my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ayam Rendang Briyani - Ibundo


Khamis 31hb Januari, kakpb puasa hari ni, insyaallah takde halangan sampai petang. Ramai yang bertanya pasal collagen yang kakpb tayang semalam. Rasa apa? Biasa je bagi kakpb sebab kakpb campur dengan jus durian belanda ketika minum tu. Insyaallah nak cuba amalkan, itu pun jika dirumah. Kalau kemana2 takkan nak bawa pula. Bendalah tu nak kena simpan dalam peti sejuk sepanjang masa. Katanya, elakkan dan kalau boleh jangan minum terus minuman yang ada kafein seperti kopi (ni kakpb tak minum langsong) nescafe (jarang2, kalau minum pun suka campur dengan milo) dan sebagainya. Tapi kakpb rasa sesekali minum takpe kot.....

Ok lah, cerita pasal collagen ni memang berlambak kat pasaran. Rajin dengan malas je pokok pangkalnya, barulah nampak hasil, betul tak? Ayam rendang ni kakpb buat hari selasa kalau tak silap. Kat Instagram dah tayang awal, blog je agak slow :) Resipi daripada Ibundo, kakpb memang suka ayam macam ni, anak bujang pun puji melangit. Makan pula dengan nasi bukhari.....


Resipi nasi bukhari dah pernah buat kat sini dari sumber yang sama juga.

Zana minta izin copy paste resipi ye Bundo!! Terima kasih, saaaaayang Bundo..

AYAM RENDANG BRIYANI
oleh: @blogsurirumah
sumber: daporIbundo

 Bahan:
1 ekor ayam
1 1/2 biji kelapa parut.
3 biji bawang besar *
3 batang serai *
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
15 biji cili api (tambah kurang ikut selera)*
3 sudu besar rempah briyani
1 sudu kecil kunyit serbuk
8 helai daun limau purut dibuang tulangnya
1 sudu besar jus lemon (kakpb ganti jus limau kasturi)
garam secukupnya

 1. Blender kelapa dan perah santannya.
2. Blender bahan yang bertanda *.  Campurkan bahan blender dengan rempah briyani dan kunyit.
3. Panaskan sedikit minyak.  Tumis bahan blender  dan daun limau purut sehingga masak dan wangi.
4. Masukkan santan. Masak santan sehingga ia tinggal separuh daripada asal.  Masukkan ayam.
5. Tambah jus lemon.
6. Masak sehingga pekat.

nota kakpb: minta maaf kalau semua resipi kat sini kebanyakkannya kakpb copypaste.
bagaimanapun kakpb dah letakkan link sekali, kakpb taknak hipokrit, resipi orang kata resipi sendiri.
 



Wordless Wednesday : Sabah mari


Hari pertama mencuba....
Rasa jeli gamat pun ada...

Bebola Keledek Goreng (Madiha)


Sedap tau keledek goreng macam ni. Sampai esok paginya pun masih lembut. Mula tu kakpb pergi blog Madiha nak balas komen, ternampak pulak resipi ni. Kebetulan ada stock keledek oren. Bosan asyik goreng je.Kakpb tak ikut sukatan Madiha, makan untuk tiga orang. Terima kasih Madiha dan penyumber resipi asal di sini.

BEBOLA KELEDEK GORENG
oleh: @blogsurirumah

450 gm keledek oren 
 250 gm tepong pulut
30 gm tepong jagung
120 - 150 gm gula ~ MaDiHaA guna 110 gm
100 gm kelapa parut segar ~ yang putih
1/4 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

1. Kupas kulit keledek & rebus sehingga empuk. Segera lenyek keledek rebus semasa ia masih panas menggunakan pelenyek kentang. Sejukkan sebentar.

2. Campurkan tepong pulut, tepong jagung, gula, kelapa parut dan garam ke dalam keledek lecek tadi. Campurkan hingga sebati & uli menggunakan tangan sehingga menjadi doh yang lembut & licin. ~ Disebabkan MaDiHaA menggunakan keledek kuning yang bukan jenis meresap air semasa merebus, MaDiHaA telah menambah sedikit air semasa menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.. jika tak tambah air.. ia agak kering. Jika menggunakan keledek oren atau sebarang keledek jenis lembik.. air tak diperlukan. (yang ni kakpb guna keledek oren, senang kerja)

3. Cubit sedikit doh kira2 15 gm setiap satu dan bulat2kannya menggunakan tapak tangan & buatlah sehingga habis.

4. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana untuk goreng terendam. Masukkan bebola keledek tadi sikit demi sikit & goreng sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan di atas tisu dapur.  Hidangkan segera.



PARKER terbaik!!


Apa aktiviti teman-teman kakpb semalam eh? Kakpb dua hari sabtu dan ahad cuma mengukur shopping komplek je. Belinya tak seberapa, tengok-tengok je lebih :)

Alhamdulillah, berkat doa kawan-kawan dan keluarga, ketegangan yang melanda agak berkurangan walau hati masih pedih dan sakit. Allah saja yang tahu. Kakpb dan cikgu fahmi tengok Parker semalam. Best sangat cerita ni, asyik tersentak-sentak kakpb dibuatnya kerana terkejut. Sampai couple kat sebelah pun gelakkan.

Jason Statham ni berlakon mesti botak kan? Filem pun kebanyakkananya cerita yang action dan serius. Sebenarnya kakpb taktau pun si Jennifer Lopez tu ada berlakon. Maklumlah....orang ajak tengok dalam mengejut je, tak ready pun hari tu. Mulanya cikgu fahmi terpengaruh dengan cakap2 adik dia, katanya cerita ni menarik tapi dia belum ada masa nak tengok.


Mula cerita, langsong tak nampak rupa Parker masa dia jadi Paderi. Bijak betul dia orang ni make up.

Ok, cerita banyak pun tak guna, baik pergi panggung sendiri tengok. Bateri laptop nak abis ni, bye!!

DOA : selepas solat fardhu

Assalammualaikum....

Kita berdoa setiap hari kadang kala kita tidak tahu maksud dalam doa kita. Apa kata kakpb kongsi sikit maksud doa selepas solat fardhu yang kita amalkan setiap hari.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan keatas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Maaf untuk teman-teman yang kakpb belum dapat kunjungi. Sempena Maulidurrasul ni, hati kakpb tersentuh bila membaca dan mendengar ceramah tentang riwayat Nabi Muhammad S.A.W. Betapa Baginda seorang yang pengasih terhadap umatnya sehingga ke akhir hayat.

Mudah-mudahan amalan kita berselawat kepadanya setiap waktu menjadikan kita seorang yang tabah, sabar, penuh kasih sayang dan semua sifat yang terpuji. Amin.

Ikan Pari Masak Lada Gaya Chef Ismail


Haaa...bukan main panjang lagi nama masakan ikan pari ni. Nama je Chef Ismail tapi kakpb ambil kat blog MatGebu. Kakpb takde terong macam Mat letak. Maklumlah....masa masak ni, cikgu fahmi takde kat rumah, jadi masak ikan tu togel je tanpa hiasan sampingan..:)

Bagi kakpb, sedap rasanya. Lain kali boleh cuba ikan lain pula. Terus pada resipinya lah ye. Kakpb sibuk pepagi ni, nak cepat. Minta halal ye Mat, kakpb copypaste je ni.

IKAN PARI MASAK LADA GAYA CHEF ISMAIL
copypaste: MATGEBU
oleh: @blogsurirumah

 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (kakpb guna ikan pari)
2 camca besar kerisik
80 gram asam jawa
500 ml air
2 senduk nasi cili kisar
1 biji terung biru, belah 2 dan hiris serong besar2
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR KERING :-)
1 camca teh lada hitam
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih
1 camca teh ketumbar biji

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm belacan
4 cm halia
4 cm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga wangi, tambah bahan kisar kering dan tumis sekejap. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa dan juga kerisik, kacau dan masak sekejap. Tambah ikan, kacau perlahan dan renihkan hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Jika nak kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air. Hidangkan bersama nasi putih dan ulam2.

 

Puding Karamel Gula Hangus


Senangnya dalam hati (pinjam lagu P.Ramli kjp) sebab apa.....line tenet dah ok sikit. Nanti kakpb blogwalking laju-laju ye, jaga-jaga!!

Puding karamel gula hangus bertelor ni first time kakpb buat. Sebenarnya tak berapa suka yang ada telor tapi saja nak mencuba. Ada lagi dalam peti ais tu. Agak leper kejadiannya sebab kakpb takde loyang yang kecil sikit. Cuma yang bagusnya puding ni, senang nak potong berbanding puding tanpa telor yang agak lembut.

Resipi dari mana ye? Dari blogger Cahaya Cinta Ana, terima kasih ye. Walau ramai yang dah buat puding ni, kakpb sorang ketinggalan. Kakpb copy paste resipi ye Ana.

PUDING KARAMEL GULA HANGUS
oleh: blogsurirumah
copypaste: Blog CahayaCinta

~ 400 ml susu segar/susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 2 biji kuning telor
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air

Cara membuatnya

Masak 5 sudu besar gula dan 1 sudu besar air dalam loyang dengan api kecil.
Bila gula keperangan, masukkan 1 sudu lagi air. Ketepikan.
Dalam bekas lain masukkan semua telor bersama gula halus. Kacau perlahan sekadar bagi rata je.
Masukkan susu cair dalam periok, panaskan hanya suam2 kuku dengan apa kecil.
Tuang perlahan2 susu kedalam bekas telor sambil sebelah tangan lagi mengacau
Tapis adunan sebelum masuk kedalam bekas karamel
Panaskan kukusan lebih awal. Tutup adunan dengan aluminum foil. (kakpb guna towel, balut tutup kukus)
Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Masuk dalam peti sebelum di hidangkan.

Ikan Yu, kali pertama


Pernah makan ikan yu?? Masa kakpb baru menetap di Sabah, serius....kakpb takut tengok ikan yu melepak atas meja penjual ikan. Besar-besar you, kalau kecil ok juga. Memang tak lalu la nak masak apa lagi makan.

Baru-baru ni kakpb sebenarnya nak ikan pari. Ikan yu ni pula sebelah dengan ikan pari. Cikgu fahmi tanya, nak ke ikan tu? (kakpb ingatkan pari) Nak la.....anak bujang awak kan suka ikan pari. Bila dah siap bungkus, rupa-rupanya ikan yu daaaa.....

Sebab dah terbeli, masak la jugak, kan....fikir punya fikir tak reti nak masak apa. Kakpb goreng salut tepung. Lepas tu masak ikut suka hati, letak sos tiram, black pepper, tepung jagung, garam dan gula. Hiaslah cili dan karot. Anak bujang kata sedap!!

Maaf la ye pada mereka yang rajin komen blog kakpb ni. Selekeh je kan? Komen pun tak reply kat sini. Kakpb pergi komen blog korang nanti. Sebenarnya nak ubah suai juga blog ni, nampak kusam je.....tapi mood tu kelaut pula perginya. Sekarang masa agak kurang depan blog. Walau bagaimana pun kakpb rajin bertwitter. Siapa2 ada twitter jom la join, hilangkan bosan.

Ketam Percik

Ramai yang terkezut dengan entry kakpb yang lepas eh? Biasalah tu, hidup ni penuh dugaan dan rintangan. Bagi kakpb apa pun yang datang melanda rumahtangga kami, alhamdulillah kakpb punya sokongan padu dari keluarga dan teman-teman tersayang. Insyaallah, tewas tu tidak ada dalam kamus hidup kakpb. Kakpb anggap orang yang tidak diperlukan dalam keluarga kami adalah orang yang 'desperate'!!!! Hahaha....kakzakie ingat ayat ni?? Nakal tau...

Ok, dah lama tak tulis pasal masak2 ni. Hari minggu lepas kakpb ke pasar besar kk, banyak betul ketam. Beli 3 ekor yang besar2 dapat harga RM20, itu pun beli dengan orang yang dikenali. Mulanya nak goreng macam biasa, tapi bosan pula. Nak masak lemak pun bosan juga. Merayap ke blog-blog orang, jumpa idea masak ketam percik. Terima kasihlah pada tuan punya blog, kakpb lupa pula nak save blog mana.



KETAM PERCIK
@blogsurirumah

3 ekor ketam, siang dan bersihkan
1 cwn santan pekat
3 sudu cili kering atau cili tumbuk
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 labu bawang besar
1 btg serai, di titik
sedikit kunyit hidup dan halia
garam dan gula

Tumis bahan kisar iaitu cili kering yg di mesin, bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar, halia dan kunyit.
Setelah naik baunya, masukkan santan pekat dan serai.
Masukkan ketam dan kecilkan api.
Masukkan garam dan gula.
(kakpb tak guna kerisek)
Bila ketam dah masak, bolehlah di angkat.

Anak dengan ayah dia memang suka sangat makan ketam tapi anak sikit, ayah yang lebih:)

Hubungi saya!!

Kepada >>>>NURAZIEMAH JAMIL atau Azie TeddyBear, sila hubungi saya secepat mungkin melalui email zana_fahmi@yahoo.com.my.

Selama ini saya cuba menghubungi kamu tapi gagal. Facebook kamu private, blog pun takde respon. Mungkin ini adalah jalan terakhir saya.

Jika benar kamu tidak bersalah, apa yang kamu takutkan dari saya? Saya tak ganggu hidup kamu sebelum ini. Saya tidak menyusahkan hidup kamu. Saya tidak guna wang kamu sesen pun. Saya tak pernah mesej kamu di facebook. Saya call kamu di handphone, kamu tidak angkat. Kenapa takut?

Jika kamu rasa bersalah, jangan melarikan diri. Nyatakan apakah kesalahan kamu. Jangan sampai saya bersangka buruk dan menuduh kamu yang bukan2. Berani buat, beranilah kamu menanggungnya.
Dosa pada Allah, kita boleh memohon ampun. Tapi dosa dengan manusia? Seandainya saya tidak dapat memaafkan kamu kerana kamu tidak mengucapkannya, bagaimana? Kamu mahu saya yang mencari kamu. Bila saya cari, kamu kata kamu boleh report ke pihak atasan kerana mengganggu tugas kamu. Saya tidak takut. Silakan.....nak report polis?

Betul, kamu boleh salahkan dia. Tapi, bertepuk sebelah tangan menjadi ke? Saya nak ingatkan kamu. Jika kita melakukan kesilapan, tak perlulah menuding jari salahkan orang lain. Buat diri saya, saya cuma muhasabah diri. Allah menguji keimanan saya, kesabaran saya, ketabahan saya. Tapi percayalah, sebagai manusia biasa kadangkala saya tewas dengan api kemarahan yang meluap.

Saya hanya perlukan kata maaf yang ikhlas dari hati kamu.