehingga 18 tahun. Setelah tok meninggal barulah pb balik dengan mak. Terasa kekok bila dikelilingi adik beradik yang ramai, susah nak sesuaikan diri. Kena pulak pb ni jenis yang 'kememe', sikit2 nangis, sikit2 merajok.....
Ketika zaman kanak-kanak, pb tak lasak dan tak ramai kawan. Pb bukan jenis merayap serata kampung naik basikal. Malah hingga sekarang tak pandai naik basikal, boleh bawa kereta je......hehe.....

3. Pb ni kecil je orangnya. Masa remaja dan sebelum kawin, body boleh tahan la.....fuiyo...puji sendiri ni. Betul, tak tipu punya. Sebab boleh slim? Pb tak makan nasi sangat. Masa kerja dulu, pb tak makan tengahari yang berat-berat. Selalu makan roti dan buah. Pagi-pagi selalu exercise sit up atau lari2 anak dalam bilik.....hehe.....
Sekarang pun masih tak tinggi juga orangnya. Cuma bertukar size dari S ke XL atau L. Tapi size kaki tetap maintain size 5. Dalam adik beradik, pb sorang yang kecil sizenya. Abang tinggi 5 kaki 6 inci, adik lelaki pun hampir 5 kaki 7 inci. Adik perempuan 5 kaki lebih. Begitu juga kakak pb, semuanya tinggi. Tapi arwah bapa pb memang rendah dan terbukti pb ni anak dia......hehe...

4. Pb suka beli kasut. Dari baju, pb akan pilih kasut. Soal baju tak cerewet sangat. Asalkan tutup dah ok. Tapi dulu pb ni agak rockers skit. Bila ingat balik kisah2 lama, lucu juga. Tak sangka sekarang masa mengubah diri kita. Usia menjadikan kita lebih matang dan bijak berfikir.
Masalah paling besar pb kalau beli baju kurung readymade. Memang susah nak cari yang berkenan dihati. Kalau pinggang dah ok, kena otter labuhnya. Lengan pun dipendekkan. Nak beli saiz S, kat punggung pulak sempitnya. Tu yang pb jarang pakai baju kurung. Beli pun setahun 2/3 helai je........

5. Apa lagi eh? Pb tak suka masak sebenarnya. Kadang-kadang macam hipokrit pulak. Dalam blog banyak kongsi resipi tapi hakikat sebenarnya......dulu la....ni cite dulu2.....memang tak berminat dengan masakan. Tapi sebab mak pb pandai masak, kakak pandai masak, adik pandai masak.......makanya pb pun kira boleh memasak dengan sendirinya. Kami sekeluarga dulu selalu ambil catering kat kawasan rumah. Sekali masak bukan sikit2, main ribu orang tau. Walaupun pb dulu berkerja, pb tak kekok didapur. Cuma pb tak ambil kesempatan belajar dengan mak rahsia2 dia masak sedap.

6. Tak suka pakai spec. Tapi terpaksa, maklum la dah tua....mata pun rabun dekat. Rimas dan rasa tension. Macam rasa berat je kat muka ni......lebih suka tanpa spec tapi kena ada orang kat sebelah le....tolong baca mana yang tak nampak. Dulu2 ok lagi bila terlupa spec tapi sekarang tak boleh. Naik pening kepala kalau tak pakai.

7. Pb tak ramai kawan dari sekolah, kerja hingga sekarang. Pb tak suka bertandang rumah jiran kalau takde hal penting. Mungkin orang lihat pb ni sombong. Sebenarnya pb pemalu, rasa rendah diri nak bergaul dengan orang luar. Suka menyendiri, suka menonton tv, membaca dan paling suka kraftangan.
Tak suka orang yang takde disiplin, pengotor, malas dan penipu. Tak suka diberi janji-janji manis dan tak layan dengan mereka yang berlagak mewah.


Adehh....dekat 1 jam jugak buat bendalah ni. Terima kasih la kat Madihaa aka Ratna kerana bagi tugasan untuk diri sendiri. Nasib baik cerita diri sendiri, kalau hal2 politik memang tak tau nak tulis apa.

Kena TAG orang lain ke? ala.....takde masa ni, mesin tu dah bising mintak airnya tuuu.....

Qila
Cik Mimi
Anis
Maya
Syima

Nama2 diatas yang pb cuba cari untuk di tag. Sila senaraikan 7 perkara tentang diri anda.

Siap tugasan......fuhh....1.10 pm baru siap....

Hari ini dalam Sejarah 'Keropok Lekor'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hehe.....tajuk macam gempak je kan? Memang gempak pun sebab 'puan tanah' dah pandai buat keropok lekor sendiri. Lepas ni tak laku la keropok lekor tepi jalan kat rumah tu......
Anak pb kata kalau nak beli kat area rumah kami, kena tunggu 20 minit (biasa la, nak goreng dulu), kesian dia. Suka sangat keropok lekor, balik Kelantan mesti beli bawa balik Sabah. Tapi orang kata keropok lekor Trengganu lebih sedap. Pb rasa pun memang sedap Trengganu punya.

Cerita panjang tak guna, hari ini dalam sejarah pb mencuba buat keropok lekor. Search kat internet dan pb tengok resipinya lebih kurang sama. Dan ini percubaan pertama. Alhamdulillah.........hampir menjadi.....

Percaya tak pb yang buat tu? nampak macam boleh buat busines je ek? senang rupanya buat keropok ni....

selepas direbus.......buat sikit je untuk percubaan.......



Keropok ni pb buat sukatan sendiri, sebab baru nak cuba......

230 gram isi ikan (pb guna ikan basong, org Sabah panggil basong)
(ikan dibuang tulang dan tumbuk hingga lumat)
100 gm tepung kanji (lain kali nak kurangkan lagi)
50 gm tepung gandum
sedikit air untuk menguli
garam (tadi buat kurang garam, kena komplen dgn hubby)

Gaul semua bahan kat atas tu dan bentukkan panjang.
Panaskan air dalam periok dan rebus keropok tadi.
Bila nak goreng baru potong serong atau nipis.
Cicah dengan sos (sos pun buat sendiri)

Ok la buat sendiri daripada beli, belum tau bersih ke tak. Bagusnya kita boleh pilih ikan apa yang kita nak buat keropok.

Ikan Kerisi Tauco

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Terima kasih pada teman-teman yang menjadi silent readers bagi blog ni. Ada ke?? Maaf kalau tak sempat nak bw setiap hari. Kat shout box pun tak balas sebab pb biasa pergi ke blog korang.......

Dah lama tak pergi taman pagi2, selalu lepas kami hantar anak, ada jugak la jalan-jalan kaki kat Perdana Park. Hari ni mood terajin che abe pb tu, jom la kita 'jalan-jalan' katanya.

Tak sampai setengah jam, peluh tak sempat menitis kedahi.........dah ajak balik? Katanya mengantok sebab makan pil malam tadi, kesannya masih ada......hemm...boleh terima ke alasan tu?

Sudah la jogging tak keluar peloh........

.melepak pulak bawah pokok dengan bunga yang bertaburan......nyamannya...
(ada bangku bawah pokok ni, kami lepak dan bincang hal semasa......ewah...macam la PM)

Kelain pulak pb melencong, nak taip resipi ikan kerisi masak tauco.......ni masak petang semalam. Biasanya ikan kerisi ni sedap masak sambal atau goreng gitu je. Anak pb tak makan pedas, so kena la masak yang simple2.

IKAN KERISI TAUCO

Ikan kerisi 2 ekor (digaram kunyit dan goreng dulu)
1 biji bawang besar (hiris kasar/potong melintang)
1 biji cili hidup (hiris kasar)
sedikit halia di hiris halus
2 ulas bawang putih dihiris
2/3 sudu besar tauco
Air asam jawa sedikit (agak2 la nak banyak ke sikit)
Kicap (kalau suka letak, tak pun takpe)
Garam dan gula

  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali (2 sudu) tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.
  • Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tauco.
  • Masukkan gula dan garam. Pb masukkan kicap sikit, bagi gelap kaler tu.
  • Akhir sekali masukkan cili hidup dan boleh juga pecahkan cili padi kalau nak pedas.
  • Curahkan kuah tauco atas ikan goreng tadi atau sebaliknya.

Kita orang makan ikan tauco ni lawan dengan sambal belacan dan ulam daun selom. Cukup menyelerakan.

Kek Pisang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam petang pb sempat buat kek pisang, kesukaan anak pb. Dia suka sangat makan dengan syrup coklat. Sebelum tu pb beli pisang sebab nak suruh dia makan mentah. Dia memang susah nak makan buah tapi kalau pisang dia agak suka juga.

Selepas 3 biji pisang dia bedal, dia request ......'kalau buat kek pisang pun sedap ni!', nak kek la pulak!
Sebab anak nak makan, ibu sanggup susah payah buat (walaupun sebenarnya tak susah pun)

Resipi ni dari buku Chef Anuar 2, rasanya pernah buat dulu....tapi resipi dari orang lain rasanya.
Ok kita share kat sini........

KEK PISANG
sumber drp buku  Chef Anuar

Bahan-bahan:

200 gm gula kastor
4 biji telor gred B (pb guna 3 biji telor yang besar, Omega)
45 ml susu segar
250 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam
3 gm soda bikabonat
15 gm ovalette
2.5 gm serbuk penaik
179 gm pisang masak
1/4 camca teh esen pisang (takde dlm simpanan, tak letak pun)
1/2 camca teh esen vanila
170 ml minyak jagong 

Cara membuatnya:

  1. Campur gula, telur, susu, tepung, gara, soda bikarbonat, ovalette dan serbuk penaik di dalam mangkuk pembancuh.
  2. Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
  3. Lecek pisang yang dicapur esen pisang dan esen vanila.
  4. Masukkan pisang kedalam adunan tepung. Kacau perlahan-lahan menggunakan camca (dlm buku guna camca)
  5. Masukkan minyak jagung dan kacau rata.
  6. Isikan adunan kedalam acuan yang telah di lengser dan dialas dengan kertas minyak.
  7. Bakar sehingga masak pada suhu 170C lebih kurang 40 minit.

Kenyataannya, kek pb dah elok2 naik tinggi sampai terkeluar dari loyang (keluar sikit je) lepas tu pb pergi tukar 'channel' la pulak, memula guna yang berkipas, lepas kasi padam kipas tu.......huhu....kek jadi menurun.
Apa-apa pun dah habis separuh dah kek tu. Sedap dimakan masa panas-panas!!


walau tak menarik, yang penting kek ni lembut dan lembab.......kalau beli kat pasaraya, agak kering dan tak terasa sangat pisangnya.......

Apam Polkadot

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sana sini orang memperkatakan tentang 'Bersih', kat facebook pun rata-rata bercakap soal tu. Kami di Sabah hanya dapat membaca melalui status teman-teman dan melihat berita di tv atau internet.

Apa-apa pun kerja rumah kena teruskan juga, betul tak? Bersihkan rumah lagi bagus. Petang tadi pb sempat buat apam polkadot ni, ambil dari blog Ros www.jintanmanis.com/ dan dia pun dapat sumber dari sheely@myresipi.com. Terima kasih pada kedua-duanya, comot koreng tangan akak buat apam ni, nasib baik hubby takde kat rumah. Dapat la hulur kat jiran sebelah yang belum pernah dihantar juadah. Jiran sebelah pb tu hari minggu je ada kat rumah. Dia cikgu juga tapi mengajar jauh, balik seminggu sekali dan baru juga menetap area rumah kami.

Ok, cerita panjang pulak. Ni resipi pb tolong copy paste dari blog Ros.......

APAM POLKADOT (filling strawberry)

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )


3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) pb guna telor Omega
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Nak tengok Ros punya Apam Polkadot dia, tengok SINI

  guna acuan kuih lompang macam Ros jugak, lepas tu isikan separuh dan masukkan inti strawberi tu........masa mula2 buat pb terkial-kial sebab tak isi adunan dalam corong plastik (benda tu ada tapi malas nak guna) cedok dengan sudu je......

 bawah letak warna merah, saje je nak pikat hati anak.........

yang ni agak cantik sikit dotnya..........berbanding yang lagi satu tu, macam main pondok-pondok la pulak..

yang ni jangan tenong lama2, tu main conteng-conteng je.....






last2 ok sikit sebab pandai agak............



Ada nampak lobang ek? tu kan........pb malas nak cover penutup kukus dengan kain/towel, kejap2 pb buka penutupnya, buang air wap (tapi jangan buat macam ni, takut apam bantat pulak)
nota PB: ni peringatan, makan apam ni kena sediakan air kat sebelah
, orang lain pb tak tau la tp pb tak boleh takde air.......