my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bingka Pisang (bakar)

  Kakpb dah pun balik dari semenanjung, ada yang cari tak? huhu perasan betul orang cari kita.....
Macam-macam kisah dan kejadian yang kakpb alami bila jumpa emak, kakak, abang dan adik. Begitu juga mak saudara yang tak sihat tu. Lucu dan sedih bercampur gaul. Begitulah namanya kehidupan. Kalau tak mencabar, tak menarik pula hidup ini kan?

Kakpb rasa mana-mana blog mesti update tentang MH370 yang tidak kembali. Balik semalam kakpb naik Malindo Air, gerun juga rasanya tapi kakpb tawakal saja. Masuk dalam perut kapal terus baca doa naik kenderaan. Baca suratkhabar Metro dengan mata yang mengantok sebab 4 pagi dah bersiap ke Putrajaya Central. Naik train ke KLIA, senang.

Bergenang airmata dan sebak didada bila baca kisah mereka yang ditinggalkan oleh penumpang dan kru kapal MH370. Kakpb duduk seat 9B, diapit oleh seorang gadis dan lelaki cina yang baik hati. Airmata nak menitis ketika menatap gambar dan membaca luahan hati mereka tapi kakpb seka airmata supaya tidak gugur. Malu pula. 

Malindo Air cuma hidangkan makanan ringan, biskut dan air kosong. Diet sungguh ye? Bagaimanapun lepas tertidur beberapa minit (lelaki cina tu tolong ambilkan biskut kakpb...hehe) kakpb bedal juga biskut tu. Perut lapar sebab tak sempat makan apa2 di airport. Sampai KK, dengar berita kapalterbang Malindo yang beroperasi di Subang ada kebakaran sedikit katanya. Alhamdulillah.....takde masalah ketika kakpb naik jam 7.45 pagi.

Oklah....tutup cerita atas. Kakpb update pasal bingka pisang yang kakpb buat sebelum balik hari tu. Sempat makan beberapa ketul je. Selebihnya cikgu fahmi yang habiskan.....

Agak tidak menarik bahgian atas tu sebab kakpb tak tabur bijan. Malas punya pasal. Lagi pun lepas on oven, kakpb tinggalkan bingka ni sendirian dirumah....hehe...pergi shopping kejap!!

 Cubalah buat, gerenti sedap!!



Kuih Bakar Pisang@ Bingka Pisang
@blogsurirumah
(Sumber : Inspirasiku)http://dzana
Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. byk ni coz sy suka pisang.. klau tak suka boleh kurangkan...
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*


Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt


 

4 ulasan:

  1. Alamak kak zana, nampak sedap sangat kuih bingka tu. Kalau berjiran, kc dengan tak malunya mintak seketoi dua. Hehehe.

    BalasPadam
  2. Janji sedap zana... rupa belakang kira ehe :)

    BalasPadam
  3. Kalau kakak biasa buat pun tak tabur bijan Zana. Kalau bingka pandan yg hijau tu baru kakak letak bijan.

    Sedaplah kalau cikgu Fahmi makan sampai habis..

    BalasPadam
  4. nampak macam best je kak PB..kita suka makan ubi...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)