my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Biskut Samperit Pandan yang perit dibulan puasa

Lamanya tak update blog. Kakpb kurang sihat seminggu dua ni. Lepas satu, satu lagi penyakit datang. Sakit kaki, sakit bahu, demam, selsema dan macam2 lagilah. Tak apa....sakit itu kan penghapus dosa kecil kita. Redha je laa.....

Dalam pada tak sihat tu, masak tetap memasak. Buat kuih raya lagi....hehe...dah tak balik kampung raya ni, kenalah ada kuih raya dalam balang. Nanti kawan cikgu fahmi datang, malu pula takde kuih raya.

Kakpb buat biskut samperit pandan ni dah dapat 2 botol. Ingat nak bagi mertua dengan emak sendiri. Satu adunan boleh dapat sebotol besar. 
Ada kisah disebalik samperit ni tau. Masa kakpb dah siap terap2 atas loyang, tetiba takde letrik!! Adui....bukan setengah jam, dari pukul 11.30 pagi hingga 3 petang tau. Naik angin dibuatnya bulan puasa ni. Sudahnya adunan samperit kakpb tu jadi keras. Sampai merah2 tangan meneran acuan tu. Susah sangat, kakpb tambah sikit susu cair dan adun semula. Sabo je.....

Resipi kakpb ambil dari KakWan kita tu. Memang suka sangat resipi dalam blog dia, terima kasih ye.


menunggu karen yang tak kunjung tiba :)

BISKUT SAMPERIT PANDAN resipinya di citarasawan

5 ulasan:

  1. ya ke...syafakallah kak




    hntr la sebalang kuih tu ke sini ;-)

    BalasPadam
  2. Dlm pada tak sihat rajin juga zana ni ye. Cepat sembuhlah Zana - dah makin dekat raya ni..

    BalasPadam
  3. 1st time tgk semperit hijau kak...heheheh!

    BalasPadam
  4. Rajinnya akk. tak sihat pun gagah jugak buat kuih raya..

    BalasPadam
  5. Sedapnya biskut. Pasti puas hatikan akak bila dapat buat biskut untuk raya dari hasil tagan sendiri ;-)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)