my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

HanTU kapCai

Assalammualaikum kawan-kawan yang di kasihi......ewah...macam tulis surat cinta pulak. Buat apa tu hari minggu macam ni? Kakpb bangun awal pagi sebab kebetulan sakit perut, terus solat kemudian lepas buat sikit 'amalan', on laptop sementara tunggu subuh.

Nak cerita ni semalam kan kakpb tengok wayang Hantu Kapcai. Best la ceritanya, tak bosan, asyik nak ketawa je. Orang tak ramai dalam panggung masa tu mungkin sebab cerita ni dah tayang daripada minggu-minggu lepas. Kakpb tak boleh tengok kalau anak bujang ada sebab 18sx. Heran juga kenapa 18sx, rupanya ada adegan yang tak sesuai untuk anak-anak. Adalah dialog yang agak 'nakal' dalam cerita tu. Tapi.....kalau dah tayang kat tv nanti, bebudak ni akan tengok juga kan?

Jalan cerita Hantu Kapcai ni simple je, disebabkan lakonan mantop setiap pelakon tu yang membuatkan cerita ni menarik. Terutama artis kesayangan kakpb la.....si Zizang tu....Remy Ishak...Fizz Fairuz dan lain-lain lagi. Kiranya dari awal hingga akhir tak menjemukan, tak kering gusi. Siapa yang stress kerja office, banyak masalah dalam kepala otak.....elok pergi tengok cerita ni (wah promote pulak, bukan dapat komisyen pun)

Jumpa lagi nanti ye......dan terima kasih yang sudi komen kat blog kakpb. Kakpb tak reply komen tapi kakpb pergi blog korang bila free. Lepas ni nak ke Gaya Street, saja jalan-jalan cari kerosang.

9 ulasan:

  1. Saya pulak teringin nak tengok filem Afdlin Shauki yg heroin dia Vee ngan Shidi.. Apa tajuk? "untuk 3 hari" kot klu tak silap. Itu je yg saya teringin nak tengok tapi tak de gang nak pegi.

    BalasPadam
  2. wah..ada juga dialog ynag agak nakal ye?

    BalasPadam
  3. ee berjalan jek tau puan surirumah ni.. grrrrr

    BalasPadam
  4. Selalu juga akak tonton di pawagam yek..

    Asyik berjalan je, jealous saya.. :)Jangan lupa belikan satu keronsang untuk Nur.. (gurau je..)

    BalasPadam
  5. nak try tengok la :)

    BalasPadam
  6. anak2 sibuk mengajak...best citer ni kak

    BalasPadam
  7. erk...bunyi mcm best je..dah bertahn tak g tgok wayang..tingin aaa..

    BalasPadam
  8. kita nak tunggu cd jer.. memang tak sabar nak tengok, hehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)