my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Percubaan pertama kali


Selama ni aku tau beli kat pasar malam je kalau teringin nak makan. Dah nama pun orang melayu, lidah melayu.....tentulah suka kuih tradisional.

Petang tadi, seharian tak kemana-mana. Ubi kat dapur tu dari semalam dok dalam plastik. Daun pisang masih ada dlm peti ais. Parut yg ku beli di Kelantan masih berbalut lagi, aku keluarkan dari almari. Lama sungguh tak guna parut style lama ni............kekok rasanya.....teringat masa sekolah dulu, selalu tolong arwah atok parut kelapa. Kerana itu saja kerja yg aku boleh tolong di dapur.

Sebelum tu, aku dah intai-intai resipi kat mana-mana blog. Hairan betul aku rasa.......lepat ubi ni rupanya takde guna tepung........ish....bengapnya aku ni.........

Tak puas hati, aku talipon kakak untuk kepastian. Dia pun tak mahir juga........hemm....dua kali lima lah ni.........tapi dia kata, mak pernah bagitau, kalau nak buat lepat ubi, kena letak tepung sikit........tepung apa, dia tak ingat pulak...........

Ahh......belasah je la........aku letak tepung ubi, sikit je.........santan sikit dan gula kena lebih. Tak manis nanti ada 'orang' komplen pulak.

Balut punya balut lepat......dapat la dalam 12 bungkus, banyak juga. Esok kan cuti...........lepat pun tahan lama kalau masuk peti ais..tak payah susah-susah cari sarapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)