my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambal. Papar semua catatan

Ayam Masak Lemak Merah & Sambal Goreng

 Assalammualaikum dan selamat berhari mingguGood Morning teman-teman dan followers yang dikasihi (ayat skema je)

Malam tadi fuhh...Hurricane bunyi angin bertiup menyeramkan. Dalam pukul 12 lebih gitu, kakpb bangun buka pintu. Risau bila rumah dekat dengan laut walaupun bertelok, tak mustahil boleh berlaku bencana alam. Sekarang ni segalanya mungkin. Jadi, walau dimana kita berada samada dirumah, tempat kerja atau tempat tidur, amalkan doa2 yang sepatutnya kita baca. Selepas itu apa terjadi, kita terima dengan redha.

Pagi minggu ni taknak cerita panjang. Kakpb nak share juada semalam petang. Nak tulis malam tadi, tak larat beno ngadap pc ni. Lepas pekena air kelapa, lemah seluruh badan. Apa tak letihnya, Aaron Aziz punya pasal........Crazy 1

Beli 3 helai untuk adik cikgu fahmi dan bapa dia. Aaron Aziz tu anak bujang kakpb punya. Baju raya dah ada sebenarnya, saja ayah dia beli lebih untuk raya haji agaknya. Peach tu jenama Jackel, ada sampin sekali. Harga memang berbaloi. Alah...bukan pakai hari2 pun. Paling banyak guna hari jumaat masa pergi solat.



 Oklah...terus pada resipi sambal goreng tu. Kakpb terlior tengok kat dapur Seharum Kasturi cuma kakpb kurang faham sikit cara membuatnya. Jadi kakpb buat ikut kepakaran sendiri Pretty pink flower dan harap adik Vee Zawiah tak kecil hati ye?

SAMBAL GORENG
@blogsurirumah

1 genggam cili kering, basuh dan buang bijinya (kakpb rendam air panas)
3-4 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
minyak untuk menggoreng
garam dan gula (kakpb tambah sendiri)

Caranya:

Tumbuk semua bahan di atas dengan lesung batu ye adik-adik! Bukan mesin.
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng hingga garing, bukan hangus ye!
Tambahkan sedikit garam dan gula.
Setelah garing, angkat dan toskan minyaknya.
Makan bersama nasi panas dan lauk pauk lain sebagai penambah selera.



Dibawah ni lauk ayam masak lemak merah yang biasa emak kakpb buat. Cuma kakpb guna susu cair. Nanti kakpb update resipinya. Nak pergi pasar kejap. Ok bye.


abaikan minyak yang bertakung tu, tak perasan masa menumis sebab guna periok vission...

Isnin pagi.....sambung balik entry yang tertangguh ni. Semalam lepas balik pasar, keluar balik cari baju dan kasut anak, juga ayahnya. Dah letih, balik kena masak lagi, tak larat nak sambung menaip.

AYAM MASAK LEMAK MERAH
@blogsurirumah

1/2 ekor ayam dipotong dan bersihkan
1/2 cawan susu cair
3-4 sudu besar cili kering mesin
1 labu bawang merah besar
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
1 btg serai
air asam jawa/asam keping
1/2 btg lobak merah
1 biji kentang belah empat
1 biji buah tomato
minyak untuk menumis

Caranya:
Bawang merah, halia, kunyit dimesin halus.
Panaskan minyak, tumis cili dan bahan mesin.
Masukkan serai dan ayam.
Bila ayam setengah masak, masukkan asam jawa dan susu cair.
Masukkan juga kentang dan lobak.
Guna api sederhana, sehingga ayam dan kentang empok.


nota kakpb: teringat mak selalu masak mcm ni masa kami ada restoran dulu
cuma mak guna santan, kakpb tukar dgn susu cair.


Sambal saje yang mampu

Terlior tak tengok sambal kakpb tu? Momsekali rasa mesti nak lagi.....anak bujang yang tak makan sambal tu, boleh tetiba nak pulak!!
Sebenarnya kan.....ni rahsia Lips Are Sealed dia tak tau kakpb ada letak bawang merah...Lol padan muka dia. Rasa la betapa sedapnya bawang yang selama ini dia kata nak muntah bila makan bawang.

Kakpb ni tak suka, bukan tak suka sangat.....tapi memang tak berminat dengan nasi ayam penyet ni pada awalnya. Tengoklah dalam blog ni, mana ada nasi ayam penyet kan? Tapi anak saudara kakpb (bakal anak saudara kakpb) perkenalkan satu kedai kat area rumah kami ni, katanya sedap nasi ayam penyet tu. Kakpb pun try sekali, boleh laaaa.....sambal dia pedas gila Sick kakpb jenis tak tahan kalau cili padi banyak sangat. Kalau dah meleleh air hidong, bibir rasa tebal, telinga berdesing, macam mana nak menikmati keenakan makanan tu?

Jadi, buat sendiri lebih senang. Boleh kurangkan kepedasan tu, betul tak? Resipi kakpb google je dan ubah suai sendiri.

SAMBAL NASI AYAM PENYET
@blogsurirumah
sumber: ambooyatsblog

1/2 inci belacan (kakpb bakar)
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1 labu bawang merah dipotong kasar2
2 ulas bawang putih di potong kasar
1/2 biji buah tomato (kalau kecil guna sebiji) di belah2
Segenggam ikan bilis goreng rangup (genggam kakpb kecik je Smile)
minyak untuk menumis
Gula putih atau gula perang (yg ni kakpb guna gula putih)

Panaskan minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan buah tomato hingga layu.
Angkat dan sejukkan. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat.
Tumbuk semua bahan goreng tadi bersama cili merah, cili padi dan gula.
Nak senang, masuk blender dan kisar tapi jangan halus sangat. Kisar sekejap je.
Tambah sedikit garam, ikut citarasa masing2.

Dah siap. Boleh cicah dengan timun madu bila makan tengahari. Gorengkan ayam berempah lagi sedap.
Teringat masa makan kat One Borneo hari tu, mereka letakkan kobis mentah dalam hidangan. Kita orang gelak sakan..Surprised..sebab apa...biasanya kat rumah kakpb kobis ni bagi makan arnab..hehe. Setengah kedai mereka hidangkan dengan pucuk ubi. Lebih sedap gitu.

Sambal petai tempoyak ikanbilis


Dah lama rasanya kakpb tak update tentang masakan kan? Rindu la pulak, lepas ni ntah dapat ke tidak upload gambar masakan bila dah kesana kemari nanti.

Dalam petiais kakpb ada stok tempoyak jiran sebelah bagi. Walaupun satu tupperware taufu fa saja tapi lama betul nak habis. Minggu baru ni kakpb beli petai kat pasar tamu, RM5 tiga tangkai. Mahal kan? Kalau tempat kita dapat RM3 kot.

Semalam kakpb dah buat sambal belacan tempoyak udang petai, jadi hari ni taknak guna udang. Nak ikan bilis pula. Kakpb jumpa resipi ni kat blog Dari Dapur kecil cik Azz. Terima kasih ye Cik Azz sebab bagi idea bagaimana nak pelbagaikan masak petai dan tempoyak. Kakpb ubah sikit dari Cik Azz.

SAMBAL PETAI TEMPOYAK IKANBILIS
@blogsurirumah

1 mangkuk kecil ikan bilis (dlm 2 genggam)
3 papan petai, dibuang kulit
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
 10 biji atau lebih cili padi
1 biji bawang besar (di hiris kasar)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit gula dan garam
2 sudu besar tempoyak

Cara-caranya:

Tumbuk cili padi, bawang merah kecil dan bawang putih.
Panaskan kuali, tumis bahan tumbuk.
Kemudian masukkan ikan bilis (basuh dulu ye)
Biarkan sedikit garing tumisan tu, baru masukkan tempoyak.
Masukkan petai pula (masa ni kakpb tak tambah air, saja nak buat pekat-pekat)
Masukkan garam dan gula. Akhir sekali masuk bawang yang dihiris kasar.
Siap dihidang dengan nasi panas.

nota kakpb: kalau tengok pada rupa memang tak menarik, bila dah masuk mulut...fulamak...