my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

SeriMuka Pisang

Ya Allah, berdebu blog ni, tuan rumah punya la malas nak kemas. Apa dah jadi ni? Biasalah kan, mood menaip jatuh merudum. Gambar dah lama dalam draf, jadi pekasam. Minta maaf pada mereka yang jadi follower kakpb. Ada masalah yang kena selesaikan, masalah jiwa raga...hehe

Beberapa hari ni kk hujan lebat disertakan dengan ribut. Hari ni nampak cerah sikit, petang karang tak tau lagi.
Kakpb baru habis puasa enam. Punya la lama nak mengabiskan. Tergendala sebab minggu lepas kakpb demam selsema. Jadi tak larat nak puasa, sambung minggu ni.

Oh ye, kakpb jarang dapat blog walking. Rindu nak macam dulu, tapi apakan daya. Kena dapatkan tablet baru kot baru ada semangat berblog....hehe....macam nak je. Sejak tablet samsung kesayangan kakpb kena curi, kakpb jadi kurang rajin berblog. Apa2pun terima kasih pada silent reader, blogger2 dan kawan2 yang masih sudi baca catatan kakpb. Cuma sekarang ni kakpb kurangkan share gambar2 family. Kalau nak kenal kakpb lebih dekat, kita jumpa di instagram kakpb ye....@yangsetia 

Ok, entry kali ni pasal kuih serimuka pisang. Sedap sangat. Kakpb dah jatuh cinta dengan serimuka ni. Senang pula tu nak buat. Resipi drp YatieMemories terima kasih Puan Yatie.

SERIMUKA PISANG
@blogsurirumah
 
 Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.


Tak jemu makan tau....
 

 
Nak buat lagi lepas ni...

Kuih Bom Inti Kacang


Assalammualaikum semua, dah hari ke tigabelas kita berpuasa kan.....Alhamdulillah.
Sebenarnya, kakpb takut sangat nak buat kuih bom dan tak pernah buat pun. Tapi disebabkan bulan puasa, selera makan kita ni agak besar, itu nak ini teringin. Ini pun sebab inti kacang hijau hari tu ada simpan dalam peti ais, tu yang buat tu.

KUIH BOM INTI KACANG HIJAU
@blogsurirumah
sumber : Azie Kitchen


Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air 
Bijan secukupnya - untuk salut 

Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.







Serius masa goreng ni kaki kakpb dah pasang kuda2, takut bom meletop. Bila nampak kuih dah merekah sikit dalam kuali, hati ni dah gedebak gedebuk, bila la nak melompat keluar dari kuali.Tunggu punya tunggu sampai kuih masak, elok pulak tak meletop....haha....selamat.

Agar serikaya


Dah lama buat agar-agar ni. Selalunya kalau buat agar2 mesti fail. Tapi kali ni menjadi sangat. Suka tau!! Puasa ni boleh buat lagi....huhu....dalam kepala otak ni macam2 nak buat. Yang makannya dua orang, sedih. Anak bujang kat asrama, apalah yang dihidangkan di sana agaknya. Selalu kakpb pesan dengan dia, bersyukur je dapat makanan tak sedap pun. Masih ada juga terhidang.

Terima kasih pada MatGebu, jumpa resipi ni kat blog dia.

AGAR-AGAR SERI KAYA
@blogsurirumah
sumber : DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 gram serbuk agar cap burung layang2 (atau agar2 pilihan anda)
3/4 cawan gula (atau secukup rasa
1000 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca teh pes pandan (mat guna jenama "kupu2" dari Indonesia)
180 ml pati santan (boleh guna santan kotak)
1 putih telur
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan agar, gula, air dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan pes pandan dan masak sekejap lagi.
  2. Sementara itu, satukan santan dengan putih telur, secubit garam dan esen vanilla, kacau rata dan tuang ke dalam periuk agar2. Kacau perlahan dan biar mendidih. Matikan api, keluarkan daun pandan dan tuang dalam bekas kegemaran anda.
  3. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 beku.