my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Dream World Resort part 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Sambung cerita semalam, jangan bosan ye kalau pb tayang gambar je. Buat rujukan teman2 yang mungkin akan bercuti di Sabah.

Sebenarnya abang ipar nak rumah yang kat atas ni (gambar belakang tu) tapi dah penuh. Kalau yang ni satu rumah RM500 dan boleh satu famili masuk, agak menjimatkan berbanding dengan yang kat bawah tu, satu rumah 2 bilik.


 Anak bujang pb yang jadi mangsa berfoto, kekadang sampai dia menolak, bosan agaknya.

Tempat menginap pb kat bawah tu, pepagi dah mendaki jalan ni semata2 nak ambil gambar pemandangan yang cantik ciptaan Ilahi. Tenang dan damai......


Bagi pb gambar ni paling cantik dalam simpanan pb. Walau dalam semak samun, terselah keindahan itu. Anak sedara pb yang jadi mangsa daddy dia disetiap sudut berfoto.




haha....anak hampir sama dengan ibu dia, tak lama lagi mendongak la pb......

 Ada jugak ikan dalam kolam tu, mesti best kan tinggal kat sini.......hari2 sejuk dan tenteram...




Western food dipagi hari, harga....nak kata berbaloi....boleh la. Kalau tak silap dalam RM14/RM16. Biasalah tempat2 macam ni...


RM10 untuk mihun goreng dengan sebiji telor rebus yang digoreng. Rasanya tak pedas langsung. Kena request cili padi jeruk pulak. Baru ada kick!!


Lepas sarapan pagi, plan ke Dairy Farm (betul ke tu? iye kot) Siap kemas kain baju dan tunggu masa driver abang ipar datang, baru kami jalan sekali. Tapi kan, mana2 pb pergi, begitu juga kakak pb, mesti ada kucing datang.


Kesian, bunting kali keberapa tah. Melompat dari rumah dia bila nampak pintu bilik kami terdedah. Ada telor dadar je dalam bilik kami, itu pun dia bedal. Tak cukup, meround lagi keliling katil kami.



Setakat ni dulu pb update. Tak larat nak tunggu kalau line slow macam ni.....
Ada masa nanti pb upload lagi gambar bercuti.
Terima kasih pada yang sudi komen, shout box takde sebelah tu, harap maklum.

4 ulasan:

  1. Ya Allah...indahnya alam ciptaan Tuhan. Damai dan tenteram je rasanya...

    Sy pun nak ke sana.

    BalasPadam
  2. Tenang dan damai melihat dan membacanya :-)

    BalasPadam
  3. Sangat best...one day i will b coming :)

    BalasPadam
  4. Memang best...
    I like pic no. 3 & 4... :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)