my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Wordless Wednesday : Manifesto - Raya Yang Happy



Kakpb peminat Tomok, juga Arrian yang comel:)

Singgang Ikan Parang

Cepatnya masa berlalu, tak terasa sungguh kerana kesibukan dibulan Ramadhan ini. Kakpb rasa teman2 blogger semua pun begitu juga, lebih2 lagi kaum ibu. Mana nak bersiap ke tempat kerja, nak berkejar hantar anak sekolah, nak siapkan juadah berbuka dan lain-lain aktiviti lagi. Alhamdulillah, walaupun kita berpuasa, kita masih dapat meneruskan rutin harian seperti biasa, cuma agak letih sedikit.

Semalam kakpb bershopping juga, cari baju anak dan ayahnya. Kakpb ada sehelai baju kurung pun dah cukup dah. Menjelang raya ni, jalan memang sentiasa sesak apatah lagi shopping komplek. Rasa tak larat nak tawaf. Bagaimanapun kakpb boleh sambung shopping di semenanjung.

Bila dah letih, masak pun simple je. Beli ikan parang sekilo RM7, murah ye? Tak pernah kakpb beli ikan parang semenjak tinggal sini. Orang kata mahal ikan ni.......teringat masa kat Johor, arwah tok selalu masak asam pedas ikan parang, laksa Johor pun selalu guna ikan ni kan?

Oklah, kakpb share resipi cara kakpb masak singgang. Kalau sebelah pantai timur di panggil asam rebus. Ni yang biasa emak kakpb buat.




SINGGANG IKAN PARANG
@blogsurirumah

4 ketul ikan parang
1/2 labu bawang bombay (yg kuning tu kan?)
2 ulas bwg putih
Halia (sedikit saja)
Kunyit hidup (agak2 sendiri)
1 btg serai
1 biji tomato buah
3/4 btg cili padi dibelah-belah
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumbuk halia, bawang putih dan kunyit, panaskan minyak dan tumis.
Bila dah naik bau masukkan air asam jawa.
Kuah mendidih masukkan ikan, serai, bawang yang di belah2 dan tomato.
Cili padi boleh diganti dengan lada hijau, saja untuk hiasan atau rasa pedas2 sedikit.
Perasakan garam dan sedikit gula.

Ayam Masak Lemak Merah & Sambal Goreng

 Assalammualaikum dan selamat berhari mingguGood Morning teman-teman dan followers yang dikasihi (ayat skema je)

Malam tadi fuhh...Hurricane bunyi angin bertiup menyeramkan. Dalam pukul 12 lebih gitu, kakpb bangun buka pintu. Risau bila rumah dekat dengan laut walaupun bertelok, tak mustahil boleh berlaku bencana alam. Sekarang ni segalanya mungkin. Jadi, walau dimana kita berada samada dirumah, tempat kerja atau tempat tidur, amalkan doa2 yang sepatutnya kita baca. Selepas itu apa terjadi, kita terima dengan redha.

Pagi minggu ni taknak cerita panjang. Kakpb nak share juada semalam petang. Nak tulis malam tadi, tak larat beno ngadap pc ni. Lepas pekena air kelapa, lemah seluruh badan. Apa tak letihnya, Aaron Aziz punya pasal........Crazy 1

Beli 3 helai untuk adik cikgu fahmi dan bapa dia. Aaron Aziz tu anak bujang kakpb punya. Baju raya dah ada sebenarnya, saja ayah dia beli lebih untuk raya haji agaknya. Peach tu jenama Jackel, ada sampin sekali. Harga memang berbaloi. Alah...bukan pakai hari2 pun. Paling banyak guna hari jumaat masa pergi solat.



 Oklah...terus pada resipi sambal goreng tu. Kakpb terlior tengok kat dapur Seharum Kasturi cuma kakpb kurang faham sikit cara membuatnya. Jadi kakpb buat ikut kepakaran sendiri Pretty pink flower dan harap adik Vee Zawiah tak kecil hati ye?

SAMBAL GORENG
@blogsurirumah

1 genggam cili kering, basuh dan buang bijinya (kakpb rendam air panas)
3-4 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
minyak untuk menggoreng
garam dan gula (kakpb tambah sendiri)

Caranya:

Tumbuk semua bahan di atas dengan lesung batu ye adik-adik! Bukan mesin.
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng hingga garing, bukan hangus ye!
Tambahkan sedikit garam dan gula.
Setelah garing, angkat dan toskan minyaknya.
Makan bersama nasi panas dan lauk pauk lain sebagai penambah selera.



Dibawah ni lauk ayam masak lemak merah yang biasa emak kakpb buat. Cuma kakpb guna susu cair. Nanti kakpb update resipinya. Nak pergi pasar kejap. Ok bye.


abaikan minyak yang bertakung tu, tak perasan masa menumis sebab guna periok vission...

Isnin pagi.....sambung balik entry yang tertangguh ni. Semalam lepas balik pasar, keluar balik cari baju dan kasut anak, juga ayahnya. Dah letih, balik kena masak lagi, tak larat nak sambung menaip.

AYAM MASAK LEMAK MERAH
@blogsurirumah

1/2 ekor ayam dipotong dan bersihkan
1/2 cawan susu cair
3-4 sudu besar cili kering mesin
1 labu bawang merah besar
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
1 btg serai
air asam jawa/asam keping
1/2 btg lobak merah
1 biji kentang belah empat
1 biji buah tomato
minyak untuk menumis

Caranya:
Bawang merah, halia, kunyit dimesin halus.
Panaskan minyak, tumis cili dan bahan mesin.
Masukkan serai dan ayam.
Bila ayam setengah masak, masukkan asam jawa dan susu cair.
Masukkan juga kentang dan lobak.
Guna api sederhana, sehingga ayam dan kentang empok.


nota kakpb: teringat mak selalu masak mcm ni masa kami ada restoran dulu
cuma mak guna santan, kakpb tukar dgn susu cair.


Mihun Singapore atau Mi siam

 Juadah petang semalam.

Dah beberapa hari cikgu fahmi asyik nak makan mihun goreng putih ni. Sedap sangat kot isteri dia masak? Asyik request je, sahur pun dia suruh buat juga. Isteri mithali ni ikut arahan, tambah pula bulan puasa, nak pahala lebih kan? Blow Kiss

Ramai blogger masak yang dah share resipi kat blog masing-masing. Kakpb tuliskan juga di sini tapi ikut cara kakpb ye.....untuk mereka yang baru pandai masak, sesuai kot...atau mereka yang sukakan masakan cepat dan simple.PerfectoSemoga menjadi kesukaan keluarga anda juga.

MIHUN GORENG PUTIH/MI SIAM
@blogsurirumah

1/2 bungkus mihun - rendam hingga lembut (nak cepat guna air panas)
11/2 labu bawang merah
2 ulas bawang putih cincang
Sayur sawi/lobak merah
1 biji tomato di belah-belah
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu sos tiram
Udang, sosej, sotong, ayam atau apa saja rencah yg ada
5/6 btg cili padi tumbuk
serbuk perasa maggi
garam dan gula (sikit je)
1 biji telor (taknak guna pun takpe)

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili padi, semua bahan mentah dll.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, garam, gula dan mihun yang direndam tadi.
Akhir sekali masukkan sayur dan tomato yang dibelah.
Kadang kakpb masukkan telor, kadang tak perlu sebab dah banyak rencahnya.


Juadah minggu lepas. Sekali sekala goreng macam ni memang sedap.


nota kakpb: orang Johor biasa panggil mi siam, ada kuahnya sekali.


Nasi Lemak Kukus & Kuih Cara yang HOT

Haha....tajuk HOT tu yang nak tau sangat eh? Gini ceritanya........
Dah lama tak buat kuih cara ni, sejak gantung acuan 4 tahun dulu. Lama kan? terperap je dalam almari...
Disebabkan hari tu beli kuih bakar kat bazar tak sedap, keras kejong Disappointed 2gigih kakpb cari acuan kuih cara. Kakpb ni kalau nak makan seketul dua, memang malas nak buat. Lepas makan yang berat, sah2 tak boleh masuk benda lain lagi.

Kes yang jadi hot tu sebab acuannya jarang di guna, melekatlah bila mula2 bakar tu. Dah la cuaca panas, jam dah 6 ptg. Menyungkilnya satu hal, melekat pulak tu. Habis keluar gulanya. Rasa nak nangis dah. Damn DamnBukan pasal tak jadi, tapi sebab kejar masa dalam kepanasan. Ada lagi masakan lain yang tak settle. Nasib baik ada dapur lebih, Frico kesayangan kakpb memang berbaloi.

Dalam pada kepanasan (frust campur panas) tu jadi juga. Inilah hasilnya...hehe...dah selalu buat sebenarnya. Dalam blog ni pun ada kot. Blogger masak pun banyak share kuih ni. Resipi yang kakpb share ni ikut cara kakpb, lebih kurang sama je.

KUIH CARA
@blogsurirumah

1 cwn tepung gandum
11/2 cwn santan pekat
1 biji telor
pewarna hijau
secubit garam
Gula

Masukkan semua bahan, tepung, santan, telor, garam dan pewarna kedalam blender.
Mesin hingga tiada yang berketul2.
Panaskan acuan kuih cara. Sapu sedikit planta/minyak supaya tidak melekat.
Sendukkan adunan  kedalam acuan.
Letakkan gula pasir di tengahnya.
Tutup acuan dengan tudung periok. Guna api kecil sahaja.
Bila dah nampak masak atasnya tu, bolehlah di angkat.

*kakpb buat untuk makan bertiga je, ni pun dah banyak.

Kakpb jarang buat nasi lemak kukus, orang rajin la katakan....kali ni cuba kukus pula. Huhu....sedap sangat sampai lupa pantang makan nasi. Walaupun pantang nasi, kakpb makan juga beberapa sudu. Kalau tak masak nasi, kesian pula lelaki 2 orang dalam rumah ni.

Mulanya nak buat macam Amie, Dayang Jack nasi lemak kukus. Tapi, banyak benda yang takde, halba takde, daun pandan takde, daun pisang malas nak cari. So kakpb buat cara kakpb.

NASI LEMAK KUKUS
@blogsurirumah

1 gelas beras basmathi
11/2 gelas santan
1 btg serai
2 keping hirisan halia, potong btg mancis
sedikit bwg merah, hiris
garam

Caranya:
Basuh beras basmathi (lebih baik beras di rendam dulu tapi kakpb tak sempat buat)
Letakkan beras dalam bekas loyang. Panaskan pengukus.
Letakkan santan dan semua bahan. Lubangkan bahgian tengah nasi.
Kukus hingga nasi masak. (kakpb tak ingat berapa minit)
Jika nasi masih keras, angkat dan tambahkan santan pekat. Gaul rata. Kukus lagi.


 Makan dengan sambal udang, ikan bilis dan timun......
lupa dah emak kat kampung sebab terlampau sedap...ApologeticKali ni kakpb buat sambal udang letak santan sikit (biasa tak letak).
 Emak selalu buat macam tu masa dia berniaga nasi lemak dulu. Tambah juga ikan bilis serbuk (malas nak tumbuk).
 Bahan lain seperti biasa, belacan, bawang merah, asam jawa, garam dan gula (gula merah/kabong campur gula putih sikit)



Persoalan semalam, wordless wednesday kakpb sudah selesai. Sebenarnya puding karamel kakpb keras, terlebih agar2. Jadi kakpb ubah suai, masak balik dan itulah hasilnya hari ini.
Dah lembut....Blushing smiley ok, sampai sini dulu, panjang lebar dah entry ni.

nota kakpb: guna PHONTO ni bestlah, senang nak tanda gambar!

Epal Goreng (Rahel Blogspot)


Pernah makan epal goreng? Kalau pie apple memang kesukaan kakpb. Rasa epal ni lebih kurang begitu ler.....cuma ia rangup sebab ada bread crumb tu.

Sebenarnya kakpb dah tak tau nak buat apa dengan apple 2 biji dalam peti kat rumah ni. Rasanya dah lama sangat daripada sebelum puasa lagi. Kalau apple hijau memang agak susah nak habis, selalu buat jus.

Semalam ternampak kat blog siapa tah kat fb, tayang apple goreng juga. Cari punya cari, masa berlalu dah pukul 6 ptg. 6.35 ptg dah nak buka. Terus kakpb google dan terjumpa kat blog Rahel. Barang pun ada, terus buat. Terima kasih Rahel bagi idea kat kakpb. Ikutkan otak kakpb ni memang tak kreatif. Pada hal kalau rajin merayau kat maya ni, banyak resipi dari negara luar yang boleh kita ubah suai ikut selera kita, kan?

Kakpb minta izin kongsi di sini ye Rahel.......

EPAL GORENG
@blogsurirumah
sumber : rahelblog

Bahan:
2 biji epal
2 sudu makan tepung jagung
1 cawan serbuk roti
1 biji telur + secubit garam,pukul ringan macam nak buat dadar

minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Cuci bersih epal,buangkan empulur dan biji di tengah-tengah.
   Potong nipis 1/2cm,kemudian gaul dengan tepung jagung.

2.Panaskan minyak untuk menggoreng.Celup epal ke dalam telur,kemudian golekkan
   di dalam serbuk roti.Goreng sehingga keperangan.Angkat dan toskan.

3.SOS LEMON:1 cawan air,1 sudu besar jus lemon,2 sudu besar gula pasir,1 1/2 sudu
   teh tepung jagung,1/2 sudu teh esen vanila.Satukan bahan sos dan panaskan di atas
   api kecil sambil dikacau hingga pekat.Siap untuk dihidang bersama epal goreng.

**SOS Lemon kakpb tak sempat buat sebab dah nak masuk waktu berbuka. Makan gitu je pun ok dah.

Kuih Cek Mek Molek

Bila dah kehabisan idea nak buat apa dengan keledek dalam rumah, ini sajalah kuih yang cepat dan sedap kakpb buat. Kalau nak buat cucur badak, leceh nak buat inti kelapa. Nak buat keria, leceh nak buat gelangnya.....tak kuasa tau!

Cikgu fahmi beli keledek tanpa di suruh. Selalu kalau minta beli keledek, muka dia macam tak sudi je. Tetiba hari tu balik dari sekolah, beli pulak. Tapi dia beli keledek putih. Ingatkan keledek oren. Dalam otak dah plan nak buat onde2. Tengok-tengok keledek putih.....hurmm...syukur sajalah dah beli tu. Boleh juga buat apa2 kuih kalau rajin. Keledek sekarang mahal betul.

Mood rajin semalam (ahad) kakpb buat dalam pukul 4 ptg gitu. Rupanya kakpb tak kepal betul2 masa isi gulanya. Bila goreng petang, gula dah mula keluar sedikit. Siap goreng, dah rupa kuih keria....haha...

Perlu ke nak tulis resipinya? Senang sangat.

KUIH CEKMEK MOLEK
@blogsurirumah

3-4 ketul keledek, kupas dan di rebus
1 cawan tepung gandum
Gula pasir untuk intinya

Lenyek keledek yang telah di rebus hingga halus.
Gaul dengan tepung gandum.
Kepalkan memanjang dan isikan dengan gula tadi.
Tutup rapat2 supaya gula tidak keluar ketika menggorengnya.
Goreng hingga keemasan.

Bila dah makan kuih ni, tak cukup seketul tau!!

Nasi Ayam (kak laily Subang Jaya)

Menu yang ditayang hari ni adalah menu hari sabtu, ingat nak tayang malamnya. Tapi si bujang kakpb tu bolot pc dari pagi sampai tengahari. Tangguh dulu, ingat pagi Ahad bolehlah chop pc, rupanya dia juga yang terkam dulu....ish..ish...mentang2 tak sekolah, pc dia yang punya.

Ini nasi ayam biasa je. Cuma kakpb yang rasa lain sikit sebab cara masak tak sama seperti yang kakpb selalu buat. Terima kasih kepada Azie Kitchen yang telah berkongsi resipi ini. Resipi asal daripada seorang penjual nasi ayam yang telah pulang ke rahmatulllah. Mudah2an apa yang dikongsikan ini kepada pelanggannya menjadi pahala untuknya.

Minta izin copy paste ye, tapi ada sedikit perubahan mana yang kakpb takde stok.






NASI AYAM KAK LAILY YANG TERSOHOR

@blogsurirumah
Bahan untuk Nasi
1 kilo beras - dalam 7 pot - cuma segelas je utk famili kakpb
1/2 cawan halia kisar
1/2 cawan bawang putih kisar
3 helai daun pandan - takde daun, ganti dgn serai
1/2 sudu besar garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak lemak ayam

Cara caranya:
Panaskan minyak dalam periuk nasi. 
Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. 
Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk kunyit dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. 
Masukkan beras dan sedikit minyak ayam dan gaul rata. 
Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. 
Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan serta tidak hanyir bila sejuk.




Bahan untuk Sos 
15 batang cili merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya 
3/4 cawan air masak (kak laily tak letak)
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Cara caranya:
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.





Bahan untuk Ayam Goreng Madu 
1 ekor ayam - bersih dan tos
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap cap Gajah-guna kicap cap kipas udang
Garam
Gula
Serbuk lada sulah

Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara caranya:
Bersihkan seekor ayam dan jangan dipotong. 
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih.
Kemudian masukkan ayam, kaki serta leher ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. 
Campurkan madu, kicap, gula, garam dan lada sulah. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. 
Perap untuk 1 – 2 jam atas penyejat atau digantung. 
Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. 
Goreng ayam hingga kulitnya garing. 
Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. 
Angkat dan toskan minyaknya. 
Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.
 
nota kakpb: semua bahan di atas diubah mengikut sukatan sendiri sebab kakpb makan untuk 3 orang sahaja.

Roti Jala kahwin Gulai Kawah ole2 dari Selatan

Amacam......gempak tak tajuk album masakan kakpb? It's Friday seronok ye dah hari jumaat.
Esok boleh berjimba dengan encik suami masing-masing kan? alaa.....kakpb tau korang memang tunggu je sabtu dan ahad, nak shopping ler tuuu.....

taknak cerita banyak hari ni...
terus pada tajuk album....
roti jala buat hari rabu kelmarin, makan bersama gulai kawah yang di terbangkan khas untuk kakpb
pemberinya......ialah...calon adik angkat dah ada anak dara (tak boleh berbesan, anak kita bujang cenonit lagi) Puan Sariyusa Thank you!


Resipi roti jala berlambak kat mana2 blog. Tak perlu kakpb copy paste lagi. Dalam blog ni pun ada.


Sememeh je kuah tu sebab dah lepas berbuka, malas nak makeup lagi.

DAGING GULAI KAWAH
@blogsurirumah

1/2 kg daging lembu potong seperti biasa
rempah 4 sekawan
2 labu bawang besar merah
1/2 inci halia
sedikit lengkuas
asam keping
2 ulas bawang putih
santan secukupnya (agak2 je)
minyak utk menumis
gula merah/putih
1 peket rempah gulai kawah premix (inilah heronya)

Tumis rempah 4 sekawan dalam minyak yang telah panas.
Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia yang telah di mesin.
Masukkan rempah gulai kawah.
Biar rempah betul2 masak baru masukkan daging.
Guna api kecil.
Masukkan santan cair, bila daging dah lembut baru masuk yang pekat.
Masuk asam keping, garam dan sedikit gula.
Biarkan reneh hingga pekat.

Rempah premix ni berbeza sungguh dari rempah gulai kawah yang biasa kakpb beli di Kelantan. Di sebabkan dah biasa dengan citarasa orang Kelantan, kakpb lebih suka orang pantai timur punya. Apologetic Sariyusa, bukan nak kata yang ni tak sedap cuma ini komen ikhlas dari kakpb. Ada 2 peket lagi yang belum diguna, rempah krutub dan apa eh...ala lupa pula.

kiriman dari selatan tempohari, terselit juga keychain comel...sape yang buat tu, Iman ke?

Terima kasih sudi membaca, ada masa kakpb blog walking ye. Selamat Barbeque


Sotong Goreng Tepung & Rebung Masak Lemak

Assalammualaikum,
Dah hari keberapa ye kita puasa? Baru puasa seminggu dah tak ingat la tu.....semuanya lupa dek ingatan persiapan untuk raya yang belum selesai Happy smiley Baju tempah dah siap? Kasut raya anak dah beli? Langsir dah tukar? Kuih raya? Crying with laughter kakpb belum ada semua tuuuuu....

Tak kisah la...janji dapat balik semenanjung beraya dengan famili kan lebih penting. Benda tu semua boleh cari last minute kalau rajin menjelajah shopping komplek.

Ok, ni menu 2 hari lepas. Kakpb lewat update sebab takde masa nak duduk lama depan pc. Guna tablet boleh tapi leceh sikit. Silap tekan, lain pula jadinya.Happy smiley Sotong ni kakpb buat seperti kawan2 lain buat cuma ada beza sikit je. Sebelum ni kakpb ikut resipi dalam myresipi rasanya. Lupa pula resipi kali ni dari sumber mana. Minta maaf la ye kalau kakpb tak letak link, memang tak bookmark.


SOTONG GORENG TEPUNG
@blogsurirumah

4 ekor sotong yang sederhana besar, bersihkan dan potong bulat.
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1 ulas bawang putih di cincang
1 biji telor
sedikit serbuk lada putih
minyak untuk menggoreng

Caranya :-

Siang sotong dan bersihkan. Perap dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
Toskan sotong hingga kering.
Gaul tepong gandum, tepung jagung dan bawang putih bersama.
Pecahkan telor dalam mangkok lain, letak lada sulah. Kacau rata.
Celup sotong dalam tepung kemudian celup pula dalam telor.
Masukkan lagi sekali dalam tepong dan goreng dalam minyak yang panas.
Tak perlu lama gorengnya.

Alhamdulillah, rangup dan lembut. Kakpb guna sotong yang lebar2 tu, orang panggil sotong apa tah. Bukan sotong panjang kurus warna kemerahan. Itu tak berapa sedap sebab selalu mengecut bila masak.

Kemudian kakpb masak juga rebong. Sebenarnya kan, kakpb tak pernah masak rebung melainkan makan dirumah mertua. Mulanya nak masak lemak seperti kita masak ikan tu, letak cili padi, serai bagai Silly smiley tapi call MIL, dia kata masak seperti kita masak sayur lemak biasa. Oh gitu rupanya. Senang baa....Winking smiley kacang je tu!!

Kakpb tulis jugalah ye, untuk suka2, tengah mood rajin ni...

SAYUR LEMAK REBUNG
@blogsurirumah

1 peket rebung (kat sini rebung dah siap potong cantik, jual dlm plastik RM1)
1 1/2cwn santan (ni masak utk 2 orang je)
sedikit ikan bilis
1/2 labu bawang besar hiris
1 btg cili hidup hijau hiris
sedikit serbok lada hitam
garam

Kakpb rebus dulu rebung dan toskan.
Masukkan bawang, cili, ikan bilis tumbuk dan lada hitam dalam santan.
Masak bersama rebung tadi.
Perasakan garam dan kakpb letak sedikit gula sebagai ganti ajinomoto. (lama tak guna aji)
Siap. Menyelerakan masak sendiri.Thumbs up


Maaf, gambar ambil dengan periok sekali, nak cepat.




Wordless Wednesday: menu petang ni..

Agak-agak nak masak apa?

Dari fb cikgu fahmi, ribut semalam.....runtuh katanya...

Ikan Cencaru Bakar salut sambal


Cikgu fahmi kata, buatlah ikan bakar macam kat restoran yang selalu saya nampak tu. Ikan macam mana ni? Sebenarnya tau, saja buat tak faham. Alah....yang salut sambal kat luarnya, huhu....sedap sangat, kena pula puasa2 begini, angan cikgu fahmi.

Daun pisang ada secotet!! Nak bakar ikannya 2 ekor, ngam2 bila letak ikan dalam kuali leper. Tak dapat nak balut sebab sikit sangat, lapik saja. Sambalnya kakpb dah masak awal. Pukul 6 petang baru bakar (buka puasa 6.35)

Resipi sambalnya :
1 labu bawang besar merah
1 ulas bawang putih
sedikit air asam
2 sudu besar cili kering kisar
garam dan gula

Mesin bawang merah, bwg putih.
Tumis cili kering dan bawang mesin hingga naik bau.
Masukkan air asam. Tunggu agak kering baru masuk gula.


Ikan di lumur sedikit garam dahulu setelah di bersihkan. Kakpb tak buang kulit keras cencaru.
Lapikkan kuali pembakar dengan daun pisang.
Letakkan ikan di atasnya dengan api kecil.
Lumurkan ikan dengan sambal yang telah dimasak tadi.
Bakarlah sehingga ikan masak.
Kakpb tutup dengan penutup kuali ketika membakarnya.
Cicah dengan sambal asam pun sedap ketika menghidang.

Puasa tapi seperti tidak puasa

Puasa dah masuk lima hari, berat badan maintain je. Turun pun adalah sekilo lebih. Orang kata, oklah tu turun juga. Tapi kakpb rasa takde bezanya kalau setakat sekilo. Cumanya seluar jeans kakpb sekarang ni kena pakai tali pinggang pula....hehe...macam ada perubahan eh?

Kakpb ambil peluang sempena bulan puasa ni untuk mengurangkan makan nasi. Bukanlah tak makan langsong, makan dalam 4/5 suap je...(banyak juga tu kan? tapi kalau nak terus tak makan nasi, rasa belum boleh lagi) Kakpb nak mulakan perlahan2 dulu. Mulakan dengan makan roti yang berserat, tak sedap kan roti ni?

 Masa sahur kakpb makan roti yang di sapu tuna, layer dengan salad dan tomato. Kenyang betul perut bila masuk roti. Inilah masalah kakpb bila makan roti, perut selalu rasa seperti kembung.
 Tak seperti kita makan nasi. Bagaimana pun kakpb nak cuba juga hingga penghujung ramadhan.

Tapi bila balik semenanjung nanti, kakpb tak taulah boleh ke tidak menahan nafsu. Kena pula kakak masak sedap, emak pun suka memasak kesukaan kita. Bazar ramadhan pula bersepah, sanggup ke menengok je? 

Kakpb dah tekad dalam hati kalau balik sana dan meround ke bazar, kakpb akan pilih makanan yang kurang  kabohidrat dan berlemak....cakap senang...nak melaksanakan tu, Ya Allah...siksanya.

Untuk awal2 puasa ni kakpb kerap timbang berat badan. Bila tak makan nasi, ada perubahan kat penimbang tu.
 Agak2 berapa berat kakpb? hehe....malu nak cerita. Dulu2 belum kahwin hanya 45kg je.
 Lepas kahwin mendadak naik 50kg dan tak sanggup kakpb nak bagitahu berapa berat kakpb sekarang.......

Doakan kakpb boleh kurus seperti teman-teman blogger semua yang comel dan slim ye:)

Bazar oh bazar

Ingat nak update malam tadi, alah...lepas berbuka, satu badan kena gegata. Tau tak gegata tu apa? gatal-gatal satu badan. Bintat besar-besar dan gatal. Telan ubat pun masih belum hilang. Jadi semalam, skip solat terawih.....

Sebab apa jadi begitu? Kakpb ni bukan boleh berpeloh sangat, mulalah tak selesa. Semalam tengahari hantar kuih frozen rumah makcik, takdelah jauh sangat. Dalam 40 minit gitu. Masalahnya, jem teruk area KK masuk pusat bandar. Kat trafik light Sutera Harbour tu tak boleh gerak langsong. Waktu baru pukul 2.15 pm. Nak kata orang balik sembahyang jumaat, rasanya pukul 1.15 dah selesai. Pergi shopping ke mereka ni?

Cikgu fahmi pun apa lagi, pulas stereng ikut jalan lain. Tak kuasa nak menempoh jem, silap2 buka dengan air lior je nanti dalam kereta. Balik dari hantar kuih, terus ke Lok Kawi. Time bulan puasa ni, nama Lok Kawi popular laaa....sebab bazar Ramadhan di sini rasanya top jualannya. Majoriti orang semenanjung dan masakan dah tentulah menyelerakan. Kakpb tak masak, cikgu fahmi nak makan nasi kerabu. Fuiyo...beratur panjang der.....nak belinya satu. Kakpb konon2 nak kurangkan makan nasi jadi jual mahal bab2 nasi ni. Tapi, ntah macam mana boleh pula terbeli bubur lambok....haha...kan nasi juga tu!!

RM8 nasi kerabu special, siap ada telor masin, ikan goreng tepong, ayam bakar, solok....huhu...ambik kau! Beli satu dah cukup kongsi berdua. Anak kakpb kat rumah opah dia. Berbuka romantik skit Faint




Lepas dapat nasi kerabu, bubur lambok, nak kuih manis la pulak. Cari punya cari, kakpb tak berkenan sangat. Bukan apa, kadang was-was nak beli, takut tak makan. Maklum la....dah masuk air ke perut pun dah cukup kenyang. Hati terpaut kat sate ayam dan daging. Tengok kuah pun ada warna merah2 sikit, nampak menyelerakan. Beli 10 batang, RM6, maknanya 60 sen sebatang. Alhamdulillah, rasa sedap, kuah pun boleh tahan. Mamat yang jual tu tegur, menyesal nanti kak beli 10 batang je, sebab sedap sate ni....hehe...ayat memikat la tuh!

Lepas seberang jalan dengan romantiknya (romantik ler kena pimpin tangan Big cheesy grin) kami cari air kelapa pula. Cikgu fahmi beli 2 biji, simpan satu untuk esok. Sebiji RM3, murah kan? Cukuplah....semuanya habis dimakan, takde membazir. Bubur lambok tu simpan sampai sahur, kongsi juga.

Sekarang sedang memikir nak masak ke nak beli kat bazar lagiFull of questions