my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bloglist

Assalammualaikum...

Kakpb telahpun meletakkan link teman2 yang kakpb selalu kunjungi di halaman di atas. Sekiranya ada yang belum kakpb masukkan, sila beritahu ye.

Blog List Surirumah - siapa yang sudi?

Assalammualaikum,

Update ringkas je pagi ni....
Kakpb nak buat satu halaman untuk blog list supaya senang kakpb meround blog follower atau bukan follower.
Ada yang sudi?
Tinggalkan link di sini ye.....

Terima kasih sudi jadi teman kakpb yang tak vouge ni :)

Popia Inti Pisang Bercoklat


Assalammualaikum semua, maaf kerana beberapa hari ni kakpb tak sempat update blog. Banyak benda nak cerita tapi akhirnya pendam begitu saja.

Terus pada resipi la ye.....kakpb buat popia ni untuk frozen, nak makan anytime ada dalam peti sejuk. Masa program Nasi Lemak Kopi O tv9 hari tu, berkenan pula tengok Serina Ridzwan buat popia pisang ni. Sebelum tu si Luqman dan Fizo Omar buat, tak selera kakpb nak mencubanya. Siap tumbuk dengan lesong pisang tu.

POPIA INTI PISANG BERCOKLAT
@blogsurirumah

Beberapa keping kulit popia
2 biji pisang yang masak (kakpb guna pisang berangan)
Kacang walnut yang di cincang
Sirap coklat
Bancuhan tepung gandum dgn air untuk lekatkan kulit popia
Miinyak untuk menggoreng

Bentangkan kulit popia dan susunkan pisang yang telah dihiris.
Taburkan kacang walnut.
Curahkan sedikit sirap coklat.
Balut kemas kulit popia menggunakan bancuhan tepung gandum tadi.
Goreng sehingga kekuningan.

Senang kan? Buat stock jika ada tetamu pun ok.

TAKZIAH kpd keluarga pihak suami

Assalammualaikum,

Malam tadi kakpb dapat panggilan daripada cikgu fahmi, datoknya yang sakit tenat di Johor Bahru, telah pulang kerahmatullah malam tadi. Sekarang ni semua telah pun berkumpul disana, kakpb tak dapat menghadirinya. Hanya dapat sedekahkan yassin dan al fatehah.

Arwah dah lama mengidap penyakit ketumbuhan. Telah beberapa kali keluar masuk hospital. Kali terakhir kakpb jumpa ketika cuti hujung tahun lepas. Masa tu dia agak sihat juga.

Kakpb doakan moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Nasi Minyak


Dah cakap dah, anak bujang kakpb tu suka sangat makan nasi berwarna warni. Dalam seminggu, sekali tu mesti kena masak, tak kiralah lauknya apa asalkan sedap kat tekak dia.

Resipi ni lebih kurang macam kita masak nasi beriani tapi cara je lain sikit. Kakpb cilok resipi dari HalizaQiut yang dimasak oleh ibu beliau. Terima kasih ye dik. Kakpb minta izin memanjangkannya di blog kakpb dengan cara kakpb.

NASI MINYAK
@blogsurirumah
(makan untuk 4 org)

1 setengah gelas beras basmathi (basuh dan toskan)
Rempah empat sekawan
1 sudu besar planta (minyak sapi takde)
Bawang merah kecil (mayang halus)
Bawang putih (mayang halus)
Sedikit halia ditumbuk, perah ambil airnya.
1 sudu besar susu pekat, ganti susu cair (time nak masak time tu ler takde susu cairnya...stress)
1 sudu oren sunquick (kakpb tak letak, ganti dgn jus limau kasturi)
Air ikut sukatan beras
Pewarna kuning telor
sedikit garam

Panaskan planta dalam periok nasi.
Tumis rempah empat sekawan, bawang merah dan bawang putih.
Masukkan air dan garam.
Bila mendidih, masukkan beras.
Biar seketika sebelum masukkan air halia.
Bila hampir kering, boleh masukkan susu dan jus limau.
Kacau rata.
Titikkan pewarna setelah nasi kering. Biarkan seketika, tak perlu kacau.
Bila nak hidang, baru kakpb gaul rata.

Lebih kurang je kan macam nasi beriani yang selalu kita masak tu......cara je berbeza.



Daging Merah Ala Thai

Resipi asal kakpb jumpa di sini, terima kasih Kak Noor dan asalnya dari blog Aznanie. Kakpb ubah cara masaknya. Daging segar dipotong seperti biasa dan perap dulu dengan halia, bawang putih, garam dan sedikit gula. Mulanya kakpb tuangkan juga sirap tapi bila di goreng dengan api kecil, sirapnya hilang. Jadi kakpb biarkan dulu hingga daging empok. Bila daging dah empok, kakpb tambah sirap lagi.

Begitu juga tepong jagung, kakpb tak letak. Sebab rasanya dah pekat kuah tu.

DAGING MERAH ALA THAI
@blogsurirumah

2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar, potong bulat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 btg serai, dititik
2-3 helai daun limau purut
kakpb tak guna tepong jagong
3 batang kacang panjang
2 biji cili hijau dipotong
garam
sedikit gula

Bila daging dah empok, angkat dulu dari kuali.
Tumis cili kering, masukkan serai, sos tiram, sos tomato.
Kemudian masukkan daging.
Nak nampak merah lagi, kakpb tambahkan sirap.
Akhir sekali masukkan bawang, cili hijau, garam dan gula
Jangan lupa daun limau purut.


empok, manis dan wangi....kakpb makan dengan nasi minyak ibunda, nanti kakpb update resipi nasi tu..

Wayang - Snitch

Jumaat malam lepas kakpb sekeluarga menonton lagi. Kadang-kadang boring juga asyik tengok wayang ni terutama anak bujang tu. Disebabkan dia tak dapat pergi klinik bola (sebab patah tangan tu) bawa dia tengok cerita yang sesuai P13.

Kakpb bayangkan cerita ni mesti sedikit ganas, ada pukul bantai bagai.....rupanya agak slow jalan ceritanya. The Rock berlakon relax je, paling ganas pun dia bawa truck berisi dadah. Kisah bermula bila anak bujangnya yang naif, baik hati sanggup menolong kawan baiknya terima satu bungkusan, yang dia tidak tahu isi kandungan. Itu kakpb ingatkan anak kakpb, berkawan ada batasnya. Jangan percaya seratus peratus sekali pun kawan baik.

Bila dah kena tangkap, siasat, anak The Rock (ala..lupa nama wataknya) tidak bersalahPrisoner tetapi dia tidak dapat buktikan. Maka ayahnya yang kena berusaha menjebakkan diri dalam kegiatan pengedaran dadah.

Satu yang kakpb terkilan, pengedar dadah itu digambarkan seorang Muslim kulit hitam (kalau tak silap sebab dia sepanjang masa pegang tasbih) Mungkin secara sengaja atau tidak.

Apa pun, cerita ni agak slowSmiley is sleepy. Sesuailah untuk anak-anak remaja menontonnya sebagai pengajaran. Kalau dah duduk lokap atau penjara, faham2 la.....mata lebam, mulut berjahit. Mungkin penjara kita tidak sebegitu?

nota kakpb: cuaca panas betul sekarang kan? Hypnotized!

Segmen Aku Seorang Surirumah - Blog Bardboo

Assalammualaikum semua....

Sebenarnya dah beberapa hari nak join segmen Puan Bardboo ni tapi masa dan kesihatan tak mengizinkan....ye la tu?? bertwitter boleh pulak eh....twitter tu guna handphone boleh bawa kedepan kedapur. Dah nama 'surirumah' kan....sampai ke dapurlah bertwit.Cute smiley        

Kakpb sakit pinggang, risau takut kena kencing kotor. Sebab dari pengalaman dulu2, bila sakit2 pinggang ni dan check doktor, sah2 dia kata kencing kotor. Malas nak ke klinik, kakpb rebus je biji barli, minum sepanjang hari semalam. Alhamdulillah, hilang sakitnya. Sebenarnya barli ni bagus sangat untuk lawaskan kencing (kakpb buang air ok je) tapi nak merebusnya tu yang malas. Penyakit M ni payah nak ubat melainkan kalau cikgu fahmi ajak shopping, haaaa...yang tu rajin bebeno.Rabbit 3     

Kalau sebut surirumah ni kan, mesti orang fikir.....bosan duduk rumah, stress gila, kerja menimbun dan seribu macam orang kata tak menyeronokkan. Kakpb tak nafikan memang bosan, kerja yang tak habis dari celik mata sampai nak tutup mata. Dari subuh sampai ke isyak, ada saja tugasan yang tak selesai.

Bangun pagi 4.30am, mata ni dah tak boleh nak lena. Dah terfikir nak buat sarapan apa. Fikirkan masakan ni pun boleh stress tau!! Orang lelaki mana tau? Kalau kita minta pendapat dia masak apa, senang je dia jawab. Alaaa...masak je la apa2pun, saya tak kisah, saya makan je. Haaa...bila kita hidang ikan goreng seketul, telor sebiji, sayur air....nanti komplen pula, ini aja yang awak buat dari pagi sampai tengahari? Tapi itu bukan la cikgu fahmi...Cool bab2 makan minum ni dia tak menyusahkan langsong kakpb.

Paling banyak kerenah adalah anak bujang kakpb tu. Masakan berlemak dia tak suka. Ayam tak berapa makan melainkan jika dimasak dengan cara yang dia suka seperti chicken chop, goreng berempah dan nasi ayam hainan. Bila kami nak makan pedas atau lain dari kesukaan dia, kakpb terpaksa buat dua resipi. Lauk yang ada bawang potong2, confirm dia tak makan. Semua nak kena blend. Aduhai.....dah macam jaga budak kecil je. Untuk menyedapkan hati sendiri kakpb anggap ini semua dugaan Allah. Dah terbiasa taklah merungut sangat.

Sabtu dan Ahad adalah hari yang paling kakpb suka sebab boleh sarapan di luar..Hello Kitty 2 atau pergi jogging (jogging la sangat setakat jalan2, ayun2 tangan sambil tengok orang) Bila ada cerita baru kat panggong, kamilah setia menonton sebab takde aktiviti lain yang lebih menarik di sini. Bukan macam di KL ada shopping complex Berjaya Time Square, Genting Highland, Zoo Negara...kat sini balik2 One Borneo, Centre Point, Karamunsing. Kadang2 lepak kat Tanjung Aru beach.

Aktiviti surirumah paling kakpb suka adalah menonton tv, mencuba resipi baru, kraftangan.... kalau rajin. Jadi surirumah ni kena ada hobi tertentu barulah tak bosan hidup....Lainlah orang yang anak ramai, memang tak sempat nak berkraftangan. Dulu cikgu fahmi sekolah petang tapi sekarang semua dah sekolah pagi. Jadi masa kakpb untuk berihat dalam pukul 8 hingga 10 pagi. Maksudnya kakpb nak solat sunat ke, mengaji ke, membaca ke, tengok movie kejap. Sebelum tu kain baju dah settle dari malam masuk mesin, tinggal sidai je paginya. Arnab pun kakpb uruskan pepagi, cuci tandas dia, bagi makan dan minum.

Bagi kakpb sebagai surirumah, kakpb tak suka bersembang atau melepak rumah jiran. Dari bujang hinggalah sekarang. Melainkan dengan keluarga sendiri, keluarga belah suami barulah kakpb rancak sikit. Kat sini mana ada saudara mara melainkan pakcik dan makcik cikgu fahmi, adik dia dan saudara belah bapa tiri kakpb. Tapi mereka tu jauh.

Kesimpulannya hidup sebagai surirumah ni bagi kakpb tidaklah membosankan sangat jika kita pandai mengisi masa atau membahagikan tugas. Banyak juga masa untuk melepak. Lebih2 lagi jika tinggal di rumah sendiri. Kita punya sukalah nak masak ke tak, nak tongkang pecah ke.....nakWhite cat  ke....bagaimana pun bagi kakpb lebih selesa rumah berkemas, siap masak, siap mandi (takdelah bermake up bagai) bila cikgu fahmi dan anak balik.

Paling buat kakpb stress bila cawan kotor atas meja makan. Lepas minum kita pulak yang kena angkat letak kat singki Leafwalaupun bertiga je dalam rumah ni, kalau dah dari pagi sampai kemalam asyik kita je yang ulang alik kedapur bawa gelas kotor, mau tak bising? Tu belum lagi bebel anak bujang tu Yoyo hari2 kena ingatkan. Baju kena masuk dalam bakul, sikat rambut, basuh kasut, makan vitamin....alahai...lotih ibu kau ni nak oiii!! Sekarang ni pulak patah tangan...laaaagi tambah tugas ibu. Itu belum lagi cerita pasal tandas. Seminggu sekali nak sental, sambil membebel.....pakai sabun sepah2, ubat gigi tak bertutup, tisu tandas basah2 bila dia mandi.

Tapi kan....stress kakpb hilang bila orang belikan kita sesuatu...Tea Cupbukan selalu ye tak? Bukan untuk orang lain pun, isteri sendiri, dapat pahala lagi. Tapi, tak dapat pun tak apa. Ikhlaskan saja apa yang kita buat ni. InsyaAllah ada ganjaran yang kita tidak nampak.

Ok...rasanya dah panjang lebar kakpb tulis ni. Dah dekat pukul 8, ada kerja menimbun tu. Kain baju nak lipat, nak di gosok. Carpet belum vacum. Jom la join segmen ni, ada hadiah menarik dari Puan Bardboo. Klik link kat atas tu ye.....tarikh tutup lambat lagi. ok..Bye.
Mashimaro

Udang Madu, Pancake

Assalammualaikum,

Sarapan apa teman2 kakpb yang di kasihi? Mesti sarapan sedap2 kalau di semenanjung. Nasi lemak lauk pelbagainya, sambal kerang, rendang ayam, sambal telor....huhu...rindunya nak makan masakan orang semenanjung. Kalau di Kelantan, pastilah nasi kerabu, laksam, nasi dagang, nasi berlauk...huhu...tambah berat badan jawabnya.A crying emoticon

Beberapa hari lepas kakpb buat pancake ikut resipi yang biasa, ntah kenapa asyik tak menjadi je. Ingatkan sebab guna tepong gandum kot.....lusanya pergi tepong kek dan susu segar. Pun tak jadi juga. Kakpb kalau 2/3 kali buat tak jadi, mula la merajok Angry smiley - really angry tapi disebabkan anak dan cikgu fahmi nak sarapan pagi, kuatkan hati juga mencuba kali ke tiga. Alhamdulillah, menjadi akhirnya. Cuma rupa luaran je tak nampak gebu. Tak kisahlah....asalkan lembut tak kejong macam hari tu..Big cheesy grin

Resipi korang boleh google kat mana2, sama je....tepong kek, susu segar, gula pasir, telor dan butter.

Ok, yang kat bawah ni bukan resipi sambal udang tau. Tengok rupa macam sambal nasi lemak eh?
Resipi asal drp Linapg/teratakmutiarakasih tapi disebabkan masa masak tu bahan tak berapa nak cukup, kakpb jadikan resipi ni lain pulak...Giggling smiley Lina jangan marah tau. Namanya pun kakpb ubah, Udang Madu...ishh..tak suka ahh sebut madu2 ni.


UDANG MADU
@blogsurirumah

  • Udang segar buang kulit dan belah tengah
  • 1 biji bawang besar di hiris2 nipis
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap manis
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
Disebabkan anak kakpb tak suka bawang, kakpb mesin semua bawang, bawang putih dan halia.
Udang di garam kunyit dan goreng sekejap.
Tumis cili kering, bawang mesin.
Masukkan sos tiram, kicap dan madu.
Akhir sekali masukkan udang yang telah di goreng tadi.


Akhir sekali nak tayang juga gambar pantai berdekatan rumah kakpb. Sebenarnya belakang rumah kakpb lautnya berbenteng. Pantai ni pula jauh sedikit kedudukannya dan baru saja dibersihkan kawasan sekelilingnya, jadi ada lorong menuju ke pantai. Tak ramai yang datang sini untuk mandi manda sebab kakpb rasa agak tidak sesuai. Bagaimana pun pasirnya memang halus lembut bila di pijak. Sesekali lepak2 untuk piknik, ok juga...Kiss On The Hand



Kecemasan - patah tangan kiri





Assalammualaikum semua...
Ill
Kakpb minta maaf bebanyak  pada teman-teman yang meninggalkan komen pada entry yang lepas tapi kakpb tak dapat balas komen. Minggu ni kakpb agak busy dengan jahitan langsir untuk sekolah cikgu fahmi.

Mesin jahit kakpb yang antik tu dah di pasang motor. Jadi senang la sikit kerja kakpb nak menampal, mencantum kain yang koyak dan sebagainya. Seronok pula dapat menjahit semula. Cuma kakpb belum mahir gunakan motor tu, biasanya manual kaki tangan. Bila dah guna letrik ni, terlajak pula mesin sebab kaki kakpb belum pandai kontrol :)) Ada sekali tu masa sedap menekan, tetiba dia taknak berhenti. Eh..kenapa pulak? Rupanya pemijak tu termasuk bawah mesin jahit dan tersekat....

Semalam.......kita orang berdua nak jalan2 belakang rumah (tepi laut tu) dengan cikgu fahmi lerBlushing smiley....lenggang2 kangkong kesana. Tetiba nampak si Aziz menghala balik dari padang (dia terus pergi main bola lepas balik sekolah agama) Kakpb boleh agak dah, mesti bergaduh....tak pun merajuk dengan kawan....

Katanya terjatuh, airmata dah berjurai2 kesakitan. Masa jatuh dia terdengar macam bunyi 'patah'. Kita orang pun taktau nak buat apa, just pegang2 dan tengok2 je. Ada sorang lelaki yang tengah jogging tu nasihatkan, baik bawa pergi ke hospital bahagian kecemasan. Katanya takut terkena jangkitan.

Kakpb pun rembat handbag, surat beranak dia terus ke hospital Queen Elizabeth. Cikgu fahmi dengan seluar tiga suku dia tu, kakpb dengan baju selekeh, tracksuit....tak kisah dah. Sampai sana dah pukul 6 lebih. Nasib baik jalan tak jem dan orang pun tak ramai. Lepas x-ray, doktor kata ada patah di pergelangan tangan kiri. Apa lagi, berbalut ler.....kakpb mulalah membebelScreaming smiley. Itu laaa.....tadi kata nak main depan rumah. Tetiba pergi tempat lain pula. Ibu dah kata, minggu ujian ni tak payah la nak main kat luar. Itu pun nak minta beli sketboard, teringin nak main. Ayah ok je, janji dapat nombor satu.

Bila dah jadi macam ni, baru rasa serik.
"Takyah la beli sketboard tu. Beli take deck (sketboard kecik yang main dgn tangan) pun cukuplah"
:) selamat duit ayah!

Pagi tadi terkial-kial nak mandi sebab tak biasa lagi. Ayahlah yang jadi mangsa kena uruskan semua.
21hb nanti kena pergi pakar pula, buka simen tu.
Tak apalah, ini dugaan namanya kan? Orang lain tu lebih teruk. Alhamdulillah kita cuma picisan saja.
Doakan dia cepat sembuh.

Kejutan pagi Sabtu!!

Assalammualaikum semua dan selamat pagi, rajin la pulak nak update pagi sabtu begini.

Hari ni sarapan cekodok udang saja. Sebenarnya dah bancuh drp semalam pagi tapi tak habis goreng, simpan dalam peti ais. Pagi ni malas nak ke pasar tamu, cikgu fahmi pun ada tugasan kriket jadi kakpb keluarkan cekodok semalam untuk sarapan pagi ni. Nampak lebih lembut pula bila diperap satu malam.

Habis kisah sarapan pagi, cikgu fahmi keluar nak tengok budak dua ekor dalam kandang tu. 
Tetiba dia panggil kakpb, ibu meh kejap!! Alaaa...nak apa pulak ajak keluar ni?
Marilah...ada surprise ni.....

Surprise?? Saya tak sukalah surprise2 ni......
Kejap je......(kakpb pun kelam kabut pakai tudung, dalam hati terfikir, apalah agaknya?)

Lepas tengok.......tonggang langgang lari masuk dalam rumah....hahaha...hehe...cikgu fahmi gelak!!
Ya Allah...tak sangkanya tetiba je dapat.....


uwaaaa....kenapa dia beranak?? siapa nak uruskan ni?? kelam kabut kami alihkan dia dalam sangkar lain sebab si MatYo tu agak ganas dan garang. Takut dia gigit atau pijak2 anak dia. Sekor dah terlepas keluar dari kandang.

Cikgu fahmi pun geli nak pegang, apa lagi kakpb? Oh tidak! sampai dia celik mata pun masih tak berani rasanya. Ada 6 ekor semua. Patutlah badan Sweety berat, mengandung rupanya.

Baru ni kami beli sangkar baru sebab sangkar lama tu dah nampak melendut lantainya kerana dua ekor ni terlampau berat. Mentedarah je kerjanya, bila nak angkat bawa keluar, menggelupur taknak di pegang. Masa kecil2 dulu berani juga kami pelok2. Sekarang ni tak berani pula, nak mencakar je.

Nampaknya tugas2 surirumah kakpb bertambah lagi. Semalam baru sambut Hari Wanita Sedunia. Macam takde makna bagi kakpb. Tugasan macam biasa juga. Bagaimana pun kakpb nak wish juga la pada teman2 kakpb di alam maya ni, SELAMAT HARI WANITA......korang dapat apa? Mesti dapat layanan special dari suami kan? Syukurlah.....

nota kakpb: kagum dgn dia ni, umur 60 thn macam 30an, cuba baca Tru Visage

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

Tengok gambar buku ni je dah bersemangat nak join GA adik Tun kakpb ni. Dalam pada busy tu, sempat pulak dia buat GA. Kakpb je yang belum buat. Takde idea, takde masa (bukan takde, manjang je tak nyempat) Sekarang ni pula tak sihat, ulser mulut ni buat kakpb rasa pening kepala. Sekali kena 3/4 biji dalam mulut ni haaa!! Amek kau! Malam tadi cikgu fahmi ajak makan bubur dan beli air badak. Mungkin sebab cuaca panas sangat kot.

Ok la...taknak cerita panjang. Selesai update ni, nak kedapur, nak masak awal. Awalnya? Yup....hari jumaat mereka ni balik awal, 11.30 dah kena siap. Kalau tak siap nanti nak ke sekolah agama si bujang tu daripada masjid, lapar pula dia.

My Favourite food? Alaaa...tun, banyak sangat kesukaan kakpb tau. Kalau fikir2 balik, masa kat semenanjung sana setiap minggu mesti kakpb nak beli taufu fa. Sukaaaaa sangat.....

gambar pinjam dari Shima
Tau tak? sebenarnya kakpb tak suka taufu fah ni dulu. Mula suka masa tinggal dengan makcik di JB, kakpb pernah kerja di sana dulu. Famili mereka wajib beli benda ni. Itu yang kakpb terikut2.

Resipi takde eh....gambar saja. Jadi sesiapa nak join GA Tun masih boleh lagi. Tarikh tutup 17hb Mac ni. Hadiah lumayan, tu foto kat atas tu....syarat dan terma boleh klik Tun 1st GA
Selesai!

Kisah LD setiap hari

Assalammualaikum semua, alhamdulillah pagi ni merasa juga hujan setelah beberapa hari kepanasan yang amat. Kakpb dan seisi keluarga masih dalam keadaan yang aman buat ketika ini, cuma mulut kakpb ni diserang 'mata ikan' or ulser mulut. Ramai famili yang call tanya khabar bagaimana keadaan kami di sini. Terima kasih banyak-banyak kerana mendoakan. Walau sebenarnya hati kakpb tidak tenang sejak kes Lahad Datu ni, kenapalah begini jadinya? Marilah kita berdoa, mudah-mudahan mereka yang dikatakan pengganas ini dibawa keluar dari bumi Sabah. Cukup tidak menggembirakan hati kami untuk bersantai tepi laut dan seumpamanya.

Semalam tengahari, kakpb sekeluarga celebrate birthday Aziz kat Kenny Rogers. Dia tak nak ibuayah belikan kek, jemu katanya. Jadi, kami pun plan makan yang mengenyangkan samada KFC, Chicken Rice Shop, Pizza Hut atau KR. Nak ke One Borneo, jauh dari rumah. Tambah pula anak kakpb kata ada khabar angin dari kawan2 dia, One Borneo telah dimasuki pengganas....hehe...cerita bebudak ni menakutkan je.

Balik dari KK, cikgu fahmi kata jom kita lalu depan kem askar nak? Saja nak tengok apa aktiviti mereka dalam tengah kecoh dengan isu LD. Masa lalu depan kem tu, kakpb nampak tentera kita sedang membina kubu-kubu di setiap penjuru kem. Kubu yang macam guni-guni beras tu laa.....disusun hingga tinggi paras dada gitu. Ramai berkampong di sana. Berdepan dengan kem adalah kawasan laut/telok, ada juga segerombolan tentera kita sedang berbincang atau berkawal. Ada pondok2 kecil yang dibina dengan daun2 kelapa. Berdebar-debar bila tengok. Kepala dah membayangkan 'perang' yang akan tercetus sekiranya pengganas masih belum berundur.

Aziz tanya, ayah masih nak tinggal sini lagi ke kalau terjadinya peperangan?
Ayah kata, tengoklah macam mana nanti. Belum pasti.
Ayah taknak balik semenanjung?
Kalau dah terok sangat, kita cabutlah.....tunggu apa lagi?
Dalam hati kakpb, aku ni takpelah....korang yang kerja, sekolah lagi....macam mana tu?

pssst: ada setengah pihak yang tak setuju kerajaan kita siarkan gambar mayat penceroboh di media..

Beli secara panik?

Tak pernah2 kakpb update blog belah malam. Pagi tadi dah ada idea nak tulis tapi disebabkan kes Lahad Datu beberapa minggu ni kecoh, mata kakpb tertumpu pada berita-berita saja. Cikgu fahmi dan kawan-kawan dia lebih lagi runsingnya. Dah la nak kesekolah kena naik bot, takde pengiring pulak tu. Kalau sekolah di LD di tutup sementara, Pulau Gaya pula masih bersekolah seperti biasa. Sedangkan di sanalah ramai kaum filipina.

Malam semalam kakpb keluar lepas maghrib. Kononnya nak cari barang-barang yang kami terlupa nak beli. Nak beli kicap, tepong, gula atau beras. Biasanya kami shopping berdekatan dengan rumah je, pasaraya Survey. Sini memang pilihan kami kerana semua ada, berpatutan harganya. Masuk je selekoh kat Survey tu, kakpb dah nampak troli2 tak banyak depan pintu masuk. Kakpb agak mesti orang ramai dan nampak dari luar memang sesak gila. Rupanya kawan cikgu fahmi pun ada pergi, katanya beras habis malam tu.

Kita orang tak jadi masuk, cikgu fahmi kata kita pergi Sunny la.....supermarket juga, dekat dengan Tanjung Aru. Pun orang ramai, beratur panjang, tak sanggup nak ngadap. Telinga kakpb dengar owner supermarket tu kata, kami nak tutup awal malam ni. Dalam hati kakpb takkan nak tutup? Baru pukul 7.00 mlm. Mesti dia orang ni pun panik sebab kes LD tu.

Keluar dari Sunny, kami pergi Kepayan, kedai cina ni biasa kami pergi jika terdesak. Besar juga kedainya walaupun burok. Ya Allah....kat sini pun ramai juga yang berbelanja. Pelik juga kakpb, kenapa semua orang beli barang penuh troli? Mungkin mereka ni risau, takut terjadinya darurat. Jadi mereka beli makanan untuk di simpan ketika sesak. Kakpb beli juga tapi taklah sampai penuh troli.

Kes LD ni buat anak bujang kakpb risau sepanjang masa. Kejap2 dia tanya ayahnya, apa perkembangan sekarang. Takutlah nak pergi sekolah. Ibu cuma boleh pesan, pandai-pandai jaga diri bila ibu dan ayah takde bersama contohnya ketika di sekolah pagi dan petang.

Harap2 semuanya akan berakhir dengan cepat dan tiada lagi korban samada di pihak kita atau mereka.

Jack The Giant Slayer

Assalammualaikum, bermula isnin lagi.....cepatnya masa berlalu. Tak cukup cuti 2 hari sabtu ahad. Dah kat rumah pun masih nak cuti tu, adalah maknanya kan? Kalau boleh nak cuti masak hari-hari, nak cuti basuh baju, nak cuti gosok baju, nak cuti-cuti Malaysia lah!!

Semalam cikgu fahmi bawa pergi tengok wayang lagi. Macam biasa dia tu, tak cakap awal-awal, bini sedap-sedap landing depan tv, dia dah siap mandi dan tukar baju. Kita juga yang kelam kabut nak siap.



Jack The Giant Slayer.....cerita ni paling kakpb suka. Oh...mungkin ramai yang tak tahu, kakpb suka cerita dongeng yang tak terjangkau dek akal. Cerita macam ni memang tak buat kakpb mengantok, HD pula tu (walau tak suka) Kisah tentang Jack, seorang anak peladang menyelamatkan puteri raja yang di tawan oleh gergasi di dunia atas langit. Pengembaraan di atas langit inilah yang paling seronok kakpb rasa. Dunia gergasi yang suka makan daging manusia. Mereka hanya takut kepada satu sahaja dan itulah yang menjadi rebutan. Apa yang mereka takutkan tu? Baik pergi tengok sendiri, susah nak cerita, berbelit2.

Ok, terlanjur dah update ni nak kongsi juga beberapa minggu lepas kakpb buat kek ni. Sesaja buat. Sedap dan lembut. Sepatutnya kakpb potong lagi kek tu menjadi 3 lapis tapi sebab malas dan takut kek makin pecah (sebab kakpb keluarkan ketika panas).


Resipi daripada skyblue. Bolehlah tengok kat sana, macam-macam adaaaaa....

AYAM PANGGANG MADU


 Assalammualaikum di pagi Jumaat yang mulia ini, bagaimana agaknya suasana banjir di kawasan sekitar teman-teman kakpb ye? Musim hujan sekarang ni kan? Kat tempat kakpb pun hujan sekejap, panas sekejap....alhamdulillah terima saja pemberianNya.

Kakpb ni boleh dikatakan hari2 pening kepala fikir nak masak apa. Anak bujang tu kalau bab makan, memang cerewet yang amat. Takkan hari-hari nak masak special je, bosan juga ibu dia. Sesekali nak makan yang simple, telor goreng, ikan bilis goreng.....kan sedap tu. Anak bujang kakpb ni memang tak berapa suka ayam. Pelik juga kan....biasa budak2 suka ayam, dia lebih suka daging. Kalau ayam kena buat seperti chicken chop, barulah dia selera nak makan. Hemm..memang selera orang kaya la dia ni...harap-harap satu hari nanti pegang jawatan tinggi, bergaji besar. Nak makan yang mewah boleh terus ke restoran, tak payah ibu nak sediakan. Tapi...dah nama pun ibu. Tetap berusaha nak sediakan yang terbaik untuk anak dan suami. Sabar je laaa.....

Resipi ayam madu panggang ni kakpb ambil dari blog MatGebu. Cuma kakpb ada ubah sikit. Kakpb tambahkan sos barbeque ketika perap tu. Kemudian bila ayam dah hampir masak, kakpb curahkan kuah yong taufoo ke atas ayam dan bakar lagi. Kuah ni memang sentiasa ada dalam peti ais. Maaf la pada tuan punya resipi dan terima kasih ye Mat, izinkan copy paste dan halalkan tau.

AYAM PANGGANG MADU
oleh: @blogsurirumah
sumber copy: DapurTanpaSempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping peha ayam bersaiz besar
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar madu - (kakpb guna madu cuka epal)
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
Beberapa titik minyak bijan (yg ni kakpb takde)
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peha ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya. Cucuk2 bahagian isi ayam. Kemudian lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dalam satu bekas.
  2. Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk).
  3. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan.