my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Kaswi kegemaran

 

Salam semua. Cuti sekolah ni tak sempat nak update blog hari-hari. Ni pun tergesa2. Kakpb buat kaswi ni dari minggu lepas lagi. Gambar dah masuk draf. 
Minta izin KakWan ye, kakpb copypaste resipi kedalam blog ni. Terima kasih kerana sudi share. 


KUIH KASWI
@BLOGSURIRUMAH

Bahan A

1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan C
Kelapa parut dicampur sedikit garam

Loyang 9" atau acuan lompang

Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.

kakpb memang tak pandai buat kaswi, selalu tak menjadi. kali ni buat pun hampir2 tak jadi tapi bolehlah makan dan ada rupa...hehe


 

Silap kakpb biarkan adunan dalam bekas lompang sementara satu kukusan atas dapur. Jadi adunan tu mendak kebawah. Bila kukus, kakpb tengok kenapa kuih ni macam tak masak2 dah setengah jam....haha...rupanya.....nasib tersedar. Kukusan yang pertama menjadi, tulah gambar diatas tu.

Lepas ni kalau buat lagi, dah tau dah, tuang adunan dalam mangkuk lompang dan terus kukus, jangan dibiarkan mendak.


Kawan2....maaf ye kakpb lama tak blogwalking. Update pun tak sempat sejak cuti sekolah ni. Anak guna komputer berjam2, sibuk pula ada anak angkat dua ekor tu. Nanti kakpb update pasal bercuti di Labuan dan kisah Jebat dengan Messy!!

2 ulasan:

  1. Salam Zana..
    uihh....bulan puasa ni msti byk jual....errmmm...
    follower #833

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)