my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label cabaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cabaran. Papar semua catatan

Coretan pedih..

Salam Sejahtera....

Beberapa hari lagi saje kami akan berangkat pulang ke negeri di bawah bayu. Tak sabar rasanya nak jumpa arnab kesayangan ku dan paling penting tak sabar nak jengah peti ais, dapur, bilik tidur dan semuanya. Rindu yang teramat sangat........

Bukan aku tak seronok tinggal dengan mertua dan mak sendiri tapi........ntah kenapa aku lebih selesa di rumah sendiri walaupun rumah tu bukan rumah kami. Aku rindukan privacy, maklum saje kalau dah ramai2 satu rumah, macam2 hal terjadi. Orang kata 'jauh bau wangi, dekat bau?'. Macamana pun aku takkan simpan dalam hati apa saje yang berlaku samada di sengajakan atau tidak. Begitu juga dengan aku dan keluarga kami yang kecil ni, mungkin ada menyinggung perasaan orang di kampung, maaf kami pinta. Bukan niat untuk menyusahkan sesiapa, lebih2 lagi adik2 ipar ku yang mungkin tidak selesa dengan kehadiran kami yang agak lama dikampung.

Kadangkala aku terasa hati juga, bila aku ada di rumah, ada yang duduk dalam bilik mengurung diri. Bertembung muka pun buat bodoh je.......apa yang boleh aku buat, sabar je la.....aku kena jaga hati suami dan mertua. Biar pun pedih, ku tolak ketepi perasaan itu demi menjaga hubungan baik mereka anak beranak. Pernah juga mengalir air mata ku ketika didapur bersendirian bila memikirkan hal2 sekecil begini. Aku taknak benda kecil jadi besar lalu ku biarkan bagai angin lalu. Moga bila kami jauh di rantau, mereka yang 'kurang suka' dengan ku akan rasa lega dan mungkin bila aku tiada di mukabumi ini barulah mereka akan sebut dan terkenang apa yang aku pernah beri dan buat untuk mereka.

Aku tak minta balasan!! Apa yang ku harapkan, sekadar menganggap aku ni sebagai kakak sulong mereka. Walau aku tak berpelajaran tinggi tidak semestinya aku akan begini selamanya. InsyaAllah, tuah manusia siapa yang tahu?

Aku tau, orang memandang rendah pada ku. Tak kisah la.......mungkin itu anggapan salah ku. Kalau turutkan hati, aku rasa nak curah semua rasa hatiku dalam blog ni tapi........apakan daya, apa yang tersirat di hati tak sama dengan apa yang kita coretkan. Susah untuk di luahkan, hanya Allah yang tahu.

Biarlah berlalu segalanya bila kami pulang ke Sabah. Untuk seseorang yang cuba lari dari ku, fikir2 la.......jika satu hari nanti kamu berada di tempat kak zana, kamu akan rasa bagaimana sakitnya. Sekarang ni kamu masih muda remaja dan mungkin tidak memahami tapi jangan fikir yang semua orang akan ada di samping kamu selamanya.

Mungkin satu hari nanti kamu akan mencari kak zana. Siapa tahu?

Aktiviti membosankan

Memandangkan tiada aktiviti wajib yang boleh ku lakukan, aku turun ke laman rumah untuk mencuci kereta kami yang dah hampir 'karat' pada pandangan ku. Dah lama aku tak buat kerja2 macam ni.........dulu, masa bujang2 aku akan lap kereta 'kancil' ku sebelum ke tempat kerja. Orang perempuan ni (pada aku la) kalau ada harta, dia akan sayang macam dia sayangkan diri dia. Bukan la nak kata orang lelaki tak sayang dengan harta benda mereka, cuma orang perempuan lebih perihatin...........

Tapi.......lepas lap kereta, hujan pun turun...............nasib baik ada bumbung......


Seminggu dua ni aku tak dapat tengok af.........frust jugak ni.....celcom 3G pulak kekadang boleh tapi kerap putus2. Hangin satu badan dibuatnya.........dah la nak memasak tak boleh, tv takde astro........intenet....kejap ada, kejap takde.......
Kat depan rumah tu ada kedai makan (katanya org semenanjung), ada wi-fi.......apa lagi....bila sarapan pagi di sana, kami angkut laptop sekali. Best juga makanan yang di jual di sini......ada nasi dagang, nasi lemak dan lain2. Tapi........kalau hari2 makan di kedai, bosan juga.....

Menumpang rumah kawan

Ketika ini aku sekeluarga menumpang sementara di rumah kawan suami yang belum di sewakan pada sesiapa. Nasib baik dia ada rumah kat sini. Syukur sangat2 dengan bantuan dia. Walaupun jauh sedikit dari bandar KK, tak kisah la.

Disini, ada juga kedai2 makan dan kedai runcit sebab majoriti yang tinggal di sini adalah pelajar2 universiti dan ramai jururawat, apa yg ku nampak la. Depan rumah kami, bebudak bujang, sebelah pulak anak2 dara..........kekadang tu bising gak bila si bujang2 ni pasang lagu kuat2. Takpe la.......lebih dari ni aku pernah merasa......

Dalam keadaan begini, nasib baik ada kakak, adik, kawan2 talipon bertanya khabar. Rasa terharu pula, walau mereka tak dapat membantu, sekadar dengar suara pun dah cukup bagi kami. Sejak beberapa hari ni, aku selalu mimpikan mak, mimpi yang sedih2, mimpi yg menakutkan la.......sampai suami ku kejut, baru tersedar.......Ingatkan aku menangis dalam mimpi je.......rupa2nya menangis betul2.....Agaknya terlalu memendam perasaan, tu yang sampai terbawa2 dalam tidur. Sebenarnya aku jarang bermimpi. Kalau ada pun selalunya cerita2 yg mengarut je.......kali ni mungkin aku rindu sangat dengan famili di semenanjung agaknya, bukan 'agak' lagi.......memang confirm....

Balik pada menumpang rumah kawan tadi, di rumah dia ni aku rasa selesa walaupun terpaksa cuci baju dengan tangan. Barang2 kami sudah di hantar kerumah baru yang bakal kami sewa. Barang dah masuk, orangnya belum. Lebih kurang dua minggu kami terpaksa hidup macam orang bujang. Aku tak kisah, asalkan 'tuan rumah lorat' tu tak ganggu keluarga kami.........

Cabaran hari pertama suami

Dah lama rasanya aku bercuti menggosok baju, mengilat kasut, masak tengahari dan sarapan pagi. Pagi ni, suami kena melapor diri di sekolah baru dia. Selepas subuh (di Sabah, dari subuh hingga ke pukul 7.oo pagi terasa lama betul) aku terus menyelongkar barang2 dalam beg. Cari kemeja, stokin, sapu tangan, tai (rupanya dlm kontena lagi, terpaksa pinjam pakcik punya)

7.30 pagi, suami memandu ke jeti sendirian. Sebenarnya kami tak tau pukul berapa perjalanan bot ke pulau. 8.30 tadi, dia call, ada problem sikit katanya. Rupanya, bot pukul 7 pagi dah terlepas, kalau nak naik lagi kena tunggu pukul 11 pula. Takkan nak tercongok kat jeti sampai tengahari kan? Aku cadang dia telephone jpn, minta nombor telifon sekolah tu, tangguh hingga minggu depan baru pergi sekolah. Banyak lagi urusan tak selesai. Nak cari rumah sewa lagi, sekolah anak belum daftar. Hai......berserabut kepala otak....