my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Beli secara panik?

Tak pernah2 kakpb update blog belah malam. Pagi tadi dah ada idea nak tulis tapi disebabkan kes Lahad Datu beberapa minggu ni kecoh, mata kakpb tertumpu pada berita-berita saja. Cikgu fahmi dan kawan-kawan dia lebih lagi runsingnya. Dah la nak kesekolah kena naik bot, takde pengiring pulak tu. Kalau sekolah di LD di tutup sementara, Pulau Gaya pula masih bersekolah seperti biasa. Sedangkan di sanalah ramai kaum filipina.

Malam semalam kakpb keluar lepas maghrib. Kononnya nak cari barang-barang yang kami terlupa nak beli. Nak beli kicap, tepong, gula atau beras. Biasanya kami shopping berdekatan dengan rumah je, pasaraya Survey. Sini memang pilihan kami kerana semua ada, berpatutan harganya. Masuk je selekoh kat Survey tu, kakpb dah nampak troli2 tak banyak depan pintu masuk. Kakpb agak mesti orang ramai dan nampak dari luar memang sesak gila. Rupanya kawan cikgu fahmi pun ada pergi, katanya beras habis malam tu.

Kita orang tak jadi masuk, cikgu fahmi kata kita pergi Sunny la.....supermarket juga, dekat dengan Tanjung Aru. Pun orang ramai, beratur panjang, tak sanggup nak ngadap. Telinga kakpb dengar owner supermarket tu kata, kami nak tutup awal malam ni. Dalam hati kakpb takkan nak tutup? Baru pukul 7.00 mlm. Mesti dia orang ni pun panik sebab kes LD tu.

Keluar dari Sunny, kami pergi Kepayan, kedai cina ni biasa kami pergi jika terdesak. Besar juga kedainya walaupun burok. Ya Allah....kat sini pun ramai juga yang berbelanja. Pelik juga kakpb, kenapa semua orang beli barang penuh troli? Mungkin mereka ni risau, takut terjadinya darurat. Jadi mereka beli makanan untuk di simpan ketika sesak. Kakpb beli juga tapi taklah sampai penuh troli.

Kes LD ni buat anak bujang kakpb risau sepanjang masa. Kejap2 dia tanya ayahnya, apa perkembangan sekarang. Takutlah nak pergi sekolah. Ibu cuma boleh pesan, pandai-pandai jaga diri bila ibu dan ayah takde bersama contohnya ketika di sekolah pagi dan petang.

Harap2 semuanya akan berakhir dengan cepat dan tiada lagi korban samada di pihak kita atau mereka.

7 ulasan:

  1. assalam kak pb
    Ya Allah kak, itulah kan setiap masa nak tgk berita tv utk tahu perkembangan disana.
    Sentiasa jg berdoa semoga akan segera berakhir dgn tiada lg yg terkorban

    BalasPadam
  2. Semoga akak sekeluarga n semua yg kt sn selamat.sama2 la doa semoga cepat berakhir benda ni.

    BalasPadam
  3. as salam...salam kenal...follow me back ok..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak Zana, baru saya tahu disana ramai betul org filipina ni..semoga semuanya berakhir dgn segera tanpa kehilangan nyawa lagi hendaknya..

    BalasPadam
  5. KakPB...tgl area mn..mmg kita org d kk wlu jauh dr ld tp risau jgk kan...org ramai mmg soping brg dapur since ahad tu lg..tp sy x berani kluar rmh wik n..brg2 dapur byk jgk masi tu..smlm beli d pekan mgtl mmg byk masi stok beli d kedai runcit kecik2..asben kakPB mngajar d pulau gaya tu mmg la mmbuat hati risau gusar ragu2..d ctu byk org2 pTI..b k ful ya..knp x mnta dgn Jab pljrn..request pngiring polis..bhaya jgk tu

    BalasPadam
  6. Oh...duk area sana ke...moga ok dan selamat ye.

    BalasPadam
  7. sebak saya membaca entry Kak PB ni, Ya Allah.. peliharalah... Aminnnn.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)