my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Si comel Damia dan Sofia


Gambar ni kakpb snap ketika hari raya di Kelantan tempohari. Sofia, si comel yang agak kureng rambutnya tu, cute sangat. Bila dia senyum......jelas lesung pipitnya, macam maklongnya jugak!!:P tau ke siapa maklongnya yang ada lesong pipit tu? tuuuu....yang tengah riba dia tu..;) tapi belah kiri je. Lesong pipit Sofia kiri kanan (macam umi dia) Nakal ni......suka memanjat....suka makan, semuanya dia nganga.

Sofia adalah anak sulung kepada adik cikgu fahmi yang perempuan. Maklongnya tak dapat bermesra sangat sebab ni kali ketiga jumpa Sofia selepas dia lahir. Tunggu besar sikit baru boleh kamceng.

Gambar dengan abang Aziz tu, si Damia......anak sulung adik cikgu fahmi yang nombor dua, kira abang ngah ler. Petah dan bijak bercakap. Masa kecil dulu tak berapa ramah, berbeza betul bila dia dah sekolah tadika Islam di Trengganu. Doa-doa, surah dan selawat semua dia hafal.....walaupun pelat lagi. Suka sangat dia bila abang aziz buat lawak......masa kecil ni tak malu sangat bergurau senda. Tengok nanti besar sikit, mesti rasa janggal. Tambah pula jarang dapat jumpa.

nota kakpb: seronok kalau ada anak perempuan..=((

Kenangan Permas Kukup

Dua hari ni kakpb tak sempat blog walking dapur kawan-kawan, rindu tau. Tapi kena dulukan perkara yang lebih penting, betul tak? Kakpb sibuk melayan saudara yang dari Johor, sepupu kakpb ni saja nak bercuti 3 hari di Sabah. Bagaimana pun kakpb takde la bawa dia ke Kundasang dan tempat-tempat menarik sebab dia ada orang yang bawa.

Sebelum dia balik siang tadi, sempat juga bawa ke pasar philipine dan pasar besar KK. Beli ikan masin dan ikan bilis agenda wajib mereka yang datang sini. Malam sebelumnya agenda makan-makan seafood di tepi laut, kakpb pun first time makan kat situ. Kita orang ni memang jarang keluar malam, bila ada tetamu barulah nampak bandar KK waktu malam.


Sepupu anak beranak berbincang ambil foto tepi pasar philipine sementara menunggu gerai ikan masin di buka.



Sepupu kakpb complain, sejak cuti tak bawa orang pergi umrah ni, berat badan dia makin naik.....haha...

Teringat masa kakpb sekolah rendah dulu, kalau cuti je selalu pergi rumah dia di Kukup, Permas. Masa tu takde jalanraya, tanah merah......kalau hujan lecak....terpaksa berkaki ayam jalan kaki. Nak kerumah dia kena naik basikal entah berapa kilometer. Kakpb tak pandai naik basikal, duduk kat palang atau seat belakang.

Suka sangat pergi kampung dia, tanahnya tanah gambut. Air kolamnya warna kuning tapi jernih. Sekitar rumahnya di penuhi ladang nenas dan pelbagai pohon buah. Kakpb kerap main celah-celah ladang nenas dan pokok kelapa yang tumbang, meniti atas batang pokok kelapa sambil main kejar-kejar atau sorok-sorok. Bila malam takde letrik, mereka guna lampu pam.

Time makan dah macam kenduri sebab adik beradik dia ramai. Meja makan takde macam sekarang ni, makan bersila dan hidangan dibuat dua kumpulan. Orang dewasa asing dengan kanak-kanak. Emak sepupu (mak saudara kakpb) agak tegas orangnya. Sembahyang jemaah dan mengaji wajib setiap malam.
Bagaimanapun kakpb suka join famili mereka sebab kakpb jauh dari adik beradik. Bila bersama mereka terasa meriahnya, kena pula mereka ni kuat ketawa.

Bila di ingat kembali, terasa ingin mengulang keindahan masa lalu........

Tutti Fruiti, KLIA Transit



Assalammualaikum dan selamat kembali berjumpa di blog......
Apa khabar agaknya teman-teman kakpb yang di kasihi? Kakpb baru dapat online tengahari ni sebab sejak pulang dari semenanjung hari Isnin lepas, kakpb sibuk uruskan rumah yang di tinggal selama seminggu tu. Kemudian dalam sibuk berkemas dan keletihan, tiba-tiba kakpb terima tetamu dari Johor pula. Sepupu kakpb datang bercuti di Sabah kerana dapat tiket free sebagai mutawwif haji dan umrah. Dah rezeki dia yang dulunya hanya pegawai kerajaan biasa tapi bila dah pencen dapat pula jawatan yang membawanya setiap bulan dua kali ke tanah suci. Ok la, pasal saudara kakpb tu kemudian kita sambung cerita.

Tutti fruiti
Mesti mereka yang di semenanjung dah biasa sangat dengan aiskrim ni tapi tidak kakpb. Hari tu bawa anak saudara pergi tengok wayang di Alamanda, cerita Premium Rush (kami berdua menghantar je, tak tengok pun) Sebelum masuk panggung tu, belanja mereka bertiga ni tutti fruiti. Untuk tiga orang ada tiga mangkok, semuanya hampir RM50. Cikgu fahmi tanya kakpb, nak ke? ishh.....rasa sikit anak bujang punya.....macam tak boleh telan banyak, sesudu dua je. Kakpb pun geleng kepala. Budak-budak suka ler......


Tengok tu, tau orang ambik gambar......saje je buat perangai!

KLIA Transit
Ini kali pertama kami balik dari airport KLIA menggunakan KLIA Transit Ekspress. Sampai dari KB dah malam, kerana taknak menyusahkan kakak dan anak-anaknya, kami ambil keputusan mencuba naik transit ni. Untuk tiket dewasa RM6.20 dan kanak-kanak RM3.00 (kalau tak silap) Kami turun di Putrajaya dan anak saudara kakpb ambil di sana. Kakpb rasa lebih jimat naik transit ni berbanding naik kereta kerana jimat masa dan tol. Lepas ni tak perlulah suruh sesiapa datang ambil di airport, cuma kalau dari LCCT kakpb belum pernah cuba. Mungkin bulan November ni kot baru merasa. Katanya kena naik bas dari airport hingga ke Salak Tinggi, lepas tu baru naik transit hingga ke stesyen Putrajaya.



Dah macam Shah Rukh Khan bergaya dalam keretapi la pulak......lucunya masa naik tu, kami tanya dengan sorang Bangla yang sedang menyapu dalam train.....hehe....kita pulak tanya dengan bangsa asing kemana tujunya train ni. Pada hal dah tertulis di tiket tu, train ni berhenti di Salak Tinggi dulu, baru Putrajaya.


Haruslah enterframe juga puan blog.....tapi sikit-sikit sudah ler, nanti ada pula yang meluat....

Oh ye, cuti tiga hari ni kemana agaknya teman2 kakpb? Jumaat ni Hari Merdeka.......kakpb dah nampak sekitar KK sibuk buat persiapan. Ajak cikgu fahmi pergi, katanya malas, taknak tempuh jem dan bersesak dengan orang ramai. Lepak rumah atau bercuti.......cuti lagi? huhu...

Sedapnya....

Assalammualaikum semua dan kembali berjumpa di blog, lama betul kakpb tak update. Bukan apa, sibuk melayan tetamu dan juga main masak-masak di rumah MIL. Emak tak berapa sihat selepas operate lutut beberapa bulan lepas. Namun sekarang ni alhamdulillah, dah boleh berjalan sedikit. Mungkin sebab dia seronok melihat anak-anak balik beraya agaknya.

Bagaimana sibuk pun, kakpb sempat juga curi masa keluar sebelah malam untuk cuci mata di KB Mall dan Bazar Tok Guru. Dapatlah beberapa helai tudung bawal yang cantik pada mata kakpb. Beli juga sehelai untuk emak di KL. Cari beberapa bungkus keropok dan lain-lain makanan untuk di bawa pulang ke Sabah.

Paling best dapat makan laksa Penang walaupun dok Kelate....hehe...semangkok share berdua sebab perut dah kenyang. Sedapnyaaaaaa......lama tak makan laksa penang.

Ni pulak, sup gear box, first time kakpb makan. Di hidang oleh kakak ipar ketika kami singgah di rumahnya. Wowww, takut kakpb tengok tulang tu......makan sikit je sebagai syarat merasa. Selebihnya cikgu fahmi bedal sampai ke tulang sumsum. Memang sedap, tapiiii....kalau terlalu kerap makan, confirm keluar masuk hospital...huhu...


Buah rambai pun ada kat rumah kakak ipar. Lama betul tak makan buah ni.......masa kecil-kecil dulu arwah tok selalu bawa balik dari kebun dia. Berbakul-bakul sampai tak lalu nak tengok.

Kakpb round keliling rumah MIL, pokok manggis baru berputik (alamat tak merasa la lepas ni sebab balik hujung tahun dah takde buahnya) Beruntungnya kali ni kakpb dapat makan cempedak dan durian. Sempatlah buat serawa yang di makan dengan pulut. Cempedak pulak di goreng entah berapa kali, itu pun sekejap je licin. Bila ramai-ramai ni rasa berselera nak makan, badan pun macam makin montel jek...

Sebenarnya ketika update ni, kakpb dah berada di rumah mak Kajang. Esok emak nak buat makan-makan di rumah adik sebab esok hari terakhir dia puasa enam. Makan lagiiiii......katanya mak nak masak laksa johor, laksa penang, nasi beriani dan ada lagi hidangan lain yang tak mampu nak tolak. Sebabnya.......sudah tentulah sebab air tangan emak.....:)

Sampai sini dulu, ada masa nanti kakpb update lagi. Terima kasih mana teman yang sudi jengok blog kakpb yang suram ni.......nanti ada masa kakpb balas kunjungan ye.....tata titi tutu!!


Selamat hari raya

Assalammualaikum.....selamat hari raya pada semua teman-teman blogger yang di kasihi. Maaf kerana kakpb tak dapat selalu bw ke blog teman2 semua. Keadaan tidak mengizinkan dan line maxis juga celcom agak mengecewakan. Kakpb pula sibuk menyiapkan juadah hari raya untuk famili MIL.

Gambar hari raya pun kakpb tak dapat nak kongsi kerana raya kali ni agak sibuk dan letih. Mood nak bergambar dengan baju baru pun agak tawar. Entah kenapa raya kali ni, semua orang ada hal.  Hati kakpb sayu je teringat emak dan famili di Selangor. Dengar suara mereka di handphone dah cukup happy. Raya ke 5 baru dapat jumpa mereka.
Untuk teman2 blogger, kakpb mohon ampun dan maaf atas setiap tutur bicara di blog ini yang menyinggung hati setengah pihak. Kakpb menyusun sepuluh jari.

Hingga bertemu lagi di entry akan datang, entah bila ada masanya. Selamat bergembira dan hati-hati bila memandu di setiap perjalanan.

KLIA airport

Alhamdulillah.....dah jejak kaki di airport KLIA  .Nampaknya hampir 6 jam kami akan melangut di sini.

Doakan perjalanan kami sampai ke destinasi di tuju. Tadi MIL bagitau, ada bas ekspress  jatuh gaung......tak tau perkembangan seterusnya samada penumpang terselamat atau sebaliknya.


Biskut Samperit


Biskut samperit ni airtangan terakhir kakpb untuk dibawa pulang ke kampong cikgu fahmi. Jenuh menekannya, kenyit-kenyit mata kat cikgu fahmi tolong tekankan....;) nasib baik dia tolong yang last tu...adeh....tangan kiri ni pulak sakit, salah tidur kot. Dapatlah dua bekas bulat yang rendah tu.

Biskut ni rapuh dan sedap kata tukang komen dua orang dalam rumah ni. Kena simpan resipi ni untuk masa akan datang atau kakpb nak buat sesaja lepas raya nanti. Resipi kakpb jumpa dari Kak Rose dan asalnya dari Nziela.
Terima kasih kerana berkongsi resipi dan kakpb simpan di sini sebagai rujukan akan datang.

BISKUT SEMPERIT
@blogsurirumah
  • 300g butter
  • 160g gula aising
  • 100g tepung jagung
  • 160g tepung kastard
  • 240g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit. 

nota kakpb: agaknya sebab susah menekan biskut ni, tu yang namanya 'perit' hujungnya kot?



Selamat pulang ke kampung masing-masing dan berhati-hati di jalanraya. Baca doa ketika naik kenderaan dan pandu dengan mata yang segar, badan yang sihat dan fikiran yang waras. Insyaallah selamat sampai ke destinasinya. Doakan perjalanan kakpb dan keluarga juga, esok awal pagi dan akan tiba di pantai timur sebelum berbuka.

Gulai Ayam Nenas


Gulai ayam nenas ni adalah stok ayam terakhir yang ada dalam peti sejuk kakpb. Dua hari ni kena kosongkan peti ais (macam nak balik lama?). Ikan kerapu ada sekor lagi. Hari rabu nanti mungkin tak berasap dah dapur kakpb tu. Mood nak balik beraya, nak masak kat kampung cikgu fahmi pulak. Tahun ni giliran dia, sukalah tuuuu....;;)

Sambil update blog ni (sekarang 4.45 am) sambil tengok acara penutupan sukan Olympic. Ada One Direction nyanyi live...:D kakpb suka juga kumpulan ni, lagu tu je la yang selalu dengar....

Oklah, terus pada resipi ayam ni. Kakpb ikut resipi dalam buku tapi takde nenas sebenarnya. Kakpb yang mandai-mandai letak nenas sebab nak habiskan stok nenas yang dah dikopek tu. Resipi asal ada daun kunyit.

GULAI AYAM NENAS
@blogsurirumah
sumber: buku kompilasi masakan ayam

Bahan-bahan: 1 ekor ayam - dipotong 12
1 kg santan pekat
60 ml minyak masak

Bahan kisar:
100 gm cili padi
50 gm serai
50 gm bawang merah
30 gm halia
30 gm bawang putih

30 gm daun kunyit - kakpb ganti dgn nenas
10 gm serbuk kunyit - kakpb guna kunyit hidup, blend sekali dgn bahan kisar
garam
sedikit serbuk pati ayam

Cara membuatnya:
Goreng bahan kisar hingga wangi.
Masukkan daun kunyit, serbuk kunyit dan santan.
Masukkan ayam, masak hingga empuk.
Bubuh garam dan pati ayam secukup rasa. Kacau sebati.

Kepada teman-teman yang berkunjung ke blog ni, kakpb hargai sangat. Maaf kalau kakpb tak sempat nak membalasnya di sini atau di blog kamu semua. Sebab line tenet amatlah X( menyakitkan hati. Kekadang tu pergi blog kawan-kawan nak tengok resipi biskut ke......punyalah lama menunggu nak keluar gambar tu....hemm...sudahnya kakpb tak komen apa-apa pun. Nanti line dah ok, kakpb bw ye.:-*

AL QADR (Kemuliaan)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kemuliaan Lailatul Qadar

  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.
  2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
  3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
  4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
  5. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.

Mohon ampun kepadaNya sebanyak mungkin, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang beriman di kemudian hari nanti, insyaallah.



Untuk kali kedua..


Jiwa dan jasad sudah letih.....
Sudahlah, cukuplah, hentikanlah....



nota kakpb: kalau ada yang faham, cuba selaminya..


psst....tak suka sangat lagu ni sebenarnya, letih dengar kata-kata 'sudah' tu...

Muffin Pisang

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat  iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.



Rajinnya kakpb semalam :P........puasa-puasa buat muffin, bagi jiran sebelah enam biji, tinggalkan sikit je kat rumah ni. Teringat hari tu buka puasa kat Kenny Rogers, nampak muffin panas-panas tapi tak makan pun. Esok paginya (bawa balik muffin) dah keras kejong, haruslah tak lalu nak makan sahur.

Muffin ni dari buku CT Delima, pagi ni rajin sikit, kakpb tolong salinkan untuk kawan-kawan yang nak cuba. Senang je.......tapi muffin kakpb ni dalamnya kakpb letakkan coklat chip selonggok. Bila masak, semua coklat chipnya ke bawah....:D ok la tu.....sedap tau....cuma kakpb letak pisang 2 biji. Kalau 3 biji lagi terasa pisangnya. Untuk makan sendiri lebih pun takpe.;;)

MUFFIN PISANG
@blogsurirumah
sumber : buku Dari Dapur CT (Istimewa Pemanis Mulut)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur gred A (kakpb guna telor omega)
1/3 cawan susu segar (kakpb guna susu cair)
1 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen pisang (esen dah expired, guna esen vanila jek)
kepingan badam untuk hiasan
coklat chip (kakpb tambah sendiri, letak kat tengah muffin)

Cara membuatnya:
  • Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
  • Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih (1 minit) baru masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
  • Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati. Kemudian masukkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit.
  • Titikkan esen vanila dan akhir sekali masuk susu segar (masa ni gunakan spatula atau senduk kayu saja)
  • Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin (isikan 3/4) dan letakkan coklat ditengahnya. 
  • Bakar pada suhu 170C selama 18 hingga 20 minit. 
  • Sejukkan atas redai dan taburkan sedikit sugar powder.







Sambil memasak, sambil beramal......sambil berblog, kita kongsi serba sedikit tentang kebaikan surah-surah dalam alQuran. Banyak kelebihannya jika kita rajin amalkan, lebih-lebih lagi sepuluh malam terakhir ramadhan ni. Moga apa yang kita hajati terlaksana dan mendapat rahmatNya.

Biskut Suji Kristal...pojaan hatiku!!

Sekadar berkongsi....
SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.


Semalam kan.....mood kakpb merewang :( jauh ke semenanjung sana. Sedih dan sayu hati ini mengingatkan kembali saat kami sekeluarga (masa tu bujang lerr...) berbuka beramai-ramai. Dengan anak-anak saudara yang berciak miak #:-S masing-masing pilih tempat duduk nak berbuka, maklum la.....dah ramai-ramai mana boleh duduk semeja, tak cukup. Bagi yang otai je dok meja, kecik-kecik..... hingusan dok jauh-jauh.....

Bila dah kahwin, ada keluarga lain, kena utamakan dulu sebelah suami. Walau kekadang hati tidak merelakan, inilah hukum Allah, kena redha. Walau sesukar mana keadaan kita, mohonlah padaNYA, hanya Dia tempat kita mengadu segala kepahitan, keperitan dalam hati. Jika kita mengadu pada seseorang, dia hanya boleh mendengar, kemudian berlalu pergi tanpa ada penyelesaiannya.

Tak mo sedih2 la....;) nanti raya muka tak cun, tak berseri kan? Mesti ada yang dah pergi spa buat rawatan muka, ada tak? Kakpb spa dalam toilet 'pondokburuk' je.....sental ler dengan hampas kelapa ke, kopi ke.....buah tomato....nenas...hilang semua daki-daki tu.

Ni, biskut suji kristal kegemaran cikgu fahmi (semua kegemaran dia, kegemaran bini dia mana tah!) Terima kasih Ummi, Azlita, Kak Wan dan kawan-kawan lain yang pernah tayang kat blog. Biskut ni memang sedap dan lembut. Pasti sesiapa yang punya pak dan mak mertua yang takde gigi tu akan suka......oppss...cair di mulut, kenyang di perut!!

BISKUT SUJI KRISTAL
@blogsurirumah
sumber asal : kak wan
copy paste: ummi kuantan dan Azlita masam manis

Bahan A - Diayak bersama
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan B
  • 125 gm gula icing
  • 1/8 sudu teh garam
  • 100 gm badam kisar - di pangang (kakpb beli yg dah siap kisar)
  • 1/2 sudu teh perisa vanila
  • 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
  • pewarna hijau, pink, dan kuning (kakpb guna merah, biru dan kuning)
Cara Membuat:-
  1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
  2. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
  3. Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
  4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
  5. Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
 Cara Azlita - Ita bulatkan setiap doh tu 3 gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli. Susun doh ke dalam dulang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit. Biarkan sejuk setelah masak. Kemudian salutkan dengan gula caster.

nota: masa mula2 buat kakpb timbang juga 3 gm, lama-lama.....hemmm....minta maaf ler nak menimbang, main agak2 je...



Andai Lelaki Tahu

Sebenarnya ramai lelaki yang tahu benda ni tapi buat-buat tak tahu atau malas untuk memahami perempuan.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan i love you, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, tolong tinggalkan saya!, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


sumber dari sini

Ikan Masak Mangga


Ikan Masak Mangga ni kakpb buat hari Khamis lepas, tak sempat nak update hari tu. Ikannya kakpb guna ikan kerisi. Simple je masaknya dan bagus untuk kita yang takde selera nak makan dibulan puasa ni. Terima kasih pada kawan@myresipi kerana buatkan kakpb berselera :)

IKAN KERISI MASAK MANGGA
oleh:@blogsurirumah
sumber: kawan@myresipi
  • 1 ekor ikan kerapu digoreng dengan tepung- kakpb tak goreng dgn tepung
  • 2 biji mangga muda dihiris halus dan panjang-panjang
  • 4 biji cili api dihiris
  • 3 biji cili merah dihiris nipis
  • 4 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 cawan santan, 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sos ikan - tak letak
 Cara-cara
  1. Campurkan santan, sos ikan dan gula.
  2. Kemudian masak di atas api yang kecildan biar sehingga ia mendidih.
  3. Padam api dapur,masukkan bawang merah,cili api, cili merah dan daun ketumbar.
  4. Gaul hingga rata.
  5. Letakkan ikan di dalam pinggan dan taburkan mangga yang telah dihiris halusdi atas ikan.
  6. Kemudian tuangkan kuah yang telah dimasak ke atas ikan dan hidangkan. 

Memohon Kekuatan Tenaga dan Kekuasaan
Ertinya:
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan tiadalah daya dan kuasa melainkan dengan daya kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."

Popia Kentang

Bila dah ada buku masak, haruslah mencubanya. Nanti kena perli pula dengan cikgu fahmi. Ini pun last minute terfikir nak buat, kebetulan ada kulit popia yang terperap dalam peti. Buat intinya pun tak susah.

Boleh tengok resipi kat blog Dari Dapur CT ye......kakpb tak rajin nak menaip disini. Mata mengantuk sebab bangun pukul 3 pagi tadi. Lepas solat subuh, nak mengecat pintu bilik lagi, nak kepasar lagi........bila la nak rihatnya?

Lerr.....ada juga terhangus sikit, ni yang gorengan terakhir. Sambil basuh periok belanga, sambil goreng popia, gitu ler jadinya. Api jangan besar kalau menggoreng popia ni, alamat tak rangup sebelah dalamnya.

Masa sahur tadi, kakpb buat lagi 4-5 keping. Taknak makan nasi, tak lalu. Dan pagi tadi juga baru snap gambar isi dalam popia. Kakpb suka popia macam ni, walau intinya kakpb guna daging ayam burger abe Ramly, tetap sedap rasanya.

Kawan-kawan yang belum pernah cuba popia ni, kena cuba tau. Confirm tidak mengecewakan. Resipi tu nanti kalau kakpb rajin, kakpb edit semula dan tuliskan ye.

Selamat berpuasa dan selamat beramal.
nota kakpb: terima kasih yang sudi komen di blog ni, ada masa nanti kakpb kunjung balas ye.

RENDANG TOK - Mas Dunia ku

 
Rendang tok kakpb ni tak hitam sangat, agaknya kurang gula dan santan kot? Sebenarnya kakak kakpb biasa buat rendang ni tapi caranya berbeza sikit, ada cili padi, kalau tak silap serainya di titik. Nanti balik sana kakpb tanya dia. Ni tak memuaskan hati sebab tak betul-betul hitam. Masa masak hari tu, rasa nak tuangkan kicap je=((
 
Apa2 pun anak bujang dengan ayahnya suka sangat rendang ni, dua kali tambah dia orang tu. Bulan puasa ni rasanya kerap juga masak daging. Lepas ni nak kurangkan pulak, sebab dah nak dekat raya.......orang puasa berat badan turun, kita orang biasa je, macam makin naik pulak:-S

Kakpb minta izin copy paste resipi rendang ni ye Mas.....>:D<

RENDANG TOK
oleh: @blogsurirumah
sumber: Mas Duniaku

Bahan :
1 kilo daging lembu - Mas guna daging cincang 
santan dari sebiji kelapa - agak2 tuang sampai daging tu tenggelam
2 sudu besar kerisik - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar gula merah - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar membumbung serbuk kari daging - boleh tambah jika perlu
kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris  nipis2
1/4 inci halia - hiris nips2
1 helai daun kunyit - hiris
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu


  1. Cara memasak :
  2. Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2, daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
  3. Kemudian masukkan kedalam kuali bersih. 
  4. Tuang santan hingga daging tenggelam, sebatikan dulu.
  5. Buka api perlahan dan biarkan rendang mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. 
  6. Semasa memasak seimbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu mengikut selera kita....gelap Rendang Tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan.....
  7. Santan juga memainkan peranan untuk mendapatkan Rendang Tok yg hitam, guna santan kelapa yg pekat yerk....santan kotak...no no no
  8. Masak hingga Rendang Tok kering, boleh juga lembab berkuah jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
  9. Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut.... 

Jumpa CT DELIMA di One Borneo

Semalam kakpb tak sempat update blog, nak tau kakpb buat apa? Taaaak....bukan buat kuih raya......kakpb mengecat pintu bilik :) dah bulan puasa baru terhegeh-hegeh mengecat. Awal-awal hari tu taknak buat, sekarang sendiri yang susah. Kita tak upah orang, buat sendiri jek, alah....rumah sekangkang kera ;))

Lepas mengecat satu pintu, kami bertiga berpesta \:D/ di One Borneo dari tengahari sampai ke masa berbuka. Sembahyang zohor, asar dan maghrib kat sana sekali sebab malas nak balik rumah, boleh gitu? Ingat nak tengok wayang cerita Mae Nak yang seram tu.....hemmm.....si bujang kecik tu taknak pulak...lagi pun 18SX, tak boleh masuk kot.

Sebelum berbuka (tempat dah booking awal, kalau tak memang berbuka tepi-tepi kaki lima atau dalam kereta jawabnya) kakpb singgah kedai buku. Eh, ternampak CT DELIMA laaa.....apa lagi, rembat ler, bukan mahal pun. Cute je Puan CT kita tu kat muka depan buku masaknya :-*

Harus ada gambar sebagai bukti dah beli, betul tak CT?

Kakpb harap bila CT dah maju, dah terkenal, dah ada restoran atau apa-apa bisnes, CT tak lupa pada kawan-kawan blogger ni. Mudah-mudahan bertambah murah rezeki, insyaallah.
Selamat maju jaya CT ;)

Mohon Berlindung dari Malas
Ertinya:
"Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari kemalasan serta lanjut usia dan buruknya perbuatan di masa tua dan dari godaan-godaan dunia dan dari siksa kubur."

Udang Butter Cheese

Mohon Dijauhkan Hati Dari Hasad Dengki
(Al-Hasyar: 10)
Ertinya:
"Wahai Tuhan Kami, ampunilah dosa kesalahan kami, juga dosa-dosa mukmin pendahulu kami,
dan janganlah Engkau masukkan dengki khianat dalam hati terhadap mereka yang beriman.
Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


Puasa-puasa ni takde entry jalan-jalan, cuti-cuti ye........semua pasal masakan, makanan, minuman.....fengsan kakpb hari-hari fikir nak masak apa. Udang butter cheese ni idea last minute, nak buka pukul 6.34 petang, pukul 5.45 ptg masih terkial-kial kat dapur. Asalnya nak buat udang goreng butter tapi kakpb kurang suka pula (sebenarnya leceh nak buat ditambah rasa malas). Ini pun kakpb hentam saja, asal ada rasa cheese dan butter tu, jadilah.......

UDANG BUTTER CHEESE
oleh: @blogsurirumah

10 ekor udang segar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar butter
1 keping cheese
sedikit daun kari

bahan perap udang:
sedikit lada hitam
garam dan gula

Perap udang dengan lada hitam, garam dan gula dalam 15 minit.
Panaskan kuali, masukkan butter.
Tumis bawang putih kemudian masukkan udang tadi.
Goreng hingga kekuningan, masukkan daun kari.
Akhir sekali masukkan cheese.
Angkat dan makan ketika panas lebih sedap.

Hantu Jepun?

Gambar dari handphone cikgu sekolah cikgu fahmi, waktu pagi katanya. Kakpb cuma share di sini.

Takut tak? errrr....kakpb takut juga kalau tengok malam-malam. Bagaimanapun 'dia' makhluk Allah juga.


Popia Basah, Kerabu Udang Mangga

Adeh......malu nak tayang sebenarnya. Berpoloh buat kulit popia ni semalam petang, berjurai menitik....opss...bukan macam cerita Senario yang si penjual roti canai tu ye. Ini peluh keluar seikhlas hati, mencuba yang terbaik untuk suami tercenta (dia centa ke dengan aku lagi??:)....)

Kakpb buat popiah basah ni sebabnya.....teringat masa dulu-dulu lepas shopping kat Sogo, lepak kat food court atas tu. Order popia yang kat tepi tangga tu, dekat dengan nasi ayam stall. Entah ada lagi ke tak......ada kot.

Sebenarnya semalam nak ikut macam Umie-e myresipi tapi entah kenapa semalam myresipi.com tak boleh view pula. Jadi tak dapatlah nak tengok Umie menepek tepung atas kuali panas dengan jarinya...:) Kakpb jelajah kerumah Ros Jintanmanis. Try buat seperti Umie, tepek dengan jari.....alamak....tak tahan ler, walaupun dah angkat kuali dari dapur. Tapi tak letak atas towel basah....:)) kakpb ni anak murid yang degil. Patut pun panas jari ku itu!!


Ok tak gulungan tu? besar gedabak, makan sekeping dah kenyang. Rupanya senang je buat kulit popia ni, cuma perlukan latih tubi menipiskan kulitnya tu.

POPIA BASAH
oleh: @blogsurirumah
sumber asal: umie-e myresipi
copy paste: Ros

Bahan Kulit

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan Sambal

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
4. Buat dari arah jam.mulakan dari tepi dulu.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar. Utk step nih sila lihat di my.resipi.
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
7. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.lipat macam biasa dan gulung.

Terima kasih kak-e, sunyi sepi je blog kak-e tu. Harap kak-e sihat walafiat. Terima kasih juga pada Ros Jintan manis dan ramai lagi kawan lain yang dah cuba.


Kerabu Udang Mangga ni paling kakpb suka bila berbuka. Rasa masam manis, tomato dan udang tu sedap sangat masuk ke mulut. Senang je......asalnya tengok kat majalah tapi yang ni kakpb ikut suka sendiri.

KERABU UDANG MANGGA
oleh: @blogsurirumah

1 biji mangga muda
6-7 ekor udang segar kupas kulit
1 biji buah tomato
2 biji cili hijau
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
sedikit belacan bakar
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3-4 cili padi kalau suka
garam dan gula

Mangga muda di hiris memanjang.
Buah tomato buang isinya, hiris memanjang.
Gaul bahan hiris bersama gula, garam, jus limau.
Tumbuk cili padi dan belacan (suka hati kalau nak mesin) dan gaul bersama mangga tadi.
Akhir sekali baru masukkan udang segar.

*motivasi untuk diri sendiri dan kita semua.
"Dengan Nama Allah, dipohon pelihara diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku redha dengan penentuanMu dan berilah keberkatan kepada ku pada perkara2 yang di tetapkan bagiku agar aku tidak suka menghendaki sesuatu yang Engkau lambatkan serta tidak pula suka melambatkan sesuatu yang Engkau segerakan"