Semalam, kakpb dan cikgu fahmi pergi klinik kesihatan untuk melihat keputusan darah kami selepas 2 minggu. Orang tak ramai, lega.
Alhamdulillah, keputusan darah kakpb tiada masalah kritikal. Cuma kolesterol agak tinggi, 6.7 sepatutnya 5.2. Hah...kena kurangkan berat sebelum check up sekali lagi, 6 bulan akan datang. Doktor dah bagi kaunseling semalam. Kena cari susu omega dan oat untuk menyerap kolesterol. Sebenarnya dah ada pun oat kat rumah tapi begitulah hasilnya.....hehe...takde disiplin. Minum Lishou Magic pun tak turun juga kalau kita tak boleh kontrol diri untuk tidak makan telor, makanan bergoreng dan sebagainya.
Doktor suruh jogging, berenang dan berbasikal. Ya Allah....berenang dan berbasikal tu jangan haraplah nampak gaya. Sah-sah memang tak mampu nak buat. Naik basikal pun tak pandai.
Bagitau doktor, dalam rumah dah ada mesin untuk jogging. Doktor senyum je.....jogging dalam keadaan beraircon, mana nak berpeluh?
Jadi, pagi ni dan semalamnya kakpb dah mula berjalan kembali sekitar kawasan taman perumahan ni. Sambil berwhatsapp (nak juga tu) sambil snap foto belakang rumah. Nyaman je sedut udara pagi. Ada share di IG.
nota kakpb: paling tinggi kolesterol dalam kuning telor, 1480...ambik kau!!
kedua tinggi telor itik, 850....baru semalam makan telor masin...muahaha!!
ketiga tertinggi, otak khinzir...800..huhu..
cikgu fahmi? ada masalah sikit :(
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Di syaki darah tinggi
Pagi tadi pergi klinik kerajaan kejap.....bagusnya, orang tak ramai. Pukul 7.30am masuk terus ambil nombor. Punyalah lama tak ke klinik, sampaikan tak reti nak tekan mana kat kaunter tu. Dah berubah benar sekarang ni......dulu kena beratur ambil nombor dari kakitangan di situ dan tunggu dia panggil. Sekarang tunggu dia panggil juga cuma tak seteruk macam dulu.
Sekarang dah ada http://www.idaftar.my/ senang sangat. Nak pergi esoknya, malam sebelumnya boleh booking pukul berapa nak datang. Waaaa.....cakap kat cikgu fahmi, senang la awak nak mc ye? Jadi tadi pekerja tu terus bagi nombor bilik 10 untuk yang guna idaftar ni. Kiranya dia tolong kasi cepat sikit.
Siapa yang darah tinggi? Bukan kak pb....tapi hubby yang darahnya tinggi. Patut ler asyik pening kepala....gatal2 kulit dia tu setiap hari telan ubat. Mungkin kena pantang makan udang dan sotong, kerang lagi la tak boleh. Minggu depan doktor nak check lagi......kena berpantang ler awak!

Langgan:
Catatan (Atom)