my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti goreng sardin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni pb dapat bersiaran awal sikit, kejap lagi kalau dah sinsing lengan baju, memang tak ngadap komputer ler. Dah dua hari anak mulakan sekolah, sibuk bukan main kita-kita ni ye? Macam lipas kudung, tambah pula anak pb tahun ni baru masuk sekolah agama. Jadinya pagi petang pb sibuk.

Ok la, taknak citer panjang, sterika dah on tu, kang kena sound dengan encik hubby. Disebabkan sekarang sekolah anak pb dah dekat, takde la pepagi nak meronda ke KK. Haii.....terperap kat rumah je le nampaknya...

Sarapan pagi ni dengan roti goreng sardin, simple je buatnya.

2 sudu cili kering
1 ulas bawang putih
1 tin kecil ikan sardin (ikan saja digunakan)
sedikit minyak masak
garam dan gula
Roti beberapa keping
3/4 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum (tak letak pun takpe)
sedikit kapur makan


Caranya:-
Tumis cili kering dan bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan ikan sardin dan hancur2kan.
Masuk gula dan garam.

Potong tepi2 roti supaya rata. Bahagikan dua.
Letakkan inti sardin dalam roti dan basahkan dengan air ditepinya.
Kemudian kelim/rapatkan tepi roti supaya bila digoreng, inti sardin tidak terkeluar.
Bancuh dengan air tepung beras, tepung gandum dan air kapur.
Panaskan minyak dalam kuali.
Celup roti dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat, makan panas2 tau baru sedap.




Ikan pisang-pisang goreng berlada

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pernah dengar nama ikan pisang-pisang? Pb seumur hidup, baru ni tau ada nama ikan pisang, peliknya tak nampak pun macam pisang. Rupa cantik, sisiknya halus macam ikan bawal tapi berwarna kekuningan. Rasanya.........lembut, kulit agak liat sedikit.

Kepala ikan pisang2 memang keras...

Cantik kan kulit dia? Macam corak baju je......ikan ni mahal sikit, beli 3 ekor yang sedang2 dalam RM18. Ok la....sekali sekala nak makan.

Pb tak tau nak masak apa sebenarnya. Hubby suruh kukus je, tapi takde serai pula dalam peti. Masa pergi pasar besar tak teringat langsung serai dah habis (bukan habis je, memang kontang dalam peti sejak balik semenanjung hari tu)

Jadi pb sapu garam dan kunyit hidup (sekarang ni amalkan kunyit hidup, bagus utk kesihatan). Goreng seekor cukuplah untuk makan tiga orang.  Pb masak goreng berlada je, takde idea dah masa ni.

Cili merah/hidup 3/4 batang (Kisar)
Bawang besar 2 labu (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Air asam jawa sedikit
Gula
Garam

Tumiskan bahan kisar, masukkan air asam jawa.
Bila hampir kering, masukkan gula pasir sesudu dua.
Garam jangan lupa.
Biasanya kalau masak ikan macam ni, pb tak kisar halus, kasar2 je.

Kita orang makan dengan sayur kacang masak lemak putih campur dengan udang besar......fuhh...sedap sangat.

Bersyukur dalam hidup ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Januari 2012, berlalu sudah 2011 meninggalkan kita dengan seribu kepedihan, kemanisan dalam hidup. Alhamdulillah, walau pb dan keluarga tidak mewah seperti teman2 lain, bersyukur dengan apa yang diberi. Lebih baik begitu, asalkan kita tidak meminta-minta, tidak mengambil hak orang lain, tidak menyusahkan sesiapa, itu sudah memadai.



Untuk entry pertama ditahun 2012 ini, saje pb sajikan gambar yang ada dalam simpanan. Bila tengok gambar si Mek ni (kucing kakak) rasa betapa beruntung hidupnya. Hanya tahu main, makan, tidur dan berak. Bila di dukung, taunya nak isap jari kita je, sampai kedalam tekak dia hisap. Jika dibandingkan dengan kucing lain yang terbiar diluar sana, Mek memang beruntung. Ada tuan yang penyayang, rajin mengemop bila dia buat perangai 'melabor' dalam rumah.


Tin ni pula hubby beli dihari tahun baru, katanya surprise untuk isteri (takde la surprise sangat, nak pujuk hati bini sebab hari tu tak dapat bawa balik dari kampung) Kiranya lepas ni, anytime boleh dapat tin ni di Sabah. Terima kasih la sayang ku, takde pun takpe, kalau ada lagi bagus kan?



Kesian tengok kaki kucing ni. Hampir menitik air mata kami.........sepeninggalan kami, takde tempat dia nak tuju agaknya. Makan menumpang rumah orang, kalau ada orang campak sisa makanan, ada la makan. Biasanya pb dan hubby yang prihatin kat dia. Bila kita takde, kurus kering jadinya.

Agaknya dia masih ingat pada kami. Sehari lepas pb sampai, esoknya dengar suara dia mengiau kat belakang rumah. Hubby pun buka pintu tapi dia tak boleh panjat, rupanya kaki dia sakit. Mungkin tersepit atau dilanggar motosikal. Kami sediakan makanan dan minuman, bakul untuk dia tidur. Untuk sementara ni kami biarkan dia 'melepas' belakang rumah sebab dia tak boleh bergerak dengan lincah lagi. Takpe la.......kesian dia.....

Entry kali ni pb cuma nak buat perbandingan antara Mek dan kucing jalanan ni. Betapa Mek bertuah punya rumah besar, bersih, terjaga makan dan minum, malah tempat membuang najisnya pun bersih. Bayangkan hidup kita seperti kucing ni? Siksanya hidup merempat, tiada saudara mara, tiada rumah dan harta. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Janganlah diputuskan hubungan keluarga yang dekat atau jauh. Jagai harta yang kita ada dengan baik dan kalau belum memilikinya, berusahalah untuk memilikkinya.

Tentang tin biskut tu pula, kita masih beruntung kerana dapat merasa, memiliki makanan yang sedap dan berkhasiat. Cuba tengok orang lain yang hanya dapat makan ayam dan daging sebulan sekali. Bayangkan kalau kita hanya makan nasi kosong dengan garam dan ikan kering (ikan masin pun mahal tau) atau telor goreng dengan kicap. Maka, bersyukurlah dengan rezeki yang kita miliki. Sebulan sekali tak dapat pizza pun apa salahnya.

Hidup ini kena banyak bersyukur. Jika tidak, kita menjadi manusia yang tidak pernah puas. Hasad dengki pasti wujud didalam hati melihat kesenangan orang lain.