my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Canopy walk Hot Spring

Aku update dulu entry di Hot Spring Poring. Sebenarnya ada 2 lagi tempat yang kami lawati untuk di kongsi bersama pembaca blog ku. Iaitu di Kampung Luanti, Sg Morali (berendam dengan ikan2 yang jinak) dan di Labuk Bay. Nantilah........sebab banyak gambar2 yang akan diupload untuk tatapan semua.
sempat posing walaupun termengah2

Canopy walk ni bukanlah pilihan ku tapi suami yang beriya2 sangat nak mencuba dayatahan diri dia. Aku ni bukannya larat sangat, maklum la berat badan dah berkilo2..........tapi...nasib baik suami tolong heret tangan ku masa mendaki tu. Muka dah naik merah padam, jantung berdegup kencang..........dah lama aku tak buat keje macam ni.......masa bujang dulu, bukan tak biasa aktiviti lasak ni............
tak lepas peluang rehatkan lutut yang nak tanggal rasanya.........

Dalam perjalanan keatas tu kami berkenalan satu keluarga dari Perak. Ramah betul mereka ni, datang bercuti dengan anak beranak serta emak dan bapa yang dah berusia. Terkejut juga aku bila makcik tu kata, suami dia dah 74 tahun...........tapi selamba je dia naik bukit tu......aku yang tak berapa nak tua ni...(huhu.....perasan muda lagi...) hampir pitam nak sampai ke atas. Nak termuntah pun ada..........
hanya 6 orang dibenarkan lalu, yang lain sabar menanti

Saat melalui jambatan gantung inilah yang paling aku tak suka. Aku langsung tak dapat menikmati keindahan panoramanya sepanjang melalui jambatan yang ada 4 laluan kalau tak silap ku. Dengan lutut yang menggigil, muka pucat lesi.............kalau la makcik dan pakcik dari Perak tu tengok, betapa malunya aku sedangkan dia boleh meniti jambatan tu dengan senyum manisnya...........
Aku ingatkan Aziz tentu menangis ketakutan.............rupanya tidak........dia pula sound dari jauh, lambat la ibu ni......(dia dah jauh tinggalkan aku dan suami di bawah)
masa suami ku jejakkan kaki dia kat sini, aku rasa melendut jambatan tu......(sebenarnya dia pun menggigil jugak....hehe...)

Bila dah nak sampai ke jambatan yang terakhir, barulah aku boleh tersenyum lebar. Seksa aku dah lepas...........takkan aku jejak lagi ke sini........turun dari Canopy walk, terus kami togok air kelapa.
Selepas bermandi peluh menempuh rintangan jambatan gantung tu, kami mandi manda dikolam air sejuk dan panas. Tak sampai satu jam, perut dah mula berkeroncong minta di isi. Sebelum bertolak pulang ke KK, kami singgah dikedai souvenir yang ada depan pintu masuk. Beli souvenir untuk kenangan dan terus bertolak pulang.
Sebelum sampai rumah, singgah sembahyang di Tuaran. Matahari hampir terbenam ketika kami sampai kerumah. Leganya rasa.............
Tu dia dua longgok baju kotor yang menanti untuk di cuci. Itu pun aku jimat2 pakai baju. Kalau tak, mau 3 plastik............

Sepilok.....melawat sedara mara.....

Seawal pagi kami turun dari bilik penginapan dan cuba dapatkan info tentang perjalanan ke Sepilok. Mana la tau sesat ke hape, kan dah buang masa. Masa makan orang utan ni dalam pukul 10 pagi jadi kami kena ada di sana waktu tu. Setelah bertanya pada beberapa orang, perjalanan kesana lebih kurang setengah jam saje dari bandar Sandakan. Tak sabar rasanya nak melihat gelagat 'kawan2' kita ni............

8.45 pagi kami tiba di sana. Pukul 9 baru kaunter buka. Tiket untuk dewasa murah je, RM5, kanak2 RM2 dan kamera RM10. Sebelum itu kami di hidangkan klip video dari pihak mereka. Kami di larang membawa makanan seperti botol air atau barang2 yang boleh menarik perhatian orang utan atau yang sama sepesis dengan dia. Jika ada berlaku apa2 'rampasan' dari 'kaum' ini, kami di minta memberitahu kepada pihak berwajib.


Sebelum masuk dalam, kami posing untuk kenangan. Ntah bila datang lagi............mungkin 2 atau 3 tahun akan datang......




Selepas sesi menonton video klip, jam hampir 10 pagi, kami terus keluar dan ketempat orangutan di beri makan. Cuaca panas terik, peluh menyimbah kebadan tapi tidak dihiraukan dek teruja nak melihat mahluk istimewa ini.




Tu diaaa.........orangutan pertama yang turun. Tak tau la dia ni tahap budak2 lagi atau remaja.





Pelancong2 sabar menanti dengan kamera canggih mereka.





Kelihatan seekor 'ibu' orangutan membawa anaknya ketempat makan. Dengar cerita, minggu lepas hanya seekor saje orangutan turun, pelancong bukan main ramai.........nasib mereka tak baik...........tapi masa kami datang, nasib baik ada 6 ekor orangutan yang turun. Katanya kalau mereka dah kenyang, mereka takkan turun sehingga petang.








Tengok tu......cute kan? walaupun berbulu lebat, tetap menarik perhatian kami........









Mereka dihidangkan susu dan pisang. Patut la kuat bergayut, hari2 dok melantak pisang.......









Bila dah kenyang, sekor2 beransur masuk ke hutan......










Lucu sangat bila tengok dia mencedok susu dengan cara begitu. Anaknya pulak, tak lepas tangan memeluk ibunya..............












Saat ni paling aku suka tengok............bergayut sambil dikakinya mengepit pisang.....










Tiba di satu tempat, dia berhenti untuk menyuap makanan pada anaknya. Betapa sayangnya dia..........kekadang aku terfikir, manusia yang berakal ni pun kekadang tak mau membela darah daging sendiri. Dibuang kat tong sampah, tepi longkang, tinggalkan anak dirumah tanpa perhatian dan macam2 lagilah............












Ni pulak............pendatang haram.....asyik kena halau dengan pekerja tadi kerana mencuri makanan orangutan mereka. Kesian pula aku tengok, tapi spesis macam dia ni berlambak kat sini. Lepas mencuri tu, boleh pulak dia bersila panggung atas tali sambil mengunyah pisang. Masa ni, riuh orang gelakkan dia.............tapi dia pedulik hape.....yang penting perut kenyang....
Lepas ni kami ke Labuk Bay pula, lihat monyet berhidung mancung!! kat sini paling best aku rasa.