my best friend forever

iklan nuff

banner

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sila godek

Memuatkan ...

Roti Sosej Goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Roti sosej goreng ni pb buat semalam petang, plan mengejut nak pergi mandi laut. Anak pb dah beberapa kali ajak mandi manda tapi ibu dan ayah dia buat dek je. Terlanjur cuaca elok semalam dan exam hujung tahun dah selesai, boleh la bersuka ria.

Kami pergi bawa roti sosej ni dengan ice lemon tea sebotol, tikar untuk melepak, surat khabar yang belum habis baca dan sebungkus makanan ringan. Tak sampai 2 jam disana, awan mula tampak gelap. Rupanya disebelah kawasan rumah pb dah pun hujan. Nasib baik sempat juga si Aziz mandi.


Senang je.......

Sosej 4 batang
Roti keping 4 keping
Telor 2 biji
Bread crumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Letakkan sosej diatas roti keping dan gulung/balut. Lekatkan dengan air atau apa2 je, asal lekat.
Salutkan roti tadi dengan telor yang telah dihancurkan.
Golek atas bread crumb.
Goreng dalam minyak yang sederhana panas.
Angkat bila keperangan.


Sekali sekala sedap juga makan macam ni. Sebenarnya pb tak berapa makan sosej sangat kalau 'togel' begitu.

Mengejutkan!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

9.00 pagi kakak talipon, dapat berita dari saudara yang kehilangan suami tempohari. Pb pernah post entry di sini beberapa hari lepas. Katanya suspect dah dapat di tangkap dan khabarnya suami saudara pb tu di xxxxx. Ish tak sanggup pb nak tulis kat sini sebab belum dijumpai lagi ......tambahan pula kalau ada apa-apa perkembangan pun pb agak terlewat dapat tau.

Simpati yang teramat sangat dari kami sekeluarga dan hanya doa kami kirimkan. Tabahlah menghadapi ujian sebegini, tidak kita tahu apa hikmahnya.

Sarapan pagi, Bubur Harisa jadi bubur pb

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ini sarapan pagi semalam tapi tak sempat nak update malam tadi, asyik betul menonton MasterChef sampaikan ketepi aktiviti pb, berblog dan facebook. Banyak juga perkara boleh belajar dari situ dan boleh dipraktikkan dirumah kita.

Ok, bubur ni asalnya bubur harisa (seperti dalam buku tu, Citarasa Malaysia). Tapi disebabkan takde daging dan malas nak tunggu cik ayam keluar dari peti, pb gunakan sotong sebagai ganti. Mulanya was-was juga nak buat tapi kalau tengok Masterchef tu, dalam beberapa minit je mereka dah ada idea nak buat apa. Ni buku dah depan mata pun masih teragak2 nak buat.

Bubur ni untuk sarapan pagi dan mungkin sesuai untuk orang 'sakit' kot. Resipi seperti dalam buku dah diubah sedikit.

1/2 gelas beras dijadikan bubur
2 biji telor
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit rempah kari
Sotong/ayam/daging (dipotong ikut suka)
1 cawan santan pekat

Setelah nasi menjadi bubur, masukkan santan dan daging/ayam/sotong.
Dalam kuali lain, tumis bawang putih, bawang besar yang dah di racik (potong dadu je) dan rempah kari.
Kemudian setelah masak, masukkan dalam bubur tadi.
Biarkan hingga masak, kacau rata dan perasakan garam. Siap.
Telor tadi dibuat dadar dan potong memanjang.


Letakkan diatas bubur telor tu bersama ikan bilis goreng dengan lada hijau dan bawang besar. Pb tambah juga dengan timun di racik halus. Sedia di makan.

Rendang Ayam Klasik N.Sembilan.....tapi....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Hari ni tekak kami naaaak sangat makan lontong/lodeh. Selalunya makan yang emak pb buat tapi dah jauh2 ni, kena la masak sendiri. Dari pagi merebus ketupat Nona 2 bungkus (lebih tu, tak abis pun). Kemudian buat kuah kacang dan sayur lemaknya. Kuah lemak pb cuma letak kobis, carrot dan tauhu goreng je. Malas nak cari bahan2 lain, macam ni pun dah ok untuk makan bertiga. Rasa macam hari raya pulak........

Resipi rendang ni pb ambil dari KUALI.COM dan rasanya memang sesuai dengan selera kami. Masak pun tak susah sangat. Cuma......pb terlupa nak perap ayam dengan bahan2 tumbuk tu. Apa taknya, keluar masuk dapur sambil tengok show Oprah, tu yang terlupa.

Ok, resipi pb copy paste dari blog ni dan kalau nak tau lebih lanjut, boleh klik SINI. Kalau ada yang kurang faham (rasanya ramai yg dah faham) boleh guna google translate ye.

RENDANG AYAM KLASIK N.SEMBILAN
by Chef Rossham Rusli

Ingredients

    Marinate
    • 1.2 - 1.6kg old chicken (ayam telor), one cut into 12 pieces
    • 120g shallot, peeled and blended
    • 50g garlic, peeled and blended
    • 60g dried chilli. soaked, boiled, blended
    • 20g bird?s eye chilli, blended
    • 20g old ginger, peeled and blended
    • 30g galangal, peeled and blended
    • 20g lemongrass, cut 3in, blended
    • 5g fresh turmeric, peeled and blended
    • 2 pcs turmeric leaf, sliced thinly (yg ni takde stok, tak letak)
    • 120g grated coconut (kerisik), fried
    • 1 litre freshly squeezed coconut milk
    • rock salt (garam kasar) to taste

Method

    Marinate chicken with salt, shallot, garlic and all ground ingredients for 20 minutes. Boil coconut milk in a wok, add in marinated chicken and turmeric leaf. Then let it simmer for 45 minutes. Season with rock salt. Lastly, add in the kerisik and cook until the gravy thickens. Note (measurement spoon): 1 tsp (full) - 5g 1 tbsp (full) - 10g 1 tbsp - 15ml
     
     Masak ayam setengah ekor je, hubby kata sedapnya......tambah lagi sepinggan...
     walau tanpa daun kunyit, tetap mengancam rasanya....


    burppp.....kenyang, maaf tak sopan gambar tu sebab dah nak habis baru teringat ambil gambar

      Mengharap semuanya dilindungi

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Sekarang ni, sana sini bencana alam berlaku samada di dalam negeri atau luar negara. Gempa bumi semakin kerap. Banjir berleluasa di Bangkok, negara jiran kita. Hati ini gundah gulana tambahan pula cuaca penghujung tahun kebiasaannya selalu tidak menentu. Harap tiada halangan sepanjang perjalanan kami pulang ke semenanjung nanti.

      Semalam, hubby dapat call dari emaknya mengatakan tok lelaki di JB sakit tenat. Sekarang masih dalam wad dan katanya kritikal. Pb doakan semoga atok cepat sembuh dan nenek pula tabah menghadapi ujian dariNya.

      Mertua dan keluarga semua berangkat ke Johor. Mungkin anak2 yang lain juga dalam perjalanan. Ketika ini kami juga dalam dilema kerana hubby baru dapat surat, kena jaga periksa hujung tahun. Tiket balik kampung dah ambil. Pada mulanya pb cadangkan dia stay dulu hingga selesai periksa dan tiket tu terpaksa tukar tarikh. Bagaimanapun teman hubby cadangkan supaya cancel je jadi pegawai pemeriksa, lebih senang. Mungkin itu lebih baik bagi kami daripada menyusahkan orang lain.

      Pb pun lebih senang suami ada di sisi. Tak pernah berjauhan lama-lama. Risau juga kalau dia sendirian, gosok baju dan sebagainya dia tak biasa buat. Tapi jika terpaksa, relakan jugalah. Demi rezeki yang halal.

      MasterChef...Celebrity Chef...Top Chef

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Bulan ni rasanya paling kerap pb menonton program masakan seperti Master Chef, Top Chef dan akan datang ada Celebrity Chef pula. Masa santai pb memang diisi dengan rancangan sebegini. Hinggakan anak pb suruh join Master Chef, katanya pb boleh masuk sebab "ibu masak sedap", pandainya anak ibu memuji....

      Bagi pb, Top Chef lebih mencabar kreativiti para chef dengan bahan masakan yang pelik-pelik (dah banyak siri tengok, lupa siri keberapa) Mungkin sebab mereka berbangsa asing berbanding kita yang banyak 'pantang larang'. Mereka di sana, ular, landak, buaya pun dimasak.

      Bagaimanapun pb respect juga dengan kehebatan bakal2 Master Chef kita ni. Kalau pb la ditempat mereka masak depan kamera, depan Chef berkaliber, mesti terketar2 punya. Silap2 asingkan putih telor dengan kuning telor tu pun tak boleh buat.

      Selamat berjaya pada mereka yang sampai keakhirnya.

      Makhluk 'terbiar' jadi tanggungjawab kami

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Selamat menyambut Deepavali......wah...cuti sakan ye? Apa projek hari ni? Pb belum plan lagi. Kalau tak kemana2, ingat nak tukar langsir rumah, dah nampak 'gelap' je tu. Atau nak alih almari dalam bilik, kasi ubah sikit, bosan ah......atau...nak buat kek gula hangus...atau....pergi window shoppinggggg...hehe...

      Kejap lagi kan, mesti ada 'sesuatu' yang memanggil kat pintu dapur rumah. Tiap2 hari kalau pb ke dapur je, adalah suara dia. Kalau tak di layan, sampai serak2. Kekadang tu buat tak tau je, iye la.....dah bagi betis, nak peha pulak. Sudah la 'pendatang', tak tau la haram ke halal....hehe...

      Dulu2 sebelum ni pb takde susah2 kena beli ikan kat pasar. Dulu2 takde pun pinggan kat belakang rumah. Dulu2 tak de beli whiskas atau seumpamanya. Tapi sekarang, dah macam tanggung jawab pb pulak, pagi, tengahari dan petang. Tidur pun dalam bakul yang pb letak kat luar tu. Jangan 'melepas' atas lantai rumah, sudah. Memang nak kena hambat dengan pb.







      Tapi bila dia mengiau sampai serak2 suara, pb tak sampai hati pulak. Dia ni tau diri atau sedar diri. Dia tak pernah mengiau kat pintu depan sekali pun dia lalu lalang pergi rumah orang lain, dia takkan masuk rumah pb melalui pintu depan.

      Pernah sekali (mungkin sebab takde respon dari pintu belakang) dia datang dari depan dan kami 'pelawa' makan, suruh dia lalu dari depan......selangkah pun dia taknak masuk....dia teragak2, sampaikan pb kena angkat dia.  Padahal pb tak pernah pukul dia, kenapa dia takut? Mungkin sebab dia dah biasa hidup merempat, lama tak merasa hidup berumah. Kesian dia.......

      Sekarang ni dah jadi tanggungjawab pb belikan makanan dia. Adakala terasa mencari beban pula. Adakala susah hati nak meninggalkan dia sekiranya kami cuti balik kampung. Simpati dan sayang pada makhluk Allah yang terbiar, mudah2an mendapat ganjaran di akhir nanti.

      Harian Metro "Suami Hilang', saudara ku..

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Tak sangka, petang semalam pb dapat call dari kakak. Tanya, baca tak Harian Metro. Pb cakap, baca tapi tak 'khatam' sebab sibuk siapkan tempahan kuih karipap kawan dari Tawau.

      Katanya saudara pb yang di Seremban kehilangan suami dia. Pb dah lama tak jumpa dia, kali terakhir pun tak ingat bila. Mungkin dah dekat 10 tahun kot tak jumpa. Ni berita yang pb copy paste dari Harian Metro

      REMBAU: Satu keluarga dari Taman Chembong Jaya di sini, mendakwa buntu dan gelisah berikutan kehilangan misteri ketua keluarga mereka sejak beberapa hari lalu yang masih belum terungkai hingga kini.
      Keadaan itu lebih dirasai Fadhilun Md Shah, 49, yang bimbangkan keselamatan suaminya, Hamzah Abdul Majid, 55, selepas keluar dari rumah mereka sejak Selasa lalu.

      Menurutnya, bapa kepada lima anak itu dilihat keluar dengan memandu Proton Wira Aeroback hitam bernombor pendaftaran NBR 5572, kira-kira jam 8.30 malam.
      “Anak bongsu kami sempat bertemu ayahnya yang memakai baju-T biru, seluar trek dan berselipar. Pada waktu itu, saya tiada di rumah kerana keluar mengajar di Rumah Kanak-Kanak Rembau.

      “Tiada pergaduhan atau pertelingkahan antara kami, apatah lagi dia sememangnya pendiam dan tidak suka berkongsi masalah.

      “Suami yang dikahwini sejak 35 tahun lalu biasanya keluar berjumpa rakan pada waktu malam dan pulang sebelum jam 12 tengah malam,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

      Katanya, ketika terjaga dari tidur pada jam 3 pagi, dia pelik apabila mendapati suaminya belum pulang dan cuba menghubunginya, namun tiada jawapan.

      “Selepas lebih 24 jam, suami masih tidak pulang ke rumah menyebabkan saya meminta anak membuat laporan polis,” katanya.
      Fadhilun berkata, mereka sekeluarga berusaha mencari suaminya yang dipercayai pergi mengutip hutang daripada rakannya di Alor Gajah, Melaka.

      “Selain itu, rakan mendakwa ternampak suami di lampu isyarat di pekan Rembau. “Ketika itu, orang lain memandu manakala suami berada di tempat duduk belakang,” katanya yang kini hanya mampu berserah dan melakukan solat hajat.

      Menurutnya, dia berharap tiada sebarang perkara buruk berlaku dan suaminya pulang dalam keadaan selamat.

      Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan menerima laporan berkenaan.

      Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hamzah diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran.

      Pb turut simpati dengan masalah saudara pb ni dan berdoa moga2 suami dia dalam keadaan selamat. Harap tiada apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku.

      Selalu pb ingatkan hubby kalau keluar malam2 dengan kawan, berhati-hati, kunci pintu kereta dan jangan cari masalah dengan orang yang tidak dikenali.

      nota pb: hanya boleh berdoa dari jauh....

      Menyesal atau membazir?

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Pernah rasa menyesal setelah mendapat barangan yang kita inginkan? Begitulah pb dan rasanya ramai juga diluar sana menghadapi situasi seperti pb.

      Ketika ini Pasaraya Parkson ada jualan murah sempena ulangtahun yang keberapa pb dah lupa. Rambang mata ni, itu nak.....ini pun nak....sana murah, sini offer. Sebelum ni kami pergi cuma survey je, tengok-tengok, belek-belek. Belinya, tidak. Rasa rugi pulak kalau dah nampak harga murah dengan potong 50 dan 70 peratus, takkan nak 'berlalu sambil pergi' je kan?

      Kali ke 2 kami pergi lagi, sebab bosan kat rumah, jom la window shopping. Tanpa di rancang, hati dah berkenan pada beg tangan berjenama SB. Harga asal memang tak mampu la nak beli. Bila dah ada potongan harga, murah gila la pulak........

      Habis pb keliling area handbag kat situ. Tapi cuma ada dua beg yang pb berkenan (pada hal tak plan pun nak beli sebelum ni). Beli ke tidak.....beli ke tak.....hubby kata ambik je la, takyah fikir lama2, perut dah lapar ni....

      Sebenarnya kan, takde la rasa nak sangat handbag tu......tapi....kenapa pb beli jugak eh? Rasa macam menyesal pun ada, rasa membazir pun ada. Handbag yang lain masih elok dan boleh guna lagi. Tapi, dah beli pun......takpelah, boleh guna sampai raya tahun depan.


      nota pb: kalau orang berada, buat koleksi je......

      Wajah mu dimana-mana....

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Pb pasti, teman2 blogger mesti ada kenangan atau tanda ingatan pada seseorang yang kita sayang atau pun tidak. Contohnya, cincin nikah, tanda ikatan kita sebagai suami isteri. Tengok je mesti teringat saat itu, terbayang kisah lalu.

      Saat ini pb kerap sangat terbayangkan keluarga, teman2 dan semuanya yang pernah ada dalam hidup pb. Kalau nampak sesuatu yang ada kaitan dengan mereka, pasti pb teringat mereka...huhu....mungkin pb merindui masa lalu......


      Mak kata, arwah bapa pb kaki bola. Kat kawasan tinggal mereka dulu, dia top sangat, kecil2 cili padi, kuat lari. Main bola sampai boleh gaduh la......

      (foto ehsan google, pinjam ye)

      Minuman Oligo ni kesukaan mak mertua pb. Sebelum ni pb tengok dia suka sangat Nescafe tapi sebab nasihat doktor agaknya, jarang dah nampak nescafe dalam almari dia. Suka pulak dengan Oligo ni sekarang. Bila ternampak Oligo, pb teringat dia........mak suka sangat minum ni......




      Eh, terselit Jamal pulak? hemm....ni la artis kesayangan adik lelaki pb yang bongsu. Masa dia kecik2 dulu (belum sekolah) lagu Jamal la jadi siulan dia. Kalau balik kampung ramai2, dia kena duduk belakang sekali, tak henti2 mulut dia nyanyi lagu Jamal. Sekarang ni pb tak tau la dia minat lagi ke tak.....



      Tengok swimming pool, teringat kat si Irfan, anak saudara pb sebelah hubby. Suka sangat dia mandi manda kat situ. Nasib baik mak dan ayah dia rajin bawa pergi hotel. Sama la dengan anak pb. Rasanya semua budak2 suka kan?



      Ikan terubuk ni banyak tulang kan? tapi emak pb suka ikan ni masak asam pedas atau goreng begitu saja. Jiran-jiran dan saudara mara semua tau emak memang hebat masak asam pedas ikan terubuk. Kuahnya boleh dihirup begitu saja, tak pedas sangat. Emak suka masak pekat2. Cuma di Sabah ni pb susah sikit nak nampak ikan terubuk yang segar, kalau masin memang banyak. Bagaimana pun tak nampak, emak tetap dalam doa pb.


      Laksa Johor pula kesukaan bapa mertua pb. Kalau pb masak laksa, selalu teringat dia, kesian dia.......nak makan kena tunggu pb balik kampung. Kalau anak perempuan dia ada, rajin juga buat laksa. Walau dia orang Kelantan, selera dia dah campur dengan orang Johor.



      Abang ipar pb pula suka sangat ketam. Kalau datang sini, taksah tak masak ketam. Dia memang suka makan2, tak kedekut belanja orang.

      Anak bulu pula buat pb teringat kat kakak. Dia suka sangat dengan kucing, berpuluh ekor kat rumah dia tu. Sama juga dengan Along (anak sulong dia), boleh tidor dengan kucing. Kucing2 tu pulak jadi riuh rendah bila nampak Along (mereka semua bermalam dlm sangkar)

      Baru2 ni pb call kakak, rupanya dia dalam kesedihan. Si Rocky baru mati kena langgar oleh tuannya sendiri. Terburai perut katanya. Pb pun tumpang sedih sebab pb dah merasa kehilangan.


      Buah anggur, longan, buah mata kucing, rambutan adalah kesukaan kucing pb dulu (Tomy) Sekarang dah takde, mati di Kelantan selepas setahun kami di Sabah. Kalau di minta buat pilihan samada ikan atau buah, dia akan pilih buah atau sayur. Ikan langsong tak pandang. Pelik kan? Jarang jumpa kucing suka buah2an.

      Dan banyak lagi yang buatkan pb sering terbayang wajah mereka ni. Tak tertulis....teman2, saudara mara, jiran2.....kekal di hati. Tapi....adakah mereka juga sama seperti pb? Harap2 begitulah hendaknya.

      Anda pula bagaimana?


      nota pb: sebahagian gambar diambil dari blog org lain (mungkin)
      kalau ada yg tak puas hati, sila beritahu.

      Sotong Goreng Tepung

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Cerita banyak tak mau, resipi pb copy paste dari Ros Bukan Sekadar Masakan. Dah lama tak beli sotong besar, abe pb tu gatal2 la pulak. Kita masak dia makan jugak, padahal dia kena pantang. Takpe katanya, ubat ada.

      Pb buat tak ikut sukatan seperti Ros, iye la.....sikit je nak digorengnya, taknak la membazir. Rangup je bila dikunyah. Terima kasih Ros.

      Bahan-bahanya
      2 ekor sotong saiz sederhana
      1/2 cawan tepung gandum
      1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
      2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
      garam
      lada sulah
      1 sudu kecil baking powder
      Cara-carannya
      1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit,  step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.
      2.Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
      3.Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.
      - kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti.

      Kuih Koci Keledek

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Kuih koci keledek ni pb buat minggu lepas tapi ini versi tanpa daun pisang. Lebih senang, tak pening kepala mana nak tebas daun pisang belakang rumah.

      Resipi pb ambil dari buku yang sama (Citarasa Malaysia). Cubalah buat, insyaAllah sedap. Cuma pb buat tak ikut sukatan dalam resipi. Pandai2 sendiri la ye.......

      KUIH KOCI KELEDEK

      Bahan-bahannya:

      600 gm tepung ubi (banyak ni)
      1 cwn gula merah
      1 cwn gula putih
      1 biji kelapa parut
      sedikit pewarna hijau (kalau guna keledek putih)
      Daun pandan (pb takde, boleh guna paste pandan)
      600 gm keledek (pb guna keledek kaler oren)

      Cara menyediakan intinya:-
      Masak gula merah bersama kelapa parut (1/2 biji saja)
      Bila sebati tuangkan sedikit air, secawan gula putih dan daun pandan.
      Biarkan mendidih, kacau2 hingga masak. Ketepikan.

      Rebus keledek, kupas kulit dan lecek hingga hancur.
      Titiskan warna hijau jika guna keledek putih. Pb guna keledek oren, tak perlu letak pewarna.
      Masuk tepung ubi dan uli hingga rata.

      Ambil segempal adunan keledek dan leperkan.
      Masukkan inti kelapa tadi dan tutup semula.
      Bentuklah ikut sesuka hati, bujur ke bulat.
      Letakkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

      Cara menyediakan kuahnya:-

      Sementara kuih dikukus, perah kelapa yang lebih dan ambil patinya.
      Jerang atas api dan masukkan daun pandan serta sedikit garam dan satu sudu kecil tepung ubi.
      Setelah mendidih, angkat.
      Tuangkan kuah atas kuih ketika menghidangkannya.


      huhu.....ada sekeping je gambar yang belum di bookmark, ini pun hubby dah hantar ke recycle bin.....susah payah cari balik tau. Bagi pb lebih sedap macam ni, sekali makan mau dua tiga ketol.....hehe....macam buruk lantak je!

      Farmbrozen Kenari (aduhai....)

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Pb jumpa cookies ni masa jalan rumah E-na (Japan) terus berkenan. Adunan pun macam senang nak buat, bahan tak banyak. Tapi........pb rasa ini kali pertama dan terakhir membuatnya. Tak sanggup den.......menunggu bakar biskut ni, punyalah lama. Naik letih dibuatnya, ditinggal kang.......hangus pulak..

      Oh ye, ingat nak update pasal pergi makan2 kat restoran Senario di area One Borneo hari tu. Tapi pb rasa takde orang yang berminat nak tau, siapalah kita ni kan? Kalau blogger popular, mesti ramai yang terjah. Pb nak bagi hadiah pun takde orang nak join, nak buat macam mana, simpan je la hadiah tu atau bagi kat sape2 yang nak kahwin nanti.

      Resipi ni pb copy paste je dari blog E-na, takpe kan?  Rasanya E-na tak kisah.......dah ramai yang buat cookies ni, bukan E-na saja, ada lagi pb tengok kat blog kawan2.


      FARMBROZEN KENARI
      Lapisan Base (cookies)
      Bahan-bahan:
      • 140 gram tepung gandum di ayak.
      • 25 gram gula castor
      • 90gram butter
      • Loyang 4 segi 18cm (pb guna loyang utk pizza, habis bongkar almari, takde size 4 segi kecil)

      Cara-cara:

      1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.
      2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.
      3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.
      4. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.
      5. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
      6. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan. Rujuk gambar 1.
      7. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu  lapisan base /cookies sejuk.

      Lapisan Topping
      Bahan-bahan:
      • 60 gram putih telur (~ 2biji putih telur)
      • 40 gram gula aising
      • 1 sudu kecil tepung jagung.
      • Blueberry jem / strawberry jem secukupnya. (pb ganti jem kiwi)
      • 25-30 gram gajus
      • sedikit fresh blueberry / dried blueberry

      Cara-cara:
      1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.
      2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi seperti dalam gambar 2.
      3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan seperti gambar 3. 
      4. Tabur kacang gajus dan fresh blueberry seperti gambar 4.
      5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam. E-na bakar dengan suhu 110 degree selama 1 1/2 jam.
      6. Bila sentuh permukaan topping dah kering (jika belum kering bakar lagi)tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.
      7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan.

      Guna loyang pizza dan sapuan filling tu guna jem kiwi tapi pb terletak banyak kot, meleleh2 masa nak potong.......seksanya...

      Hubby kata, gajus tak rangup, tak best....nyampah la...dah la 1st time buat...

      Terkial2 pb potong kuih ni, rapuh sangat. Atau mungkin jem kiwi tu terlalu banyak. Entah bila boleh buat lagi. Kalau buat pun lepas ni, guna acuan tart yang kecil kot.

      Terima kasih kepada tuan punya resipi yang asal.

      Three Musketeers, I like

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


      Dah tengok cerita ni? Kami pergi hari Sabtu (masa birthday pb) tanpa di rancang. Takde apa nak buat, baik tengok wayang. Hubby dan adiknya kalau tengok wayang, taknak cerita Melayu. Dia kata rugi, bukan apa........kalau kat panggung cerita omputih lagi best dengan sound sistemnya yang kuat. Maaf la pada peminat cerita Melayu, kita orang tengok juga, tapi tak selalu. Lagi pun sekarang banyak cerita pasal hantu kan? Anak pb alergi dengan bab2 hantu ni.....

      Hero filem ni semua 'hensem' pada pb, termasuk si Athos, Aramis dan Porthos. Anak muda yang pegang watak D'Artagnan tu, lagi la......Logan Lerman
      Akan ditunggu jika ada sambungannya nanti......

      haa...mamat ni, Orlando Bloom pun best, walaupun watak jahat..

      Paling menarik watak Milady yang dilakonkan oleh Milla Jovovich, terbaiklah!! Kekadang kita ingatkan dia baik, rupanya ada udang disebaliknya. Tapi akhirnya, dia ada juga berkorban untuk salah seorang 3 musketeers yang dicintainya.

      nota pb: ada jugak org tertidur masa tengok wayang, memang kaki tidur dia tu...

      Ulangtahun ku, nak beri hadiah siapa dapat teka....

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Shukur alhamdulillah, dipanjangkan lagi usia pb di samping suami dan anak yang di kasihi. 15hb October, 19..... pb di lahirkan oleh seorang 'malaikat' yang cukup sabar dan tabah. Walau dalam kesempitan hidup, dalam keadaan berbadan dua, masih mengangkat air dari perigi. Ketika itulah katanya, pb di lahirkan. Allah menyelamatkan 'malaikat' itu dan anaknya kerana dia telah berkorban mengandungkan selama 9 bulan didalam perutnya.

      'Malaikat' yang pb maksudkan adalah ibu pb.

      'Emak' terima kasih kerana telah melahirkan ku.
      Walau hanya 2 tahun aku dapat merasa kasih ayah, tak apa mak.
      Emak kan ada? walau tidak semua kisah duka ku dapat ku kongsi bersama mu.
      Kerana tidak mahu merunsingkan fikiran mu.

      Mungkin 'Emak' sudah lupa tarikh lahir ku.
      Tiada ucapan dari mu......
      Apa yang penting bagi ku
      Aku bangga dilahirkan dari rahim mu....


      Oh ye, pada teman2 yang jadi follower pb atau tidak, pb ingat nak bagi hadiah sempena hari lahir pb ini. Nak hadiah, kena la jawab teka teki kan?

      Hadiah apa? ermmm.....minyak wangi nak? satu kotak tau.....
      Soalannya?

      CUBA TEKA, APA HADIAH HARI JADI PB tahun ni?
      Jawab, jangan tak jawab.
      Pb bagi masa hingga hujung bulan October ni je!!

      Kecewa....

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Dua minggu sebelum sukan, anak pb hari2 ada latihan kat sekolah dia. Balik je, terbongkang atas kerusi, letih sangat agaknya walaupun acara yang masuk cuma lompat jauh dan lari berganti. Lompat tinggi tak melepasi had yang sepatutnya. Maklumlah, tahun 1 nak lawan dengan budak besar, walaupun dia tinggi, mungkin tak matang lagi bagaimana mengatasi halangan tu.

      Semalam ada sukan sekolah dia, buat kat stadium untuk kelas 4 hingga 6. Sepatutnya anak pb tak perlu datang tapi katanya cikgu sukan dia suruh datang. Bangun pagi2, bersemangat dia nak beraksi kat stadium. Sarapan pun tapau dari mcD je.

      Sampai sana pb perhatikan, dia menanti penuh harapan cikgu dia panggil. Lepas satu acara, satu acara lagi, takde juga announce nama dia kat padang.  Nampak dia dah buka kasut, macam dah bersedia nak lari.

      Tiba2 tanpa sedar dia dah datang ketempat kami duduk, masa tu pb sibuk tengok twitter. Sambil lap air mata, kenapa? Cikgu suruh balik, katanya tahun depan la masuk acara. Huh......kalau tahun depan, tak payah.....dia dah pindah sekolah.

      Apa yang buat dia frust, cikgu sukan tu memberi harapan dengan menyuruh dia datang juga ke stadium seolah2 dia terpilih. Dah la takde surat, ambil budak2 pun main cekup je agaknya. Tak sistematik langsung. Anak pb kata, ada yang cikgu pilih bukan sebab dia kuat tapi sebab cikgu suka budak tu, cantik! apa-apa je la cikgu ni........

      Kami nasihatkan anak, takpelah kalau tak terpilih. Fokus pada peperiksaan akhir tahun pula lepas ni. Kalau boleh biar meninggalkan impak pada kelas yang ditinggalkan, pada cikgu yang mengajar dan kawan-kawan yang anti dengan kita.

      nota pb: dia makan burger dlm kereta pun sambil meleleh air mata....huhu...anak ku..

      Mi Siam

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Mi siam........lama betul tak dengar dan makan mi ni. Masa kecil dulu (kat Johor) selalu jumpa, sedap bila nak makan curah kuah tauco.

      Kali ni pb beranikan diri buat mi hoon siam berpandukan buku masak CITARASA MALAYSIA....yang kat gambar tu, silap tertulis mi hoon siam pulak.

      Hubby kata sedap sekali sekala masak macam ni, lain kali boleh buat lagi.

      MI SIAM

      Bahan2nya:

      1 bungkus mi hoon
      160 gm udang kering
      4 ulas bawang putih
      10 biji bawang merah
      300 gm kerang (rebus)
      sedikit halia
      10 biji lada merah
      1 camca besar taucu
      300 gm udang basah
      125 gm kucai (tak letak sebab takde)
      300 gm taugeh
      limau kasturi beberapa biji
      sedikit belacan dan garam

      Cara menyediakannya:

      Rendam mi hoon dengan air hingga lembut.
      Bersihkan udang dan kerang dibuang kulit.
      Taugeh buang ekornya dan kucai di potong seperti biasa.

      Tumbuk udang kering, bawang putih, bawang merah, belacan, halia dan lada merah hingga lumat.
      Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik baunya.
      Masukkan taucu dan udang, biarkan hingga udang masak. Masukkan kerang dan sedikit air supaya tidak kering sangat.
      Bila dah naik bau, masukkan mi hoon dan garam.
      Gaul selalu hingga lembut baru masukkan kucai dan taugeh.
      Bila telah masak perahkan sedikit air limau kasturi dan digaul rata.
      Angkat dan hidangkan.
      (pb buat tak sampai sebungkus pun jadi pandai2 la ubah sukatan resipi tu)




      Cubalah........gerenti sodap!!

      Upside Down Pizza

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Dah beberapa kali tertangguh nak buat pizza yang pb terpandang kat blog Dari Dapur MaDiHa. Tapi dia punya pizza cantik, tebal dan terlior tengok. Pb punya tak banyak bahan sebab anak taknak makan bawang yang dipotong, melainkan di kisar. Sayur seperti kacang peas, jagung, carrot pun susah nak telan. Tapi kalau benda tu diblend halus, boleh makan pulak. Dah macam budak kecik. Masa kecik2 dulu taknak makan makanan yang dikisar, dah besar ni terbalik pulak keadaannya.

      Copy paste dari blog MaDiHa, halalkan ye....

      Upside Down Pizza
      (loyang 9 x 9 inci) 
      sumber : Tun Telani


      Dough
      2 bj telur
      1 cwn susu
      1 cwn tepung
      1 sb minyak
      1/2 sk garam

      - gaul sebati (guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D
      - sedia utk diguna

      Filling
      1 keping dada ayam- kerat2
      4 sosej/hotdog- kerat2
      1/2 tin cendawan butang- hiris
      1/2 bawang besar- dadu
      3 ulas bawang putih- hiris halus
      1 sb cili boh
      2 sb tomato puree
      1 sb oregano
      1 sk paprika
      garam

      - tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
      - masukkan cili boh dan tumis lagi
      - masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
      - masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
      - gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

      Keju secukupnya

      Cara2:

          * Panaskan oven 180 degree.
          * Letakkan filling dlm loyang.
          * Tabur cheese atas filling.
          * Curahkan adunan 'dough' kat atas. (MaDiHaA tabur cheese selapis lagi atas doh)
          * Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
          * Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.


      Filling yang pb guna cuma cili boh, garam, bawang putih, keju dan sosej sahaja. Kesian kan pizza tu? tak cukup zat je rupanya.......nak buat macam mana, tuan rumah tak mampu nak mengadakan (malas nak pi beli daa...oregano dgn paprika tu asyik lupa je kalau dah mata melilau tengok benda lain) 


      Apa2 pun anak tetap suka, menambah2 dia makan. Ye la.....kalau tak makan kang, ibu dia membebel pulak. Dah susah payah buat.


      Kali ni pb rasa pizza paling senang dalam hidup membuatnya......hehe....boleh buat lagi tapi versi 'ibu dan ayah' pulak!




      macam tak garing kan? tapi dah ok tu.....cuma tak berkilat atasnya.....

      Tandatangan Sami Hyypia - legenda Liverpool

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Apahal pulak tetiba update pasal bola, Sami Hyypia ni siapa? Alah....legenda Liverpool tuuu! Haha....pb memang tak kenal dengan si Sami ni, orang mana, bangsa apa dan lain2.

      foto ehsan dari google dan kalau nak baca lebih lanjut pasal si Sami ni boleh tengok SINI

      Apa yang pb tau dia berusia dalam 30an dan pemain Liverpool yang terbaik juga dulunya. Tapi yang pb nak cerita ni bukan la pasal latar belakang si Sami ni.

      Gini, anak pb balik sekolah minggu lepas dengan comot koreng baju dan seluar sukannya. Pb pun heran, pergi sekolah berlatih sukan ke......pergi memancing ni? ke main lumpur?

      "Aunty (driver bas sekolah) bawak pergi tepi pantai Tg Aru sementara tunggu budak2 yang tasmik. Lepas tu, Aziz terjumpa dengan legenda bolasepak Liverpool kat situ (si Sami ni ler....). Mintak sign dia dan dia bagi keychain Liverpool"

      "Biar betul Aziz ni......takkan la si Sami tu ada kat Sabah?". Pb gelak2 je masa dia cerita dengan muka serius.

      "Betul la ibu, ramai orang datang minta sain autograf dengan dia. Aziz kenal la dia tu Sami, walaupun dia dah jadi legenda, Aziz kenal tau!!"

      "Mana bukti tandatangan dia?"

      "Ni haaa.....Aziz takde kertas masa tu, Aziz suruh dia sain kat sini......"

      "Haha...haha.....kertas ciput ni?"


      Kertas seciput ni disimpan dalam plastik dan ditampal pada white board dalam biliknya. Entahlah, nak percaya atau tidak. Mungkin juga Sami datang bercuti masa tu.......atau mungkin ada pelandok dua serupa?

      nota pb: anak2 sekarang semuanya kenal.......

      Tetamu dari Semenanjung (kawan lama)

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Sabtu dan Ahad lepas (semalam) pb sibuk lagi melayan tetamu yang datang. Taman lama dari Selangor. Kami kenal sekitar 1990an lagi dan bertemu semula tahun lepas di facebook. Kali ini dia datang bersama rombongan untuk promosi homestay di Banghuris (kalau silap, maaf ye Tina)

      Tina tiba hari jumaat dan pb jumpa sekejap di airport. Mereka menetap di Courtyard hotel, One Borneo. Seharian tu aktiviti mereka pastinya melawat Kundasang. Tak sah tak pergi Kundasang kalau datang Sabah. Sabtu, pb sibuk teman hubby tempah laksam dan kuih. Jadi tak dapat jumpa, cuma sms dan talipon.

      Ahad barulah dapat jalan ke Gaya Street. Macam2 yang dibelinya. Kami tolong tengok je.....hehe...tiap2 minggu pergi mesti nak beli kerosang. Kopak ler duit hubby macam ni.


      huhu......Tina yang dulu kami gelar tomboy, sekarang dah anak lima kalau tak silap......teringat dialog Tina, kak, ko gambar dengan aku takpe la, nampak kurus! hehe......dah takdir kan? nak buat macam mana? terima sajalah kejadian yang Allah beri ni, yang penting kita bahagia.

      beli...jangan nanti dah balik, rasa menyesal pulak......

      Lepas shopping bagai, Tina lepak kat rumah pb. Lari dari hotel la ni.......sibuk kawan2 dia tanya pergi mana. Pb masak kari ikan putih, sambal belacan dan sayur kacang goreng pedas. Cukup la tu.......sebelum tu dia dah bedal laksam. Harap Tina puas hati dan juga sedikit kek gula hangus yang dibuat tempohari dibawa ke airport. Mana tau, lapar2....bosan ke....boleh ngap!

      Harap Tina tak serik datang lagi.......

      KEK GULA HANGUS

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Assalammualaikum semua, kali ni pb ringkas je update blog. Letih layan teman yang datang dari Selangor. Hari ni dia dah balik, lepas bawa dia jalan ke Gaya Street, puas la hati dia tu.......

      Ok, kek ni pb ambil resipi dari teman2 blogger yang dah selalu buat. Biasanya pb panggil kek ni, kek sarang semut. Resipi dari Home Sweet Home (kak Ummi). Senang dan sedap, lembut.....rasa tak cukup satu adunan. Lepas ni nak buat lagi...terima kasih pada penyumbang resipi ini.

      KEK GULA HANGUS

      • 1 cawan gula
      • 1 cawan air panas
      • 1 cawan tepung gandum
      • 1 cawan susu pekat manis
      • 2 camca teh soda bikarbonat
      • 4 biji telor
      • 2 camca besar mentega
      Cara Membuat:-
      1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
      2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
      3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
      4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam.




      Jenuh mencari loyang berukuran 7x7, yang ada cuma loyang yang berlubang tengah tu.......meleleh adunan kek keluar dari loyang sebab pb tak letak kertas dengan betul. Lepas ni kena cuci oven....huhu....




      Ole-ole dari semenanjung (2)

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Tadi jumpa teman yang datang dari semenanjung kat airport. Dia ada program pelancongan disini. Sempat la peluk cium kejap dan dia hulur buah tangan yang kami kirim tempohari. Kerepek pisang, ubi pedas dan lain2 lagi. Sedapnya....


      Kerepek pisang idaman......
      Lama betul tak makan kerepek pisang dari teman pb ni, tak tau samada Banting punya atau Sungai Pelek. Tapi memang dua2 sedap, terima kasih Tina. Sayang kat awak....



      Paling best dapat kuih bakar dari kakak hari tu. Dia tau kesukaan adik dia, terima kasih Che Lon (dah anak empat masih panggil che' lagi, tu yang nampak muda, bodek ni), Nanti bila2 datang, bawa lagi ye.....




      Ole-ole dari kami pula, ikan-ikan segar dari pasar KK untuk emak disana. Harap emak gembira dengan pemberian yang tak seberapa dari kami.


      Nota : jika ada penulisan pb yang tertinggal huruf 'm' tu harap maaf, keyboard ni buat hal....

      Award dari NURUL

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Maaf ye NURUL, akak lambat sikit buat assignment ni......hehe....surirumah pun ada assignment tau. Nurul dari blog Dari Hujung Jari yang bagi award ni.

      Pb ni takde la versatile sangat, bagaimana pun pb berterima kasih pada teman yang memberinya. Ada tugasan juga nampak tu....


      . Thank & link back the person who gave you this award
          (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
      2. Share 7 things about yourself on the post
          (Kongsi 7 perkara mengenai anda)
      3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
          (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
      4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
          (Hubungi semua yang menerima)
       
      7 perkara tentang pb
      1.  Asal dari Johor, keluarga di Selangor dan sekarang merantau kat Sabah.
      2.  Pendiam, anak ke 4 dari 5 beradik satu bapa dan 5 lagi bapa lain. Ramai kan?
      3.  Surirumah sepenuh masa. Dulu pernah berkerja, berhenti setelah berumahtangga.
      4.  Suka mencuba resipi dari blog teman2, bagi jiran2 kalau banyak sebab kami bertiga saje.
      5.  Peminat kucing dan binatang lain juga tapi kucing la paling disayangi. Balik rumah kakak, mesti ambil foto kucing2 dia.
      6.  Sukakan pemandangan, tak suka tempat yang sesak seperti pasar malam/seumpamanya. Tapi mustahil la kan kalau tak pernah pergi. Masa bujang dulu duit banyak dihabiskan dengan bercuti di pulau atau ikut rombongan melancong.
      7.  Kekadang out spoken juga, maklum la......perempuan...

      Kerja nombor 3 tu macam susah je pb nak cari 15 orang. Kalau tak buat, takpe kan?

      Dream World Resort part 3

      Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

      Tak habis lagi cerita pasal bercuti, silakanlah menatap gambar dalam koleksi pb. Inipun tak semua diupload, tak sanggup tunggu line celcom yang macam.............


      PEACE!!! Tumbuhan melata pun ada bunga, cantik sangat, sayang pula kalau di pijak2...

        Dari anjung restoran kami sarapan pagi, seolah2 boleh nampak puncak gunung dengan jelas.

      Soalan 'bodoh' pb pada hubby........"kalau orang panjat gunung tu, boleh nampak tak dari bawah?"
      Ek eleh, saje je tanya, dah tau jawapannya (soalan pb tadi takde siapa pun sudi jawab)
      Sedangkan rumah atas tu pun nampak 'ciput', apatah lagi orangnya.......tapi...kalau kita dikaki gunung ni, seolah2 dekat sangat dengan puncak tu, bila la agaknya pb boleh sampai sana? Soalannya, boleh ke aku?


      Menghala balik kami singgah beli aiskrim kat rest house sambil bergambar. Tengok kereta pb tu, kemek kena langgar lari. Tak repair lagi, dah tak hensem......ntah siapa punya kerja......

       Sebelum meninggalkan bekas tapak kasut kami, wajib gambar kat sini. Tak sempat nak sorok aiskrim tu....

      Singgah di Golf Resort.......
      Gambar ni saje kasi x besar bukan nak nunjuk2 pb yang comel tu (comel ke? uwekkk..). Nak pamer pemandangan yang menawan qolbu, rasa nak golek2 atas rumput tu, tapi.......


      Hubby baru nak selangkah kesitu, pb sound, awak tak nampak ke tu? Halamak! ingat nak baring2.....(hemm....macam la tak cukup tidur, nak baring lagi atas padang tu)




      Mendaki bukit (naik berbau tayar kereta kami), menuju ke satu lagi tempat pendakian para pendaki. Menurut kata driver abang ipar (org Sabah) mendaki gunung dari sini lebih jauh perjalanannya berbanding dengan Timpohon. Jalannya lebih landai dan paling tak best dengar, banyak pacat. Katanya harga lebih kurang sama je......



      Disini bermula pendakian para pendaki.......tangga itu.....tak kuasa nak panjat....


      Entah bila datang lagi......

      Penginapan disini mungkin lebih mahal (rasanya...) macam dorm kot...



      Sebelum pulang, kami singgah di Desa Dairy Farm, tempat lembu susu di 'kandangkan'. Glamer lembu ni, ramai yang nak bergambar. Pb tak masuk dalam lagi, cuaca dah panas terik. Alhamdulillah sepanjang berada disini tak pula hujan lebat. Kalau tidak, mau 'haruman' dari toksid lembu naik ke lubang hidung kami.

      Nanti line ok, pb sambung upload gambar........jangan jemu ye!