my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Selamat hari raya...

Assalamualaikum sahabat blogger yang dikasihi semua.
Maaf kerana begitu lama tidak berkunjung ke blog sahabat. Banyak masalah tentang blog kakpb sekarang ni. Rindu nak bersua dengan sahabat blog di alam maya.
Sempena Ramadhan yang akan berakhir tak lama lagi, kakpb ingin ambil peluang ini ingin memohon maaf zahir dan batin sekiranya ada menyinggong hati mana2 pihak.
Selamat Hari Raya Idulfitri pada semua. Mana yang balik kampung tu, hati2 memandu ye. Jangan nak cepat sampai. Biar lewat dan lambat asalkan selamat.

Salam sayang dari kakpb sekeluarga. Kami beraya di perantauan nampaknya 2016 ni.

Sekian. Jumpa lagi.

Pine Resort Kundasang, mengubat rindu

Tahun ni kakpb  tak balik semenanjung sebab banyak urusan.  Ada hikmah rupanya. Menguruskan pertukaran  sekolah anak tu makan masa berminggu juga. Pertukaran dari negeri ke negeri dan dari daerah ke daerah. Alhamdulillah dah selesai. Kasut dengan baju je belum beli.

Oh ye.....lupa nak wish happy new  year kepada semua blogger yang dikasihi. Moga 2016 ni menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya. Kakpb takde la mengharap perkara yang tidak pernah terfikir cuma minta kesihatan yang baik untuk keluarga. 

Ok terus pada isi cerita, kakpb bercuti di Kundasang hari tu. Pine Resort Kundasang ni first time pergi. Itu pun cuma ada 1 bilik kosong daripada sebelum Krismas menggoogle. Atas cadangan  Mia (blog dia suka bercuti) kakpb tertarik nak bermalam di sana. Alhamdulillah ada kosong tapi tingkat bawah. Ada famili bawa anak kecil tingkat atas, memang masak la telinga korang. Dentam dentum kaki dia melompat, berlari.....huhu....nasib baik malam tu dia tidur awal agaknya. Sunyi je.

Bilik R (rabbit) ni kakpb suka sebab menghadap ke gunung Kinabalu.  Tak jemu mata ni menatap seolah2 kakpb di atas sana melambai dari puncak gunung......
 Bilik R, Pine Resort Kundasang 

Gunung  Kinabalu  yang belum pulih sepenuhnya 

Banyak  lagi foto menarik kakpb snap tapi malu pula nak share

Sambungan setelah tertangguh 2 minggu kerana demam dan banyak urusan lain......
Pagi esoknya kakpb bangun awal nak tengok gunung Kinabalu. Sayangnya awan tebal seolah nak hujan menutup puncaknya. Nasib baik la masa mula sampai dah snap banyak.




Makan malam di Pine Resort Kundasang, simple Menu


Happy dapat bercuti di hujung2 Disember


Kami singgah di Herritage spa n Resort sekadar isi masa kerana hajat nak tengok lembu dan makan ice cream di Mesilau tak kesampaian dek terlalu ramai orang.
Ingat nak naik Resort paling atas sekali tapi tak sanggup pula. Kalau pagi2 Ok kot. Jadilah sekeping dua foto sebab dah banyak kali kami ke sini.

Pine Resort Kundasang

Banyak kenangan manis pahit kami dalam berseronok tu. Paling tak boleh lupa ketika di restoran mamak nak order roti canai. Kami tak tau ada orang lain order 50
Keping. Kalau tau baik kami makan maggi di bilik je. Suami nak cansel roti canai yang kami order sebab dah lama tunggu. Tiba datang sorang lelaki suruh mamak tu buat dulu untuk kami dengan ayat sopan dia, "buat la untuk dia dulu sebab tengok muka tak sabar je" WHAT????
Ingat kita ni kebulur sangat ke nak melantak roti canai tu? Pelik juga tetiba kena sound Macam tu. Sudah la orang semenanjung, menyampuk tak tentu pasal. Kalau ye pun nak suruh orang tu buat roti kami dulu, berbahasa la sikit.....huhu....

Berangin je kami balik pagi tu. Kalau terjumpa lepas ni memang nak tanya apa masalah dia agaknya.

Ok la.....kakpb banyak kerja ni. Jumpa lagi....