my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label kuih frozen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih frozen. Papar semua catatan

Donut Keledek Oren

Salam semua. Cuti 3 hari ni kemana agaknya ye? Mesti ramai yang balik kampung atau jalan-jalan makan angin. Kakpb tak kemana pun. Cuaca pun hujan je setiap hari. Kalau nak ketempat yang berbukit atau gunung Kinabalu, risau pula banjir dan tanah runtuh. Lepak kat rumah, masak, makan dan tonton tv atau wayang di panggung saja.

Tadi sempat selesaikan keledek oren yang dah seminggu terperap kat dapur. Donut keledek pilihan kakpb selepas cekmek semalamnya. Kembonglah perut melantak keledek je beberapa hari ni......

Sebenarnya kan......masa kakpb goreng donut ni, gas habis kauuu!! terendam sekejap donut gebu2 tu dalam kuali. Cepat2 kakpb on dapur Frico, panaskan kualinya dan alihkan donut kedalam kuali satu lagi. Sementara cikgu fahmi pergi beli gas, donut pun dah habis goreng. Saja buat lebih untuk frozenkan, senang bila2 nak makan atau ada tetamu dah ada kuih nak dihidang.

Donut keledek ni memang lembut gila. Dari semalam lagi kakpb dah tertangguh nak buat sebab kesana kemari. Teman anak bujang ke klinik bola dia je dah 2-3 jam, balik rumah dah 10 mlm, mana larat nak mengulinya? Tu yang pepagi tadi sebelum pergi pasar, kakpb uli dulu. Lepas tu tutup dengan kain basah. Lama jugalah tinggalkan, dalam 2 jam gitu. Balik dari pasar terus kepal2 dan canai.

Mulanya kakpb merayap dapur Ayu Singapore. Resipi asal dari Kak Wan dan diolah semula oleh K.Nor SecubitGaram. Terima kasih semua2nya kerana memberi panduan dan resipi yang cukup sedap, gebu dan tak jemu bagi kakpb.

DONUT KELEDEK OREN
@blogsurirumah

 Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
         ~
minyak 
gula castor secukupnya

 Cara-cara :
Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
Angkat dan toskan. 
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.

Ni je goreng untuk makan tengahari tadi, lain2 dah masuk peti ais.

Pau inti Kacang Hitam

Salam sejahtera semua....

Sebenarnya kak pb nak update dari semalam lagi tapi encik hubby guna sepenuhnya pc ni. Dari tengahari sampai petang dia guna. Bila malam, tak larat nak ngadap pc lama-lama. Tak kemana-mana pun semalam, baca suratkhabar (itu pun tak katam) tengok tv, buat kuih pau.

Bila baca ruangan gossip di suratkhabar semalam, menyampah pula kak pb dengan sorang wartawan ni. Ada ke patut dia kagum dengan artis yang bercinta, tidak jalan bersama dikhalayak ramai? Tolonglah gunakan ayat yang lebih sesuai. Kalau kagum dengan keindahan yang Allah ciptakan di mukabumi ini ke.....kagum dengan kelunakan orang membaca ayat suci alQuran ke.....boleh la kak pb terima. Maaf kalau ada yang tersinggung, sekadar pendapat sendiri.

Beralih kita macam biasa, tayang kuih pau yang kak pb buat petang semalam. Resipi dari Yani@myresipi ni memang lembut sangat paunya. Kalau tak silap dulu pernah buat tapi ikut seratus peratus macam Yani. Kali ni kak pb guna tepong lain pula. Menjadi juga dan terima kasih banyak ye Yani.......share kat sini resipinya untuk rujukan kak pb.



PAU (inti kacang hitam) 
@blog surirumah
sumber: yani@myresipi

Kak pb buat 2 adunan sebab nak frozen, senang kalau tetamu datang.
Dapat 19 biji semuanya. Setiap satu 50 gm.

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 300g tepung gandum - kak pb guna tepung Hong Kong
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk. 
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.(kak pb cover dengan towel untuk mengelakkan air menitis)

Lepas uli-uli, kak pb letak besin pau yang bertutup di tempat yang agak panas. Tinggal kejap pergi beli pisang goreng, lapar.....hujan petang semalam. Kak pb bulatkan adunan tu agak besar juga, kenyang makan sebiji. Hantar rumah orang sebelah 6 biji, lebihnya masuk peti ais, kukus semula bila nak makan, senang. Suka sangat buat pau bila dia naik cantik dan gebu, lebih-lebih lagi kalau guna tepung Hong Kong sebab nampak putih bersih. Inti pula ada yang kak pb letakkan sardin bersama kentang (lebihan buat karipap hari tu)

Alaaaa....lupa nak snap gambar isi dalam pau. Nak kukus pagi ni takde gas pulak!! Macam nak suruh kita cuti masak je.....sebab encik hubby sekolah pagi. Lori gas tak pasti ada lalu atau tidak. Makan maggi kot hari ni, sekali sekala apa salahnya kan?

CUCUR BADAK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Kenal ke dengan kuih ni? Hilang akal la kalau tak kenal, kan? Budak2 muda mungkin tak berapa mengenalinya tapi orang-orang lama..........kuih ni la ramai peminatnya.

Pb cuba cari kat pakcik google tapi tak dapat info tentang asal usul kuih ni dinamakan cucur badak. Mungkin orang dulu-dulu ada sebab bagaimana dapat nama kuih ni jadi begitu.

Ni cara pb buat kuih ni tanpa ikut resipi orang lain. Takde sukatan, main agak2 je.......

1 kilo keledek putih (ada berbagai jenis keledek, kena pilih yang elok supaya tak susah nak buang sabutnya)
Tepung gandum (tak sukat berapa cawan sebab pb agak2 boleh kepal dah ok)
Tepung beras dlm 1 cawan

Inti :-
1/2 biji kelapa parut (ambil yang putih je)
Bawang merah/besar (tumbuk/kisar)
Ikan bilis (sedikit)
Udang kering (sedikit)
Cili kering yang dikisar (letak la ikut suka, nak pedas ke tak)
1 batang serai (kisar)
Gula
Garam


Cara membuatnya:

Mesinkan bawang, cili, ikan bilis, serai, udang kering hingga halus.
Masukkan dalam kuali dan tuangkan kelapa parut. Gaul rata.
Gunakan api kecil untuk memasak inti cucur badak (kalau api besar, kelapa mudah hangus, tak sedap pulak)
Tambah gula dan garam.
Bila hampir kering, boleh di angkat. (pb tak suka kering sangat)

Rebus keledek dan lecek. Buang sabut jika banyak.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Ini pb tak ikut sukatan.
Agak2 boleh dikepal dah ok la tu. Bagaimana pun tepung gandum kalau banyak nanti cucur badak liat.
Ambil segenggam, leperkan dan letak inti sesudu atau lebih.
Rapatkan adunan dan bentuk bulat.
Goreng dalam minyak panas dan sentiasa dibalik-balikkan ketika menggorengnya.


Keledek untuk cucur badak ni pb dapat dari jiran sebelah. Ingat nak bagi kuih ni kat dia tapi dia selalu takde kat rumah. Terima kasih banyak-banyak walaupun kita kurang mesra, hulur menghulur begini mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Seharian dengan tepung dan tepung...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Aduh letihnya........dari lepas subuh hingga kemalam asyik menguli, menggelek, menggoreng dan membungkus kuih hingga ketika mengemaskini blog waktu begini (10.30 mlm) pb baru selesai semuanya. Tinggalkan begitu je yang bersepah kat dapur.

Sambil menaip, sambil tuam tangan kiri pb yang masih sakit. Bagus juga ada benda ni untuk tuam kat perut, bahu dan tapak kaki. Senang je, panaskan air dalam periok dan rebus benda ni. Bila dah lembut boleh diangkat. Balut dengan kain/towel (skrg pb letakkan atas bahu, leganya...) Bila dah sejuk tak payah pergi kedapur nak panaskan, cuma tekan punat merah yang ada dalamnya tu, dah panas semula.


Dah lama ada dalam simpanan, cuma malas nak guna. Nak kempiskan perut pun boleh kot? hehe...tapi malas nak buat.

Sambung balik cerita kat atas tadi. Makcik pb yang order karipap kentang campur daging, karipap sardin dan kuih gendang kasturi. Dia kalau nak selalu mengejut. Tapi dah rezeki Allah nak bagi, pb terima dengan hati terbuka. Walau penat, tak apa sekejap je. Puasa nanti boleh rehat puas2, itupun kalau boleh.

Karipap frozen yang telah di peket. Tinggal masuk frezer. Naik lengoh tangan pb ni memintal karipap, bahu pun rasa perit. Bila sakit sangat, berhenti kejap, lepak kat kerusi urut. Nak suruh anak atau hubby, kesian la pulak. Dah la hari ni tak masak untuk mereka.

Kuih kasturi agak leceh membuatnya........disebabkan dah selalu buat, tak jadi halangan bagi pb.....
InsyaAllah, jika tiada halangan esok akan dihantar terus sampai depan pintu rumah orang yang order.

Ada yang berminat? Kalau sekitar KK takde masalah nak order dengan pb.........senang ada kuih frozen, nak buka puasa tak perlu pergi bazar ramadhan. Buka peti ais, keluarkan dan boleh digoreng, senang kan?