my best friend forever

iklan nuff

banner

Kelab Blogger Ben Ashaari

Sila godek

Memuatkan ...

The Expendables 2

Minggu lepas kakpb tengok cerita ni. Sebelum ni ada sarankan pada cikgu fahmi tapi dia tolak, katanya Hero dah tua, taknak tengok. Tapi bila adik dia kata best, barulah terhegeh2 nak tengok. Macam biasa, kita orang kalau tengok wayang, sampai sana......semput akak tau! terkejar-kejar masa...

Cerita omputeh macam biasa ler.....tembak-tembak, gadoh gedebak gedebuk.....kejar mengejar...kakpb pun tak berapa concentrate sangat sebab bagi kakpb cerita ni tidak serius. Ada lawak dalam berperang tu...

Cuma bestnya ramai artis jemputan popular dalam filem ni. Mau tau?? kena tengok sendiri......bye!!


nota kakpb: lepas ni entry kakpb simple2 saja

WW: nak muda dan ramping

Assalammualaikum, update ringkas dari kakpb.......
ada masa nanti kakpb balas kunjungan dan terjah blog korang ye, sayang korang semua..



Berihat seketika

Assalammualaikum semua dan selamat pagi sabtu..

Kakpb tak sihat sebenarnya dari semalam lagi, selsema, batuk dan sakit badan. Dapur pun tak berasap ni...
Mungkin esok atau lusa kakpb dah ok, kakpb akan melawat blog teman-teman semua, insyaallah.

Mood pun tidak mengizinkan, kakpb ingat dah selesai semua masaalah rupanya masih berbaki.
Kecewa yang teramat sangat dengan seseorang

Kerana dia, hidup kakpb tak keruan........kakpb rasa nak balik semenanjung dan tinggalkan semua kenangan di sini. 

Kalaulah bersayap, dah lama kakpb terbang pulang dan takkan jejak lagi tanah Sabah ini. Betul-betul melukakan hati..........

Jika dia mengalami nasib yang sama seperti kakpb, apakah tindakan dia? Bolehkah gelak ketawa atas penderitaan orang lain??

Ya Allah, aku redha dengan ujian Mu. Jika ini boleh membahagiakan seseorang dan orang lain, aku rela undur diri. Terima kasih kerana mengirimkan ku seorang yang sudi bersama ku ketika susah dan senang. Aku doakan moga dia dan kamu berbahagia hingga akhir hayat.

Apam Dot Dot

Lama tak update pasal makanan kan? Apam ni kakpb buat hari minggu yang lepas, masih ada lagi dalam peti, saja frozenkan. Bila nak makan senang, tinggal kukus balik

Taknak bebel panjang, tuuuu....kereta buat hal lagi....cikgu fahmi meneleku kat bengkel, silap-silap kena cuti hari ni sebab takde transport.

Apam Dot Dot
oleh: @blogsurirumah
sumber copy paste: Hana Memories

.Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Terima kasih pada tuan punya resipi yang asal, samada kenal atau tidak kerana sudi berkongsi resipi ni. Begitu juga pada mereka yang telah mengubah suai resipi dan memanjangkannya.

lagi Karambunai

Jangan jemu ye, tak habis-habis lagi nak share gambar di Karambunai tempohari. Bukan apa, manalah tau kot-kot ada kawan-kawan yang nak bercuti di sini.

Ni foto sebelum check out, masa check in takde mood nak bergambar sebab letih. Dari rumah ke Karambunai ni cuma 30 atau 40 minit je, boleh kalau nak balik kejap ambil barang tertinggal.....:)

Aktiviti paling best ketika melukis batik. Mula-mula nak ambil sorang satu tapi memandangkan kami keluar dah lewat sikit, banyak dah kena ambil oleh pelancong lain. Jadi ambil satu je, itu pun gambarnya takde pilihan. Sekeping RM15, lepas kaler biarkan jemur sekejap. Leka pula melukis batik ni, rasa macam nak kerja kilang batik la pulak.....



Tu diaaa....cantik tak?


 Ni pula di ruang makan bersebelahan dengan kolam renang, sarapan pagi......lepas tu ayah dengan anak terus kecebor dalam kolam. Kakpb tak kuasa nak layan, lepak kat bilik lagi best.

Paling best dapat kayuh basikal keliling taman....:-bd....rasa nak guling-guling dapat naik basikal. Kebetulan basikal yang di sewa tu baru sampai, ada bau kedai lagi, masih balut plastik....satu jam RM10. Kakpb kayuh selagi ada trek kat situ.....huhu...padahal basikal tu sewa untuk anak bujang, ibu dia pulak yang belasah. Lepas ibu, ayah pulak tenggek....jahanam basikal orang.



 Jangan muntoh hijau ye.....aksi ni usah ditiru oleh mereka yang belum bernikah. Duduk tu pun bercover, takut patah basikal orang:))




Weiiii!! nak bawak mana basikal tuuuuuu? balik siniiiii.....huh!!

Sebenarnya........

kakpb tipu-tipu korang......:( kakpb tak pandai kayuh basikal......X(


nota kakpb: bagi yang inginkan cuti-cuti Sabah, boleh tengok Kasih Sayang ResortPulau MabulBukit Trig SandakanMesilau Dream World ResortKampung Luanti RanauHot SpringOcean King SandakanTawau, Gaya Street, Kota Belud, Tanjung Aru, Kundasang, Mount Kinabalu View.
mungkin penulisan kakpb masa tu tak begitu lengkap tapi harap dapat membantu mereka yang nak bercuti di sini.












Karambunai (part 2)

Tak habis lagi kisah bercuti hari tu. Saja nak kongsi gambar kat sini. Malas nak share kat facebook. Ni gambar yang kakpb snap guna samsung tablet. Kakpb guna photowonder macam Nurfarah, walau ada kemudahan tu dalam tablet, kakpb ni bukan pandai sangat. Farah tulis dalam blog, baru terhegeh-hegeh mencari.....



Ok sambung balik......masa di kolam renang tu, kakpb cuma kuis-kuis air kolam, duduk-duduk tepi tangga.....tak berani nak ke tengah walaupun ada cikgu fahmi kat sebelah (dia pandai berenang, boleh eksyen dengan kita). Lepas kolam renang, lepak tepi pantai pula. Cuaca amat-amat memahami kami yang susah hati, takut hujan lebat seperti beberapa hari lepas. Alhamdulillah.....dapat mandi laut sekejap, orang tak ramai. Ada mat saleh, jepun dan korea beberapa kerat je.

Pantai di sini bersih, pasirnya halus dan tak banyak karang atau siput yang dah mati bila kita jalan kat pesisiran. Katanya pekerja resort membersihkan kawasan ini setiap hari. Teringat masa mandi kolam hari tu, sorang pekerja tu terdengar kakpb menjerit kegelian kerana ternampak kumbang dan binatang apa tah dalam air, terus dia ambil jaring cedok bendalah tu.

Ada lagi kakpb nak update lepas ni. Aktiviti sebelum check out esoknya. Kakpb ada open house rumah makcik hari ni.........jumpa lagi, insyaallah.







Karambunai, Nexus resort (part 1)

Sebelum membebel pasal bercuti hari tu, kakpb nak bagitau, tadi kita orang bedal durian musang king ni (kata penjual tu) kat dalam kereta berdua sahaja. Nampak tiga ulas je, memang pun......bijinya ada tiga je....tapi isinya, mak datok.....bukan main tebal. Padanlah dengan harganya, RM20. Tapi takpelah....puas hati dapat makan durian. Haruslah berkipas beraircond bagai lepas ni...fuhhhh!!

Maaf ye kerana beberapa hari ni kakpb tak sempat nak update pasal bercuti di Karambunai hari rabu lepas. Sebenarnya kakpb dan cikgu fahmi plan pergi hari selasa, dah siap-siap packing baju semua tapi tak jadi. Hari rabu kami check in. Nasib cuaca terang sehingga esoknya. Sebelum tu hujan lebat pagi dan petang.

 (abaikan budak nakal yang terlentang tu, kepenatan.....)

Bilik hotel yang selesa, besar dan lengkap semuanya.Untuk rate kerajaan, cikgu fahmi kena bayar RM320 untuk satu malam. Dua kupon untuk sarapan pagi tapi hari tu anak bujang kakpb tak kena bayar pun. Setakat dia sorang sarapan pagi, apalah sangat? Roti sekeping, air secawan dan 2 batang chicken sosej.

Gambar atas sekali (yang ada 'awek cun baju purple' tu) bilik kita orang menginap. Keluar pintu depan dah nampak laut. Bilik macam ni sesuai untuk keluarga besar walau katilnya satu (king size) sebab boleh minta extra bed......tidurlah selambak kat bawah tu, luas.......boleh golek-golek, jangan golek sampai ketepi pantai sudah!!

Keliling rumah di hiasi pokok menjalar, kelihatan agak suram di waktu malam. Mungkin sebab kedudukannya yang berdekatan dengan laut, ada ternampak tiang rumah/bilik yang dah reput. Kakpb tak ambil gambar waktu malam, risau juga kalau-kalau terambil gambar bendasing kan? Waktu malam memang agak sunyi.

coppp....kakpb letih la, sambung esok-esok ye....layan je dulu gambar ni.


Indah dan tenang

Walau hanya satu malam di sini, cukuplah sekadar menenangkan hati dan fikiran.......



Matahari terbit hujung sana...........entry akan bersambung kemudian.....


River Park Sadong Jaya, dah takde idea





Gambar ni kakpb snap waktu pagi di KK. Inilah kali pertama kakpb singgah sini walaupun boleh dikata hari-hari kakpb ke KK (walau tak kerja, kami ni suka ukur jalan.....:)....)
Tempat baru, ada tandas awam, pondok polis, tempat lepak santai........ada bot nelayan katanya.....tapi sayang. Bau amat tidak menyenangkan. Kakpb tak dapat lepak lama, tak tahan menanggungnya.

Berdekatan dengan maybank, kwsp, arrahnu dan tempat makan juga nampaknya banyak. Kalaulah di percantikkan lagi, pasti menarik tempat ni.

Maaflah pada pengunjung blog semua, kakpb dah takde apa nak cerita beberapa hari ni. Mungkin esok baru ada entry menarik sebab kakpb nak cuti-cuti.....yeaaaaaaa...\:D/

Seram Sejuk...Cold Light Of Day

Hari Sabtu......anak bujang takde, hantar rumah opah dia, dah rindu sangat dengan anak opah agaknya. Sejak puasa hingga raya, sebulan lebih tak jumpa. Ibu dengan ayah berdondang sayang........tengok wayang.

Sampai je rumah (sekolah ganti semalam) terus ajak tengok wayang. Suka tau ajak kita mengejut gitu. Terus booking online, cerita Cold Light Of Day. Senang....sampai terus ambil tiket dan masuk dah ada tempat. Kali ni sebab kejar masa dari rumah pukul 4.10 pm, wayang start 4.30 pm, takde beli popcorn atau minuman. Macam ribut cikgu fahmi bawa kereta, sampai panggung cerita dah mula sikit, mungkin dalam 5 minit gitu.


Best cerita ni, tak rugi pergi tengok. Dari mula start hingga habis, bergerak pantas dan tidak menjemukan langsong. Cuma frustnya Bruce Willis yang jadi bapa kepada Will (nama dalam filem) sekejap je wataknya. Kakpb ingatkan dia heronya.....kakpb minat sangat dengan dia. Kisah berkisar tentang Will yang berusaha menyelamatkan keluarganya yang di culik ketika bercuti di Spain. Selebihnya kena tengok sendiri....:)

Seram Sejuk tu pula kakpb tengok di Alamanda tempohari. Pergi bertiga dengan anak saudara yang kat UITM. Kesian dia, cuti-cuti memerap je kat rumah. Ceritanya lawak biasa-biasa je, lawak orang Melayu. Kakpb rasa kekadang over, kekadang ok. Cuma seramnya tu ada terasa bila keluar watak si hantu perempuan tu. Ada jugalah yang tutup muka ketakutan........

Sekian....selamat menonton.


Gambar kakpb snap ketika melalui Tanjung Lipat, hujan hampir turun dan kelihatan ada awan seolah jatuh di hujung sana (nampak tak putih2 kat bukit tu?)



Pagi yang gelap semalam, rasa langit seperti nak merangkum bumi. Sepanjang jalan snap gambar.

Ayam Minang Ibundo


Ayam masak minang ni kakpb buat semalam. Makan dengan nasi impit, sedap sangat. Walaupun pedas cili padinya, anak-anak jiran kakpb makan bertambah-tambah. Kakpb jemput orang sebelah makan malam sebab dia nak pindah rumah, katanya tuan rumah dah bagi notis dalam bulan puasa hari tu. Kesian juga dengar cerita dia. Gitulah tuan rumah sebelah ni, asyik bertukar orang je. Alasan dia, nak jual rumah tu. Sejak menetap di sini, entah berapa penyewa bertukar ganti. Semuanya baik dengan kakpb. Sedih pula nak berpisah dengan mereka sebab jiran kakpb ni baik orangnya. Kalau ada apa-apa masalah dia tak pernah tolak membantu. Harap-harap lepas ni kami tetap berhubung lagi.

Ok, ayam minang ni resipinya dari Dapur Ibundo. Tapi gambar ayam bundo terang cantik je, gambar kakpb ni agak kelam mungkin sebab malam, ambil pun tergesa-gesa. Kakpb minta izin bundo copy paste resipi ye.......terima kasih banyak sebab kakpb suka sangat ayam masak macam ni.

AYAM MINANG
oleh: @blogsurirumah
sumber: Dapur Ibundo

4 ekor ayam
2 inci lengkuas*
2 inci halia*
seketul kunyit (agak-agaklah) *
4 biji bawang besar (sederhana besar)*
6 ulas bawang putih*
8 biji buah keras*
6 biji cili merah* (tambah sekiranya mahu pedas)
12 biji cili api* (tambah sekiranya mahu pedas)
8 batang serai *
2  helai daun kunyit *
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya *
2 biji kelapa di asingkan santan pekat dan santan cair
1 cube stok ayam
garam secukup rasa
2 keping asam gelugur
1/4 cawan minyak untuk menumis

 Cara:
Bersihkan ayam daan toskaan airnya.
Blender semua bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender. Masak sehingga bahan tumisan masak dan airnya kering.
Masukkan ayam.  Biarkan air ayam keluar dan kering.
Masukkan separuh santan cair.  Kemudian masukkan santan pekat garam dan cube ayam.
Masukkan asam gelugur apabila kuah mendidih.
Masak sehingga kuah pekat.
(nota: santan cair guna separuh sahaja)


Kakpb buat seekor ayam saja, sukatan bahan di kurangkan.


Semalam juga kakpb mencuba kek puding karamel, aduhai.......tension mension di buatnya.....bukan salah orang lain, salah diri sendiri. Ada ke patut putih telor bancuh sekali dengan gula castor? Memang cari pasal ler......ginilah rupa keknya.......




huhu......sadis sungguh!!

Warkah buat SUAMI

Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan....
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia, isteri yang kamu nikahi....
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah....

Isteri mu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita.......menjadi SOLEHAH.

Perkahwinan......mengajarkan makna kewajipan bersama, isteri menjadi TANAH...
Kamu langit penaungnya....
Isteri menjadi LADANG tanaman,
Kamu pemagarnya...
Isteri ibarat TERNAKAN, kamu GEMBALAnya
Isteri adalah murid
Kamu GURUnya
Isteri bagaikan anak kecil
KAMU TEMPAT BERMANJANYA

Saat isteri menjadi MADU, kamu teguklah sepuasnya
Saat isteri menjadi RACUN, kamulah PENAWAR bisanya
Seandainya isteri tulang rusuk yang bengkok,
Berhati-hatilah meluruskannya

Perkahwinan menyadarkan kamu perlunya IMAN DAN TAKWA
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA
Kerana kamu miliki isteri yang tidak SEHEBAT mana....
Hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah....

Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah RASULULLAH
pun bukan Saidina Ali Karamaullahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh


sumber dari horiahzahidah.blogspot tapi kakpb tak dapat linknya untuk di kongsi...

Dia meragam lagiiiiii....

Sejak belum puasa hingga sekarang, asyik meragam je. Semalam petang cikgu fahmi balik sekolah, nasib baik sempat sampai rumah. Dia mati betul-betul depan rumah jiran kami. Menolak ler kakpb ni.....dengan kain batiknya.....
Pagi ni boleh start enjin, tak jauh dari rumah dah ada tanda nak mati. Cepat2 kita orang cari bengkel yang terdekat.....hemmm....melepak la pulak kat sini. Katanya kena tukar bateri. Sedangkan bateri tu tak sampai 2 tahun usianya.

Akhir-akhir ni duit mengalir macam air terjun...




Ikan pari bakar bersambal

Rasanya dah lama sangat tak update blog dengan masakan. Hari ni kakpb dah mula masak-masak seperti biasa. Anak bujang kakpb teringin benar makan ikan pari. Masa balik Kelantan tempohari, singgah bazar Ramadhan sana, banyak betul ikan pari panggang. Dia tanya, sedap ke? Ibu dia masak selama ni dia tak pernah sentuh.

Biasanya kakpb masak asam pedas daun kesum ikan pari ni. Kali ni panggang bersambal. Caranya kakpb ikut macam CMG, cuma ubah sikit-sikit. CMG guna bunga kantan, daun kunyit, santan....tapi kakpb tak guna tu semua. Kakpb main ikut suka je.....

Ikan pari kakpb perap dulu dengan sos tiram, bawang putih dan sedikit gula. Kemudian tumiskan bahan2 kisar, balutkan pada ikan tadi dan gulung dengan daun pisang. Bakar atas kuali leper atau oven.

Bahan kisar:
4 biji cili hidup
2 biji bawang putih
sedikit halia
1 biji buah keras
3 biji limau kasturi, perah dalam sambal
2 batang serai (di hiris saja, tak perlu kisar)

Suka sangat si bujang kakpb tu makan. Bakar 2 potongan ikan (masa beli ikan ni besar), belah malam tu dia siap ulang makan dengan ayahnya. Inilah kali pertama dia merasa ikan pari. Anak kakpb memang agak susah mencuba makanan yang dia tak biasa. Bukan macam setengah budak yang pantang di hulur makan, semua menganga. Sejak kecil dia tak suka bubur dan benda yang lembik-lembik melainkan susu yang dalam botol. Nestum pun tak sentuh.

Sekarang ni barulah nak merasa itu ini. Alhamdulillah, ada perubahan. Takdelah ibunya susah memasak lepas ni.

Takut, tapi nak main..

Pernah main mercun ketika hari raya? Mesti pernah kan......masa kecil, masa remaja dengan kawan sebaya, ketika balik kampong.....
Kakpb tak biasakan anak main mercun, paling-paling pun bunga api je, itupun ada had. Selalu kakpb bebel, main mercun tu sebenarnya bakar duit, membazir, takde faedahnya. Lain la orang cina yang ada sebab musabab.

Ketika raya rumah adik kakpb baru-baru ni, emak ada buat makan-makan walaupun ketika itu dia puasa enam. Saja dia buat hari terakhir dia habis puasa. Macam-macam hidangan ada tapi kakpb lupa nak ambil fotonya. Entah macamana boleh lupa. Mungkin sebab dah berjumpa ramai-ramai tu, semuanya dah tak ingat. Hilang ingatan kejap........

Lepas makan-makan, anak saudara kakpb yang sulung ada bawa mercun dua batang. Ni yang besar punya, yang naik tinggi ke langit macam selalu kita nampak bila ada perayaan di stadium tu.
Dia pun pergi la cucuk tengah laman, kami perhati dari jauh. Kakpb cadang nak ambil gambar masa meletup tu. Bila dia dah nyalakan api, kakpb nampak panjang betul langkah dia lari, takut kena serpihan api mercun. Apa lagi......kakpb pun lari sama.....hilang kisah nak ambil gambar.

Tapi kan......peliknya......bunga api tu bukan naik ke atas, dia hanya berpusing atas tanah dan terus senyap dalam beberapa saat. Kita orang pun pelik, kenapa jadi macam tu?
Apa lagi, pecah perut kita orang gelak bila ingatkan balik semua orang bertempiaran lari. Nampak sangat famili kakpb tak biasa main mercun. 

Bahaya sebenarnya kalau tak pandai main. Ingat dulu ketika Chinese new year di KK, sorang bangsa cina yang mukanya hancur kerana mercun. Bukan saja hancur, malah terus menemui ajal. Kakpb rasa baik haramkan terus mercun ni dalam Malaysia. Kalau bangsa lain nak raikan perayaan mereka, buatlah dekat satu kawasan yang di khaskan. Pastikan ada ambulance, bomba, doktor dan sebagainya di situ.




Abang ipar kakpb siap pasangkan lampu, macamlah nak main banyak mercunnya.....