my best friend forever

iklan nuff

banner

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sila godek

Memuatkan ...

Gusi dicucuk tulang ikan

Assalammualaikum.....

Manusia ni bila sakit sikit je dah mula menggelabah, mula tension, tak boleh sabar kadang-kadang. Tapi bukan pb yang gelabah, hubby yang menggelabah. Nak tergelak pun ada dalam sakit-sakit tu.....hehe...tambah pulak dia marah-marah (bukan marah serius la)

Gini ceritanya.......semalam petang kami makan malam (biasa makan seawal jam 6 ptg) dengan lauk simple je. Terong goreng berlada, ikan goreng, sosej dimasak sos tiram (untuk anak) dan kicap sebotol...hehe...bila dah takde kuah, kicap la tumpuan kami. Last sekali mengadap hidangan, pb la sorang2 sebab meratah ikan goreng. Pb tak nampak ikan tu masih ada tulang (kat bahgian tepi2 ikan kan sedap kalau goreng) terus masuk kemulut. Tiba-tiba tulang tu menyucuk kat gusi pb bahgian geraham. Jauh kedalam tu nak jolok dengan jari memang tak sampai. Tulang tu adalah sepanjang 1 cm. Gusi pb dah penuh dengan darah, tambah susah nak tengok (hubby yang tengokkan) Nak bercakap pun susah sebab bila bercakap, lidah tersentuh dengan dinding gusi. Pb cakap agak pelat-pelat gitu....hehe....bila ingat balik geli hati pulak.

Hubby dah serius muka dia sebab dalam sakit pun pb boleh gelak2. Dia pulak nak kejarkan sembahyang maghrib sebab dah masuk waktu. Tak dapat korek dengan tangan, hubby ambil sepit janggut......konon2 nak tolong sepitkan. Tangan dia besar, mana boleh masuk dalam mulut pb? Tangan sendiri pun susah. Macam mana nak buat ni? Hubby kata, cuba guna gunting pulak (masa ni kami dalam bili air berbincang) Pb taknak la dengan gunting, silap2 tergunting lidah ke.....gusi ke....uish bahaya tu.

Beralih pulak dalam bilik, duduk tepi katil. Nak nangis pun ada sebab bila katup mulut jadi sakit. Hubby datang bawak torchlight dengan penyepit kuih......dia suruh pb nganga besar2 sambil suluh sambil pegang sepit tu. Kah..kah..kah...pb tak boleh tahan gelak, rasa nak tergolek2....nak terguling-guling geli hati. Ada ke orang nak cabut tulang guna penyepit tu?

Hubby marah-marah sebab pb gelak, macam tak serius je. Ada ke dia kata kita tak serius? Dah la sakit.......buntu pula fikir macam mana nak cabut tulang tu. Cuba berus gigi pun tak jalan sebab bukan terselit kat gigi. Sudahnya pb pergi depan cermin besar, hubby tolong suluh, pb cabut sendiri dengan penyepit janggut. Pb tak nampak sangat kedudukkan tulang tu, main agak2 je.....akhirnya....berjaya juga dikeluarkan. Fuhhh....lega, walau sakitnya masih terasa hingga sekarang.

Hubby kata, kenapa yang nak makan tulang tu? Isi ikan banyak, kunyah tulang pulak. Aii...dia ingat pb ni kucing ke nak makan tulang? Kalau nampak ada tulang, takde la nak masuk kemulut, betul tak? Dalam pada membebel tu, dia pun gelihati juga bila teringat bagaimana dia menyuluh mulut pb dan pegang sepit tu macam doktor gigi.

Sekian, tamat la kisah pb dengan tulang ikan. Terima kasih sudi membacanya......ni kisah benar....bukan rekaan ye!


Cream Scones

Assalammualaikum semua....

Jangan cebik bibir tengok scones pb ni. Kali kedua pb buat scones, dulu tak jadi ikut resipi makcik (salahkan resipi pulak). Takde siapa2 pun yang minat scones dalam rumah ni, pb je yang gatal nak habiskan kismis dalam peti ais. Anak bujang tak suka makan kismis sekarang ni, ntah kenapa dia tu, masa kecil dulu dia boleh makan senang-senang je. Bila ibu dia dah campur dalam scones ni, elok pulak makannya.

Terus pada resipi je la......pb nak sidai kain bagai, hari ni jumaat, anak bujang balik cepat dari sekolah. Pb semalam fikir nak makan2 yang simple dan cepat membuatnya. Memang cepatlah kalau orang dah biasa buat scones. Resipi ni pb faham2 sendiri dan kalau ada silap mana2, kawan2 boleh tegur.......

CREAM SCONES
sumber : Joy of Baking

2 cwn tepong gandum (260 gm)
1/4 cwn gula pasir - pb guna gula castor (50 gm)
2 s.t serbok penaik
1/4 s.t garam
1/3 cwn unsalted butter sejuk - potong kecil
1 biji telor saiz besar - pukul sedikit
1 s.t vanilla paste
1/2 cwn susu - pb guna susu cair (rasanya lebih elok susu segar kot)
Segenggam kismis - pb tambah sendiri

Cara membuatnya:

Panaskan oven 190C, letakkan grill/rak di bahagian tengah. Susun kertas minyak atas pembakar (yang ni pb taburkan tepong je atas dulang)
Dalam mangkok lain - ayak bersama tepong, baking powder dan garam. Masukkan gula juga.
Potong mentega dalam kepingan kecil.
Campurkan dalam tepung dan gaul dengan jari hingga menjadi seperti bread crumb yang kasar.
Dalam bekas lain, bancuh telor dengan susu dan vanila.
Lubangkan bahagian tengah adunan tepung tadi dan masukkan bancuhan susu sedikit-sedikit (mana yg dah biasa buat roti mesti tau ni)
Uli hingga rata dan jangan terlalu lama.
Canai doh dan terap guna acuan bulat (pb guna gelas je...hehe)
Letakkan dalam dulang pembakar dan sapukan sedikit susu di atasnya, (supaya bahgian atas scones kelihatan keperangan bila masak)
Bakar selama 15 minit atau hingga keperangan.

Kalau suka letak jem atau apa2 krim, belah dua scones tu. Pb sapukan whipping krim yang di putar dengan gula sahaja. Malas nak letak krim cheese. 




nota pb: masa masukkan susu tu seeloknya sedikit2 dulu sebab 1/2 cwn yang pb buat macam berlebihan pula. pb terpaksa tambahkan tepong lagi.....

Pajeri Nenas

Sebenarnya pajeri nenas ni dah buat hari sabtu lepas lagi tapi tertangguh nak masuk dalam blog. Biasalah, surirumah walau anak sorang pun, kerja berlambak. Ni nasib baik tak rumah banglo macam Mawi, kalau la besar macam tu......alahai...tak sempat berblog nampaknya. Asyik ke atas ke bawah berkemas, kannn....

Kesian Mawi, rumah dia tu dah dekat kampong pb. Sekitar Bandar Baru Bangi yang pb tahu, dulu2 jarang ada kes rompak. Polis kerap lalu lalang (ye la, lalu lalang je....bukan jaga rumah kita, ye tak?) Mawi pun kenapalah tak pasang gril kat tingkap tu. Sedangkan bergril pun boleh kopak, apalagi tak pasang gril? Kat rumah tu pula ramai perempuan je, bermaharaja lela si perompak tu.

Pb selalu bawa masuk spray nyamok dalam bilik dan letakkan sebelah katil kalau hubby takde kat rumah waktu malam. Pintu bilik wajib kunci, talipon mesti ada kat kepala katil. Tapi kalau dah kena terjah macam Mawi tu, mana sempat nak spray muka perompak pula kan? huhu.....harap2 tidak terjadi pada kita semua. Dia orang ni merompak satu hal, bawa parang pula. Zaman ni orang tak takut sangat dengan hantu tapi lebih takutkan orang2 sebegini, takde perasaan, takde kerja, suka ambil jalan mudah untuk dapatkan sesuatu.

Ish...melalut ke Mawi pulak ni. Ok..ok...resipi pajeri nenas. Ni kesukaan MIL, bila balik Kelantan mesti kena buat. Pb ambil resipi dari Ros Jintanmanis
Minta halal copy paste resipi ye Ros, cuma akak ubah sikit.



PAJERI NENAS
sumber: Ros Jintanmanis


Bahan-bahanya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang +  bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan - pb gantikan dengan susu cair sebab nakkan kuah
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2.  Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas. Masukkan susu cair kalau suka atau santan.
4. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat.
(masa ni pb kecilkan api) Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Emak pb biasa buat tak letak udang kering rasanya. Tapi takde beza sangat letak atau tidak, yang penting pajeri nenas ni kalau dibiarkan lebih lama, lebih sedap rasanya tu. Masam2 manis, pedas dan lemak.....huhu....teringat mak kita.

Wordless Wednesday, tak sihat

Salam sejahtera di pagi rabu yang kedu, sakit belakang 2 hari berlanjutan....


ni je yang pb adap.....



Nasi Mandhi

Assalammualaikum,
Malam tadi hujan kan? Apa yang pb tau boleh dikatakan semua kawasan hujan atau mendong. Sini pun sama, angin bertiup kuat hinggakan parking canvas jiran sebelah pun nak terbang dibuatnya. Nasib baik hubby cuti semalam. Boleh la tolong sebab suami jiran mengajar petang, isteri dia pula mengandung dan tak larat nak buka satu2 bendalah tu.

Ok, pb tak cerita panjang sebab tak sihat sangat ni, sakit pinggang pula. Mungkin sekarang pb dah tak boleh basuh baju dengan tangan, terbongkok-bongkok tu yang buat sakit  agaknya. Anak pb kata, ibu takyah la buat kerja, rihat je! Amboiiii...sape pula nak jadi tukang masak korang?

Nasi Mandhi ni pb pun tak tau nama sebenarnya, adakah nasi mandy? Pb tiru bulat2 dari blog kak ummi zaihadi. Pb minta izin copy paste resipi ye, bukan gambar tau. Pb tak pernah cilok gambar masakan kawan2, biasanya siap bagi link lagi. Jangan la ada yang berperangai macam pencuri seperti mana yang terjadi kat blog Ayu Singapore, habis di copy semua jadikan hak milik si pencuri.


NASI MANDHI
sumber : Kak Ummi,Puan Raidah, mamasya

Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.
Cara penyediaan:-
  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.(yang ni tak buat, mana nak cekau arang)
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak. 
     
     Sedap nasi ni, pb makan bersama ayam panggang halia dan pajeri nenas yang pb lebihkan kuahnya.

7 Petala Cinta hanya kami berdua

Siapa peminat Fizo Omar, Diana Amir dan Aieril? Pb takde la minat sangat cuma pb sokong kalau artis2 yang betul2 berlakon kerana ada bakat dan minat. Setakat nak tayang body macam dalam majalah Mangga tu, pb tak heran pun. Tapi mereka2 yang dah naik sekarang rasa-rasanya pernah 'menayang' kat Mangga.

Hari sabtu 24hb Mac, kami bertiga asalnya nak tengok wayang area KK saje sebab malas nak ke One Borneo. Agak jauh dari rumah dalam setengah jam perjalanan  tanpa tempoh jem. Dari minggu lepas hubby asyik sebut nak tengok wayang cerita ni. Pb takde la sangat, anak bujang tu lagi tak berminat.

Mulanya nak langgan je astro first, pb cakap kat hubby mana ada lagi, filem baru je tayang. Anak taknak tengok, kami tinggal kat cybercafe skynet, main game 2 jam kat situ. Siap pesan jangan keluar sampai kami datang. Ibu dan ayah nak 'berjimba' kejap.

Awal cerita ni agak slow tapi ada adegan lucu pelakon pembantu (kawan2 Attar) yang menceriakan panggung. Epit RL dan pelakon cute tu, sape nama dia tak ingat. Menariknya cerita ni tidak ada adegan lumba motor, mandi kolam renang, clubbing dan seumpamanya. Kalau ada seksi pun cuma watak Puteri Mardiana sebagai pelacur. Memang seksi dengan baju tidor dia tu.

Watak Fizo Omar tak banyak, awal cerita dan akhir saje. Bagaimanapun tetap menyentuh hati penonton, terutama kaum perempuan. Paling mengharukan lakonan Aieril yang teraniaya dek godaan pelacur lantas di buang dari sekolah pondok. Masa ni la air mata pb pun turun, toleh kanan (eh...dia pun meleleh jugak ke?) hehe....nak cover malu, hubby asyik paling sebelah kanan dia je sebab belah sana tu takde orang. Hubby ni kalau orang tak kenal dia, orang mesti ingat dia garang (maklum le, cikgu) padahal bila tengok hindustan...feeling habis....

Rasanya cerita ni agak menarik kalau background music tu lebih sedap. Jalan cerita Attar untuk menginsafkan diri dia agak tidak mencabar. Mudah sangat berubah, mungkin pengarah nak singkatkan cerita kot. Lakonan agak memuaskan, boleh perbaiki lagi......wah...dah macam pengulas pulak pb ni. Baik korang pergi tengok sendiri, bawak tisu tau.

Sebelum masuk panggung, anak bujang kata, rasanya nanti ayah sorang lelaki kat dalam panggung. Kenapa pulak? Sebab....biasanya orang perempuan je yang suka cerita macam ni, .kata si bujang kecik. Pandainya dia...

Ayam Panggang Halia

Selamat pagi dan selamat berhari minggu kawan2......

Semalam pb tengok wayang berdua, bajet nak romantik tapi hampeh. Hubby layan perasaan sendiri, pb pun dok concentrate cerita. Nanti pb ceritakan esok ye. Ni nak cerita pasal masak2 lagi. Ayam panggang halia dari Ummi Zaihadi yang di ambil resipinya dari Chef Hanieliza.

Ayam ni pb hidangkan bersama nasi mandhi, bukan nasi bukhari. Tak kisah la kan? janji masyuk!! Mintak izin copy kak ummi....


AYAM PANGGANG HALIA
sumber: Ummi Zaihadi


Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia (kurangkan sebab ayam beberapa ketol je)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam (pb letak sikit je)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (guna kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
 Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (ayam 4 ketol je...)
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (yang ni pb perap dari pagi sampai petang)
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).

Ayam panggang pb tak berapa garing sebab anak pb agak cerewet, nampak hitam2 sikit pun taknak makan. Bagaimanapun disebabkan dah perap lama, lebih sedap rasanya dan lembut pula.

Untuk mereka2 yang malas memasak pun sesuai cara masak begini, perap ayam sebelum pergi kerja, balik rumah dah boleh panggang sekejap.

Kuih Getas

Salam pagi sabtu, mendong semalam sampai ke pagi ni. Selesa sikit bila hujan turun, terasa hangat siang semalam agak berkurangan. Hinggakan tidur berhawa dingin pun tak terasa.

Hujung minggu begini mesti teman2 blogger pergi bersiar2 kan? window shopping, mandi manda kat air terjun atau taman tema....tapi pb tak kemana pun sebab hubby sibuk memanjang. Nak siapkan asignment kawan dia dan melatih kriket. Nampaknya kami berdua jadi penunggu setia rumah ni.....alahai...nasib baik ada internet.

Sebenarnya kan, pb buat kuih ni semalam pagi. Jumpa kat satu blog (lupa la blog sape) katanya kuih ni kuih tepong bunga. Bila pb tengok kat google, lain pulak rupa kuih tepong bunga. Jadi, pb pun dengan rupa tak malu, bertanyalah kat kawan2 di facebook. Si SARI (adik ku yang cikgu di jb) ni bagitau, kuih getas la kak! huhu....punyalah lama tak makan, tak buat, tak tengok kuih ni sampaikan lupa nak menyebutnya. Emak dulu selalu buat dan pb suka sangat.

Resipi pb ni main agak2 je sebab buat dalam sepinggan.

KUIH GETAS
di olah: pb

2 cawan tepung pulut
3 atau 4 sudu besar tepung gandum
segenggam kelapa parut
4 sudu besar gula pasir (mungkin banyak sgt)
sedikit air untuk sira gula
minyak untuk menggoreng

Gaulkan tepung pulut, tepung gandum dan kelapa bersama.
Bancuh dengan air sedikit2 hingga tidak lekat di jari.
Bentukkan bulat dan leperkan.
Goreng dalam minyak panas (masa ni biasanya kuih akan pecah/merekah)
Angkat bila kekuningan.
Masak gula dan air dalam kuali hingga pekat. (guna api kecil)
Bila nampak berbuih2, bolehlah masukkan kuih tadi dan ratakan. Tutup api.

Puding Karamel Bercoklat

Salam sejahtera di pagi Jumaat yang mulia. Kaum lelaki jangan skip sembahyang jumaat ye......kaum perempuan pula boleh la balik rumah kejap kalau dekat time rehat tu. Pergi ambil anak balik sekolah tu, hati2 bawa kereta. Penyamun bersepah sana sini, jaga handbag, jaga anak, tengok kiri kanan kalau nak membelok. Kalau tak sempat masak di rumah, beli je kat kedai tapi pastikan makanan tu bersih, yang penting halal.

Pb nak tayang puding ni daripada hari tu lagi tapi tak nyempat je. Saje main masak2 kat dapor sorang2 (org main masak2 ramai....) Buat separuh adunan daripada resipi asal dan namanya Puding karamel lapis coklat tapi pb mandai2 je tukar 'bercoklat' tu. Takpe la kan....pb jalan blog Ijan Blogresipi dan terus ambil resipi ni yang dah ramai mencubanya. Minta izin copy ye....


Resipi Puding Karamel Lapis Coklat
  • Bahan A
  • 1 tin susu cair (375 ml)
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 1 s/k esen vanilla
  • Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 5 s/b gula
  • 3 biji telur A
  • 4 s/b serbuk koko atau 1 s/k serbuk nescafe + 1s/k coklat pes
  • Bahan C
  • 2 s/b gula [hanguskan] atau 2 s/b madu
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yg berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan-
  3. Masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci.
  4. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak masukkan pula 1/2 cawan adunan B diatas lapisan adunan A.
  6. Ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis.
  7. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
  8. Potong dan hidangkan.

Kita punya puding tak cantik sebab buat separuh je. Acuan pun kecik sangat.  Separuh adunan tu maksudnya pb guna 1 tin susu cair sahaja dan 3 biji telor.


tengok la, sememeh je....takpe lain kali boleh cuba lagi, ni saje simpan resipi dalam blog, senang nak refer kalau balik kampong ke....

Udang Sambal Belacan

Salam sejahtera

Hari ni cuaca cerah dan panas sangat.......pepagi dah berpoloh, takyah jogging jauh2, jogging kat dapur pun dah basah baju.....tapi tak slim jugak. Nyampah...

Udang sambal belacan ni kan, pb rasa masakan paling best la dalam hidup pb....hehe...sebab paling senang dan menyelerakan kalau orang yang takde selera nak makan. Boleh simpan dalam peti ais sambalnya, anytime nak buat, keluarkan je.....tumis udang/sotong...masukkan dalam sambal (tumis dulu)

Resipi dari boss besar kat Sedenak sana, akak copy paste ye MatGebu....gebu lagi ke Mat?? Maaf ler....main copy je, tapi akak sertakan link tu.

UDANG SAMBAL BELACAN
Sumber asal : Chef Florence Tan
copy paste dari MatGebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar
3 camca besar sambal belacan *(*resipi dibawah)
2 helai daun limau purut - takde daun limau
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi"- ni pun tak letak
2 -3 biji limau kasturi, ambik jusnya
Sedikit gula

*BAHAN SAMBAL BELACAN :-)
100 gram cili merah (atau nak campur cili padi pun boleh)
50 gram belacan, dibakar - pb tak timbang, agak2 je
Perahan jus limau kasturi secukupnya
Secubit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk hancur semua bahan2 untuk sambal belacan, kecuali jus limau, kemudian tambah jus limau kasturi secukupnya, kacau rata dan alih ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. Udang, dikerat sedikit hujungnya, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng 30 saat dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan.
  3. Tumis sambal belacan hingga harum, masukkan kiub ikan bilis, daun limau purut, gula dan kacau rata. Masukkan udang, gaul hingga rata dan mesra. Masukkan jus limau kasturi, yang ni ikut rasa yang anda inginkan. Matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat..

hidangan kami berdua sahaja, pedas2 macam ni anak bujang pb tak sentuh.....tengok la nanti ko kawin dengan orang nogori, tau la macam mana...(tapi tak semua org nogori mkn pedas kan?)


Lebihan sambal tu (yg tak habis) pb gorengkan dengan nasi. Ada rasa masam2 sikit, macam nasi yang di goreng dengan perencah tomyam. Hubby kata sedap.....huhu...semua dia balun! eh...balun ni bahasa mana ek? Perak kot?

Wordless Wednesday, dari Benut

Salam sejahtera di hari rabu tanpa kata......(iye ke?)









Peringatan : buat baik dibalas baik (kadang kala je)

Apam Balik inti kaya

Salam sejahtera dan selamat beramal.....

Dah macam Prof Izzudin pulak ye....selamat beramal (dgn sengau manja dia). Nak ringkas je update, panjang2 pun orang takde masa nak baca meleret2, ye tak?

Resipi asal dari Hana Memories kat CMG dan kalau nak lebih cantik gambarnya, gebu gitu...TENGOK SINI. Mintak izin copy paste ye Mat, halal ye......akak ubah inti je, letak coklat chip campur kaya sikit. Ada yang letak gula dengan kacang je. Anak pb ni tak suka kacang la, payah betul selera dia, tak sama dengan ibunya.



APAM BALIK (inti kaya)
sumber: MATGEBU


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
2 camca besar gula halus
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cawan susu sejat + 1/4 cawan air)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca besar mentega cair
Secubit garam

BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar*
2 camca besar gula pasir*(*disatukan)
3/4 cawan jagung cream (pb takde jagung, ganti kaya)
Sedikit mentega atau majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas, satukan telur dengan gula, pukul hingga sebati. Tuang 1/2 cawan susu dan kacau rata. Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata dan tuang baki susu tadi. Masukkan mentega cair dan garam. Kacau hingga semua rata dan sebati. Ketepikan selama 15 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, gunakan api paling kecil, sapu permukaan kuali dengan minyak (mat sekadar lap permukaan kuali dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak masak). Bila panas, sendukkan bancuhan tadi anggaran 1/3 cawan, rata dan dia biar sekejap.
  3. Tutup permukaan pan tadi, bila kelihatan berbuih dan kering, boleh sapu sedikit mentega dan ratakan krim jagung, dan kacang tanah + gula pasir tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan lipat dua. Ulangi proses hingga siap. Boleh dihidangkan..
 lerrr...apam balik yang terhangit gara2 ibu tinggal kesana kemari....

Semua naik

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu....


Pb baru balik dari pasar tamu, cari pulut udang kesukaan anak. Sebelum tu ke pasar besar KK, biasalah surirumah, bergelumang dengan ikan dan sayur je.

Kat Pasar Tamu dulu, penjual nasi lemak jual sebungkus RM1.20 je, tahun ni naik RM1.50. Itu takde ikan bilis goreng sebab dah letak dalam sambal. Mereka biasa letak ikan masin. Tak suka ikan masin, kalau makan nasi lemak selalu buang. Telor rebus dulu sebiji belah empat. Sekarang belah enam pulak......huhu....bukan berkira pasal makan. Lagipun apalah sangat setakat 1.50 kan? Cuma takde rasa manis masin sambalnya tu.....

Satu lagi, kalau kat semenanjung berapa agaknya harga gula kapas yang budak2 suka tu? Mungkin RM2.50 atau lebih. Kat sini dulu (masa baru tinggal sini) murah sangat, terkejut kita orang first time beli.....R1.00, boleh tahan la besarnya. Tadi pb beli untuk anak, dah naik R2.00 pulak. Mentang2 la dengar khabar pekerja kerajaan naik gaji seciput......

Itu tak kira lagi pasal ayam, telor, daging, sayur. Kalau nak beli ayam, jangan la bawa duit sepuluh henggit. Kena prepare RM20 baru boleh dapat seekor. Telor Omega sepapan biasanya pb dapat dalam RM11.50 (harga kenal2 tokeh) pun dah naik sampai ke RM12.00. Kalau kat semenanjung mungkin lebih mahal. Tapi sebagai 'pembantu rumah' tak bergaji macam pb ni.......semua tu dikira mahal. Untung la pembantu dari negara seberang jika RM700 jadi kenyataan. Buat satu kerja je lepas tu relax berbanding dengan isteri tuannya yang dari celik mata sampai nak tidur malam belum tentu dapat rehat. Baiklah ambil pekerja dari negara kita sendiri, tapi kena buat juga syarat sebagaimana kita ambil pekerja asing.

Taknak ah cerita panjang pasal naik harga ni......bosan...cuma pb takde idea.

Apam Nasi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"



Kalau nak tau aktiviti pb hari2, asyik google resipi je tau. Tapi time nak komen kat blog kawan2 blogger memasak, kekadang tu tenet buat hal. Mana sempat komen, pb tinggal jejak. Mana tak sempat tu......minta maaf la ye. Bukan taknak dan bukan sibuk keterlaluan, cuma masalah intenet ni yang jadikan mood berblog walking jadi malas.

Bagaimana pun mana2 teman yang sudi jengah blog buruk ni, pb ucapkan terima kasih banyak2. Ok la.....selain dari resipi, apa lagi yang pb boleh tulis? Taknak la sentuh pasal negara, pasal politik, pasal mat rempit atau yang tiada kaitan dengan diri pb dan keluarga. Orang kata kalau nak menulis sesuatu, biarlah kita arif persoalannya. Nanti kena hamun kalau tersilap tulis.

Cerita pasal apam nasi ni, pb ambil resipi dari blog http://marshmallowlovecoklat.blogspot.com/  dan pb tak tau pula dari mana sumber resipi ni, samada dia punya atau orang lain. Pb cuba resipi apam ni dan boleh dikatakan menjadi. Cuma silap pb kot, nasi yang pb mesin tu agak keras (beras basmathi). Mungkin lebih sesuai guna nasi yang lembut. Pb kongsikan juga la resipi ni.......


APAM NASI

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 cawan nasi sejuk
1 sudu kecil yis
1/2 biji kelapa parut yang putih (letak sedikit garam)

Caranya, kisar semua bahan dalam mesin. Biarkan seketika, perap sekejap.
Sapu sedikit minyak pada acuan apam.
Pb letak warna merah dan hijau.
Panaskan kukus dan cover penutup kukus dengan kain.
Kukus apam dengan api yang besar dalam 15 minit.
Setelah masak, angkat dan keluarkan dari acuan.
Letakkan kelapa parut di atasnya.





nota pb: kalau tak jadi, jangan cari pb ye....tapi insyaallah jadi.

Puding Karamel tanpa telur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Baru dapat bertenet, letih asyik ulang alik kedapur, bilik, ruang tamu......huhu....orang bercuti sekolah, kita ni tugasan sama je. Dah la tak sempat nak cuti2 Malaysia, bukan tak sempat...ongkosnya dah kena ngap dengan kereta kami yang asyik buat hal. Bagaimana pun pb tak kisah sangat. Takde la nak membebel kat suami tak bawa bercuti. Kesian kat dia kalau isterinya merungut. Mana ada suami yang taknak bawa famili bercuti kalau tiada masalah, betul tak?

Dah tak kemana2 tu asyik nak makan je. Demam2 pun selera masih macam biasa, bukan pb la......orang sebelah tu. Jadi pb buatkan puding karamel ni. Sebelum ni biasa juga buat tapi pb guna agar-agar dan resipi dari myresipi. Kali ni pb ikut resipi Along Roz yang cantik jelita. Minta izin copy paste ye long.....

PUDING KARAMEL TANPA TELOR
(EGGLESS CARAMEL PUDDING)
 sumber: Along RozHomekreation

Saiz: 9" Round
BAHAN2:
3 sb Gula - untuk buat karamel
10g Serbuk Jelly/Agar-Agar
1100ml Air
120g Gula
1 tin (200ml) Susu Cair*
2 sb Tepung Kastad*
1 st Vanilla Essence* (* campur)

CARA2:
1. Letak gula dlm tin acuan & hanguskan di atas api kecil.

2. Letak serbuk agar-agar & air dlm periuk & masak sehingga cair.
Masukkan gula & masak sehingga gula hancur.
Masukkan bancuhan susu & didihkan sebentar selama seminit.

3. Tuangkan ke dlm acuan tadi & sejukkan di suhu bilik.
Sejukkan dlm petiais.




Kali ni pb guna jelly segera. Kalau agar-agar segera pun sedap dan senang nak potong. Jelly ni agak susah nak dipotong dan diangkat ke piring cuma rasanya lebih sedap, lembut.....macam makan taufu fa.



Ada lagi dalam peti ais, tinggal sikit untuk anak bujang yang bermalam di rumah Opahnya.


nota pb: mula2 ingatkan tak jadi sebab nampak bergoyang2 bila di angkat,
tapi bila dipotong, cantik je.....alhamdulillah menjadi.

Spageti Goreng ala mamak (mamak jgn marah tau)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

First sekali nak mintak mahap la kat abang-abang mamak yang terasa ye. Bukan la nak mencemar nama mereka, tapi nak bagi kredit (sape yg suka je) dengan mee goreng mamak. Pb buat ni nampak je macam mee goreng mamak, sebenarnya takdelah sebiji macam masakan dia orang.

Pb goreng spageti ni semalam petang untuk makan kami berdua. Anak takde kat rumah dua hari ni, kiranya kami 'honeymoon' kat teratak pondokburuk ni je.....nak cuti jauh2, bajet lari sebab kereta manjang je nak 'paw' duit hubby. Tak repair kang.....merajuk pulak, kita jugak yang susah.





Ok la, resipi ni simple je. Pb tengok hari tu kat rumah sape tah goreng spageti ni tapi ala kampong. Pb buat ala mamak pulak ye.....

SPAGETI GORENG ALA MAMAK

Spageti di rebus hingga lembut (utk makan 2 org, segenggam pun dah banyak)
1 keping tauhu di goreng
1 keping burger ayam di potong dadu
1 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar, hiris (setengah biji pun ok)
2 sudu besar cili kering yang dah kisar
Kicap (ikut suka)
sedikit sos tomato
sedikit lada hitam serbok
1 biji telor
sedikit minyak
garam

Cara menggoreng seperti biasa la ye. Tumiskan bawang, cili kisar dan masukkan rencah ayam/udang.
Masukkan kicap dan sos. Kalau kering, letakkan air sedikit. Jangan banyak, nanti lembik pula spageti tu.
Ada orang goreng mee/spageti letak telor kemudian tapi pb letak telor dahulu dan semua bahan baru masukkan spageti. Jangan lupa tauhu goreng tu.
Pb tak letak sayur sebab takde kat rumah. Kalau letak lagi sedap.
Kemudian pb gorengkan telor mata kerbau dan hiriskan timun sebagai ganti sayur.



Lebih sedap dari mee kuning, cubalah!

Jagalah anak-anak kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Sekarang ni heboh orang memperkatakan tentang arwah Dirang yang mati dibunuh dan dibakar. Zalim sungguh perasaan orang yang mencekik dan membakarnya. Ketika dia melakukan jenayah itu, tidakkah ada belas kasihan dihati dia/mereka? Semuanya kerana dendam, tetapi bukan budak tu yang salah. Berdendam dengan neneknya, Dirang yang jadi mangsa. Takziah pb ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga Allah dapat membalas dengan setimpal atas kejadian ini.

Untuk peringatan pb dan juga ibu-ibu diluar sana, tolonglah perhatikan kemana dan dimana anak-anak anda bermain atau destinasi anak. Walaupun hanya sejengkal dari rumah, macam-macam perkara boleh terjadi. Pb selalu berpesan pada anak, jangan bergaul dengan mereka yang tidak dikenali, jangan bermain dengan mereka yang kaki buli dan jangan menyakiti hati kawan-kawan. Kalau ada perbalahan kecil, jangan cepat naik tangan dan kaki. Kadang2 perkara kecil pun boleh jadi besar. Itu semua kerana tidak dapat mengawal nafsu marah, dendam dan sebagainya.

Cuti-cuti sekolah ni mungkin anak-anak kita selalu bermain diluar rumah. Perhatikan juga walaupun sekadar di ruang tamu atau garaj depan. Tidak kira dia lelaki atau perempuan, kecil atau besar. Perkara nak jadi tidak ada siren atau alarm. Kalau tinggalkan anak sendirian dirumah, pastikan ada talipon di tangan dan anak-anak tau menggunakannya. Seeloknya jangan tinggal terus kalau anak masih kecil. Pb biasa juga tinggalkan sekejap tapi pb pesan kat jiran sebelah, tolong tengok-tengokkan. Pesan juga kat anak jangan kedapur, contohnya nak masak-masak atau bermain pisau. Walaupun anak pb dah 10 tahun, pb tak pernah benarkan dia pegang pisau atau gunting melainkan kalau ada kerja tangan sekolah, itupun dalam perhatian dan gunakan gunting yang tumpul hujungnya.

Bila tinggal sendirian pun selalu pesan, jangan buka pintu walaupun kawan sendiri yang datang. Kadang-kadang kita tak tau hati manusia ni, tengok zahir baik. Kita tak tahu niat disebaliknya. Setiap masa kena berhati-hati. Bagaimanapun sebaiknya kita amalkan doa-doa selepas solat, apa-apa doa yang kita tahu. Kalau tak hafal, bukalah buku, tidak mengapa. Allah Maha Mengetahui dan memahami.

Rindu saat manis itu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Hari Ahad seharian berlalu tanpa ada apa2 aktiviti menarik dalam rumah pb. Membaca, tv, intenet, makan dan minum. Aktiviti anak pula lebih kurang sama, tv, intenet, bola dan astro ceria. Ayahnya pergi majlis kahwin anak rakan dia. Seharian takde kat rumah, alaaaa....bosan juga takde kawan nak bertekak dan bersembang.

Masa nilah pb buka gambar2 dalam kamera, wajah sorang2 pb tatap. Tiba-tiba terasa air mata mengalir. Kenapa pb sedih? sedangkan mereka tak buat apa2 pun kat pb.......mungkin pb rindu nak sembang dengan mereka. Walaupun boleh berhubung melalui handphone, tapi tak sama keadaan bila bersua muka. Line talipon pun selalu putus-putus, kekadang ok, kekadang macam ada lipas lalu lalang.

Malas la nak cerita panjang, takde mood. Layan gambar si Tuah ni lagi baik. Cute kan? Sedap kalau dipelok, gebu dan halus. Ni kucing kakak pb, pendiam tetapi ligat.


Murtabak daging/ayam

Salam sejahtera.

Selamat bercuti untuk adik2, anak2 dan cikgu sekolah semua. Saat-saat paling ibu2 suka, inilah masanya nak rehat dari menggosok, basuh kasut, sarapan pagi pun takde la terkejar2 sangat.

Pagi ni pb rajin yang amat. Buat murtabak ayam dan daging. Resipi pb dah mark dua tiga hari lepas. Adunan pun dah uli semalam. Ikut macam sifu2 kita tu.....perap semalaman, pasti (insyaallah) lembut kulit murtabak. Hubby puji-puji.......lebih sedap dari kat kedai. Area rumah kami ni susah nak jumpa kedai jual murtabak yang betul2 terangkat la kalau makannya.

Mula2 pb jumpa kat rumah CK, lepas tu pergi pulak ke rumah YATIE Memories dan inilah hasilnya. Cuma cara masak inti tu pb ubah sikit. Mana yang inti ayam untuk anak bujang, pb letak ayam dengan telor je. Inti daging untuk kami, pb campurkan dengan sayur kobis dan carrot. Minta izin copy paste dari blog Yatie ye....

Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)
sumber dari Yatie dan Ros Jintanmanis
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)


BAHAN2 UTK INTI MURTABAK: (Joayee@myresipi.com)
  • 300g mince meat
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+gula secukup rasa
  • sayur kobis dan carrot (pb tambah sendiri)
**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya
  1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
  5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.
* kalau nak makan dengan kuah bawang tu, boleh la tengok kat blog mereka ye, pb tak buat sebab pb makan dengan kuah kari ayam.



Tak rugi cuba resipi ni sebab kulit dia lembut sangat. Biasa kalau kita makan kat kedai, kekadang tepi2 dia kita buang kan? Kali ni tak.....licin!

Mihun goreng kunyit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera dan selamat pagi......yeayyy...hari ni pb dapat update blog pepagi. Sebab encik hubby sekolah belah pagi pulak. Biasa dia yang konker computer ni, pb tunggu dia pergi sekolah tengahari baru dapat ambil alih.

Semalam Hari Wanita Sedunia kan? Sebenarnya semalam baru tau dan semalam juga Hari Buah Pinggang katanya. Sama2 la kita menjaga buah pinggang kita, jangan sampai rosak.......minum air masak banyak2 tau (nasihat untuk diri sendiri sebenarnya sebab selalu lupa minum air)

Pagi ni pulak, ada 'pendatang haram' sudah muntah depan rumah pb. Selambak ditinggalkannya......pb pun keluar la kat depan tu dengan penyapu lidi dan berus lantai......huhu....exercise pepagi der! Kurang asam punya kucing, mesti kucing jantan ni.

Ok la, panjang pulak mukadimah pb, tak sengaja...hehe....ni mihun goreng kunyit yang pb buat hari Ahad lepas kalau tak silap. Tengok kat rumah sape hari tu, lupa pulak. Asyik makan benda yang sama, boring kan. Kasi tukar warna kuning pulak.



1/2 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang kecil, kasik pecah (hempok dgn parang)
Carrot - hiris memanjang
5/6 ekor udang segar
1 sudu besar tauco
1 biji telor
1/2 inci kunyit hidup
2 genggam taugeh
garam dan perasa (skrg selalu gantikan dgn gula je)
Mihun jangan lupa rendam dulu/curah air panas kejap

Caranya, tumis dan gorenglah seperti biasa. Ringkas kan?



nota pb: dah hampir 8 pagi, jom kita solat sunat dhuha
insyaallah hidup kita diberkati olehNYA....

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Pizza daging dan sosej

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera semua, kali ni pb nak share resipi doh pizza yang lazat (lazat ke aku buat?)...boleh tahan la....mungkin cara menguli je yang berbeza dari tuan punya resipi. Pb uli manual, takde BM, belum mampu memilikinya.

Resipi doh pizza ni pb bookmark kat tab, bila2 nak buat takyah cari orang lain punya. Ini dah ok dah dan pb nak berterima kasih sangat kat DJ DAYANG (klik kalau nak tengok resipi sebenar dia). Pb dah ganti bread softner dengan 1/2 sudu besar shortening. Minta izin copy paste resipi ye Dayang.......

DOH PIZZA
sumber: Dapurku Sayang

Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh) - pb tukar dengan shortening
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.




Ni tak bakar betul2 masak sebab tunggu anak bujang balik sekolah, nak panaskan lagi.

Resipi filling pizza tu seperti biasa je. Tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan sos tomato/tomato puri, lada sulah, daging cincang, sosej dan apa2lah yang kita suka. Kemudian letakkan cheese (pb guna cheese sekeping sb yg tu je ada). Krim cheese tu pun pb buat juga, kat blog Dayang ada resipinya. Sayur dan lada tak letak, susah nak makan sama dengan anak yang tak makan benda2 tu semua. Bawang pun kena blend, kalau dia nampak, patah selera dia nak makan.


Pb saje usik anak, lepas ni kita tak payah makan pizza kat luar, tak payah order chicken chop kat luar........huhu....berubah muka dia. Biasalah bebudak ni kan nak tukar selera makan ditempat awam sesekali. Takkanlah zalim sangat ibu dengan ayah nak buat macam tuuuu.....

Wordless Wednesday...pau yg bantat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

kejar sana....kejar sini....layan tv...layan intenet, nilah jadinya..



Terharu di pagi hari, happy birthday Aziz

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ibu malas cerita panjang2, penat tak hilang buat kek, semalam uli fondant rasa nak terkehel jari ni. Seumur hidup, inilah pertama kali buat fondant. Bila dah lepas menguli tu, rasa macam nak kaler pelbagai warna tapi dalam stok tu cuma ada kaler biru. Lain2 tu pewarna liquid, yang ni pewarna jelly.

Lepas subuh tadi pb letakkan sekotak hadiah (takde la mahal mana pun) dan sekeping kad ucapan. Tertulis didalamnya kata2 kasih dan sayang serta doa dari kami agar dia menjadi anak yang soleh dan berguna dikemudian hari. Selepas mandi dan sebelum solat, mata dia terpandang hadiah tu atas meja solek. Dia baca dan peluk ibu dia, sambil bergenang air mata, terima kasih ibu, ayah! Ibu dia pun apa lagi, berjurai airmata, anak ibu dah besar........tak lama lagi akan jadi remaja pula. Harapan tinggi menggunung pada anak ibu ni.....tak perlulah diulang berkali2. Semua ibu mengharapkan yang terbaik untuk anaknya.



Inilah hasilnya cupcake pb untuk anak bujang sorang kami. Resipi lebih kurang sama dengan yang sebelum ini tapi pb ubah sikit2, letakkan chocolate chip.Boleh tengok di http://www.all-about-cupcakes.com/

Pb tolong copy paste je ye......

  • 6oz (180g) butter
  • 1 tspn vanilla essence
  • 3/4 cup superfine (caster) sugar
  • 2 eggs
  • 1 1/2 cups self-raising flour
  • 1/2 cup milk
  • pink food coloring
  • 2 tblspns cocoa
  • 1 tblspn milk, extra

Preheat oven to 180C (350F).

Line cupcake trays with cupcake papers.

Beat butter, essence and sugar in small bowl with electric mixer until mixture is light and fluffy.

Add eggs, one at a time, beating well between additions.

Transfer mixture to a large bowl and fold in sifted flour and milk in two batches.

Divide mixture evenly between three bowls.

Tint mixture pink in one bowl.

Stir sifted cocoa and extra milk into another bowl and mix well.

Drop spoonful of each mixture into prepared cupcake papers.

Run a knife through cake mixture for a marbled effect.

Bake for 1bout 20-25 minutes or until a skewer inserted in the center of a marble cupcake comes out clean.

Stand for a couple of minutes before turning onto a wire rack to cool.

Drop alternate spoonfuls of pink and white frosting on top of each cupcake.

Using a spatula, swirl frosting to give marbled effect.


Malas la nak betul2kan gambar tu, intenet pun kejap putus, kejap ok. Resipi fondant pb guna dari buku Chef Anuar dan ada juga belajar dari Ris Siri yang dah pindah ke utara sana. Dia buat lagi cantik dan kemas dan tengok gaya sekarang makin maju bisnes dia.

Celebrate awal birthday ke 10, Ghost Rider 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ahad semalam kami cuma melepak kat rumah......eh...tak juga, ada keluar ke Gaya Street cari sesuatu. Cuaca teduh awal pagi tapi bila dah dua kali round, nampak titik hujan mula turun. Cepat2 rembat yang kami cari, terus balik sebab perut mula lapar.

Lepas makan tengahari, anak bujang pb keluar kejap katanya nak jumpa kawan. Tak sampai setengah jam, dia balik dan duduk 'sopan' je sebelah pb. Kawan aziz semua pergi tengok wayang.......owh....nak bagitau ibu nak tengok wayang la ni? Pb cakap kat hubby dah petang pasal dia nak tengok wayang tu. Bungkas hubby bangun, jom ler kita bawa dia, kesian pulak. Lagi pun birthday dia kena hari sekolah.....malas nak keluar memalam.

Pb pun kelam kabut siap sebab jam dah pukul 4, show pukul 5.20 pm, terus sembahyang asar, 15 minit je semua siap. Ngam2 sampai Suria Sabah pukul 5, hubby kalau pecut kereta bagi kat dia, macam pelesit.
Kami tengok Ghost Rider 2, bukan taste pb sangat dan sebenarnya tak suka anak pb tengok cerita yang agak ganas. Tapi sebab mak bapak ada sama, ok ler.....kalau orang yang mudah terpengaruh, pb rasa cerita ni agak mengelirukan. Kata hubby best lagi yang pertama. Bagi pb pula......biasa je....

 tengok....mata dia merah kan? sebab flash kot.....pb saje usik, mungkin sebab nak tengok Ghost Rider...

popcorn sekotak besar habis......

Pondan atau lelaki lembut, kawan anak ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ketika ni (pb tengah update blog) Liverpool sedang berperang dengan Arsenal. Asal sabtu je bola, asal sabtu je.....bola. Terpaksalah beralah, dulu ada dua astro, kami potong dan pasang arial biasa, tak dapat tv9. Anak pb sorang terjerit2 bila Liverpool leading 1-0. Ayahnya keluar jumpa kawan, selalu mereka berdua ngadap game tu. Pb tak minat sangat.

Cakap pasal anak bujang pb ni, setiap hari balik dari sekolah selalu merungut. Katanya dia duduk bersebelahan dengan budak lelaki yang berperwatakan lembut, sebiji perempuan. Pernah dia minta tukar sebab tak selesa dengan orang yang macam tu. Pb tanya, macamana perangai dia? Katanya suka mengadu, suka busy body, sikit2 report cikgu sampaikan cikgu pun malas nak layan. Anak pb kata mulut dan matanya macam orang perempuan, berbulu mata lentik dan bibir yang muncung. Gaya pun agak 'gedik'.

Anak bujang pb tanya, ibu suka ke Aziz berkawan dengan pondan? Haip!! pb selalu marah kalau dia sebut 'pondan'. Apa salahnya kawan dengan pondan, cuma jangan terikut2 perangai dia. Pondan atau lelaki lembut pun manusia macam kita, ada perasaan. Mungkin satu hari nanti jika kita tiada kawan lain, entah2 silembut itu pula yang jadi teman baik kita, siapa tahu. Si lembut tu pun belajar boleh tahan pandainya.

Biarlah orang nak kutuk Aziz kerana si lembut tu selalu follow mana2 dia pergi, sebab takde kawan lain.

Puding Marble Serangkai Kasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Hari ni pb tak berapa sihat la.......lepas urut hari tu, badan ni sakit jadinya, tekak pula perit, makan durian 3 ulas pun tak tahan. Kalau dulu, takde hal makan durian. Sekarang ni.......badan kita dah makin berusia...hehe....bukan usia makin meningkat..

Puding ni pb dapat resipi dari SAJIONLINE  tapi bila cari balik video tu, pb tak jumpa pula. Bagaimanapun pb buat separuh dari adunan tu. Sebenarnya pb kurang pasti sukatan agar2 dalam video jadi apa yang pb tulis ni mengikut apa yang pb buat tempohari.

PUDING MARBLE SERANGKAI KASIH

1 kampit agar2 25 gm - pb guna 15 gm
1 tin susu cair - pb ambil 200 gm saja
5 biji telor - 2 biji
1 sudu teh esen vanila - 1/2 sudu kecil
125 gm mentega - 60 gm
3/4 cwn milo yang dicairkan dengan 4 sudu air panas - pb ambil separuh dari itu
1 cwn gula - 1/2 cwn gula
4 sudu besar tepung kastad - 2 sudu besar kastad

Masak agar2 dengan 2 setengah cawan air dan 1/2 cwn gula (kalau nak manis, lebihkan)
Dalam bekas lain, adun mentega dan telor.
Masukkan esen vanila dan susu cair. Kisar perlahan2.
Masukkan tepung kastad. Ketika ini adunan akan nampak berketul2. Takpe.
Masuk adunan kastad kedalam periok agar2 tadi dan kecilkan api.
Kacau perlahan hingga ketulan tadi hancur.
Setelah mendidih/masak, tutup api dan angkat.
Bahagi kepada 2 bahagian. Sebahagian letakkan milo yang dah digaul dengan air panas.
Masukkan dalam loyang berselang seli dengan warna asal.
Akhir sekali masuk dalam peti sejuk.



 Pb masukkan dalam bekas agar2 bentuk jagung. Kaler tak berapa nak 'kasih' nampaknya. Ni puding 'kurang kasih sayang' ni........





 Setelah di potong, beginilah rupanya. Sedap dimakan sejuk2, kurang manis. Kalau letakkan syrup buah dengan susu cair lagi sedap.









Putih....biru mata hitam ku!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Sebenarnya ini entry wordless wednesday tapi punya la mengong brokbeng ni, tergendala seharian tu. Nak tayang si Putih ni, jumpa kat rumah pb berurut. Bukan main manja lagi, terpejam2 mata dia bila ambik gambar sampai tak nampak anak matanya yang biru tu......

Pb urut tumit kaki kiri yang sakitnya melampau. Setiap kali memijak lantai selepas bangun dari duduk, pasti menyakitkan. Bila dah bergerak banyak, baru ok. Makcik tu kata, urat pb 'bersimpul'.....hehe....




Muffin Marble Coklat Chips

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Muffin ni dah tayang kat facebook hari tu. Tak sempat nak update kat blog, line celcom ni pun satu hal. Buka fb senang, buka blog.......aduiaiiiii....sakit hati.

Taknak cerita panjang, baru balik dari bank ni, dengan panas teriknya. Baru pukul 8 pagi dah memancar cahaya matahari. Kita orang pekena laicikang kat restoran. Biasanya pb suka yang panas tapi disebabkan cuaca macam ni, pb paksakan diri minum yang sejuk punya.

Resipi ni pb minta izin copy paste dari blog Nadz Cute Oven, small kitchen, ramai juga kawan2 lain yang dah buat seperti Ayu Curlybabes.


MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
Bahan-bahan :
  • 100 gm butter
  • 120 gm tepung gandum ATAU tepung naik sendiri(kalau pakai tepung ni, tak payah letak baking powder)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 80 gm gula halus
  • 60 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Pewarna kuning - pb guna warna merah
    Cara-cara :
  • Ayakkan tepung bersama baking powder.
  • Pukul butter hingga kembang dan masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul 2 minit.
  • Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Gaul guna senduk kayu atau whisk bagi sebati.
  • Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning dan 1 bahagian lagi ditambah serbuk koko serta coklat emulco-kacau sebati.
  • Sudukan ke dalam papper cup 3/4 penuh dan taburkan coklat chip.
  • Bakar 30 minit pada suhu 180 C atau mengikut oven masing-masing. (Naz bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit).


Saje ubah sikit, pb letak paste strawberi dan kaler merah. Anak bujang suka pulak......bila ibu dia tak minat, anak pula suka. Bila kita suka, dia pulak tak berminat. Muffin ni lembut dan gebu. Guna acuan yang sedang2 pun comel je.