my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Apple pie - Jamie

Hari tu kakpb tak jumpa acuan pie, tergendala sekejap niat nak makan apple pie. Apple banyak dalam peti sebab anak murid cikgu beri sempena Hari Guru. Disebabkan tak jumpa, kakpb beli acuan segera.

Kali ni sedap sangat rasa kulit pie ni. Rangup, garing dan menyelerakan sungguh. Mungkin blogger masakan lain dah buat, kakpb yang ketinggalan kot.
 
Kakpb guna acuan tart balance doh yang lebih. Terus hantar untuk makcik.


Nampak tak kemas sikit tapi tak kisahlah sebab makan sendiri je..



Cikgu fahmi tak sabar2, panas pun dia nak potong....hehe...yang buat pun tak sabar sebenarnya.


APPLE PIE
@blogsurirumah

Ingredients

  • for the pastry
  • • 250g plain flour, plus extra for dusting
  • • 50g icing sugar
  • • sea salt
  • • 1 lemon   *(kakpb ganti dengan cuka makan 1 sudu)
  • • 125g cold butter, plus extra for greasing
  • • 1 large egg, preferably free-range or organic
  • • a splash of milk  *(kakpb tak guna pun mungkin sebab telor yg diguna agak besar)

  • for the filling
  • • 1 large Bramley cooking apple
  • • 4 eating apples (try Cox’s or Braeburn)
  • • 3 tablespoons Demerara or muscovado sugar
  • • ½ teaspoon ground ginger
  • • a handful of sultanas or raisins
  • • ½ a lemon 
Untuk lebih lanjut keterangan bergambar boleh pergi ke link yang kakpb sertakan diatas ye..
Filling pun kakpb tak ikut seperti diatas. Cuma masak dengan api kecil, gula putih + brown sugar bersama apple yang telah dipotong keping2 dan segenggam kismis. Kulit kayu manis taknak letak takut si bujang tu tak makan.

Donut Gebu/Lembut

Semua orang suka donut betul tak? Bukan budak2 je, emak2 pun sama. Anak tak habis makan, emak yang bedal...hehe...
Kakpb buat frozen untuk si bujang kecik tu sarapan pagi. Hari2 donut pun takpe. Resipi dikongsi oleh Ayu CR yang diturunkan dari ibunya. Kakpb copy paste disini.....terima kasih Ayu..


DONUT GEBU/LEMBUT
@blogsurirumah

500gram tepung gandum, kalau guna tepung high Protein pun okey. Warna donut putih jer.
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
3 sudu susu tepung (kebetulan susu anak daraku ada.. guna jer)
3 sudu gula pasir.
11gram mauripan
sedikit air sejuk yang disimpan dalam peti ais ( guna apabila adunan belum lembut)


Cara Menyediakan:

1. Kembangkan mauripan guna air suam. Biarkan.
2. Dalam satu mangkuk masukkan tepung, buat lobang ditengahnya, masukkan gula, susu dan majerin. Adun mesra kesemua bahan.
3. Tuang mauripan kedalam adunan. Uli kesemuanya hingga menjadi doh. Masukkan garam yang sudah dilarutkan dalam air suam.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air simpanan dalam peti ais. Uli lagi.
Adunan doh yang siap diuli.
Terus terap pada acuan, sebelum tu guna pengelek untuk meratakan doh.Hasil seperti diatas.
5 minit kemudian donut akan berkembang dengan jaya. Masa ini korang dah boleh panaskan api kuali, boh minyak yang banyak untuk tengelamkan donut yang belum dimasak. Apabila minyak panas. Masukkan donut kedalam kuali.

 

Kakpb canai leper sikit sebab acuannya besar..


Gebu dan lembut....
Donut tanpa telur....

nota kakpb: takde sukatan air dari peti ais, kakpb agak2 sendiri je.

Muffin Coklat Chip

  Musim hujan kan sekarang ni? di KK boleh katakan hari-hari hujan. Kadang sempat kering baju sekejap, tengahari sampai malam hujan pun turun. Siap dengan petir dan guruh. Selama tinggal disini, jarang kakpb tengok petir dan guruh bandingkan di Selangor.

Sebenarnya dah beberapa kali kakpb buat muffin coklat chip ni. Hari guru tempohari anak kakpb nak bawa makanan untuk jamuan sekolahnya. Hadiah dah beli, kuih mesti bawa katanya. Fikirkan sebab ini tahun terakhir dia disekolah rendah, kakpb buatlah special sikit. Rasanya ada buat sebelum ni tapi malas nak cari, so kakpb copy paste lagi dari blog Dr. Inahar. Terima kasih juga pada empunya resipi asal....


MUFFIN COKLAT CHIP
@blogsurirumah
sumber copy : Inahar's Cooking Time

Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum 
1/4 cawan serbuk koko
*kakpb guna chocolate powder
1 cawan gula perang

1 sk baking powder

1 sk soda bikarbonat 
1/2 sk garam
 
1 cawan fresh milk
 
1 biji telor - pukul sikit
 
1/3 cawan minyak@ butter yg dicairkan

1 sk esen vanila
 
choc chips secukupnya


Cara :-

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
Masukkan choc chips.
Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar selama 20 minit @ hingga masak.

tips- untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist, pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menhasilkan muffin yg kembang montoks naiknya ok..

muffin kakpb tak naik macam kat blog Inahar sebab kakpb guna acuan tart sebagai lapiknya...tapi kira oklah tu kan? 

Puri Kentang

Asyik tertangguh nak update blog. Maaf ye kalau datang sini kekadang boring je takde entry menarik. Manalah nak cari entry yang panas meletop? Kalau blog hiburan, politik, artis......haruslah banyak kontroversinya. Takpelah.....ni pun kira dah meletop ni yang kat bawah!!

Kakpb seminggu sekali suka pergi restoran BTC di Luyang, order puri. Nak kata suka sangat, tak jugalah....tapi anak bujang kakpb suka tosei dan roti canainya. Tempat lain tak menepati selera dia. Susah betul kalau nak cari restoran kesukaan dia. Habis2 fikir kami masuk fast food.

Sebenarnya dah lama sangat nak cuba buat sendiri. Hari tu terpandang kat fb si Tun Telani, membuak2 pula semangat nak mencubanya. Kebetulan free tak kemana, buatlah dengan kari ayam sekali.

Cantik tak kembongnya? Mula2 goreng dia melepek je.....tau dah apa yang tak kena. Kakpb canai nipis2, barulah dia naik kembong.


Tu diaaaaa.....kakpb siap selangkah jauh dari kuali...haha..konon takut puri memecah kena muka.
Abaikan kuali yang dah lebih 10 tahun usianya...sayang nak ganti lain. Guna selagi belum retak!!


 
Siram-siramkan je ketika menggorengnya....ish..sekali sekala makan oklah. Jenis berminyak macam ni baik korang guna minyak jagung/sayur untuk menggoreng.

Kakpb share juga disini resipinya walaupun dah ramai yang share. Terima kasih pada kakfida myresipi kerana berkongsi resipi yang kakpb suka sangat. Lembut dan sedap, tak terasa makan 3 keping hari tu. 

PURI KENTANG
@blogsurirumah
sumber: myresipi

Bahan-bahan ( 8 keping )

  • 125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
  • 120 g tepung gandum (1 cawan rata)
  • 1 sk garam
  • 50 ml air hangat (10 sb)
  • secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
  2. Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
  3. Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
  4. Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
  5. Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
  6. Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.

Udang Goreng Bawang Putih

 

Udang oh udang....ni la yang buat kakpb naik gegata. Asal makan je, mulalah bintat2 keluar. Takkan nak tengok je? Rugi pulak......
Sebenarnya beli udang besar2 ni selalu masak untuk sibujang kakpb tu. Dia kurang makan ikan dan ayam. Makanan laut kesukaan dia....sotong....udang....ketam...kerang...huhu...semuanya menggatalkan kakpb.

Kadang tu naik buntu nak masak apa. Pelik2 kang tak makan. Jadi kakpb masak yang paling simple, udang goreng bawang putih. Tak makan bawang, lantak ko la nak!! Tapi dipujinya masakan ibu yang simple kali ni....hehe....senang kojer ibu.

Kakpb copy paste dari blog MatGebu 

UDANG GORENG BAWANG PUTIH
@blogsurirumah
sumber : MatGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz besar
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Secubit gula
Sedikit serbuk lada sulah
4 ulas bawang putih, dadu kecil2
1/2 camca besar mentega
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat janggut, muncung dan kaki2 kecil, buang kotoran di kepala udang tadi, cuci dan toskan, lap kering2 dengan paper towel. Kemudian, lumur dengan serbuk kunyit, garam secukup rasa, serbuk lada sulah, secubit gula dan cincangan bawang putih. Gaul rata dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan mentega dan bila mentega cair, masukkan udang, juga bawang putih cincang. Goreng hingga udang kemerehan dan bawang putih menjadi garing.
  3. Angkat udang tadi dan toskan atas paper towel bersih, begitu juga dengan bawang putih garing tadi. Susun udang dalam pinggan dan tabur bawang putih atasnyaa

Bubur sumsum

Bubur sumsum adalah kuih favourite kakpb satu ketika dulu. Arwah tok selalu buat, dengan sirap gula putih, kadang letakkan warna merah. Bau daun pandannya yang menyelerakan. Tapi kakpb buat takde daun pandan. Guna paste pandan je.

Mulanya nak buat manisan seperti pengat tapi bila teringatkan banyak bahan takde, baik buat sumsum. Bahannya mudah, cara masak pun mudah. Cuma zaman sekarang ni dah banyak diubah suai masakannya. Dulu guna tepung beras dan santan je.

Minta izin share disini ye CT.....terima kasih banyak kerana famili kakpb suka sangat versi CT ni..


Sedap sangat kot sampai anak bujang kakpb dan ayahnya asyik ulang-ulang makan. Kena pula disimpan dalam peti sejuk.

BUBUR SUMSUM
@blogsurirumah
sumber: CTdelima 

Bahan-bahan :
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
300 ml santan Pekat
500 ml air
1 cawan susu cair
1/2 sudu kecil garam halus
7 helai daun pandan - perah ambil jusnya
Sedikit pewarna hijau

Bahan Sirap Gula :
1 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan simpul
3 kuntum bunga cengkih

Cara-cara :
1. Masak sirap gula hingga gula larut sengan api sederhana. Sejukkan.
2. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata. Tapiskan adunan dan kacau sentiasa dengan senduk kayu hingga pekat dan kilat. Hingga adunan meletup-letup.
3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dahulu dan sejukkan.
4. Hidang sejuk bersama sirap gula.


 

Petua Makanan Sunnah





Kakpb sibuk, puasa lagi.....
Jadi layan ler video yang dishare dari kawan ni....
Rasa macam dah terlambat nak ikut amalan tu tapi ibu2 muda yang lain, bolehlah amalkan ye...
Walaupun agak sukar nak mulakan. Namun banyak kelebihan dan kebaikkannya.
Setakat ni kakpb biasa amalkan minum madu cuka apple atau madu lemon saja selain daripada produk kesihatan yang ada di pasaran sekarang. Setiap pagi segelas air suam dengan madu, sebelum sarapan sesudu Pearl White dan malamnya sebelum tidur ambil suppliment lagi.
Harapnya cukup untuk tubuh kakpb yang semakin meningkat usia ni....

nota : kakpb share dari whatsapp seorang teman...

Anugerah Cemerlang Sijil UPKK

Assalammualaikum.
Lama betul kakpb tak sempat update blog. Foto dah dalam draf tapi tak bertulis. Bila dah karang, publish....pun tak sempat baca balik. Bagaimana pun kakpb nak berterima kasih jugalah pada yang sudi komen dan rajin berkunjung kesini. Blog ni kisah biasa2 je. Takde cerita hot artis, takde kritikan pasal negara, pemimpin dan sebagainya. Kakpb tak berani nak tulis perkara yang luar dari bidang kakpb. Lebih baik jadi diri sendiri, betul tak?

3hb Mei 2014 kakpb menghadiri majlis penyampaian sijil cemerlang 8A 2013 anak bujang kakpb tu. Sambutan yang simple cuma terlalu panas bila pada awalnya tiada disediakan kipas.
Nak menunggu majlis selesai, ketibaan wakil YB tu yang siksa rasanya.


Lepas ambil sijil terus hantar dia rumah opahnya. Ahad 4hb Mei, majlis harijadi anak opah pula.


 
Terus terang disini, anak bujang kakpb kerap tak datang kelas agama ketika ambil ujian ni. Dia memang malas nak pergi kalau cikgu/ustazah selalu takde dan tak belajar. Jadi dia akan pergi kalau dapat berita dari kawan bila ada ujian atau hal2 penting.

Masa ujian, memang dia study belah malamnya. Mana yang tak faham, cikgu fahmi ada. Alhamdulillah, keputusan ujian membanggakan, 8A. Ustazah perli juga, orang yang datang hari2 kesekolah pun tak dapat 8A, yang kejap ada kejap takde ni boleh dapat 8A.....haha.....rezeki ustazah ....

Ok setakat ini dulu kisah anak. Nanti ada yang cebik bibir pulak!!

nota kakpb: rezeki Allah bagi bukan saja drp wang ringgit dan kemewahan tapi dari kecerdikkan,