my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label rumah sewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah sewa. Papar semua catatan

Masih bertahan

Kalau balik semenanjung kakpb selalu runsing tinggalkan dia. Cuma dia sahaja yang mampu bertahan, ini pun dulu hampir mati, sebulan di kampong. Balik rumah selepas cuti lama, mesti tengok dia dulu.......



Kesian dia, punyalah malas tuannya nak ajak bersembang.......setakat bagi makan dan minum je....kalau kat rumah kakak sana, hidup subur pokok ni. Keluar bunga lagi. Orang kata, pokok ni susah nak berbunga. Kalau ada bunga, ada 'ong' ke? Itu kepercayaan orang Cina.

Tongkang pecah suda....

Maaf ye teman-teman blogger, hari ni kakpb tak dapat blog walking sebab kesibukan yang teramat sangat. Pagi tadi mengalih barang-barang bawah katil anak sebab nak pasang aircon. Asyik komplen bilik dia takde aircon. Katanya bila dah ada nanti nak tidur bilik sendiri :P iye la tu? Harap-harap lepas ni takde la orang menyelit sebelah waktu malam.

Bilik cikgu fahmi pun nak tukar aircon baru juga...:) yang lama tu transfer ke bilik anak setelah di service. Aircon yang lama tu kena main jolok-jolok pulak dia punya kipas. Kalau cikgu fahmi takde, bini dia terpaksa doublekan kerusi, jolok dengan rotan si Aziz...:)) malu je kalau orang nampak. Masa mula-mula masuk rumah ni dah service, tapi sama je jadinya.

Lepas mereka selesai buat kerja installation ni, kakpb kena tukar uniform pulak, jadi bibik/wahaha... mob lantai sebab habok satu rumah sudaaaa!!

Dapur ku banjir!!

Salam Sejahtera....
hujan lebat, mana tak banjir dapur aku tu? bagaimanapun......alhamdulillah....


Semalam, sehari suntuk hujan lebat sampai kemalam..........puasa2 ni dah tentu la seronok kalau hujan, takde rasa letih sangat. Tapi yang tak seronoknya kat rumah aku sekarang ni kalau hujan je..........siap la....singsing lengan la jawabnya.....sebab apa? aku kena mop lantai kerana air mencurah2 dari pintu belakang rumah sewa ku itu. Kalau hujan sikit2 masih ok lagi. Tapi semalam hujan lebat gila.......apa lagi, asyik memerah mop je.....nasib baik guna jenis span.
err....rumah depan tu, rumah guru besar.........besar kan rumah dia? belum kenal lagi dgn tuannya

Semalam juga tuan rumah ni datang tengok apa yang tak kena. Sebenarnya yang bermasaalah cuma di bahgian dapur sebab sebelum ni tukang rumah dia buat tak kemas agaknya. Rumah asal aku tengok ok pulak. Dinding dapur tu pun ada yang retak dan bila hujan lebat boleh nampak air menyerap masuk ke dinding. Tu yang melimpah ruah sampai ke dalam. Aku risau, takut kena wayar letrik ke hape kan......

Jadi, hari ni dia hantar dua pekerja untuk selesaikan masalah tu. Cuaca pun baik nampaknya. Harap2 sebelum kami balik semenanjung nanti benda ni dah selesai. Kalau tak, tak senang duduk aku kat sana nanti. Bukan dekat nak balik jengok rumah.

dia orang guna zink je nampaknya..........lepas ni kalau hujan lebat, boleh dengar bunyi hujan menimpa zink, rasa macam rumah kampung pulak.
nota: teringat masa dok rumah atok di Johor dulu........atap zink pun ok apa......

Indah dan nyaman

Sudah seminggu lebih kami berpindah ke sini. Baru pagi minggu hari tu aku dan suami dapat bersiar2 melihat kawasan sekeliling di waktu pagi. Sebenarnya sebelum ni pun aku dah round kawasan ni tapi menaiki kereta. Kali ni, aku dan suami nak hirup udara segar sambil jalan beriringan.......romantik skit kan.......(takde maknanya....kalau dia jalan depan, aku kat belakang...)

Rumah yang kami sewa sekarang ni, rumah teres je tapi dah di ubah suai, besar la jadinya. Boleh masuk dua kereta di garaj tu. Dapur pun selesa, luas dan ada 2 bilik air. Di belakang rumah ku ada sederet blok rumah dua tingkat yang menghadap ke laut. Gambar2 yang ku ambil tu di waktu pagi, lebih kurang pukul 6.30 pagi.
Bagi penduduk sini yang dah menetap bertahun2, mungkin tiada apa yang menarik. Tapi bagi kami yang baru seminggu, rasa sesuatu yang mendamaikan bila memandang kelaut luas. Walau di hati ada terdetik, bagaimana jika berlaku 'tsunami' sekali lagi? Kami pasrah dan kalau itu takdir dariNya, kalau dah ajal, lari ceruk mana pun.......akan tiba jua.

Tebing laut di tembok dengan batu batuan. Nampak kukuh dan rapi. Ada juga taman permainan di sebelahnya. Tapi aku rasa tak selamat kalau ibubapa biarkan anak bermain sendirian tanpa pengawasan. Maklum la.........sedangkan orang dewasa pun boleh lemas, apa lagi anak kecil. Setakat ni aku belum pernah bawa Aziz ke sini. Mesti dia suka. Mungkin cuti sekolah nanti, aku nak masak yang simple, bawa tikar, lepak kat sini.......tak payah pergi jauh2....dekat je dengan rumah. Kalau hujan turun, boleh lari balik sebab dekat sangat......


Kasi pecahhhhh...



Malam tadi, betul2 menguji kesabaran ku. Sebelum ni aku dah rasa memang ada masalah dengan tombol pintu rumah ni, sebab bila nak di tarik daun pintu dari luar rumah terasa ketat. Susah nak di tutup. Pukul 8.00 mlm tadi suami ku keluar kejap, beli roti canai dan air cincau untuk aku dan anak. Tetiba tombol pintu tak boleh buka, puas aku godek begitu begini, langsung tak boleh. Kira sekarang ni, suami ku tak boleh masuk, aku tak boleh keluar. Aku rasa ada satu jam setengah aku menggodeh benda ni, macam2 cara aku cuba, sampai tangan naik kebas dan merah2. Aku pulak tak sihat sangat, macam nak demam. Ada juga jiran2 yg tolong tapi dia orang tak boleh buat apa2 dari luar, hanya aku je yg boleh uruskan. Masalahnya, tenaga perempuan ni besar mana sangat....kena pulak aku tak biasa ngadap benda2 macam ni.........rasa nak menangis pun ada.......yang aku bengang tu, sebelah dengan pintu takde tingkap yang boleh untuk kami berkomunikasi. Ada tingkap tapi macam untuk ruang cahaya je.........sudahnya, suami ulur bendalah ni.......pembuka nut tayar kereta.....aku pun apalagi.....kelengkang kelengkung buat keje.....hati panas campur dengan panas cuaca......orang kat luar senang je cakap, soh aku relax......nak relax camana? laki kat luar.......apa2 hal.....mana aku nak panjat? semua bergrill.....

Ni la alat yang aku gunakan untuk pecahkan tombol pintu. Teringat pulak kat member Riz Angels, si lieahashim........kalau tak silap hari tu rumah dia pun jadi macam ni (terkunci dr dlm). Aku siap perli dia 'ganas' sebab guna anak lesung...........la ni....aku pulak buat kerja pecah pintu malam2......meleleh peluh satu badan.....hai..dugaan....dugaan......


tombol pintu yang dah di tukar baru

Dengar kata jiran di sini, dah banyak tombol pintu yang rosak. Apa yang menyakitkan hati aku tu, lepas di ganti baru, masih lagi jadi seperti sebelumnya. Lepas je suami ku keluar nak ke sekolah, aku pun kunci la pintu. Ye la......takkan nak biar gitu je.....aku bukan biasa kat sini...tapi bila aku nak buka balik (ni letrik punya pasal la.......kepanasan aku dua beranak dlm rumah...nak buka skit pintu, biar angin masuk)..........jem lagiiiiiiii.......nak mengamuk rasanya.....tangan aku yang sakit semalam pun tak hilang lagi, dia buat balik..............
Godeh punya godeh (aku guna klip rambut) akhirnya terbuka. Langsung ku sendal dengan kotak, senang.......apa2 hal...biar suami yang urus bila dia balik nanti. Aku nak rehat, badan sakit lagi ni........
cobaan.......cobaan....

Tuan rumah yang.......HAMPEH...

Perlu ke aku cerita hal ni di sini? Sakit hati makin membengkak........MENANAHHH...(bak kata Sarimah)....cuma tak meleleh je air mata ni.......opps...jgn ingat kita bergaduh laki bini pulak ye!!

Ni kisah tuan rumah sewa aku ni.......hari2 membosankan kita orang dengan talipon dan ketukan di pintu (malam2 pulak tu...tak ke haru di buatnya?). Sebenarnya 'tuan rumah' ni tak pernah jumpa pun tapi si kerani kat kondo ni yang arahkan pekerja mereka datang rumah, minta duit sewa.

Mula2 nak sewa dulu, kita dah bayar deposit dua bulan, lebih kurang seribu lebih, tak termasuk sewa untuk bulan januari. Bil air dan letrik juga dua bulan, lebih kurang tiga ratus. Kira dah settle semua bayaran. Ye la.....kalau tak, takkan dia boleh benarkan duduk kalau tak bayar semua ni kan? Cuma kontrak tak sain lagi......dia pun tak panggil jadi kita pun biar aje la....

Sebenarnya, tuan rumah ni untung lebih sebab kami masuk pertengahan bulan januari tapi bayar penuh sebulan. Rumah pun tak di cat baru, paip, pintu, almari......boleh dikatakan dah buruk atau rosak. Memang ada tersedia dua buah katil, tv (aku rasa tv aku yg 12 tahun dulu lagi elok), peti ais, dapur gas, meja makan dan ada satu dua meja tv. Aku pun takde nak komplen sangat sebab keadaan kami yang terdesak memerlukan rumah.

Masuk bulan februari, suami ada kenalan yang nak sewakan rumah dia, murah sikit dari rumah yang kami duduki sekarang. Rumahnya aku rasa sesuai untuk Aziz, dekat dengan sekolah, tak perlu dia tumpang orang lagi. Persekitaran pun di kelilingi orang melayu, rumah teres satu tingkat. Perkara ni, suami ku dah pun maklumkan pada kerani tu awal2 lagi, penghujung bulan 2 lalu. Sebab sebelum ni dia ada pesan pada kami, kalau nak pindah kena inform dia awal2.

Jadi, di pendekan cerita, bulan mac dan april, kami tidak perlu bayar sewa sepatutnya. Sebab kami akan keluar dari rumah ni sebelum bulan mei sedangkan sepatutnya kami keluar pd pertengahan mei. Tapi malangnya, tuan rumah ni........sibuk mintak duit sewa, sedangkan yang di minta tu, bukannya hak dia........dah la deposit dia taknak pulangkan, dia nak pulak duit sewa lagi.....apa punya orang ni.....

Untuk mengelakan dari rasa marah (kalau dah cakap banyak kali, masih tak faham.....mesti la marah kan...) kami terpaksa tebalkan muka dan mendiamkan diri jika kerani tu talipon. Malu pun ada......apa taknya....kalau orang tak tau, mesti orang ingat kita tak bayar sewa rumah. Lepas tu mesti pekerja dia percaya cakap kerani tu........dan tentu jadi buah mulut mereka.....

Pakcik suami ada nasihatkan kami supaya buat tak tau je. Kalau dia orang desak2 juga, jom naik mahkamah!! Susah juga hidup di rantau orang, takde adik beradik dan sedara mare yang rapat untuk kongsi masalah. Segalanya kena selesaikan atau hadapi sendiri. Tapi ini bukan kali pertama kami menangani masalah sendirian. Sebelum pindah ke sini pun memang kami dah biasa berdikari. Cuma kami akan minta pendapat keluarga jika tiada penyelesaian.

Di sini......bukan aku nak minta simpati atau nak aibkan diri sendiri. Sekadar melahirkan rasa tidak puas hati. Kekadang ada manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Semuanya kerana DUIT..........

nota: pengajaran dari peristiwa ini, kalau nak sewa rumah, kena kenal dulu tuannya.........