Minggu lepas (hari khamis rasanya) kami menonton di pawagam One Borneo....jangan pandang belakang congkak......Aziz taknak tengok, tapi terpaksa sebab ibu dan ayah dia nak sangat......
Mula cerita aku tengok macam 'jangan pandang belakang' tapi bila tok bomoh mati dan 'pakcik' sebelah yang sakit nak mati pulak 'bangun', aku dah mula gelak sakan.....(Pie dah rupa mayat hidup aku tengok)
Rugi kalau korang tak tengok cerita ni...........sepanjang masa lawak je.....seramnya tah mana2. Sakit perut aku dan suami ketawa sampai lupa diri, tak hirau orang kiri kanan sebab tumpuan masing2 kearah skrin je.
Ceritanya simple, pemandangan kampung yang indah dan pelakon2 yang biasa berlakon dalam drama tv. Paling aku suka watak Lan Pet Pet ketika mengintai Zarina membasuh baju disungai. Cat Farish dan Shahizi (betul ke nama dia ni?) pun best, watak yang berbeza dari biasa. Begitu juga dengan pelakon2 lain seperti Den Wahab, Azli senario, Dina dan lain2.
Sape2 yang free tu........kena tengok tau....aku promote ni sebab memang best lawak mereka. Sampai akhir cerita tak boring.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Labuk Bay
Sambungan percutian di Sandakan tempohari................selepas mengintai orangutan di Sepilok, kami bergegas ke Labuk Bay pula kerana jam menunjukan 11 pagi, ada setengah jam untuk ke sana sebab 11.30 pagi masa untuk 'makan' binatang2 ni........

Sampai disana kami disambut oleh beberapa ekor monyet ni (tak tau jenis apa ni....lupa nak tanya pekerja disitu) cute betul dan nampak manja. Tapi bila ku tanya pekerja2 tu, mereka ni tak boleh dipegang sebab dia jenis liar. Bagaimanapun mereka takde la menggigit atau nampak ganas bila kita dekat.

Bulu dia nampak bersih je..............ye la....kaum2 ni kan rajin tolong bersihkan bulu kawan2 dia (cari kutu)

Inilah spesis yang jarang kita jumpa. Berhidung mancung dan cara bergayut pun lain sikit dari orangutan atau monyet. Aku nampak mereka ni terror melompat dari dahan kedahan. Masa kami sampai, mereka belum turun lagi. Ada 3 kumpulan disini dan masing2 ada ketua. Jika kumpulan dia diganggu oleh kumpulan lain masa makan, si ketua akan kejar hingga dia puas hati anak2 buah mengadap hidangan. Ketua duduk jauh sikit (jaga keselamatan.......bagus la spesis ni....boleh jadi security..), bila dah ok barulah dia join makan sama.

Entah apa yang menarik perhatian monyet2 ni, semuanya memandang kearah sana.

Dalam 3 kumpulan tu, aku rasa dia ni la yang paling besar. Itu dia duduk, kalau berdiri.......mau sama tinggi dengan aku.......

hehe....tengah bersidang apa tu?

lepas makan lepak2 dulu, minum air dan borak kosong kot.....

beratur nak masuk semula ke hutan bila perut dah kenyang

puas hati dapat tengok habitat monyet2 hidung mancung atau 'bekantan' (org indonesia panggil bekantan kalau tak silap bacaan ku)

Tamat sudah kisah percutian kami dua malam di Sandakan. Kemana pula lepas ni? Mungkin tak sempat lagi nak ke Kudat dalam tahun ni sebab puasa dah hampir tiba. Kalau dapat pergi pun mungkin dalam bulan syawal. InsyaAllah..........
Ikan kelah Kg Luanti

Di Ranau, kami bermalam di hotel Orchid. RM85, ok la tu.......dah letih, tak larat nak cari yang lain. Berdekatan hotel ada pasaraya dan kedai2 runcit. Kedai makan pun di bawah je....

Esoknya, 8.30 am kami dah sampai ke Kg Luanti, Sg Morali. Tak sabar nak berendam dengan ikan2 yang jinak ni. Aku rasa berdebar2 sebab aku tak pernah pegang ikan hidup2 seumur hidup aku. Banyak pegang ikan dah mati......hehe....mula2 masuk tu, terjerit2 jugak aku dibuat dek ikan2 ni.............tapi kalau aku tak gunakan peluang yang diberi 15 minit ni, rugi pula. Jadi terpaksa aku control rasa geli dan takut tu.........ku genggam makanan ikan dan selamkan tangan ke air...........berdesup2 bunyi dia menyedut makanan di tangan ku....eiii...best pulak....

kata si penjaga ikan, ikan2 di sini aktif pada waktu pagi.........betul la...........

tengok tu..............besar2, gemuk2 dan aktif betul ikan2 ni....walaupun aku nampak ada sesungut tapi ikan2 ni tak menggigit.
Langgan:
Catatan (Atom)