28hb Mac2015 kami sekeluarga telah kehilangan seorang keluarga yang dikasihi. Adik ipar (suami adik) telah pulang ke rahmatullah kerana kemalangan.
Pemergian arwah tak dapat kakpb hadiri. Hanya mendoakan dari jauh, moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Untuk adik kakpb pula, kakpb harap dia kuat dan tabah menghadapi dugaan yang berat ini. Allah menduga hambaNya yang dikasihi....
Mudah-mudahan selepas ini segala urusan duniawi berjalan lancar walau perit menanggungnya. Kakpb faham. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kita hamba yang lemah. Namun jangan mudah putus asa, redhakanlah.....insyaAllah ada hikmah disebalik kejadian.
Al-fatihah...
Salam Takziah buat kak zana sekeluarga, AL Fatihah .
BalasPadamTerima kasih AJ
PadamSlm takziah buat Zana sekeluarga,Al-Fatihah
BalasPadamsalam takziah, kak..
BalasPadamAl-Fatihah...
Terima kasih Sari 😘
Padamsalam takziah kak... moga adik kak pb redho & tabah hendaknya...
BalasPadamInsyaAllah...mudah2an dia redha n sabar.
PadamAlfatihah. takziah buat kak pb sekeluarga. saya sendiri pernah kehilangan adik ipar (sebelah saya) dan biras (sebelah suami). pergi dalam usia muda dan pastinya mereka yang ditinggalkan..anak2 saudara tu yg membuatkan kita rasa sayu.
BalasPadamT.kasih Anim...itulah yg buat kita makin sedih...
PadamMudah2an mereka pandai bawa diri
Al fatihah
BalasPadamal fatihah,salam takziahh
BalasPadamAl-fatihah..salam takziah unt akk sekeluarga
BalasPadam