my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label scones. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label scones. Papar semua catatan

Cream Scones

Assalammualaikum semua....

Jangan cebik bibir tengok scones pb ni. Kali kedua pb buat scones, dulu tak jadi ikut resipi makcik (salahkan resipi pulak). Takde siapa2 pun yang minat scones dalam rumah ni, pb je yang gatal nak habiskan kismis dalam peti ais. Anak bujang tak suka makan kismis sekarang ni, ntah kenapa dia tu, masa kecil dulu dia boleh makan senang-senang je. Bila ibu dia dah campur dalam scones ni, elok pulak makannya.

Terus pada resipi je la......pb nak sidai kain bagai, hari ni jumaat, anak bujang balik cepat dari sekolah. Pb semalam fikir nak makan2 yang simple dan cepat membuatnya. Memang cepatlah kalau orang dah biasa buat scones. Resipi ni pb faham2 sendiri dan kalau ada silap mana2, kawan2 boleh tegur.......

CREAM SCONES
sumber : Joy of Baking

2 cwn tepong gandum (260 gm)
1/4 cwn gula pasir - pb guna gula castor (50 gm)
2 s.t serbok penaik
1/4 s.t garam
1/3 cwn unsalted butter sejuk - potong kecil
1 biji telor saiz besar - pukul sedikit
1 s.t vanilla paste
1/2 cwn susu - pb guna susu cair (rasanya lebih elok susu segar kot)
Segenggam kismis - pb tambah sendiri

Cara membuatnya:

Panaskan oven 190C, letakkan grill/rak di bahagian tengah. Susun kertas minyak atas pembakar (yang ni pb taburkan tepong je atas dulang)
Dalam mangkok lain - ayak bersama tepong, baking powder dan garam. Masukkan gula juga.
Potong mentega dalam kepingan kecil.
Campurkan dalam tepung dan gaul dengan jari hingga menjadi seperti bread crumb yang kasar.
Dalam bekas lain, bancuh telor dengan susu dan vanila.
Lubangkan bahagian tengah adunan tepung tadi dan masukkan bancuhan susu sedikit-sedikit (mana yg dah biasa buat roti mesti tau ni)
Uli hingga rata dan jangan terlalu lama.
Canai doh dan terap guna acuan bulat (pb guna gelas je...hehe)
Letakkan dalam dulang pembakar dan sapukan sedikit susu di atasnya, (supaya bahgian atas scones kelihatan keperangan bila masak)
Bakar selama 15 minit atau hingga keperangan.

Kalau suka letak jem atau apa2 krim, belah dua scones tu. Pb sapukan whipping krim yang di putar dengan gula sahaja. Malas nak letak krim cheese. 




nota pb: masa masukkan susu tu seeloknya sedikit2 dulu sebab 1/2 cwn yang pb buat macam berlebihan pula. pb terpaksa tambahkan tepong lagi.....