my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Daging Bakar? frozen, pelikat....untuk disayangi suami

 Assalammualaikum semua, lama betul kakpb tak update kan.....sibuk dengan hal rumahtangga, biasalah tu.
Nak menggembirakan hati suami ni bukan senang puan2 sekalian!!
Tapi...
pahala yang kita dapat tu, amat-amatlah besarnya.
Contoh, menggembirakan hati dia dengan makanan yang enak, masak sendiri tau.
Rumah bersih dari habok, tersusun kemas semuanya sedap mata memandang.
Baju dan seluar siap bergosok, senang dia nak pilih mana satu nak pakai. Bukan masa nak pakai tu baru gosok.
Dan seumpamanya.....tutur bahasa kita, kadang kala terlepas juga bila dah penat. 
Bagaimana pun hidup berumahtangga ni memang menguji kesabaran kita sebagai suami dan isteri.
Paling mencabar bila membabitkan mertua dan ipar duai.
Kakpb nak sentuh sikit saja disini.....
Orang lelaki sebagai suami, ayah, anak....amat menyayangi keluarganya. Jadi sebagai isteri, kita kena suka apa yang dia sayang. Kalau kehadiran keluarganya kerumah kita tu menggembirakan hati dia, janganlah kita halang atau bermasam muka. Berilah layanan sebaiknya.
Oklah...kalau cerita hal keluarga tak boleh berjela2, lain jadinya.
Aktiviti kat bawah ni salah satu daripada menggembirakan hati suami.....sila baca dengan hati yang tenang...hehe...


Ni daging bakar kakpb masak semalam. Guna daging batang pinang (dah tentu lembut walau perap dalam 1 jam je) Resipi simple main gaul ikut suka hati kakpb ni..suka pulak si Aziz meratah.

7/8 ketul hirisan daging lembu batang pinang (kakpb tak rebus)
Diperap bersama.... 
bawang putih dan halia
serbok chicken stock seasoning
serbok lada paprika
sedikit sos black pepper
sedikit garam dan gula
sedikit serbok lada hitam

Goreng guna kuali leper sebab kakpb takde pembakar arang.
Guna olive oil.
Api kecil saja.


 Beberapa hari ni kakpb sibok buat karipap frozen untuk makcik. Kawan2 sekitar KK boleh whatsapp kalau nak beli ye. Sepeket tak mahal banding dengan korang nak menguli, masak inti, mengelim lagi? Order banyak, kakpb boleh hantar. Sepeket boleh juga hantar, kalau dekat ler.....hehe..

 

Pasal apa pulak ada seluar pelikat kat bawah ni? Cikgu fahmi ler.....suruh2 kakpb buat seluar pelikat untuk Aziz. Buat macam yang Aflin Shauki pakai tu katanya. Dia ingat isteri dia ni apa? designer??
Susah payah la si isteri menggoogle cara2 jahit seluar ni. Akhirnya terjumpa satu blog dan kakpb add dia di facebook. Terima kasih banyak ye Azhar Radzali kerana tunjuk ajar, belum betul2 faham lagi sebenarnya.

 
Sekian untuk minggu ini. Nanti kakpb lawat blog kawan-kawan bila free. 

Kuih Getas

Selamat pagi, salam sejahtera sahabat kakpb yang dikasihi...
Rajin pula nak update, mood ada mari ni...

Sebenarnya kakpb kurang sihat semalam. Ingatkan nak masak special sempena ulangtahun perkahwinan kami, tapi tak larat sungguh. Badan sakit-sakit. Agaknya masa cikgu outstation 4 hari tempohari, kakpb berkemas alih barang dan sebagainya, tu yang sakit badan.
 Kakpb memang suka ubah letak barang dalam rumah. Bila bosan je, mulalah cari idea nak ubah kedudukannya.


Sarapan pagi ni kakpb buat kuih getas, bosan asyik roti je. Anak bujang kakpb tu susah nak makan makanan berat waktu pagi. Susah hati kakpb fikirkan dia tu. Tapi kalau manis.....huhu....laju je masuk ke mulut.

Kakpb buat ikut sukatan sendiri je. Ada tengok kat blog siapa agaknya, lupa pulak nak bookmark.

1 cwn tepung pulut
1/2 cwn tepung gandum
sedikit gula pasir
1/2 cwn kelapa parut putih
secubit garam
air secukupnya untuk menguli
minyak untuk menggoreng

Gaulkan semua bahan di atas sehingga sebati.
Kepalkan menjadi bentuk leper atau bergulung seperti yang kakpb buat.
Goreng dalam api yang sederhana besarnya.


 
Untuk sira gula, kakpb letak dalam 3 sudu penuh gula pasir bersama sedikit air saja.
Kalau air lebih, jenoh pula nak menunggu dia pekat.
Panaskan air dan gula dalam kuali. Bila dah likat dan nampak gula berbuih2 boleh masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga kering. 
Dah siap!

Hari Lahir Imam ku dan ulangtahun perkahwinan

19hb Februari, ulangtahun perkahwinan kami hari ini. Semoga ikatan ini kukuh, tiada sesiapa pun yang dapat merungkainya melainkan 'ajal' datang menjemput. InsyaAllah.



Apabila kita sudah sanggup berkahwin, itu adalah bukti cinta sebenar sebab perkahwinan bukan semestinya menjanjikan kebahagiaan atau kesenangan, kadang-kadang ia adalah mukaddimah pada kesusahan. – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

16hb Feb, 2014 hari lahir cikgu Fahmi, selamat hari lahir ye....semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia agar dapat berbakti kepada Yang Esa, kedua ibubapa dan anak bangsa mu.

Sentiasa berdoa untuk kebahagiaan mu imam ku.

Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya. - See more at: http://www.jomkenalislam.my/2012/10/kata-kata-hikmah-dan-peringatan-ustaz.html#sthash.BLTolr7y.dpuf
Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya. - See more at: http://www.jomkenalislam.my/2012/10/kata-kata-hikmah-dan-peringatan-ustaz.html#sthash.BLTolr7y.dpuf
Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan segala dosa isterinya setiap hari sebelum tidur. - See more at: http://www.jomkenalislam.my/2012/10/kata-kata-hikmah-dan-peringatan-ustaz.html#sthash.BLTolr7y.dpuf



Loghat

Kakpb ni lemau la sekarang, mood nak update blog macam beku jek!!
Oklah..hari ni jumaat...taknak cerita panjang lebar. Ada tugas kemas baju cikgu fahmi yang nak out station 3 hari ni....

Ini kakpb print screen daripada satu group whatsapp, minta izin dan minta maaf ye...
Cuba teman-teman kakpb terangkan apakah maksud loghat Kelantan ini dalam bahasa Malaysia:)
Ada yang kakpb tak faham tu...contohnya seperti 'tupul glenyeh', 'belok blekar'....haha...kahwin orang Kelantan dah bertahun2 pun susah nak masuk dalam kepala hotak kakpb nih!!

Majlis maufakat tahun 6

Assalammualaikum...

Baru terjengol kakpb ni kan? Entah apalah yang dia sibuk agaknya? Kalau kakpb kata sibuk, mesti orang tertanya-tanya. Suami sorang, anak sorang pun sibuk juga ke? Habis tu.....kat belakang rumah ada 3 ekor belaan, tak kira? Dah berenam.....nak cuci tandas dia, nak sapu rumah dia, beri makan dan belai setiap pagi.

Buat apa lagi? Baju dah ada tukang basuh, tinggal sidai je.....iya...iya...orang ingat surirumah ni relak je. Memang relak kalau ikut suka sendiri nak buat ke tak. Tapi kakpb ni jenis yang suka kesempurnaan....lebih kurang gitulah. Kalau boleh suami dan anak balik, semua dah siap. Karpet dah vacum, baju dah sidai dan siap gosok, dah siap masak tengahari, dapur tersusun kemas.

Sambil buat kerja rumah sambil juga buat kuih untuk frozen. Bukanlah banyak sangat ordernya tapi faham-fahamlah kalau buat kuih ni, remeh kerjanya tau.

Khamis lepas kakpb pergi ke majlis permaufakatan anak di sekolah dia. Tahun ni dia UPSR jadi sekolah adakan majlis ini untuk ibubapa bersama anak. Ramai juga ibubapa yang tak dapat hadir. Kesian tengok anak-anak yang bersendirian ditemani kawan saja.

Majlis untuk beri semangat pada murid tahun 6 bagaimana memotivasikan diri mereka dalam pelajaran dan juga hubungan dengan ibubapa. Ada ketika anak-anak diminta berhadapan dengan ibu atau bapa, pandang mata dan mohon maaf, begitu juga dengan ibubapa. Saat inilah si Aziz memeluk kakpb sambil berderai airmata......hilang dah malu dengan kawan-kawan. Kakpb pun apa lagi.....mula keluar tisu....sambil berpesan-pesan supaya dengar cakap cikgu, jadi anak yang soleh untuk masa depan dia juga.

 
 Ibu harap dia akan jadi contoh kepada pelajar lain. Jadi tokoh pelajar kalau boleh.

 
Sebak seketika dengan ucapan Encik Michi Bolugu, bapa kepada seorang pelajar perempuan yang cemerlang tahun lepas. Berderai airmatanya bila menyatakan anak2nya teringin belajar disekolah yang bagus tapi dia tidak mampu kerana status sebagai penjual ikan. Jarang dapat merasa makanan sedap seperti McD dan kfc. Tapi dengan usaha anaknya dan juga semangat dari dirinya yang hanya bersekolah hingga tahun 5, akhirnya membuahkan kejayaan. Sekolah juga memainkan peranan membantu anaknya tusyen tanpa bayaran. Tahniah untuk beliau, bapa yang prihatin. Menjadi contoh kepada bapa2 lain.

Setiap hari kami tekankan pada Aziz, ilmu itu harta paling berharga dalam hidup.
Carilah ia, jangan malas berusaha, jangan lupa solat, doa untuk ibubapa, guru dan junjungan Nabi kita.
Ganjarannya pasti mewah satu hari nanti.

nota kakpb: kalau pandai nanti boleh dapat biasiswa..
dia masih tak faham apa itu 'biasiswa'...hurmm..

Mee Rebus Haji Wahid

Mana lagi best? Ariana Rose ke Mee Rebus Haji Wahid??
Kaum wanita mesti jawab Ariana Rose dan kaum lelaki.....mee rebus ler!! 

Fenomena Ariana Rose!!
Pukul 7 malam je dah siap kat depan dengan hidangan malam kat rumah ni. Nasib maghrib awal disini.
Siapa pilihan gadis2? Tengku Adam Kamil? Harith?
Soalnya....dua2 dah berpunya ye adik2.....gigit jari la korang...haha!!
Kakpb minat Harith tu, ada iras-iras kacukan Filiphine ler...


credit to berita harian

oklah...mengarut kesana pulak..
Nak share Mee Rebus Haji Wahid yang kakpb buat tempohari, sedap sangat. Rasanya lebih sedap buat sendiri daripada kita beli. Tapi di Sabah memang takkan jumpa kalau tak buat sendiri. Kat Johor berlambak....sebab mee rebus popular di Johor.



RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID - MENU OPEN HOUSE RAYA!
copypaste drp facebook

BAHAN-BAHAN :
  2 kilo mee kuning, dicelur
  1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  3 ulas bawang putih, dikisar
  3 biji bawang merah, dikisar
  1 inci halia, dikisar
  1/2 cawan udang kering, dikisar
  3 batang serai, dititik
  1 inci lengkuas, dititik
  5 sudu makan rempah kari daging
  garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING
  1/2 cawan udang kering, dikisar
  80g tepung gandum
  ¼ camt serbuk kunyit
  garam
air secukupnya
  minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
  tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  daun sup, dimayang
  bawang goreng
  telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
 taugeh, dicelur
  limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING
  Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH
  Panaskan minyak dalam periuk.
  Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
  Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

FB : Persatuan Bangsa Johor



 

Pastri karipap rapuh dan lembut, sedap banget!!

Assalammualaikum adik-adik ku semua....
Korang komplen tak kakpb tak update blog beberapa hari ni? Entah kenapa sibok bebeno.....kehulu kehilir dalam rumah je....tapi nak tidur siang pun tak sempat. Itu pun malam tadi dah cuci bilik air, cover kerja untuk siang ni...

Oklah...dalam busy tu sempat juga mengkaripap....hehe...
Serious sedap gilos kali ni...
Kakpb memang selalu buat tapi takdelah selembut yang ini. Lebih kurang juga bahan yang digunakan. Cumanya kakpb tak sukat selalu tu. Main hentam je, janji ada rasa lembut, taklah sakit gigi menyunyah bila lepas goreng.

Terima kasihlah kat Ros JintanManisIzah Daut dan Mas Duniaku 
Mereka ni panggil karipap Ros Jepun

Minta izin copy paste kat blog ini pula ye, halalkan tau tuan punya resipi:)

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.



Goreng 3 biji je semalam, sebelum kena ngap, cepat2 ambil fotonya....
Nampak tak tekstur yang lembut dan gebu? ewah...tak nampak? haaaa....kena buatlah tu!!

Maaflah, intinya kakpb buat style kakpb. Kalau nak tau, google je ye..


Untuk frozen, kakpb bakar kat oven kejap dalam 10 minit gitu.

Hari ni nak buat lagi sebab inti semalam tak habis, saja buat sikit2.