my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Apeq.....penutup tirai 2011.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Esok, 2012 akan bermula dan malam ini hari terakhir kita ditahun 2011. Selamat tinggal semua kenangan pahit dan manis. Kita buka buku baru dan mulakan hari ditahun baru dengan azam yang baru.

Apa azam pb? Menjadi isteri yang dikasihi oleh seisi keluarga dua pihak. Menjadi anak yang lebih sabar dan beriman. Mendalami ilmu dunia dan akhirat, insyaAllah.

Untuk penutup tirai blog ini, malam ini......9.10pm......pb sertakan foto 'terhangat' dalam simpanan ketika kami bertolak pulang ke Sabah tempohari. Bertemu mamat macho ni kat airport, sekumpulan dengan kawan2nya nak balik KB. Manis dan agak pemalu......rasanya la....

Pb nak ucap terima kasih kat Apeq kerana sudi layan anak pb bergambar. Maaf la, tengah jawab phone diganggu pula sibudak kecik ni, nak juga.....tak kira orang sudi ke tak.


Kembali...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Tak sabar nak balik Sabah walaupun hati pb tetap melekat disini. Esok, 7.45 pm kami berangkat dengan Air Asia. Barang dah siap packing, tinggal sedikit lagi nak uruskan. Selama disini, kami tak sempat langsong bersantai dimana2 kerana banyak hal dan semua tertunda. Takpe la..........ada rezeki kami rancang kembali percutian untuk tahun 2012. Apa yang penting ialah urusan sekolah anak yang belum selesai. Baju sekolah, kasut, buku, beg.......semua belum dibeli. Kalau yang lepas boleh pakai, takyah beli tapi kasut dah lunyai, beg sekolah dah nampak lubang. Budak sekarang lasak betul.

Nampaknya pb kembali sibuk lepas ni........sama seperti ibu2 lain diluar sana. Selamat bertugas ye.......

Masakan emak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pb sekarang di Selangor pula, lagi beberapa hari nak balik Sabah. Hubby dah dalam perjalanan, mungkin sampai pukul 10 mlm ni. Kali ni balik tak sama, ala........berpisah untuk 2 hari je.......tapi terasa lama juga tu.
Hari ni emak ajak makan2, dia masak nasi beriani, nasi lemak, daging kicap, ayam kurma, ayam goreng, sambal tumis........fuhh......balik je terus timbang berat badan. Naik 2 kilo der........

Makan-makan kat rumah adik........bersama sebahagian anak-anak saudara.



Hijau keliling ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Takde apa yang menarik entry kali ni, hanya gambar sekitar rumah MIL. Fikiran melayang jauh memerhati keliling, alangkah seronoknya jika semua yang ada didepan mata pb ni berbuah dengan lebatnya. Pasti pb dah turun ketanah petang hari dengan sebatang galah.
 Mendongak ke pokok durian dibelakang rumah yang ada buahnya tapi taknak gugur. Tak sudi dijamah oleh kami agaknya.......
Pokok salak yang tak berbuah, hanya duri menyaluti. Agaknya sebab hujan yang berterusan setiap hari.
Limau purut ada juga berbuah tapi kat kampung ni jarang guna limau purut. Daunnya yang selalu diguna untuk masak......
Pb suka limau bali. Dapat juga merasa sebiji, manis rasanya. Kalau warna merah isinya lagi sedap tapi yang ni berwarna putih.
Sebelah pokok limau tu, pokok duku kalau tak silap. Takde juga buahnya, tengok je la........bila berbuah, kami takde kat kampung pula.

Limau kasturi berbuah lebat, tak pernah tak berbuah kalau pb balik. Tapi sayangnya selalu je gugur ketanah sebab kering dan jarang diguna. Biasanya pb guna untuk cuci ayam dan ikan yang baru di siang.

Ada banyak lagi pokok buah keliling rumah MIL, tak sanggup nak kebelakang rumah snap gambar. Biasanya kalau musim panas, adik ipar pb akan kait kelapa muda untuk diminum. Belimbing dan ciku pun ada, rambutan dan jambu air dah tak peduli, bersepah kat tanah. Buah manggis kesukaan pb langsong tak nampak putiknya. Dulu berbuah lebat sampai hitam atas pokok, takde siapa nak ambil.  Bila dah balik Sabah, kami tak sanggup nak beli semua. Mahal belakang cerita, tak menepati kehendak hati yang jadi tawar hati nak membeli.


nota pb: entry ni dah tertunda beberapa hari, skrg pb di KL pula.

Terpengaruh atau keperluan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Orang perempuan tak boleh nampak benda yang cute dan pelik sikit, mula la hati meronta nak memilikinya. Tapi takde la sampai merajuk hentak kaki kalau tak dapat. Teringat hari tu si pengacara hensem, Faiz......dalam 'Nasi lemak kopi o'........katanya, orang perempuan suka shopping tapi kekadang mereka tak guna pun barang yang dibeli tu. Berbeza dengan kaum lelaki, jarang membeli tapi kalau dah dapat mereka akan guna sehingga 'lunyai'.

Bagi pb, ramai kaum perempuan perihatin dalam urusan rumahtangga seperti menukar langsir, menyusun sofa ruang tamu, hiasan dinding, barangan dapur malah hingga ke bilik air sekalipun. Lelaki biasanya ambil mudah, tak kisah, tak cerewet kononnya. Bila rumah tu nampak menarik, sedap mata memandang luar dan dalam, siapa yang rasa tenang? Penghuni rumah la kan? Pb bukan nak membebel kat sesiapa, saje je........tengok sesetengah lelaki yang tak peduli langsong hal rumahtangga. Periok belanga bocor, kuali kemek, sudip patah, dapur gas tersumbat............semua si isteri kena settle.

Kan bagus kalau suami sokong apa yang dia beli? Nak cerita pasal tin biskut yang pb nampak kat Tesco ni.......hari tu tengok kat blog orang, hari ni dah ada dalam simpanan. Nak bawa balik Sabah tapi hubby kata tak payah, kita cari kat sana je. Kalau takde? pb akan salahkan dia kerana menghalang pb bawa balik benda ni......

Kalau awak nak jugak, bawak la.......jangan merungut bila tak boleh masuk dalam beg. Takpe, tak boleh masuk nanti pb adjust kat sape2 sedare yang nak kesana, bawak jugak bendalah ni!


Manggis tu memang dah lama teringin, jumpa kat Billion terus beli, sekilo RM5. Roti Hi5 memang tak jumpa la kat sana dan yang penting tin biskut tu........hehe....pening kepala hubby fikirkan bini dia, nak angkut jugak...

Aktiviti di dera anak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-kMAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pb senyum dari beranda rumah sambil snap sekeping dua gambar mereka ni. Senyum kerana.......pakciknya main badminton pakai kain pelikat satu hal. Main pula takde net, main bodoh2 gitu. Satu sebab lagi dia orang ni main kerana terpaksa. Didesak oleh anak bujang pb. Kiranya ni deraan yang menyihatkan badan.




Mandul? Sungguh tak beradab!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Simpati, kasihan, sedih dan rasa nak marah pun ada. Wajarkah kita melabel seseorang itu mandul sedangkan kita belum pasti lagi kedudukan dia samada mandul atau tidak? Takde hitam putih, dia mandul. Hanya pengidap Endometriosis sudah di label 'mandul'? Zalimnya mulut yang berkata...........

Tidakkah mereka merasai apa yang dirasai kaum perempuan yang tidak boleh melahirkan, sedangkan mereka juga sejenis? Betapa pedihnya hati menatap bayi baru lahir setiap kali melawat sedara bersalin hinggakan tak mampu mendukungnya. Baby dah besar baru la berani membelai. Bukan dengki orang boleh beranak tapi 'pedih' dihati hanya Allah yang tahu.

Pb ada sorang kawan dulu yang telah dibuang sebelah peranakkannya tapi dengan kuasa Allah, dia dapat juga mengandung dan sekarang mungkin dah dua tiga orang anak. Ini semua bukan kerja kita, rezeki, jodoh pertemuan, ajal dan maut.......siapakah perancangnya?

Hanya kerana anak si mulut longkang ni 'subur', tiap-tiap tahun beranak, senang2 dia boleh kata kat orang yang takde anak tu, mandul.....Jangan lupa ye, anak perempuan awak bukan seorang. Ada lagi yang lain masih sekolah. Satu hari nanti Allah akan beri pengajaran juga pada orang sebegini.

Pb juga pengidap endometriosis. Semua yang terjadi bukanlah permintaan pb. Begitu juga dengan anak yang dianugerah oleh Allah, ada yang cantik comel, ada yang cacat celanya......tak semua sempurna dibumi Allah ni melainkan hanya DIA. Begitu juga dengan mereka yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Pernah dengar perempuan yang normal (maksudnya ada naluri keperempuanan) tidak berkeinginan mempunyai anak? Jangan libatkan la mereka yang tak beragama, hidup bebas seks tu.............

Soal rezeki ni (zuriat juga dikira rezeki) kalau kita berdoa pun sudah, berusaha cara moden dan tradisional pun sudah tapi jika Allah tidak mengizinkan memilikinya, apa lagi yang harus kita lakukan? Pasrah, redha dan terima qadha dan qadar dariNya. Ketepikan suara 'nyamok-nyamok' yang mengiang kat telinga. Bila terkena penampar dari tangan seseorang, baru dia tau langit itu tinggi atau rendah.




nota pb: entry menikam qolbu....

Bubur Asyura, pacat......janggal bagi ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Hari ni pagi Jumaat kiranya dah seminggu pb di Kelantan. Hujan setiap hari merisaukan hati pb nak turun ke tanah, tempat yang berumput. Katanya banyak pacat........huhu.....si Tommy (kucing) selalu bawa masuk dalam rumah. Tak berani pb nak belai2 dia, kesian dia. Sekarang dah nampak tua, selalu merayap tah mana2. Balik nak makan je.....tapi dia takde masalah kalau pacat panjat badan dia.

Dia tak menjerit takut, dia tak terkinja-kinja kegelian. Dia relax je.........gosok2 dengan jari tangan dan kaki, pacat pun gugur kebawah. Lepas tu pacat tu merayap atas simen dapur. Pb la jadi mangsa, ketakutan dinaiki pacat yang dibawa Tommy. Kalau dia datang meleset kat kaki, pb larikan diri.

Biarlah orang nak kata pb mengada-ngada, manja ke, dah memang pb takut serta geli. Bukan semua binatang pb geli. Kalau lipas, lelabah, belalang tak berapa geli sangat, masih boleh dimaafkan.



Hari ni kali pertama pb tengok orang kampong buat bubur asyura. Ada sorang tanya pb, tak pernah tengok ke? Serius........ memang kali pertama pb lihat orang mengacau bubur asyura dalam kuali besar. Pak sedara hubby nak buat kenduri esok. Bila orang tanya begitu, pb terasa seolah diperli. Bukan nak buruk sangka kat orang, cuma pb sendiri terasa 'bodoh' kerana ini adalah kali pertama melihatnya. Tapi bukan berdosa pun kan kalau kita tak pernah alami membuat benda2 yang bukan tradisi keluarga kita?


Nak buktikan kat orang luar sana dan juga saudara mara, pb boleh buat satu hari nanti. Tengoklah!

Kuah Rojak dari utara, MAK BEE

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Inilah kuah rojak dari utara yang pb kata sedap tu. Harga kalau tak silap RM4. Memang berbaloi kalau ada dalam simpanan kat rumah. Kami nak bawa balik sebotol dua je, tak boleh banyak sangat sebab barang lain terutama kain baju dah berat. Balik pula asing2. Hubby balik dulu dan bagasi dah booking 20kg, pb punya 15kg. Tu belum lagi yang di jimbit.


Agak2 ada tak kuah rojak ni area teman2 diluar sana? Teringin nak berkenalan dengan Mak Bee ni.......sedap sungguh kuah rojaknya, mesti pandai masak. Kalau ada sedara mara dia yang terbaca pasal kuah rojak ni, mai la komen kat sini, cheq nak kenai.

colek buah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Kaum perempuan seperti pb ni mesti suka makan rojak. Kat tempat kita pula ada macam2 rojak seperti rojak Penang, rojak Singapore, rojak mi, rojak tauhu dan lain-lain lagi yang pb tak tau namanya.

Hari tu pb makan rojak Penang kat Chicken Rice Shop, sedapnyaaaaaaa........macam tak puas je. Makan dengan nasi ayam, tak ingat anak kat rumah dah masa tu.

Balik rumah asyik teringat, tak puas makan sepinggan. Kena buat sendiri ni, tak kira la rasa dia tak sama pun takpe. Janji ada sipi-sipi rojak. Esoknya, balik dari hospital hantar mak dia, hubby bawa balik sebotol Kuah Rojak Kacang buatan dari utara, jenama MAK BEE. Ada buah mangga, jambu madu dan jambu batu. Tunggu apa lagi? Pb potong2 buah dan gaul dengan kuah rojak tu, takyah campur benda lain. Sepinggan besar kita orang bedal........huhu.....pedas dan menyengat...

kena bawak balik Sabah kuah rojak Mak Bee ni...........

Orang Kelantan cakap rojak ni, colek buah tapi cara sebutan dia orang lain sikit, macam ada sengau2 kat 'colek' tu.....hubby senyum je bila pb sebut 'colek' tak sama macam dia sebut....hehe....dah lama kahwin pun masih tak boleh ajuk dialek Kelantan.

Mydin....dan LHDN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Anak pb sibuk ajak pergi jalan2 bandar, ntah apa nak dicari. Hujan2 begini mood nak bershopping agak kurang. Walau hujan dah berhenti, dilangit tetap gelap mendung. Nak jemur kain pun serba salah. Pb jemur dalam bilik je, kalau takde kat rumah dah tak perlu risau kejar balik semata nak angkat baju.

 
Sebelum shopping, singgah dulu di LHDN, ambil borang untuk mertua dan adik ipar. Sekarang kan sibuk isi borang untuk dapatkan RM500 bagi mereka yang layak. Pb dan hubby cuma tolong ambilkan borang je..........kita tumpang tengok je orang isi borang...hehe....

Lepas tu kami ada janji temu dengan bekas kakak ipar, dah kenal kat mana rumah dia, senang nak pergi melawat bila2 free. Kemudian singgah pula gedung pakcik pb tu......hehe.....pakcik Mydin.  Lama tak shopping sana. Kat Sabah mana ada Mydin. Beli mana yang patut dibawa pulang. Anak pb nakkan reket badminton, bosan agaknya kat kampong takde aktiviti seperti biasa dia main bola.

Tu dia.........shopping sikit pun dah beratus.......cari barang yang susah nak dapat kat Sabah.

Souvenir dari Bandung, tunggu giliran kami....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Semalam adik ipar pb balik dari Bandung dan Langkawi, bercuti sakan dia, bujang la katakan. Dari Bandung terus ke Langkawi, shopping lagi. Cantik juga pemandangan di Tangkuban Parahu dan lain2 tempat. Bila la turn pb nak kesana, merancang dah lama. Mungkin kalau ada rezeki tahun depan kot. Pak sedara hubby ada job kat Jakarta, selalu pelawa pergi sana tapi takkan nak orang belanja kan?




Adik ipar pb belikan abang dan adiknya t-shirt sorang satu. Ada juga keychain, telekong untuk mak, baju melayu untuk abah, sandle, baju untuk anak sedara dia. Katanya habis dalam RM1000. Nampak gaya dari ceritanya, barangan kat sana lebih murah dari tempat kita. Kalau pb pergi, pb nak beli telekong dua tiga pasang........berangan ni....


Keychain dan fridge magnet juga menarik, terima kasih ye.........lenkali kalau pergi tempat lain, buat macam ni lagi tau, tanda kasih, betul tak?

Takziah dari kami...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Takziah pb dan keluarga kepada anak saudara pb yang baru kehilangan bayinya semalam. Sebenarnya pb tak tau dah berapa bulan dia mengandung tapi jumpa masa kahwin abangnya, nampak besar perut dia. Mungkin 3 bulan agaknya.

Apa yang pb tahu, katanya baby kekurangan air, buah pinggang tidak berfungsi. Kesian, sabar je la Shafiq dan Lin. Allah menguji kamu dengan begitu hebat, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Pb harap lepas ni jaga kesihatan dan bila dapat baby lagi, kena kurangkan kerja pejabat tu.

ketika majlis mereka dulu, meriah sungguh dengan petikan gitar Rusli Mohalim......


nota pb: makngah tumpang sedih tapi ada sebab lain.....

Tutup buku masak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Sekarang ni kalau kawan2 datang blog pb ni, agak susah nak tengok resipi masakan kerana tuan dia dok tak setempat. Tapi bukan la tak memasak, cuma tak boleh berfoto bagai. Bukan apa, agak susah nak cuba resipi kawan2 dengan serba kekurangan. Lebih lagi di rumah mertua, maklum le.........anak2 semua jauh, mereka tak guna peralatan seperti mixer, oven dll.

Semalam pb melawat teman baik hubby yang accident beberapa minggu lepas. Dia baru lepas operate kaki yang patah. Kesian, kemalangan ketika balik kampong.  Kekadang kita bawa kereta elok je tapi orang pula langgar kita. Malang tak berbau kan?

Malam tadi gerhana bulan kan? Pb keluar juga tengok2 kot-kot dapat ambil gambar, tapi semuanya nampak pokok je, kampong la katakan. Kerap betul berlaku gerhana sekarang ni. Gempa bumi, banjir besar, banjir lumpur dan musim hujan yang dah tak menentu.....hati-hati la ye kalau plan bercuti kemana-mana. Pb tak bawa lagi anak pergi mana-mana, kesian dia. Kalau tak sempat juga, balik Sabah baru boleh pergi swimming.

Walau tak dapat kemana pun, dia tetap happy. Lebih lagi bila dapat main dengan kucing-kucing kakak.....seperti Tuah dan Mek...

nota pb: maaf kalau entry tunggang langgang
sebab pb belum mahir guna samsung galaxy tablet..

Rasa macam dalam filem je....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Kali ni kita orang balik Kelantan naik keretapi yang berkatil. Saja ambil katil supaya dapat luruskan badan yang lengoh2 lepas kenduri dan balik jb hari tu. Balik jb sehari je untuk tengok atok nenek. Jadi, takde la meronda bersukaria bagai. Cumla sempat ke Angsana cari mi rebus yang katanya sedap. Tapi pb rasa lebih sedap dulu2 punya.

Balik cerita naik keretapi tadi, sepanjang perjalanan cuaca elok je. Hubby dan anak tidur tak ingat dunia, siap dengar suara dengkor dia lagi. Malu juga rasanya..........pb psst...psst...dari katil sebelah, haram tak dengar. Sudahnya terpaksa bangun kejutkan dia. Rasa macam tidur kat rumah la tu......

Sebelum naik, pb belum makan jadi lepak kantin sambil makan maggi. Harga tak berbaloi, sepinggan maggi RM5, teh o secawan RM2. Semuanya mahal tapi boleh la untuk pelepas kelaparan.

Sambil2 tu kami layan lagu dari handphone dan internet. Waktu malam begitu rasa seperti dalam filem hindustan pula bila dengar rel keretapi tak henti sepanjang malam. Kalau nak ke tandas, terhoyong hayang, macam orang mabuk je....tangan pb tersepit pintu tandas bila nak keluar disebabkan tak kuat pegangan tu.

Majlis Along


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Maaf bebanyak sebab pb tak dapat nak update blog setiap masa. Pada Ahad lepas, selesai sudah majlis anak saudara, berlangsong dalam kemeriahan. Pb upload gambar je ye.........


Dah dapat yang diidamkan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Kesian blog pb terabai beberapa hari ni, sebab lepas kenduri hari tu, pb ke JB pula melawat atok nenek hubby. Dalam perjalanan kami berhenti banyak kali kerana letih dan mengantok.

Gambar majlis akan di update bila free. Sekarang pb nak bertolak pulang ke kampong hubby pula dengan keretapi malam. Pukul 9 baru naik. Sementara tunggu, pb update blog dulu.

Tadi pb dapat minum cendol tapai kat area rumah..........best.......rasa puas hati dah dapat apa yang di idamkan. Hari tu dah makan yee mee, mi rebus johor. Sampai Kelantan nanti nak cari durian pulak..........

Bila dah penat.....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Badan letih, kerja banyak, kain baju menimbun tunggu giliran masuk mesin. Cuaca mendong dari pagi lagi, ada la panas sikit tapi tak kering juga kain baju. Masa ni la pb rasa nak terbang balik Sabah..........aduhai....baru seminggu lebih dah rindu rumah sana.

Bila sibuk, hati mudah panas walau perkara kecil dibangkitkan. Hilang sabar memang boleh berperang kat rumah orang. Tapi pb marah dalam gelak sebab ada saudara mara yang buat pb rasa cool.

Nasib baik ramai anak bulu kat rumah kakak. Dapatlah release tension dengan memelok mereka, seperti Tuah, Smokey, Mek, Tam, Kiki, Serabai, Tiger dan ramai lagi. Kadang tu sampai susah nak buat kerja dapur kerana mereka ni tak main jauh, asyik keliling meja makan je.

nota pb: maaf kerana pb kekurangan masa bw blog teman2...

Papadom

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman

Hari ni tugas pb, goreng papadom.............

Untuk majlis hari Ahad nanti, relax la pb, dah pakai lawa2 mesti nak tayang baju baru kat depan tetamu.......hehe.....saje je...



Lepas rindu bandar Kajang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAiu88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pb teman kakak ke pasar Kajang, rindu nak tengok bandar Kajang. Semalam lepak kejap kat Metro, sampaikan hajat anak nak makan yee mee. Tempohari dah dapat putumayam aci depan pasar. Dah macam orang mengidam kami ni......sate kajang tak masuk lagi....

Sempat mata melirik kat ikan bilis, mak aii......dua kali ganda mahalnya banding dengan ikan bilis Sabah. Kalau ada yang kata di Sabah lebih mahal, tak tau la......pb bawa balik tu yang elok, harga disini RM20 ke atas......huhu...

Balik sini macam2 yang diidamkan. Risau seluar jeans kena tinggal kat sini je......atau kena beli seluar baru. Ni belum lagi bawa anak bercuti mandi manda...kopak la poket hubby.

Kakak ipar pb tanya berapa kos balik setiap tahun selain drp tiket free tu? Pb kata, makan ribu jugak la. Tapi pb anggap kita orang balik semenanjung ni ibarat pergi bercuti.....