my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Panas!!!

Rasanya ramai yg dah baca kisah Azizah Mahzan (pelakon) yg mencetuskan kontroversi berpakaian pengantin seksi dlm drama Spa Q. Dimana2 surat khabar, majalah, forum dan blog memperkatakan tentang kenyataannya yg aku sendiri pun tidak setuju. Bukan itu saje tapi gambar 'intim' dia dengan pelakun lelaki yg baru mencipta nama tersebar luas di internet menambahkan lagi 'kepanasan' kisah dia ni.



Kesian juga bila memikirkan pelakun berbakat besar ini. Dulu2 tak pernah pun ada cerita2 yg tidak elok tentang dia di akhbar atau mana2 majalah. Tambahan pula dia seorang ibu tunggal yg mempunyai anak dewasa. Bagaimana agaknya anak dan saudara mara menangani masalah ini? Mungkin dia boleh pekakkan telinga, butakan mata. Buat tak tau, lama2 orang akan senyap dan lupa.............tapi aku ada baca komen seorang guru dari Johor dan aku setuju apa yg di perkatakannya....



Azizah Mahzan perlu di kaunseling?


Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam dan sentiasa mengikuti perkembangan artis Malaysia, saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang Azizah Mahzan yang telah ditemubual oleh Pancaindera pada 15 Februari yang lepas.
Saya amat terkejut apabila membaca kenyataannya. Padanya seksi itu okey sebab tidak bertelanjang. Tidakkah dia tahu bahawa seksi yang dilakukan itu mendedahkan aurat. Dia juga menyatakan seksi itu bergantung pada bentuk tubuh badan. Bagi artis yang pendek akal dan dah terlalu moden itu ungkapan yang selalu digunakan tetapi 1,000 kali lebih bagus orang yang memakai jubah dan bertudung sebab dia menutup aurat yang patut ditutup berbanding dengan dia yang dah lupa aurat mana yang wajib ditutup.
Kenyataan Azizah Mahzan seolah-olah membenarkan seksi kalangan wanita. Saya takut kenyataan sebegini akan mempengaruhi pemikiran orang muda kita yang sentiasa menjadikan artis sebagai idola mereka.
Sebagai seorang guru saya mencadangkan agar artis sebegini wajar diberi kaunseling berhubung dengan agama supaya dia sedar bahawa rezeki yang Allah bagi atas sebab keseksian dia tidak akan kekal lama.



Terima kasih.
Guru prihatin, Muar, Johor





aku..............betul...betul...betul...(bak kata upin dan ipin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)