my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Puding Karamel Tanpa Telur

Salam Sejahtera....

Puasa2 ni (puasa Rejab) tekak ku nak makan yang manis2. Dah lama tak buat sejak menetap di Sabah, rasanya baru dua atau tiga kali aku buat. Cari resepi yang tak guna telur, jumpa pula kat blog teman baru aku ni....Azita Zain (lupa la nama blog dia....terima kasih ye, walaupun resepi tu ambil dari sumber lain)

Tanpa buang masa........bosan menceceh banyak sangat, kita kongsi resepi ni....

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan A

2 sudu besar gula (utk gula hangus)

Bahan B

1 bungkus serbuk agar2 (7 / 8 gm) (aku guna agar2 peket je sebab takde agar2 serbuk)
4 cawan air
2 1/2 sudu besar gula (yang ni aku lebihkan sikit, manis baru la sedap kan? nama pun karamel)

Bahan C

1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu vanila

Mula2 tu hanguskan gula dulu dan tuang dalam loyang atau bekas ikut suka kita.
Didihkan bahan B dalam periuk.
Kecilkan api dan masukkan bahan C.
Kacau rata adunan hingga likat dan pekat.
Matikan api dan tuang adunan dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Simpan dalam peti sejuk baru sedap di makan!


SERIMUKA (NanaSham)

Salam Sejahtera....

Banyak2 resepi serimuka, resepi yang ni aku selalu cuba, cuma lebihkan sikit gula sebab kuih ni kalau tawar tak sedap. Tapi kalau taknak menanggung kencing manis, baik jangan lebihkan gula. Tawar pun tawar la.......

Terima kasih kat tuan punya resepi ni walau aku selalu guna resepi dia, aku belum kenal lagi tuannya. Tak kisah la........dia pun dah dapat pahala sebab share resepi kat sini....

KUIH SERIMUKA

Bahgian bawah:-

500 gm beras pulut
400 ml santan cair
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak

Bahgian atas:-

120 gm tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung (tak letak pun takpe)
140 gm gula pasir (nak manis kena lebihkan)
3 biji telur
480 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
300 ml air + 10 helai daun pandan untuk air pandan (biasa aku tak guna daun pandan, susah nak cari......guna paste pandan dan pewarna hijau je)

Untuk bahgian bawah (pulut) rendam pulut 10-20 minit dan toskan. Tapi biasanya aku rendam lama, kalau nak buat pagi esok, aku rendam belah malamnya.
Satukan semua bahan bahgian bawah kedalam loyang dan kacau rata.
Kukus selama 20-30 minit sehingga pulut masak dan keluarkan dari kukusan. Sejukkan.

Untuk bahgian atasnya, pukul gula dengan telur.
Masukkan santan, garam, air pandan dan kacau. Lebih senang semuanya masuk dalam blender. Masukkan juga tepung kemudian di tapis.
Lepas tu aku masak atas api yang kecil, setengah masak je.

Pulut yang telah sejuk tadi, ditekan2 hingga mampat. Panaskan dulu air dalam kukusan dan letakkan loyang tadi untuk seketika. Kemudian baru tuang adunan atas (hijau) ke pulut tadi. Kukus dengan api sederhana. Masa ni air penutup kukus kerap menitik ke atas kuih dan aku kerap buka utk buang airnya.

Setelah sejuk, baru di potong dan apa lagi? makan lerr....

gambar kali ni memang tak menarik sebab orang yang snap tu memang tak ada senifoto.......

Kamus idaman...

Salam Sejahtera....

Kalau aku diberi pilihan samada nak guna kamus buku atau kamus elektronik, pasti aku pilih kamus elektronik. Untung budak2 sekarang. Berbagai2 kemudahan disediakan, di cipta untuk menyenangkan mereka.

Sabtu lepas, kami melihat-lihat (jamu mata je, bila nak beli....tunggu dulu) kamus besta ni di One B. Canggih pula nampaknya. Mudah nak guna, tak payah selak buku nak cari makna sesuatu perkataan. Cuma taip je, tak sampai 5 saat, dah terjawab apa yang kita kehendaki. Ada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris.

Hajat hati macam teringin memilikinya. Senang untuk anak belajar guna kamus. Sekarang ni dia guna kamus biasa tu, terkial2 cari makna perkataan. Dah la tulisan kecil, susah nak baca. Nantilah, ada rezeki ayah dia, dapat juga nanti tu. Bagusnya kamus ni boleh bersuara lagi, nak dengar lagu pun boleh.

Sekarang ni kamus Besta sedang promosi produk dia. Walaupun offer, masih beratus lagi harganya. Tapi aku pasti berbaloi kalau memilikinya kerana kamus ni boleh digunakan sehingga anak2 masuk universiti. Tak rugi......