my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Dafi dan Aziz


Hari lahir yg ke............

15hb Oct. yang lepas berlalu tanpa ada apa2 yg istimewa. Tiada hadiah dari suami dan sesiapa pun namun aku bahgia. Syukur dipanjangkan umur dan masih dapat menghirup udara segar dibumi ini.

Cuma menghadiri majlis rumah terbuka Kementerian Belia dan Sukan petang hari yang sama sudah cukup menghiburkan. Suami ku dapat jemputan drp abang ipar yg bertugas di sana. Bersama 30 lebih anak2 murid dia dan beberapa orang guru mengiringi dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak kementerian.

Sebenarnya aku tak bersungguh nak pergi tapi disebabkan anak ku yg beriya-iya, aku ikutkan juga. Setiba di sana, dewan dipenuhi dengan para jemputan. Makanan ada berjenis2 hingga tak tau nak makan apa. Aku layan Aziz dulu sebab dia lapar sangat, tak sempat makan balik dari sekolah.
Ada juga pembahagian duit raya drp menteri belia dan sukan untuk murid sekolah dan anak2 yatim yg di jemput. Aziz bisik padaku, dia pun nak juga duit raya sebab anak murid suami yg sama2 pergi tu naik kepentas, mana boleh dia tertinggal? Dia pun menyelit2 dicelah2 budak2 darjah empat tu...........kelakar pulak.....dalam ramai2 tu dia sorang yg kecil.
Aku dengar budak2 tu seronok sangat sebab dapat duit raya banyak..........RM20. Wah.....meriah betul.......Aziz je yg tak kisah sebab dia tak tau lagi nilai duit.

Sebelum tu, aku dan suami sibuk jadi jurufoto artis...........hehe......ada Dafi Af5, Heliza Misbun, Awal Ashari, Roslan Shah (jadi pengacara) dan mungkin ada ramai lagi artis tapi aku tak nampak. Banyak gambar Dafi je dalam kamera ku..........tu pun bukan gambar ku tapi suami. Sebelum ni dia mengutuk2 Dafi, sudahnya dia pula yang beriya2 nak bergambar.

Hingga 4 ptg majlis baru selesai. Di luar stadium putra bukit jalil, ada juga pentas hiburan drp artis2 berkumpulan yang baru. Kumpulan Sharp Shooter yang dianggotai oleh anak saudara ku pun ada. Boleh tahan juga dia orang punya persembahan.

Syawal....6hb Oktober.

Telah seminggu kita umat Islam meraikan idilfitri. Hari raya kedua, aku dah pun pulang kerumah daripada rumah mertua. Rindunya pada Tommy, kucing ku..........buka je pintu, terus dia mengiau pada ku dan suami. Agaknya dia pun tertanya2, manalah tuan aku ni menghilangkan diri?

Sewaktu tiba depan pintu rumah tempohari, jiran ku (bangsa India) terus datang jumpa dan menceritakan ada orang datang pukul 12 tengahari mengetuk pintu rumah kami. Katanya, badan lelaki tu penuh darah, menitik dari lif hingga kedepan pintu rumah. Dia tolong cucikan. Aku dan suami pun tertanya2, siapa agaknya yang mencari kami tu. Kalau nak kata saudara, semua orang tau kami pulang ke Kelantan. Kawan2 suami pun tau..........terkilan juga hati ni sekiranya dia dalam kesusahan. Tapi........kalau betul dia nak minta pertolongan, kenapa tak jawab bila jiran ku bertanya? Hingga sekarang, aku tertanya2 siapa orang itu. Atau dia saja berpura2 minta pertolongan, ada udang disebalik batu............

Sekarang, bila suami ku keluar kemana2, aku akan mangga pintu..........takut pula terjadi apa-apa. Maklumlah, aku selalu tinggal sendirian bila anak keluar bermain. Jiran depan rumah pun jarang buka pintu. Sebelum terjadi pekara buruk, lebih baik aku berjaga-jaga. Orang kata, ingat sebelum kena..........