Pagi minggu, kami bersarapan di restoran Sri Rahmat (nama pun dah tau, macam dari semenanjung je...) baru ni aku rasa selesa sikit makan dan minum. Aku order murtabak ayam dan anak order roti telur. Suami pula nasi lemak.......hemm...dah la tak exercise, bedal nasi lemak pulak.......sedap juga murtabak tu cuma lain sikit kandungannya, banyak sayur kobis.....ada juga daun kucai. Bagaimanapun......aku suka....rotinya lembut, tak macam kat kedai mamak tu....
Lepas makan, bersiar2 sekitar bandar.......suasana macam jalan masjid india pulak rasanya. Singgah di kedai buku tepi jalan tu, ingat nak beli paper, rupanya pukul 11.00 baru ada. Nampaknya cerita dah basi, baru kita orang dapat baca. Kalau paper Sabah memang berlambak tapi susah juga nak tukar selera membaca ni.....nak beli majalah pun mahal gila....kalau mereka jual mengikut harga di majalah tu, tak kisah la, boleh beli tapi pekedai letak harga dua kali ganda. Contohnya harga sabah sarawak tertulis RM6.50 tapi dijual dgn harga RM11.50. Aku cerita ni, jangan pula ada org Sabah tak puas hati ye.....kesudahannya, aku tak beli.....mungkin aku akan langgan terus majalah yg aku minat tu, senang cerita....
Balik dari bandar, suami rancang nak ke Papar, rumah kawan dia, ada majlis kenduri kahwin. Kami belum pernah kesana dan tiada siapa yg konvoi dengan kami. Jadi, redah aje le......berpandu pada kad, tiada alamat lengkap, hanya Kampung Laut, Papar. Rupanya majlis di sini bermula seawal pagi, dari pukul 9.30 hingga 1.30 pm.
Sepanjang perjalanan, kami berpandu pada map di kad saje. Disebabkan tak pernah ke sana, kami tak sengaja meredah jalan lama ke pekan Papar, sedangkan jalan yg baru lebih senang dan dekat. Tapi ok jugak, sepanjang jalan tu kami boleh mencuci mata, melihat keindahan kampung, pokok2 hijau, rumah kampung yg unik dll.
Akhirnya sampai juga ke rumah pengantin. Selepas mengadap hidangan ayam masak apa ye.....macam goreng halia gitu....daging dendeng (aku rasa la...), sayur campur goreng dan pacri nenas serta nasi putih, kami jumpa sekejap kakak pengantin dan ayahnya untuk beri sedikit sumbangan. Apa yg boleh aku katakan, majlis disini lebih kurang sama dengan di semenanjung. Ada live band lagi........
Menghala balik KK aku rasa sekejap je.....ye la...tadi kan salah jalan....oh ye, dah lama sebenarnya aku nak tepek gambar rumah2 kampung di Sabah ni. Kebanyakannya rumah mereka tinggi2 belaka, boleh parking kereta dibawah rumah. Teringat pula masa aku di Johor (masa kecik2 dulu) rumah datuk2 saudara ku macam tu la........kakak tiri ku kata itu rumah orang Bugis. Kalau mengikut cerita mak ku, org dulu memang suka rumah tinggi2 begitu sebab banyak binatang buas seperti harimau, babi hutan dll. Aku ni pun ada darah bugis campur jawa tapi sayang.......sepatah haram aku tak boleh berbahasa bugis dan jawa. Bukan aku je.....malah mak aku sendiri pun sama.......
Sabtu lepas selepas hantar Aziz kerumah makcik (aktiviti dia bermain dengan anak makcik...) aku dan suami ke Centre Point, cari beberapa buah buku latihan Aziz untuk di rumah. Maklum la......dia takde tusyen dimana2, jadi kami kena beri lebih latihan di rumah. Akhir2 ni rajin pulak dia...........