my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

"Push Messages"

Assalammualaikum......

Sehari dua ni kak pb takde entry masak memasak. Tapi kekadang cakap je takde, tengok2 petang karang terjengol resipi kat sini......hehe.....kak pb puasa hari ni. Kalau masak pun untuk buka puasa je, anak bujang makanlah apa yang ada, tak cerewet sangat kalau ayah dia takde.

Kamu semua pernah dapat messages macam tajuk kat atas tu? Entah apa nasib kak pb selalu sangat dihantar message begitu. Kak pb tak pernah pula buka url yang di baginya tu.

"Video Skandal!"
http://bit.ly/KBJMrQ
from: +60134460269 {baik ngaku, sape punya nombor ni?}

Itu yang terbaru, sebelum ni dah banyak kali dapat tapi tak pernah layan pun. Mengarut je dia orang ni, hantar malam-malam pulak tu......memula dulu tak faham juga, tanya hubby apa kebenda ni? Dia kata jangan layanlah!

Teringat pula baru-baru ni sorang remaja hantar message. Masa tu kak pb tengah sibuk goreng mihun untuk sekolah hubby. Dah la kita sibuk, tengok nombor panggilan tak dikenali, memang kak pb tak layan. Bila tak dilayan, dia message pula......

"Assalammualaikum kila, ni arif...ngah bt pe" > ayat tu dah la singkat-singkat, sakit hati membacanya. Sah-sah salah orang ni.....dia ingat aku ni awek dia kot.

Bila tak dilayan, dia guna nombor lain pula......."Kila ngah bt pe tu" (dalam hati kak pb, budak ni nak kena ni, aku dah la letih)
Kak pb balas juga, "siapa ni? awak salah orang kot".
Dia mesej dua kali lagi, "ni Arif 6 iltizam la"
Lagi sekali, "ni Arif la" sebab kak pb tak layan.

Selang beberapa jam, nombor yang sama naik, dia call. Kak pb angkat dan terdengar suara perempuan. Bila kak pb hello, dia terus letak (apa tak letaknya, dengan nada garang ku jawab...hehe). Sah, dia suruh orang lain call dulu untuk pastikan......huhu.....pengecut la tu. Mesti budak-budak remaja sekolah ni.....mungkin baru berkenalan. Kesiaaaaan....

Teringat baru-baru ni Wardina Safiyah pun dapat panggilan lucah kan? Sama macam kak pb dulu (masa belum kahwin ler....tengah bergetah!) Masa tu ada talipon rumah, mana la tau siapa yang call. Talipon dulu-dulu takde keluar nombor macam sekarang (ada ke sekarang ni?) Tiap-tiap malam dia call, mungkin dia tau ada anak dara kat rumah tu sebab kita orang tolong emak di restoran. Ramai la yang kenal.

 Dengan nada suara yang romantik, dia mengeluarkan ayat-ayat bak kata Wardina, malu nak sebut. Adik kak pb yang perempuan berani sikit, dia cabar kalau berani ko datang la sini. Kita orang siap report polis, kebetulan masa tu ramai kenalan abang polis. Ketika dia call, abang polis ni pergi round sekitar taman, tengok kat public phone kot-kot terjumpa. Hingga sekarang kita tak tau siapa punya kerja. Susah sangat nak detect si pelakunya ye?


nota kak pb: walaupun cuma lucah di talian, menggigil juga badan ni.....


Wordless Wednesday, selalu dihatiku

Assalammualaikum dan salam sejahtera,




Orang kata arwah bapa ku lebih rendah dari emak, serasi bersama. 
Tapi Allah lebih mengasihinya, pergi di usia yang amat muda.
Al fatihah untuk arwah dan semua yang telah pergi dalam keluarga kami.

ROti NaiK (kali pertama juga)

Dalam pada rindu-rinduan kat 'orang disana tu', sempat juga meroti pukul 2 ptg tadi. Memang dah ambil resipi ni daripada hari tu, geram tengok orang buat cantik je. Kita pun nak jugak mencubanya.



Tak boleh nak celoteh lama ni, nak masak untuk buka puasa. Simple je.......buat nasi goreng untuk kami dua beranak. Ada roti naik ni boleh la buat sarapan esok pagi sebab kak pb tak dapat keluar, walaupun kereta tersergam depan rumah, lesen dah mati, belum renew lagi......

Roti naik ni kak pb jumpa masa bw kat blog Linda, dia pun kali pertama meroti dan uli tangan je....Mula-mula cuba tu macam tak jadi je rasanya. Lembik melekat semacam je......alamak...dah risau dah. Teruskan juga ikut step by step yang di ajar. Alhamdulillah.....elok je naiknya...gebu sangat. Ini pun kali pertama juga kak pb buat roti lembut macam kat kedai.

Kejap eh.....nak masak untuk buka puasa dulu, nanti sambong.....






Kak pb kongsi disini dan minta izin copy dari blog Linda ye.....kak pb edit sikit ayat-ayat tu untuk memudahkan kak pb faham.

ROTI NAIK
oleh: blog surirumah
sumber : Linda, Sasha Rahmat

bahan A
11 gm yis (instant /serbuk)
1/2 cwn air suam
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
(satukan bahan A dan biarkan yis naik)

bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega di cairkan

bahan C
1 cwn gula dilarutkan dengan 1/2 cwn air panas - kak pb kurangkan gula jadi 3/4 saja

- untuk dijadikan sirap gula (rasanya tak perlu tambah air, dah cukup bagi kak pb)

bahan D
3 cwn tpg gandum + 1/2 cwn tepong gandum (setengah cawan tu digunakan ketika menguli, mungkin tak perlu habiskan tapi kak pb guna semua)

Cara-caranya:


Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditengah tepung
Masukkan bahan A & C
Masukkan bahan B
Uli serata, hingga licin (doh tidak melekat di tangan)
Gunakan extra tepung yang 1/2 cwn tadi...(tak perlu habiskan-guna sedikit2)
cuma utk dusting dan untuk doh tak lekat ditangan.
Perap hingga 30 ke 45 minit
Kalau nak doh naik cepat simpan doh di tempat hangat
Biarkan doh naik seganda - tak perlu tumbuk doh
Terus cuil doh dan bulatkan jadi doh kecil

Susun doh dalam loyang yang telah di sapu margerin
Biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 ke 40 mins)
Bakar roti dengan suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
Keluarkan dari oven dan boleh sapu marjerin di atas roti

Lebih sedap taburkan gula (tips dr mama jijah)

Boleh tengok blog SashaRahmat untuk cara membuatnya. Ala....korang semua lebih pro, baca pun dah faham kan? Gambar2 ni untuk orang yang lembap macam kak pb, semua kena detail.


Boleh la untuk sarapan kami dua beranak esok........






Kiriman dari kakak

Assalammualaikum semua, kak pb beberapa hari ni rasa sunyi sangat (baru je sehari sebenarnya...hehe) sebab encik hubby hampir seminggu di Sandakan. Kak pb mula puasa dengan izin dia, tak lalu sangat nak makan berdua, baik puasa. Nampaknya tidak ada la gambar masakan kot......agaknya la.....nak makan sedap-sedap teringat pula dia yang jauh. Alhamdulillah, setelah call berkali-kali tak dapat dari siang sampai ke malam, akhirnya hubby sampai dengan selamat ke sana dalam pukul 10 malam. Dia call pun kak pb dah tidur.

Semalam, bakal anak saudara (tunang kpd anak saudara, orang sabah juga) datang ke rumah bawakan barang-barang kiriman dari kakak yang kak pb pesan.


Paling kak pb suka bila dapat Puff Pastry tu, tak la sakit hati cemburu tengok blogger tayang puff masing-masing kat blog, kita pun adaaaaa......Kakak tolong carikan juga permintaan kak pb rempah bukhari tu. Kat sini tak jumpa, dah lama intai kat Survey dan Giant, haraaaaam.....takde! Minuman segera cereal jagung tu pemberian dia, kak pb suka tapi kat sini macam tak jumpa je.

Terima kasih kakak ku sayang, juga Aneng/Suryani yang susah payah membawanya. Baju yang tinggal dulu pun di bawa sekali. Harap pemberian kami tempohari dah selamat sampai ke tangan masing-masing.


nota kak pb: apa ayah makan agaknya?


Selamat pergi dan kembali...

Sedihnya melepaskan hubby pergi ke Sandakan pagi ni. Kak pb doakan dia selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Hampir seminggu di sana, hubby ada latihan pusat kriket untuk anak didiknya yang akan ke Johor pula selepas ini. Tapi Johor tu hubby tak terpilih, sebenarnya hampir juga menggantikan kawannya yang taknak pergi. Hubby lebih suka menghabiskan cuti sekolah bersama anak dan isteri di sini. Terima kasih ye 'ayah' kerana selalu memikirkan kepentingan isteri serta anak dahulu berbanding diri sendiri. Sangat menghargainya, kualiti bersama keluarga harus didahulukan.

Kali ni hubby pergi bersama kawan-kawannya dan bermalam di hostel komplek sukan Sandakan. Minggu ni dia agak sibuk menguruskan anak muridnya yang terpilih ke peringkat negeri mewakili Sabah. Bangganya dia kerana dapat melahirkan pemain kriket atas asuhannya sendiri dimana dulu tiada siapa yang peduli. Sekarang ni katanya ada guru-guru yang berminat menawarkan diri sekiranya ada kursus sebagai jurulatih. Tapi kak pb pesan, kena bagitau mereka yang kerjaya ni perlukan pengorbanan seperti juga guru dalam kelas. Maksudnya mereka tidak boleh berkira jika kulit terbakar di panas terik, dengan kerenah anak murid yang kadang kala nakal dan degil dan pelbagai masalah lain lagi.

 Untuk ayah, ibu nak pesan :-

Jangan tinggal solat walaupun letih.
Cubalah call sehari dua kali, siang dan malam walau sesibuk mana pun.
Handphone jangan cicir lagi, dah 3 kali rasanya kehilangan benda tu....
Cuci muka satu hari tiga kali ye, muka ayah jenis berminyak.
Jangan balik lewat kalau keluar makan atau minum dengan kawan, tempat orang kita tak biasa.
Bawa kereta tu kalau mengantuk, gilir-gilir dengan kawan atau berhenti tidur sekejap.
Nak berehat pun jangan tepi jalan yang sunyi, cari masjid atau surau.
Sebelum balik selepas selesai tugasan, pastikan takde barang yang tinggal, jauh nak patah balik.
Akhir sekali, setiap kali start enjin kereta, baca doa dulu dan pastikan badan segar ketika memandu pulang.

Moga 'ayah' di lindungi sepanjang perjalanan pergi dan balik dan ibu akan sentiasa mendoakan untuk ayah dan kawan-kawan semua. Sayang ayah!!

'DARK SHADOWS' di Suria KK

Cuti sekolah dah bermula dari semalam lagi, kalau di pantai timur jumaat dah pun bercuti. Aktiviti bercuti sama keluarga, jalan-jalan cari makan, kem motivasi, balik kampung pasti menyeronokkan anak-anak kita. Kak pb tak balik semenanjung untuk cuti dua minggu ni. Hubby ada kerja, jadi mengadap tv, pc. dapur dan melepak sahaja. Kerja menggosok akan dibuat bila suka, jika hari sekolah tak boleh skip menggosok.

Semalam petang kami berdua menonton wayang, ala-ala lomantik gitu......anak takde kat rumah.....kami layan cerita yang 18sx. Mulanya hubby nak tengok Men In Black tapi kak pb tak berminat. Bincang-bincang kejap, kak pb ternampak Johnny Depp di papan iklan, apa lagi......kita peminat dia, wajib la tengok kan? Hubby terpaksa ikut tapi dia tak kisah pun.

Cerita belum start, popcorn dan air dah habis. Kenapa iklan lama sangat eh? Hubby kata, kat wayang mana ada iklan tengah2 cerita, jadi masa ni la kita nak makan. Dah start cerita, kena fokus.

Kagum dengan pengarah Tim Burton ni (tak padan dengan rupa yang selekeh tu) cerita bermula dari era 1752 hingga ke tahun 1972, Barnabas Collin yang di sumpah menjadi vampire kerana tidak membalas cinta Angelique. Setelah dua abad berlalu, Barnabas bebas dari kuburnya secara tidak sengaja lalu pulang kerumah dan bermulalah adegan yang menggelikan hati. Maklum la, setelah tidur selama dua abad, bayangkan keadaannya sebagai vampire nak melalui pelbagai perubahan dunia moden. Sampai lampu kereta pun dia tak kenal, jalanraya kelihatan pelik, pengangkutan bertukar dari kuda ke kereta. Masa ni la kak pb gelak sakan tapi ada juga orang kata cerita ni boring. Memang ceritanya agak slow di permulaan tapi tidaklah sampai kak pb nak tertidur. Cuma ada adegan berbaur sex yang tidak melampau.

Klik sini untuk review lebih lanjut > kakiwayang

I like.....Johnny Depp yang awet muda dalam Dark Shadows....
hari minggu ni rasa macam nak tengok wayang lagi, bosan kat rumah.......


 

Tart Nenas dan kisahnya..


Seharian semalam kak pb sibuk dari pagi sampailah ke malam. Sibuk apa eh? Tak kerja pun sibuk jugak ke? Sibuk goreng mi hoon untuk anak murid cikgu fahmi kak pb ni, seratus orang je tapi berkecahnya dapur macam ribu orang order.....hehe.....habis je bungkus bangkis, mob lantai pulak. Sambung lagi masak untuk tengahari, sambung sidai kain baju, sempat singgah pasar KK sebelum buat semua tu tau!

Selesai tugasan tempahan orang punya, kak pb buat tart nenas pulak. Entah kenapa semalam angin rajin sudah mari daaa......sampaikan tak sempat balas komen kawan-kawan di blog. Takpe, lepas ni hubby ke Sandakan lagi kerana tugasan dia sebagai jurulatih kriket, boleh la kak pb conker pc ni.

Eh, lupa nak perkenalkan hidangan yang di atas tu. Itu upah kak pb, seharian berpenatan di dapur, malamnya kami berdua lepak di Restoran Kak Nong lagi selepas menghantar anak bujang ke rumah opahnya. Opahnya asal cuti je mesti nak budak tu kat rumah dia dua tiga hari. Biasalah, orang tak ramai anak, macam tu ler.......
Best woooo.....honey dew pearl strawberry ni, ada macam rumpai laut di atasnya. Pearl tu sedap di kunyah, krup krap....ada isi jagung manis, filling strawberry yang di blend halus. Biasanya kak pb tak suka desert begini tapi kali ni, habis semangkok kau! Cuaca pula panas terik......hemm...apa lagi, laku la ais dimana-mana saja.

Ok, resipi tart nenas ni kak pb ambil dari teman di Bintulu Sarawak, jiran sebelah je ni tapi kak pb belum ada kesempatan nak melawat Sarawak. Terima kasih Reen, sedap sangat tart ni, lembut dan gebu, lepas tu ada rasa masin-masin sikit sebab marjerin kot (kak pb campur planta sikit je) Nak terjah blog Reen sini, macam-macam ada.

sebelum ni pernah juga buat tart tapi guna resipi lain, ada di sini

TART NENAS
oleh: blog surirumah
sumber: fb Reen Khan

3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula icing
250 gm butter
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar susu tepung
**cara
1. Campurkan kesemua bahan tadi menjadi 1 dan boleh dibentuk.
2. Letakkan jem nenas di dalamnya..
3. Bakar 170 c
** inti
1 Parut jer nenas tu, pastu tapis jap air dia.. Masak jer ngan gula, daun pandan dan sebatang kulit kayu manis. Masak sampai pekat n berkilat.. Boleh buh air sikit untk bg dia mesra.. Gula dia biasanya saya ikut rasa.. Tak suka manis sgt.. Suka cam ada masam2 sikit.. Tu selera saya la
1 adunan guna 2 biji sedang nenas
** Butter tu saya campurkan dengan sedikit margerin supaya tart tu tahan sbb margerin ada bahan pengawet kann.


#Inti nenas kak pb beli je, tak kuasa nak menebeng tepi dapur. 


Ada kisah disebalik tart nenas ni.........kak pb pergi kedai bakery nak cari acuan tart. Tanya tokeh tu, mana acuan tart yang macam ni, yang gulung punya? Dia pun tunjuk, kak pb sangka acuan tu kak pb dah ada. Oh, ni saya ada......ingatkan ada yang baru ke...takpelah, saya tak mau. Lepas tu baliklah dengan kodifennya ada acuan di rumah. 
Doh dah siap, carilah dalam kotak toyogo acuan yang kata ada tu......emaaaaaak....tak adaaaaa! rupanya yang ada acuan deko kek yang hampir serupa. Aku sengal!! Akhirnya terpaksa guna acuan samprit, naik pedih tangan ni menekannya. Adoi hai....kena beli jugak lepas ni....




Dapat sebotol lebih, cukup dulu kot. Akan di terbangkan ke semenanjung malam ni, itu pun kalau adik ipar janji nak bawa elok-elok, tak mo campak dalam bagasi. Kena duduk di samping dia sepanjang masa, sanggup ke dia?

Kaswi Pandan Lemak (popularnya kak besah)


Sana sini orang sebut nama kak besah ni, sampaikan kak pb pun tertanya-tanya, istimewa beno kak besah tu? Pergi blog sana, kuih kak besah......blog sini pun, nama kak besah juga yang di sebut. Untunglah kak besah ni, banyak dapat pahala sebab berkongsi resipi, sedap pula tu!

Kak pb pun dah termakan dengan kata kawan-kawan blogger, contohnya kuih kaswi pandan lemak ni. Punyalah sedapnya, berketul-ketul masuk dalam perut kak pb ni. Dah la lembut, lemak, lembab.....cukup 3L. Ni semua gara-gara terperangkap di blog Dapur Ibundo. Kak pb nak kongsi juga di sini, untuk simpanan dimasa akan datang, bukan untuk anak dara (takde anak dara, tunggu menantu pun entah sempat ke tidak)



KUIH KASWI PANDAN LEMAK
oleh: blog surirumah
asal :  kak besah
sumber : ibundo
 
Bahan :


1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung ubi kayu 

1 cawan santan

1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai

3/4 cawan gula pasir

1/2 sudu teh AIR kapur sireh

1/2 sudu teh garam

1 biji telur  - x kira saiz

beberapa titik pewarna hijau.

1 sudu teh pandan paste - Bundo tambah


secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.


Cara membuatnya :
Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur. 
Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
Seterusnye, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup. 
Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.

Kak pb ikut macam ibundo, guna acuan lompang je, senang nak ngap. Hantar orang sebelah sepiring, kesian dia baru bersalin, entah apa masaknya.


nota kak pb: ni buat beberapa hari lepas, kak pb sibuk sikit nak bw pagi ni, tengahari baru free..


Restoran Kak Nong

Assalammualaikum semua....

Semalam che abe gaji, bukan hubby je.....mesti orang lain pun menunggu-nunggu saat gaji. Dah ada dalam kotak fikiran nak beli apa, nak makan apa, nak buat apa dan macam-macam seribu benda nak dimiliki. Kak pb pula berkejar ke pasar KK sebab membeli barang untuk buat laksam yang di tempah oleh cikgu sekolah hubby. Tinggal beli sayur-sayuran dan bekas mangkok polistrin.

Makanya pagi tu tak dapat la buat sarapan sebab nak settle laksam tu makan masa lama juga. Kuahnya sekejap, dia punya kuetiau tu yang leceh. Lengoh kaki ni berdiri tepi dapur, dah rupa bibik kak pb ni haaa...dengan kain batik atas lutut....huhu....tapi takpelah, demi rezeki yang Allah beri. Biar pun sedikit, janji dari titik peluh kita yang halal.

Pagi semalam, kami singgah di satu restoran yang setiap kali lalu jalan besar menghala balik rumah dari KK akan nampak di tepi jalan, ramainya orang. Tertanya-tanya juga apa istimewanya restoran tu? Nama restoran pun macam menarik je nak masuk, Restoran Kak Nong! Kak pb cadangkan sesiapa yang bercuti ke Sabah, singgahlah restoran ni. Bersih nampaknya, kuih muih pun ada, siap letak dalam bekas setiap keping kuih tu. Harga mahal sikit pun takpe, asalkan kita puas hati kan?

Kak pb pun order la nasi ayam (budak tu kata yang special kat situ nasi ayam) tapi nasinya belum masak betul masa kak pb nak. Mungkin pagi sangat kot......pukul 8 pagi...disebabkan kami nak cepat, kerja dah menunggu kat rumah, cancel je dan kak pb kongsi makan sup nyonya dengan hubby. Nasib baik tak order nasi ayam tadi, sup nyonya dia.......umak aii...semangkok besar. Serius ni, kak pb dengan hubby agak jakun sikit bila order sup nyonya tu. Isinya ikan merah, mihun, asparagus pun ada kot......halia dia potong sekeping2, nasib baik tak ngap.



Ini kak pb punya order, sedap banget. Bawahnya macam ais kepal abc, ada cincau, jagung manis yang comel-comel bentuknya. Longan of course la....mangga puri...campur susu cair dan macam-macam kristal ada dalam tu. Harga dalam RM5 sahaja.


Sup nyonya ni RM7, kongsi berdua pun dah cukup. Lepas ni tak boleh order sorang satu.




nota kak pb: terima kasih pada yang sudi komen, tak jemu-jemu datang blog akak
insyaallah, ada masa free kak pb bw sampai lebam jari!



Wordless Wednesday, Kosong





Berkali-kali ulang lagu ni dia tak jemu..
 Walau pun dah tua bangka, masih layan juga lagu-lagu remaja begini....
ayah...ayah..

Mango Panna Cotta di atas dulang Jepun

Salam sejahtera semua, dah masuk 1 Rejab sekarang ni, mesti ramai teman-teman kak pb berpuasa. Musim panas pula, banyakkan minum air dan bersabarlah ketika menjalani ibadah puasa tu. Mereka yang bekerja office kira ok lagi, duduk dalam aircond. Kesian pada mereka yang kerjanya di tempat tidak berhawa dingin tapi puasa ni sunat saja hukumnya. Bagi isteri-isteri kena minta izin dengan suami kalau nak puasa ye. Kalau dia tak izinkan, jangan ingkar. Nanti nak dapat dosa pula, ingat tu.


Terlior tak tengok panna cotta mangga kak pb tu?  Panas-panas ni sedap mengadap desert macam ni. Kena pula mangga yang manis seperti siku raja, mas hitam....itu je yang kak pb tau....hehe..






Tapi kak pb beli terdapat yang agak masam sedikit. Mangga cukenan dari Filipina ni banyak di sini. Jangan cari la siku raja ke.....kalau ada pun mahal gila. Ni dua biji dah RM5 lebih. Katanya manis, hampeh.....

Mula nampak kat blog RohaDamai Qolbu, pergi pula blog K.Nor Secubit Garam. Apa lagi, tak menahan nengoknya mangga tu macam memanggil-manggil je......meh la makan saya, meh la buat saya.....huhu..
Akhirnya kak pb pun berusaha cari gelatin, susu segar dan paling susah nak cari buah mangga. Hubby kata nak buat apa ni, sibuk sangat cari mangga? Orang lelaki gitu ler......bila nak buat dia larang. Bila dah siap, dia la yang ulang alik kat peti ais.

Kak pb minta izin copy paste dari blog K.Nor ye. Terima kasih banyak, kak pb ikut cara K.Nor tu sebiji-sebiji, saling tak tumpah.....ngeee...

MANGO PANNA COTTA
oleh: blog surirumah
sumber : K.Nor, Roha

Bahan:
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree mangga:
1 bj mangga masak
2 - 3 sudu kecil gula
1 sudu kecil perahan limau/lemon

Cara:
Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.


Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon. 
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.
*
- utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree mangga sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
- utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
- tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih




Dulang Jepun tu memang dari Jepun, masa kak pb pergi dulu tahun 1980an. Agak-agak berapa usia dia? Tapi masih elok lagi sebab kak pb sayang nak guna setiap hari. Simpan untuk kenangan. Sekali sekala je tayang muka kat tetamu.


nota pb: dah cakap kat hubby, kalau suka makan, jangan merungut beli barang..





Sup Ayam ala Utara

Bosan asyik makan yang berkari dan berlemak, sesekali tukar menu dengan sup, bagus juga kan? Sup ayam ni kak pb masak minggu lepas tapi tak sempat nak publish, asyik dok dalam draf je.

Kak pb suka pula sup ala utara ni, menyelerakan sangat. Pada hal kak pb orang yang tak berapa suka sup. Kalau  makan nasi ayam, kak pb tak hirup sangat sup, sekadar buat kuah atas nasi je. Tapi sup ni memang akan kak pb simpan resipinya sebagai kesukaan kak pb dan keluarga.

Resipi kak pb jumpa di blog Nadz cute oven small kitchen dan dah ramai pun yang membuatnya. Dia orang punya sup lagi power, ada daun-daun dan pelbagai hiasan. Kak pb memang suka macam ni je, malas nak menolak ketepi benda-benda terapong atas sup (alasan orang tak cukup bahan). Nadz....akak minta tolong sangat ni....tolong halalkan akak copy paste ye....ngeee..





SUP AYAM ALA UTARA
oleh: blog surirumah
sumber: Nadz


Bahan Tumis : 
(boleh dimesin atau ditumbuk kasar) Naz guna terus tanpa dimesin atau ditumbuk kasar
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 sudu besar ketumbar - Naz guna serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan manis - Naz guna serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar lada hitam - Naz guna serbuk lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu besar lada putih - Naz guna serbuk lada putih
  • (ni semua kak pb ikut mcm Naz)
Bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar - yang ni kak pb mesin juga
  • 3 ulas bawang putih - Naz tumbuk
  • 2 inci halia - dititik atau dikisar
  • 1 batang serai - dititik
  • 1/2 peket kecil serbuk rempah sup ADABI - bancuh dengan sedikit air utk dijadikan pes
  • Serbuk lada hitam secukupnya
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kilo ayam - potong kecil
  • Minyak masak (sekiranya guna cara menumis) Naz guna minyak jagung untuk menumis
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara Penyediaan :
  1. Jika dibuat cara menumis - Panaskan minyak dan tumis rempah kasar sekejap. Kemudian masukkan bahan mesin/tumbuk dan kacau. Masukkan pes rempah sup ADABI dan kacau lagi.
  2. Masukkan serai dan halia. Kemudian masukkan air dan kacau untuk mengelakkan berkerak.
  3. Masukkan ayam. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih baru kacau-kacau sedikit. Masak hingga empuk. Naz masukkan ubi kentang pada waktu ini. 
  4. Bila ayam hampir empuk, perasakan garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mereneh seketika. Apabila daging ayam betul-betul empuk, padamkan api dapur.
  5. Boleh dihidang dengan taburan daun sup dan daun bawang, perahan air asam limau, potongan cili padi dan juga taburan bawang goreng.




nota pb: jeles dgn blogger yang buat gathering di taman tasik cempaka...



















Spageti Rebus ala Mee Rebus

Apa tajuk macam tu eh? Saje je......teringin nak makan mee rebus Haji Wahid, jauh beno nun di selatan semenanjung nak redah. Kalau kat Putrajaya tu, dekat la juga dengan kampung kak pb. Tapi....kak pb rasa lebih sedap buat sendiri, walau resipi main ubah ikut suka hati.

Mulanya nak buat mihun rebus tapi bila mihun dah terendam, teringat pula ada sikit spageti dalam simpanan. Baik tukarkan dengan spageti, rupa pun lebih kurang dengan mee je. Kak pb pun kurang suka dengan mee, kekadang sakit perut lepas makan.

Kak pb baru kenal tuan punya blog ni, AlyaSarah. Masa tu sedang tercari-cari resipi mee rebus yang macam Haji Wahid punya. Terjumpa pula kat sini, tapi apa yang kak pb buat ni tak sama seperti resipi Alya, kak pb dah ubah sikit-sikit dengan berpandu pada resipi asalnya. Terima kasih ye Alya, seronok pergi blog Alya, siap dihiburkan dengan lagu dari Bee Gees.....masa tu....terkenang pula zaman remaja ahkak!!

SPAGETI REBUS ala mee rebus
oleh : blog surirumah
sumber : ceria-resipi

Bahan-bahan:
Spageti untuk makan 3-4 orang (kak pb rebus dalam secekak) 
5-6 ketul fish ball, sotong ball, atau apa-apa yang di sukai (menggantikan daging)
4 biji keledek, direbus dan dikisar - kak pb ganti dengan kentang
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar - yang ni takde stok, tak letak
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar - kurangkan 1/4 je sebab buat sikit
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik - tak letak, takde stok
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar - kak pb ganti dengan ikan bilis yg di mesin halus
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng




Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Mula-mula tak faham macam mana nak goreng. Kak pb main agak-agak je renjisan tu, maksudnya sudukan tepung bancuhan tu dan kiraikan atas minyak panas. Kelihatan gorengannya berpecah tapi takpe, asalkan rangup bila di makan dengan kuah.


Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur - ada taugeh lagi sedap, kak pb takde
limau kasturi, dibelah dua
udang rebus - kak pb tambah sendiri

Cara-cara untuk Kuah:

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.


Memang sedap sangat, seolah-olah sedang makan di Angsana JB sana. Alhamdulillah, lepas juga rasa rindu nak makan mee rebus Haji Wahid......huhu....tersedak pak aji tu kena sebut selalu.






Putu Mayam kejong


Semalam kan, anak bujang kak pb nak makan putu mayam. Sini mana la nak cari putu mayam yang sedap, macam takde je. Memang favourite dia masa dok Kajang dulu kita orang selalu beli bila hari minggu di pasar Kajang. Tanyalah orang Kajang, aci tu buat beratus-ratus keping agaknya. Ramai pelanggan dia. Kalau beli pukul 7 pagi, sampai petang masih lembut lagi, tak perlu nak panaskan.

Tapi putu mayam yang kak pb beli ni di satu restoran yang agak popular juga, hampeh betul. Beli dalam pukul 8 pagi, anak bujang balik dari sekolah kerana ada latihan menari pukul 11 lebih, dah keras kejong. Macam plastik bila pegang. Kak pb macam tak percaya, betul ke....... dia orang ni buat putu mayam dari tepung apa?

Kesian anak bujang nak makan dah keras, terpaksa ibu panaskan kukus. Kelapanya pun tak boleh di makan, macam berbau. Tak sedap satu hal, mahal pula tu. Tiga keping RM 2.40. Kalau aci Kajang tu beli RM2 dah menimbun. Beli tak sampai sepuluh hengget boleh makan ramai-ramai. Memang terbaik la yang aci punya di Kajang tu.....

Beginilah nasib kami tinggal di rantau orang. Teringat nak makan itu ini, telan air lior je atau buat sendiri.

Semalam kak pb main twit-twit dengan artis kesukaan kak pb, Zulhuzaimi. Katanya dia ada di KK sekarang ni. Mungkin hari ni atau esok dia terbang balik KL. Dia tanya mana tempat makan di KK yang paling sedap. Kak pb cadangkan di Restoran Gayang, Tuaran dan Restoran Masakan Sedap di Luyang. Katanya dia akan pergi petang semalam.......hehe....seronok bertwit dengan artis yang kita minat tapi setakat tu je la. Nak pergi cari dan jumpa dia, memang tak laaa.......minat boleh tapi jangan sampai mengabaikan perkara lain yang lebih penting dari itu. Kak pb bertwit pun untuk suka-suka lepas perasaan bosan.

Ikan merah tumis cuka


Masakan paling simple dalam dunia kot....haha....angin malas sudah mariiiii.
Resipi dari encik MatGebu yang gebuss, walau belum pernah ku jumpa orangnya tetapi popularnya mengalahkan Aznil Haji Nawawi.....hehe..

IKAN MERAH TUMIS CUKA
oleh: blog surirumah
sumber n asal: matgebu, 1001resepi

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan merah saiz sederhana, disiang, cuci bersih dan kerat 4
Sedikit garam dan serbuk kunyit
3 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 cm halia muda, hiris halus
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1/2 camca teh biji sawi
1 kayu manis, resipi asal tak letak
1 kuntum bunga lawang, resipi asal tak letak
1 camca besar cuka (mat lebihkan sedikit)
3/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis biji sawi, bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan air, bila mendidih tambah gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan cuka dan cili merah/hijau. Tambah ikan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....

Salad Ayam

Sekarang ni kan, kalau masak untuk makan tengahari atau malam, selalu tak habis. Daripada masak nasi satu gelas suku berpindah ke 3/4 gelas je. Itu pun tak habis juga. Adakah selera kami dah berubah? Masak berlemak pun dah kurang. Harap-harap perubahan ini berterusan sepanjang masa. Bukan hangat-hangat tahi ayam.




Masak macam ni simple pun dah sedap. Dada ayam sahaja yang di gunakan. Kalau bahgian dada ni masak kari, lemak atau jenis berkuah, masing-masing mengelak. Semua nak bahgian kepak dan peha. Bila buat begini, habis licin.

SALAD AYAM
oleh: bLOG surirumah

1/2 isi ayam bahagian dada
salad ikut suka
1/2 st serbuk lada putih
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar cuka/perahan lemon (kak pb guna dua2)
1/2 biji bawang besar hiris nipis
1-2 batang lada hijau dan merah
1 biji tomato dihiris (buang isi dalamnya, tak buang pun takpe)

Ayam tu kak pb perap dulu dengan bawang putih, serbuk lada hitam, sedikit gula dan garam.
Lepas perap dalam beberapa jam, bakar dalam oven atau atas kuali leper, guna dapur gas je.
Balik-balikkan hingga masak. Kak pb guna olive oil untuk bakar ayam ni.
Potong memanjang bila nak di hidangkan dengan bahan-bahan lain tu.

Kak pb buat sosnya dulu, nak makan baru masukkan ayam dan semua bahan.
Maksud sos tu, kak pb gaulkan cuka/lemon, gula, lada serbuk, bawang dahulu.
Bila nak makan barulah kak pb gaul semua sekali.



Cubalah......tidak mengecewakan bagi mereka yang tidak suka dada ayam, macam kak pb.

Saya tak mampu cikgu...

Hari Guru baru saja berlalu meninggalkan seribu kenangan, mungkin....kepada guru-guru semua. Walau kak pb bukanlah guru, sebagai isteri guru kak pb juga turut merasainya apa yang mereka rasa, sedih, gembira, kesal dan sebagainya kerana kak pb menjadi tempat suami mengadu.

Anak bujang kata, tahun ni anak murid ayah ada perubahan. Perubahan apa? Katanya tahun ni ayah banyak sikit dapat hadiah.....hehe.....budak ni, itu pulak yang di fikirkan. Ayah tak kisah anak murid bagi hadiah ke tak. Dulu-dulu pun dah berbakul ayah dapat, sampaikan ada lagi dalam kotak yang tersimpan kemas. Biar pun kecil, ayah tetap hargai.

Masa balik dari sekolah hari tu, anak bujang yang tak sabar nak buka hadiah. Tapi ibu larang sebab.....ibu nak bergambar dulu....hehe.....lepas makan, sembahyang, belajar......barulah sesi membuka hadiah berlangsong.

Ada yang bagi coklat, gelas, mug haruslah ada, jam, frame dan paling melucukan ada yang balut buah limau bali tapi jenis kecil. Anak bujang ingatkan bola.....haha....siap sepak-sepak lagi, rupanya limau.
Tahun ni ayah agak seronok kerana dapat pujian dari cikgu-cikgu sesi pagi. Sebabnya ayah dapat buktikan pasukan kriket sekolah dia terpilih (sorang je murid yang pergi tu) untuk bertanding peringkat negeri di Johor nanti. Maka katanya berduyun-duyun murid datang nak join kriket. Ayah senyum je......dulu sorang pun tak peduli. Ayah susah payah beli barang kriket beratus ringgit guna duit sendiri, taknak harap duit sekolah. Sampaikan bat kriket pun dah patah sekarang ni. Nak ganti baru bukan murah. Tapi ayah tak berkira, keluar duit, keluar peluh demi anak murid dan minat.


 hadiah selepas sesi mengoyak balutan....

Ada sorang anak murid ayah, datang pada dia dan ucapkan selamat hari guru dengan wajah sayu. Katanya, cikgu maaf ye, saya tak beli hadiah untuk cikgu. Ayah jawab, tidak apa.......yang penting, saya nak awak belajar sungguh-sungguh, hadiahkan kejayaan untuk cikgu.

Lantas dia pun peluk ayah erat, penuh kasih dan sayang.......ibu pula yang syahdu mendengarnya.
Anak ibu pun tersengih je dengar cerita ayah. Ucap hari guru, hari ibu pun kena suruh, kena ingatkan......kalau tidak.....entah la...anak lelaki mungkin kurang sensitif benda-benda begini. Sabar je la ibuuuu...

Nak selit juga bab-bab masakan.....

ni kuih kundas (mengikut dalam resipi) tapi kita orang biasa panggil jemput-jemput manis je....

Emak biasa buat dulu-dulu, tepung gandum secawan, 3 sudu gula, 1/2 st soda bikabonat, 1/2 cwn air. Kak pb ikut sukatan dalam blog siapa tah....maaf la lupa pula. Kak pb goreng pun main tuang atas minyak gitu je, takde bentuk-bentuk, tak kuasa. Dapat sepiring untuk sarapan pagi semalam.







Mengapa agaknya? dan tauhu lagi...

Tadi kak pb keluar dengan hubby sekejap, cari pejabat pesuruhjaya sumpah. Ada kerja hubby untuk di selesaikan. Selepas tu, kami ke restoran yang biasa kami lepak bila bosan-bosan untuk basahkan tekak. Cuaca sekarang panas terik, panas yang melampau.

Kak pb order macam biasa, soto ayam dan neslo. Hubby order kopi tongkat ali susu (sekarang ni suka pulak tongkat ali tu) dan roti canai kosong. Sedang makan, tetiba kat belakang kak pb kelihatan pekerja restoran berkumpul dan menunjuk-nunjuk atas lantai. Nak tau apa? Ulat keluar dari celah jubin/marmar lantai restoran. Bukan sikit, habis di sapu... dia keluar lagi. Semua pekerja mendongak ke atas, mungkin jatuh dari atas bumbung. Tapi setelah di periksa dari tingkap tingkat atas, tiada apa-apa pun bangkai.

Kak pb kata, mungkin dari tempat sampah kot? Tapi tak mungkin pula sebab tempat sampah tu jauh juga dari restoran. Sebelum ni tak pernah terjadi dan kak pb nampak sendiri, ulat tu keluar dari celah-celah lantai. Entah apa masalah agaknya restoran mereka ni. Pelanggan memang ramai dan kebanyakannya orang yang datang adalah pekerja pejabat sekitar situ dan student yang berdekatan. Memang restoran ni sering penuh tak kira pagi atau malam. Setakat yang kak pb nampak, restorannya bersih dari dapur hingga ke depan. Pekerja pun bagus, cepat dan cekap serta peramah. Mungkinkah ada yang dengki? Wallahualam......

Balik dari restoran tu, hubby masuk bilik air belakang dan kak pb guna bilik air dalam bilik. Pintu depan (grill) memang terdedah, biasanya kak pb tutup pintu tapi hari ni terlupa pula. Tiba-tiba kak pb dengar hubby menghalau sesuatu lepas keluar dari bilik air. Tanya dia kenapa?

"Anjing besar gila warna kuning masuk dalam rumah kita!" kata hubby.
Mula-mula halau dia taknak keluar, kata hubby melilau mata dia tengok rumah ni, agaknya pelik tak pernah masuk. Mesti dia salah rumah ni. Kak pb taktau anjing siapa tapi mungkin ada tuannya, terlepas dari pagar rumah. Ish......bahaya betul la bela anjing tapi tak tengok mana dia pergi. Teringat kisah sorang veteran yang berjoging dan mati di gigit anjing. Lepas ni kak pb takkan biar gate depan terbuka luas. Kalau nak buka pun, grill pintu depan rumah kena kunci.

Entry masakan wajib ada walau simple je. Semalam kak pb buat rojak tauhu ikut suka hati sendiri. Sebenarnya emak kak pb selalu buat ni dulu masa kami masih remaja. Masa tu mak ambil tender kantin untuk para pelatih anak-anak peneroka. Jadi kak pb selalu la tolong emak mesinkan cili, kacang tanah dll......buat banyak mana boleh tumbuk kan?


Kuah rojak tauhu ni kak pb buat ikut macam biasa emak buat. Mungkin ada yang kata kak pb tiru orang lain, terpulanglah.
Kuah untuk makan 2 keping tauhu yang di goreng. Dulu, kalau buat banyak, mak gunakan cili hidup merah dan campur dengan cili padi.

3 biji cili padi - cukup la tu, ni pun dah pedas sangat bagi akak.
2 ulas bawang putih
2/3 genggam kacang tanah goreng dan tumbuk kasar (halus sangat pun tak, kasar sangat pun tak)
air asam jawa secukupnya > gunakan air masak
4-5 sudu besar kicap manis/masin pun boleh
Gula ikut kemanisan yang disukai

Tumbuk cili padi dan bawang putih, masukkan dalam mangkok.
Tumbuk kacang tanah goreng. Gaulkan bersama bahan2 di atas.
Tak perlu masak, main gaul-gaul je. Dah siap.
Gorengkan tauhu, potong ikut suka.
Kalau ada timun, sengkuang, nenas atau apa2 bahan buat rojak lebih sedap.
Kak pb takde semua tu, cuma makan dengan salad je, cukuplah.

 Memang sedap, tak perlu makan nasi, ni pun dah kenyang tau...

Tauhu Poket

Assalammualaikum semua....

Tauhu kak pb dah 2 hari dalam peti sejuk. Kalau tak goreng, hubby bising sebab kak pb ni pantang nampak tauhu kat pasar. Mesti nak beli. Kak pb memang suka tauhu walaupun ada orang kata rasanya tak sedap. Berbanding dengan air soya, kak pb kurang suka. Melainkan taufu fa.....itu memang kegilaan kak pb.


Tapi....jangan tau makan je....kena tau kebaikkannya. Meh kita kongsi kebaikan kacang soya ni, sumber dari saji online

KEBAIKAN SOYA:

1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.

2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua  kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.

5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

 
TAUHU POKET 
 @blog surirumah
  • 5 kpg tauhu- kat KK ni tauhunya tebal dan lembut, 2 keping boleh boleh dapat banyak
  • 50 gm isi udang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus
  • 1 inci lobak merah diracik halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pati ikan bilis
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yang dikeluarkan jangan buang.
  2. Hancurkan isi tauhu tadi dengan sudu. Campurkan semua bahan lain kedalam tauhu yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
  3. Sumbatkan bahan2 yang telah digaul tadi ke dalam tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dengan minyak yang panas
  4. Boleh dijadikan lauk atau snek yang dihidang bersama dengan sos.... 
Terima kasih pada penyumber resipi, akan selalu ada dalam hidangan kami selepas ini.

Wordless Wednesday, Selamat Hari Guru





SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua guru-guru seluruh Malaysia. Jasa mu dikenang hingga akhir hayat. Jawatan 'cikgu' tidak akan luput sehingga cikgu pencen.......




Mug yang telah banyak berjasa pada tuannya, cikgu Fahmi. Berusia lebih dari 6 tahun dan masih disayangi hingga kini. Terima kasih kepada yang menghadiahkannya, walau tidak seberapa nilai......ingatan itu lebih dihargai.

Kerabu Tomato Ikan bilis

Assalammualaikum semua, minggu ni anak bujang periksa sekolah kebangsaan. Harap dia boleh menjawab dengan hati yang terang. Punyalah siksa nak suruh dia ulang kaji pelajaran, nak terkeluar anak tekak ibu dia. Entah berapa kali suruh dalam sehari, berbuihlah mulut ibu ni........dia buat dek je.....bila dah tinggi suara, barulah nak angkat bontot masuk bilik. Itu pun ketik-ketik kaki atas katil sambil membaca. Kejap2 ibu kena jengah bilik. Kekadang budak-budak ni dia berlakon je, konon-konon membaca, padahal buat kerja lain.





Minggu ni juga Hari Guru di sambut. Agak sibuk ye guru-guru semua, mana nak tanda kertas periksa, nak atur program hari guru lagi dan sebagainya.

Cakap pasal guru, encik hubby kak pb suka sangat bila isteri dia buatkan kerabu tomato ikan bilis yang di cilok dari rumah Hana. Lama betul si Hana tak update blog dia, entah apa di ulinya tu......tau-tau update blog, surprise!!

Ok, kak pb copy paste je la dari blog Hana, minta kebenaran di alam maya je la ye. Tuan punya asal resipi hana6877. Walau wajah mu tidak ku kenal.......tetapi...resipi mu menjadi idaman kalbu hubby ku!!



KERABU TOMATO IKAN BILIS
oleh> bLOG surirumah
sumber n asal : hana6877, HaNa memories


Bahan-bahan
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris (ni tak letak)
  • 1 btg serai - dihiris (tak letak juga)
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka (tak guna pak aji skrg, sorry pak)
  • kak pb tambah cili hijau dan salad
Cara-cara
  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bahan.
  2. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih masam boleh letak jus lemon lebih.



Sedap banget nih......hubby kata kalau buat hari-hari pun takpe sebab dia dalam mood mendietkan diri...
Terima kasih pada semua yang terbabit dengan resipi ni. Resipi yang sihat dan sedap.

Garlic Pepper Beef Steak & Easy Pepper Sauce

Tak tipu ni......kak pb tak pernah buat benda ni tapi hari ini dalam sejarah tau.....haha..macam suspen je bunyinya kan? Betul, ni first time kak pb masak steak, kerana si bujang kecik tu asyik sebut je nak makan steak. Dia ni memang tekak 'mat saleh' macam ibu dia jugak. Tapi ibu dia tak la teruk sangat, sesekali je......

Kak pb tengok resipi ni masa menjelajah blog si Arah (Ika). Bagaimana pun untuk kali pertama mencubanya, tidak la sebagus orang lain kot. Tetapi kena tepuk tangan sikit, bagi semangat kak pb kerana dah mencubanya. Terima kasih Ika....akak kongsi di sini resipi ni biar mudah menggodeknya bila balik semenanjung nanti. Tak mungkin la kak pb nak bawa buku masak kalau balik sana, buat berat bagasi je.



 steak yang agak kering sebab kali pertama mencubanya, takpe......ada 2 keping lagi tu dalam peti sejuk

GARLIC PEPPER BEEF STEAK
oleh: blog surirumah
sumber: Arah

Ingredients:
  • 1 tablespoon olive oil (1sb minyak Zaitun)
  • 2 cloves garlic, peeled and crushed - kak pb letak lebih dari 2 ulas
  • 1 tablespoon coarsely ground black pepper (1sb Lada Hitam yg di tumbuk atau blend)
  • 2 pounds round steak, 1 1/2 inches thick (2 Keping daging steak)
  • Salt (sedikit garam)  
  •  
  • Method (cara-cara) :

    1)Preheat an outdoor grill for high heat and lightly oil grate. (Panaskan grill pan non stick atau apa2 kuali yg sesuai utk di bakar atau boleh guna outdoor grill mcm resepi asal - kak pb guna kuali leper biasa goreng roti canai je.

    2)In a small bowl, mix together olive oil, garlic and pepper. Score steak and rub with the olive oil mixture. (Dalam mangkuk kecil, campurkan semua bahan2 tadi kecuali daging steak, sehingga sebati dan sapukan keseluruhan daging steak tadi sehingga rata keseluruhannya)>>yg ni perap sekejap dlm 15minit atau 30minit.

    3)Place steak on the prepared grill. Cook 20 minutes, or to desired doneness, turning once.
    (Letakkan daging steak yg telah di sapu dgn bhn perap tadi dan grillkan di atas pan yg panas tadi, masak sehingga masak lebih kurang 20 minit atau sehingga masak, balikkan sekali sekala jika perlu>>untuk yg ni kita tutup satu bhgn dan bila balikkan dah tak payah tutup biar dia terbuka dgn api sederhana sahaja, angkat dan boleh di hidang dgn black pepper sauce atau sos kegemaran bersama salad dan kentang goreng)>>jgn di basuh kualinya atau buang lebihan air daging tadi sbb nk gunakan utk sos dia. (ini kak pb tak ikut macam Ika sebab nak siapkan awal, steak masak kemudian, lebihan minyak tu kak pb campurkan dalam sosnya)


easy pepper sauce (lupa pulak watermark)




  EASY PEPPER SAUCE
  • oleh: blog surirumah
    Olahan : ARAH

  • Bahan-bahan :
  • 1/2 biji bawang besar di cincang
  • 150 ml susu segar
  • 1sb lada hitam yg ditumbuk/diblend>>nak lebihkan pun ok kalau nk pedas
  • 30 ml whipping cream/ thickened cream
  • 1 cube beef bouillon/1/2 cube stok lembu knorr, hancurkan
  • Sedikit mentega
  • Sedikit kicap manis utk gelapkan kuah tadi jika perlu
  • Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah>>kalau tak masukkan pun ok
 Cara-cara :

  • Dengan mengguna grill pan yg sama utk steak tadi, tumiskan bawang besar yang di cincang tadi sehingga layu atau naik bau, dgn api perlahan.
  • Kekalkan suhu yg sama, masukkan pulak susu segar dan cube lembu yg dah dihancurkan dan kacau perlahan perlahan, jgn sampai mendidih.
  • Masukkan pula whipping cream sambil di kacau perlahan. Masak lebih kurang 2 minit.
  • Kemudian masukkan pula lada hitam dan kacau lagi serta perasakan masinnya>> kita tak masukkan sbb dah masin.
  • Akhir sekali masukkan kicap dan kacau lagi bolehlah dimasukkan kicap manis utk menggelapkan warna kuah, tak payan byk2 sgt, agak2 aja ya, dan masukkan sedikit butter, padam kan api dan kacau sehingga butter mencair dan sebati.
  • Boleh dimakan bersama steak tadi, selamat mencuba!!

Walaupun nampak kering tapi dagingnya tetap lembut dan senang di potong. Terima kasih Ika, sayang Ika dan pelok kuat-kuat macam Shahriah (ayat dia mesti ada macam tu kan?)

Super Moist Caramel Banana Cake dan drama swasta

Assalammualaikum semua.......

Ada kenangan masa buat cupcake ni, nak tau apa? Masa tengah buat karamelnya tu, encik hubby datang (masa ni dia belum pergi sekolah, kami puasa hari tu) ke dapur bawa borang.
Tolong sain kat sini, kata dia. Kak pb pun tanpa baca terus sain sebab karamel tu kena selalu kacau kata Izah. Kak pb sain sambil mulut berkata, hai.....macam nak suruh sain surat minta izin kahwin je ni?. Lepas tu dia gelak dan kak pb macam terdengar dia kata, memanglah!

Aaapa dia? Kak pb tanya balik, surat apa tu awak suruh saya sain, jangan main-main....(dalam nada gelak tu ada juga rasa was-was.)  Maklum la kan......bukan senang orang lelaki nak dapat tanda tangan isteri untuk kahwin lagi satu.

Takde apalah.....surat ni haa....kata dia...(entah la, kak pb pun malas nak kecoh, nanti syak yang bukan-bukan jadi gaduh pulak). Untuk isteri-isteri di luar sana, jangan ikut macam kak pb ye. Kalau hubby minta tandatangan tu, siasat betul-betul....hehe...



Izah kata adunan karamel akan berbuih, mengembang dan naik. Kena sentiasa kacau. Masa ni la drama swasta mintak sign autograf tu.......godeh punya godeh....dalam hati tertanya-tanya, aku sign surat apa eh?



Karamel yang dah siap, kena sejukkan sepatutnya. Tapi mak lampir lupa la pulak.....tak sejuk lagi dah masuk dalam bancuhan tepung. Nasib baik kek tu tetap moist. Rasanya memang kena dengan nama kek tu, super moist sesangat!!





Super moist caramel banana cake ni tak segebu k.Nor Terengganu. Kak pb jalan blog dia yang berkenan nak buat. Kena pulak ada pisang berangan (belasah je pisang apa pun). Mungkin sebab kak pb suka lebih-lebihkan pisangnya, jadi nampak lembab sangat kek tu.....atau....tersilap masuk karamel yang belum betul-betul sejuk.

Minta izin copy paste resipi ye....dah ramai juga yang buat, kita je ketinggalan.....


SUPER MOIST CARAEL BANANA CAKE
Oleh: bLOG surirumah
resipi asal: kak fida myr
copy: K.Nor Secubit Garam, FnF, Izah Muffin

Bahan2

Bahan A:
1 cawan pisang lecek (240 g) - kak pb tak timbang pun, guna 5 biji pisang
1 cawan gula halus (200 g) - kak pb guna 1 cwn juga, memang manis tapi i suka
125 g mentega
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar

~ ~ ~ ~ ~
2 biji telur saiz A - guna telor omega
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak- (150 gm tepung gandum + 2 st baking powder)
 1sk ovalet (resepi asal tiada)
coklat chip ikut macam k.nor

Cara2
Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan .
Pukul telur dan ovalet hingga gebu.
Masukkan banana caramel tadi. Gaul sebati.
Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris. FnF masukkan dalam acuan cupcakes.
Taburkan dgn coklat chipsBakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak - FnF bakar 20 minit @ 180degree C.




Heran eh ada kaler purple atas tu? Saja gatal tabur gula hiasan.....bertambah lembap kek ni...


nota pb: Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu terutama ibu ku dan ibu mertua ku.....