Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"
Inilah kuah rojak dari utara yang pb kata sedap tu. Harga kalau tak silap RM4. Memang berbaloi kalau ada dalam simpanan kat rumah. Kami nak bawa balik sebotol dua je, tak boleh banyak sangat sebab barang lain terutama kain baju dah berat. Balik pula asing2. Hubby balik dulu dan bagasi dah booking 20kg, pb punya 15kg. Tu belum lagi yang di jimbit.
Agak2 ada tak kuah rojak ni area teman2 diluar sana? Teringin nak berkenalan dengan Mak Bee ni.......sedap sungguh kuah rojaknya, mesti pandai masak. Kalau ada sedara mara dia yang terbaca pasal kuah rojak ni, mai la komen kat sini, cheq nak kenai.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Memaparkan catatan dengan label rojak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rojak. Papar semua catatan
colek buah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"
Kaum perempuan seperti pb ni mesti suka makan rojak. Kat tempat kita pula ada macam2 rojak seperti rojak Penang, rojak Singapore, rojak mi, rojak tauhu dan lain-lain lagi yang pb tak tau namanya.
Hari tu pb makan rojak Penang kat Chicken Rice Shop, sedapnyaaaaaaa........macam tak puas je. Makan dengan nasi ayam, tak ingat anak kat rumah dah masa tu.
Balik rumah asyik teringat, tak puas makan sepinggan. Kena buat sendiri ni, tak kira la rasa dia tak sama pun takpe. Janji ada sipi-sipi rojak. Esoknya, balik dari hospital hantar mak dia, hubby bawa balik sebotol Kuah Rojak Kacang buatan dari utara, jenama MAK BEE. Ada buah mangga, jambu madu dan jambu batu. Tunggu apa lagi? Pb potong2 buah dan gaul dengan kuah rojak tu, takyah campur benda lain. Sepinggan besar kita orang bedal........huhu.....pedas dan menyengat...

kena bawak balik Sabah kuah rojak Mak Bee ni...........
Orang Kelantan cakap rojak ni, colek buah tapi cara sebutan dia orang lain sikit, macam ada sengau2 kat 'colek' tu.....hubby senyum je bila pb sebut 'colek' tak sama macam dia sebut....hehe....dah lama kahwin pun masih tak boleh ajuk dialek Kelantan.
Rojak Tauhu
Hari tu pb blog walking kat blog yang rajin masak memasak. Ternampak rojak tauhu kat Hana Memories .
Sumber kuah rojak dari Azlina Terminal Hijrah. Pb ubah sikit cara membuatnya dan tak buat banyak pun.
Sebenarnya rojak tauhu ni adalah kesukaan emak pb. Masa kita orang remaja dulu2, emak selalu buat dan memang laku. Sekejap je licin. Cuma emak buat tak pedas, iyelah masa tu anak-anak dia masih sekolah rendah.
ROJAK TAUHU
2 keping tauhu (kat sini tauhunya tebal, boleh potong 2 dah dapat 4 keping)
Semangkuk kecil kacang tanah di goreng tanpa minyak
(lepas tu duduk la depan tv sambil buang kulit kacang tu ye.....)
1 sudu kecil asam jawa (asam jawa segera campur sedikit air masak)
Gula pasir secukupnya (agak2 sendiri)
Gula kabong/melaka (ambil setengah dari sebuku dan masak dgn sedikit air)
4-5 sudu kicap manis
5 batang cili padi
1 biji cili merah
1 sudu sos tomato (emak pb tak letak ni tapi pb saje nak cuba macam Azlina)
2 biji bawang putih (biasa emak letak tapi pb tak letak) takde pun takpe kot....
Sedikit belacan (pb masak apa2 pun tak suka banyak belacan)
Taugeh RM1
Buah nenas
Timun
Cara membuatnya:
Tauhu di goreng dahulu.
Tumbuk kacang tanah atau mesin tapi jangan terlalu halus.
Blend cili padi, cili hidup, belacan bersama air gula melaka dan asam jawa.
Tuang kedalam mangkok.
Masukkan kicap, sos tomato, gula pasir dan kacang tanah.
Kacau hingga sebati.
Celur taugeh (jangan celur lama, tak sedap)
Potong2kan nenas dan timun.
Dah potong semua, boleh la curahkan kuah kacang tadi ketika hendak dimakan.
* asam jawa dan sos tu lebih kurang je fungsinya, tapi pb rasa sedap juga letak dua-dua sekali
Senang kan? tak perlu masak, main gaul-gaul je........
Sahor pun pb makan ni jugak, lepas tu sakit perut......hehe....nenas dan cili padi, gabungan yang ummph!!
nota pb: emak tu masak apa pun sedap, pb tak sabar nak makan masakan mak.....
Langgan:
Catatan (Atom)